4
Penilaian Kendiri NAMA : SHALINI NAIDU A/P VADIVELU ANGKA GILIRAN : 2014272340027 NO. KAD PENGENALAN : 950619-01-7420 Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat menghabiskan BIG ini dengan jayanya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti BIG ini. Pertama sekali, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar pada masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat dan menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi melancarkan program ‘Loser Wins’. Pendek kata, saya berpendapat bahawa sikap menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan sesuatu aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

Contoh Laporan Penilaian Kendiri Shalu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cvbnm,.

Citation preview

Page 1: Contoh Laporan Penilaian Kendiri Shalu

Penilaian Kendiri

NAMA : SHALINI NAIDU A/P VADIVELU

ANGKA GILIRAN : 2014272340027

NO. KAD PENGENALAN : 950619-01-7420

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa

kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru

Kampus Pulau Pinang. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya

dapat menghabiskan BIG ini dengan jayanya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan

manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti BIG ini.

Pertama sekali, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting

demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar pada

masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah

bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti

yang seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang

lebih cepat dan menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi

melancarkan program ‘Loser Wins’. Pendek kata, saya berpendapat bahawa sikap

menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan sesuatu

aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

Selain itu, kursus BIG ini juga berjaya membina keperibadian saya yang

sempurna, seperti memupuk sikap keterbukaan, toleransi, kerjasama, tolong-

menolong, kerajinan, kesabaran, ketabahan, dan sebagainya dalam diri saya. Hal ini

demikian kerana, sepanjang BIG ini kami sekumpulan telah mengalami begitu

banyak cabaran. Contohnya, kami sekumpulan tidak mempunyai masa yang sesuai

untuk merancang program ini dengan lebih rapi. Saya sedar bahawa tanpa nilai-nilai

yang saya perkatakan di atas, semua itu mustahil dapat dilaksanakan dan dilakukan.

Malah daripada BIG ini, saya sedar bahawa kerjasama yang sepenuh dan koheren

dalam kalangan ahli kumpulan adalah penting demi menyiapkan sesuatu tugasan

tepat pada masanya. Oleh itu, kursus BIG ini telah berjaya memupuk nilai-nilai moral

Page 2: Contoh Laporan Penilaian Kendiri Shalu

yang baik dalam diri saya, membina modal insan yang lebih sempurna dan

menjadikan saya seorang yang lebih baik dari segi semua aspek.

Lantas, saya percaya dan berpegang kuat kepada prinsip saya haruslah

berfikiran positif dalam melakukan setiap tugasan yang diberi dengan sempurna.

Sebagai contoh, saya rakan sekumpulan saya harus menjalankan tugasan

dokumentasi kami dengan kami dengan sempurna sebagai bukti bagi kelancaran

program BIG fasa 2 ini, Oleh itu, kami telah mengambil pelbagai langkah yang

ampuh bagi menyelesaikan tugasan kami.

Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya sedar

sepanjang menjalani BIG ini. Antaranya termasuklah saya tidak mempunyai

kemahiran untuk berhias pentas dengan cantik. Oleh itu, saya kurang melibatkan diri

dalam penghiasan pentas. Namun dengan bantuan rakan yang sama kumpulan,

pentas telah dihiasi dengan begitu cantik. Rakan saya memberi keyakinan kepada

saya untuk menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi. Oleh itu, selepas BIG ini,

saya dapati keyakinan saya meningkat dan sentiasa berasa berkeyakinan diri dalam

melakukan semua perkara serta dapat mengenal kelemahan saya.

Di samping itu, segelintir saya dan rakan saya juga telah diberi peluang untuk

memegang jawatan yang berbeza supaya dapat menjamin program BIG ini berjalan

dengan lancar. Mereka yang memegang jawatan telah melaksanakan tugasan serta

tanggungjawab yang berbeza. Pengaturan ini amatlah kreaktif serta berorganisasi

dan telah berjaya untuk mendedahkan kami kepada jawatan yang berbeza supaya

peserta dapat merasa kepentingan jawatan tersebut dalam sesuatu program

Saya juga mendapat tahu bahawa tanpa adanya kerjasama antara ahli

kumpulan saya tidak boleh menyempurnakan sesuatu tugasan dengan baik.

Contohnya, semasa pemilihan sesetengah rakan tidak memberi kerjasama yang

baik. Oleh itu, kami menghadapi masalah dalam pemilihan ahli jawatankuasa (AJK).

Setelah semua ahli kumpulan berganding bahu kami telah pun menyelesaikan

pemilihan AJK.

Secara keseluruhannya, program BIG ini telah berjalan dengan lancar dan

juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini

merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang.

Ternyata banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan

semasa BIG (bina insan guru). Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya

dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba

Page 3: Contoh Laporan Penilaian Kendiri Shalu

boleh. Saya berasa seronok dan bersemangat menyertai aktiviti BIG ini. Saya

berharap agar aktiviti ini dijalankan setiap tahun. Saya juga belajar untuk memberi

kerjasama dan bertolak ansur dengan ahli kumpulan. Saya dapat rasakan satu

ikatan terjalin semasa aktiviti BIG ini. Terima kasih kerana memberikan peluang

kepada saya untuk menyertai aktiviti BIG ini.

Program ini juga telah berjaya untuk membina insan guru dalam sanubari

kami. Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk melibatkan diri

dalam program ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan

saya yang telah banyak memberikan bantuan dan juga para pensyarah yang telah

mengikuti program ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah

untuk perancangan program yang bagus dan juga segala ilmu pengetahuan yang

telah diberikan.