Upload
lynga
View
410
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
Garis Panduan Praktikum
Diploma/Sarjana Muda (K) Pendidikan
FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL, UNIVERSITI SELANGOR
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
2
Garis Panduan Praktikum Diploma/Sarjana Muda (K) Pendidikan 1. KONSEP Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan di sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dengan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara fakulti, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan. 2. OBJEKTIF Melalui program praktikum ini, pelajar dapat: menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran; mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran; merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan individu
dengan bimbingan; mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran; memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan mengamalkan nilai
profesion keguruan; memperkembang potensi diri sebagai pendidik dan guru bimbingan melalui pembinaan
portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas; mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran
pembelajaran; menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan menguasai pelbagai strategi, perancangan dan
pelaksanaan aktiviti kokurikulum. 3. PROSEDUR PELAKSANAAN (i) Syarat
Guru pelatih hanya layak menjalani Latihan Praktikum setelah menyelesaikan semua subjek dalam program.
(ii) Penempatan
Penempatan pelajar dibuat secara pemuafakatan di antara UNISEL dan tadika swasta, tabika KEMAS dengan kebenaran Jabatan Kebajikan Masyarakat serta sekolah dengan persetujuan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pelajar ditempatkan di tadika swasta, tabika KEMAS serta Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Agama (SRA).
(iii) Tempoh Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur kursus
(iv) Bilangan waktu mengajar
Minimum 7-8 jam semingggu bersamaan 08 minggu sesi praktikum untuk pelajar Diploma dan pelajar ISM praktikum 1 ( syarat 4 jam kredit ).
Minimum 7-8 jam seminggu bersamaan 12 minggu sesi praktikum untuk pelajar ISM praktikum II tahun akhir ( syarat 6 jam kredit ).
1 kredit bersamaan 2 minggu tempoh praktikum. Syarat yang disyorkan oleh MQA.
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
3
(v) Bilangan penyeliaan Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal. Ini termasuklah dua (2) kali
bimbingan dan satu (1) kali penilaian akhir. Bimbingan berterusan hendaklah diamalkan sepanjang praktikum. Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan. Penyeliaan bersama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing perlu
dijalankan dua minggu sebelum tamat praktikum.
4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
I) Pelajar
a) Menghadiri taklimat praktikum oleh Unit Praktikum. b) Memahami dan menghayati objektif praktikum. c) Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai
persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa praktikum. d) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sekolah. e) Menghantar jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–maklumat lain
kepada pensyarah pembimbing dalam minggu pertama. f) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan universiti dan peraturan
sekolah. g) Hadir ke sekolah sepanjang tempoh praktikum. h) Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan dan aktiviti anjuran
sekolah. i) Membuat portfolio semasa sesi praktikum sebagai sebahagian penilaian. j) Mendapatkan sukatan pelajaran dari sekolah. k) Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar. l) Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap sebelum melaksanakan
pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan. m) Merancang pengajaran bersama-sama guru pembimbing. n) Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu dan masalah yang kritikal
semasa tempoh praktikum. Penulisan jurnal perlu dibuat berdasarkan tempoh masa yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang difokuskan.
o) Melengkapkan/mengemaskinikan portfolio praktikum dan menyerahkannya kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan.
p) Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum.
q) Menghantar satu salinan Borang Kehadiran Praktikum kepada Pensyarah Praktikum.
II) Pensyarah Pembimbing
a) Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada Fakulti Pendidikan
& Sains Sosial. b) Menghadiri taklimat praktikum. c) Berbincang dengan pelajar tentang urusan praktikum. d) Membuat lawatan ke sekolah, berjumpa dan berbincang dengan pengurus sekolah dan
guru pembimbing untuk menjalin hubungan profesional. e) Melapor kemajuan pelajar dari semasa ke semasa kepada Penyelaras Praktikum.
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
4
f) Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran, penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum bersama pelajar, berdasarkan senarai semak yang ditetapkan.
g) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang dikemas kini. h) Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh praktikum. i) Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian
dan tindakan Pasukan Pengurusan Praktikum. j) Memaklumkan secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan
Penyelaras Praktikum dengan menggunkan borang yang ditetapkan. k) Menyemak buku persediaan mengajar pelajar dan mencadangkan pembaikan di mana
perlu. l) Memberi bimbingan berasaskan unsur-unsur pencerapan klinikal. m) Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual penyeliaan yang
telah ditetapkan. n) Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian
kokurikulum. o) Bekerjasama dengan guru pembimbing dan menjalankan mentoring menerusi proses
pencerapan klinikal, pengajaran berpasangan dan penyediaan portfolio praktikum. p) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah yang baik. q) Melengkapkan Borang Bimbingan (PR1), menyerahkan satu salinan kepada pelajar, dan
menyimpan satu salinan dalam folder sendiri. r) Membuat rumusan prestasi praktikum setiap pelajar bersama-sama guru pembimbing. III) Guru Pembimbing
a) Menghadiri taklimat praktikum dan latihan yang dijalankan oleh universiti. b) Memahami dan mengamalkan peranan sebagai guru pembimbing. c) Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar tentang:
jadual waktu
sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru
rancangan kerja semester dan persediaan mengajar harian
sumber pengajaran pembelajaran
proses pengajaran pembelajaran
pengajaran berpasangan
amalan pemulihan dan pengayaan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
teknik penyoalan, membina soalan.
pentaksiran dan penilaian murid.
pengurusan bilik darjah
penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif
porfolio praktikum
pengelolaan kokurikulum
hal-hal lain yang berkaitan.
d) Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajarannya. e) Menyemak dan memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan
mengajar pelajar. f) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik terutama dari segi
pergaulan yang sihat, peningkatan jati diri dan pemupukan nilai profesionalisme keguruan.
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
5
g) Menyelia pengajaran pelajar menerusi pencerapan klinikal dengan menggunakan Borang Bimbingan (PR1).Rujuk kepada pensyarah pembimbing.
h) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini. i) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan pelajar dari semasa ke
semasa. j) Memantau dan memaklumkan kehadiran dan disiplin pelajar kepada pengurus sekolah
dan pihak maktab dengan segera sepanjang tempoh praktikum. k) Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar (cemerlang, gagal, masalah
disiplin) kepada pihak Penyelaras Praktikum dengan segera. l) Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah pembimbing. IV)Tabika KEMAS/Sekolah /Guru besar / Pengetua
a) Menghadiri taklimat praktikum yang dijalankan oleh pihak universiti jika ada. b) Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum peringkat sekolah. c) Mencalon guru pembimbing daripada kalangan guru terlatih yang berpengalaman dan
bersesuaian. d) Memberi taklimat kepada guru pembimbing tentang:
program dan pelaksanaan praktikum
peranan guru pembimbing e) Memberi taklimat kepada pelajar tentang:
sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya tadika swasta/ tabika KEMAS dan sekolah
tugas dan tanggungjawab menguruskan firma iaitu tadika swasta/ tabika KEMAS.
tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongan
latar belakang murid dan masyarakat setempat
tugas dan tanggungjawab pelajar di tadika/tabika dan sekolah
pengelolaan gerak kerja kokurikulum
maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
f) Memberi jadual waktu dan takwim tadika/tabika/sekolah kepada pelajar. g) Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka. h) Tidak menyingkirkan atau membuang pelajar semasa sesi latihan mengajar sedang
berlangsung. i) Memberitahu secara bertulis kepada pihak universiti dari semasa ke semasa tentang
pelajar yang:
tidak menjalankan tugas dengan memuaskan
tidak hadir tanpa sebab.
kes-kes disiplin
kes-kes kesihatan dan kemalangan
j) Menyemak dan mengesahkan rancangan pelajaran dan persediaan mengajar pelajar. k) Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran Praktikum. l) Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar berterusan kepada
pelajar. m) Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar dan membuat tindakan
susulan.
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
6
n) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan praktikum dilaksanakan dengan sempurna.
o) Memastikan pelajar dilibatkan dalam kokurikulum sekolah dalam salah satu daripada unit beruniform / sukan dan permainan.
5. KEHADIRAN PRAKTIKUM
a) Kehadiran pelajar dalam praktikum adalah 100%. b) Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir praktikum (dengan kebenaran
dan tidak melebihi 30% daripada jumlah hari praktikum) ialah;
Cuti sakit kerana sakit, kemalangan, cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan klinik/hospital kerajaan.
Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes di mahkamah.
Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.
Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.
Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran secara bertulis oleh pihak universiti.
c) Tindakan bagi kes kehadiran paktikum yang kurang daripada 100% ‘dengan kebenaran’ adalah seperti berikut; Kehadiran Praktikum Tindakan
90 % ke atas AJK Praktikum akan menentukan sama ada perlu melengkapkan kehadiran praktikum atau tidak.
70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran praktikum. Kurang dp 70% Pelajar wajib mengulang keseluruhan praktikum.
6. PENANGGUHAN PRAKTIKUM
a) Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Penyelaras Praktikum.
b) Permohonan penangguhan hendaklah dibuat kepada Dekan Fakulti Pendidikan & Sains Sosial.
c) Penangguhan praktikum tidak menghalang seseorang pelajar untuk meneruskan pengajian dan praktikum pada semester berikutnya.
d) Penangguhan tidak boleh melebihi tempoh satu tahun dari tarikh berkuat kuasa penangguhan.
e) Pelajar mesti melaporkan diri mereka kepada Penyelaras Praktikum, selepas tamat tempoh penangguhan yang dipohon. Penyelaras perlu memaklumkan ke Bahagian Sekolah atau Jabatan / Bahagian lain yang berkenaan untuk tujuan penempatan.
f) Pelajar dibenarkan menangguh praktikum sekali sahaja sepanjang tempoh berkursus. g) Pelajar yang disahkan hamil sebelum memulakan sesi praktikum dikehendaki membuat
penangguhan kerana tidak boleh menjalani latihan mengajar semasa hamil untuk mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku sepanjang praktikum.
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
7
7. KES GAGAL PRAKTIKUM
a) Sekiranya pelajar disahkan GAGAL dalam Praktikum oleh Lembaga Akademik Fakulti (LAF), pelajar berkenaan dikehendaki mengulang Praktikum keseluruhannya.
b) Pelajar diberi peluang mengulang praktikum sekali sahaja. 8. SYARAT PENENTUAN KEPUTUSAN
a) Penentuan Lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
Kehadiran 100 % dalam Praktikum.
Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar adalah berdasarkan kepada kaedah penilaian formatif dan sumatif.
Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing menggunakan borang bimbingan (PR1)
Pensyarah dan guru pembimbing akan membuat rumusan prestasi pelajar dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum (PR1)
b) Penentuan gagal berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
Guru pelatih tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam kategori lulus.
Guru pelatih menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan pengajaran pembelajaran yang diberikan dari semasa ke semasa.
Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan. 9. BILANGAN WAKTU MENGAJAR
9.1 Bilangan waktu mengajar di dalam bilik darjah prasekolah adalah 2 hari pengajaran penuh seminggu.
9.2 Pelajar perlu merancang pengajaran satu hari pengajaran penuh bersama guru pembimbing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh empat minggu pertama praktikum.
9.3 Agihan waktu mengajar adalah seperti dalam Jadual 1, mereka juga perlu melaksanakan tanggungjawab pengajaran lain yang ditentukan oleh pihak sekolah/pusat prasekolah.
Jadual 1: Agihan Waktu Mengajar
Mata pelajaran Bilangan Waktu Mengajar
Seminggu
Prasekolah *2 hari seminggu
Nota * Bilangan waktu mengajar di dalam bilik darjah prasekolah adalah 2 hari pengajaran penuh seminggu disyorkan tetapi pihak sekolah/tabika/tadika boleh mengikut kesesuaian masa di sekolah.
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
8
10. BILANGAN PENYELIAAN
10.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan kepada prinsip dan kaedah penyeliaan klinikal.
10.2 Bimbingan yang berterusan mesti diamalkan sepanjang praktikum meliputi
bimbingan ilmu mata pelajaran, ilmu pengajaran, ilmu bimbingan, sahsiah, personaliti dan profesionalisme.
10.3 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
10.4 Penyeliaan bersama-sama antara pensyarah penyelia dan guru pembimbing
mesti dijalankan untuk penyelarasan dan rumusan markah pencapaian pelajar di akhir praktikum.
10.5 Bilangan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti di Jadual 2.
Jadual 2 : Agihan Penyeliaan Praktikum Program PAKK/DPPS/DPPI
PRA
PENYELIAAN
PENYELIAAN BERSAMA-
PROGRAM PENYELIAAN
Jumlah
SAMA**
UNISEL UNISEL
SEKOLAH/ TABIKA/ TADIKA
UNISEL & SEKOLAH/TABIKA/
TADIKA
PAKK/DPPS 1 2 2 1 6
(Prasekolah) *
Nota:
* Penyeliaan untuk pelajar pengkhususan Prasekolah melibatkan satu penyeliaan
sehari penuh dan penyeliaan lain mengikut tunjang atau slot pengajaran.
** Penyeliaan Bersama-sama merujuk kepada penyeliaan secara bersama-sama
antara pensyarah dan guru pembimbing dalam satu sesi pengajaran dan
perbincangan menentukan rumusan dan keputusan penilaian pelajar.
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
9
11. PENYEDIAAN PORTFOLIO
11.1 Portfolio atau profil professional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran
tentang seorang professional dari segi: Pengetahuan
Kemahiran
Pengalaman
Kelayakan
Matlamat dan Pencapaian
12. TUJUAN PORTFOLIO
12.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman sewaktu praktikum
12.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah penyelia dan guru
pembimbing untuk menilai prestasi pelajar yang diselia.
12.3 Memberi peluang pelajar menganalisis dan menilai perkembangan dan arah pemikiran mereka.
12.4 Memberi ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat yang ditetapkan
sepanjang praktikum.
12.5 Maklum balas tentang keberkesanan pelaksanaan kurikulum sepanjang praktikum.
12.6 Sebagai asas untuk membuat keputusan dan menetapkan matlamat pengajaran dan pembelajaran.
12.7 Alternatif kepada penilaian berbentuk pengujian dan peperiksaan atau penilaian
sumatif.
12.8 Memperkembangkan daya kreativiti melalui penyediaan strategi, tindakan dan idea dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
13. CIRI-CIRI PORTFOLIO
13.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan guru pelatih telah terlibat dengan refleksi kendiri.
13.2 Hasil yang dibuat sendiri oleh guru pelatih bukan kepada guru pelatih – menghargai
usaha dan diri sendiri.
13.3 Portfolio berbeza dengan folder simpanan guru pelatih. Maklumat yang bermakna dari folder sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam portfolio.
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
10
13.4 Mesti menggambarkan dengan jelasnya aktiviti guru pelatih dari sudut rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan.
13.5 Mempunyai matlamat yang berbeza dari masa ke semasa. Oleh itu mesti dikemas-
kini setiap masa.
13.6 Boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu masa tetapi tidak bercanggah.
13.7 Mengandungi maklumat yang menggambarkan berlakunya kemajuan dan
perkembangan dalam sesuatu perkara.
14. JENIS PORTFOLIO
14.1 PORTFOLIO KERJA:
Koleksi hasil kerja harian pelajar sendiri.
Catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir yang telah dibuat guru pelatih.
Milik guru pelatih sendiri.
Penilaian formatif dan bersifat diagnostik.
14.2 PORTFOLIO DOKUMENTARI:
Koleksi hasil kerja yang dikumpulkan khusus untuk penilaian.
Bukti-bukti proses yang dijalankan bagi menghasilkan sesuatu tugas/perkara.
Bahan yang menggambarkan pencapaian guru pelatih dalam pembelajaran
Kandungan Portfolio memperlihatkan kekuatan dan kelemahan guru pelatih.
Penilaian formatif dan sumatif.
14.3 PORTFOLIO HASIL:
Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik guru pelatih.
Mengandungi hasil akhir sahaja.
Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran sesuatu matapelajaran/ perkara.
Bahan bukti mencerminkan pencapaian guru pelatih.
15.0 TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING DAN PENSYARAH PENYELIA TERHADAP
PEMARKAHAN PORTFOLIO
15.1 Menyemak dan menilai isikandungan portfolio guru pelatih setiap kali
penyeliaan dan bimbingan dijalankan.
15.2 Menyediakan pengalaman sekolah yang bermakna kepada guru pelatih. 15.3 Memastikan kandungan portfolio dikemaskini oleh pelajar setiap masa
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
11
16.0 MAKLUMAT ASAS KANDUNGAN PORTFOLIO
A. Maklumat Diri B. Maklumat Sekolah/Tabika/Tadika C. Maklumat Tugas D. Jurnal E. Dan Lain-Lain
16.1 SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO
Bahagian Perkara Tandakan ( / )
A ) Maklumat Diri Biodata Pelajar
Surat Pengenalan
Diri
B) Maklumat
Sekolah/Tabika/Tadika
Peta Lokasi, Pelan
Sekolah Dan Bilik
Darjah
Carta Organisasi
Sekolah/Tabika/Tadika
Visi Dan Misi
Sekolah/Tabika/Tadika
Takwim
Sekolah/Tabika/Tadika
Senarai Nama Staff
Peraturan –
Peraturan
Sekolah/Tabika/Tadika
C ) Maklumat Tugas Salinan Borang
Bimbingan (Pra/Pra)
Salinan Borang
Kehadiran Praktikum
Peranan Lain Jika
Ada
D ) Jurnal Penulisan Jurnal –
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
12
Minggu 1 Dan
Pernulisan Jurnal –
Minggu 2 – Minggu
Akhir.
F ) Lain-Lain Hasil Kerja Murid
(Terpilih)
Bahan Bantu
Mengajar (Bersesuaian)
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
13
17.0 PENULISAN JURNAL Satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan oleh pelajar sendiri berkaitan dengan pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau semasa melaksanakan sesuatu tugas. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangka masa yang ditetapkan sendiri.Format penulisan jurnal adalah bergantung kepada pensyarah pembimbing masing-masing mengikut kesesuaian kepada pelajar praktikum.
18.0 GARIS PANDUAN PENULISAN JURNAL
18.1 Pelajar dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum. 18.2 Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah,
pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa praktikum. 18.3 Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara terperinci, mengandungi
pandangan, cadangan.dan tindakan susulan. 18.4 Fakta-fakta perlu disokong dengan penulisan lampau (literature review) supaya
setiap masalah, cadangan dan langkah-langkah yang dijalankan lebih objektif dan berkesan.
18.5 Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi
masalah yang telah difokuskan. 18.6 Pelajar dikehendaki mengumpul data dengan membuat catatan bagi mengesan
kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan. 18.7 Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas pelajar sebagai guru
profesional. 18.8 Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemas kini sepanjang masa
praktikum untuk disemak oleh pembimbing.
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
14
19.0 FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNAL
FORMAT JURNAL (Minggu pertama)
Bilangan Jurnal : Ke-____
Minggu Praktikum : _______
Tarikh Peristiwa / Kejadian : ____ hingga ____
Tajuk Jurnal
: Minggu Pertama di SK/Tabika/Tadika ____________________
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan : .......................................
Nama
: ........................................
Tarikh
: ........................................
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
15
19.1 FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya)
Bilangan Jurnal : Ke-____
Minggu Praktikum : _______
Tarikh Peristiwa / Kejadian : ____ hingga ____
Tajuk Jurnal
: Minggu Pertama di SK/Tabika/Tadika ____________________
1. Masalah / Peristiwa
2. Analisis
3. Cadangan Tindakan Susulan
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan:...............................
Nama
: ........................................
Tarikh
: ........................................
_____________________________________________________________FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL UNISEL
16
20.0 PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH/TABIKA/TADIKA
20.1 Sukan Dan Permainan & Persatuan Dan Kelab (Sekolah Rendah Kebangsaan)
Melibatkan diri dalam pengajaran dan persiapan pasukan
Membantu Guru Penasihat melatih kumpulan/pasukan dalam pertandingan
Membantu Guru Penasihat dalam satu pertandingan yang dirancang seperti
pertandingan antara kelas, sekolah atau karnival
Pelajar dikehendaki membuat mengisi borang aktiviti kokurikulum yang dikendalikan dan
disertakan di dalam portfolio sepanjang amalan profesional.
20.2 Unit Beruniform (Sekolah Rendah Kebangsaan )
Melibatkan diri dalam satu unit beruniform .
Membantu guru penasihat dalam latihan atau perjumpaan kokurikulum unit beruniform di
sekolah.
Membantu guru penasihat merancang dalam menjayakan perkhemahan/ kursus/ latihan/
lawatan/projek.
Membantu penubuhan atau kegiatan yang akan dibuat oleh pihak sekolah (jika perlu).
Pelajar dikehendaki membuat laporan kokurikulum yang dikendalikan dalam portfolio
sepanjang amalan profesional.
20.3 Aktiviti-Aktiviti Tambahan (Khusus di Tabika/Tadika )
Sekiranya pelajar melibatkan diri dengan cemerlang dalam aktiviti-aktiviti tambahan
kokurikulum di sekolah/tabika/tadika seperti di bawah, pelajar berkenaan boleh diberi
penilaian seperti :
Hari Terbuka / Hari Ibu Bapa
Sukaneka dan sebagainya
Lain-lain aktiviti