4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 8 PERSIARAN KEWAJIPAN, 47610 UEP SUBANG JAYA MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KALI KETIGA TAHUN 2010 TARIKH : 30 SEPTEMBER 2010 (KHAMIS) MASA : 1.15 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK USJ 8 KEHADIRAN: 1. Pn. Dzurainee Bt. Mokhatar (KP PSK) 2. Pn. Siti Zaliha Bt. Burhanek (S/U PSK) 3. Pn. Norashikin Bt. Mansor 4. Pn. Musliha Bt. Mohamad Johari 5. En. Mohd Ridzuan Bin Mat 6. Pn. Fatimah Muhd Razaki 7. Cik Nur Saadah Bt. Abu Hassan 8. Cik Wardah Bt. Wahid 9. Cik Azlina Bt. Mohamad Said 10 . En. Noraizam Bin Sulaiman TIDAK HADIR: 1 . Pn. Kan Fong Yee (Bersebab) 2 . Pn. Wan Noriza Bt. Wan Jusoh (Bersebab) 3 . Pn. Gheeta A/P Narayanan (Bersebab) 4 . En. Mohamad Razri Bin Abd Hamid (Kursus) 5 . En. Darnalis Bin Abu Bakar (Berpindah Ke PPD) 6 . Pn. Sarasvathy A/P Kanniah (Cuti Bersalin)

contoh minit mesyuarat panitia pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: contoh minit mesyuarat panitia pendidikan sivik dan kewarganegaraan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 8PERSIARAN KEWAJIPAN,47610 UEP SUBANG JAYA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANKALI KETIGA TAHUN 2010

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2010 (KHAMIS)MASA : 1.15 PETANGTEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK USJ 8

KEHADIRAN:1. Pn. Dzurainee Bt. Mokhatar (KP PSK)2. Pn. Siti Zaliha Bt. Burhanek (S/U PSK)3. Pn. Norashikin Bt. Mansor4. Pn. Musliha Bt. Mohamad Johari5. En. Mohd Ridzuan Bin Mat6. Pn. Fatimah Muhd Razaki7. Cik Nur Saadah Bt. Abu Hassan8. Cik Wardah Bt. Wahid9. Cik Azlina Bt. Mohamad Said10. En. Noraizam Bin Sulaiman

TIDAK HADIR:1. Pn. Kan Fong Yee (Bersebab)2. Pn. Wan Noriza Bt. Wan Jusoh (Bersebab)3. Pn. Gheeta A/P Narayanan (Bersebab)4. En. Mohamad Razri Bin Abd Hamid (Kursus)5. En. Darnalis Bin Abu Bakar (Berpindah Ke PPD)6. Pn. Sarasvathy A/P Kanniah (Cuti Bersalin)7. Pn. Hasnirawatie Bt.Mohd Ghazali (Mesyuarat Guru Tingkatan 3)

1. Ucapan Pengerusi

1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru.

1.2. Pengerusi memperkenalkan serta mengalu-alukan kedatangan guru Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan yang baru iaitu Cik Azlina Binti Mohamad Said.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1. Minit mesyuarat panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang lau telah dicadang

untuk disahkan oleh Pn. Norashikin Bt. Mansor dan disokong oleh Cik Wardah Bt. Wahid.

3. Perkara Berbangkit

3.1. Pengerusi memaklumkan bahawa Program Khidmat Masyarakat Mengecat Kantin anjuran

bersama Unit Kantin Sekolah yang diadakan pada hari Sabtu, 17 Julai 2010 telah berjaya

dilaksanakan. Pengerusi mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih atas kerjasama

Page 2: contoh minit mesyuarat panitia pendidikan sivik dan kewarganegaraan

semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang terlibat serta tidak lupa juga

kepada 25 orang murid Tingkatan 4 yang hadir pada hari tersebut.

3.2. Pengerusi memaklumkan bahawa sijil-sijil penghargaan akan disediakan dan diedarkan

secepat mungkin kepada murid-murid yang terlibat.

3.3. Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang terlibat

menjayakan aktiviti Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pada Bulan

Penghayahatan Kemerdekaan yang lalu.

Tindakan: Makluman

4. Perkara Baharu

4.1. Program Khidmat Masyarakat

4.1.1. Program Khidmat Masyarakat bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 akan dijalankan sebelum

peperiksaan akhir bermula. Markah yang diperuntukan adalah 50%.

4.1.2. Bagi Program Khidmat Masyarakat bagi Tingkatan 1 dan 2 adalah bertemakan Warisan

Kepelbagaian Budaya Bangsa. Setiap kelas Tingkatan 1 dan 2 akan menghantar wakil

seramai 4 orang murid dan mereka dikehendaki menjahit pakaian tradisional setiap etnik

di Malaysia. Setiap kumpulan hanya perlu memilih 1 jenis pakaian tradisional sahaja.

4.1.3. Bagi Program Khidmat Masyarakat bagi Tingkatan 3 pula seramai 80 orang murid akan

dipilih untuk mengertai Lawatan Sambil Belajar ke Melaka anjuran bersama Kelab

Kaunseling dan Kerjaya pada 15 November 2010. Program merupakan salah satu aktiviti

Pengisian Selepas PMR.

Tindakan: Makluman

5. Penutup

5.1. Mesyuarat ditangguhkan pada 1.45 petang dengan ucapan ribuan terima kasih kepada

semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang hadir.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

………………………………....…. ……………………..………….

(PN. SITI ZALIHA BT. BURHANEK)(PN. DZURAINEE BT. MOKHATAR)

S/U PANITIA PEND. SIVIK DAN KP PEND. SIVIK DANKEWARGANEGARAAN KEWARGANEGARAAN

Disahkan Oleh:

……………………..….(PN. TAN LAN LAN)GKMP KEMANUSIAN

Page 3: contoh minit mesyuarat panitia pendidikan sivik dan kewarganegaraan