contoh teks mc.docx

  • Upload
    izattie

  • View
    255

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Perasmian Karnival Sukan Kolej Kediaman (KSKK) IPG Zon Tengah dan Karnival Sukan Permainan (K Super) IPG KPI 2012MASAQueAGENDA

8.00 Amin Ketibaan VIPMengumumkan ketibaan Yang BerbahagiaTuan Haji Anwar b. AhmadTimbalan Pengarah IPG KPI

Dan dif kehormatMasuk ke dewan.

Izattie Nyanyian Lagu Asma al-Husna, Negaraku, SelangorHadirin dipersilakan duduk.

Amin Salutasi Yang BerbahagiaTuan Haji Anwar b. AhmadTimbalan Pengarah IPG KPI

Yang BerusahaDr. Mohd Husin b. Mohd YusofKetua Jabatan HEP IPG KPI

Yang DihormatiUstaz Abdullah b. HamzahTimbalan Ketua Jabatan HEP IPG KPI

Saudara Mohd Khomeini b. Che OmarYDP JPP IPG KPI sesi 2012/13

Ketua-ketua JabatanPensyarah-pensyarah KananPara pensyarahBarisan JPP IPG KPI sesi 2012/13Seterusnya para pelajar sekalian.Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Izattie

Amin Ucapan MCCenderawasih terbang melayangDari Perlis sampai ke KedahSalam kasih bertaut sayangPembuka majlis pagi nan indah.

Sayang kumbang mencari makanTerbang seiring di tepi kaliSelamat datang kami ucapkanMoga diiring restu Ilahi.

Selamat datang ke Majlis Perhimpunan Bulanan, Perasmian Karnival Sukan Kolej Kediaman (KSKK) IPG Zon Tengah dan Karnival Sukan Permainan (K Super) IPG KPI 2012.

Izattie

AminExco Kolej Kediaman dengan kerjasama Exco Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/13 telah bersepakat untuk menganjurkan satu kejohanan sukan kolej kediaman untuk para guru pelatih IPG Zon Tengah. Ia melibatkan IPG Kampus Ilmu Khas, Kampus Pendidikan Teknik, Kampus Bahasa Antarabangsa, Kampus Raja Melewar dan Kampus Bahasa Melayu. Antara objektif penganjuran karnival ini adalah mengaplikasikan segala teknik dan skil permainan yang telah dipelajari serta mengeratkan ukhwah dalam kalangan guru pelatih.

Izattie Bacaan al-QuranHadirin yang dihormati,Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan takzimnya menjemput dan mempersilakan saudara Mohd Hussaini b. Hussin, pelajar kuliah PISMP 2.05 pengkhususan Pengajian Agama bagi mengalunkan ayat suci al-Quran daripada surah al-Jin bermula ayat 1 hingga 7. Dipersilakan.-Bacaan- Majlis mengucapkan terima kasih.

Amin Ucapan YDP JPPHadirin yang dimuliakan,Majlis diteruskan lagi dengan ucapan YDP JPP IPG KPI sesi 2012/13. Untuk itu majlis dengan hormatnya menjemput

Yang DihormatiSaudara Mohd Khomeini b. Che OmarUntuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan. -Ucapan-Majlis mengucapkan terima kasih.

Izattie

Amin Penyampaian Hadiah Kempen 5SKempen 5S merupakan satu wadah untuk menghidupkan suasana yang harmoni di kampus, lebih lagi dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Maka, Exco Kesenian & Kebudayaan telah menganjurkan pertandingan, iaitu Pencarian Model bagi kategori pensyarah dan juga pelajar serta Pertandingan Video Kreatif. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah. Untuk itu, majlis menjemput

Yang Berbahagia Tuan Haji Anwar b. AhmadTimbalan Pengarah IPG KPI

diiringi olehYang Berusaha Dr Mohd Hussin bin Mohd Yusof Ketua Jabatan HEP IPG KPIuntuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Pemenang Pencarian ModelKategori pensyarah lelaki: Encik Ali Ahmad b. SemanKategori pensyarah wanita: Puan Mastura bt. Muhd BerawiKategori pelajar lelaki: Saudara Farizwan b. HanafiKategori pelajar perempuan: Saudari Noor Munirah Aini bt. Mutalib

Pemenang Pertandingan Video KreatifKetiga: PPISMP 3.09Kedua: PPISMP 3.02Johan: PISMP 2.11Majlis mengucapkan terima kasih.

Izattie Tayangan Multimedia 5SHadirin sekalian,Majlis mempersembahkan pemenang Pertandingan Video Kreatif anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan (ESKEB) sempena Kempen 5S. Saksikan. -Tayangan -Majlis mengucapkan terima kasih.

Amin Ucapan PerasmianDaun semulur di pekan sariBatang jerami rebah ke bumiMadah dihulur sembah diberiKata perasmi hajatnya kami.

Hadirin yang dihormati,Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majlis dengan takzimnya menjemput

Yang BerbahagiaTuan Haji Anwar b. AhmadTimbalan Pengarah IPG KPI

Bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Karnival Sukan Kolej Kediaman (KSKK) IPG Zon Tengah dan Karnival Sukan Permainan (K Super) IPG KPI 2012. Dipersilakan. ucapan -Majlis mengucapkan terima kasih.

Gimik

IPIS TV

Izattie

Amin

Izattie

AminPenyampaian Hadiah KAGUMKarnival Gerak Kerja Kokurikulum (KAGUM) merupakan acara rasmi IPG. Pada tahun ini, IPG Kampus Perlis terpilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan ini bermula dari 9 hingga 15 Jun 2012. Sebanyak 27 buah IPG terlibat dalam kejohanan ini. Seramai 43 orang guru pelatih telah mewakili kontinjen IPG Kampus Pendidikan Islam dalam acara olahraga, unit beruniform, nyanyian solo serta monodrama.

Ahmad Abdin Shakirin b. Baharin dari PISMP 4.12 (pengkhususan Pendidikan Jasmani) telah menjadi wira IPG kita apabila telah merangkul pingat emas dalam acara lompat tinggi. Dengan ketinggian palang setinggi 1.95 meter, beliau telah melonjakkan kedudukan IPG kita ke tangga yang ke-11.Izzan Fatihin bt. Md Atan dari PISMP 4.08 (pengkhususan Bahasa Inggeris) pula telah muncul sebagai wirawati IPG kita apabila beliau telah dianugerahkan sebagai Kepimpinan Terbaik Kategori Wanita dalam kategori unit beruniform mewakili Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah, majlis sekali lagi berbesar hati menjemput

Yang Berbahagia Tuan Haji Anwar b. AhmadTimbalan Pengarah IPG KPI

diiringi oleh

Yang Berusaha Dr Mohd Hussin bin Mohd Yusof Ketua Jabatan HEP IPG KPIuntuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan. -penyampaian- (jemput penerima)Majlis mengucapkan terima kasih.

Amin

IzattieBacaan DoaJika pergi ke Tanjung KeramatAnak manis jangan diangkatBersama kita memohon rahmatMoga majlis mendapat berkat.

Hadirin yang dimuliakan,Majlis diteruskan dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput saudara __________ bagi mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. doa Amin ya rabbal alamin.Majlis mengucapkan terima kasih.

IzattieNyanyian Lagu IPGHadirin yang budiman,Kita teruskan agenda dengan nyanyian lagu IPG. Untuk itu, hadirin diminta berdiri bagi menzahirkan rasa kasih dan cinta terhadap profesion keguruan. Dipersilakan.

10.00 AminBersurai ...