4
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA RINGKASAN KODA AMALAN TENTANG PENCEGAHAN DAN PENGURUSAN HIV/AIDS DI TEMPAT KERJA 1. Objektif Ko! A"!#!$ (i) Menyediakan garis panduan kepada majikan dan pekerja tentang cara-cara yang wajar dan berkesan untuk mengurus isu-isu berkaitan HIV/AIDS di tempat kerja. (ii) Menggaakkan pendidikan dan kesedaran tentang HIV/AIDS. (iii) Menggaakkan persekitaran kerja yang tidak mengadii (membuat peniaian) dan mendiskriminasi. %. Sko& Pe"!k!i!$ !"da Amaan ini adaa# terpakai bagi semua majikan dan pekerja di mana-mana tempat kerja. '. Pe$()*)+!$ HIV/AIDS Di Te"&!t Ke*j! Majikan #endaka# mengamakan angka#angka# wajar untuk mencega# merebaknya jangkitan HIV di samping memastikan pekerja p"siti$ HIV tidak didiskriminasi. %rinsipprinsip utama angka#-angka# ini iaa#& (i) Merangka dasar tentang HIV / AIDS di tempat kerja (ii) Merangka pr"gram tentang HIV / AIDS di tempat kerja 3.1 Merangka Dasar Tempat Kerja Tentang HI ! AIDS Dasar ini #endaka# menggariskan tanggungjawab majikan dan pekerja dan #endaka# mencerminkan si$at dan keperuan tempat kerja itu sendiri daam menangani isu-isu ber#ubung HIV/AIDS di tempat kerja. 3.1.1 Tangg"ngja#a$ Maj%kan (i) Iti'am majikan

Cop Hiv Dosh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mengetahui kod praktis yang mengikuti standard yang ditetapkan oleh jabatan kesihatan dan keselamatan pekerjaan

Citation preview

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA RINGKASAN KODA AMALAN TENTANG PENCEGAHAN DAN PENGURUSAN HIV/AIDS DI TEMPAT KERJA

1. Objektif Koda Amalan(i)Menyediakan garis panduan kepada majikan dan pekerja tentang cara-cara yang wajar dan berkesan untuk mengurus isu-isu berkaitan HIV/AIDS di tempat kerja.(ii)Menggalakkan pendidikan dan kesedaran tentang HIV/AIDS.(iii)Menggalakkan persekitaran kerja yang tidak mengadili (membuat penilaian) dan mendiskriminasi.2. Skop PemakaianKoda Amalan ini adalah terpakai bagi semua majikan dan pekerja di mana-mana tempat kerja.3. Pengurusan HIV/AIDS Di Tempat KerjaMajikan hendaklah mengamalkan langkahlangkah wajar untuk mencegah merebaknya jangkitan HIV di samping memastikan pekerja positif HIV tidak didiskriminasi. Prinsipprinsip utama langkah-langkah ini ialah:(i)Merangka dasar tentang HIV / AIDS di tempat kerja(ii) Merangka program tentang HIV / AIDS di tempat kerja3.1 Merangka Dasar Tempat Kerja Tentang HIV / AIDSDasar ini hendaklah menggariskan tanggungjawab majikan dan pekerja dan hendaklah mencerminkan sifat dan keperluan tempat kerja itu sendiri dalam menangani isu-isu berhubung HIV/AIDS di tempat kerja.3.1.1 Tanggungjawab Majikan(i) Iltizam majikanMajikan hendaklah menyatakan pendirian dan amalan berhubung isu HIV / AIDS dalam mencegah rebakan virus HIV serta diskriminasi dan stigma terhadap pekerja HIV positif.(ii) Program penerangan, pendidikan dan latihanMajikan hendaklah menyediakan program penerangan, latihan dan pendidikan berhubung HIV / AIDS kepada pekerja bagi menggalakkan kesedaran agar mencegah rebakan penyakit serta diskriminasi dan penstigmaan terhadap pekerja positifHIV.(iii) Aspek keselamatan dan kesihatanMajikan hendaklah menyediakan dan menyenggarakan persekitaran kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerjanya.(iv) Amalan pekerjaan yang tidak mengadili dan tidakmendiskriminasiAmalan pekerjaan hendaklah berasaskan bukti saintifik dan epidemiologi bahawa pekerja HIV positif tidak menimbulkan risiko rebakan virus melalui hubungan biasa di tempat kerja.(v) Kerahsiaan dan privasiPekerja positif HIV tidak dikehendaki mendedahkan status HIVnya. Sekiranya perlu mendedahkan status HIVnya, kerahsiaan dan privasi berkaitan segala maklumat perubatan hendaklah dipastikan sentiasa terjaga sepanjang masa.(vi) Penyaringan HIV/ Pengujian antibodi HIVMajikan tidak harus mengamalkan penyaringan atau pengujian antibodi HIV wajib sebagai prasyarat untuk pengambilan bekerja, kenaikan pangkat, atau faedah pekerja yang lain3.1.1.1 Tanggungjawab Pekerja(i)Pekerja positif HIV hendaklah bertindak secara bertanggungjawab supaya tidak mendedahkan rakan sekerja mereka kepada risiko rebakan virus.(ii)Pekerja positif HIV digalakkan memaklumkan kepada majikan akan status HIV nya j ika pekerj aan atau aktiviti kerjanya menimbulkan potensi risiko rebakan HIV.(iii)Semua pekerja hendaklah memberi kerjasama dan menyertai semua program HIV / AIDS.(iv)Pekerja tidak harus mendiskriminasi atau menstigmakan rakan sekerja yang positif HIV dan tindakan disiplin hendaklah diambil sekiranya mana-mana pekerja mendiskriminasi atau menstigmakan rakan sekerja yang positif HIV atau disangka positif HIV.(v)Setiap pekerja hendaklah mematuhi segala arahan dan prosedur tentang langkah-Iangkah kawalan yang diamalkan oleh majikan.3.2Merangka Program HIV/AIDS Di Tempat KerjaKomponen utama Program HIV / AIDS adalah:(i) Pendidikan, Iatihan dan kesedaranProgram hendaklah berasaskan pada maklumat yang betul dan terkini tentang HIV/AIDS. Pekerja hendaklah juga disediakan dengan maklumat dan arahan asas yang diselaraskan supaya meningkatkan kefahaman tentang isu-isu berhubung HIV/AIDS.(ii) Langkah Pencegahan dan KawalanMajikan hendaklah mengenalpasti perkerjaan atau aktiviti kerja yang menimbulkan risiko rebakan HIV dan merangka program pencegahan dan kawalan yang sesuai dengan tempat kerja mereka untuk mencegah rebakan HIV. Program tersebut termasuklah langkahlangkah pengawasan umum seperti penyediaan kelengkapan pelindung dan pertolongan cemas.(iii) Program Kecemasan dan Pertolongan CemasMajikan hendaklah memastikan bahawa prosedur kecemasan dan pertolongan cemas-untuk pengurusan pendarahan dan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa kemalangan merangkumi langkahlangkah pengawasan untuk mengelakkan risiko rebakan HIV. Majikan juga hendaklah mengadakan prosedur untuk melaporkan kemalangan yang melibatkan pendedahan kepada darah dan bendalir badan.(iv) Runding cara dan Sokongan sosialMajikan hendaklah menyediakan khidmat dan kemudahan runding cara di tempat kerja atau menyediakan maklumat tentang profesional, kumpulan bantu diri, dan perkhidmatan dalam lingkungan masyarakat tempatan atau serantau, yang pakar dalam perkara berhubung HIV/AlDS dan rawatan HIV/AlDS.4. "Orang Bertanggungjawab" Yang Dilantik Majikan hendaklah melantik seorang "Orang Bertanggungjawab" di tempat kerja untuk menangani isu-isu berhubung HIV/AIDS dan memaklumkan identiti (nama) "Orang Bertanggungjawab" kepada semua pekerja.5. Peranan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan (Jika Berkenaan) Majikan hendaklah menggalakkan Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan memainkan peranan dalam membantu majikan melaksanakan dasar dan program HIV/AIDS termasuklah: Perangkaan, pelaksanaan dan kajian semula dasar dan program tentang HIV/AIDS; Siasatan sebarang kemalangan yang berkait dengan pendedahan kepada darah; Mengesyorkan langkah pencegahan dan kawalan untuk mengurangkan risiko rebakan; dan Membincangkan sebarang aduan yang berkait dengan isu-isu HIV/AIDS. 6. Kesaksamaan Jantina Majikan haruslah mengamalkan kesaksamaan jantina di tempat keIja supaya memastikan semua pekeIja mampu menangani isu-isu berhubung HIV/AIDS. Amalan tersebut termasuklah: (i) Kemudahan mendapatkan maklumat, (ii) Peluang menghadiri latihan;(iii) Tiada diskriminasi kepada pekerja berdasarkan jantina;(iv) Peluang sarna rata mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat; dan(v) Faedah pekerjaan dan sokongan sosial yang sarna rata.7. Faedah-Faedah Program HIV/AIDS Di Tempat KerjaPelaksanaan program ini akan membantu: Mengurangkan rasa takut di kalangan pekerja; Memberikan maklumat tepat tentang HIV/AIDS; Mencegah gangguan kerja; Memastikan tenaga kerja yang sihat; dan Mengurangkan diskriminasi dan penstigmaan. Nota:Untuk keterangan lanjut, sila rujuk:1. "Koda Amalan Tentang Pencegahan dan Pengurusan HIV/AIDS Di Tempat Kerja" oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, atau 2. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanAras 2, 3 dan 4, Blok D3, Parcel D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PutrajayaPegawai dihubungi:Pn. Muaziah Abd. Rahman (Tel: 03-8886 5085)