cri-ciri negara

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 cri-ciri negara

    1/3

    Negara adalah satu istilah politik antarabangsa serta geografi politik yang merujuk kepada satu

    wilayah geografi yang didefinasikan. Dari pandangan K.Ramanathan Negara bermaksud sekumpulan

    manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap dibawah penyelenggaraan sebuah kerajaan dan

    tidak tertakluk kepada kuasa luar.Kesimpulannya, Negara adalah sesebuah wilayah bersempadan dandiperintah oleh satu badan politik dengan mempunyai perlembagaan dan undang-undang

    tersendiri.Negara Malaysia adalah contoh Negara terbaik kerana ia mempunyai semua ciri yang mesti

    ada pada sesebuah Negara.

    Ciri pertama yang patut ada pada sesebuah Negara adalah sempadan yang tertentu. Sempadan

    merupakan suatu kemestian bagi pembentukan sesebuah Negara. Sempadan sering dirujuk sebagai

    tanah air ataupun tanah tumpah darah ataupun tempat kelahiran dan bekembangnya sesesuah bangsa.

    Pembentukan sempadan selalunya berlandaskan keadaan geografi yang itu sudah menjadi amalan

    penentuan sempadan kekuasaan sesebuah Negara dibuat berasaskan keadaan alam seperti bukit-bukau,

    gunung ganang, sungai lembah atau laut. Sempadan-sempadan yang wujud ini akan membatasi kuasa

    dan hak sesebuah Negara untuk melakukan sebarang perkara diluar sempadan wilayahnya. Sekiranya

    batasan ini dilanggar oleh sesebuah Negara maka ia dianggap telah menceroboh wilayah lain. Dari

    pandangan K.Ramanathan keluasan wilayah tidak menjadi persoalan penting tetapi yang paling utama

    adalah kawasan itu mestilah mewujudkan sebuah Negara.Contohnya Negara kita Malaysia mempunyai

    sempadan daratan, tanah dan laut dengan Negara jiran iatu Thailand Singapura dan Indonesia. Dengan

    adanya sempadan sesebuah Negara itu dapat menjalankan pentadbirannya dengan baik.

    Seterunya, sejumlah penduduk menjadi ciri utama dalam sesebuah Negara. Dalam sosiologi

    penduduk bermaksud kumpulan manusia yang menempati wilayah geografi dan ruang tertentu. Di

    Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina , India, Iban

    Kadazan dan sebagainya. Penduduk disesebuah Negara juga diberi pengiktitafan sebagai warganegara

    dan bukan warganegara. Warganegara ialah penduduk yang lahir dan menetap di Negera tersebut.Ada

    juga penduduk yang menetap di luar Negara atas alasan tersendiri tetapi mereka masih diiktiraf sebagai

    warganegara Negara asal mereka. Setiap warganegara mempunyai hak-hak tertentu. Di Malaysia semua

    warganegara mempunyai hak mengundi, pengamalan agama dan kepercayaan masing-masing,

    penggunaan bahasa ibunda dan sebagainya. Bukan warganegara bermaksud penduduk yang tidak

    berasal dari Negara tersebut malahan datang dari Negara lain atas alasan peribadi.

    Ciri seterusnya ialah sebuah kerajaan yang teratur. Kerajaan juga adalah suatu lambang

    kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem. Ia juga

    merupakan lambang ketamanudan kelompok manusia tersebut, Tanpa kerajaan kehidupan rakyat

    menjadi sukar disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa. Ini berlaku kerana tiada kawalan daripada

    pihak yang mempunyai kerajaan atau kekuasaan. Ia juga boleh mengakibatkan penindasan daripada

    Negara lain dan sekaligus tidak dapat wujud sebagai sebuah Negara yang baik.

    Di dalam sesebuah Negara , taraf ekonomi dan taraf hidup rakyatnya terdiri dari pelbagai latar

    belakang yang berbeza. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Jarang sebegini rupa sememangnya wujud

  • 8/2/2019 cri-ciri negara

    2/3

    dalam manamana kerajaan. Jika kebajkan rakyat dinafikan haknya, maka akan berlaku ketidakstabilan

    social dalam Negara. Oleh sebab demikian , kerajaan sebagai badan pemerintah yang bertanggungjawab

    perlulah mengambil kira hal ehwal kebajikan setiap rakyatnya tanpa mengira kaum atau kepentingan

    yang tertentu.

    Kerajaan Malaysia sebagai contoh, amat meneitikberatkan aspek kebajikan rakyatnya. Sejakdiawal kemerdekaan Malaysia , Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup rakyatnya

    melalui pelbagai dasar yang telah diperkenalkannya. Dasar ekonomi baru diwujudkan sebagai salah satu

    srategi kerajaan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Untuk mewujudkan perpaduan dan

    keharmonian , kerajaan perlu bijak merancang dan membina matlamat untuk merealisasikan agenda ini.

    .Dalam budget 2012 perdana menteri kita telah membuktikannya dengan memberi Bantuan Rakyat 1

    Malaysia , Bantuan murid sekolah RM100, Baucer 1 Malaysia dan sebagainya.

    Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perpaduan negara. Dalam

    sesebuah Negara , pembangunan social dan pembangunan ekonomi saling melengkapi.Kerajaan sebagi

    pemerintah bertanggungjawab untuk mengatur langkah dan strategi untuk membina perpaduan dan

    keharmoniaan . Hubungan dua hala diantara pemerintah dengan yang diperintah mampu menyumbang

    kepada keharmonian Negara. Rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia pada 13 Mei 1969 jelas

    membuktikan bahawa tanpa perpaduan Negara akan menjadi huru-hara. Menyedari hakikat ini ,

    Kerajaan Malaysia terus mengubal Rukun Negara yang mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

    Dalam pada ini, untuk mewujudkan system pemerintahan yang baik dan berkesan, sesebuah kerajaan

    perlu mempunyai kewibawaan dan mempunyai kuasa membuat peraturan dan melaksanakannya dalam

    masyarakat. Konsep kerajaan dalam erti kata sebenar merujuk kepada funsi-fungsi yang terlibat dalam

    pengurusan dan perjalanan hal ehwal sesebuah Negara. Untuk mewujudkan perpaduan dan

    keharmonian , kerajaan perlu bijak merancang dan membina matlamat untuk merealisasikan agenda ini.

    Kerajaan Malaysia sebagai contoh , sedang berusaha membudayakan Gagasan 1 malaysia yangdicetuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak .Tanpa kerajaan tidak wujud sesebuah Negara yang

    baik dan sempurna.Menurut beliau , matlamat gagasan 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan

    meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang ini menjadi kekuatan Negara dan akan kekal

    sebagai bekalan terbaik Negara untuk masa hadapan. Kesungguhan kerajaan Malaysia melaksanakan

    gagasan ini membuktikan bahawa perpaduan amat penting untuk mewujudkan kerajaan

    bertanggungjawab untuk menjayakannya.

    Seterusnya , kedaulatan sesebuah Negara juga penting dalam pembentukan sebuah Negara.

    Kedaulatan bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah Negara. Kedaulatan amat penting

    kerana ia di anggap satu asset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan Negara untuk tidak

    terus dijajah atau dijajah. Kedaulatan secara tidak lansung mempunyai kaitan dengan soal keselamatan

    Negara. Sebagai unit-unit dalam konteks Negara , peranan rakyat dalam erti mempertahankan

    kedaulatan Negara amat penting kerana ia akan membawa implikasi terhadap memperkasa soal

    ketaatan yang tidak berbelah menjamin keselamatan terhadap Negara.

    Kedaulatan Negara juga turut dikaitkan dengan konsep ketinggian perlembagaan. Ia bermaksud

    undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan perlembagaan hendaklah

  • 8/2/2019 cri-ciri negara

    3/3

    terbatal setakat mana yang berlawanan. Perlembagaan ditakrif sebagai satu susunan rang undang-

    undang dasar yang merangkumi prinsip serta peraturan bagi menentukan bentuk pemerintahan

    sesebuah Negara. Funsi perlembagaan adalah memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat

    berpadukan peraturan-peraturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat. Negara

    Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis iaitu parlimen yang memperoleh kuasa dari

    perlembagaan. Ini bermakna undang-undang yang dibuat ,digubal dipinda tertakluk kepada kuasa yang

    diperuntukkan oleh perlembagaan. Perlembagaan Di Malaysia menjamin kestabilan politik, perpaduan

    rakyat , kemajuan Negara serta sisitem pemerintahan yang cekap dan bersistematik.

    Bukan itu sahaja, Kedaulatan juga untuk mengekalkan Negara itu bebas dari kongkongan atau

    ancaman luar. Negara yang berdaulat adalah Negara yang bebas dari kongkongan ancaman Negara luar.

    Negara berdaulat tersebut memerintah atas paksi sendiri. Dengan adanya hubungan antarabangsa

    maka terbentuklah sebuah Negara yang Berjaya. Malaysia berdaulat kerana berupaya mengawal hal

    ehwal dalam negeri dan kebebasan mengadakan hubungan luar atau polisi luar atau hubungan

    serantau dasar luar. Malaysia mengamalkan dasar luar dengan tujuan menjamin kedaulatan dan

    keselamatan Negara. Sebagai sebuah Negara yang berdaulat , Malaysia mengutamakan semangatkerjasama dan berbaik-baik dengan semua Negara tanpa mengira ideology. Selain itu kedaulatan juga

    penting memperoleh pengiktirafan atau pujian tidak akan diperoleh sekiranya kedaulatan tidak wujud.

    Dengan adanya kedaulatan Malaysia dikenali di mata dunia.

    Selain itu Malaysia juga mempromosi kebudayaan Nasional melalui aktiviti-aktiviti

    pembangunan pelancongan dan pertukaran kebudayaan Negara asing. Turut mendapat perhatian dalam

    matlamat polisi luar Malaysia ialah kerjasama darisegi teknikal dengan Negara asing melalui bantuan

    bantuan kepakaran yang diterima dari Negara maju yang diberi kepada Negara mundur. Malaysia juga

    tidak ketinggalan menjalin hubungan di bidang pertahanan dengan luar Negara. Ini membolehkan

    Malaysia memperolehi kepakaran dan pengetahuan dari segi teknik dan teknologi terbaru bidangketenteraan untuk menghadapi sebarang ancaman dari luar Negara.

    Berdasarkan ciri-ciri Negara yang telah dibincangkan , maka tidak dapat dinafikan bahawa

    Malaysia adalah layak diiktiraf sebagai sebuah Negara.