18
Bahan Berbantukan Komputer April 11, 2009 · Filed under Kesusasteraan , Tugasan PENGHARGAAN Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan walaupun terdapat banyak kekangan yang terpaksa dihadapi. Dalam tugasan kumpulan ini, kami telah diminta untuk membina perisian berbantukan komputer untuk murid yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Kami bersepakat untuk memilih genre sajak yang bertajuk ”Surat Kepada Ayah” dan menghasilkan perisian yang berpusatkan murid untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menarik serta berkesan. Disini kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus Pengajaran Apresiasi Karya Kesusasteraan Melayu (BSP 3063) iaitu Dr. Azhar bin Hj. Wahid kerana telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan menjadi sumber rujukan dan membekalkan pelbagai bahan serta bimbingan dalam mempersiapkan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, ribuan terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi dorongan, berkongsi pendapat serta bahan dalam memperlengkapkan lagi tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Cth Bahan Berbantukan Komputer

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahan mengajar

Citation preview

Bahan Berbantukan Komputer

April 11, 2009 Filed underKesusasteraan,TugasanPENGHARGAANBersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan walaupun terdapat banyak kekangan yang terpaksa dihadapi.Dalam tugasan kumpulan ini, kami telah diminta untuk membina perisian berbantukan komputer untuk murid yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Kami bersepakat untuk memilih genre sajak yang bertajuk Surat Kepada Ayah dan menghasilkan perisian yang berpusatkan murid untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menarik serta berkesan.Disini kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus Pengajaran Apresiasi Karya Kesusasteraan Melayu (BSP 3063) iaituDr. Azhar bin Hj. Wahidkerana telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan menjadi sumber rujukan dan membekalkan pelbagai bahan serta bimbingan dalam mempersiapkan tugasan yang telah diberikan.Selain itu, ribuan terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi dorongan, berkongsi pendapat serta bahan dalam memperlengkapkan lagi tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

1.0BAHAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTERPerkembangan yang pesat dalam penggunaan komputer dan teknologi multimedia menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui suatu anjakan paradigma. Penggabungan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktif turut mewarnai proses pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi lebih menarik, memberangsangkan dan berkesan malah dapat dijalankan secara berulang-ulang meskipun tanpa kehadiran guru.Perisian ini dibina untuk murid yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah menengah ini dengan mengambil kira kesesuaian tajuk dengan sasaran pengguna dan penghasilannya juga dijalankan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Power Point 2003, Windows Movie Maker dan Adobe Photoshop 7. Ketiga-tiga perisian ini digunakan kerana kerja-kerja pengubahsuaian grafik dan audio serta video lebih mudah dilakukan mengikut citarasa yang bersesuaian dengan kehendak penghasilan bagi memenuhi citarasa pengguna di peringkat sekolah menengah yang lebih memerlukan ilustrasi yang bersesuaian dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan.Perisian ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran secara interaktif yang nyata boleh memberikan kesan pembelajaran yang berbeza dan amat memberangsangkan murid di peringkat sekolah menengah. Ciri interaktif multimedia dalam perisian amat sesuai ke arah menyokong keupayaan ingatan manusia terutamanya bagi murid yang akan menempuh alam peperiksaan. Secara keseluruhannya, kepentingan projek ini adalah untuk murid dan menjadi panduan untuk guru sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, murid juga dapat meningkatkan lagi pemahaman tentang sesuatu topik dan secara tidak langsung ia dapat menarik minat untuk terus belajar serta mengelakkan rasa bosan murid.Berikutan ini, masih terdapat penggunaan rujukan secara tradisional seperti buku dan papan hitam sepenuhnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dilakukan. Ini mungkin disebabkan kekangan dari segi kelengkapan fizikal dan perkakasan untuk menghasilkan modul pengajaran yang terkini. Kemungkinan juga, kemahiran guru dalam menguasai komputer masih berada pada tahap rendah dalam memanfaatkan penggunaan komputer di bilik darjah dengan optimum agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Komputer yang terdapat di sekolah sepatutnya bukan hanya digunakan untuk kerja-kerja rutin dan pentadbiran seperti pemprosesan perkataan dan penyimpanan data sahaja tetapi dilanjutkan penggunaannya di adalam aspek pengajaran dan pembelajaran.Perisian yang kami bina ini berpusatkan murid manakala guru hanya memilih dan mengatur bahan pembelajaran yang sesuai supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik serta berkesan. Untuk menghasilkan perisian ini, kami telah merujuk kepada buku teks Kesusasteraan Melayu SPM Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B untuk tingkatan 4 dan 5. Kami telah memilih genre sajakSurat Kepada AyahkaryaAzran Abdul Rahman. Seperti yang diketahui, sajak merupakan suatu bentuk pengucapan yang lazimnya digubah dengan pemilihan bahasa yang indah, berirama, dan mempunyai bentuk yang tersendiri. Kami telah memfokuskan kepada nilai kemanusiaan dan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ekoran daripada kajian kami terhadap teks ini yang sering keluar dalam peperiksaan. Hasil pembelajaran puisi ini perlu dicapai oleh murid dengan memahami maksud puisi dan menguasai aspek sastera yang dipilih iaitu nilai kemanusiaan dan pengajaran. Dengan perisian ini, murid dapat mengenal pasti aspek-aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam puisi tersebut dan dapat membandingkan antara nilai kemanusiaan dan pengajaran serta dapat menghubungkaitkannya dengan kehidupan seharian.Perisian yang kami hasilkan ini juga, memberi keselesaan kepada murid kerana navigasi yang disediakan boleh menarik minat dan memudahkan murid memahami fungsi-fungsi navigasi tersebut selain perisian ini amat mesra pengguna. Navigasi yang disediakan juga membolehkan murid mengawal maklumat dan mengarahkan aplikasi perisian tersebut. Selain teknik persembahan perisian ini boleh mencungkil sikap positif terhadap diri sendiri dan berupaya menyelesaikan masalah secara kompleks.Perisian ini sebenarnya adalah untuk penggunaan murid sepenuhnya dan guru sebenarnya dijadikan pembimbing untuk menerangkan panduan penggunaannya kepada murid. Justeru, kami telah mengambil inisiatif untuk merekabentuk sebuah perisian pembelajaran yang bersifat interaktif,menepatikonsep falsafah pendidikan negara, serta mengaplikasikan strategi-strategi pembelajaran yang dicadangkan oleh teori pembelajaran.

2.0OBJEKTIF

Objektif yang disasarkan untuk murid dari penghasilan perisian ini ialah:Membantu murid memahami sajak Surat Kepada Ayah karya Azran Abdul Rahman dengan berbantukan video yang dihasilkan.Meningkatkan lagi pemahaman murid terhadap nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam sesebuah sajak.Membantu murid mengenal pasti aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran yang terkandung dalam puisi berkenaan.Memberi penerapan dalam diri murid tersebut melalui hubungkait antara nilai kemanusiaan dan pengajaran dengan kehidupan seharian.Menarik minat murid untuk mempelajari Kesusasteraan Melayu dengan penerapan elemen-elemen interaktif.Meningkatkan kemahiran murid dalam pengendalian sesebuah perisian.Objektif yang disasarkan untuk guru dari penghasilan perisian ini ialah:Sebagai panduan bahan pengajaran dan pembelajaran.Meningkatkan kemahiran guru dalam pembinaan perisian.3.0SKOP Skop perisian ini memfokuskan pembelajaran nilai kemanusiaan dan pengajaran menerusi genre yang dipilih iaitu sajak Surat Kepada Ayah. Perisian ini dibina dengan mengambil kira huraian dan sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat sekolah menengah serta penerimaan dan pembelajaran murid-murid yang mengambil mata pelajaran tersebut. PerisianSurat Kepada Ayahini terdiri daripada enam menu utama iaituPuisi, Sinopsis, Definisi, Nilai Kemanusiaan, Pengajaran dan Latihan.Pada bahagian menu utama, murid dapat mengawal turutan adegan dalam satu-satu aplikasi pengajaran dan pembelajaran untuk berkomunikasi atau berinteraksi dengan perisian terbabit.Dalam ruanganPuisi, kami telah menyelitkan puisi Surat Kepada Ayah melalui paparan video. Disini telah diselitkan dengan multimedia iaitu bacaan sajak, paparan teks serta beberapa grafik (imej). Seperti yang diketahui, multimedia merupakan kombinasi pelbagai media sama ada dalam bentuk kaku dan bergerak bagi membentuk satu program pengajaran secara formal. Kami telah menggunakan perisian Adobe Photoshop 7 untuk mengubah gambar yang dipilih dan seterusnya memasukkan gambar, bacaan sajak dan muzik latar ke dalam Windows Movie Maker. RuanganSinopsispula memaparkan ringkasan sajak Surat Kepada Ayah dalam bentuk setiap rangkap untuk memudahkan lagi pemahaman murid terhadap puisi berkenaan. Dalam ruanganDefinisipula dipaparkan mengenai definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran secara keseluruhannya manakala ruanganNilai KemanusiaandanPengajaranmemerlukan pemerhatian yang lebih dari murid kerana pada kedua-dua ruangan ini terpapar nilai kemanusiaan dan pengajaran yang terdapat dalam sajak Surat Kepada Ayah.Projek ini turut menerapkan kemahiran penghayatan melalui ruanganLatihanyang disediakan. Pada ruangan ini dipaparkan lima soalan tentang nilai kemanusiaan dan pengajaran yang dipelajari dalam perisian ini dan turut disediakan panduan menjawab soalan dan terdapat navigasi pembayang untuk menjawab soalan berkenaan. Setiap jawapan betul akan diberikan 2 markah dan setiap jawapan yang salah akan diberikan 0 markah. Pada ruangan paparan betul dan salah terdapat beberapa animasi dan audio yang merangsang murid untuk meneruskan pembelajaran menerusi perisian ini.

4.0PEMBANGUNAN PERISIANDalam membangunkan bahan pengajaran berbantukan komputer ini, kandungan perisian perlu dirancang dengan lebih teliti dan dihasilkan secara sistematik supaya bahan pengajaran dan pembelajaran ini bersifat mesra pengguna (user friendly), dapat difahami oleh murid dan kandungan yang dipilih adalah bersesuaian dengan mata pelajaran yang ingin diajar.Pada peringkat permulaan, kami menentukan kandungan dalam perisian dan ini termasuklah merujuk buku teks Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B untuk tingkatan 4 dan 5. Perisian yang dibina juga perlulah menitikberatkan kehendak murid supaya murid dapat menggunakan dengan mudah dan bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami. Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu dititikberat dalam pembangunan perisian ini:i. Antaramuka yang ramah pengguna (user friendly) dan menarik.ii. Saiz teks yang mudah dibaca.iii. Paparan teks yang sesuai dengan murid.iv. Rekabentuk butang yang bersesesuaian dan menarik.v. Paparan grafik yang sesuai dan menarik.vi. Animasi yang sesuai dan menarik.vii. Audio yang jelas dan mudah dikawal.viii. Arahan dan bahasa yang mudah difahami.Dalam pembangunan perisian ini, pemilihan struktur navigasi juga penting untuk penerokaan susunan kandungan yang ingin disampaikan. Perisian ini menyediakan interaktiviti dan murid akan bebas mengawal interaktiviti (non-linear) yang disediakan untuk berinteraksi dengan komputer.Selain itu, menekanan terhadap penghasilan antaramuka pengguna, pemilihan butang atau ikon kawalan, penetapan ciri-ciri teks, grafik dan audio juga penting untuk menarik perhatian murid.Teks (Font)Teks merupakan salah satu elemen yang penting dalam menghasilkan bahan pengajaran berbantukan komputer. Teks membenarkan maklumat disampaikan kepada murid dengan berkesan dan lengkap. Sehubungan itu, penggunaan teks untuk menyampaikan maklumat dengan mengambil kira aspek warna teks, saiz, jenis teks (font) dan jarak di antara setiap baris teksdan pemilihan tersebut perlu menepati serta bersesuaian dengan sasaran pengguna mahupun konsep yang digunakan dalam sajak Surat Kepada Ayah ini.Audio dan VideoAudio atau bunyi lazimnya digunakan untuk memainkan suara, muzik atau kesan latar kepada perisian. Menerusi pembelajaran secara tradisional seperti penggunaan buku, papan tulis dan gambar rajah sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran, murid tidak berpeluang mendengar audio yang berkaitan dengan kandungan pelajaran. Bahan pengajaran ini telah dimuatkan audio latarbelakang yang beresuain dengan konsep bertujuan melahirkan keseronokan dan menarik minat murid untuk terus belajar, di samping itu video mengenai Surat Kepada Ayah juga dimuatkan untuk memberi kefahaman yang lebih kepada murid.Grafik (Imej)Grafik berkeupayaan untuk menyampaikan maklumat yang sekiranya disampaikan dengan teks akan memenuhi beberapa muka surat. Ia juga mampu menarik minat murid ke arah pembelajaran yang berterusan dan merupakan sumber tambahan ke arah membantu murid untuk memahami konsep yang dipelajari. Bagi bahan pengajaran ini, grafik yang digunakan bagi membantu pemahaman serta merangsang minda murid adalah elemen latar belakang yang menggambarkan beberapa imej seperti surat, kedua ibu bapa dan kejayaan. Elemen grafik memainkan peranan dalam memberi gambaran kejelasan konsep.WarnaElemen warna memastikan peranan yang penting bagi menarik minat murid menggunakan bahan pengajaran berbantukan komputer ini. Warna yang digunakan perlulah bersesuaian dengan citarasa murid dan juga untuk menggambarkan konsep, sebagai contoh warna latar belakang bahan pengajaran ini menggambarkan sesuatu yang usang, lama serta sedih dan ini bersesuaian dengan perasaan diri penulis surat yang sudah lama tidak berjumpa dengan keluarganya. Bagi tulisan pula, warna yang bersesuaian digunakan bagi memudahkan murid membacanya serta fokus pada apa yang dilihat.Pemilihan sejenis warna untuk butang navigasi supaya kelihatan selaras dengan persekitaran yang dibangunkan dan ini mengurangkan kekeliruan kepada murid. Keberkesanan penggunaan warna boleh mewujudkan komunikasi dan aspek estetika kepada bahan pengajaran yang dibina dan secara tidak langsung mewujudkan kepuasan murid.AnimasiPenggunaan animasi dalam bahan pengajaran ini tidaklah begitu banyak kerana kami mengambil kira faktor penumpuan murid terhadap isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan. Animasi yang dimuatkan dalam bahan pengajaran ini hanyalah untuk mengurangkan tahap kebosanan murid bagi masa yang lama.

Selain itu, pembinaan bahan pengajaran berbantukan komputer ini turut melibatkan aplikasi multimedia yang diperlukan berdasarkan konsep yang telah ditetapkan. Kami telah menggunakan perisian Microsoft Office Power Point 2003, Windows Movie Maker dan Adobe Photoshop 7 dalam penghasilan bahan pengajaran ini.

Microsoft Office Power Point 2003Perisian ini merupakan perisian utama yang digunakan untuk penghasilan bahan pengajaran berbantukan komputer ini. Kemudahan perisian ini yang telah dilengkapi dengan beberapa fungsi-fungsi memudahkan murid untuk menggunakannya. Perisian yang dihasilkan ini juga berasaskan perisian Microsoft Office Power Point 2003 sepenuhnya termasukkan pautan butang (hyperlink), menyunting teks, memasukkan audio dan menyusun grafik.

Adobe Photoshop 7.0Perisian ini digunakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian elemen grafik. Perisian ini dipilih kerana ia adalah versi yang boleh memudahkan kerja-kerja mengubah grafik kepada bentuk dan kesan yang dikehendaki.

Windows Movie MakerPerisian ini telah digunakan untuk menghasilkan video. Penghasilan video Surat Kepada Ayah adalah sepenuhnya menggunakan perisian ini. Elemen grafik dan teks serta audio yang dihasilkan telah dihimpun dan dimasukkan ke dalam perisian ini.

5.0PERKAKASAN DAN PERISIANBerikut merupakan perkakasan dan perisian yang digunakan untuk membina bahan pengajaran berbantukan komputer ini, antaranya ialah :Perkakasana)Central Processing Unit (CPU)b)Random AccessMemory (RAM)c)Kad video dan kad bunyid)Papan kekuncie)Tetikusf)Monitorg)Pembesar suaraPerisiana)Microsoft Office Power Point 2003b)Windows Movie Makerc)Adobe Photoshop 7

6.0KANDUNGAN PERISIANPerisianSurat Kepada Ayahini terdiri daripada enam kandungan iaituPuisi, Sinopsis, Definisi, Nilai Kemanusiaan, Pengajaran dan Latihan.Murid boleh keluar terus dari perisian ini dengan menekan butang navigasi EXIT dan murid juga boleh mengikuti bahan pengajaran ini dari awal dengan menekan butang navigasi MENU.

PUISIMurid akan dihidangkan dengan paparan video bacaan sajak besertakan grafik, teks dan audio dalam ruangan puisi. Sajak Surat Kepada Ayah karya Azran Abdul Rahman.

Ayahanda,

hari ini kuterima suratmu

gembiranya hati mendapat berita

keluarga kita sihat semua.

Syukur,

anakanda di sini

tidak kurang apa-apa

kawan-kawan banyak di asrama

semuanya baik-baik belaka.

Anakanda tidak akan lupa

semua nasihat dari ayahanda

kita memang bukan orang berada

hanya kaya budi bahasa

percayalah ayahanda

anakanda tidak akan lalai

pelajaran tetap anakanda utamakan.

Sekian dahulu kali ini

salam untuk ayahanda dan bonda

salam juga untuk adik-adik tercinta.

SINOPSISDalam ruangan sinopsis pula, murid akan dapat melihat sinopsis sajak yang mereka pelajari. Berikut merupakan sinopsis sajak Surat Kepada Ayah yang terdapat dalam perisian ini. Sinopsis sajak ini boleh didapati dalam setiap rangkap.Rangkap 1Penyajak memberitahu ayahandanya bahawa dia telah menerima surat daripada ayahandanya. Dia gembira kerana semua ahli keluarganya dalam keadaan sihat.Rangkap 2Penyajak melahirkan rasa syukur kerana kehidupannya di asrama sempurna segalanya. Di situ dia mendapat kawan-kawan yang baik.Rangkap 3Penyajak tidak melupai nasihat ayahandanya bahawa mereka bukanlah orang kaya, yang ada pada mereka hanya budi bahasa. Penyajak berjanji akan mengutamakan pelajaran.Rangkap 4Dalam suratnya, penyajak menyampaikan salam untuk semua ahli keluarganya.

DEFINISIPada laman definisi pula, akan tertera paparan mengenai maksud nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam sajak. Definisi yang dimaksudkan disini ialah definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran yang terkandung dalam sajak Surat Kepada Ayah. Berikut merupakan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam konteks sesebuah sajak :Definisi Nilai KemanusiaanNilai hidup murni, positif, luhur.

Tindakan, sikap, pandangan hidup watak-watak mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan yang cuba diterapkan oleh pengarang kepada pembaca.

Definisi Pengajaran

Dikenali juga sebagai mesej, amanat, atau unsur deduktif.

Kesan pengajaran didapati daripada keseluruhan cerita dan perwatakan watak.

Pengajaran biasanya dapat dikesan dalam bentuk yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

NILAI KEMANUSIAANNilai kemanusiaan dalam sesebuah karya sering ditonjolkan untuk menggambarkan sikap positif watak. Antara nilai kemanusiaan yang terkandung dalam sajak Surat Kepada Ayah ialah:Gembira dengan kesihatan keluarga.Bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang baik.Mentaati segala nasihat ayah.Mendoakan kesejahteraan keluarga.Bertekad akan belajar bersungguh-sungguh.PENGAJARANPengajaran yang terdapat dalam sesebuah karya mampu memberikan kesan dalam diri pembaca. Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sajak Surat Kepada Ayah karya Azran Abdul Rahman :Kita perlulah bersyukur apabila mempunyai kawan-kawan yang baik.

Kita hendaklah mentaati segala nasihat ayah dan ibu untuk kebaikan sendiri.

Kita mestilah sentiasa mendoakan kesejahteraan setiap ahli keluarga kita.

Kita perlulah menjaga tingkah-laku walaupun keadaan keluarga kita yang serba kekurangan.

LATIHANSebelum murid menjawab soalan yang diberi, murid akan dibekalkan dengan beberapa panduan untuk menjawab soalan. Diantara panduannya ialah :Klik pada nombor soalan di sebelahKlik butang pembayang untuk pembayang jawapan kepada soalanSetiap jawapan yang betul akan mendapat 2 markahSetiap jawapan yang salah akan mendapat 0 markahKlik butang pembayang untuk mengelakkan kesalahan jawapanSelamat mencuba!!!!!Seterusnya tertera paparan nombor soalan dan murid boleh memilih sama ada mereka ingin menjawab soalan secara berturutan mahupun tidak.Pada setiap nombor soalan yang dipilih oleh murid akan disertakan dengan pembayang jawapan kepada soalan tersebut. Murid boleh memilih sama ada ingin menggunakan pembayang mahupun tidak. Dan sekiranya jawapan yang diberikan oleh murid tersebut salah, maka mereka diberi peluang untuk menjawab sekali lagi dengan menggunakan pembayang yang diberi. Setiap jawapan yang betul akan diberikan 2 markah manakala setiap jawapan yang salah pula akan diberikan 0 markah.

SOALAN 1Apakah definisi pengajaran yang terdapat dalam puisi?A) Dikenali juga sebagai mesej, persoalan, atau unsur induktifB) Kesan pengajaran didapati daripada keseluruhan cerita dan perwatakan watak.C) Pengajaran biasanya dapat dikesan dalam bentuk keindahan bahasa dan latar tempatD) Didapati pada baris pertama puisiSOALAN 2Anakanda tidak akan lupasemua nasihat dari ayahandakita memang bukan orang beradahanya kaya budi bahasaApakah nilai yang terdapat dalam petikan di atas?A)Tidak lupa budi bahasaB)Menyayangi keluarga yang jauhC)Mentaati segala nasihat ayahD) Menjadi orang berada

SOALAN 3Antara berikut, yangmanakah menunjukkan nilai kemanusiaan yang terdapat pada diri ayahanda?A) Sentiasa menasihati anaknyaB) Sentiasamementingkan kekayaanC) Sentiasa mempunyai ramai kawan-kawanD) Seorangyang berpendidikan tinggi

SOALAN 4Pengajaran yang ingin ditonjolkan dalam sajak surat kepada ini adalah?A) Kita mestilah cemburu apabila mempunyai kawan-kawan yang cerdik.B) Kita mestilah berkelakuan seperti orang berada untuk melupakan kesedihan.C) Kita tidak perlumenghiraukan kesejahteraan setiap ahli keluarga apabila kita beradajauh.D) Kita mestilah mentaati segala nasihat ayah dan ibu untuk kebaikan sendiri.SOALAN 5Kenapa nilai kemanusiaan dan pengajaran penting dalam sesebuah sajak?A) Supaya pembacaan sajak menjadi lebih menarikB) Memberikan kesan mendidik kepada diri pembacaC) Menimbulkan minat untuk menulis sajakD) Menyampaikan mesej untuk menjadi seorangyang kaya raya

7.0RUMUSANPerisian yang dihasilkan amat sesuai untuk proses pembelajaran zaman moden. Hal ini kerana konfigurasi yang tersedia boleh meningkatkan kefahaman dan pengetahuan murid disamping kemudahan yang terdapat pada perisian itu sendiri yang mesra pengguna dan boleh berdiri sendiri, memudahkan murid untuk terus berinteraksi dengan perisian tersebut.Sejajar dengan arus kemodenan sekarang, seharusnya komponen pendidikan secara tradisional dielakkan kerana ianya berpusatkan guru iaitu pelajar hanya mendengar dan menerima isi pelajaran dan bahan penggunaan pelajaran terbatas dengan penggunaan papan tulis dan buku sahaja.Tidak dapat dinafikan, komponen pendidikan secara tradisionallah yang melahirkan ramai cendiakawan sekarang namun situasi pada ketika itu amat berbeza dengan situasi sekarang dimana murid pada zaman ini kurang berminat untuk belajar. Di sinilah kita sebagai seorang guru harus mempersiapkan diri dengan komponen pendidikan secara pengajaran berbantukan komputer waima mata pelajaran yang diajar hanyalah sekadar menulis. Bahan pengajaran berbantukan komputer ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti guru dalam penyediaan bahan tersebut malah dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik serta lebih berkesan.Pembelajaran secara interaktif juga dapat memberi input yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selain menjimatkan masa, penggunaan secara interaktif juga boleh mencungkil kreativiti yang terdapat dalam diri murid disamping dapat membina keberanian untuk meneroka isi pelajaran.