5
CONTOH-CONTOH LAGU RAKYAT Dalam lagu rakyat terdapat banyak jenis lagu. Roslan Madun merupakan seorang penyanyi lagu rakyat yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan di di Kampung Durian Tawar, Mengkarak, pada 20 Julai 1952, dan mendapat pendidikan menengah di Raub Pahang. Beliau mula menyelidik dan mempopularkan lagu rakyat pada tahun 1981. Setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1982, beliau terus memperjuangkan lagu-lagu rakyat, dengan mengadakan persembahan dalam majlis sastera dan majlis rasmi kerajaan di seluruh Negara . Beliau pernah mengadakan persembahan di luar Negara iaitu di Singapura (1982), di Padang dan Riau Indonesia (1991), di Fukuoka Jepun (1986) dan di Teajon dan Seoul, Korea (1993). Pada tahun 2000 beliau balik ke Temerloh dan menubuhkan  Anggun Performing Arts, anggun telah menjalankan kegiatan kecil dan besar setiap bulan termasuk bengkel-bengkel sastera, teater dan lain-lain. Festival Temerloh ialah acara terbesar dijalankan dgn kerjasama MPT selama 5 tahun berturut-turut. Bakat- bakat yang lahir dari pelbagai pertandingan bercorak kesenian yang diadakan oleh  Anggun kini ramai yang sudah mendapat diploma di ASWARA dan ada yang sedang mengambil ijazah di universiti tempatan. Kebanyakan lagu rakyat merupakan karya Roslan Madun. Sebagai contoh ialah lagu Lemak Manis.. Dalam lirik lagu ini menyatakan sikap anak melayu yang sentiasa ramah dan mudah senyum apabila ditegur. Selain itu, pantun digunakan untuk meluahkan rasa cinta dan kasih sayang. Seterusnya, lagu ini juga menyatakan jarak yang jauh di antara pasangan yang mewujudkan perasaan rindu. Lirik lagu Lemak Manis: Sopan santun anak melayu , Senyum terukir , senyum terukir bila disapa . Dalam pantun , ku kirim rindu , Rindu mengalir , rindu mengalir didalam kata . (chorus) Lemak manis , ala amboi-amboi . santan kelapa , ala amboi-amboi . Ku pandanglah manis ,ala amboi- amboi . anak siapa ……(2x)  Pohon sena , pohon meranti Ditengah-tengah , ditengah-tengah buluh perindu .

Cth Lagu Rakyat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

muzik

Citation preview

CONTOH-CONTOH LAGU RAKYATDalam lagu rakyat terdapat banyak jenis lagu. Roslan Madun merupakan seorang penyanyi lagu rakyat yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan di di Kampung Durian Tawar, Mengkarak, pada 20 Julai 1952, dan mendapat pendidikan menengah di Raub Pahang. Beliau mula menyelidik dan mempopularkan lagu rakyat pada tahun 1981. Setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1982, beliau terus memperjuangkan lagu-lagu rakyat, dengan mengadakan persembahan dalam majlis sastera dan majlis rasmi kerajaan di seluruh Negara . Beliau pernah mengadakan persembahan di luar Negara iaitu di Singapura (1982), di Padang dan Riau Indonesia (1991), di Fukuoka Jepun (1986) dan di Teajon dan Seoul, Korea (1993). Pada tahun 2000 beliau balik ke Temerloh dan menubuhkan Anggun Performing Arts, anggun telah menjalankan kegiatan kecil dan besar setiap bulan termasuk bengkel-bengkel sastera, teater dan lain-lain. Festival Temerloh ialah acara terbesar dijalankan dgn kerjasama MPT selama 5 tahun berturut-turut. Bakat- bakat yang lahir dari pelbagai pertandingan bercorak kesenian yang diadakan oleh Anggun kini ramai yang sudah mendapat diploma di ASWARA dan ada yang sedang mengambil ijazah di universiti tempatan.Kebanyakan lagu rakyat merupakan karya Roslan Madun. Sebagai contoh ialah lagu Lemak Manis.. Dalam lirik lagu ini menyatakan sikap anak melayu yang sentiasa ramah dan mudah senyum apabila ditegur. Selain itu, pantun digunakan untuk meluahkan rasa cinta dan kasih sayang. Seterusnya, lagu ini juga menyatakan jarak yang jauh di antara pasangan yang mewujudkan perasaan rindu. Lirik lagu Lemak Manis: Sopan santun anak melayu ,Senyum terukir , senyum terukir bila disapa . Dalam pantun , ku kirim rindu ,Rindu mengalir , rindu mengalir didalam kata .(chorus)Lemak manis , ala amboi-amboi . santan kelapa , ala amboi-amboi .Ku pandanglah manis ,ala amboi-amboi . anak siapa (2x)Pohon sena , pohon merantiDitengah-tengah , ditengah-tengah buluh perindu .Adik disana , abang disiniDitengah-tengah , ditengah-tengah rindu menderu .(chorus)(2x)Hujan di hulu tak reda-reda ,Ribut la turun , ributlah turun bertalu-talu .Abang dihulu , adik di kualaKu hanyut rindu ,kuhanyut rindu dalam perahu(chorus)(2x)Lagu seterusnya ialah Lagu Menghilir Sungai Pahang. Lagu ini menyatakan tentang sejarah yang berlaku di negeri Pahang. Pahlawan-pahlawan yang memperjuangkan tanah Melayu di Pahang juga diperkenalkan. Lagu ini sangat bermakna kerana dapat mengingati pahlawan-pahlawan yang hebat dan kawasan-kawasan di negeri Pahang juga diperkenalkan. Dengan ini, murid dapat lebih mengetahui sejarah yang telah berlaku di Tanah Melayu. Lirik Lagu Menghilir Sungai Pahang: Menghilir di Sungai PahangSinggah bermalam di Pasir Tambang(3x)Tempat sejarah pahlawan terbilangMara Tok Gajah ke medan perang(2x)Menghilir di Sungai PahangSampailah pula di Pulau Tawar(2x)Tempat lahirnya Pahlawan Mat KilauMakam Di Raja abadi di sana(2x)Mari menghilir di Sungai PahangMenghilir di Sungai PahangJanganlah lupa Kuala Semantan(2x)Lubuk Terua dalam ingatanBersimpang-siur tombak pahlawan(2x)Menghilir di Sungai PahangKampunglah Chenor melambai mesra(2x)Lagenda pahlawan Bukit SegumpalTersemai baktinya di Inderapura (2x)Mari menghilir di Sungai PahangMenghilir di Sungai PahangKirilah kanan cantik menawan(2x)Sampai ke Chini tasik misteriPenuh riwayat cerita rakyat (2x)Menghilir di Sungai PahangSinggah di Pekan Bandar Di Raja(2x)Janganlah lupa Pulau TiomanNegeri Pahang penuh perjuangan (2x)Penuh perjuangan Lagu akhir yang akan diperkenalkan ialah Lagu Rasa Sayang. Lagu ini amat terkenal dan hampir semua orang di Malaysia boleh menyanyi. Rasa sayang merupakan perasaan yang sukar dibeza dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyanyangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Rasa sayang dalam lagu ini boleh diterjemahkan dalam perasaan menyayangi terhadap manusia, benda kesayangan, alam sekitar dan sebagainya.Rasa sayang eh, rasa sayang sayang eh pada rangkap pertama telah menunjukkan perasaan rasa sayang terhadap sesuatu yang dihargai. Penambahan eh pada akhir ayat tersebut bertujuan untuk meningkatkan fungsi keceriaan dan menghiburkan orang yang menyanyikan lagu ini. Maksud bagi ayat Eh lihat nona jauh, rasa sayang sayang eh pula ialah seorang lelaki ternampak seorang gadis muda berjalan atau berlalu di tempat yang berjauhan darinya dan lelaki itu pula menimbulkan perasaan sayang terhadap gadis tersebut. Perkataan nona ini digunakan sebagai gelaran untuk gadis muda dalam masyarakat Melayu tradisional. Namun, gelaran ini telah jarang digunakan oleh masyarakat mengikut peredaran zaman moden dan hanya akan dinyanyikan dalam lagu Rasa Sayang.Rangkap kedua pula merupakan ulangan lirik lagu rangkap pertama dan ciri-cirinya seperti melodi, irama, tempo dan lain-lain juga sama dengan rangkap pertama. Ini telah menjadikan lagu Rasa Sayang ini digemari oleh kanak-kanak kerana lirik lagunya senang diingati dan dinyanyi. Rangkap ketiga pula menggunakan pantun untuk menyampaikan mesej yang mengandungi nilai-nilai murni dan pendidikan terhadap kanak-kanak. Biasanya ia berbentuk nasihat ataupun teguran. Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati dan digunakan untuk mengambarkan pelbagai keadaan dan kegunaan seperti melahirkan perasaan gembira, rindu, berkasih dan memberi nasihat. Jenis pantun yang digunakan dalam lagu ini ialah pantun empat kerat. Pantun empat kerat ini mengandungi dua ayat pembayang dan dua ayat maksud yang berfungsi untuk menyampaikan mesej utama. Ayat pertama dan kedua merupakan ayat pembayang bagi pantun yang disampaikan dalam lagu Rasa Sayang. Manakala lirik ayat ketiga dan keempat pada rangkap ketiga adalah bertujuan untuk menyampaikan nilai murni iaitu sifat rendah diri dan kerajinan ketika belajar. Kedua-dua nilai murni ini haruslah diterapkan oleh kanak-kanak yang sedang menuntut ilmu pengetahuan sama ada di sekolah ataupun tempat lain. Kanak-kanak juga harus sentiasa bersedia untuk menerima teguran atau nasihat daripada orang yang lebih tua semasa melakukan kesalahan. Lirik lagu Rasa Sayang: ChorusRasa sayang, hey!Rasa sayang sayang heyHey lihat nona jauhRasa sayang sayang hey!Buah cempedak di luar pagarAmbil galah tolong jolokkanSaya budak baru belajarKalau salah tolong tunjukkan ulang Chorus Pulau pandan jauh ke tengahGunung daik bercabang tigaHancur badan di kandung tanahBudi yang baik di kenang juga ulang Chorus Dua tiga kucing berlariMana sama si kucing belangDua tiga boleh ku cariMana sama abang seorang ulang Chorus Pisang emas dibawa berlayarMasak sebiji di atas petiHutang emas boleh di bayarHutang budi di bawa mati