14
Audit Sekolah SRI Al-Amin Bangi Ketua Auditor: Nik Fatimah Nik Aznan 31 Oktober 2013 / 26 Zulhijjah 1434H PUSAT PENDIDIKAN SRI-SMI BHD. (MUSLEH) ودة حد م ل ا ة ي م لا سلا مدارس ا ل ل ة ي ب ر لت ا ز ك ر م

Cth Laporan Audit Luaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Laporan Audit Luaran

Citation preview

Page 1: Cth Laporan Audit Luaran

Audit Sekolah SRI Al-Amin Bangi

Ketua Auditor: Nik Fatimah Nik Aznan31 Oktober 2013 / 26 Zulhijjah 1434H

PUSAT PENDIDIKAN SRI-SMI BHD. (MUSLEH)

المحدودة االسالمية للمدارس التربية مركز

Page 2: Cth Laporan Audit Luaran

PANEL AUDITORO Puan Nik Fatimah Binti Nik Aznan –

Kumpulan Srihira Sdn Bhd (Institusi Pendidikan Hira’)

O Encik Muhamad Razif B. Ramli – Pusat Pendidikan Hidayah

O Encik Muhamad Fadzil Edris – Pusat Pendidikan Hidayah

O Encik Mohd Fikri Bin Abdul Rahman – Bahagian Latihan, Kualiti, R&D IKRAM Musleh

Page 3: Cth Laporan Audit Luaran

OBJEKTIFTujuan pelaksanaan audit ini adalah seperti berikut:- OMemahirkan juru audit secara praktikal setelah menjalani kursus audit. OMenentukan tahap pencapaian kualiti di sekolah-sekolah rangkaian IKRAM-Musleh. OMelakukan penambahbaikan bersama dan saling mempelajari dan berkongsi tentang pencapaian kualiti antara sekolah-sekolah rangkaian IKRAM-Musleh

Page 4: Cth Laporan Audit Luaran

TENTATIFO 8.30 pagi: Mesyuarat Pembukaan

O Ketibaan panel auditorO Aluan dari pihak Sekolah SRI Al-Amin BangiO Aluan dari ketua panel auditorO Pembentangan SKIM oleh Pengurus Kualiti SRI Al-Amin

Bangi

O 9.45 pagi: Audit BermulaO Perbincangan dengan pihak sekolah yang berkaitan O Semakan dokumen SKIMO Lawatan persekitaran sekolah

O 11.30 pagi: Mesyuarat Panel AuditorO 12.30 tengahari: Mesyuarat Penutup

O Pembentangan Dapatan Audit

O 1.00 tengahari: Audit Selesai

Page 5: Cth Laporan Audit Luaran

Panel Sekolah SRI Al-Amin

BangiO Puan Norain Binti Hayun, Pengurus Kualiti

O Puan Rohida Binti Jamaludin, Pengetua Sekolah Menengah

O Encik Ahmad Fadhli Bin Mohd Faudzi, Guru Besar Sekolah Rendah

O Puan Nor'ashikin Mohd Tahir, Guru Kualiti Sekolah Menengah

O Puan Bayani Bt Muhamad, Guru Kualiti Sekolah Rendah

Page 6: Cth Laporan Audit Luaran

Laporan Perjalanan Audit (1)

O Program bermula lewat dua jam kerana salah seorang auditor dilanda musibah di dalam perjalanan ke SRI Al-Amin Bangi.

O Sekolah Menengah SRI Al-Amin Bangi membentangkan dua (2) elemen berikut untuk diaudit iaitu:O Elemen 1: Visi, misi dan hasil

pembelajaranO Elemen 3: Rekabentuk Kurikulum dan

Kaedah Penyampaian

Page 7: Cth Laporan Audit Luaran

Laporan Perjalanan Audit (2)

O Manakala Sekolah Rendah SRI Al-Amin Bangi membentangkan lima (5) elemen berikut untuk diaudit iaitu:O Elemen 1: Visi, misi dan hasil pembelajaranO Elemen 2: Governan, Kepimpinan Dan

Pengurusan SekolahO Elemen 3: Rekabentuk Kurikulum dan

Kaedah Penyampaian O Elemen 4: Penilaian MuridO Elemen 5: Pemilihan dan Khidmat

Sokongan Murid

Page 8: Cth Laporan Audit Luaran

Laporan Perjalanan Audit (3)

O Audit Sekolah Menengah dan Rendah SRI Al-Amin Bangi berjalan serentak dengan membahagikan panel auditor kepada dua kumpulan.

O Pemeriksaan dokumen dan perbincangan dengan pengetua serta guru besar telah dijalankan di bilik mesyuarat pejabat sekolah masing-masing.

O Kami juga telah dibawa melawat ke sekitar sekolah dan telah menemubual beberapa orang guru dan murid untuk memastikan bukti objektif (OE) sedia ada di dalam elemen yang berkaitan dipatuhi.

Page 9: Cth Laporan Audit Luaran

Laporan Perjalanan Audit (4)

O Aktiviti audit berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama yang tinggi daripada warga sekolah dan pengurusan SRI Al-Amin Bangi.

O Secara keseluruhan proses audit berjalan lancar dan berjaya dilaksanakan dengan sempurna serta menepati objektif yang telah digariskan.

Page 10: Cth Laporan Audit Luaran

Dapatan Audit (1)Panel Auditor memfokuskan kepada dua elemen teratas daripada setiap sekolah (menengah & rendah) dan membentangkan dapatan audit di dalam dua (2) kategori berikut:O1) KEKUATAN

O a. Solat Jemaah Zuhur bagi semua peringkat sekolah (menengah & rendah) mengikut jadual yang ditetapkan.

O b. Sistem makan berdulang yang berdisplin & beradab dengan membaca do’a dan makan bersama di semua peringkat sekolah (menengah & rendah) mengikut jadual yang ditetapkan.

Page 11: Cth Laporan Audit Luaran

Dapatan Audit (2)O c. Sistem tandas yang bersih dan teratur, di

mana setiap murid perlu membuka kasut untuk memasuki tandas dan disediakan rak kasut dan kerusi untuk tujuan berkenaan.

O d. Visi, Misi, Falsafah Pendidikan dan Carta Organisasi berada di dalam setiap fail utama/induk.

O e. Secara keseluruhan, kesemua bukti objektif yang sedia ada dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak.

Page 12: Cth Laporan Audit Luaran

Dapatan Audit (3)O 2) PELUANG PENINGKATAN

O a. Visi, Misi & Falsafah Pendidikan sekolah masih mempunyai ruang untuk sebaran yang lebih luas, agar penghayatan di setiap peringkat dapat dipertingkatkan.

O b. Perlu memastikan Visi, Misi & Falsafah Pendidikan sekolah serta carta organisasi yang berkaitan mesti dipamerkan di dalam setiap fail.

O c. Carta organisasi yang berkaitan (kelab/ persatuan/ panitia/ dan lain-lain) perlu dipamerkan di papan kenyataan masing-masing.

Page 13: Cth Laporan Audit Luaran

Dapatan Audit (4)O d. Memperkemaskan sistem dokumentasi dan

fail di mana memberikan nombor dan label yang memudahkan carian dilakukan.

O e. Keputusan dan analisa peperiksaan perlu dipamerkan secara umum dan mudah dilihat dan difahami oleh warga sekolah.

Page 14: Cth Laporan Audit Luaran

SEKIANTerima kasih kepada

Sekolah SRI Al-Amin Bangidi atas kesudian menerima kunjungan dan memberi kerjasama yang baik kepada kami

PANEL AUDITORMUSLEH