19
CTU263 7/11/2013 Maruwiah Ahmat 1 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN 1 Maruwiah Ahmat MAKLUMAT KURSUS 2 HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan teras dan falsafah pengurusan Islam KANDUNGAN 2. Teras, Prinsip dan Etika Pengurusan Islam 2.1 Teras Pengurusan Islam 2.2 Prinsip-prinsip Pengurusan Islam 2.3 Nilai dan Etika Kerja Islam

CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

  • Upload
    lymien

  • View
    264

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 1

CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN

1

Maruwiah Ahmat

MAKLUMAT KURSUS 2

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan teras dan falsafah pengurusan Islam

KANDUNGAN

2. Teras, Prinsip dan Etika

Pengurusan Islam

2.1 Teras Pengurusan

Islam

2.2 Prinsip-prinsip

Pengurusan Islam

2.3 Nilai dan Etika

Kerja Islam

Page 2: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 2

PENGENALAN

Teras • Teras bermaksud asas atau dasar

sesuatu perkara yang menjadi intipati.

Prinsip

• Prinsip ialah suatu pernyataan fundamental atau kebenaran umum mahupun individual yang dijadikan oleh seseorang atau sesuatu kelompok sebagai sebuah pedoman untuk berfikir atau bertindak.

3

4

Akidah menjadi teras kepada pengurusan.

Pengurusan Islam terdiri daripada:

Ketiga-tiga asas ini adalah teras kepada

pengurusan Islam yang kemudian membentuk

falsafah pengurusan Islam.

2.1 Teras Pengurusan Islam

Akidah Syariah Akhlak Penguru-san Islam

Page 3: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 3

5

Falsafah merupakan dasar sesebuah organisasi. Ia dianggap sebagai panduan bagi sesebuah sistem yang daripada sistem tersebut akan lahir pula konsep-konsep yang akan mendukung sistem tersebut.

Falsafah pengurusan Islam bukan berdasarkan gagasan pemikiran manusia tetapi ia berasaskan paradigma Tauhid (akidah). Tauhid merupakan inti ajaran Islam dan sebagai paksi kepada segala aktiviti manusia.

Akidah Teras Pengurusan

6

Akidah

Bahasa: berasal dari perkataan ‘aqd –

ikatan/simpulan

Istilah: Kepercayaan atau keyakinan yang kukuh

dalam jiwa seseorang terhadap Allah SWT dan

Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya serta segala

yang berkaitan dengan kekuasaan Allah SWT.

Akidah menjadi teras utama dalam sesebuah

pengurusan.

Akidah Teras Pengurusan

Page 4: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 4

7

Akidah Teras Pengurusan

Sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah

Merendah diri, tidak egoistik dan individualistik

Memahami hakikat hidup di dunia –

untuk akhirat

Berakhlak mulia dalam pekerjaan

Sedia amr makruf nahy anil munkar.

Akidah Teras Pengurusan

Hubungan Akidah dalam Amalan Pengurusan

Di dalam pengurusan Islam segala aktiviti tidak dapat dipisahkan

dengan hakikat akidah/tauhid. Tiga bidang utama yang

ditekankan dalam hakikat akidah iaitu:

Hakikat insan

Hakikat insan bermaksud setiap individu yang berkhidmat atau

bekerja dalam sesuatu organisasi tidak lari dari hakikat bahawa

kita adalah hamba Allah S.W.T yang lemah. Semua yang kita

perolehi adalah dengan izin Allah S.W.T.

8

Page 5: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 5

Akidah Teras Pengurusan

Hakikat amal

Hakikat amal bermaksud setiap kerja yang kita lakukan hendaklah kerana Allah S.W.T walaupun kerja yang kita lakukan tersebut untuk kemudalah manusia. Hakikat organisasi

Hakikat organisasi bermaksud setiap undang-undang yang dicipta di dalam sesebuah organisasi tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah hendaklah menjadi perlembagaan yang utama dalam sesebuah organisasi.

9

Kesan Akidah dalam Amalan Pengurusan

1. Melahirkan pekerja yang berdisiplin terhadap kerja. Apabila seseorang berkerja dengan penuh kerelaan dan melakukan segala benda kerana Allah S.W.T menyebabkan mereka lebih komited untuk mendapat balasan di dunia dan di akhirat juga.

2. Melahirkan sebuah organisasi yang adil. Di samping mengejar keuntungan dunia, mereka juga tidak lupa untuk memberi hasil yang setimpal kepada pekerja.

3. Melahirkan ketua prihatin terhadap pekerja. Ini kerana seseorang ketua sedar bahawa sehebat mana pun beliau tetap seorang hamba Allah S.W.T. Maka beliau akan berasakan bahawa pangkat yang diberikan adalah amanah Allah S.W.T yang perlu dilaksanakan.

Akidah Teras Pengurusan 10

Page 6: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 6

11

PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

Akidah Teras Pengurusan

• Melahirkan ummah yang patuh kepada ajaran Allah SWT Membentuk hala tuju ummah yang jelas

• Membina keperibadian ummah yang unggul

• Mengukuhkan kecemerlangan ilmu

• Menjana pemikiran ummah yang kritis

• Membangun ekonomi ummah secara komprehensif

• Mewujudkan kepimpinan yang adil

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

12

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin, di dalam sistem pengurusan Islam

mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri.

Berikut adalah prinsip pengurusan Islam.

Al-‘Adalah (Keadilan)

Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar,jelas

kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa

atau bersubhat dengannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t

menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi

bantuan kepada kaum kerabat… (Surah Al-Nahl: 90)

Page 7: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 7

Keadilan boleh dilaksanakan dalam perkara seperti berikut :

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

13

Membuat sesuatu

keputusan Pengucapan

Keadilan terhadap Allah s.w.t

Timbangan dan ukuran

Urusan persendirian

Pengurusan harta

Al-Ubudiyyah (Pengabdian diri)

Al-Ubudiyyah bermaksud kita mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Segala ibadah yang kita lakukan adalah hanya untuk Allah SWT, manakala konsep Al-Ubudiyyah dalam organisasi pula bermaksud kita hendaklah melakukan sesuatu kerja secara bersungguh-sungguh di institusi yang mengambil kita sebagai pekerja. Dalil yang berkaitan dalam konsep Ubudiyyah, firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan ingatlah, aku tidak mencipta jin dan manusia melaikan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.” (Adz-Dzariyyat: 56)

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

14

Page 8: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 8

15

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Al-Hurriyyah (Kebebasan)

Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara di samping mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu diberi hak untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta dan sebagainya mengikut batasan yang dikuatkuasakan. Dalil yang berkaitan Al-Hurriyyah, firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiada paksaan dalam beragama” (Al-Baqarah: 265)

16

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Aspek Al-Hurriyah

Kebebasan pemikiran

Kebebasan personal

Page 9: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 9

17

Kebebasan Personal

Hak bergerak

Hak keamanan

Hak kehormatan

tempat tinggal

Hak kerahsiaan perhubungan

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

18

Kebebasan Pemikiran

Kebebasan Berakidah

Kebebasan Belajar dan Mengajar

Kebebasan Berfikir

Kebebasan Sosial dan Ekonomi

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Page 10: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 10

19

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Hak Kebebasan Sosial dan Ekonomi

Hak Bekerja

Hak Mendapat Kawalan Kesihatan

Hak kehidupan yang Mulia dan Selesa

Al-Musawah (Persamaan)

Ia bermaksud manusia adalah sama di sisi undang-undang yang telah

diwajibkan oleh Allah SWT.

Jenis-jenis persamaan:

1. Persamaan terhadap tanggungjawab undang-undang.

Iaitu setiap individu sama ada majikan atau pekerja hendaklah

bertanggungjawab mentaati segala undang-undang yang telah

diwahyukan.

2. Persamaan dalam tanggungjawab terhadap hukuman.

Kesalahan yang dilakukan hendaklah ditanggung oleh pesalah

tersebut dan tidak boleh ditanggung oleh orang lain.

3. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.

20

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Page 11: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 11

21

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Al-Syura (Permesyuaratan)

Al-Syura bermaksud sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, kita

diwajibkan terlebih dalulu mengadakan perbincangan. Ia

bertujuan untuk memberi peluang penyertaan ahli di samping

mendapat keputusan majoriti.

Dalil yang berkaitan dengan prinsip Al-Syura, firman

Allah s.w.t yang bermaksud: “..dan bermesyuaratlah dengan

mereka….. (Ali Imran: 159).

Dua skop syura dalam pengurusan Islam.

(a) Perlantikan khilafah/jawatan penting

(b) Membuat sesuatu keputusan.

22

Contoh amalan syura yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan

Khulafa’ al-Rasyidin.

Dalam menetapkan hukuman terhadap tawanan perang,

Rasulullah SAW telah melakukan syura bersama para

sahabat.

Strategi kedudukan tentera dalam Perang Badar dan Uhud.

Idea menggali parit dalam Perang Khandaq.

Dalam perlatikan Khalifah al-Rasyidin selepas kewafatan

Rasullullah SAW di Saqifah Bani Saidah.

Enam orang sahabat bermesyuarat untuk mencari pengganti

Khalifah Abu Bakar.

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Page 12: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 12

23

Hukum syura berdasarkan ayat Surah Ali Imran: 159.

dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah..

1. WAJIB – diturunkan setelah kekalahan dalam Perang Uhud

2. SUNAT – kerana Rasulullah tidak memerlukan kepada syura. Ayat itu hanya sekadar mengangkat martabat sahabat (apabila idenya diminta oleh Rasulullah SAW).

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

24

Al-Masuliyyah (Pertanggungjawaban)

Bertanggungjawab atas setiap yang diamanahkan termasuk

juga amanah yang diwajibkan ke atas kita manusia.

Dalil yang berkaitan dengan prinsip

pertanggungjawaban sepertimana firman Allah SWT yang

bermaksud: “dan mereka-mereka yang melaksanakan

amanah-amanah dan janji-janji.” (Al-Mukminun: 8)

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Page 13: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 13

Al-Taah (Kepatuhan)

Iaitu mengikut segala arahan yang telah dikeluarkan

oleh majikan selagi mana tidak menentang hukum

Allah. Hukumnya adalah wajib.

Dalil yang berkaitan dengan kepatuhan, firman Allah

SWT yang bermaksud: “Taatlah kepada Allah, kepada

Rasulullah dan kepada ketua-ketua kamu” (al-Nisa’: 49)

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

25

Peraturan Mengikuti Kuliah 26

Itqan (Kualiti)

Melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan istiqomah atau berterusan dan hasil yang diperolehi adalah memuaskan. Islam melihat kualiti dalam aspek yang menyeluruh seperti pemimpin berkualiti, pekerja berkauliti dan produktiviti berkauliti. Kesimpulan daripada keseluruhan prinsip-prinsip Islam menunjukkan kita bahawa agama Islam mempunyai system pengurusan yang lengkap dan sistematik.

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Page 14: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 14

27

Definisi Nilai

Nilai didefinisikan sebagai suatu kepercayaan dan

keyakinan seseorang terhadap seseorang yang lain

atau institusi yang mematuhi peraturan, pilihan dan

nilai utama masyarakat.

Selain itu, nilai juga merupakan asas pembentukan

sikap, tanggapan, motivasi, personaliti, kemajuan dan

pembangunan sesuatu bangsa amnya dan organisasi

khasnya.

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

28

Manakala etika ialah dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris ‘ethic’ dan bahasa Greek ‘ethos’ yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

Dalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang boleh membantu dalam meningkatkan integriti. Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayaan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk.

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

Page 15: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 15

29

Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat.

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

30

Nilai dan Etika Pengurusan Islam

Nilai dan etika pengurusan Islam bersifat syumul (menyeluruh)

mempunyai cirri dinamisme, profesionalisme dan sempurna. Ini

kerana segala yang dilakukan dikira sebagai ibadah termasuk

ketaatan dan tanggungjawab kepada Allah, ketua, keluarga ,

organisasi dan negara.

Asas nilai dan etika pengurusan Islam ialah akidah,

syariah dan akhlak. Manakala sumber nilai dan etika

pengurusan Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Ini

bererti nilai dan etika pengurusan Islam mempuyai

kekuatan kekuatan rohaniah yang paling kental.

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

Page 16: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 16

31

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

Antara nilai dan etika penguruan Islam adalah seperti berikut:

Pertama: Kebenaran

Kebenaran dari kaca mata Islam hendaklah berasaskan

kepada iman dan takwa. Benar tentang niat, perkataan,

tingkah laku serta tindakan dalam melaksanakan

tanggungjawab. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-

Quran yang bermaksud:

“Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah SWT dan

hendaklah kamu bersama orang yang benar.” (Surah al-Taubah:

119).

32

Kedua: Kemuliaan

Manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang

bertaqwa kepada Allah bukan berdasarkan pangkat, kuasa,

gelaran kedudukan dan sebagainya dalam hierarki pengurusan.

Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang

bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki

dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa

dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya

orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling

bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi

Maha Mengenal. (Surah Al-Hujurat: 13).

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

Page 17: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 17

33

Ketiga: Ihsan

Ihsan bermaksud bahawa Allah SWT melihat segala perbuatan

manusia sama ada secara terang atau sulit. Dalam

melaksanakan tugas sebagai seorang pekerja atau majikan

hendaklah bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengharap

balasan dunia semata-mata.

Firman Allah SWT bermaksud: Untuk orang yang berusaha

menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu

tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri)

tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah

ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya (Surah

Yunus: 26).

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

34

Keempat: Keadilan

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dari segi

istilah bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya

berdasarkan kepada ketentuan akidah, syariah dan akhlak serta

bersumberkan Al-Quran dan al-Sunnah. Dalam bidang pengurusan

organisasi keadilan itu meliputi semua hal dan bidang dari segi

peraturan, undang-undang, nilai, etika, pemilihan dan sebagainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: …. dan apabila kamu

menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu

menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya)

itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.

Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-

Nisa: 57).

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

Page 18: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 18

35

Nilai-nilai Lain

Amanah

Kesederhanaan

Keberanian

Berdisiplin

Tepati Janji

Menghargai Masa

Kesabaran

Toleransi

Kebaktian

Pemaaf

Kejahatan dibalas kebaikan

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

36

Kesimpulan

Sesungguhnya nilai dan etika kerja dikemukakan oleh Islam lebih

menyeluruh, lebih tahan diuji dan sempurna. Islam mengenal pasti

musuh utama manusia iaitu nafsu dan syaitan. Justeru itu nilai-

nilai yang bersifat kerohanian lebih ditekankan kerana itulah

perisai yang dapat mengawal nafsu dan menolak godaan

syaitan.

Boleh dikatakan keperluan kepada nilai dan etika adalah untuk

mewujudkan organisasi pengurusan yang mencapai tahap

tertinggi dan mempunyai imej yang bersih untuk mendokong

pembangunan negara dan menigkatkan kualiti penghidupan

masyarakat.

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

Page 19: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileDalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang ... Nilai dan etika pengurusan Islam

CTU263 7/11/2013

Maruwiah Ahmat 19

37

Rujukan Nota Kuliah Bab 1

1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota

Samarahan, Sarawak.

2. http://azzahk.blogspot.com/2007/04/etika-islam-

suatu-pengenalan.html (10/7/2013)

RUJUKAN