17
Cuba teka apa dalam tangan saya?

Cuba teka apa dalam tangan saya ?

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cuba teka apa dalam tangan saya ?. Oops.. Sorry.. Sebenarnya tak ada apa-apa .. ^_^. Dari Abu Hurairah r.a . bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat , maka hendaklah ia berkata yang baik - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Cuba teka apa dalam

tangan saya?

Page 2: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Oops.. Sorry..

Sebenarnya tak ada apa-apa..

^_^

Page 3: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,

maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam.

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

------------------

Sifat orang mukmin ada dinyatakan oleh pujangga,

“ Orang bodoh menyangka mereka berdiam kerana mereka tidak pandai berbicara,

Walhal hikmah yang memaksa mereka berdiam.

Dan orang bodoh menyangka mereka banyak bercakap kerana mereka tukang celoteh,

Walhal nasihat kerana Allah mendesak mereka agar berbicara”

[Sumber: Buku 50 Kata-Kata Tokoh Berpengaruh dan Cerita Disebaliknya]

Page 4: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?
Page 5: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?
Page 6: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Artinya: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah Perkataan yang baik.

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan Hikmah (sunnah nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha lembut lagi Maha mengetahui.

(Qs Al Ahzab 32-34)

Page 7: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat.Pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Page 8: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara mengejut dan mengagumkan peminat olahraga di Sukan Asia di sini apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung.Malah katanya, dengan mengenakan pakaian lengkap wanita Islam itu telah mendorongnya berlari lebih pantas.

"Ia bukan satu halangan untuk saya berlari pantas malah ia banyak mendorong saya membuktikan bahawa wanita Muslim seperti saya juga boleh menang dengan berpakaian seperti ini," katanya.

Pada perlumbaan akhir itu, Ruqaya mencatat masa 23.19s. Sebelum ini beliau turut menang gangsa dalam acara 100m.

Page 9: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Sayyidatina Khadijah R.A. adalah seorang peniagawati yang mengupah kaum lelaki memperniagakan harta dan barangannya. Sejak zaman Jahiliah kedudukan Khadijah amat tinggi dengan keturunan yang baik juga keperibadian beliau yang cukup dihormati. Faktor keturunan,kebijaksanaan,kecantikan dan kekayaan terkumpul pada dirinya segala kelebihan dan kebaikan(Qadariyyah Husin,t.t. :8). Beliau juga adalah seorang pengurus yang berjaya.Ibn Kathir mensifatkan Khadijah adalah seorang yang cukup matang,berpandangan jauh(Ibn Kathir,1971:262). Ini terbukti dari pemilihannya menjadikan Muhammad sebagai suaminya walau pun dia lebih tua dari suaminya itu. Adalah luar biasa,Khadijah berupaya mengangkat martabat dirinya ketika adat masyarakat jahiliah merendah-rendahkan taraf wanita.Beliau hidup di tengah kemungkaran,tetapi mampu menepis segala gejala buruk itu sehinggakan beliau dikenali sebagai('Afifah Tahirah). Riwayat Muslim dan al-Bukhari mengatakan sebaik-baik wanita adalah Maryam Binti 'Imran dan Khadijah Binti Khuwailid.

Sayyidatina Aishah R.A. : Sayyidatina Aisyah RA binti Sayyidina Abu Bakar ash Shidiq RA itu salah seorang istri Nabi SAW, Penghulu umat. Jadi, beliau adalah Ibunda kita, kaum Mukmin sejagat. Ibunda yang sangat mulia.

Page 10: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Rabiatul Adawiyah R.A: Rabiah adalah salah satu tokoh sufi wanita pada zamannya,

Sumayyah R.A: Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).

Page 11: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Firman Allah,“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan wanita, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya” [TMQ at-Taubah (9):71]

Page 12: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Adakah tangisan muslimah bernilai?

Page 13: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadhus Solihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain.

( Untuk makluman, pemeriksaan dan penelitian satu persatu belum lagi dilakukan,

namun moga kita sama-sama dapat ambil manfaat darinya. )

◦ Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

◦ Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

Page 14: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?
Page 15: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?
Page 16: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?

Muslimat atau khususnya mahasiswi Islam seperti ini yang kita ingin dan perlukan..Bukan hanya sekadar memiliki sifat peka dan penyayang semata-mata tetapi juga memiliki jiwa yang kental,tabah serta berani berhadapan dengan segala macam mehnah dan tribulasi dunia ini.Tanpa suara mahasiswi sudah pasti kampus akan menjadi sunyi dan tanpa muslimat yang tabah dalam perjuangan sudah pasti perjuangan ini takkan terbang tinggi kerana merekalah sayapnya.

Perjuangan Islam juga seperti roda yang berputar,pernah berada di atas dan pernah ada di bawah..Kini sudah tiba masanya untuk kita memusingkan roda itu kembali agar berputar naik ke atas. Transformasi perlu dilakukan,peranan dan pelaksanaan perlu dioptimumkan baik dari muslimin mahupun baik dari muslimat sama-sama perlu bersatu menuju keredhaan yang Maha Satu.. 

Page 17: Cuba  teka apa dalam tangan saya ?