Dasar awam -ETP- GTP

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Geografi batch 2012/2015 UKM

Citation preview

  • SKAG 3103 GEOGRAFI EKONOMI DAN DASAR AWAM

    TUGASAN ESEI KUMPULAN(SOALAN 1)DISEDIAKAN OLEH:NOORAINEY BINTI JOE A140414 (KETUA)NUR ANIS BINTI ISMAIL A140009SITI ATIQAH BINTI AZMI A140426WAN NOORANIS BINTI WAN ESA A140548MOHD HAFIZUL AKMAL BIN JALI A141306MISMAH SEMION A141919

  • A. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DASAR AWAM DAN MENGAPAKAH IA PENTING UNTUK DIKAJI.

  • PENGENALANMalaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan kaum merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik. Melalui perpaduan kaum yang kukuh tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju. Penjajahan telah membentuk kaum-kaum yang berbeza bukan sahaja dari segi kebudayaan, agama, peringkat sosioekonomi malah membahagikan tempat tinggal mengikut kelompok kaum tersebut. Aspek-aspek ini boleh menjadi penghalang untuk mencapai perpaduan. Jadi dasar adalah satu nilai yang perlu dicapai, dan amalan yang perlu dilakukan bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum di Malaysia. Secara keseluruhannya, dalam penulisan esei ini akan diperjelaskan mengenai konsep dan kepentingan dasar awam. Konsep dan kepentingan dasar awam ini akan dibincangkan dan diperjelaskan satu persatu oleh penulis bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai konsep dan kepentingan sebenar dasar awam ini.

  • KONSEP DASAR AWAMSuatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.Dasar awam mengenai tindakan kerajaan yang mengaitkan dengan disiplin akademik dalam menghuraikan, menganalisis dan menerangkan dasar.Dasar juga merujuk kepada tingkah laku beberapa pelaku dalam pembuat dasar awam yang rasmi seperti agensi kerajaan atau badan perundangan.Merujuk kepada keputusan kerajaan dan memilih kehendak membuat atau tidak sesuatu perkara.

  • Anderson(2000)-merujuk kepada pelaksanaan dan perkembangan yang secara sistematik berkaitan dengan pengetahuan terhadap tingkah laku politik dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan.Robert Eyestone(1971)- dasar awam ialah hubungan di antara unit-unit kerajaan dengan persekitarannya. Ia boleh merangkumi segala aspek dalam kehidupan dari perkara kecil hingga perkara besar.Thomas R. Dye(1978)- dasar merupakan apa-apa sahaja pilihan kerajaan untuk membuat sesuatu atau tidak . Ia berkaitan dengan proses pembuatan keputusan secara rasional yang mengambil kira kepentingan dari banyak pihak dalam sesebuah negara.Prof Richard Rose (1969)- dasar awam merupakan satu bentuk atau siri tindakan secara berterusan.

  • Carld Friedrich (1963)- dasar ialah satu haluan tindakan di mana dasar diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu matlamat atau tujuan . Ia juga merupakan apa yang sebenarnya yang dilakukan oleh kerajaan.Secara rumusnya, dasar awam merupakan tindakan yang berorientasikan matlamat atau tujuan. dasar awam tidak hanya melibatkan keputusan atau meluluskan undang-undang mengenai sesuatu perkara, tetapi juga keputusan untuk melaksana dan menguatkuasakannya.

  • KEPENTINGAN DASAR AWAM UNTUK DIKAJI Dasar Awam dan Sains SosialDalam teori budaya, dasar awam itu dikaitkan dengan menekankan jarak nilai dan orientasi disebabkan oleh latar belakang yang sama. Sesebuah negara sebagai entiti budaya-linguistik (cultural-linguistic) yang menunjukkan kumpulan rasa identiti manusia seperti budaya antropologi.Teori berasaskan minat, meletakkan loghat pada persamaan kedudukan struktur sosial dan ia merupakan persamaan yang menarik. Dalam pendekatan ini, membentuk disiplin seperti sosiologi, stratifikasi sosial dan kelas di mana ia adalah kunci memahami kategori minat dan sebagai derivative atau tindakan. Sesebuah negara terdapatnya lapisan masyarakat yang berstruktur dan wujud kelas-kelas lapisan sosial.

  • Menstabilkan aktiviti manusia muncul secara langsung bertentangan dengan ahli budaya dan pemikiran sosiologi. Dalam teori individualis-rasionalis, pemerintahan penuh diberikan kepada manusia (individu) dan tiada perintah sosial mengekang tindakan mereka. Secara tradisi bahawa bagi mencapai dari ekonomi politik kepada ekonomi neoklasik mesti berdasarkan teori pemilihan rasional.

    Dimensi Untuk Analisis Dasar AwamDasar awam itu berkait dengan sains politikmempengaruhi pembuat keputusan tentang dasar awam : keberkesanan, kesan tidak diingini, ekuiti, kos, kebolehlaksanaan dan penerimaan. sesuatu dimensi untuk analisis dasar awam itu boleh diuji ketahanannya dengan mendokumentasikan kapasiti dasar yang dikaji kekal berkuat kuasa dan terus menghasilkan kesan-kesan dari masa ke masa.pendekatan bukti-maklumat untuk membuat keputusan merupakan pendekatan dalam dasar awam

  • Penggerak Utama Proses Politik MasyarakatMengelakkan daripada berlaku perpecahan kaum dan masyarakat yang berpecah belah terutama dalam melakukan sesuatu keputusan untuk negara.Cth : Tempoh Malayan Union sehingga kemerdekaan Tanah Melayu dalam pembentukan Tanah Melayu sehingga mencapai Kemerdekaan 1957.Timbulnya semangat kebangsaan dan wujud pergerakan politik berasaskan kaum.Pemimpin pelbagai kaum meletakkan asas kerjasama dan perundangan antara kaum yang mana melalui kerjasama ini telah berjaya melahirkan negara yang merdeka di Tanah Melayu pada tahun 1957.Rukun Negara adalah merupakan asas kepada pencapaian dan pembentukan sistem nilai dalam negara dan bagi mencapai matlamat pembangunan dan penyatuan negara.

  • Mencapai Matlamat Sesebuah Negara dan Agenda KerajaanNegara perlu mempunyai matlamat yang tersendiri sebagai asas membentuk sebuah negara.Wawasan 2020 yang dilancarkan pada 28 Februari 1991 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sebagai salah satu matlamat negara untuk negara maju.Menjadi negara maju, berdikari, bersatu, progresif dan makmur yang melibatkan semua aspek iaitu ekonomi, politik, sosial, moral dan etika.Cth : berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1987, 1997/1998 yang menyebabkan berlaku kejatuhan ekonomi Malaysia yang memerlukan negara bertindak dengan melaksanakan dasar baru bagi memulihkan kembali ekonomi negara. Contohnya pelaksanaan Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan. Dapat meningkatkan lagi pembangunan dan pentadbiran dengan lebih cepat dan cekap.

  • Pelan Tindakan dan Hala TujuKunci kepada kejayaan sesebuah negara untuk mencapai kemajuan.Sesuatu dasar haruslah mempunyai objektif tertentu dan hala tuju tersendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Pelaksanaan dasar awam iaitu dasar ekonomi, dasar sosial dan etika dan dasar luar. Cth : Dasar Perindustrian Negara yang bertujuan mencapai objektifnya iaitu dengan menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara, menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara dan meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.Rasional penggubalan dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara.Masalah kemelesetan ekonomi mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenal pasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini.

  • Meningkatkan Kecekapan dan ProduktivitiRasionalnya kerajaan memperkenalkan dasar-dasar di negara adalah untuk memenuhi objektif sosio ekonomi negara seperti pembangunan ekonomi, pengagihan pendapatan, perkhidmatan awam, kestabilan atau keselamatan negara dan juga kebajikan masyarakat.Cth: Dasar Automotif Nasional, sejak penubuhan Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan reka bentuk operasi pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen sehingga hari ini Malaysia adalah pasaran kenderaan penumpang terbesar di ASEAN. Dasar Automotif Nasional dirangka dengan tujuan bagi menangani masalah dan cabaran tersebut serta mentransformasikan sektor automotif tempatan supaya lebih berdaya tahan, berdaya saing dan sebagai penyumbang besar kepada ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti kepada negara.

  • KESIMPULANKesimpulannya, dasar awam merupakan suatu garis panduan yang wujud dalam suatu organisasi pentadbiran di mana-mana negara termasuklah Malaysia. Kewujudan dasar awam ini dalam sistem pentadbiran Malaysia secara langsung telah melicinkan lagi urusan pentadbiran yang mana setiap satu daripada agenda pembangunan mahupun pentadbiran yang hendak dijalankan. Kepentingan dasar awam juga tidak dapat dinafikan lagi apabila terdapat pelbagai kepentingan yang sangat baik bukan sahaja untuk dikaji malah ia turut memberi kepentingan yang wajar kepada sistem pentadbiran di Malaysia.

  • Berasaskan di atas, dapat disimpulkan bahawa peranan kerajaan dalam pembangunan negara adalah penting. Walau pun tidak perlu memainkan peranan sebagai peneraju dan bersaing dengan sektor swasta, kerajaan perlu melaksanakan tugas tradisinya termasuk menjaga keselamatan negara, menguatkuasakan undang-undang, menyediakan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan serta mengawal selia perjalanan perniagaan supaya orang awam mendapat manfaat yang maksimum. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, terutama apabila sektor swasta tidak mampu memainkan peranannya dengan berkesan atau terdapat bidang-bidang penting tetapi sektor swasta tidak berminat untuk menceburinya, Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Umpamanya, apabila pelaburan swasta masih rendah akibat ketidaktentuan yang berlaku pada dalam ekonomi dunia sekarang, Kerajaan berperanan untuk menampung penguncupan ini dengan meningkatkan pelaburan awam untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang dan kualiti hidup rakyat tidak terjejas.

  • B. HURAIKAN PENCAPAIAN DAN IMPAK PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) DAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) TERHADAP PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI DAN SOSIOPOLITIK NEGARA.

  • PENGENALANDiperkenalkan oleh YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak.Pada 20 Januari 2009.Diumumkan sebagai pemangkin proses menjayakan keseluruhan hasrat Gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan. Bertujuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat malah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.Serta memperkasakan ekonomi negara dan mempertingkatkan keberkesanan bidang penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

  • Aktiviti utama Ekonomi Nasional (NKEA), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Keberhasilan Pencapaian Negara (KPI)

    NKEA, NKRA dan KPI diumumkan bagi menjayakan pelaksanaan ETP dan GTP.NKEA adalah bidangbidang pembangunan ekonomi yang dikenal pasti berpotensi untuk terus maju dengan 12 bidang utama ekonomi negara (NKEA).Antaranya ialah sektor Perkhidmatan dan sektor Pertanian yang bernilai tinggi termasuk sektor Minyak dan gas, Minyak sawit dan produk berkaitan, Pemborongan dan peruncitan, Pelancongan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Perkhidmatan pendidikan, Elektrik dan elektronik, Perkhidmatan perniagaan, Penjagaan kesihatan swasta, Pertanian dan Greater Kuala Lumpur.

  • (NKRA) adalah bidangbidang khusus yang akan diberi tumpuan oleh agensi pelaksana kerajaan, malah sasaran.Bagi setiap NKRA ditetapkan lebih awal supaya agensi pelaksana mencapai sasarannya dalam satu waktu tertentu yang di tetapkan.kerajaan juga memperkenalkan kaedah Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara (KPI) pada 27 Julai 2009 untuk menilai pencapaian sasaran yang ditetapkan bagi setiap NKRA.Enam (6) bidang tertentu yang meliputi sektor sosial dan ekonomi telah dikenal pasti untuk dijadikan Bidang Berhasilan Utama Negara (NKRA) yang boleh di ukur pencapaiannya. Enam menteri kabinet di beri tanggungjawab menerajui NKRA bagi mencapai matlamat KPI kementerian masing-masing dalam menterjemahkan prinsip Pencapaian Diutamakan.

  • Jangka waktu pelaksanaan Program Transformasi

  • Petunjuk-petunjuk positif NKRANKRA 1 : Kadar jenayah telah menurun 16 % pada keseluruhannya dan kadar jenayah jalanan yang merangkumi ragut dan rompakan tanpa senjata turun 38.2 % dalam masa 9 bulan iaitu sehingga bulan september 2010.NKRA 2 : Akta Perlindungan Pemberi Maklumat telah diluluskan oleh Parlimen dan akan kuat kuasakan mulai 15 Disember 2010.NKRA 3 : Yang tlh ditetapkan untuk menyediakan akses prasekolah yang berkualiti dan kemampuan pula melihatkan seramai ramai 18,000 kanak-kanak menerima manfaat daripada 929 kelas prasekolah.NKRA 4 : meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah memperlihatkan hampir 44,000 rumah kos rendah ditawarkan dengan harga RM 21,50035,000 sebuah kepada penghuni masing-masing yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

  • NKRA 5 : Laporan terakhir Kementerian pembangunan luar Bandar menunjukkan 7,249 km jalan baru dijangka siap menjelang 2012 termasuk 317.61 km di Semenanjung, 213.5 km di Sabah dan 60.59 km di Sarawak dan pencapaian ini merupakan pencapaian mencecah sasaran yang ditetapkan dalam NKRA. NKRA 5 : Berhubung dengan bekalan letrik, sejumlah 19,401 rumah disediakan dengan bekalan tetap letrik. Ini menunjukkan hampir 99.6 % unit rumah di Semenanjung (705 unit), 81% di Sabah(10,694 unit) dan 73% di Sarawak (8002 unit) yang terletak di desa telah dibekalkan kemudahan letrik. Sementara itu, sejumlah 8,858 unit rumah di Semenanjung, 688 unit di sabah dan 2597 unit di Sarawak telah disediakan bekalan air bersih yang dirawat. Sejumlah 360,000 unit rumah dijangka akan disediakan kemudahan bekalan air berish yang dirawat menjelang tahun 2012.

    NKRA 6 : Membaiki kemudahan pengangkutan awam dapat dipertingkatkan dan berjaya menghasilkan peningkatan kadar pengguna bas awam bandar kepada 13 %.

  • PENCAPAIAN PELAKSANAAN GTP DAN ETPLaporan Tahunan Daya Saing Dunia dan laporan Institut Pembangunan Pengurusan Switzerland, Malaysia menduduki tempat ke-15 bagi negara yang berdaya saing dalam pelbagai segi seperti prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

    NKRA menjangkau 105 % manakala KPI keseluruhan melebihi sasaran yang dijangka dan berada pada kadar 110 peratus. Serentak itu, KPI bagi keseluruhan SRI turut melampaui target yang dihasratkan dan telah mencecah kadar 120 %.

    2 penyelidik Bank Dunia Profesor Charles Sabel dan Luke Jordan menerbitkan satu kertas kajian bertajuk 'Doing, Learning, Being: A Study of Malaysia's Transformation Program' yang mengandungi perakuan mereka tentang keberhasilan transformasi sebenar di Malaysia. Ini menunjukkan pelaksanaan GTP dan ETP diiktiraf dunia.

  • Pembangunan Infrastruktur Luar BandarKemudahan bekalan air bersih, jalan raya dan elektrik telah disediakan oleh pihak kerajaan sejak 2010. Contohnya, 4 553 km jalan raya telah dibina secara keseluruhannya. Di samping itu, seramai 330 000 isi rumah menikmati kemudahan bekalan air bersih dan 130 000 menikmati kemudahan bekalan elektrik.

    Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah170 000 golongan miskin telah berjaya dibawa keluar daripada kemiskinan menerusi pelaksanaan program akhiri zaman kemiskinan atau 1AZAM. Contoh kejayaan 1 AZAM adalah Clarissa yang berjaya mengubah kehidupan mereka sekeluarga apabila dia kini telah memiliki salon sendiri di Kota Marudu, Sabah dengan memperolehi pendapatan bulanan lebih RM 6 000.

  • Peningkatan Perkhidmatan AwamKerajaan telah memperkenalkan perkhidmatan Bus Rapid Transit atau BRT Sunway Line. Perkhidmatan bas ini akan memberi kemudahan kepada 500 000 orang penduduk sekitar Subang Jaya dan Bandar Sunway. Penduduk di Sri Petaling, Bukit Jalil dan Puchong pula boleh menikmati kemudahan pengangkutan awam yang efisien apabila Projek Fasa 1 Program Peluasan Aliran LRT Ampang siap sepenuhnya Oktober tahun ini.

    Pengurangan Kadar JenayahKadar jenayah telah menurun sedikit iaitu bagi jenis jenayah pecah rumah setelah penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal (URB). Laporan tahunan 2014 menunjukkan bilangan kejadian pecah rumah berkurangan sebanyak 11.7 %.

  • IMPAK PELAKSANAAN GTP DAN ETP

    IMPAK POSITIFNegara Berpendapatan TinggiMensasarkan pendapatan negara menjelang 2020 adalah tinggi dengan PNK akan meningkat dari RM 660 billion pada 2009 kepada RM 1.7 trillion pada tahun 2020. Ini secara tidak langsung PNK per kapita lebih kurang RM 48 000

    Kemasukan Pelabur SwastaPelaksanaan ETP telah memberi peluang kepada sektor swasta untuk melabur. Kebanyakan dana pembiayaan datang dari sektor swasta sebanyak 92 % daripada lebih RM 1.4 trillion pelaburan dan bagi pelaburan sektor awam digunakan sebagai pemangkin bagi mencetuskan pembabitan sektor swasta.

    Menjana Peluang PekerjaanLebih lebih 1.5 juta peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan sehingga 2014 dalam NKEA sejak 2010 seperti pertanian, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan, komunikasi dan infrastruktur dan sebagainya. Jangkaan sehingga tahun 2020 peluang pekerjaan dijangka sebanyak 3.3 juta di seluruh negara.

  • Wujudnya Pekerjaan Yang Berpendapatan Sederhana Dan TinggiMenjelang tahun 2020 lebih 60 % pekerja baru akan menerima pendapatan sederhana dan tinggi iaitu dalam lingkungan RM 2 000 - RM 10 000 ke atas.

    Melahirkan Modal Insan Yang Berpendidikan Dan BerkemahiranPelbagai usaha dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang memiliki pendidikan dan kemahiran. Pihak Talent Corporation, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Peneraju setiap NKEA merancang dan menyediakan kursus yang sesuai untuk meningkatkan modal insan melalui penambahbaikan program latihan di universiti, institusi pendidikan dan sebagainya.

  • Impak NegatifKenaikan Kos Sara HidupRakyat terpaksa berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga seperti kenaikan harga barangan, perkhidmatan asas dan sebagainya. Reuters menjalankan penyelidikan tentang jangkaan kenaikan harga barangan yang akan terus meningkat kerana kesan langsung akibat pengurangan subsidi oleh pihak kerajaan.

    Pengurangan SubsidiMemastikan pelaksanaan GTP dan ETP berjalan lancar, pihak kerajaan telah melakukan pengurangan subsidi. Dengan pengurangan subsidi ini bagi mengukuhkan ekonomi negara dan membolehkan dana awam ini diguna secara berhemah bagi pembangunan negara. Kesan pengurangan subsidi telah membawa kesan buruk kepada kebanyakan penduduk.

  • Kenaikan Harga HartanahDengan pelaksanaan GTP dan ETP, keadaan ekonomi negara akan menjadi rancak dan ini secara tidak langsung nilai sesuatu hartanah akan meningkat. Penduduk terpaksa menerima kenaikan harga hartanah terutamanya kepada mereka yang tinggal di bandar-bandar yang terpaksa menerima kadar kenaikan harga menjangkau hingga 50-100% atau lebih pada masa 10 tahun akan datang.

    Kenaikan Kadar JenayahPeningkatan kes jenayah ini adalah disebabkan oleh tekanan hidup dan kegagalan untuk bersaing dalam keadaan ekonomi yang semakin rancak. Bagi penduduk yang tidak mampu menampung segala peningkatan ini akan mengambil langkah yang tidak bijak iaitu dengan melakukan jenayah seperti kes rompakan, penipuan, kecurian, bunuh, rogol dan sebagainya.

  • KESIMPULANKesimpulannya, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) ini telah menunjukkan suatu usaha kerajaan Malaysia yang baik dalam memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati pembangunan dan kemajuan yang terdapat di negara ini. Pelaksanaan kedua-dua program kerajaan ini telah memberikan pelbagai kebaikan khususnya terhadap sosioekonomi dan sosiopolitik Malaysia. Sebagai contoh, program ini telah mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah khususnya di negeri-negeri yang boleh dikatakan miskin seperti Sabah. Di mana melalui program tersebut rakyat atau penduduk di negeri berkenaan telah dapat meningkatkan kehidupan mereka apabila pendapatan isi rumah telah meningkat secara langsung dengan keberkesanan program murni ini.

  • Selain itu, perlaksanaan program ETP dan GTP ini turut memberikan impak yang baik seperti peningkatan peluang pekerjaan dan secara langsung telah menurunkan kadar pengangguran di pelbagai tempat. Namun demikian, impak negatif juga turut diperoleh melalui program ini apabila wujudnya pelbagai saingan dari aspek ekonomi sehingga wujudnya impak negatif seperti kos sara hidup yang meningkat, kadar jenayah yang kerap berlaku, pengurangan subsidi dan harga tanah yang mahal. Kesemua impak negatif ini secara langsung telah menyukarkan kehidupan penduduk di sesetengah tempat. Rumusannya, setiap usaha kerajaan Malaysia dalam memastikan rakyatnya dapat menikmati kehidupan yang baik merupakan usaha yang murni dan patut diberikan pujian. Setiap usaha yang dilakukan pastinya mempunyai pelbagai kebaikan. Begitu juga dengan keburukannya yang mana keburukan ini merupakan suatu cabaran buat Malaysia dalam memastikan usaha yang dilakukan dapat dicapai selaras dengan iltizam Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.

  • TERIMA KASIH