60
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN ( PENULISAN ILMIAH ) 1.0 Pengenalan 1.1 Maksud Dasar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, dasar dapat didefinisikan sebagai suatu pertimbangan (cara, sisitem dan lain-lain) yang pokok, bukan sesuatu, asas, prinsip atau teras. Hal ini bermakna sesebuah dasar itu dapat didefinisikan sebagai satu pengistiharan (hasrat dan ideology kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk melesaikan atau mendapatkan hasil atau mencapai objektif. 1.2 Maksud Kebudayaan Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat Malaysia yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia. Apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini menurut definisi sosiologi ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama. Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis,bahasa dan bahan-bahan material Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kita mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar "divide and rule". Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masyarakat pada ketika itu tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang pokok yang menjadi kepunyaan bersama. Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cabaran dalam melaksanakan dasar kebudayaan kebangsaan

Citation preview

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN ( PENULISAN ILMIAH )

1.0 Pengenalan

1.1 Maksud DasarMenurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, dasar dapat didefinisikan sebagai suatu pertimbangan (cara, sisitem dan lain-lain) yang pokok, bukan sesuatu, asas, prinsip atau teras. Hal ini bermakna sesebuah dasar itu dapat didefinisikan sebagai satu pengistiharan (hasrat dan ideology kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk melesaikan atau mendapatkan hasil atau mencapai objektif.

1.2 Maksud Kebudayaan

Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat Malaysia yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia. Apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini menurut definisi sosiologi ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama. Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis,bahasa dan bahan-bahan material

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kita mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar "divide and rule". Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masyarakat pada ketika itu tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang pokok yang menjadi kepunyaan bersama. Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu menyebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia. Warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujud semacam banteng budaya (cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia. Adalah diakui bahawa perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan, tetapi ciri-ciri kebudayaan yang pokok harus ditonjolkan supaya dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.

1.3 Maksud Kebangsaan

Maksud Kebangsaan merupakan suatu perasaan atau semangat cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air. Semangat kebangsaan ini mendorong keazaman untuk berjuang menebus maruah Negara dan membentuk masa depan bangsa dan Negara. Semangat cinta akan tanah air telah menyebabkan kita berjuang membebaskan Negara daripada penjajahan British bagi membentuk Negara yang merdeka dan berdaulat.

2.0 Budaya

Budaya ataupun adat resam sudah menjali amalan dari zaman Melayu melaka yang mekaing hari semakin berubah sedikit demi sedikit. Budaya adalah satu amalan yang dilakukan untuk melambangkan atau memberi simbol kepada sesuatu acara mahupun didalam kehidupan seharian. Akan tetapi, semakin hari, kita berdepan dengan masalah yang tidak nampak dengan mata kasar kita akan tetapi gelombang yang ini halus memasuki pemikiran didalam kelompok masyarakat kita masa kini. Gelombang yang dimaksudkan adalah gelombang perkembangan budaya yang pesat berkembang mengikut arus zaman. Ini adalah kerana berkembang dengan pesatnya pembangunan teknologi tidak terkecuali di Malaysia.

2.1 Budaya Melayu

Kaum melayu terkenal dengan budaya yang pelbagai samada budaya asli mahupun budaya yang bercampur dengan budaya lain dan terbentuknya budaya Melayu yang baru. Antara budaya yang diamalkan adalah sewaktu mengandung, saat kelahiran dan selepas bersalin dinamakan budaya melenggang perut.

Melenggang perut ini juga dipanggil Kirim Perut dan Mandi Tian. Upacara ini khas dilakukan apabila seorang wanita itu hendah melahirkan anak sulungnya. Tujuaan upacara ini dilakukan adalah untuk mengelak kecelakaan semasa saat tiba untuk bersalin selain membetulkan kedudukan bayi didalam perut. Antara bahan yang digunakan untuk upacara ini adalah :-

v Tujuh helai kain dengan tujuh warna yang berlainanv Segantang berasv Sebiji kelapav Beberapa urat benang mentahv Damarv Minyak kelapav Lilinv Tepak sirihv Pengeras

Selain budaya semasa mengandung, didalam upacara perkahwinan juga penuh dengan keindahan budaya melayu yang dapat kita lihat hingga hari ini. Budaya-budaya kaum lain di Malaysia juga dapat kita saksikan diamalkan secara meluas. Kaum Cina dim Malaysia mempunyai adat resam atau budaya yang amat unik dimana keseluruhan kehidupan mereka dipengaruhi dengan budaya mereka. Setiap hal seperti perkahwinan, perniagaan, rumah tangga dan lain-lain, mereka akan merujuk kepada pakar tilik yang mengetahui baik buruk sesuatu perkara yang terjadi pada setiap benda yang terjadi didalam hidup mereka.Selain kaum Melayu dan Cina, kaum India juga sebahagian masyarakat didalam Malaysia. Seperti kaum lain, kaum India juga mempunyai budaya dan adat resam yang unik. Adat resam atau budaya yang diamalkan oleh kaum India tidak banyak beza dengan budaya Melayu seperti adat semasa berkahwin. Adat ini dikatakan diadaptasi oleh kaum Melayu mengikut kesesuaian dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

2.2 Kesan Positif Budaya Dalam Masyaraka

Antara kesan positif budaya dalam masyarakat yang dapat kita lihat adalah perpaduan yang terjalin antara masyarakat. Bak kata pepatah Melayu mengatakan bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Ini kerana, apabila berlakunya sesuatu upacara seperti perkahwinan, orang ramai ataupun penduduk setempat akan bergotong royang beramai-ramai menjayakan majlis itu.

Tanpa budaya, sesuatu kaum tidak mempunyai sebarang keistimewaan dan mungkin akan kehilangan identiti kaum itu sendiri. Oleh itu, budaya dapat dilihat sebagai medium untuk mengekalkan identiti sesuatu kaum. Budaya juga dapat mengekalkan tradisi yang sudah lama dilakukan oleh nenek moyang kita sejak berzaman agar tidak ditelan zaman seperti pepatah tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Semua orang memerlukan perubahan didalam hidup tidak terkecuali budaya itu sendiri. Budaya berubah sejajar mengikut kepesatan pembangunan teknologi. Perubahan ini termasuklah apabila sesuatu budaya bergabung dengan budaya yang lain membentuk budaya yang baru tetapi masih mengekalkan identitinya. Perubahan ini memberi kebaikan kepada budaya itu sendiri dimana terdapat pelbagai ilmu baru yang dapat dipelajari asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang suci.

Dengan adanya budaya, sifat hormat-menghormati dapat ditanamkan didalam jiwa masyarakat sekali gus mengurangkan masalah sosial yang terdapat didalam masyarakat. Ini adalah penting kerana di Malaysia, terdapat banyak kaum dan masing-masing mempunyai budaya yang lain. Dengan adanya sifat hormat-menghormati, masyarakat dapat hidup dalam harmoni tanpa sebarang masalah yang dapat mengugat keutuhan kesepakatan yang adal di Malaysia.

2.3 Kesan Negatif Budaya Dalam Masyarakat

Terdapat juga kesan negatif budaya didalam masyarakat yang dapat kita kupas diantaranyanya ialah wujudnya sifat perkauman yang kuat diantara kaum masing-masing yang ada di Malaysia. Sifat ini memberi kesan yang buruk kepada sesuatu kaum kerana ianya boleh mengundang masalah besar seperti pergaduhan antara kaum yang pernah terjadi seperti kejadian hitam yang menimpa negara, peristiwa 13 Mei 1969 dimana kaum Melayu dan kaum Cina saling berbunuhan antara satu sama lain.

Sebarang penyalahgunaan didalam budaya itu juga dapat mengudang kesan negatif kepada masyarakat seperti amalan khurafat yang digunakan didalam budaya yang ternyata sekali amat salah disisi agama. Contoh amalan khurafat yang dimasukkan didalam budaya adalah seperti amalan kepercayaan ajaran nenek moyang yang bergantung harap kepada kuasa roh sekali gus membolehkan seseorang itu terjerumus ke lembah syirik.

Terdapat sesetengah budaya yang masih diamalkan walaupun amalan budaya itu tidak terdapat didalam garis panduan ajaran Islam. Apa yang dapat dilihat disini adalah bagaimana segolongan masyarakat lebih mementingkan budaya daripada agama sendiri seperti upacara merenjis pengatin dihari persandingan. Di Malaysia, amalan itu sudah menjadi kewajipan apabila terdapat upacara perkahwinan berlansung.Terdapat budaya yang masih relevan yang boleh diamalkan akan tetapi terdapat sesetengah budaya yang tidak relevan untuk diamalkan seperti lenggang perut. Ini kerana budaya itu tidak relevan untuk digunakan memandangkan kita mempunyai teknologi agar keadaan wanita yang hamil dan kandunganya dalam keadaan sihat justeru dapat mengelak kejadian syirik dengan jampi serapah yang digunakan oleh bidan.

3.0 Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Dasar Kebudayaan telah diwujudkan dinegara ini adalah bertujuan untuk menjaga perpaduan di Negara ini. Hal ini adalah kerana Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing-masing. Di Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah masalah polarisasi. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini.

Setelah meneliti pelbagai masalah yang dihadapi oleh Kerajaan didalam menyatupadukan rakyat Malaysia seperti berlakunya peristiwa 13 Mei 1963, maka kerajaan telah menubuhkan kongres Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pada Tahun 1971, perkara ini telah dibahaskan di dalam parlimen dan kemudiannya ia telah dipersetujui oleh ahli parlimen akhir Dasar Kebudayaan Kebangsaan di laksanakan bagi bertujuan menyatu padukan kaum dan masyarakat di Negara ini, agar mereka hidup lebih harmoni dan aman damai.

3.1 Latar Belakang Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan satu dasar kebangsaan yang disusun dengan persetujuan semua pemimpin mewakili kaum utama di Malaysia, bertujuan mengikat rakyat Malaysia kepada satu dasar yang sama. Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini telah dirangka pada 1971. Apa yang dilihat oleh DKK mengenai kebudayaan ialah merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggembelengan tenaga dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

3.2 Rasional Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kita mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar "divide and rule". Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masyarakat kita ketika itu tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang pokok yang menjadi kepunyaan kita bersama. Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu menyebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia. Warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujud benteng budaya cultural barrier antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia. Tidak boleh dinafikan disini bahawa perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan, tetapi ciri-ciri kebudayaan yang utama didalam masyarakat harus ditonjolkan supaya dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu. Bukan itu sahaja, bahkan pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat yang menjadi rakyat negara itu. Pembinaan negara itu belum sempurna jika rakyat negara tersebut tidak meletakkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara itu terutamanya apabila mempertahankan negara berkenaan daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara yang hendak di capai termasuk jiwanya agar mereka bersatu hati. Tegasnya, Malaysia memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara.

Setelah melihat penyataan tadi oleh kerana itulah penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah begitu penting dilakukan nbagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

3.3 Objektif Pengubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

3.3.1 Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan

Pada Hakikat sebenarnya disini ialah,perpaduan bangsa dapat disemat melalui kebudayaan. Pengukuhan perpaduan ini dilakukan dengan memperkenalkan budaya setiap komuniti yang berada di Malaysia baik melayu,cina,india mahumpun komuniti minority kepada seluruh rakyat Malaysia melalui medium media massa dan media cetak. Pihak yang terlibat untuk memperkenalkan budaya ini ialah Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan dan dibantu oleh agensi-agensi kerajaan yang lain. Perkara ini dapat memupuk rasa hormat dan menerima budaya dan agama kaum lain dan juga kaum lain dapat memberi ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa cuba mempengaruhi atau mengganggu antara satu sama lain.Bagi memperkukuhkan lagi agenda ini pihak kerajaan telah melaksanakan satu program iaitu Program Merakyatkan Seni Budaya. Program ini merupakan sebuah program di bawah seliaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. PMS dilaksanakan sebaik sahaja Jemaah Menteri memutuskannya pada 26 Januari 2005. PMS diadakan atas tujuan untuk mendekatkan masyarakat umum, khususnya masyarakat luar bandar agar lebih rapat dengan kegiatan seni budaya. Di samping untuk meningkatkan penyemarakkan seni di kalangan masyarakat setempat, PMS juga begitu menjurus dalam memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama serta perpaduan di kalangan masyarakat.

Cetusan Idea untuk mengadakan PMS datang dari YB. Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kekuatan untuk merealisasikan program murni ini didasari atas fakta untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping memupuk semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Objektif bagi program ini ialah ;

Matlamat utama Program Merakyatkan Seni Budaya dalam mendokong Gagasan 1Malaysia adalah seperti berikut: I. Ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudaya, berbudi bahasa dan mempunyai nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan dan prinsip-prinsip Rukun Negara serta Gagasan 1Malaysia. II. Sebagai langkah penerusan dan pengembangan seni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang merupakan warisan bersama. III. Membentuk dan mengukuhkan identiti bangsa Malaysia untuk mencerminkan semangat 1Malaysia. IV. Memupuk masyarakat yang lebih kreatif dan mempunyai jati diri melalui aktiviti yang dijalankan. V. Mengukuhkan integrasi dan perpaduan rakyat. VI. Memperluaskan kegiatan seni dan budaya serta merangkumi kegiatan seni sebagai sebuah kerjaya pilihan untuk masyarakat dalam bidang seni dan budaya sebagai sektor yang menyumbang kepada ekonomi dan kesejahteraan negara.( Sumber : http://www.kpkk.gov.my/ )

Melihat objektif bagi pelaksanaan jelaslah bahawa melalui kebudayaan kita dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara kaun perkara dapat kita buktikan lagi melalui pelaksanaan aktiviti didalam program tersebut antaranya ialah Kenduri Rakyat atau Kenduri Adat yang meru[akan satu bentuk kebudayaan sesuatu masayakat majoriti Kenduri Rakyat diadakan bagi membentuk kerjasama selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat. Malaysia kini sebagai sebuah negara yang membentuk gagasan 1Malaysia berlandaskan komuniti masyarakat yang berbilang kaum. Ianya dijadikan sebagai satu sandaran melaksanakan pelbagai jenis serta gaya kenduri rakyat yang membabitkan masakan serta istiadat kaum-kaum di Malaysia. Selain kenduri yang berlangsung, terdapat juga sub aktiviti seperti gotong-royong juga turut diwarnai dengan penglibatan generasi muda. Aktiviti kemasyarakatan seperti membersih kawasan dan membaiki bangunan lama akan melibatkan masyarakat setempat. Penyediaan makanan sempena kenduri rakyat setempat melibatkan semua golongan masyarakat secara bergotong royong. Kemudiannya ada pula Khidmat Masyarakat dimana program ini memberi pendedahan kepada masyarakat dalam mempelajari asal-usul kebudayaan serta tatacara kehidupan yang lebih harmoni dan bertamadun. Kepelbagaian budaya dalam gagasan 1Malaysia merupakan pemangkin yang utuh bagi melaksanakan aktiviti ini. Kebajikan terhadap rakyat yang kurang upaya perlu diberi perhatian. Sikap tolong-menolong dan kerjasama akan dapat meringankan beban masyarakat. Dikuatkan lagi pula dengan Pertandingann kesenian dan kebudayaan yang disertai pelbagai kaum dan disini ia menunjukkan pesaingan sihat kaum fan disini kita dapat mnegenali budaya kaum lain pertandingan ini juga selain bertujuan untuk memberi pendedahan, ia juga turut membuka peluang kepada para peserta supaya lebih kreatif juga kompetitif terhadap beberapa aspek yang dipertandingkan. Fokus utama terarah kepada kemajuan dan daya usaha individu serta berkumpulan. Pertandingan akan dapat melahirkan bakat-bakat muda tempatan yang mempunyai potensi besar dalam bidang berkaitan seni dan budaya.

Diadakan pula Demonstrasi dimana ia bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan kefahaman secara tidak formal kepada pengunjung didalam program merakyatkan seni budaya ini. Demonstrasi ini juga dapat member kemahiran asas untuk mengenali sesuatu perkara yang melibatkan proses pelaksanaan dan penghasilan input secara fizikal. Komunikasi antara tokoh serta pengusaha adalah digalakkan dalam memperjelaskan sesuatu penghasilan. Demonstrasi yang diadakan adalah seni bela diri tradisi, gasing, congkak, dam aji, dam cina, batu seremban, galah panjang, sepak raga, silat, wushu, silambam, dan lain-lain mengikut kategori peringkat umur. Kesemua ini menunjukkan kebudayaan kaum lain dan ini boleh berlakunnya pertukaran budaya yakni masing mempelajari budaya lain selain budaya lain dan ini dapat lagi mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Bukan itu sahaja, perkukuhan perpaduan juga melalui pertukaran boleh dikuatkan lagi dengan seni persembahahan budaya masing-masing, contohnya disni ialah kesenian tradisi unik yang merupakan kesenian masyarakat tempatan dipersembahkan juga oleh kumpulan kesenian dan artis setempat. Ianya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang berbilang bangsa. Melibatkan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat. Persembahan atau pertunjukan yang dijalankan lebih menekankan persembahan kesenian yang bersifat asli atau autentik. Persembahan daripada luar kawasan komuniti juga turut dipersembahkan dalam memperkembangkan pengetahuan ilmu. Kesemua ini kita dapat lihat bahawa program ini mampu mengukuhkan lagi perpaduan diantara kaum di Malaysia secara keseluruhannya.

3.3.2 Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.

Bagi objektif yang kedua ini iaitu Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. Ia adalah amat penting supaya identity yang teripta dan terbentuk di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa,kaum dan agama tidak akan hilang malah ia akan terus kekal sehingga hari ini. Secara tuntasnya disini adalah bahawa keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan sewajarnya di pupuk dengan lebih banyak lagi dan ia dipelihara dengan baik agar ia sentiasa segar,.Memupuk dan memelihara ini kita boleh melihat dari sudut konsep intergrasi antara kaum,yakni kita menyentuh kesemua intergrasi nasional yang dilakukan oleh pihak kerajaan antaranya ialah ;Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnikIntegrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaanIntegrasi sosial merangkumi usaha-usahameyatupadukan rakyat melalui progam sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatanIntegrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohaniIntegrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui [1]kerjasama dan pembahagian kuasa politik.( Sumber: Modul Hubungan Etnik , mukasurat 15)Intergrasi secara tidak langsungnya dapat memelihara keperibadian kebangsaan yang sudah terbentuk dan memelihara ini kita boleh melihat pihak kerajaan dan juga badan NGO. Didalam memupuk dan memelihara inilah lahirnya akademi seni budaya yang mengekalkan kebudayaan dinegara contonya Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai ASWARA. Mengenai ASWARA pada awalnya ia dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia tetapi kini ia lebih dikenali Sebagai Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653). ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi didalam bidang persembahan yang diterajui sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia yang kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan,Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni kebudayaan negara. Rasionalnya ASWARA diwujudkan adalah berdasarkan kenyataan berikut ;ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.( Sumber : http://www.kpkk.gov.my/ ) Bukan itu sahaja, bahkan di peringkat institusi pengajian tinggi juga turut diberi ruang untuk memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan melalui kebudayaan iaitu mewujudkan fakulti-fakulti yang menjurus ke arah keseniaan dan kebudayaan seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya, Universiti Perguruan Sultan Idris dan Universiti Sains Malaysia. Kesemua IPT yang disebutkan ini mempunyai fakulti yang menjurus ke arah kesenian dan kebudayaan dan sinilah objektif Dasar Kebuyaan Kebangsaan ini boleh digapai.

3.3.3 Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Apa yang ingin dicapai di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Segala yang dimaksudkan dalam memperkayakan dan mempertingkatkan adalah dengan menjadikan kebudayaan sebagai sumber pendapatan kepada lapisan masyarakat di negara ini. Sekiranya pada hari ini masyarakat mencari sumber pendapatan melalui Industri-Industri besar seperti perkilangan,pertanian,perladangan mahupun industri kecil dan sekiranya hari ini Malaysia kaya dengan ekonomi seperti getah , kelapa sawit , dan sebagainya maka di tambahkan lagi sumber ekonomi negara iaitu kebudayaan yang mampu mempertingkatkan kehidupan masyarakat dinegara kerja serta sedikit sebanyak memberi ruang pekerjaan kepada masyarakat bukan itu sahaja bahkan secara tidak langsungnya membantu memupuk kebudayaan di negara ini dan dapat mengekalkan kebudayaan identiti negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Kebudayaan di negara ini bukan sahaja dijadikan satu identiti malaysia tetapi ia mampu di komersilkan. Apabila dikatakan dikomersil ia bukan bermakna kita menjual budaya atau bangsa kita tetapi kita mengetengahkan budaya rakyat kita yang terdiri pelbagai bangsa dan kaum melalui medium yang tertentu. Apakah medium yang dimaksudkan? Medium yang dimaksudkan disini ialah medium pelancongan, dimana kebudayaan dinegara kita akan menjadi satu tarikkan kepada pelancong luar yang ingin melihat negara mempunyai pelbagai kaum, bangsa, agama di dalam satu komuniti tetapi mampu hidup didalam keaadaan yang harmoni dan aman damai. Pelancong yang berkunjung dinegara ini secara tidak langsungnya dapat mempelajari budaya dinegara ini dan membuatkan budaya kita dipandang tinggi dimata dunia bersesuai dengan masyarakat kita yang merupakan masyarakat timur yang mempunyai kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan sedikit sebanyak membantu ekonomi negara melalui pelancongan.3.4 Strategi Mencapai Objektif Dasar Kebudayaan KebangsaanPemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.Strategi ini dilakukan dengan membuat akta untuk pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan. Antara akta yang telah diwujudkan disini ialah ; i. Akta Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan 2006 [Akta 653]Suatu Akta yang mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pengurusan dbiran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di dalam bidang seni, budaya dan warisan di Malaysia.[2] ii. Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]Akta Warisan Kebangsaan 2005 bertujuan untuk memberi perlindungan kepada semua aspek warisan secara menyeluruh dan bersepadu yang sebelum ini tidak ada dalam mana-mana perundangan persekutuan dan negeri. Akta ini merangkumi skop yang lebih luas merangkumi aspek Warisan Budaya (cultural heritage), Warisan Semula-jadi (natural heritage) termasuk Warisan Ketara (Tangible Heritage) dan Warisan Tak Ketara (intangible heritage).Akta ini berkuatkuasa pada 1 Mac 2006 dan menggantikan dua akta terdahulu iaitu Akta Benda Purba 1976 dan Akta Harta Karun 1957.Merupakan "suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air".Di bawah akta ini terdapat beberapa peraturan iaitu :a. Peraturan-peraturan Warisan Kebangsaan (Daftar Warisan Kebangsaan) 2007 P.U.(A) 427b. Peraturan-peraturan Warisan Kebangsaan (Barang Ditetapkan) 2008 P.U.(A) 197( Sumber: Kementerian Penerangan , Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia )Akta dan perundangan inilah yang dapat memelihara kebudayaan yang sedia ada dan menjadi warisan kepada generasi yang ada. Akta ini juga dapat menjaga kebudayaan di negara kita terus kekal mekar di negara ini dan tidak tenggelam diarus zaman yang semakin moden dan membangun dengan pesat.Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.Pelaksanaan strategi ini dilakukan oleh berberapa kementerian yang terlibat, ia tidak bergantung kepada Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia semata-mata, tetapi ia turut disertai oleh Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Pelancongan Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara dan pelbagai agensi kerajaan yang melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyentuh kebudayaan. Contoh yang boleh kita ambil disini ialah Kementerian Belia Dan Sukan di bahagian Pembangunan Rakan Muda itu sendiri, dimana dibahagian Rakan Muda ini mempunyai tujuh gaya hidup dan antaranya ialah Rakan Seni Budaya yang banyak memberi aktiviti dan latihan serta pengenalan kebudayaan kepada masyrakat amnya dan terutamanya kepada para belia contoh aktiviti yang dilakukan oleh Rakan Seni Budaya ialah seni tari, bermain muzik tradisional, dan mendekati program intergrasi nasional. Bukan itu sahaja pembangunan kebudayaan ini juga di rangka di dalam Rancangan Malaysia Ke 8 ( RMKe-8) dan Rancangan Malaysia Ke 9 ( RMKe-9) bagi memastikan kebudayaan dinegara ini terus berkembang dengan baik. Rangka di dalam Rancangan Malaysia Ke 8 ( RMKe-9) dan Rancangan Malaysia Ke 9 ( RMKe-8) adalah seperti berikut ;KEMAJUAN, 2001-2005[3]23.03 Dalam tempoh RMKe-8, pelbagai program kebudayaan, kesenian dan warisan dilaksana bagi meningkatkan minat orang ramai terhadap seni dan budaya serta pemuliharaan warisan negara. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menyatukan dasar dan program bagi menggiatkan lagi budaya, seni dan warisan negara serta menggubal strategi baru bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni.

Seni dan Budaya

Kesedaran dan Penghayatan Terhadap Seni dan Budaya

23.04 Selaras dengan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan budaya, pelbagai program dilaksana untuk meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya di kalangan rakyat Malaysia di semua peringkat. Sehubungan ini, aktiviti berkaitan seni dan budaya dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung. Dalam tempoh Rancangan, empat taman budaya yang baru telah ditubuhkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak tujuh taman di seluruh negara. Taman budaya ini menjadi tempat untuk memperkenalkan aktiviti kesenian dan kebudayaan serta menganjurkan program latihan dan bina upaya untuk memupuk bakat dalam seni persembahan.

23.05 Dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan cintakan budaya di kalangan generasi muda, pelbagai program dan aktiviti kebudayaan seperti kelab kebudayaan terus dianjur di sekolah rendah dan menengah. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 220 Kumpulan Tunas Budaya baru dengan 10,200 pelajar telah ditubuhkan di sekolah rendah dan 77 Kelab Kesenian Sekolah dengan 2,860 pelajar di sekolah menengah. Bantuan dalam bentuk latihan, khidmat nasihat dan kostum serta peralatan juga disediakan. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini diberi peluang untuk membuat persembahan dalam majlis rasmi di peringkat negeri dan daerah sebagai usaha untuk menyebar kesedaran dan penghayatan budaya dan seni di kalangan lebih ramai rakyat Malaysia.

Bina Upaya dan Latihan

23.06 Akademi Seni Kebangsaan (ASK) terus menyediakan kursus di peringkat sijil dan diploma dalam bidang teater, penulisan kreatif, tarian dan muzik serta cinematography bagi menggalakkan lagi pembangunan seni kreatif dan persembahan serta menyediakan tempat untuk mengasah bakat kreatif. Dalam tempoh Rancangan, seramai 485 pelajar telah mengikuti latihan di akademi, sementara 157 pelajar telah tamat kursus dalam pelbagai bidang. Di samping itu, kursus dan program sedia ada dalam bidang seni persembahan dan seni halus yang [4]dijalankan di institusi pendidikan tinggi diperluas kepada bidang baru seperti pemodelan grafik berkomputer, seni video digital serta pemasaran dan pengurusan. Kursus dan program ini menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka.

Seni Persembahan

23.07 Bagi menyokong industri pelancongan dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya, usaha terus diambil oleh Kerajaan dan sektor swasta untuk membangunkan infrastruktur hiburan bertaraf dunia bagi pementasan pertunjukkan bertaraf antarabangsa. Istana Budaya yang dilengkapi dengan peralatan moden dan terkini terus menjadi tempat penting untuk pementasan seni persembahan dan pelbagai pertunjukan kebudayaan. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 96 persembahan dipentaskan di Istana Budaya meliputi muzikal, konsert dan tarian yang berjaya menarik lebih daripada 403,400 penonton. Sektor swasta juga turut menyumbang kepada kepelbagaian seni persembahan dengan penubuhan Pusat Seni PersembahanKuala Lumpur pada tahun 2005.

Seni Tampak23.08 Dalam tempoh Rancangan, pelbagai pameran, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni dianjurkan untuk memupuk minat dalam seni tampak. Sejumlah 142 pameran telah dianjurkan yang dikunjungi lebih daripada 866,500 pengunjung. Setiap pameran mempunyai pendekatan dan tema yang berbeza dan mempamerkan bakat dan pemikiran kreatif artis tempatan dan antarabangsa. Balai Seni Lukis Negara (BSLN) terus [5]mengumpul, memelihara dan mempamerkan hasil kerja seni serta memupuk kesedaran dan penghayatan di kalangan semua lapisan masyarakat. Di samping itu, BSLN juga telahmemperkenalkan Laman Seni Kuala Lumpur, sebuah pasar seni yang diadakan pada setiap bulan dan mendapat sambutan purata 2,000 pelawat sebulan.

Perpaduan Negara

23.09 Menyedari bahawa penghayatan dan menghormati budaya pelbagai etnik di Malaysia adalah penting dalam memupuk identiti Malaysia yang unik, perayaan kebudayaan dan keagamaan kumpulan etnik utama di Malaysia terus disambut di peringkat kebangsaan. Sehubungan ini, Kerajaan menganjur Rumah Terbuka Malaysia bagi menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan Tadau Kaamatan. Sambutan perayaan ini menunjukkan semangat perpaduan negara dan harmoni yang wujud dalam masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya.

Warisan

23.10 Bagi memperkukuh dan memupuk penghayatan kepada budaya dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, usaha telah diambil untuk memelihara dan memulihara produk kebudayaan seperti tapak warisan, monumen dan artifak, terutamanya yang mempunyai kepentingan sejarah. Sehubungan ini, 63 monumen dan 25 tempat bersejarah dipelihara, dipulihara dan dinaik taraf untuk manfaat negara serta sebagai tarikan pelancong. Produk ini termasuk Rumah Merdeka di Alor Star, Kedah iaitu rumah asal Perdana Menteri pertama yang telah dibaik pulih menjadi sebahagian daripada Memorial Tunku Abdul Rahman.

23.11 Di samping menyenggara muzium sedia ada, muzium dan arkib baru juga diwujudkan bagi menunjukkan pencapaian Malaysia serta menjadi pusat untuk memelihara dan mendokumen sejarah negara. Bagi mempamerkan pencapaian Malaysia dalam industri automatif, Muzium Automobil Nasional telah dibina di Kompleks Litar Antarabangsa Sepang. Muzium tersebut dibuka kepada orang ramai pada tahun 2004 dan menarik lebih daripada 34,500 pengunjung. Penubuhan Arkib Negara cawangan Kedah/Perlis pada tahun 2003 dan Arkib Negara cawangan Sabah pada tahun 2005 telah memudahkan koleksi, pemerolehan dan pemeliharaan rekod negara bagi tujuan penyelidikan. Di samping itu, Muzium Kesenian Islam menyumbang ke arah mempromosi seni dan artifak Islam tempatan dan asing. Langkah juga diambil mewujudkan kesedaran mengenai kekayaan warisan budaya negara dengan penyebaran maklumat dan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti seperti seminar dan bengkel.

PROSPEK, 2006-2010

23.12 Dalam tempoh RMKe-9, penumpuan yang lebih akan diberi untuk mempertingkat peranan budaya dan seni dalam kehidupan rakyat Malaysia serta menggalakkan industri berkaitan budaya dan seni. Penumpuan ini adalah kerana penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian juga menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Sehubungan ini, usaha lebih gigih akan diambil bersama sektor swasta bagimewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan budaya negara. Dengan demikian, teras strategik untuk tempoh RMKe-9 adalah seperti berikut: memupuk nilai budaya positif di kalangan rakyat Malaysia; memperkukuh penghayatan budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia; memelihara dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara; memajukan industri kraf dan menggalakkan produk kraf untuk pasaran dunia; membangunkan industri kebudayaan yang kreatif, dan mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya, seni dan warisan yang mampan dan berterusan.

Pemupukan Nilai Budaya yang Positif

23.13 Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia. Sehubungan ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai sosial dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan member tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan.

Pengukuhan Penghayatan Budaya, Seni dan Warisan

23.14 Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, akses kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan akan ditingkatkan manakala penglibatan aktif kesemua komuniti akan digalakkan. Sehubungan ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian akan dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar.

23.15 Program untuk mendidik dan menghebahkan kepentingan dan penghayatan nilai budaya, seni dan warisan di kalangan belia akan diberi penekanan yang lebih dalam tempoh RMKe-9. Bagi mencapai tujuan ini, langkah gigih akan diambil oleh agensi berkaitan untuk menambah bilangan yang dilatih dalam pelbagai bidang berkaitan budaya dan seni. Mereka ini akan dihantar kepada beberapa sekolah di bawah program Tunas Budaya bagi melatih pelajar dalam bidang kesenian. Program ini menghubungkan komuniti seni dengan sector pendidikan bagi menyokong pembangunan profesional pendidik seni dan penyedia pendidikan seni. Di samping itu, program yang sama akan diperluas meliputi kakitangan sektor awam dan belia bagi meningkatkan akses mereka terhadap seni. Perkongsian strategik antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, organisasi berasaskan seni dan masyarakat berserta sektor swasta akan diwujudkan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini.

23.16 Untuk meningkatkan penghayatan seni dan budaya terutamanya di peringkat akar umbi, pelbagai program jangkauan seperti Laman Seni Kuala Lumpur akan dipergiat dan diperluaskan ke semua negeri. Bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan serta kefahaman dalam seni tampak dan persembahan, beberapa program interaktif melibatkan penyertaan belia, masyarakat dan sektor swasta akan dilaksanakan. Selaras dengan dasar yang diluluskan, langkah bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya dan aktiviti kesenian akan diambil dalam tempoh RMKe-9.

23.17 Seni persembahan juga merupakan jentera bagi pemuliharaan dan penyebaran budaya di samping sebagai sumber hiburan dan penghayatan kebudayaan kepada individu. Sehubungan ini, peranan Istana Budaya sebagai pusat kecemerlangan bagi pementasan seni persembahan yang berkualiti tinggi akan diperkukuhkan. Usaha yang berterusan akan diambil untuk menarik lebih banyak pementasan asing menggunakan Istana Budaya sebagai tempat persembahan yang akan menyumbang ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya serantau. Bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni serta kesedaran mengenai kemudahan yang canggih di Istana Budaya, aktiviti promosi yang agresif dengan tumpuan kepada penerbitan tempatan dan asing akan dilakukan. Usaha ini adalah selaras dengan langkah untuk mewujudkan kawasan budaya di dalam dan persekitaran Istana Budaya.

( Sumber:Rancangan Malaysia Kesembilan, Mukasurat 491-495)

Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.Bagi strategi ini pula ialah dilaksanakan didalam RMKe 8 dan RMKe 9 seperti yang dinyatakan diatas. Mewujudkan komunikasi ini juga dilakukan melalui media massa dan media cetak mengenai kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia, contohnya disini ialah apabila media massa membuat kempen mengenai kebudayaan dan menunjukkan keharmonian negara yang mempunyai pelbagai budaya , bangsa dan agama dapat hidup bersama dan penuh dengan harmoni, malah ia menyemai semangat menghormati budaya bangsa lain.Memenuhi keperluan sosiobudayaPerbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu.Bagi mencapai objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan, strategi memenuhi keperluan sosiobudaya telah disentuh, dimana keperluan ini dipenuhi melalui berberapa aspek antaranya ialah aspek agama, disini kita lihat dimana malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani atau atau Kristian, di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas. Dari aspek bahasa pula, walaupun bahasa rasmi yang digunakan di negara ini ialah Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu tetapi bahasa-bahasa berbagai kaum dan suku kaum yang lain adalah bebas digunakan seperti bahasa Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan digunakan dengan meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian. Kerajaan juga telah menggalakkan pekerja hotel dan ahli-ahli perniagaan yang berkaitan dengan sektor pelancongan dan perhotelan supaya mempelajari lain-lain bahasa antarabangsa.Seterusnya bagi aspek perayaan pula kita melihat disini adalah penduduk malay yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di negara ini, musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta muhibah antara kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Oleh itu, upacara 'rumah terbuka' adalah satu suasana yang tidak asing lagi di hari-hari perayaan. Contohnya disini bagi yang menganut agama islam mereka akan menyambut perayaan iaitu iaitu Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Maulidul Rasul.Walaupun islam adalah agama rasmi bagi malaysia ini tidak bermakna agama lain tidak boleh menyambut perayaan mereka, maka dengan itu sosiobudaya mereka dipenuhi dengan membenarkan mereka meraikan perayaan mereka tanpa menyentuh sensitiviti agama lain. Maka dengan itu kaum cina dapat merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari setiap tahun bagi penganut agama Hindu pula,mereka akan meraikan Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil Oktober dan November. Bagi agama kristian mereka akan meraikan perayaan Krismas pada bulan November iaitu pada 25 December.Kesemua ini memnunjukkan bahawa keperluan sosiobudaya setiap kaum dipenuhi dan dihormati, malah dengan adanya pelbagai kumpulan etnik di negara malaysia ia telah mewarnai kebudayaan di negara ini dengan lebih harmoni dan sejahtera.

Meninggikan taraf dan mutu kesenian.Usaha melakukan strategi bagi meninggikan taraf dan mutu kesenian dinegara ini ialah pihak kerajaan telah memberi beberapa peruntukkan kepada bahagian yang mempertahankan kesenian kebudayaan. Berikut adalah Perbelanjaan Dan Peruntukan Pembangunan Bagi Program Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan, 2001-2010;JADUAL 23-1PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN BAGI PROGRAMKEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN, 2001-2010ProgramRMKe-8PerbelanjaanRMKe-9PerbelanjaanKebudayaan dan Kesenian

Taman Budaya Balai Seni Lukis Negara Akademi Seni Kebangsaan FINAS Kraf

Warisan Muzium Arkib Pemuliharaan Warisan Bersejarah

69.9 1.0 39.7 7.1 67.0

79.0105.0 85.2

55.9 22.0 20.0 3.0 63.5

65.0113.0100.0Jumlah454.0442.4 (RM juta)

Sumber : Unit Perancang Ekonomi

Perbelanjaan ini dilakukan adalah bertujuan untuk menaikkan kesenian dan kebudayaan negara agar ia terus mekar dan kekal serta peruntukkan yang diberikan ini dapat memelihara kesenian dan kebudayaan yang sedia ada.

3.5 3 prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan(i) kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.( Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my )Apa yag difahami disini ialah rakyat majoriti dinegara ini ialah bangsa melayu dan mereka sewajarnya menjadikan Kebudayaan Melayu sebagai tunjang asas kepada indentiti malaysia tetapi tidak menolak dan menyisihkan kebudayaan bangsa lain yang minoroti seperti cina dan india serta bangsa lain yang begitu kecil seperti kadazan,iban ,bajau dan sebagainya, tetapi secara tuntasnya yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional ialah adat dan kebudayaan masyarakat Melayu. Hal ini tidak dapat dipertikaikan oleh masyarakat lain kerana adat atau budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih beratus juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Maka apabila dipersetujui adat masyarakat asal serantau dijadikan identiti Malaysia, pastilah di Malaysia, adat dan budaya Melayu yang paling layak diletakkan didalam kategori itu,oleh kerana itulah adat Melayu dijadikan teras identiti semua kaum di Malaysia adalah sangat berpatutan.Mengapa kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang? Sebabnya adalah kerana yang pertama,kita melihat kepentingan adat dan budaya Melayu dijadikan sebagai teras dalam pembentukan identiti nasional ialah untuk memastikan kestabilan sosial dan politik di Malaysia terus terpelihara. Harus difahami disini apabila kita bercakap berkenaan Malaysia, majoriti penduduknya ialah orang Melayu. Kerana orang Melayu ialah majoriti didalam masyarakat Malaysia, adalah penting untuk menjadikan adat kaum yang majoriti sebagai ikutan kepada kaum-kaum lain yang lebih kecil populasinya. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian kepada masyarakat lain di Malaysia khususnya kepada masyarakat Melayu sendiri sebagai entiti yang terbesar dan bertaraf peribumi di Malaysia. Kedudukan masyarakat Melayu yang dianggap nuklius didalam sistem sosial di Malaysia juga merupakan kepentingan yang perlu diambil berat sesuai dengan kedudukan istimewanya yang dijamin Perlembagaan.Sebab kedua pula ialah kedudukan Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri dan Yang Dipertuan Agong juga merupakan aspek yang penting untuk menjadikan adat Melayu sebagai pemangkin identiti nasional. Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agong merupakan tuan kepada negeri-negeri dan negara Malaysia sendiri. Mereka juga merupakan orang Melayu. Kedudukan mereka yang menjadi lambang perpaduan negara ini menyebabkan adat istiadat mereka iaitu adat istiadat Melayu diterima sebagai suatu unsur teras dalam melaksanakan identiti Malaysia secara bersama. Justeru untuk memastikan Institusi Raja-Raja Melayu terus dilindungi dan dihormati, maka dalam usaha untuk membentuk identiti dan peribadi kebangsaan, adat Melayu tidak boleh dikesampingkan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterimaKebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.( Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my )Siapa yang tidak tahu pada suatu masa dahulu tanah melayu ini dipelopori oleh orang melayu semata-mata dan orang melayu ketika itu begitu gah dan besarkuasaanya sewaktu Kerajaan Melayu Melaka berdiri dengan gagah dimata dunia sehingga semua negara luar begitu tunduk dan hormat dengan Kerajaan Melayu Melaka. Suatu masa ketika itu Melaka telah menjadi pusat perlabuhan yang terkemuka di dunia dan banyak pedagang-pedagang yang berlabuh di negeri melaka antara pedagan-pedagan yang berlabuh dinegeri melaka adalah seperti Cina,India,Arab,dan sebagainya, tetapi mereka bukan sahaja berlabuh untuk berdagang semata-mata tetapi mereka juga turut menyebarkan budaya dan agama mereka, contoh untuk menguatkan kenyataan ini ialah budaya hindhu yang dibawa dan disebarkan di tanah melayu, antara pengaruh dan budaya Hindu yang dapat dilihat adalah persembahan wayang kulit yang menceritakan tentang epik Ramayana dan Mahabrata yang memuja dewa Hindu dalam upacara membuka dan menutup panggung dan penggunaan alat-alat muzik seperti gendang dan serunai. Kita lihat pula dari sudut muzik budaya dibawa oleh india, dalam perkara ini kita melihat pengaruh alat muzik mereka, antara alat-alat muzik yang mendapat pengaruh daripada India adalah seperti tabla yang digunakan dalam permainan Ghazal dikatakan berasal dari India, begitu juga dengan gendang melayu yang juga berasal dari India dan mempunyai persamaan bentuk seperti gendang Mridanga. Bagi pengaruh China sewaktu mereka berlabuh di Melaka,mereka telah menyebarkan agama budha mereka, bukan itu sahaja mereka telah membawa unsure-unsur budaya mereka pada ketika itu,unsure yang diperkata tadi ialah seperti alat-alat muzik yang dipercayai berasal dari China adalah alat muzik gong. Seni persembahan dapat dilihat dalam persembahan tarian naga dan tarian singa.Bagi pengaruh budaya arab dan pengaruh islam kita dapat lihat disni dimana, pengaruh Islam dapat dilihat semenjak kurun ke-13 lagi di mana pedagang Arab dan India telah berdagang dengan kerajaan Seriwijaya. Turut berlaku pada masa itu, Perlak dan Pasai di Sumatera Utara telah memeluk agama Islam. Hal ini yang menyebabkan agama Islam telah dibawa ke Melaka dan menjadi kukuh apabila Parameswara iaitu seorang Raja Melaka telah berkahwin dengan Puteri Sultan Pasai dan telah memeluk agam Islam. Nama Parameswara telah ditukarkan kepada Megat Iskandar Syah pada. Dengan titik permulaan Melaka sebagai kawasan permulaan bagi Islam di Kepulauan Melayu, agama Islam ini telah tersebar ke kawasan-kawasan yang lain di Semenanjung dan dalam jangka masa 50 tahun, Melaka telah dikenali sebagai pusat agama Islam di rantau tersebut. Islam sememangnya merupakan agama yang mempunyai sifat toleransi dan juga terdedah dengan seni persembahan Hindu di kepulauan Melayu ini, maka agama Islam telah menerima unsur-unsur ini. Semasa Islam bertapak di rantau ini, kegiatan keseniannya adalah berasaskan unsur Hindu-Animisme.Ini dapat dilihat dalam upacara jampi serapah yang dilakukan sebelum persembuhan dimulakan.Kedatangan Islam telah menyerapkan cerita dan lagenda Islam ke dalam repertoire persembahan. Unsur-unsur yang disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan segala jampi serapah telah digantikan dengan doa-doa pendek. Islam juga telah menerapkan unsur-unsur Islam ke dalam persembahan. Ini dapat dilihat di dalam persembahan hadrah, rodat dan dikir rebana di mana kesemuanya menggunakan nyanyian berkumpulan yang diiringi dengan beberapa buah gendang rebana dan sebiji gong. Selain itu, kejayaan Islam juga adalah dengan memperkenalkan tarian zapin dan beberapa bentuk nyanyian keagamaan yang memuji Allah, Nabi dan para sahabatnya. Sayangnya disini kerajaan melayu Melaka tidak dapat bertahan lama dan akhirnya Kerajaan Melayu Melaka atau Tanah Melayu telah dijajah oleh Portugis,Belanda,Inggris Dan Jepun. Penjajah barat seperti Belanda,Inggeris dan Portogis mereka menjajah Negara ini bukan hanya mengambil hasil bumi dan merampas kuasa malah mereka turut menyebarkan budaya mereka. Budaya yang mereka memperkenalkan termasuklah tarian dan muzik. Orang portugis membawa masuk biola dan gitar sementara orang British mempopularkan alat-alat muzik barat yang lain seperti piano, trompet, seksafon dan sebagainya. Bukan itu sahaja bahkan mereka juga membawa budaya pemakaian mereka seperti berkemeja, bertai dan bolt, serta memakai jaket kesemua ini telah menjadi ikutan sehingga ke hari ini.Setelah melihat retetan sejarah yang telah terbina, maka tanah melayu telah mengalami dan menerima pelbagai budaya luar dan tidak boleh kita nafikan disini bahawa budaya melayu yang diamalkan pada masa kini kita ada mengambil budaya dari luar seperti budaya arab iaitu adat-adat dan budaya Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam. Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat dan budaya Melayu ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.Apabila begitu banyak budaya yang timbul dan wujud dinegara ini ia dilihat kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada kerelevenannya yang pasti tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan, prinsip-prinsip Rukun Negara, kepentingan nasional, asas-asas moral serta kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.Dalam penerimaan teras kedua ini, kita melihat berlaku tolak ansur sesama kaum di Malaysia dalam soal pembentukkan keperibadian dan identiti kebangsaan. Bukan sahaja identiti Melayu diangkat sebagai identiti kebangsaan, tetapi juga identiti kaum-kaum lain di Malaysia. Ia juga diterima kerana terdapat unsur-unsur adat yang sama dan seiring dengan adat teras iaitu adat dan kebudayaan Melayu, hal ini juga tidak boleh dijadikan isu samada identiti kebangsaan itu orientasinya adalah daripada warisan adat kaum yang mana. Ini kerana pembentukkan identiti dan keperibadian kebangsaan itu bukanlah bertujuan untuk mempromosikan adat masing-masing untuk digunakan oleh semua rakyat Malaysia, sebaliknya ia jelas berperanan untuk menyeragamkan identiti masyarakat yang pelbagai untuk dijadikan identiti Malaysia yang satu. Namun identiti bangsa juga masih boleh dikekalkan dan dipelihara kelangsunganya.Didalam prinsip ini kita juga seharusnya melihat kepentingan untuk menerima mana-mana unsur adat dan budaya luar untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan. Walaupun telah dipersetujui bahawa adat Melayu merupakan adat teras yang dijadikan ikutan setiap rakyat Malaysia, namun ketetapan itu tidak bermaksud hanya itu sahaja adat yang akan diterima kearah pembentukan identiti yang seragam dalam masyarakat Malaysia. Adat dan budaya kaum lain yang sesuai juga dapat dipraktikkan asalkan ianya tidak bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara. Ini bagi memastikan tiada suara-suara yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang menggariskan unsur-unsur penting kearah membentuk budaya kebangsaan. Pendek kata, penerimaan unsur-unsur asing ini ialah supaya keharmonian kaum di Malaysia akan terus berlangsung dengan jayanya.Unsur-unsur adat dan budaya luar juga penting untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan kerana bagi menghasilkan budaya kebangsaan yang tidak terlalu stereotaip dengan adat dan budaya Melayu, adat lain juga perlu disenaraikan. Budaya kebangsaan diwujudkan untuk menunjukkan peribadi dan identiti masyarakat Malaysia yang pelbagai, bukan hanya untuk melambangkan budaya dan adat Melayu semata-mata. Dengan adanya unsur-unsur yang diluar daripada adat dan budaya Melayu yang sesuai, maka akan terhasil suatu modul identiti masyarakat yang pelbagai corak dan warna kebudayaan di negara ini.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. ( Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my )

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu unsur yang penting penting didalam proses pembangunan dan perpaduan negara. Kenyataan ini dibuat adalah kerana agama juga amat perlu bagi merealisasikan pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Kerana itu ia patut dijadikan unsur yang penting dalam pembentukan identiti kebangsaan. Ini juga memandangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Di samping itu, telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini sejak dahulu lagi. Unsur Islam yang dijadikan teras kebudayaan kebangsaan juga penting bagi menjamin kedudukannya yang merupakan agama rasmi Malaysia. Islam tidak boleh dan tidak dapat disamakan dengan agama-agama lain kerana ia merupakan agama yang sebenar. Maka dalam usaha menerapkan identiti kebangsaan, Islam tidak boleh diketepikan atau dipandang remeh. Selain kedudukan Islam sebagai agama rasmi, ia juga penting kerana Islam merupakan tunjang kepada kehidupan masyarakat Melayu iaitu masyarakat peribumi dan majoriti di Malaysia. Walaupun identiti dan peribadi kebangsaan adalah berteraskan Islam, namun agama-agama lain bebas untuk dilaksanakan dengan syarat amalan agama-agama lain tidak akan menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama utama di Malaysia.[6]4.0 Cabaran Terdapat 3 cabaran yang dapat kita kupas iaitu perbezaan kepentingan antara kaum, perbezaan nilai antara kaum dan akhir sekali cabaran globalisasi. Cabaran yang dapat kita lihat didalam budaya di Malaysia ialah cabaran dalam aspek sosial dimana perbezaan kepentingan antara kaum dimana masih lagi dipertikaikan. Ramai pihak yang menuntut kepentingan dibahagi sama rata untuk semua kaum di Malaysia contoh seperti penempatan kaum lain untuk belajar di UiTM seperti yang sedia maklum, pusat pengajian UiTM adalah satu-satunya pusat pengajian bertaraf antarabangsa untuk kaum Melayu. Selain itu, cabaran untuk manangani etnosentrisme juga amat kritikal oleh kerana berlakunya pengasingan penempatan antara kaum-kaum. Cabaran dalam aspek ekonomi dan politik berlaku apabila wujudnya jurang pendapatan didalam aspek ekonomi dan juga penyelewengan kuasa antara kaum dalam aspek politik.Cabaran yang kedua adalah cabaran perbezaan nilai antara kaum dimana kaum masing-masing hanya mementingkan kaum masing-masing dalam apa jua keadaan tanpa sebarang tolenrasi antara satu sama lain. Contoh yang dapat kita lihat dimana, didalam sesebuah syarikat ataupun dalam satu oranisasi, terdapat kroni-kroni antara pekerja seperti memberi peluang pekerjaan kepada sanak saudara yang tidak dapat mendatangkan sebarang faedah jika kemampuan tidak setanding dengan pekerjaan yang sepatutnya diberikan kepada orang yang lebih berkelayakan.Cabaran yang terakhir pula adalah cabaran globalisasi dimana cabaran ini memerlukan semua pihak untuk memainkan peranan masing-masing demi mengharungi cabaran yang melanda. Kepesatan teknologi bercorakkan kehidupan budaya barat mudah memasuki pemikiran masyarakat kita gekali gus dapat mengugat keharmonian yang telah dicapai oleh Malaysia. Sehubungan itu, keutuhan ukhwah masyarakat di Malaysia harus dipertingkatkan demi membolehkan budaya kita jalan seiring dengan budaya barat tanpa menjejaskan kredibiliti budaya ketimuran dan ditelan oleh budaya barat.

5.0 Kesan Dasar Kebudayaan kebangsaan dan Terhadap Pembangunan Insan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diwujudkan semasa pemerintahan Tun Abdul Razak yang disebabkan oleh krisis perkauman yang berlaku pada 13 Mei 1969. Rentetan dari peristiwa ini, ahli politik mula berfikir bahawa budaya memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perpaduan antara kaum. Antara tujuannya adalah untuk menyatu padukan semua kaum melalui budaya kaum yang berbeza-beza. Namun begitu, dasar ini akan membawa masalah pada masa hadapan kerana perkauman akan terus berlaku disebabkan kebudayaan. Memahami kebudayaan kaum lain penting untuk mewujudkan perpaduan diantara rakyat. Selain itu, ia akan menyebabkan mereka saling menghargai dan menghormati budaya kaum lain. Seni bukan sahaja hiburan malah ia boleh digunakan untuk menyampaikan mesej-mesej seperti perpaduan dan kerjasama. Secara amnya, prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan berdasarkan kebudayaan rakyat, Islam dijadikan unsur utama dan kebudayaan lain yang tidak bercanggah dengan kebudayaan rakyat dan Islam boleh digunapakai dan dimasukkan. Perbincangan yang dipersetujui bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan sudah tidak relevan pada masa sekarang kerana wujudnya masalah kaum kesan daripada dasar tersebut.

5.1 Kesan Terhadap Individu I. Memupuk sikap kepimpinan Melalui kepelbagaian aktiviti kebudayaan yang diwujudkan oleh kerajaan. Setiap individu yang melibatkan diri di dalam aktiviti kebudayaan dapat melatih serta mewujudkan sikap kepimpinan yang ada di dalam diri masing- masing. Individu ini akan dapat mempelajari asas kepimpinan melalui aktiviti kebudayaan yang dijalankan. Contonhya, dikir barat merupakan aktiviti berkumpulan yang memerlukan kerjasama yang bagus dari setiap ahlinya. Ini dapat melatih individu yang memimpin kumpulan manusia tersebut bagaimana ingin mendapatkan maklum balas yang positif daripada mereka.

II. Mewujudkan sikap lebih menghargai Dasar kebudayaan yang diwujudkan oleh kerajaan ini akan mewujudkan sikap lebih menghargai kebudayaan dalam diri setiap individu terhadap nilai kebudayaan yang diwarisi oleh masyarakat kita. Contohya, masyarakat melayu, cina, dan india khususnya merupakan kaum majoriti di Malaysia mempunyai warisan kebudayaan yang tinggi nilainya yang diwarisi turun-temurun sejak dari zaman dahulu kala yang memerlukan pemuliharaan dan pemeliharaan secara berterusan oleh generasi kini. Oleh hal demikian, gagasan 1Malaysia telah diwujudkan bagi mengeratkan lagi tali sillaturrahim antara kaum di Negara ini. Hal ini juga akan mewujudkan perasaan saling memahami antara satu sama lain seterusnya akan membawa kemakmuran kepada Negara.

III. Mewujudkan individu berkeyakinan tinggiKepelbagaian aktiviti kebudayaan yang dijalankan dapat mewujudkan tahap keyakinan yang tinggi dari dalam individu yang melibatkan sendiri daripada pasif kepada seorang yang aktif dalam berhadapan dengan orang ramai. Sebelum ini individu tersebut tidak berani bergaul atau berhadapan dengan orang ramai, tidak berani untuk menjalankan kerja sukarelawan untuk rakyat. Tetapi dengan adanya dasar kebudayaan kebangsaan ini individu tersebut dapat membina keyakinan yang lebih tinggi Contonhya, dalam aktiviti berpuisi, bersyair dan berpantun keyakinan yang tinggi dapat ditanamkan di dalam diri individu yang bertanding.

5.2 Kesan Kepada Masyarakat I. Mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat Suasana yang harmoni dapat diwujudkan melalui aktiviti kebudayaan yang dijalankan di dalam sesuatu komuniti dan penempatan masyarakat. Suasana harmoni dan gembira dapat diwujudkan apabila sesuatu aktiviti kebudayaan dijalankan. Ini kerana masyarakat di sesuatu tempat itu dapat berkumpul bersama melakukan aktiviti riadah dan juga beramah mesra bersama jiran tetangga yang tinggal di sekeliling mereka. Contohnya, program sejuta belia yang dijalankan oleh kerajaan yang dijalankan oleh kerajaan di Putrajaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni kerana pelbagai aktiviti kekeluargaan disediakan di situ yang mengambil kira citarasa kepelbagaian kaum, peringkat umur dan jantina.

II. Mengerat ikatan persaudaraan dan Ukhwah antara kaum Masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dapat bersama dalam menjalankan dan memeriahkan aktiviti kebudayaan ditempat mereka. Ini dapat menggalakan pergaulan yang sihat dan bergaul tanpa sebarang rasa sangsi diantara mereka. Lebih-lebih lagi dalam suasana yang tegang dengan pelbagai krisis kaum yang sedang berlaku sekarang . Keberkesanan dasar kebudayaan diperlukan untuk membantu dalam merapatkan jurang di antara kaum minoriti dan juga majoriti di Malaysia. Contohnya, Sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun di Malaysia menyediakan program yang melibatkan kepelbagaian kaum bagi menarik minat kaum- kaum lain bersama menyambut Hari Kemerdekaan bersama. Ini kerana, sambutan yang diadakan memenuhi citarasa yang dikehendaki oleh masyarakat Malaysia yang pelbagai.

III. Mewujudkan perasaan anti-perkauman Aktiviti yang dijalankan secara setempat dapat mengelakkan rasa sangsi di antara masyarakat yang mempunyai kepelbagaian kaum. Pentingnya dasar kebudayaan agar dapat memberikan ruang dan manfaat yang membawa kepada kebaikan di dalam sesuatu komuniti dan masyarakat tersebut. Ini kerana, setiap kaum dapat menjalankan aktiviti kebudayaan yang sederhana bagi melengkapi fitrah kehidupan mereka. Contohnya, masyarakat dan kaum yang lain perlulah, mempunyai persefahaman yang baik agar dapat menjalankan aktiviti kebudayaan yang tidak mempunyai unsur kebudayaan yang ekstrem agar dapat memperkenalkan budaya masyarakat mereka.Kesan Kepada Ekonomi IV. Menyumbang kepada sumber pendapatan NegaraDasar kebudayaan yang diwujudkan ini juga telah banyak menyumbang kepada sumber pendapatan negara secara amnya.Pelbagai pihak dan individu yang mempunyai kreativiti dan berbakatdapat meningkatkan persaingan yang baik menghasilkan sesuatu hasil karya hasil daripada dasar kebudayaan yang diwujudkan oleh kerajaan itu. Kuasa beli di dalam industri kreatif dan artistik juga dapat ditingkatkan sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.Contohnya, ini dapat dilihat melalui wyjudnya kawasan tertentu yang sinonim dengan kaum tertentu seperti Jalan Petaling merupakan kawasan kebudayaan kaum cina, Brikfields kawasan kebudayaan kaum india dan juga Jalan Tuanku Abdul Rahman kawasan kebudayaan kaum melayu.

V. Meningkatkan daya saing dalam industri kebudayaan.Dasar kebudayaan kaum yang diwujudkan juga dapat meningkatkan daya saing yang positif dikalangan masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia. Setiap kaum di Malaysia dapat menunjukkan seni kebudayaan yang menjadi kebanggan dan entiti setiap kaum kaum di Malaysia dengan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Ini sekali gus kita dapat menyerlahkan nilai kebudayaan dan juga, meningkatkan kebolehan pasaran dalam seni kebudayaan yang dimiliki sekali gus, dapat menjana ekonomi secara lebih bijak dan realistik.

VI. Meningkatkan khazanah kebudayaan yang dimiliki NegaraDengan galakkan yang diberikan oleh kerajaan kepada setiap kaum di Malaysia dapat mengekspresikan kebudayaan mereka dengan lebih tertib tanpa perlu menyelitkan unsur emosi yang keterlaluan bagi mengekalkan unsur keindahan seni kebudayaan itu sekali gus dapat menarik minat pelancong dan juga menjadi produk perlancongan yang dibanggakan oleh Malaysia kepada negara lain. Malaysia bertuah dengan kepelbagian budaya yang dimiliki oleh kaum majoroti dan minoriti yang mempunyai nilai kebudayaan yang unik dan ini dapat menonjolkan produk Malaysia lain dari seperti kebiasaanya.

5.3 Kesan Kepada Politik

I. Menyekat kebebasan berkarya.Antara tujuan dasar kebudayaan diwujudkan ialah bagi menghalang kebebasan berkarya dan juga amalan kebudayaan yang dapat menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan perselisihan antara agama dan kaum di Malaysia. Ini amat penting bagi mengekalkan keharmonian secara bijak tanpa menyekat kemahuan masyarakat secara maksima. Masyarakat di Malaysia perlulah bijak dalam mengawal sentimen dan hendaklah bertolak ansur dalam menjalankan kehidupan yang harmoni dan bersatu padu tanpa menyentuh sensitiviti kaum lain. Oleh hal demikian, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seseorang itu berkarya di Malaysia tetapi haruslah mengambil kira sensitiviti kaum lain.

II. Akta- akta tertentu diwujudkan. Berikutan daripada dasar kebudayaan yang dilakukan kerajaan telah mewujudkan beberapa akta yang dapat membantu pihak kerajaan dalam menjamin kelancaran dasar yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Antara akta yang diwujudkan ialah, Akta Akademi Seni Kebudayaan dan Warisan Kebudayaan Kebangsaan 2006(akta 653), Akta Warisan Kebangsaan 2005(akta 645), Akta Arkib Negara 2003(akta 629), Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986(akta 331), Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981(akta 224), Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia1979(akta 222), Akta Perpustakaan Negara 1972(akta 80) dan Akta Balai Seni Lukis Negara 1959(akta 516).

III. Menjadi medium penyampaian.Selain itu juga, kesan dasar kebudayaan juga telah mambatu pihak kerajaan dalam menjadi medium propaganda bagi menyampaikan ideologi mereka secara lebih efektif dan sistematik. Medium kebudayaan menjadi suatu yang mampu menyerap perhatian rakyat untuk mendengar hasrat yang ingin yang disampaikan oleh pihak kerajaan tanpa perlu dipaksa dan meggunakan cara yang kurang popular. Ini dapat menggalakkan komunikasi yang baik di antara pemimpin dan rakyat. Di samping itu, hal ini akan mewujudkan sikap prasangka yang baik antara rakyat dan kerajaan seterusnya kerajaan dapat melaksanakan pembangunan yang dirancang demi rakyat. Contohnya, Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan olehYAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip rukunnnegara.

KesimpulanMasyarakat Malaysia sudah mempunyai adat dan budaya yang tersendiri, tetapi kenapa kerajaan masih mahu mewujudkan suatu adat dan budaya baru bagi mencerminkan identiti dan keperibadian Malaysia yang seragam? Adakah dengan budaya dan adat kaum-kaum yang sedia ada di Malaysia tidak cukup untuk mencerminkan identiti negara? Bagi mewujudkan identiti yang seragam, ia mestilah seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk hidup bersama di Malaysia, dan kita tidak perlu menyatakan bahawa ia perlu dilakukan, penyeragaman identiti dan keperibadian kebangsaan ini perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup dalam ikatan ukhwah yang begitu kukuh, berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleransi antara satu sama lain. Penyeragaman identiti dan keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan aman daripada persengketaan serta kucar-kacir,maksudnya disini identiti dan keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan nasional berlangsung dengan lebih utuh lagi.Identiti dan kepribadian kebangsaan juga penting untuk menghindarkan masyarakat dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kehidupan bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting ke arah melahirkan satu negara bangsa Malaysia yang maju dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur negatif dalam kehidupan seharian sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang mengamalkan kebudayaan, adat resarn, agama dan bahasa masing-masing diharap akan dapat bersatu melalui usaha bersama yang murni ini.Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Budaya yang seragam bagi rakyat Malaysia juga penting bagi memastikan perancangan dan tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam akal fikiran, hati budi serta perilaku masyarakat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat dapat direalisasikan. Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang merupakan perkara penting dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses pembangunan identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan berbudi bahasa. Maka identiti dan keperibadian kebangsaan ini diharap akan meneguhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat. Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan identiti dan keperibadian kebangsaan. Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif hasrat ini telah menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan. Perlu diingat bahawa didalam pembentukan dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya akan mengambil masa yang lama dan mungkin melangkaui satu generasi ke satu generasi yang lain.Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan semenjak ia mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh didapati didalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah

http://budakv.blogspot.com/2014/04/dasar-kebudayaan-kebangsaan-penulisan.html

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MASIH SAMAR DAN CACA-MERBA? Sekadar menginatkan kita tentang percubaan besar kerajaan untuk melakar dasar kebudayaan bangsa Malysia. Lapan tahun dahulu saya menulis tentang isu ini dan apakah dasar yang kita impikan itu sudah mula nampak nyata. Barangkali menteri yang bertanggungjawab hari ini ada jawapannya. Di bawah ini saya lampirkan sepenuhnya persoalan itu untuk tatapan kita semua - Bloger. Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Bagaimana Pelaksanaanya? Oleh A.F.Yassin Mantan Ketua Satu GAPENA, Tan Sri ISmail Hussein banyak kali bercakap tentang perlunya dasar kebudayaan kebangsaan diseragamkan, namun bagaimana hasilnya setakat ini? Sejumlah 85 pertubuhan, termasuk 22 anggota kerabat Gapena, diwakili dalam Kongres Kebudayaan Rumpun Melayu yang diadakan selama tiga hari di Johor Bahru, mulai 10 September 2004 lalu. Kongres dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena). Yang hadir 350 orang, jumlah yang dicatatkan dalam resolusi kongres di akhir persidangan. Hampir 99% wakil terdiri daripada orang Melayu dan kaum Bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Ada pula perwakilan dari Riau, Thailand dan Singapura. Brunei tidak menghantar wakil. Riau menghantar paling banyak anggota dan difahamkan terdiri daripada golongan budayawan elit pilihan. Riau turut membawa kumpulan Orkestra Bandar Beserai seramai 28 orang anggota yang menyerikan malam perasmian dengan menghidangkan simfoni harmonis lagu-lagu tradisi Melayu, termasuk lagu Tanjung Puteri dan Pak Ngah Balik. Rombongan dipimpin Gabenor Riau, HM Rusli Zainal ME yang pada saat-saat akhir terpaksa mewakilkan pimpinan kepada Setiausaha Kerajaannya (sekwilda). Melihat pada namanya, Kongres ini berbincang tentang kebudayaan rumpun Melayu di Alam Melayu. Tetapi sepanjang tiga hari perbincangan malah lebih terpusat kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan Negara Malaysia. Bak kata seorang peserta Riau, Saya sedikit terasing kerana persoalan lebih bersifat lokal. Bagaimanapun jua, saya senang kerana paling-paling saya sempat menyelami resah-gelisah saudara-saudara kita di sini. Pada satu ketika seorang dua peserta Riau sempat memberikan pandangannya bagaimana sebaiknya persoalan kebudayaan kebangsaan di Malaysia bisa ditangani. Misalnya, Tenas Effendy, budayawan yang dianggap Riau sebagai ensaiklopedia hidup secara tersirat mahu nilai-nilai luhur yang terdapat dalam tamaddun Melayu disebar-luaskan, terutama di kalangan belia atau generasi muda. Katanya, Ini caranya mengekalkan jati diri Melayu dan Kemelayuan di merata negara, Penyebarluasan ini amat mendesak dan tidak dilengah-lengahkan kerana tidak mustahil dalam era yang serba terdedah ini arus intervensi budaya luar yang buruk akan terus merasuki Dunia Melayu Dunia Islam. Al-Azhar, cendekiawan Melayu Riau, juga seorang pensyarah salah sebuah universiti terbuka di Pekan Baru, mahu orang Melayu yang jati dirinya kini telah banyak terhakis dsuntik dengan virus kemelayuan, terutama mereka dari kalangan saintis dan teknokrat. Seperti katanya golongan ini, akibat bidang profesionnya sudah hampir menglobal cara berfikirnya dan bagi mereka nilai Melayu tidak lagi penting. Azhar menyalahkan politik sehingga mengakibatkan runtuhnya ketuanan Melayu dan budayanya. Katanya, Dan kami di Riau pun sedang berdepan dengan cabaran untuk mengembalikan semula nilai dan ketuanan itu melalui apa yang kami sebut Destinasi Riau 2020. Jika di Malaysia ada Wawasan 2020, kita juga ada Visi 2020 seperti yang terungkap dalam Destinasi Riau itu. Cuma bezanya Wawasan 2020 di Malaysia menjurus kepada menjadikan Malaysia negara maju manakala Visi 2020 Riau bermatlamatkan penemuan semula nilai dan jati diri kemelayuan warganya. Sememangnya Riau itu daerah kesinambungan kesultanan Melayu yang asalnya berpusat di Melaka. Kata Azhar lagi, Sebenarnya Riau merupakan kawasan terdepan Alam Melayu yang meliputi Sumatera Barat, Jambi dan Sumatera Selatan di wilayah kami. Maksud kata Azhar, Riau bertanggung jawab menemukan semula tamadun Melayu itu melaui apa yang disebutnya cultural recovery. Makna tersirat daripada hujah Azhar ialah Malaysia dan bahagian alam Melayu di sebelah timur dan utara perlu pula memainkan peranannya menemukan semula tamadun itu.Lebih-lebih lagi Malaysia yang dianggap seorang wakil dari Satun, Thailand selatan, sebagai negara induk orang Melayu seluruh dunia. Wakil Satun itu bagaimanapun berkata, Sebagai induk bangsa Melayu saya kecewa bila Malaysia masih juga menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris secara meluas. Demikianlah, dalam kongres tiga hari itu, status bahasa Melayu di negara ini dijadikan sasaran utama perbincangan. Malah menurut pemerhati budaya masalah bahasa kebangsaan menjadi salah satu sebab utama kongres kebudyaan rumpun Melayu diadakan. Hal ini disokong oleh Resolusi sembilan perkara yang dikeluarkan pada akhir sidang. Misalnya, Perkara 4, Rumusan, jelas menyebut dasar-dasar kebangsaan mengenai kenegaraan, bahasa, kebudayaan, pendidikan dan ekonomi sebagai dasar-dasar utama yang mesti dipertegas pelaksanaannya dan tidak boleh dirombak sewenang-wenangnya. Perkara 5 lebih merinci, iaitu mahukan bahasa Melayu diperkasa sebagai media pengajaran ilmu di semua peringkat pendidikan dan pengajian, dan juga dalam pentadbiran, pengurusan serta komunikasi. Resolusi sembilan perkara yang dipersetujui sebulat suara oleh Kongres meliputi semua aspek nilai dan ketuanan Melayu yang sebenarnya sudah termeterai dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ramai kalangan peserta berpendapat andainya dasar kebudayaan itu dilaksanakan sepenuhnya sejak ia digubal pada tahun 1971, kongres rumpun Melayu ini tidak perlu diadakan. Datuk Hassan Ahmad, Pengarah Eksekutif Yayasan Karyawan, juga mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka sampai bertanya, Setakat manakah seluruh system negara dalam semua bidang, baik pendidikan, baik dasar komunikasi negara, baik acuan pembangunan ekonomi dan social negara bersepadu untuk memajukan negara ini berdasarkan nilai-nilai kebudayaan kebangsaan itu? Suasana dewan sentiasa panas dan tegang sepanjang perbincangan setiap sesi. Ia bertambah panas ketika Hassan berkata, Mereka (pemimpin besar Melayu) menuduh orang Melayu yang cuba memperjuang kedudukan Bahasa Melayu sebagai fanatik dan cauvinis bahasa, padahala bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Ini dasar negara, dasar kerajaan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68. Menurut Hassan, beberapa hari yang lepas Saya mendengar cerita, dalam satu perjumpaan elit Melayu yang diminta oleh Perdana Menteri untuk memikirkan masalah negara dan mengemukakan cadangan kepadanya, satu kumpulan Melayu dari golongan korporat (ada daripada mereka yang pernah menjadi pegawai tinggi kerajaan menjaga hal ehwal pendidikan negara) mencadangkan supaya bahasa Melayu digantikan sahaja dengan bahasa Inggeris, segala iklan dalam bahasa Melayu di TV dan di tempat-tempat awam, dihapuskan dan digantikan sahaja dengan iklan dalam bahasa Inggeris, dan pejuang bahasa Melayu jangan dipedulikan. Mereka ini saya anggap fanatik bahasa Inggeris, kalau tidak pun bangsa Melayu sesat, atau mangsa penjajahan bahasa Inggeris. Maka terlihat seperti ada dua golongan yang wujud hari ini, iaitu golongan yang fanatik bahasa Inggeris yang terdiri dari kalangan elit Melayu dan golongan yang fanatik bahasa Melayu yang terdiri dari kalangan pejuang bahasa Melayu. Yang membimbangkan ialah kedua-dua golongan yang fanatik ini terdiri daripada orang Melayu sendiri. Seperti komen seorang peserta dari Singapura, Nampaknya kamu orang Melayu di Malaysia tidak boleh bersatu dalam soal bahasa. Apa sudah jadi? Peserta itu memberi komennya setelah mendengar ucapan alu-aluan Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein di majlis perasmian Kongres di auditorium RTM Jumaat malam. Dalam ucapannya, antara lain Ismail mengakui bahawa tugas utama negara dan kaum politik adalah untuk menjaga kesejahteraan, ekonomi dan teknologi warganya kerana itu adalah asas segala-galanya. Namun katanya, kita tentu susah memahami apabila ada sebahagian kaum politik yang seolah-olah menganggap bahasawan dan budayawannya sebagai tokoh-tokoh yang menghalang pembangunan dan kemodenan, apalagi untuk menghinanya di depan mata umum.Penghinaan terhadap penjaga-penjaga warisan ini, tentulah merupakan satu macam pengkhianatan terhadap sejarah dan tamaddun. Demikain keyakinan kami dalam Gapena. Suasana hangat dan resah-gelisah hampir setiap 350 anggota perwakilan seperti memberi pentunjuk bahawa bukan Gapena dan kerabat-kerabatnya sahaja yang prihatin terhadap dasar kebudayaan kebangsaan yang telah diperlekeh. Kongres tiga hari itu membariskan tokoh-tokoh ternama dalam bidang pendidikan dan kebudayaan dari dalam dan luar negeri sebagai pembentang kertas kerja. Antaranya Prof. Dato Abu Bakar Hamid, Dr. Alias Mohammad, Dato Seri Abdul Rahman Maidin, Dr. Khairul Azmi Mohammad, Prof. Dato Dr Zainal Keling, Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Prof. Dr Abdullah Hassan, Dato Dr. Hassan Ahmad dan Prof. Dato Dr Shamsul Amri Baharuddin. Dari Riau didatangkan Tengku Nasaruddin Effendy (Pak Tenas Effendy) dan Prof. Dr al-Azhar. Dari Singapura ada pula Djamal Tukimin dan Abd. Rahman Daud. Singapura turut membentangkan kertas kerja melalui wakilnya Prof. Madya Shaharuddin Maaruf dari National University of Singapura. Turut kelihatan ahli politik veteran Dato Mohd Yusof Latiff dari Pulau Pinang, Dato Haji Jumaat Mohd Noor dan Dato Omar Hashim dari Persatuan Sejarah Malaysia, Dato Yazid Othman dari Persatuan Wartawan Melayu Malaysia dan Ahmad Azam Abdul Rahman, presdien Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Dato Seri Abdul Rahman Maidin, selaku pengerusi sesi terakhir Kongres mengingatkan Kongres tentang ekuiti Melayu sejak Dasar Ekonomi Baru diwujudkan pada tahun 1970. Menurutnya, ekuiti pegangan Melayu di Malaysia