22
PENGENALAN Dasar kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan satu dasar kebangsaan yang dirangka pada tahun 1971 dengan persetujuan semua pemimpin yang mewakili kaum utama di Malaysia. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaaan bertujuan untuk mengikat rakyat Malaysia kepada satu dasar yang sama. Berdasarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia dan berperanan dominan dalam proses pembangunan negara di Malaysia yang di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Perkara ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, perancangan yang teliti dan rapi diperlukan dalam proses pembentukan kebudayaan nasional agar dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Sifat-sifat yang baik, milia dan utama perlu ditentukan dalam perancangan kebudayaan ini bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Apabila Malaysia terlepas daripada cengkaman penjajah Inggeris, kita tetap mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar ‘divide and rule’. Masyarakat kita telah terbahagi kepada beberapa golongan dengan kebudayaan bercorak sukuan pada masa itu. Masyarakat kita ketika itu tidak mempunyai dasar kebudayaan yang menjadi kepunyaan bersama. Hal ini telah menyebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia manakala warganegara yang berasal dari golongan imigran masih taat setia kepada negara asalnya. Justeru, hal ini telah

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

d

Citation preview

Page 1: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

PENGENALAN

Dasar kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan satu dasar kebangsaan yang

dirangka pada tahun 1971 dengan persetujuan semua pemimpin yang mewakili kaum

utama di Malaysia. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaaan

bertujuan untuk mengikat rakyat Malaysia kepada satu dasar yang sama. Berdasarkan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan, kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup

manusia dan berperanan dominan dalam proses pembangunan negara di Malaysia

yang di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan

ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Perkara ini sudah

tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat

dalam satu proses yang berterusan.

Bagi Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, perancangan yang

teliti dan rapi diperlukan dalam proses pembentukan kebudayaan nasional agar dapat

melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Sifat-sifat yang baik, milia dan utama

perlu ditentukan dalam perancangan kebudayaan ini bagi pembinaan bangsa dan

ketahanan negara.

Apabila Malaysia terlepas daripada cengkaman penjajah Inggeris, kita tetap

mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar ‘divide and rule’.

Masyarakat kita telah terbahagi kepada beberapa golongan dengan kebudayaan

bercorak sukuan pada masa itu. Masyarakat kita ketika itu tidak mempunyai dasar

kebudayaan yang menjadi kepunyaan bersama. Hal ini telah menyebabkan rakyat

Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia manakala warganegara yang berasal dari

golongan imigran masih taat setia kepada negara asalnya. Justeru, hal ini telah

mewujudkan benteng budaya antara golongan imigran dengan penduduk peribumi

Malaysia.

Page 2: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

OBJEKTIF PENGUBALAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar Kebudayaan Kebangsaan dilaksanakan untuk mencapai tiga objektif

dominan. Yang pertama sekali adalah untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan

negara melalui kebudayaan. Perpaduan bangsa dapat disemat melalui kebudayaan.

Pengukuhan perpaduan ini dapat dilakukan dengan memperkenalkan budaya setiap

komuniti yang berada di Malaysia sama ada bangsa Melayu, Cina, India mahupun

komuniti minoriti kepada seluruh rakyat Malaysia melalui medium media massa dan

media cetak. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah terlibat

dalam usaha memperkenalkan budaya ini dan telah dibantu oleh agensi-agensi kerajaan

yang lain. Hal ini dapat memupuk rasa hormat dan menerima budaya dan agama kaum

lain dan juga kaum lain dapat memberi ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya

dan agama masing-masing tanpa cuba mempengaruhi atau mengganggu antara satu

sama lain.

Di samping itu, pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat memupuk

dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan

Kebangsaan. Identiti yang tercipta dan terbentuk di Malaysia yang mempunyai pelbagai

bangsa, kaum dan agama tidak akan pupus ditelan zaman malah akan terus kekal dan

bersinambungan sehingga hari ini. Secara tuntasnya, keperibadian kebangsaan yang

tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipupuk dan dipelihara dengan

baik. Usaha memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan melibatkan intergrasi

antara kaum dan juga intergrasi yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Intergrasi secara

tidak langsungnya dapat memelihara keperibadian kebangsaan yang sudah terbentuk.

Pihak kerajaan dan badan NGO telah melibatkan dalam usaha memelihara keperibadian

kebangsaan.

Akademi seni budaya yang mengekalkan kebudayaan di negara kita telah

ditubuhkan seperti Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan yang dikenali

sebagai ASWARA. ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang

persembahan yang diterajui sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian

Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia yang kini dikenali sebagai

Kementerian Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. ASWARA

menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik serta khidmat

nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan

menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya di

Page 3: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

samping memantapkan kesinambungan warisan seni kebudayaan negara. ASWARA

bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi

cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di

peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan

pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Manakala di peringkat institusi pengajian tinggi, fakulti-fakulti yang menjurus ke arah

kesenian dan kebudayaan seperti Universit Teknologi Mara, Universiti Malaya, Universiti

Perguruan Sultan Idris dan Universiti Sains Malaysia diwujudkan bagi memupuk dan

memelihara keperibadian kebangsaan melalui kebudayaan.

Sudah terang lagi bersuluh, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dilaksanakan untuk

memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian

yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Hal ini adalah menjadikan

kebudayaan sebagai sumber pendapatan kepada lapisan masyarakat di negara ini.

Kebudayaan di negara kita bukan sahaja melambangkan identiti Malaysia tetapi juga

mampu dikomersilkan. Apa yang dimaksudkan dengan dikomersilkan? Apabila

dikatakan dikomersilkan, hal itu tidak membawa maksud kita menjual budaya atau

bangsa kita tetapi mengetengahkan budaya rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai

bangsa dan kaum melalui medium yang tertentu seperti medium pelancongan.

Kebudayaan di negara kita telah menjadi satu tarikan kepada pelancong asing yang

ingin melihat negara mempunyai berbilang kaum, bangsa, adama dalam satu komuniti

tetapi mampu hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman damai. Pelancong yang

berkunjung ke negara kita dapat mempelajari budaya negara kita dan menyebabkan

budaya kita dipandang mulia di podium antarabangsa.

Page 4: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

STRATEGI MENCAPAI OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Seribu satu macam strategi telah diaturkan bagi mencapai objektif Dasar

Kebudayaan Kebangsaan. Yang pertama sekali adalah pemulihan, pemeliharaan dan

pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan

melalui usaha penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan

perhubungan budaya. Akta-akta telah dirangkakan dalam usaha pemeliharaan dan

pembangunan kebudayaan seperti Akta Akademi Seni Budaya Dan Warisan

Kebangsaan 2006 yang memberi peruntukan bagi penubuhan, pengurusan ASWARA

sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang seni, budaya dan warisan di

Malaysia , Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang bertujuan untuk memberi perlindungan

kepada semua aspek warisan secara menyeluruh dan bersepadu yang sebelum ini tidak

ada dalam mana-mana perundangan persekutuan dan negeri.

Strategi kedua adalah meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui

usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak

kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Kementerian

Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan Malaysia, Jabatan Warisan Negara,

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan pelbagai agensi kerajaan terlibat dalam

usaha melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyentuh kebudayaan. Contohnya, Rakan

Seni Budaya mengadakan aktiviti dan latihan serta pengenalan kebudayaan kepada

masyarakat terutamanya kepada para belia seperti seni tari, bermain muzik tradisional

dan mendekati program intergrasi nasional. Pembangunan kebudayaan ini juga

dirangka dalam Rancangan Malaysia ke-8 bagi memastikan kebudayaan di negara ini

terus bersinambungan.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8, pelbagai program kebudayaan,

kesenian dan warisan dilaksanakan bagi meningkatkan minat orang rami terhadap seni

dan budaya serta pemuliharaan warisan negara. Kementerian Kebudayaan, Kesenian

dan Warisan ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menyatukan dasar dan program bagi

meggiatkan lagi budaya, seni dan warisan negara serta menggubal strategi baru bagi

meningkatkan akses rakyat kepada seni. Empat taman budaya yang baru telah

ditubuhkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Taman budaya merupakan tempat untuk memperkenalkan aktiviti kesenian dan

kebudayaan serta menganjurkan program latihan dan bina upaya untuk memupuk bakat

dalam seni persembahan. Dalam usaha memupuk penghayatan dan cintakan budaya

Page 5: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

dalam kalangan generasi muda, pelbagai program dan aktiviti kebudayaan seperti kelab

kebudayaan dianjurkan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bantuan dalam

bentuk latihan, khidmat nasihat dan kostum serta peralatan juga disediakan. Pelajar

yang terlibat dalam aktiviti ini akan diberi peluang untuk membuat persembahan dalam

majlis rasmi di peringkat negeri dan daerah agar dapat menyebarkan kesedaran dan

penghayatan budaya. Bagi menyokong industri pelancongan dan meningkatkan

penghayatan terhadap seni dan budaya, kerajaan dan sektor swasta telah

membangunkan infrastruktur hiburan bertaraf dunia bagi pementasan pertunjukkan

bertaraf antarabangsa. Misalnya, Istana Budaya yang dilengkapi dengan peralatan

moden merupakan tempat penting untuk pementasan seni persembahan dan pelbagai

pertunjukan kebudayaan. Sektor swasta juga membina Pusat Seni Persembahan Kuala

Lumpur pada tahun 2005 sebagai sumbangan.

Manakala dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9, usaha mempertingkatkan

peranan budaya dan seni dalam kehidupan rakyat Malaysia serta menggalakkan industri

berkaitan budaya dan seni telah diberi keutamaan. Hal ini adalah kerana penglibatan

aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian akan menyumbang ke

arah membangunkan individu, mempereratkan perpaduan negara serta meningkatkan

kualiti hidup rakyat. Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk

mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebagai

sebahagian daripada kehidupan seharian telah dilaksanakan. Aktiviti yang merangkumi

persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti yang

berkaitan dengan seni dan kraf telah dilaksanakan dan melibatkan masyarakat di

kawasan bandar dan di luar bandar. Di samping itu, pelbagai program jangkauan seperti

Laman Seni Kuala Lumpur dan program interaktif yang melibatkan penyertaan belia,

masyarakat dan sektor swasta akan dipergiatkan dan diperluaskan ke semua negeri

bagi meningkatkan penghayatan seni dan budaya.

Strategi yang ketiga adalah mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah

kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Strategi ini dapat

dilaksanakan melalui media massa dan media cetak mengenai kesedaran kebangsaan,

kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Contohnya apabila media massa membuat

kempen mengenai kebudayaan dan menunjukkan keharmonian negara yang

mempunyai pelbagai budaya, bangsa dan agama dapat hidup bersama dan penuh

dengan harmoni serta menyemai semangat menghoramati budaya bangsa lain.

Page 6: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Untuk melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, salah satu strategi

adalah memenuhi keperluan sosiobudaya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

terdapat perbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya dalam Malaysia yang terdiri

daripada kelompok masyarakat yang berbilang kaum. Setiap etnik membawa

sosiobudaya yang berbeza yang diwarisi daripada nenek moyang dari zaman-berzaman

dahulu. Dari aspek agama, rakyat Malaysia menganuti berbagai-bagai agama

khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao, Kristian dan sebagainya. Di bawah

Perlembagaan Persekutuan, Islam ialah agama rasmi di Malaysia sementara agama-

agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas. Dari aspek bahasa pula, Bahasa

Malaysia digunakan sebagai bahasa rasmi di negara kita manakala bahasa ibunda

kaum masing-masing masih bebas digunakan. Bahasa Inggeris merupakan bahasa

kedua dan digunakan dengan meluas dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

Kerajaan juga telah menggalakkan pekerja hotel dan ahli-ahli perniagaan yang berkaitan

dengan sektor pelancongan dan perhotelan supaya mempelajari bahasa-bahasa

antarabangsa.

Isi yang terakhir adalah meninggikan taraf dan mutu kesenian. Kementerian

Kebudayaan Kesenian dan Warisan, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan

Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swata

serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan memainkan peranan yang dominan dalam

pelaksanaan dasar ini. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan memainkan

peranan penting dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar dengan mengurus

penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan

kesenian, dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha itu

dicapai melalui aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara

sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis

Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan

kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa. Seterusnya, peranan

pihak swasta dan pertubuhan kebudayaan diperlukan kerana badan-badan ini boleh

memainkan peranan untuk menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan

pada peringkat organisasi masing-masing, dan seterusnya membiayai penajaan

program atau projek-projek kebudayaan.

Page 7: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Kerajaan Malaysia telah menerima dan menetapkan bahawa Dasar Kebudayaan

Kebangsaan hendaklan berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu berteraskan kebudayaan

rakyat asal rantau ini, unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima

menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan juga Islam menjadi unsur yang penting

dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Kebudayaan Kebangsaan Malaysia

hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Takrif rantau ini dimaksudkan

pada Alam Melayu atau Dunia Melayu yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,

Brunei, Singapura, Filipina, Thailand dan sebahagian Indo-China serta Kepulauan

Pasifik Selatan (Polinesia, Melanesia dan Oceania). Rantau ini merupakan sebahagian

daripada kawasan tamadun atau budaya Melayu atau kebudayaan Melayu yang lebih

luas yang meliputi Sri Lanka, Malagasi, dan Formosa Selatan. Rantau ini merupakan

pusat pemancaran, pengembangan dan warisan kebudayaan Melayu. Tamadunnya

dikenali sebagai tamadun Melayu-Polinesia.

Semenjak abad ke-15, ketika zaman kegemilangan dan keagungan tamadun

Melayu berpusat di Melaka, bahasa Melayu terbukti menjadi bahasa perhubungan

antarabangsa bagi tujuan perdagangan, ilmu pengetahuan, pemerintahan, diplomasi

dan undang-undang laut. Malahan sebelum itu pun, yakni semenjak awal zaman Masihi

dan zaman kerajaan Melayu Srivijaya, Majapahit, dan kerajaan kecil wilayah Melayu,

bahasa dan kebudayaan Melayu telah lama berkembang. Hal ini terbukti dalam kajian

dunia dan diakui dalam dunia kesarjanaan.

Sebagai satu system kebudayaan yang sofistikated dan meliputi segala aspek

kehidupan, kebudayaan Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identity

dan asas ukuran keperibadian lebih 200 juta orang umat manusia yang menuturkan

bahasa yang sama, bahasa Kepulauan Melayu atau Melayu-Austronesia.

Penduduk asal dan rakyat asal rantau ini terdiri daripada satu rumpun yang

sama , iaitu rumpun Melayu-Polinesia/ Austronesia. Perkembangan kebudayaan dan

masyrakatnya adalah berasaskan pertumbuhan serta pertalian perhubungan yang

terjalin daripada perkembangan serantau. Dengan demikian, konsep penubuhan

kesatuan negara atas nama Pertubuhan Negara Asia Tenggara atau ASEAN adalah

berasaskan pertimbangan dan pertumbuhan kebudayaan dan kehendak baharu dalam

Page 8: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

bidang kerjasama ekonomi, sosial dan politik. Kesemuanya adalah berasaskan fakta

perhubungan dan sejarah yang terjalin daripada perkembangan kebudayaan dan

tamadun di rantau ini pada zaman dahulu dan kini.

Jika kita meninjau secara mendalami, unsur kebudayaan lain yang sesuai dan

wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan. Prinsip ini berasakan sifat

kebudayaan yang dinamik. Dinamik itu membawa maksud sentiasa berubah melalui

proses penyerapan dan penyesuaian. Prinsip ini memang bertepatan dengan situasi

latar belakang Malaysia yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan mewarisi

pelbagai warisan kebudayaan dan masalah politik rakyat di Malaysia. Dengan itu, unsur

budaya Cina, India, Arab dan lain-lain yang sesuai dan wajar sentiasa diberi

pertimbangan dan pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Konsep ‘sesuai’ membawa maksud pertinent. Unsur-unsur asing yang hendak

diterima mestilah mempunyai syarat-syarat sesuai dengan norma hidup yang sedia

wujud, khususnya yang melambangkan keperibadian Malaysia. Mana-mana unsur asing

yang sesuai dengan ciri kebudayaan rakyat asal rantau ini tidak bercanggah dengan

agama Islam dan kepentingan nasional dapat memperkaya serta meningkatkan

kebudayaan kebangsaan.

Ciri yang melambangkan sifat kebangsaan diberi keutamaan dalam konsep

kebudayaan kebangsaan. Sifat kebudayaan boleh kekal diamalkan oleh satu-satu kaum

mengikut lunas Perlembagaan dan Rukun Negara, tamsilnya istiadat perkahwinan, jenis

makanan, adat, agama dan kepercayaan masing-masing yang berada di tahap masing-

masing dan tidak melangkaui garis sempadan kaum untuk menjadi lambang

kebangsaan. Unsur ini akan dihormati masyarakat lain sebagai usaha dan cita-cita

pemupukan perpaduan antara kaum.

Di samping itu, agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur

penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak

dan berperibadi mulia. Agam Islam memberi panduan kepada manusia dalam

mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan

fizikal. Justeru, agama Islam perlu menjadi unsur yang penting dalam pembentukan

Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara

serta wujudnya fakta sejarah dan nilai-nalai Islam yang telah sedia didukung oleh

sebahagian besar rakyat rantau ini. Islam tidak boleh disamakan dengan agama-agama

Page 9: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

lain kerana ia merupakan agama yang sebenar. Jadi dalam usaha menerapkan identity

kebangsaan, Islam tidak boleh diketepikan atau dipandang remeh. Islam bukan sahaja

ialah agama rasmi, tetapi merupakan tunjang kepada masyarakat peribumi dan majority

di Malaysia. Walaupun identity dan peribadi kebangsaan adalah berteraskan Islam,

namun agama-agama lain bebas diamalkan dengan syarat amalan agama-agama lain

tidak menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama utama di Malaysia.

Page 10: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

KESAN PELAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diwujudkan semasa Tunku Abdul Razak

memerintah kerana berlakunya krisis perkauman pada 13 Mei 1969. Selepas peristiwa

tersebut, ahli politik mula berfikir bahawa budaya memainkan peranan dominan dalam

mewujudkan perpaduan antara kaum. Antara tujuannya adalah menyatupadukan semua

kaum melalui budaya kaum yang berbeza-beza. Memahami kebudayaan kaum lain juga

akan menyebabkan rakyat berbilang kaum saling menghargai dan menghormati budaya

kaum lain. Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga mendatangkan seribu

satu macam kesan.

Melalui pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, seseorang individu dapat

memupuk sifat kepimpinan. Kerajaan akan mengadakan kepelbagaian aktiviti

kebudayaan dan setiap individu yang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dapat

melatih serta mewujudkan sifat kepimpinan kerana mereka akan mempelajari asas

kepimpinan melalui aktiviti kebudayaan yang dijalankan. Misalnya, dikir barat ialah satu

aktiviti berkumpulan yang memerlukan semangat kerjasama yang bagus daripada setiap

ahli. Hal ini dapat melatih seseorang individu untuk memimpin kumpulan manusia

tersebut dan tahu bagaimana untuk mendapatkan maklum balas yang positif daripada

mereka.

Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan sikap

menghargai kebudayaan yang diwarisi dalam setiap individu. Masyarakat Melayu, Cina

dan India merupakan kaum majoriti di Malaysia dan mempunyai warisan kebudayaan

yang tinggi nilainya. Kebudayan tersebut diwarisi turun-menurun sejak dari zaman

dahulu dan memerlukan pemuliharaan dan pemeliharaan secara berterusan oleh

generasi kini. Gagasan 1 Malaysia telah diwujudkan bagi mengeratkan tali sillaturrahim

antara kaum di negara kita dan hal ini akan mewujudkan perasaan saling memahami

antara satu sama lain seterusnya akan membawa kemakmuran kepada negara.

Tahap keyakinan yang tinggi dapat diwujudkan melalui kepelbagaian aktiviti

kebudayaan yang dijalankan. Seseorang yang pasif akan berubah kepada aktif dan

akan mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan orang ramai jika seseorang itu

banyak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Individu yang tidak berani bergaul atau

berhadapan dengan orang ramai, tidak berani untuk menjalankan kerja sukarelawan

untuk rakyat akan mendapat kebaikan kerana Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang

Page 11: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

dilaksanakan akan membantu individu tersebut untuk membina keyakinan yang lebih

tinggi. Misalnya, keyakinan yang tinggi akan ditanamkan dalam diri individu tersebut

yang melibatkan diri dalam aktiviti berpuisi, bersyair dan berpantun.

Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga mendatangkan kesan

kepada masyarakat. Suasana yang harmoni dapat diwujudkan dalam kalangan

masyarakat melalui aktiviti kebudayaan yang dijalankan dalam sesuatu komuniti dan

kawasan penempatan masyarakat. Hal ini disebabkan masyarakat di sesuatu tempat

dapat berkumpul bersama-sama melakukan aktiviti riadah dan juga beramah mesra

dengan jiran tetangga yang tinggal di sekeliling mereka. Contohnya, program sejuta

belia yang dijalankan oleh kerajaan Putrajaya dapat mewujudkan suasana harmoni

kerana seribu satu macam aktiviti kekeluargaan yang dijalankan telah mengambil kira

cita rasa kepelbagaian kaum, peringkat umur dan juga jantina.

Ikatan persaudaraan dan Ukhwah antara kaum dapat dieratkan apabila

masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dapat bersama-sama menjalankan

dan memeriahkan aktiviti kebudayaan di tempat mereka. Hal ini dapat menggalakkan

pergaulan yang sihat dan semua rakyat berpeluang bergaul tanpa sebarang perasaan

sangsi antara satu sama lain. Dasar Kebudayaan Kebangsaan memang berkesan

dalam usaha merapatkan jurang antara kaum minoriti dan majoriti di Malaysia. Misalnya,

sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan pada setiap tahun akan menyediakan

program yang melibatkan semua kaum dan memenuhi cita rasa yang dikehendaki oleh

masyarakat Malaysia yang berbagai-bagai.

Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga merupakan medium

penyampaian bagi kerajaan negara kita. Hal ini telah menjadi medium propaganda bagi

menyampaikan ideologi kerajaan secara lebih efektif dan sistematik. Medium

kebudayaan telah menjadi sesuatu yang mampu menarik perhatian rakyat untuk

mendengar hasrat yang ingin disampaikan oleh pihak kerajaan tanpa paksaan. Hal ini

dapat menggalakan komunikasi yang baik antara pemimpin dan rakyat . Contohnya,

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

iaitu perdana menteri negara kita adalah satu langkah yang bertepatan dengan suasana

dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan dan prinsip-prinsip rukun negara.

Page 12: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat mewujudkan perasaan anti-

perkauman. Aktiviti yang dijalankan secara setempat dapat megelakkan perasaan sngsi

antara masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum. Dasar kebudayaan dapat

memberikan ruang dan manfaat yang membawa kebaikan kepada sesuatu komuniti dan

masyarakat. Hal ini adalah kerana setiap kaum dapat menjalankan aktiviti kebudayaan

yang sederhana bagi melengkapi fitrah kehidupan mereka. Contohnya, masyarakat dan

kaum yang lain perlulah mempunyai persefahaman yang baik agar dapat menjalankan

aktiviti kebudayaan yang tidak mempunyai unsur kebudayaan yang ekstrem.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diwujudkan juga telah banyak

menyumbang kepada sumber pendapatan negara secara amnya. Pelbagai pihak dan

individu yang mempunyai kreativiti dan berbakat dapat meningkatkan persaingan yang

baik untuk menghasilkan sesuatu hasil karya bagi Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang

dilaksanakan oleh kerajaan. Kuasa beli dalam bidang industry-industri kreatif dan artistik

dapat ditingkatkan serta menyumbang kepada ekonomi negara. Contohnya,wujudnya

kawasan tertentu yang sinonim dengan kaum tertentu seperti Jalan Petaling yang

merupakan kawasan kebudayaan kaum Cina, Brickfields ialah kawasan kebudayaan

kaum India manakala Jalan Tuanku Abdul Rahman ialah kawasan kebudayaan kaum

Melayu.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diwujudkan juga dapat meningkatkan

daya saing yang positif dalam kalangan masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia.

Setiap kaum di Malaysia dapat menunjukkan seni kebudayaan yang menjadi

kebanggaan dan entity setiap kaum di Malaysia dengan mempunyai nilai komersial yang

tinggi. Hal ini dapat menyerlahkan nilai kebudayaan, meningkatkan kebolehan pasaran

dalam seni kebudayaan yang dimiliki serta menjana ekonomi secara lebih bijak dan

realistik.

Page 13: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

CABARAN PELAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

adalah cabaran konsep dan tafsiran dasar. Dari segi konsep dan tafsiran dasar,

kebudayaan kebangsaan itu berada di suatu posisi yang merentas budaya etnik dan

telah menjadi perkongsian bersama. Terdapat sesetengah orang yang tidak berapa

memahami konsep dan tafsiran dengan jelas dan hal ini telah merumitkan pelaksanaan

dasar ini. Terdapat juga sesetengah orang yang menyempitkan tafsiran kebudayaan

dengan merujuk kepada satu bidang kesenian semata-semata seperti seni tari, seni

muzik dan teater. Hakikatnya, kebudayaan tidak merujuk kepada ilmu tetapi lebih

berbau sikap kepada emosi indvidu dan kelompok. Perjuangan membangunkan

kebudayaan kebangsaan telah memasuki tempoh lima dekad. Masih ada orang yang

beranggapan bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan bertolak daripada garis budaya

satu kaum sahaja yang dipaksa ke atas kaum lain. Mereka beranggapan bahawa Dasar

Kebudayaan Kebangsaan hanya menonjolkan sifat Melayu tanpa meneliti fakta sejarah

dan kedudukan bangsa serumpun Melayu sejar zaman-berzaman dahulu. Prasangka ini

timbul kerana salah tafsir dan ketidakfahaman tentang falsafah Dasar Kebudayaan

Kebangsaan.

Cabaran yang seterusnya adalah cabaran isu bahasa. Perpaduan bangsa

dengan semangat kesatuan dan persatuan boleh dipupuk melalui satu bahasa iaitu

bahasa kebangsaan dan satu kebudayaan iaitu kebudayaan kebangsaan manakala

kebudayaan kaum masing-masing masih dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dalam

batasan yang tertentu. Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu yang menyatu

padukan semua kaum tidak dikuasai dengan baik oleh bukan penutur asli bahasa

tersebut. Terdapat juga sesetengah orang yang masih menggunakan bahasa kaum

masing-masing. Hal ini telah mewujudkan kekangan dalam komunikasi antara kaum

serta mengurangkan hubungan antara satu sama lain. Walaupun pelbagai usaha telah

dilakukan seperti pertandingan yang melibatkan pelbagai kaum dan dengan

menggunakan bahasa Kebangsaan, namun belum menampakkan kejayaan yang besar

dari segi pelaksanaan dasar ini. Perkara yang menjadi punca kesukaran dalam

pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah jarak sosial antara anggota

masyarakat. Hal ini telah menyebabkan kurangnya interaksi antara kaum. Murid Melayu

belajar di sekolah kebangsaan, murid Cina belajar di sekolah Cina manakala murid India

di sekolah Tamil. Hal ini telah menyebabkan kurangnya interaksi berlarutan hingga

Page 14: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

sekolah menengah dan seterusnya di universiti. Kini, banyak universiti swasta yang

ditubuhkan mempunyai pelajar yang majoritinya didominasi oleh satu kaum sahaja.

Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 58 tahun dan kita masih belum

dapat melihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang baru. Setiap kaum dan etnik

masih kuat menyuarakan dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan

kebudayaan masing-masing. Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan

permintaan kaum masing-masing. Hal ini telah menjelaskan bentuk kebudayaan yang

wujud di negara kita terbahagi mengikut kaum dan etnik masing-masing. Perbezaan nilai

antara kaum merupakan salah satu cabaran pelaksanaan Dasar Kebudayaan

Kebangsaan di mana kaum masing-masing hanya mementingkan kaum masing-masing

dalam apa jua keadaan tanpa sifat toleransi antara satu sama lain.

Cabaran yang terakhir adalah cabaran globalisasi yang memerlukan semua

pihak untuk memainkan peranan masing-masing demi mengharungi cabaran tersebut

yang melanda. Kepesatan teknologi yang bercorakkan kehidupan budaya barat mudah

meresapi pemikiran masyarakat kita dan hal ini akan mengugat keharmonian yang telah

dicapai oleh Malaysia. Sehubungan dengan itu, keutuhan ukhwah masyarakat Malaysia

harus dipertingkatkan demi membolehkan budaya kita jalan seiring dengan budaya

barat tanpa menjejaskan kredibiliti budaya ketimuran dan ditelan oleh budaya barat.

Secara intihar, semua pihak yang terlibat mahupun pihak kerajaan atau rakyat

negara kita harus menggemblengkan tenaga dan melipatgandakan usaha untuk

menjayakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Page 15: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

PENUTUP

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat

dan mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan mengamalkan bernagai-bagai

budaya. Justeru, penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

merupakan satu keperluan dan kemestian kepada negara kita. Dasar ini dapat menjadi

garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu

serta mengekalkan identiti negara di persada dunia. Kesedaran dan kefahaman yang

luas diperlukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan Dasar Kebudayaan

Kebangsaan.