66
Abd.Rahman bin Abd.Wahab Abd.Rahman bin Abd.Wahab Institut Tadbiran Awam Negara Institut Tadbiran Awam Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Malaysia

Dasar Utama Kerajaan 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dasar kerajaan malaysia

Citation preview

  • Abd.Rahman bin Abd.WahabInstitut Tadbiran Awam NegaraJabatan Perkhidmatan AwamMalaysia

  • DEFINASI DASARSuatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.

  • DEFINISIDASAR-DASAR KERAJAAN (AWAM) Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa kesemasa untuk menyelesaikan/mendapatkan hasil/ mencapai objektif.

  • KENAPA DASAR KERAJAAN DI BUATMeningkatkan kecekapanMeningkatkan produktivitiMengurangkan kos pengurusanMengatasi masalahMeletakakan asas pentadbiran negara/organisasiPanduan bagi mencapai objektifMenyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik di praktikan

  • KENAPA DASAR- DASAR KERAJAAN PERLU DIFAHAMI Supaya dapat merangka program dan pelan tindakan bagi mencapai objektifMengatasi masaalah dan konflik yang mungkin timbul dalam pelaksanaan dasar-dasar berkenaanTerlibat secara langsung sebagai kakitangan awam (pelaksana dasar) dan rakyat (sasaran)

  • MENGENALIDASAR-DASAR AWAM MALAYSIALatarbelakang NegaraPeringkat Pembetukan Dasar-dasar NegaraPenggubalan Dan Pelaksanaan Dasar-dasar

  • LATARBELAKANG NEGARAFizikalPendudukHasil NegaraMalapetakaProspek (Tenaga Kerja)

  • PERINGKAT PEMBENTUKANDASAR-DASAR NEGARAZaman PenjajahSebelum Mencapai Kemerdekaan (1944-1957)Selepas Merdeka (1957-13 Mei1969)DEB (1970-1990) RRJP1DPN (1991-2000) RRJP2 (Wawasan2020)

  • KATEGORI DASAR-DASARDasar-dasar Am KerajaanContoh: Rancangan Malaysia, Dasar Wawasan Negara, Dasar Pembangunan Negara, Wawasan 2020Dasar-dasar Berkenaan Dengan Pembangunan Ekonomi NegaraDasar-dasar Yang Berkaitan Dengan Kemajuan Sosio-PolitikDasar Yang Berkaitan Dengan Hubungan Luar Negeri

  • DASAR-DASAR EKONOMIDasar Pembangunan NasionalRangka Rancangan Jangka Panjang KeduaDasar Perindustrian NegaraDasar Pertanian Negara Dasar Penswastaan Dasar Pensyarikatan MalaysiaDasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung Dan Luar BandarDasar Pengurangan Perbelanjaan AwamDasar/Program Pembaharuan Dan Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

  • DASAR-DASAR SOSIAL DAN ETIKA KERJADasar Pendidikan KebangsaanDasar Kebudayaan KebangsaanDasar Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pentadbiran Dasar Pandang Ke TimurDasar Bersih, Cekap Dan AmanahKepimpinan Melalui Teladan

  • DASAR-DASAR LUARKonsep Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN)AntartikaRancangan Kerjasama Teknik Malaysia (MTCP)

  • 4 JENIS RANCANGAN DI MALAYSIARancangan Jangka Panjang (Tempoh 10 Tahun Atau Lebih)Cth:RRJP 1 & 2Rancangan Jangka Sederhana (Tempoh 5 Tahun) Contoh: Rancangan Lima Tahun MalaysiaKajian Separuh Penggal Rancangan MalaysiaRancangan Jangka Pendek (1 Tahun) Contoh: Belanjawan Tahunan Pembentangan Bajet 2006 (Laporan Ekonomi 2006)

  • RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG MALAYSIA Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) 1971-1990, DEB

    Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991-2000, DPN

    Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001-2010, DWN

  • JENIS- JENIS DASAR UTAMA KERAJAANDasar-Dasar EkonomiDasar-Dasar Sosial dan Etika Kerja Dasar-Dasar Luar

  • DASAR-DASAR EKONOMIDasar Pembangunan NasionalRangka Rancangan Jangka Panjang KeduaDasar Perindustrian NegaraDasar Pertanian Negara Dasar Penswastaan Dasar Pensyarikatan MalaysiaDasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung Dan Luar BandarDasar Pengurangan Perbelanjaan AwamDasar Kependudukan Malaysia Ke-Arah 70 JutaDasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

  • DASAR EKONOMI BARU(1971-1990)DEB telah dilancarkan pada tahun 1971 serentak dengan pelaksanaan RMK Kedua (1971-1975)

    Ia dilaksanakan di bawah RRJP 1

    DEB merupakan satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara.

    Bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi yang wujud di antara kaum dan wilayah serta kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia.

  • OBJEKTIF DASAR EKONOMI BARUMembasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum;Kemiskinan merupakan sebab utama wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat dan ianya wujud bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di kawasan bandar & boleh menggungat perpaduan negara dan ketenteraman awam jika ia tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja.

  • Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

    Kedudukan Sosial dan Ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum telah di warisi semenjak British lagi.Ketidakseimbangan ini dapat dilihat dari segi tempat tinggal, pekerjaan, pemilikan harta, kemudahan sosial, pendapatan, kesihatan, pengangkutan, perhubungan, pelajaran & kualiti kehidupan.

  • RUMUSANSetelah DEB tamat, terdapat bukti yang menunjukkan perubahan sosioekonomi yang telah berlaku & membawa perubahan besar kepada struktur ekonomi dan kehidupan rakyat. Walau bagaimana matlamat 30% penguasaan BP dalam pemilikan modal tidak tercapaiMenjelang 1990, kadar kemiskinan dalam lingkungan 17%.Bagi meneruskan agenda pembangunan negara, kerajaan telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menjadi dasar induk negara tempoh 1991 sehingga 2000.

  • DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) telah di gubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional yang menandakan bermulanya satu lagi era bagi dalam usaha untuk menjadikan malaysia sebuah negara maju menjelang 2020

    Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Keempat pada 17 Jun 1991

  • OBJEKTIF DPN Membina sebuah negara yang bersatu padu Mengekalkan ekonomi yang berterusan Menjadikan Malaysia sebuah negara maju Mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, beretika, makmur Kecekapan pentadbiran kerajaan

  • DASAR PERINDUSTRIAN NEGARAOBJEKTIFMenjadikan Sektor Perkilangan Sebagai Catalyst Pertumbuhan Perindustrian Negara Dan Ekonomi KeseluruhannyaMenggalakkan Penggunaan Sepenuhnya Sumber-sumber Asli NegaraMeninggikan Tahap Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Teknologi Tempatan Sebagai Asas Bagi Malaysia Menjadi Sebuah Negara MajuDasar perindustrian yang berpandangan ke luar.Membangun teknologi dan tenaga rakyat.

  • CORAK PERINDUSTRIAN NEGARA50an Getah dan Bijih Timah60an Gantian Import70an Menumpukan kepada mewujudkan peluang-peluang pekerjaan/Eksport dan mempelbagaikan ekonomi80an Industri Berat90an Peranan Swasta dan Pelaburan Asing

  • DASAR PERTANIAN NEGARAObjektif

    Memaksimunkan pendapatan sektor pertanian melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap dan berkesan supaya sumbangan sektor pertanian kepada pertumbuhan ekonomi negara dapat dipergiatkan semula. Memaksimunkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti hidup keluarga diperbaiki. Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi yang mempunyai potensi besar untuk eksport atau bahan gantian import dan komoditi terpilih untuk bahan makanan serta perindustrian

  • STRATEGI DASAR PERTANIAN NEGARAPembukaan tanah baruPembangunan in-situPerkhidmatan sokongan pertanianPembangunan sosial dan institusiPenswastan dan penyertaan pihak swastaPembangunan komoditi

  • DASAR PENSWASTAANBERTUJUAN

    Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaanMeningkatkan kecekapan dan daya pengeluaranMempercepatkan pertumbuhan ekonomiMengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomiMembantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Negara

  • MEKANISME/BENTUK-BENTUK PENSWASTAANPenjualan aset atau ekuiti PajakanKontrak pengurusanBina-kendali-pindah atau build-operate-transfer dan bina-kendali atau build-operate

  • HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN LUAR BANDARBertujuan mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar.Meninggikan lagi pendapatan petani dan pekebun kecil.Pengelompokan kampung-kampung.Penyatuan yanah dan pengurusan aktiviti pertanian secara komersial.Pembangunan industri kampung.

  • PERSYARIKATAN MALAYSIABertujuan mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan swasta demi pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama.Menghapuskan sifat permusuhan diantara kedua-dua sektor dengan menggalakan perkongsian maklumat dan saling faham memahami akan prosedur dan matlamat kedua-dua belah pihak.Meningkatkan hasil dan pertumbuhan ekonomi negara.

  • DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIAMenekankan Kepada Kerjasama Antara Kerajaan Dan Sektor Swasta Ke Arah Mewujudkan Satu Syarikat Malaysia Bagi Mencapai Kemajuan Di Mana Keuntungan Yang Diperolehi Akan Dikongsi BersamaMekanisme Kerjasama : Penubuhan Panel Perunding Dan Pelonggaran PeraturanUntuk Menambah-baik Pentadbiran Negara

  • DASAR PENGURUSAN PERBELANJAAN AWAM DEFINISI Dasar Pengurusan Perbelanjaan Sektor Kerajaan Yang Terdiri Daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Dan Kerajaan-kerajaan Tempatan

  • OBJEKTIFBertujuan mengukuh kedudukan kewangan Kerajaan selaras dengan sumber-sumber yang ada.Mengurangkan defisit belanjawan Kerajaan.Mengawal pertumbuhan hutang awam.

  • DASAR-DASAR SOSIAL DAN ETIKA KERJADasar Pendidikan KebangsaanDasar Kebudayaan KebangsaanDasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran Dasar Pandang Ke TimurDasar Bersih, Cekap Dan AmanahKepimpinan Melalui Teladan

  • Objektifmewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru-peningkatan kepada hasil dan mutu kerjaMeningkatkan semangat/motivasi pekerja seiring dengan penerapan nilai-nilai islam dan kepimpinan melalui tauladan

    DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

  • BERSIHBermoral tinggi, bertatatertib, berdisiplin, tidak menyeleweng, tidak rasuahBerkecualiTidak mementingkan diri sendiriTidak khianat, hasat dan dengki

  • CEKAPBerani dan cepat membuat keputusanHadapi krisis dengan tenangTegas kepada prinsipProduktiviti tinggi dan kualiti kerjaKeyakinan diriBerpandangan jauhBerpengetahuanBerpengalaman dan mahir dalam bidang tertentu

  • AmanahRela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditentukanMempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi

  • LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN Manual Prosedur KerjaMewujudkan Kumpulan Meningkat Mutu KerjaPusat bayaran bil setempatPejabat Plan terbukaKad perakam waktuPengisytiharan hartaTanda namaBadan Pencegah RasuahLaporan Juruaudit NegaraPerkhidmatan cemerlangPelajaran lanjutan

  • DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANBertujuan untuk menubuh satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.Kurikulum berorientasikan Malaysia bagi semua jenis.Sistem peperiksaan yang sama bagi semua.Meningkatkan mutu pendidikanyang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.

  • CIRI-CIRI PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAWujud lima jenis aliran sekolah akibat dasar terbuka penjajah Inggeris. Jenis-jenis sekolah : sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina dan sekolah Tamil

  • AKIBATNYA:

    - Tidak ujud perpaduan- Tidak ada bahasa penghantar yang tunggal- Sekolah-sekolah terpisah kedudukannya mengikut geografi dan taburan penduduk- kurikulum bagi kelima-lima aliran sekolah berbeza contoh Sekolah Inggeris mengikut kurikulum sekolah-sekolah di England

  • PENYATA RAZAK 1956 DAN LAPORAN RAHMAN TALIB 1960Untuk mencapai perpaduan negara melalui sistem pendidikan, tiga asas utama mesti dipatuhi:

    Sistem persekolahan yang sama bagi semuaBahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama di semua peringkat persekolahanKurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan

  • DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAANOBJEKTIFBertujuan mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

  • PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAANBerteraskan Kepada Kebudayaan Rakyat AsalUnsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan Boleh DiterimaIslam Menjadi Unsur Penting Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

  • DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRANBertujuan membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakatMenubuh sebuah negara bahagia.Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawab.Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.Bukan bertujuan mengislamkan rakyat Malaysia.Memupuk nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua golongan dan agama

  • DASAR-DASAR LUAR Dasar luar Malaysia dapat disimpulkan sebagai prinsip persepakatan dan kerjasama Antarabangsa dengan berlandaskan kepada semangat inginkan kebebasan , pengecualian dan keamanan dunia.

    Konsep Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN)AntartikaRancangan Kerjasama Teknik Malaysia (MTCP)

  • KAWASAN AMAN, BEBAS DAN BERKECUALI (ZOPFAN)Bertujuan menjadikan rantau Asia Tenggara satu kawasan aman, bebas dan berkecuali.Bebas dari pertelingkahan kuasa-kuasa besar.Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam pertelingkahan.Menggalakkan kerjasama serantau dalam bentuk ketenteraman politik, ekonomi dan kebudayaan.Mengundurkan tentera-tentera asing yang berpengkalan di beberapa tempat di negara-negara Asia Tenggara.

  • ANTARTIKABertujuan menjadikan Antartika sebagai warisan bersama untuk faedah bersama.Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia.Ekologi dan alam sekitar dipertahankan.Kerjasama dan penyelarasan antara- bangsa dalam kajian saintifik.

  • PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA (MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME MTCP)Bertujuan membantu meningkatkan persefahaman serta kerjasama di antara negara-negara yang sedang membangun.

    Negara penerima bantuan akan menyokong Malaysia di dalam forum-forum antarabangsa

    Mengeratkan perhubungan Malaysia dengan negara-negara sedang membangun

    Membuka peluang pihak swasta Malaysia membuat pelaburan di negara-negara tersebut

  • WAWASAN 2020Ialah satu konsep yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia di Majlis Perdagangan Malaysia pada 28.2.1991. Didalam ucapan tersebut beliau telah menegaskan bahawa Matlamat Pembangunan Negara ialah untuk menjadikan Malaysia:

    Sebagai sebuah negara industri dan ... pembentukan sebuah Negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.. menurut acuan kita sendiri.

  • Kemajuan yang dimaksudkan meliputi aspek:-EkonomiPolitikSosialKerohanianSektor-Sektor Kebudayaan

  • APA ITU WAWASAN 2020? Satu wawasan strategik jangka panjang sebagai arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya.

    Dengan lain perkataan, ia memberi arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai satu tahap negara maju sepenuhnya dengan nilai-nilai positif yang sendiri dengan menetapkan satu jangka masa 30 tahun sebagai panduan untuk mencapai matlamat diatas.

  • MENGAPA PERLUNYA SATU WAWASAN?MEMBERI FOKUS NASIONALMENDAPAT KONSENSUS NASIONALSATU PERJANJIAN SOSIO-POLITIKMENYEDIAKAN GARIS PANDUAN BAGI AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL

  • MENGAPA TAHUN 2020?Pembangunan satu generasi dalam era dunia tanpa sempadan dan persaingan yang pesat.Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia.Bersama dalam Mega-Trend Jangka masa yang munasabah dan praktikal

  • CABARAN PERTAMAMewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. negara amanintegrasi wilayahhidup harmonibekerjasama dan adilsatu bangsa Malaysiakesetiaan kepada negara.

  • CABARAN KEDUAMewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang di capai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia yang mudah di kenali dari sikap ingin mencapai kecemerlang, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan menghormati oleh rakyat negara lain.

  • CABARAN KETIGAMewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu, demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

  • CABARAN KEEMPATMewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi

  • CABARAN KELIMAMewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

  • CABARAN KEENAMMewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

  • CABARAN KETUJUHMewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyanyangi. Iaitu satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

  • CABARAN KELAPANMemastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

  • CABARAN KESEMBILANMewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.

  • MATLAMAT AKHIR WAWASAN 2020MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU:- Ekonomi.- Politik.- Kerohanian.- Psikologi.- Kebudayaan.- Perpaduan.