Upload
abdmumin-hassan
View
43
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pendidikan moral
Citation preview
Pengenalan
Malaysia telah mencapai kemerdekaan politik daripada penjajah 50 tahun yang lalu.
Namun,kemerdekaan berbentuk politik belum dapat menjamin kesejahteraan rakyat.
Kemerdekaan bersifat menyeluruh membabitkan bukan sahaja aspek politik, tetapi juga
ekonomi, sosial dan nilai. Untuk merealisasikan kemerdekaan yang menyeluruh, perlu
digubal beberapa dasar untuk memastikan aspek yang telah disebut di atas dapat diberi
tumpuan yang sewajarnya .Waktu awal kemerdekaan, pentadbiran kerajaan lebih
berminat untuk membangunkan ekonomi agar ia akan membawa kepada kestabilan
dan kemakmuran negara. Pada tahap awal ini, tumpuan telah diberi kepada
perancangan luar bandar untuk membasmi kemiskinan dan juga menyediakan
prasarana asas seperti sekolah, perkhidmatan kesihatan, pembinaan jalanraya, bekalan
air, eletrik dan telefon. Matlamat utama adalah untuk meningkatkan nilai kehidupan
mereka yang berada di luar bandar. Golongan ini rata-rata telah disisih oleh arus
pembangunan waktu pemerintahan penjajah (Chin dan Muhd Salleh, 1992).Justeru,
perubahan nilai yang merangkumi beberapa dimensi mula digerakkan oleh kerajaan.
Perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas kemerdekaan merupakan sebahagian
daripada sektor sosial bukan sahaja menggambarkan keinginan masyarakat untuk
hidup sejahtera dan saksama tetapi kebebasan daripada belenggu penjajahan
membolehkan ahli masyarakat terlibat dalam proses pembangunan yang menjurus
kepada kehidupan yang berkualiti dan bermaruah
Definisi Perubahan Nilai
Perubahan sosial adalah suatu proses perubahan individu atau kelompok
daripada satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem
stratifikasi sosial.Terdapat beberapa dimensi perubahan sosial iaitu perubahan dari segi
arah,massa,unjuran dan tandingan.Dan untuk mencapai perubahan sosial ianya
dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu iaitu
pekerjaan,pendidikan,perkahwinan,individu dan lain-lain.
Perubahan nilai sosial dan pembangunan di Malaysia
Masyarakat Melayu mengalami perubahan nilai, struktur dan organisasi setelah
Tanah Melayu bebas dari penjajahan seluruhnya oleh Inggeris. Sebelum Negara kita
mencapai kemerdekaan Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-
dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain,tetapi
juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu,
sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah
menerima secara paksa atau secara paksa rela dasar-dasar penjajahan dalam bidang-
bidang yang disebutkan di atas.
Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan
amalan-amalan tradisi orang Melayu selepas kemerdekaan, banyak mewujudkan
konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai,
berlarutan hingga ke hari ini walaupun negara kita telah bebas dari cengkeman
penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah
menjadi kian dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang
dilancarkan oleh negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini,masih
mengambil model Barat.Pertembungan perubahan nilai masyarakat sebelum dan
selepas merdeka dapat kita kaitkan dengan teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh
John Piaget yang dikenal sebagai Tokoh konstruktivisme pertama (Dahar, 1989:
159) menegaskan bahwa pengetahuan yang dibangunkan dalam pemikiran individu
adalah melalui proses asimilasi dan akomodasi. Asimilasi adalah penyerapan informasi
baru dalam pikiran. Sedangkan, akomodasi adalah menyusun kembali struktur pikiran
yang sedia ada karena adanya informasi baru, sehingga informasi tersebut mempunyai
tempat (Ruseffendi 1988: 133). Pengertian tentang akomodasi yang lain adalah proses
mental yang meliputi pembentukan skema baru yang sesuai dengan ransangan baru
atau memodifikasikan skema yang sudah ada sehingga sesuai dengan rangsangan itu
(Suparno, 1996: 7).sebagai contoh,dapat kita perhatikan bagaimana perkembangan
teknologi maklumat selepas kemerdekaan sesebuah negara menjadikan dunia kini
semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara
maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Perubahan nilai dari segi pakaian tradisional
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban
sahaja.Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih
sopan.Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang
kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya
meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai
mematuhi peraturan berpakaian Islam.Baju kurung boleh digandingkan dengan kain
tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain
selendang atau tudung kepala.
Pakaian tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu.Baju Melayu merupakan
kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang.Pakaian ini selalunya dipadankan
dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan songkok.
Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu
potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.Potongan tersebut merujuk
kepada cara jahitan pada leher baju tersebut.Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih
terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya
dijahit secara sulaman.
Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia.
Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah
bertindan.Cara memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai
diluar baju.Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam sampin.
Dari segi politik
Di Malaysia,bentuk pemerintahannya mengamalkan sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Pemilihan kerajaan berdasarkan pilihan
majoriti rakyat melalui pilihanraya yang diadakan lima tahun sekali. Pentadbiran
Malaysia merangkumi tiga badan yang diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong iaitu
Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
Keperlembagaan bererti kerajaan yang terbatas atau terhad. Dalam kata lain,
keperlembagaan merujuk kepada sejauh mana kuasa kerajaan tersekat atau dihadkan,
undang-undang negara dihormati dan hak asasi rakyat yang termaktub dalam
perlembaaan terjamin.
Di sesebuah negara berdemokratik, perlembagaan menetapkan struktur, fungsi
dan kuasa sesuatu institusi kerajaan (seperti badan perundangan, badan kehakiman,
badan eksekutif, tentera, polis dan agensi-agensi kerajaan). Sesebuah Kerajaan
dikehendaki mematuhi peraturan serta prinsip-prinsip yang terkandung dalam
perlembagaannya.
Perlembagaan Malaysia menetapkan corak pemerintahannya. Hak-hak individu
(kebebasan asasi) juga termaktub dalam perkara-perkara 5-13 perlembagaan kita. Ini
adalah untuk memastikan hak-hak itu tidak dicabuli oleh kerajaan. Di samping itu,
perlembagaan juga menghendaki kerajaan menjalankan kuasanya mengikut
peruntukan dan lunas-lunas yang dinyatakan dalam perlembagaan.
Dari segi pendidikan
Di Malaysia,sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk
mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran
1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan
perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak
dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan
jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang
menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat
pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua
pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi
penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas
dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan
pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan
peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah
menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang
melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun
1992.Sehingga kini usaha untuk penambahbaikan sistem pendidikan negara terus
diteruskan untuk mengikut peredaran masa dan keperluan.
Pada era selepas kemerdekaan, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) juga
diperkenalkan yang menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
Di samping itu, FPN merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan
dasar pendidikan negara. FPN merupakan perkara penting untuk dijana demi
memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan
mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus
globalisasi yang kian mencabar. Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan
memerlukan percambahan dan pemupukan nilai-nilai agama, moral dan etika.
Kesemua elemen-elemen tersebut penting agar segala cita-cita murni yang sering
dicanangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah mencapai wawasan negara
untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020
Perubahan nilai dari aspek pembentukan perpaduan
Perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat
yang pelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang jelas wujud
dalam sistem pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam pembentukan
perpaduan etnik yang pelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di
negara ini mampu merencatkan perpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan
berhemah. Menurut Sanusi Osman (1985) masalah sebenar yang kita hadapi bukan
berpunca daripada berbagai kumpulan etnik yang ada di negara ini, tetapi yang lebih
penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan rakyat di negara ini terlalu dibesar-
besarkan.
Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan perpaduan sukar
dicapai kerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk setiap kaum di Malaysia
pada ketika itu. Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum pendidikan yang berbeza.
Melayu diajarkan teknik penternakan dan pertanian di samping membaca, mengira dan
menulis. Kaum Cina mengambil sistem kurikulum dan guru dari negara China manakala
kaum India, kurikulum mereka berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan bersifat bebas yang
diperkenalkan oleh British menyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar pecah dan
perintah yang diperkenalkan oleh British juga melebarkan lagi jurang perpaduan antara
masyarakat dan akhirnya membawa kepada tradegi hitam dalam sejarah negara iaitu
rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa pelan
dasar pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang
kaum di Malaysia. Kesedaran terhadap tragedi rusuhan kaum yang mampu
membantutkan perpaduan, maka DEB telah diperkenalkan untuk merapatkan jurang
sosio-ekonomi masyarakat. Selain itu, kerajaan telah menggubal Akta Pelajaran 1961
yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama pada semua peringkat
pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua
pelajar. Di samping itu, dasar pendemokrasian pendidikan dilaksanakan pada tahun
1962 dengan memberi pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas
dengan perubahan dasar untuk melanjutkan pendidikan universal dari 9 tahun kepada
11 tahun pada tahun1992. Kesamarataan dan peluang pendidikan kepada semua
masyarakat yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan yang
utuh. Hal ini berdasarkan pendapat Azyumardi Azra (2006) yang menyatakan bahawa
pendidikan yang tidak seimbang dan tidak memberi peluang kepada semua masyarakat
untuk menonjolkan kebolehan harus dilenyapkan kerana pendidikan seperti ini gagal
dalam menjalankan fungsinya untuk menyatupadukan rakyat. Jelaslah bahawa usaha
dan tujuan pendidikan kita dalam membentuk perpaduan kaum mempunyai perbezaan
mengikut zaman dari dahulu hingga kini.
Perubahan nilai dari aspek pembangunan modal insan
Pembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam pendidikan.
Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan pengetahuan,
maklumat, idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab.Dalam konteks Modal Insan, apabila dikaitkan
dengan Teori Hirarki keperluan Maslow Menurutnya , kepuasan kerja dan
keseronokan diperolehi semasa menjalankan sesuatu kerja. Penekanan teori ini adalah
kepada pengiktirafan dan penghargaan sebagai faktor penting dalam kepuasan kerja.
Maslow telah membahagikan keperluan manusia kepada empat peringkat iaitu
peringkat fisiologi, peringkat keselamatan, peringkat sosial, peringkat penghargaan diri
dan peringkat kesempurnaan diri.Menurut Maslow lagi, manusia perlu berhubung
dengan individu yang lain untuk memberi dan menerima kasih sayang. Peringkat
keperluan penghargaan diri pula berkaitan dengan penghargaan (self esteem) sama
ada dalam dirinya sendiri ataupun daripada orang lain. Keperluan kesempurnaan
kendiri (self actualization) merupakan peringkat yang paling tinggi dalam Teori Hiraki
Maslow. Tahap ini merupakan peringkat kejayaan dan kemuncak kepada semua
keperluan manusia. Untuk mencapai tahap kesempurnaan kendiri, seseorang itu perlu
memperolehi dan memenuhi kesemua keperluan pada tahap sebelumnya.
Persoalannya, sejauh manakah pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan
memberi implikasi terhadap pembangunan modal insan? Pada peringkat awal, sistem
pendidikan di negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa dan ahli
keluarga. Sistem ini berdasarkan konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala
kemahiran yang dimiliki kepada anak-anak. Oleh itu, modal insan yang dilahirkan hanya
mempunyai kemahiran yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Masyarakat tradisional ini
juga menerapkan pendidikan agama dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah
pondok dan madrasah. Kesedaran ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud:
“Sebenarnya mereka yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu”. (Surah Fatir, 28)
Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkan
modal insan. Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak
memberi peluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat
dan kebolehan. Selain itu, jenis pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat
perbezaan jurang dalam pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal
insan.
Perbandingan yang jelas dapat dilihat pada zaman pascamerdeka. Usaha dalam
membangunkan insan dan negara pada ketika ini lebih bercorak untuk membangunkan
modal insan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
sempena Hari Pekerja (2000) menyeru rakyat berganding bahu agar pendidikan negara
mampu melahirkan modal insan yang kekal relevan dengan kehendak industri dan
pasaran semasa serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Antara usaha-
usaha yang berjaya melahirkan modal insan adalah penubuhan universiti.Tujuan
penubuhan universiti ini adalah untuk memberi sumbangan kepada negara
mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang relevan, khususnya bagi
pembangunan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.
Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk memastikan pelajar
mempunyai kemahiran dalam tulisan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain
untuk melahirkan insan yang cemelang akademik dan sahsiah. Komitmen kerajaan
untuk melahirkan modal insan terserlah melalui pelancaran PIPP yang mengariskan
pembangunan modal insan sebagai teras kedua untuk memperkukuhkan hala tuju dan
falsafah pendidikan negara.
Perubahan Nilai dari aspek membasmi kemiskinan
Pendidikan merupakan langkah yang proaktif bagi meningkatkan taraf hidup dan
membolehkan individu keluar dari kepompong kemiskinan. Hal ini dibuktikan melalui
Duke (1985), Coombs dan Manzoor (1974) yang mengatakan bahawa cara yang
terbaik bagi menyerang dan membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan dan
latihan. Walau bagaimanapun, pembangunan insan di negara kita memperlihatkan
perbandingan yang jelas dari aspek membasmi kemiskinan antara sebelum dan
selepas kemerdekaan.
Pada era masyarakat tradisional falsafah pendidikan yang diterapkan tidak mampu
untuk membasmi kemiskinan kerana sistem pendidikan pada masa itu yang bersifat
warisan iaitu anak-anak akan mewarisi pekerjaan ibu bapa. Walau bagaimanapun,
kehadiran pengajian agama Islam telah membuka minda masyarakat Tanah Melayu
pada masa itu tentang peri pentingnya pendidikan seterusnya melonjakkan
pembangunan insan maju selangkah ke hadapan. Namun kekangan yang dihadapi
ialah sebelum abad ke-20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk
formal dan sistematik di negeri-negeri Tanah Melayu.
Perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah semakin memburukkan
keadaan kerana falsafah pendidikannya lebih bersifat bebas. Masyarakat Melayu
khususnya masih dihimpit kemiskinan kerana sistem pendidikan penjajah yang tidak
memberi peluang kepada masyarakat Melayu untuk menonjolkan bakat.
Menurut Sufean Hussin (1996) kegagalan pendidikan untuk berfungsi bagi membasmi
kemiskinan pada era penjajahan disebabkan kurang kesedaran masyarakat Melayu
ketika itu perihal kepentingan celik huruf dan pendidikan disebabkan oleh dasar
pendidikan penjajah. Selain itu, tiada sistem pengangkutan yang baik dan kesempitan
pemikiran orang Melayu ketika itu menyatakan bahawa hala tuju sekolah-sekolah
kerajaan adalah untuk menyebarkan ideologi sekular yang bertentangan dengan ajaran
Islam telah menghambat perkembangan pendidikan.
Setelah mencapai kemerdekaan, ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi masyarakat
telah memaksa kerajaan memperkenalkan DEB sekaligus untuk meningkatkan
pendapatan Bumiputera dan membasmi kemiskinan tegar. Kebanyakan dasar kerajaan
yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu golongan miskin. Antaranya
ialah memberi pinjaman buku teks kepada pelajar berpendapatan rendah, RMT, Akta
PTPTN, pemberian one-off RM 120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga
miskin, pengagihan KWAPM dan Skim Baucer Tuisyen. Langkah ini membuktikan
bahawa hala tuju pendidikan pada era selepas merdeka menitikberatkan pembasmiaan
kemiskinan bagi merealisasikan matlamat kerajaan untuk mencapai kemiskinan sifar
menjelang tahun 2020.Hal ini berhubungkait dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov.
Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah
apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala
rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas
(Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan
dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang
lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan
di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di
namakan pelaziman klasik.
Perubahan Nilai dari aspek pembangunan negara
Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman awal
generasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan jatuh
bangunnya sesuatu tamadun. Justeru, pendidikan mempunyai peranan penting dalam
menentukan pembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan firman Allah
SWT bahawa manusia dan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya
melainkan dengan kekuasaan ilmu (Surah Ar-Rahman, 33).
Persoalannya sejauh manakah dasar dan corak pendidikan yang diamalkan di Malaysia
sama ada sebelum dan selepas kemerdekaan mampu memainkan peranannya dalam
membangunkan negara?
Sorotan sejarah telah memaparkan bahawa dasar dan corak pendidikan pada peringkat
awalnya hanya bersifat tidak formal dan tidak mampu menjadi penggerak ke arah
pembangunan negara. Namun, setelah sistem pendidikan kolonial diperkenalkan tidak
dinafikan bahawa sistem ini telah mempengaruhi pembangunan negara yang masih
dikuasai oleh penjajah pada masa itu. Hal ini berdasarkan kepada sistem pendidikan
kolonial telah mengurangkan kadar buta huruf di tahap minimum. Pengurangan ini telah
membantu membangunkan negara kerana petani yang menerima pendidikan 4 tahun
persekolahan rendah, lebih proaktif sebanyak 20.4% daripada petani buta huruf.
(Jamison dan Lan, 1982).
Dasar dan corak pendidikan selepas kemerdekaan mempunyai ciri-ciri unggul yang
mampu untuk memartabatkan pembangunan negara. Pendidikan pada era ini
mempunyai kapasiti untuk membasmi kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang
diperkenalkan oleh kerajaan iaitu menyediakan pendidikan kepada semua anggota
masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Selain itu, hasil
pembelajaran akan membentuk pengetahuan, kemahiran, inovasi dan nilai yang
menjadi anjakan kepada pembangunan sumber tenaga yang melonjakkan
pembangunan negara. Peningkatan pengetahuan ilmu seperti menguasai maklumat,
fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran mampu dijadikan
asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria
Kasa, 1994). Mengikut kefahaman konstruktivisme, blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid
sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak
akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang
diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai
satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran
mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru
telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat
mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.
Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran
yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Apabila dasar pembangunan insan dan negara telah diterapkan dalam sistem
pendidikan, maka mampu meningkatkan kemahiran dan mengubah nasib seseorang
individu. Perubahan ini akan menjana peningkatan taraf hidup dan sosial masyarakat.
Peningkatan ini akan memberi impak positif terhadap ekonomi negara khususnya
dalam peningkatan guna tenaga yang akhirnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK). Lantaran itu, sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan
hala tuju pendidikan yang terancang memainkan peranan penting dalam
membangunkan insan dan negara dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Kesimpulan
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perubahan nilai masyarakat di
Malaysia selepas kemerdekaan. Antaranya adalah kedudukan persekitaran politik yang
kondusif; kemampuan pihak pentadbir yang mempunyai kepakaran dan keupayaan
teknikal; dan kesediaan negara untuk bersaing di peringkat global tanpa menjejaskan
kedudukan domestik penduduknya (Omar dan Pandian, 2005). Kualiti kehidupan juga
sudah berubah. Keberkesanan perkhidmatan sosial adalah kerana adanya sumber
kewangan yang membolehkan pelaburan dilakukan dalam bidang pendidikan,
kesihatan, meningkatkan kedudukan wanita, membasmi kemiskinan dan menambahkan
peluang pekerjaan. Selepas 50 tahun merdeka, masyarakat sudah boleh menikmati
kehidupan yang sejahtera dan lebih seimbang berbanding 50 tahun lalu. Perubahan
nilai kehidupan selepas Negara mencapai kemerdekaanbanyak bergantung kepada
persekitaran politik, ekonomi, budaya dan ekologi. Setengah abad yang akan datang
dijangka membawa perubahan yang lebih besar jika sekiranya usaha berterusan
kerajaan dilakukan melalui integrasi nilai sosial dalam dasar pembangunan yang
menyeluruh serta interaksi resiprokal faktor domestik dan luaran yang akan memastikan
kejayaan berterusan proses dasar dan pembangunan sosial pada masa akan datang
(Roziah Omar, et.al; 2006). Pada masa ini, kita tidak memerlukan dasar baru untuk
mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera kerana yang kita ada sekarang sudah
mencukupi. Begitu juga dengan program program dan aktiviti-aktiviti yang ada sekarang
semuanya nampak sempurna di atas kertas. Walau bagaimanapun, untuk
mengukuhkan kejayaan yang telah dicapai, maka fokus utama harus diberikan kepada
personel. Negara memerlukan masyarakat yang ada nilai kerohanian yang tinggi
supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan efisyen, cekap, mesra dan
bertanggungjawab. Dengan cara ini, mereka akan memberi perkhidmatan yang
berbentuk altruistik. Beberapa langkah awal perlu diambil untuk menerapkan kesedaran
rohani ini ke dalam struktur masyarakat yang berbilang kaum. Satu cara adalah dengan
mengemukakan persoalan asas kepada masyarakat tersebut.
Persoalan tersebut merangkumi:
1. Adakah organisasi/masyarakat itu bersifat neo-humanistik (iaitu mengembangkan
identitinya melepasi negara, bangsa, agama dan darjat)?
2. Adakah pihak kepemimpinan dalam organisasi itu menunjukkan teladan dari segi
prinsip kerohanian mereka?
Penerapan dimensi nilai kerohanian oleh masyarakat majmuk di Negara kita akan
mengambil masa. Memandangkan Malaysia gemar menggalakkan idea-idea yang baru,
maka kempen secara besar-besaran perlu diadakan segera untuk menyebarkan idea
tersebut kepada masyarakat. Namun begitu, berbeza dengan kempen-kempen yang
lalu, kempen kali ini harus diadakan secara berterusan dan disebarkan ke segenap
peringkat. Seminar dan bengkel perlu diadakan untuk mengembangkan idea-idea ini
supaya idea ini dapat diterima.Kini, sikap ramah secara sombong (condescending)
masih terus wujud di dalam diri masyarakat bawahan, golongan pertengahan, dan
seterusnyan golongan atasan. Berpandukan mentaliti tersebut, matlamat dasar-dasar
kerajaan melalui fungsi agensi-agensi kerajaan dalam memajukan masyarakat ke arah
kesejahteraan akan terserlah kerana sikap bertanggungjawab dan berdedikasi
merupakan hasil sampingan daripada sifat kerohanian. Natijahnya ialah bukan sahaja
infrastruktur negarabermutu kelas pertama, mentaliti ahli masyarakat juga akan
berubah ke arah kegemilangan. Di samping itu, Perubahan nilai sosial dan
pembangunan di Malaysia memberi impak yang positif dan negetif serta mempunyai
perbezaan dan persamaannya yang tersendiri.Namun hala tujuannya adalah sama iaitu
untuk mencapai kemajuan dan membantu meningkatkan pembangunan kehidupan
masyarakat dan menjadi sebuah negara yang dihormati dan mampu berdikari dalam
semua lapangan.
Perubahan nilai masyarakat di Negara kita selepas kemerdekaan juga
merupakan suatu perkara yang pasti akan dialami oleh setiap bangsa di
dunia, baik pada masyarakat di negara maju,negara sedang membangun
dan masyarakat dunia ketiga. Dalam era global, suatu masyarakat atau
negara tidak mungkin dapat mengelak diri dari proses globalisasi. Jika suatu
masyarakat cuba mengelak dari globalisasi, mereka pasti akan ketinggalan
di belakang.
Namun,hal yang sangat penting adalah bagaimana sikap masyarakat
itu sendiri menghadapi perubahan nilai dan pembangunan yang berlaku di
negara mereka selepas mencapai kemerdekaan.Masyarakat harus lebih bijak
menilai yang mana baik dan yang mana buruk supaya budaya yang unggul
dapat di kekalkan dan pembangunan yang mapan dapat dilaksanakan.
BIBLIOGRAFI
A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur:
Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.
Ahmad Zaki Abd. Latif et al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah
Alam: Oxford Fajar.
Anwar Ridhwan. (2005). Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Hj. Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam:
Kertas 1 dan 2. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra
Malaysia. Serdang.
Dr. Zaid Ahmad et al. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.
Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu, Satu Kajian Daripada Aspek Persejarahan
Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak Bin Saat. (2006). Sejarah Sosiobudaya Melayu. Karisma Publications Sdn. Bhd.
Shah Alam.
Mohd Aris Haji Othman. (1985). Identiti Etnik Melayu, Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti.
Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
Mohd Taib Othman. (2004). Budaya dan Bahasa Melayu, Masalah dan Harapan. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik Hung. (2008). Tamadun Islam dan Asia.
Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Osman Bakar et al. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Robiah Sidin dan Juriah Long. (1998). Nilai Budaya Masyarakat Desa, Kajian Etnografi
di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang. Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shamsul Amri baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
Wan Hashim Wan Teh dan Ismail Hamid. (1998). Nilai Budaya Masyarakat Desa,
Kajian Etnografi di Wang Kelian, Perlis. Jilid 1.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu (Malaysia-
Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)
Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu: Tradisi dan
Kesinambungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.