DEFINISI AKRONIM

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 DEFINISI AKRONIM

    1/2

    BMM3109 : MORFOLOGI AKRONIM

    Sumber : http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2013/01/bmm3109-morfologi-akronim.html

    DEFINISI AKRONIM

    Akronim merupakan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf pertama atau

    suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan yang utuh.

    Akronim tergolong dalamjenis kata tunggal.

    Bentuk singkatan ini dapat terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.

    PEMBENTUKAN AKRONIM

    Proses pembentukan akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas.

    Cara pembentukannya lebih kepada proses penggabungan dan pembentukan kata

    nama bagi melahirkan bentuk baharu yang lebih ringkas.

    Lazimnya, pembentukan akronim digunakan untuk kata nama khas dan proses

    pembentukannya agak longgar.

    JENIS AKRONIM

    1- Kata Akronim Cantuman Huruf Awal Perkataan

    Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnyaempat jenis akronim.

    Yang pertama ialah akronim yangterbentuk daripada cantuman huruf awal perkataan-

    perkataan.

    Kata akronim cantuman huruf awal perkataan biasanyamenggunakan huruf yang pertama se

    bagai akronim.

    Permulaan huruf diambil mestilan menggunakan huruf besar.

    Kesemua akronim ini merupakan singkatan bagi namakhas beberapa pertubuhan atau organi

    sasi.

    Contohnya :-

    ABIM terbentuk daripada huruf awalAngkatan Belia Islam Malaysia.

    LUTH daripada huruf awal Lembaga Urusan Tabung Haji.

    MARDI (MalaysianAgricultural Research Development Institute).

    EON (Edaran Otomobil Malaysia).

    ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri).

  • 7/28/2019 DEFINISI AKRONIM

    2/2

    BMM3109 : MORFOLOGI AKRONIM

    Sumber : http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2013/01/bmm3109-morfologi-akronim.html

    2. Kata Akronim Cantuman Huruf Dan Suku Kata Perkataan Sesedap Sebutan.

    Kata akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan

    berdasarkan sebutan yang sedap tanpa urutan tertentu.

    Lazim ditulis dengan huruf besar diawal perkataan.

    Contoh :

    Perhilitan : Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

    Proton : Perusahaan Otomobil Nasional.

    3. Kata Akronim Cantuman Suku Kata Awal Perkataan.

    Kata akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal dan sejumlah perkataan.

    Lazim ditulis dengan menggunakan huruf kecil kerana perkataan yang terbentuk bukan kata

    nama khas.

    Contoh :

    tadika : taman didikan kanak-kanak.

    pawagam : panggung wayang gambar.

    kugiran : kumpulan gitarrancak.