Definisi Pengucapan Awam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengucapan Awam GBM

Citation preview

Definisi Pengucapan AwamBiasanya pengucapan awam terdiri dari kalangan penceramah, pakar motivasi, wakil syarikat, panel jemputan, juruacara majlis dan orang politik.

Dianggap sebagai wakil sesebuah organisasi, syarikat atau badan yang membentangkan sesuatu topik, usul atau ucapan dengan yakin, tegas, berani dan bijak memberi tindak balas berkomunikasi dihadapan peserta yang hadir.

Bertujuan untuk menyampaikan sesuatu, memberitahu, mendidik, mempengaruhi, mendengar pertanyaan dan menjawab dengan penuh yakin.

Untuk melakukan pengucapan awam, banyak persediaan yang perlu dilakukan. Perlu tahu apa yang ingin disampaikan secara terperinci dan persediaan yang cukup.

Cara berkomunikasi hendaklah bersahaja dan tidak membosankan. Berani, bijak dan yakin menjawab soalan yang diajukan kembali kepada anda.

Anda juga perlu tahu cara-cara bagaimana untuk manipulasi pendengar.

Manipulasi bukan bermaksud menipu tetapi tahu mengawal keadaan, berinteraksi dengan baik dan berjaya memberi tindakbalas yang positif kepada pendengar supaya mereka berpuas hati dan faham apa yang anda sampaikan.

Kunci Utama Pengucapan AwamPersediaan awal sebelum membuat apa-apa pengucapan awam perlu ada oleh setiap individu yang terlibat.

Untuk melaksanakan pengucapan awam supaya menjadi lebih baik, anda perlu:

Latihan Dan PersediaanMelatih diri dengan bercakap dihadapan cermin atau bilik seolah-olah penonton berada dihadapan anda. Sebolehnya jangan menghafal melalui teks yang anda tulis.

Sentiasa membuat latihan dari segi bercakap, intonasi suara dan cara berkomunikasi. Apa yang paling penting adalah bagaimana anda melaksanakan, bukan bagaimana anda mengamalkannya.

Membuat persediaan terlebih dahulu seperti bahan-bahan seperti teks ucapan, video, soalan dan apa sahaja berkaitan dengan pengucapan umum anda.

Rancang setiap topik pengucapan dengan teliti dan menarik. Jangan bercakap terlalu banyak isu. Yang paling utama tidak terkeluar dari topik.

Penampilan dan cara pemakaian anda haruslah menarik, kemas dan mengikut tema acara atau majlis.

Cara BerkomunikasiSemasa pembukaan ucapan, jangan terlalu gopoh. Fikir dengan teliti sebelum anda mula bercakap. Penggunaan bahasa yang mudah difahami. Suara dan intonasi hendaklah tidak mendatar, harus lancar, jelas dan terang.

Tumpuan penonton adalah tepat kearah anda, jadi hindari perasaan takut, tidak yakin dan jangan takut dengan suasana senyap. Gunakan keadaan itu sebagai senjata dimana penonton akan tertanya-tanya apa yang anda akan katakan seterusnya.

Berhubung dengan penonton anda dengan menggunakan isyarat badan dan mata.

Berfikir secara positif dan tegas dalam menyuarakan sesuatu tanpa teragak-agak. Lakukan secara berperingkat-peringkat supaya audien mendapat mesej atau maklumat yang disampaikan.

Sekali sekala selitkan dengan humor supaya pendengar tidak bosan dalam masa yang sama anda juga tidak tertekan.

Mendengar Dan Menjawab Dengan BaikKebiasaannya diakhir ucapan akan ada sesi soal jawab. Mendengar dengan baik apabila diajukan soalan dan menjawab dengan ringkas tetapi padat. Jangan terlalu panjang atau meleret-leret.

Sebaiknya rakam setiap ucapan anda supaya dimasa akan datang boleh perbaiki lagi pengucapan awam anda.

Manfaat yang anda dapat jika dipraktikkan perkara diatas boleh mengatasi masalah pengucapan awam anda supaya menjadi lebih mudah, lancar dan teratur.

Teknik Pengucapan Awam

Kredibiliti Sebagai ProfesionalPengucapan awam di acara-acara, persidangan dan sebagainya boleh membantu menambah kredibiliti profesional anda juga.

Terdapat penceramah profesional dibayar dengan tinggi semata-mata untuk bercakap sahaja. Penceramah yang profesional sering terlibat dalam latihan berterusan dan pendidikan untuk memperbaiki kemahiran mereka.

Ini termasuk mendapatkan bimbingan untuk meningkatkan kemahiran mereka bercakap seperti belajar teknik-teknik bercerita yang lebih baik, sebagai contoh, atau belajar bagaimana untuk menggunakan humor berkesan sebagai alat komunikasi serta penyelidikan yang berterusan dikawasan topik yang difokuskan.

Pengucapan awam boleh menjadi satu karier yang amat bagus dan menguntungkan. Umum kita tahu ianya bukan mudah, memerlukan latihan, kepakaran, motivasi dan keyakinan yang tinggi.

Membina RangkaianApabila anda bertindak sebagai penceramah, panel atau speaker sesebuah acara secara umumnya semua orang mahu bercakap dengan anda.

Ini satu peluang yang baik untuk membina rangkaian rakan-rakan, membina hubungan perniagaan dan banyak lagi.

Sekiranya sesebuah acara itu menjemput beberapa penceramah dari beberapa sektor, anda juga mendapat peluang untuk membina rangkaian dengan penceramah lain yang lebih berpengalaman dan sudah berjaya.

Pengalaman Sebagai Pengucapan AwamSaya mempunyai pengalaman menjadi wakil pengucapan awam. Bukanlah memberi ceramah atau seminar, lebih kepada memberi latihan dan pembentangan tentang produk syarikat.

Situasinya tetap sama, perlu membuat pengucapan dihadapan orang ramai.

Ketika pertama kali melakukannya, tidak dinafikan bukan mudah. Akan timbul perasaan takut, berdebar, tidak yakin dan takut penyampaian saya tidak lancar.

Saya beranikan diri dan memberi fokus sepenuhnya kepada pengucapan umum saya. Alhamdulillah, lama kelamaan saya boleh berinteraksi dengan baik dan saya dapat habiskan pengucapan dengan sempurna.

Malah mendapat tindak balas positif dari peserta yang hadir.

Pengucapan PenutupKesimpulannya jika anda mampu bercakap dengan baik dikhalayak ramai, ia boleh membantu anda mendapat keyakinan diri, meningkatkan kesedaran untuk pasukan atau organisasi anda, dan mendidik orang lain.

Lebih besar kelompok pendengar adalah lebih baik, maka anda tidak akan mempunyai masalah bercakap apabila berhadapan dengan kumpulan yang lebih kecil.

Setiap hari kita berkomunikasi. Sama ada kita bercakap dalam mesyuarat, perbualan, menjual barang atau perkhidmatan dan sebagainya.

Terdapat banyak keadaan dimana kepentingan pengucapan awam boleh membantu anda memajukan kerjaya anda dan mewujudkan peluang perkerjaan, perniagaan dan sebagainya. Latih diri supaya menjadi lebih baik lagi.

Sesiapa sahaja boleh membuat pengucapan awam yang hebat. Ia hanya mengambil masa penyediaan, amalan dan sedikit personaliti.

Ia boleh membantu anda dalam kedua-dua kehidupan profesional dan peribadi anda.