Upload
hamdan-awang
View
781
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
1. Pengenalan
Kecantikan sering dikaitkan dengan kaum perempuan. Ini kerana sifat semulajadi mereka
yang suka kelihatan cantik sehingga ada sesetengah mereka yang sanggup berbelanja besar untuk
mendapatkan rawatan kecantikan seperti perawatan wajah, perawatan tubuh badan dan
seumpamanya. Tidak kurang pula yang sanggup membeli barangan kosmetik yang nilainya
mencecah ratusan bahkan ribuan ringgit demi untuk memastikan dirinya kelihatan cantik.
Sementara yang tidak mampu akan berbelanja seadanya. Semua ini dilakukan semata-mata
untuk berpenampilan cantik serta sedap dipandang mata. Sudah menjadi fitrah manusia pada
kebiasaannya suka kepada kecantikan dan perhiasan. Allah telah menciptakan manusia dengan
cukup indah dan sempurna. Oleh itu, Allah Yang Maha Cantik dan suka kepada kecantikan. Di
riwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah itu
(bersifat) Maha Indah, (dan) Dia suka kepada keindahan".
Islam tidak menghalang sesuatu yang baik dan digemari manusia termasuk berhias selagi
tidak bercanggah dengan syariat. Bagi kaum lelaki pula Allah s.w.t. sendiri memerintahkan
hambanya agar menggunakan perhiasan yang cantik, khususnya ketika ke masjid, firman Allah
s.w.t.
Maksudnya,
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan
minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang berlebih-lebihan”. Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang
telah dikeluarkan-nya untuk hamba-hamba-nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki
yang baik?". katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam
kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikian lah kami menjelaskan
ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui. Surah Al-A’raf: ayat 31dan 32
Dalam hal ini, Islam tidak melarang bagi wanita dan lelaki untuk berhias dan
menghiaskan diri agar kelihatan cantik dan menarik. Tetapi mereka dilarang mempamerkan atau
1
menonjolkan perhiasannya di hadapan manusia yang tidak sepatutnya melihat keindahan tubuh
badannya. Ini di jelaskan dalam firman Allah s.w.t.
Maksudnya:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang
(biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau
ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-
saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara
perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau sahya yang mereka miliki, atau pelayan-
pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum
mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-
orang yang beriman supaya kamu beruntung.” Surah An-Nur: ayat 31
Di dalam ayat yang lain, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “…..dan hendaklah kamu
tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah
yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan rasul-nya.
sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” Surah Al-Ahzab:33
2. Definisi Tabarruj
Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal
dari kata BURJUN yang bererti tinggi. Az-Zajjaj Abu Ishaq Ibrahim bin As-Sirri memberi
2
definisi Tabarruj seperti berikut, “Tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan segala yang
dapat mengundang syahwat lelaki.” Setiap perhiasan yang dapat mengundang syahwat lelaki
dikira sebagai Tabarruj. Manakala Ibnul Atsir Rahimahullah memberi definisi Tabarruj dengan
memberi maksud “Tabarruj adalah menampakkan perhiasan kepada lelaki yang bukan mahram
(ajnabi). Perbuatan seperti ini jelas tercela. Adapun menampakkan perhiasan kepada suami,
tidaklah tercela. Inilah makna dari lafaz hadith , ‘( Hadith berkenaan celaan Nabi Sallahu 'alaihi
Wa Sallam kepada wanita yang menampakkan perhiasan) tidak pada tempatnya’.”
Malah perkataan ’Tabarruj’ banyak ditafsirkan oleh ulamak dengan beberapa tafsiran.
Menurut Mujahid, Qatadah dan lain-lain, perkataan ’Tabarruj’ bermaksud berjalan
dengan lagak sombong, mengada-ngada, lembut dan lemah gemalai. Muqatil pula mengatakan
Tabarruj itu maksudnya meletakkan selendang di atas kepala tanpa mengikatnya lalu
menyerlahkan anting-anting, rantai dan leher. Mibrad pula berkata Tabarruj ialah menzahirkan
atau mendedahkan kecantikkan yang wajib ditutup. Menurut Abu ‘Ubaidah, seseorang wanita
dikatakan bertabarruj apabila dia mendedahkan kecantikan yang boleh meransang syahwah
lelaki.
Di dalam kitab Fathul Bayan pula menerangkan Tabarruj adalah perilaku wanita yang
menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang wajib ditutup karena dapat
membangkitkan syahwat laki-laki. Ada ulamak berkata, berdasarkan maksud ayat surah Al-
Ahzab ayat 33 itu ialah “Jangan kamu berhias seperti perhiasan orang kafir”, iaitu dengan
memakai pakaian nipis dan berwarna warni”
Kesimpulan yang dapat dibuat dari tafsiran-tafsiran di atas, Allah memerintahkan isteri-
isteri nabi s.a.w. berpakaian sopan dan tidak mendedahkan kecantikan dan perhiasan yang ada
pada mereka ketika keluar dan berjalan di luar rumah kerana perbuatan mendedahkan perhiasan
itu sama seperti tingkah laku perempuan jahiliah yang tidak segan silu menarik perhatian dan
menggoda kaum lelaki.
Perlu disebutkan bahawa sungguhpun zahir ayat ini dituliskan atau ditujukan kepada
isteri-isteri nabi s.a.w., tidak bermakna hanya mereka sahaja dilarang berkelakuan sedemikian.
Larangan itu tentunya meliputi seluruh wanita yang beriman kerana isteri-isteri nabi s.a.w.
adalah ummahat almukminin atau ibu-ibu kepada seluruh orang yang beriman.
3. Dalil-dalil Pensyariatan
3
Timbul persoalan di sini, apakah perhiasan yang wajib ditutup dan yang tidak wajib
ditutup? Merujuk firman Allah s.w.t. di dalam surah an-nur ayat 31 yang bermaksud: “….dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya…”
Ahli tafsir berkata perhiasan yang dipakai oleh wanita terbahagi kepada dua, yang tersembunyi
dan yang zahir. Perhiasan yang tersembunyi ialah yang dipakai atau dikenakan pada anggota
yang wajib ditutup seperti gelang kaki, gelang tangan, subang dan rantai leher.
Manakala perhiasan yang zahir, kebanyakan mereka berpendapat maksud perhiasan yang
zahir ialah pakaian atau perhiasan pada pakaian luar. Sebahagian ulamak berpendapat perhiasan
yang harus dizahirkan ialah celak, cincin, gelang tangan dan muka. Kata Ibn ‘Abbas r.a.
perhiasan yang zahir ialah celak dan cincin. Menurut satu riwayat dari Ibn ‘Abbas r.a. beliau
berkata perhiasan yang zahir ialah muka, celak di mata, inai di tapak tangan dan cincin. inilah
perkara yang boleh dilihat pada seorang wanita apabila kita memasuki rumahnya. Qatadah
berkata perhiasan yang boleh dilihat ialah gelang dan cincin berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: “tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
menampakkan tangannya kecuali setakat ini.” dan baginda menggengam di tengah-tengah
lengannya.
Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan” Pada suatu hari anak saudaranya datang ke
rumahnya dengan memakai perhiasan. Apabila Rasulullah s.a.w. terpandangkannya baginda
memalingkan muka ke arah lain. ‘Aisyah berkata: “Ya Rasulullah! dia anak saudaraku dan masih
kecil”. Baginda bersabda: “Ya ‘Aisyah! apabila seorang wanita telah datang haid, tidak halal
baginya mendedahkan tubuhnya kecuali muka dan tangan”. Baginda menggenggam lengannya
sendiri, antara genggaman itu dengan tapak tangan adalah satu genggaman (Hadis riwayat Abu
Daud)
. Berdasarkan beberapa pandangan yang dikemukakan di atas dapat disimpulkan bahawa
bahagian yang tidak wajib ditutup ialah tangan serta perhiasan yang ada padanya seperti gelang,
cincin dan inai, muka dan perhiasannya. Perhiasan pada muka yang dinyatakan hanya celak.
3.1 Hukum Berhias Bagi Kaum Perempuan
Islam mengharuskan kaum perempuan berhias bagi meraikan fitrah manusia. Sebagai
contoh, islam mengharuskan perempuan berhias memakai sutera dan emas asalkan tidak
4
berlebihan dan bukan untuk bermegah-megah atau selama mana ianya tidak bertentangan dengan
syara‘ seperti berhias sehingga mendatangkan fitnah atau menimbulkan keghairahan lelaki.
Beberapa pandangan para ulama berkaitan aspek-aspek yang dibenarkan dan dilarang
oleh syarak dan hikmah daripada pensyariatan hukum tersebut. Tabarruj bererti wanita
menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum
lelaki dan meransang keinginan mereka. Dalilnya, Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab
Maksudnya:
Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti
Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta
berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan
kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang
mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-
bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). Surah Al Ahzab: ayat 33
Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka,
kecantikan dan perhiasannya. Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj
jahiliyyah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan
kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini dengan mendedahkan separuh tubuh, malah
lebih dari itu.
3.2 Perempuan Berhias Sehingga Menarik Perhatian Lelaki
Islam melarang kaum perempuan melakukan apa jua perkara yang boleh menarik
perhatian atau menimbulkan keghairahan kaum lelaki, seperti berhias dengan berlebihan,
memakai wangi-wangian di hadapan lelaki asing, memakai pakaian yang kurang sopan dan
memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian kaum lelaki. Di dalam al-Qur’an, banyak
disebutkan mengenai dengan larangan perempuan berhias sehingga menarik perhatian lelaki
asing dan menimbulkan keghairahan mereka. Antaranya Allah telah berfirman:
5
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka.” (Surah An-Nuur: 31)
Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan
kaum perempuan supaya tidak melihatkan perhiasan mereka kepada orang lain kecuali kepada
mahramnya. Terkecuali larangan tersebut pada perhiasan yang bukan pada anggota aurat iaitu
pada wajah dan kedua tapak tangan. ‘Aisyah Radhiallahu‘anha menceritakan tentang kejadian di
mana saudaranya Asma binti Abi Bakar Radhiallahu ‘anha pergi menemui Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang tipis. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam memalingkan wajahnya, lantas Baginda bersabda, maksudnya: “Wahai Asma’,
sesungguhnya apabila seorang perempuan sudah haidh (baligh), tidak elok untuk dilihat
daripadanya kecuali ini dan ini.” Dan Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan
kepada wajahnya dan kedua tapak tangannya. (Hadis riwayat Abu Daud)
Maksudnya: Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung.” Surah An-Nur: ayat 31
Ayat di atas juga menjelaskan larangan menghentakkan kaki apabila berjalan dengan
tujuan memperdengarkan bunyi gelang kakinya. Perempuan yang melakukan sedemikian dengan
tujuan bermegah-megah dan mempamerkan kepada kaum lelaki, maka hukumnya haram dan
tercela. Ibnu ‘Abbas dan Qatadah Rahimahumallah mengatakan bahawa larangan tersebut adalah
disebabkan kaum perempuan pada ketika itu apabila melintasi orang, mereka akan
menghentakkan kaki supaya didengar bunyi perhiasan kaki itu. Dan telah maklum bahawa lelaki
yang mudah terangsang dengan perempuan, apabila mendengar bunyi perhiasan itu, akan
membuatnya semakin ingin untuk melihat perempuan tersebut. Maka berdasarkan ini,
dilaranglah kaum perempuan melakukan perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki sama
ada untuk diketahui perhiasannya yang terdiri dari barang-barang kemas atau pun untuk tujuan
6
yang lain. Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w
dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al- ‘aariyaat).
4. Tabarruj yang dibenarkan dan yang dilarang oleh syarak
Islam membenarkan umat untuk bertabarruj dan islam juga melarang keatas umatnya bertabarruj
dengan beberapa sebab seperti berikut:
4.1 Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
Keinginan naluri perempuan untuk berhias agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata tidak pernah dihalang oleh Islam kerana ianya adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia. Namun ini tidaklah bermakna seorang perempuan itu boleh berhias diri mengikut seleranya dengan mengenepikan apa yang telah dibataskan dan ditetapkan oleh syara‘.
Bagi perempuan bersuami, Islam telah menetapkan supaya kecantikannya hanyalah dipamerkan untuk seorang lelaki yang menjadi pasangan hidupnya iaitu suami. Hikmah diharuskan bagi perempuan bersuami berhias adalah supaya dia sentiasa nampak menarik di mata suaminya dan sekaligus sebagai salah satu luahan perasaan daripada isteri itu bahawa dia menyayangi suaminya.
Dengan demikian, ia akan lebih mengerat dan mengekalkan hubungan kasih sayang di antara suami isteri itu. Hubungan kasih sayang inilah antara matlamat syara‘ dalam hidup berumah tangga. Oleh itu, seorang perempuan yang betul-betul memahami matlamat tersebut akan berhias untuk suaminya ketika berada di rumah, dan bukannya berhias apabila hendak keluar dari rumah.
Batasan berhias yang ditetapkan oleh syara‘ bukanlah sebagai satu penyekatan, tetapi sebagai pemelihara diri dan kemurnian akhlak seperti mengelak diri dari fitnah atau gangguan lelaki asing, menjauhkan diri dari sifat berlebih-lebihan atau bermegah-megahan dan sebagainya.
4.2 Bertabarruj dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
Islam melarang kaum perempuan melakukan apa jua perkara yang boleh menarik
perhatian atau menimbulkan keghairahan kaum lelaki, seperti berhias dengan berlebihan,
memakai wangi-wangian di hadapan lelaki asing, memakai pakaian yang kurang sopan dan
memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.
Di dalam al-Qur’an, banyak disebutkan mengenai dengan larangan perempuan berhias
sehingga menarik perhatian lelaki asing dan menimbulkan keghairahan mereka. Antaranya
maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka.” (Surah an-Nuur: 31)
7
Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan
kaum perempuan supaya tidak melihatkan perhiasan mereka kepada orang lain kecuali kepada
mahramnya.
Terkecuali larangan tersebut pada perhiasan yang bukan pada anggota aurat iaitu pada
wajah dan kedua tapak tangan. ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha menceritakan tentang kejadian di
mana saudaranya Asma binti Abi Bakar Radhiallahu ‘anha pergi menemui Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang tipis. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam memalingkan wajahnya, lantas Baginda bersabda :
Maksudnya: “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila seorang perempuan sudah haidh (baligh),
tidak elok untuk dilihat daripadanya kecuali ini dan ini”. Dan Baginda Shallallahu ‘alaihi
wasallam mengisyaratkan kepada wajahnya dan kedua tapak tangannya. (Hadis riwayat Abu
Daud ).
4.3 Bersolek dan berhias.
Alat-alat perhiasan bersolek atau make up seperti gincu, eye shadow, bedak, pemerah
pipi dan sebagainya hukumnya adalah seperti berikut
Menurut Al-Syafi’iyyah (ulamak Mazhab Syafi’iy) sebagaimana dinaqalkan oleh Al-
Nawawi, haram bagi wanita yang tidak mempunyai suami atau yang melakukannya tanpa izin
suami dan harus bagi wanita yang bersuami dengan izin suaminya. (Sahih Muslim dengan
Syarah Al-Nawawi). Demikian juga pendapat sebahagian Hambilah (ulamak Mazhab Hambali)
bahawa keluar rumah dengan memakai perhiasan yang mengandungi bauan yang wangi juga
haram. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Wangian lelaki adalah yang terserlah baunya dan
tersembunyi warnanya, wangian wanita adalah yang terserlah warnanya dan tersembungi
baunya”. riwayat Al-Tirmizi.
Walau apapun muslimah yang ingin memakai make up seharusnya menjauhi alat atau
bahan yang mengandungi kimia atau campuran yang membahayakan kerana Islam
memerintahkan umatnya agar menjauhi semua perkara yang mendatangkan kemudaratan sama
ada cepat atau lambat. Begitu juga dalam berhias tidak boleh berlebihan-lebihan kerana
berlebihan-lebihan juga adalah sikap yang tidak disukai oleh Allah dan rasul. Fudhalah bin
8
‘Ubaid berkata: “sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang kami daripada banyak bermewah dan
berhias” riwayat Abu Dawud.
4.4 Mempercantikkan bibir (bergincu)
Salah satu barangan kecantikan kaum perempuan pada zaman ini adalah gincu atau
lipstik. Ianya adalah bahan yang digunakan untuk mewarnai bibir agar bibir tidak pucat dan
kelihatan segar. Maka timbul persoalan mengenai hukum bergincu. Apakah hukum bagi
perempuan yang sudah berkahwin dan perempuan bujang atau yang tidak bersuami memakai
gincu atau lipstik? Perlu diingat bahawa hukum bergincu atau memakai lipstik boleh dikaitkan
dengan hukum berinai dan berhias bagi perempuan yang tidak berihram.
i. Hukum bergincu bagi perempuan bersuami
Dalam kitab al-Majmu‘, Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan: “Jika seorang
perempuan itu mempunyai suami,disunatkan baginya berinai pada semua masa, kerana berinai
itu adalah hiasan dan kecantikan, dan dia (perempuan yang bersuami) disunatkan
berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya sepanjang masa”.
Dari penjelasan tersebut, maka tidaklah dilarang perempuan bersuami bergincu bagi
tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya malahan ianya adalah sunat.
ii. Hukum bergincu bagi perempuan yang tidak mempunyai suami
Adapun bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami adalah makruh berinai kerana
ditakuti akan mendatangkan fitnah kepada dirinya atau kepada orang lain. Ini turut dijelaskan
oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah: “Jika seorang perempuan itu tidak mempunyai suami dan
dia bukan hendak berihram, adalah makruh baginya berinai tanpa ada sebab keuzuran kerana
ditakuti akan berlaku fitnah ke atasnya dengan sebab inai dan berlaku fitnah ke atas orang lain
dengan sebab dia berinai itu”.
Mengambil kira keharusan berinai dan berhias sebagaimana yang telah dijelaskan, maka
tidaklah dilarang perempuan bersuami memakai gincu bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik
9
untuk suaminya, selama mana gincu itu sendiri suci yakni bukan dari benda najis atau bercampur
dengan bahan najis. Adapun perempuan yang bujang atau yang tidak bersuami adalah makruh
memakai gincu kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah. Tetapi hukum makruh akan bertukar
menjadi haram bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami sekiranya dengan bergincu itu
boleh menimbulkan fitnah, seperti boleh menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga bagi
perempuan yang bersuami jika memakai gincu tanpa keizinan suami, hukumnya adalah haram.
3.3.5 Mencukur bulu alis mata
Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya
mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha
untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri
sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening
yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan
pencil celak.
Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada
asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam
persoalan yang dibincangkan.
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa
isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu
itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang
wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati
suaminya. Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah keburukan yang ada pada dirimu sedaya yang
kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu
membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk
menghilangkan keburukankan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah
daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak
sewajarnya. Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal
kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau
10
meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang
mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-
Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak
boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai
kerana semua ini tumbuh di wajah. Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang
mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan
yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening
kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan
oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah
SWT.
Hukum mencukur bulu kening adalah haram dan perbuatan itu amat dilaknat oleh Allah
swt, walau apa jua alasan sekalipun. Kita sering lihat hal ini berlaku semasa majlis persandingan
berlangsung. Dilaknat Allah pada awal perkahwinan, boleh jamin rumahtangga direstui Allah
hingga keseterusnnya sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan dari Alqomah sabda nabi
yang bermaksud,
“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu
alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo”.
( Bukhari dan Muslim)
3.3.6 Bertatoo
Tatoo adalah menusuk-nusukkan jarum atau yang sejenisnya kepada kulit sehingga
mengalirkan darah kemudian diberikan alkohol atau yang sejenisnya sehingga menjadi biru.
Bertatoo ini biasa dilakukan oleh kaum lelaki untuk dilihat kelihatan cantik dan dipandang gagah
oleh kaum wanita. Kebiasaanya tattoo ini dilakarkan di tangan, wajah, badan bahkan kaki dan
juga di bagian tubuh lainnya.
Melakukan tatoo pada kulit adalah perbuatan yang diharamkan Allah swt, sebagaimana
disebutkan didalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Al-Qomah bahwasanya Rasulullah saw
11
bersabda, ”Allah melaknat orang-orang yang mentatto dan yang minta untuk ditatto.” (Bukhari
dan muslim)
Bertatoo diharamkan kerana ia termasuk di dalam perbuatan yang merubah ciptaan Allah
swt serta menjadikan ditempat tatto itu najis dengan membekunya darah. Sekiranya tatoo itu
boleh di buang dengan cara perubatan, maka wajib si pemakainya melakukannya untuk
membuangkannya selagi tidak memudharat kepada pemakai tattoo seperti menjadi cacat pada
wajah muka, tangan dan sebagainya. Si pemakai harus bertaubat sekiranya tidak dapat
menghilangkan tattoo itu.
3.3.7 Kikir gigi dan ‘Braces’
Merapikan dan memendekkan gigi sudah menjadi kebiasaan pada masa dahulu. Kita
dapat mendengarnya melalui kisah-kisah cerita, kebiasaannya dilakukan oleh perempuan. Kerana
itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir)
dan minta supaya dikikir. Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak
mendapat laknat.
Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, iaitu menjarangkan gigi. Dalam hal
ini Rasulullah pernah melaknat, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:
“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang
mengubah ciptaan Allah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menjarakkan gigi iaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit
jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang
tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya
giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan
dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat,
hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.
Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style’ mereka kepada merapatkan gigi
menggunakan ‘braces’ yang bertujuan mencantikkan susunan gigi. Ketika itu, hukum haram
yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Adapun jika ia
dilakukan bagi inidividu yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi
harus.
12
Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut :
“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan,
misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka
ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan
kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan
agama buat kita ini dengan penuh kesukaran”.
3.3.8 Susuk dan Sihir
Ada sebahagian perempuan atau lelaki sanggup menyekutukan Allah semata-semata
ingin kelihatan cantik. Mereka sanggup bertabarruj dengan pemakaian susuk, ia dianggap lebih
berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti
muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas
bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia
sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran. Tentang
pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan:
“Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat
mereka” (al-Baqarah: 102)
Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh
menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan darjat pelakunya di dunia ini lagi.
Justeru itu Nabi bersabda:
“Jauhilah tujuh perkara besar yang merosakkan. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu,
ya Rasulullah? Jawab Nabi, iaitu: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang oleh Allah
diharamkan kecuali kerana hak, makan harta riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan,
menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur.
Sementara ada juga yang berpendapat, ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat
dari bahaya sihir. Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada
Allah dari kejahatan tukang sihir, iaitu firmanNya:
“(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul” (al-Falaq: 4)
13
Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu
hadis dikatakan, “Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa
menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik” (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah
satu rawi-rawinya adalah thiqah)
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan
kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu
mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga
telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan
kepada tangkal dan menggantungnya.
5. Hikmah-hikmah diharuskan dan diharam bertabarruj
Berikut adalah antara hikmah-hikmah diharuskan dan diharamkan bertabarruj
antaranya ialah:
5.1 Dapat menghubungkan kasih sayang
Diharuskan bagi perempuan bersuami berhias adalah supaya dia sentiasa nampak
menarik di mata suaminya dan sekaligus sebagai salah satu luahan perasaan daripada isteri itu
bahawa dia menyayangi suaminya. Dengan demikian, ia akan lebih mengerat dan mengekalkan
hubungan kasih sayang di antara suami isteri itu. Hubungan kasih sayang inilah antara matlamat
syara‘ dalam hidup berumah tangga. Oleh itu, seorang perempuan yang betul-betul memahami
matlamat tersebut akan berhias untuk suaminya ketika berada di rumah, dan bukannya berhias
apabila hendak keluar dari rumah. Batasan berhias yang ditetapkan oleh syara‘ bukanlah sebagai
satu penyekatan, tetapi sebagai pemelihara diri dan kemurnian akhlak seperti mengelak diri dari
fitnah atau gangguan lelaki asing, menjauhkan diri dari sifat berlebih-lebihan atau bermegah-
megahan dan sebagainya.
5.2 Dapat menggelakkan unsur penipuan
Bertabarruj yang tidak mengikut syariat islam mungkin mengandungi unsur penipuan
yang diharamkan Islam. Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-
unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik yang
menukarkan wajah yang tua kepada muda.
14
5.3 Mengubah Ciptaan Allah
Dengan tujuan untuk cantik manusia pada hari ini sanggup mengubah ciptaan Allah SWT
terhadap diri seseorang. Islam` melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh
seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan
kosmetik. Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan
kecacatan, hukumnya harus. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ
tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada
kejadian tubuh manusia normal.
5.4 Syirik kepada Allah
Adalah yang paling ditakuti sekali ialah bertabarruj yang membawa kepada mensyirikan
Allah. Bertabarruj dengan cara menggunakan susuk salah satu cara yang boleh membawa kepada
syirik kepada Allah. Oleh kerana semata-mata ingin kelihatan dipandang cantik, manusia
sanggup malakukan apa sahaja. Islam melarang umatnya melakukan bertabarruj sehingga
mensyirikan Allah. Rupa paras yang cantik tidak akan dapat kekal selama-lamanya, apabila
sampai waktunya ia tetapkan akan dimamah usia tua.
Penutup
Keinginan naluri perempuan untuk berhias agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata
tidak pernah dihalang oleh Islam kerana ianya adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia.
Namun ini tidaklah bermakna seorang perempuan itu boleh berhias diri mengikut seleranya
dengan mengenepikan apa yang telah dibataskan dan ditetapkan oleh syara‘. Bagi perempuan
bersuami, Islam telah menetapkan supaya kecantikannya hanyalah dipamerkan untuk seorang
lelaki yang menjadi pasangan hidupnya iaitu suami.
Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang
biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segalanya, maka perlu kita ketahui juga batas-
batas yang perlu dipelihara, iaitu:
1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian
15
lelaki ajnabi.
2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-
lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugat perasaan lelaki ajnabi.
Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian, bergincu dengan warna
yang begitu menyerlah merah menyala-nyala, berbedak dengan bedak yang berwarna-warni, di
tambah dengan keharuman yang menyemarak dan memanjangkan kuku atau sebagainya.
3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh
dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.
Bersoleklah secara sopan, bersahaja dan kemas serta menampilkan ciri-ciri wanita yang
baik. Tidak kelihatan seperti wanita yang mahu memikat lelaki atau ciri-ciri wanita fasiq dan
sebagainnya. Seperti kita lihat ramai wanita hari ini yang bersolek mengenakan gincu, bedak dan
segala macam melebihi dari sekadar yang dibenarkan oleh syarak. Mereka ini berhias begini
hanya diluar rumah sahaja, sedangkan ketika bersama suami keadaan adalah sebaliknya.
Lebih baik lagi jika diniatkan solekan itu sekadar untuk mengelakkan diri dari kusut
masai, berserabut dan tidak terurus. Berginculah sekadar mahu mengelakkan diri dari kelihatan
lesu, tak bermaya dan tidak cergas. Berbedak atau berlosyenlah sekadarnya sahaja dengan tujuan
mahu menjaga kesihatan kulit muka dan sebagainya. Kalau bersolek itu tidak boleh, tentu ramai
orang pergi ke pejabat atau mengajar ke sekolah dalam keadaan kusut masai dengan muka
seperti orang yang belum mandi. Badan kelihatan lesu manakala pakaian pula tidak bergosok.
Berkedut sana dan sini. Baju bergosok, haram katanya. Ditambah lagi dengan bau peluh yang
kurang enak dan menyengat hidung. Pakai wangian walaupun yang baunya tersembunyi untuk
menghindarkan dari bau peluh, juga haram katanya.
Sudah tentu para wanita muslimah dapat menggambarkan bagaimana cara hendak
menghindarkan keadaan di atas. Dan.. Kalau sudah dapat menggambarkannya, itulah dia
solekkan yang dibenarkan oleh syarak ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Sekadar mahu
mengelakkan diri dari kusut masai dan nampak tidak terurus.
Bukan sekadar lipstik, malahan umumnya wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan
bersolek. Sebab sudah memang naluri semulajadi mereka sukakan begitu. Syeikh Athiyah Saqar
16
mengatakan: Memperelok menghias diri oleh seseorang manusia secara umumnya mempunyai
kepentingan dan kebaikan. Dan secara khususnya, menghias diri bagi seorang wanita
mengandungi mara bahaya. Kecantikan adalah satu perkara yang disukai oleh jiwa naluri. Ia
mempunyai tempat di dalam agama, di mana ia dituntut secara syarak dengan kadar yang dapat
membawa kepada tujuan yang baik darinya, serta terhindar dari perkara-perkara yang
diharamkan dari sudut cara, tujuan dan maksud.
Rujukan
Al-Quranul Karim
Abullah bin Basmeih,Sheikh (2000). Tafsit pimpinan Ar-Rahman. Kuala Terengganu:
Percetakan Yayasan Islam Terengganu.
Hj. Muhammad Nor b. Hj. Ibrahim, Hj. Ismail b. Hj. Yusof, Abdullah b. Basmeih, Sheikh
17
(2000). Mustika Hadis Rasulullah. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
Harun Ar Rasyid bin Hj. Tuskan (2004). Akhlah Harian Setiap Muslim. Kuala Lumpur:
Al Hidayah Publishers.
Muhammad Khayr Fatimah (1996). Terj... Mohd Sofwan bin Amurullah. Adab Dan Sopan
Dalam Islam Jilid 1,2 dan 3. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.
Fatimah Hj. Omar (2010). Personaliti Wanita Yang Disayangi Allah Dan Rasul. Kuala Lumpur:
Mulia Terang Sdn Bhd.
18