21
DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SEMPENA MAJLIS AMANAT YB MENTERI SEMPENA PENGUATKUASAAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL DI PUNCA 18 MEI 2016 (RABU) DEWAN KRISTAL KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

  • Upload
    vandien

  • View
    241

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

DERAF TEKS UCAPAN

YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN MENTERI

KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

SEMPENA

MAJLIS AMANAT YB MENTERI SEMPENA PENGUATKUASAAN

PENGASINGAN SISA PEPEJAL DI PUNCA

18 MEI 2016 (RABU) DEWAN KRISTAL

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Page 2: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

2

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,

Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah

SWT atas limpah rahmat dan izin Nya, kita dapat bersama-sama dan

berkumpul pada pagi ini bagi menyampaikan amanat yang penting kepada

warga kerja penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam (SWCorp) bersempena dengan Penguatkuasaan

Page 3: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

3

Pengasingan Sisa Pepejal di Punca bermula pada 1 Jun 2016 ini.

Sesungguhnya kehadiran YBhg.Datuk/Tuan/Puan dan para hadirin ke majlis

ini telah menzahirkan komitmen yang tinggi bagi memastikan usaha kerajaan

dalam meningkatkan kadar kitar semula Negara pada tahap yang

membanggakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekaligus

mengurangkan jumlah penjanaan sisa pepejal ke tapak pelupusan yang perlu

diuruskan dengan peruntukan yang tinggi.

Page 4: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

4

2. SWCorp yang telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 merupakan agensi

yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan peraturan-peraturan

yang berkaitan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan

pembersihan awam. Mulai 1 September 2011, Akta 672 telah dikuatkuasakan

di beberapa negeri iaitu Perlis, Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Objektif

melaksanakan penguatkuasaan Akta 672 ini adalah untuk menyelaras dan

mentransformasikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan

Page 5: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

5

pembersihan awam negara dengan meningkatkan profesionalisme

perkhidmatan di negeri-negeri berkaitan. Dengan usaha-usaha transformasi

ini, diharap dapat mengatasi cabaran-cabaran yang semakin kompleks

dewasa ini dan di antara cabarannya adalah peningkatan kos pengurusan

sisa pepejal dan kadar kitar semula yang masih terbelakang berbanding

dengan negara-negara maju yang lain.

Page 6: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

6

3. Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah

menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca bermula 1 September

2015 yang lalu di negeri-negeri yang menggunapakai Akta 672. Hanya

dengan tiga langkah mudah, kita dapat menyelamatkan tapak pelupusan

sampah yang semakin padat saban hari. Salah satu tujuan pengasingan sisa

ini dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat

terhadap amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) serta dapat memupuk

pembudayaan amalan kebersihan dalam memastikan kelestarian alam

Page 7: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

7

sekitar untuk menjayakan aspirasi negara menjadi sebuah negara yang

bersih, indah dan sejahtera menjelang 2020.

4. Sebagaimana yang kita sedia maklum juga, bermula 1 Jun 2016 ini

adalah hari yang amat bersejarah buat SWCorp dan kerajaan khususnya iaitu

pelaksanaan penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca secara

mandatori dan langkah ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk

memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan memastikan

peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi oleh masyarakat. Langkah

Page 8: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

8

penguatkuasaan ini adalah langkah terakhir yang diambil oleh SWCorp

kepada masyarakat setelah pendidikan, kempen dan engagement yang telah

dilakukan bermula 1 Jun 2015 dan ini merupakan fasa ketiga di mana

tindakan penguatkuasaan akan dikenakan kepada mana-mana premis di

bawah seliaan SWCorp yang didapati tidak mengasingkan sisa pepejal di

punca. Penguatkuasaan ini bukan bertujuan untuk menghukum masyarakat

tetapi untuk memberikan gambaran bahawa kerajaan memandang serius

berkaitan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca.

Page 9: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

9

Para hadirin yang dihormati sekalian,

5. SWCorp harus menjadi pemangkin kepada transformasi minda

masyarakat dan melakukan perubahan yang signifikan kepada negara dalam

usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan

sejahtera. Hal ini dapat dilihat dalam pelaksanaan pengasingan sisa pepejal

di punca melalui dua fasa sebelum ini di mana fasa pertama melibatkan

pemakluman kepada masyarakat berhubung panduan dan kaedah

berkenaan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca dengan edaran

Page 10: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

10

risalah kepada setiap premis dan fasa kedua melibatkan Ops Mata Hati yang

bertujuan mendidik masyarakat dan memberikan penerangan mengenai

pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca kepada penghuni premis.

Hasil usaha dan pengorbanan yang telah dilaksanakan dalam memastikan

inisiatif Kerajaan untuk melaksanakan Pengasingan Sisa di Punca mulai 1

September 2015 yang lalu tercapai, sehingga Mei 2016, sebanyak 85,239

surat peringatan mesra telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang

didapati tidak melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca dan ini

Page 11: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

11

membuktikan warga kerja penguatkuasa SWCorp sentiasa komited dalam

melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

6. SWCorp perlu mempunyai strategi bagi memantapkan fungsinya

sehingga menjadikan SWCorp sebagai sebuah organisasi yang membuktikan

kewibawaannya dalam melaksanakan perubahan besar kepada landskap

pengurusan sisa pepejal dan kebersihan negara. Untuk itu, satu ketetapan

atau garis panduan telah diwujudkan kepada warga kerja penguatkuasa

dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan agar keseragaman tindakan

Page 12: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

12

adalah sama di semua negeri di bawah seliaan SWCorp. Diharapkan semua

warga kerja penguatkuasa SWCorp dapat menjalankan tugas berdasarkan

garis panduan yang telah dibangunkan ini bagi memastikan tiada pertikaian

yang boleh diambil oleh orang awam apabila tindakan penguatkuasaan

dilaksanakan.

7. Pendidikan secara berterusan juga perlu diberi kepada masyarakat

untuk melakukan pengasingan sisa pepejal di punca dengan cara yang betul.

Penguatkuasaan adalah langkah yang terakhir yang akan diambil sekiranya

Page 13: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

13

masyarakat masih ingkar dengan tidak melakukan pengasingan. Kempen

dan ceramah secara berterusan perlu diberikan kepada masyarakat agar

penambahbaikan dalam melaksanakan pengasingan akan terlaksana dan

menjadi ikutan masyarakat yang lain.

8. Selain itu, saya juga ingin mengingatkan kepada semua bahawa kita

perlu mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang

kukuh dalam tugasan seharian. Pemantapan integriti dan akauntabiliti dalam

setiap diri warga kerja penguatkuasa SWCorp adalah merupakan landasan

Page 14: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

14

yang sangat penting dalam meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap

keupayaan SWCorp melaksanakan dasar yang digariskan. Albert Einstein

pernah berkata: “whoever is careless with the truth in small matters cannot be

trusted with important matters.” Jesteru, warga kerja Penguatkuasa perlu

menekankan aspek integriti yang tinggi semasa mengambil tindakan

penguatkuasaan kepada orang awam. Ini adalah amat penting dalam

memastikan imej Kementerian dan kerajaan khususnya tidak tercemar. Perlu

diingatkan juga bahawa, walaupun kita mempunyai kuasa dalam

mengenakan tindakan undang-undang, kita perlu berhemah dalam setiap

Page 15: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

15

tindakan yang diambil dan amalan tegas tetapi mesra perlu diamalkan dalam

setiap tindakan yang dilaksanakan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

9. Ke arah mencapai matlamat dan kepentingan pengasingan sisa pepejal

di punca ini, warga kerja penguatkuasa SWCorp perlu mempertingkatkan

tekad dan azam untuk berusaha dengan lebih gigih, mempunyai disiplin yang

tinggi dan amanah dalam satu pasukan yang kuat untuk meningkatkan

Page 16: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

16

prestasi dan meneruskan momentum kecemerlangan SWCorp. Dengan

strategi-strategi yang berkesan di samping pendekatan-pendekatan yang

strategik, impak ke atas pelaksanaaan penguatkuasaan pengasingan sisa

pepejal di punca ini dapat merealisasikan perubahan minda masyarakat ke

arah sebuah masyarakat yang menghargai kebersihan persekitaran dan

pengamalan kitar semula yang meningkat kepada 22% pada tahun 2020.

Page 17: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

17

10. Selain itu, faktor utama penentu kejayaan pelaksanaan

penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal di punca ini adalah kesediaan

warga kerja penguatkuasa sendiri untuk merubah minda dan cara bekerja

kepada budaya kerja kelas pertama bagi menggalas cabaran-cabaran dalam

mentransformasikan minda masyarakat untuk merealisasikan aspirasi ke

arah meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera

setanding negara-negara maju yang lain. Dengan penguatkuasaan ini,

diharap akan dapat memberikan nilai tambah kepada kerajaan serta dapat

Page 18: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

18

membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan berkaitan pengurusan sisa

pepejal.

11. Dalam usaha untuk menjadikan SWCorp yang sekaligus membawa

nama Kementerian sebagai sebuah organisasi yang dihormati dan dicontohi,

kita perlu peka kepada cabaran-cabaran yang harus ditempuhi supaya kita

sentiasa berada dalam keadaan kompetitif. Sesungguhnya, langkah-langkah

yang telah dilaksanakan dalam tahun-tahun terdahulu hanyala langkah-

langkah permulaan dalam perjalanan ke arah masa depan yang lebih baik.

Page 19: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

19

Justeru, dengan penguatkuasaan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di

punca ini diharapkan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang

melaksanakan dan mengamalkan penjagaan alam sekitar secara optimum

terutama dalam melaksanakan pengasingan dengan cara yang betul dan

konsisten sekaligus dijangka mampu mengurangkan 40% jumlah sisa pepejal

yang dihantar ke tapak pelupusan dan menambah jangka hayat tapak

pelupusan sedia ada. Semoga hasrat untuk menyenaraikan Malaysia di

antara negara terbersih di dunia mampu tercapai.

Page 20: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

20

Akhir kalam, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada

semua warga kerja SWCorp yang telah menggembeleng usaha dan tenaga

dalam memastikan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca ini

direalisasikan dan saya yakin dengan sokongan semua pihak, kita mampu

meninggalkan satu legasi dalam pengurusan sisa pepejal negara yang

komprehensif, moden dan mampan yang akan menjadi kebanggaan negara

dan rakyat Malaysia.

Page 21: DERAF TEKS UCAPAN YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN … UCAPAN YB MENTERI 18 MEI... · Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal

21

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.