7
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.gov.mv HARI SELASA 11 NOVEMBER 2003, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 23 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (PM #36712 v1) 1 Puan Lim Kee Moi minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan cara-cara yang baik untuk mengawal pencemaran udara oleh kenderaan pengangkutan. (PM #36822 v1) 2. Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tahanan yang menanti hukuman mati di setiap penjara di seluruh negara dan tempoh kebiasaannya untuk pesalah-pesalah ini menanti hukuman dilaksanakan. Dalam hal ini apakah kesuiitan pihak berkuasa di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di dalam pelaksanaan hukuman mati ini. (PM #36487 v1) 3. Dato' Haji Mohamad Taha Ariffin minta MENTERI PERTANIAN menyatakan apakah langkah-langkah MARDI untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (SME) dari segi pemasaran hasil pertanian negara kita. (PM #36579 v1) 4. Tuan Poh Mok Hua @ Poh Bak Hoe minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa kursus bagi Guru-Guru Terlatih diadakan pada waktu persekolahan. Ini telah mengganggu pelajaran dan menimbulkan masalah disiplin murid-murid. Adakah Kementerian akan merancang kursus-kursus ini diadakan pada cuti sekolah atau pada hujung minggu. (PM #36758 v1) 5. Tuan Ratnam a/I Muthiah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada tiap kaum di Malaysia dapat mengikuti kelas agama mengikut kepercayaan masing-masing sejak dari sekolah rendah lagi dan dapatkah kelas agama ini dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan biasa supaya gejala sosial di kalangan bukan Islam dapat dikurangkan.

DEWAN NEGARA · mengatasi masala tersebuth . (PM #36589 v1) 27. Tua Haj Hassani bin Shukrn minti MENTERa DALAI NEGERM I menyatakan:-a) berapaka jumla keseluruhah saman laln lintahu

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DEWAN NEGARA · mengatasi masala tersebuth . (PM #36589 v1) 27. Tua Haj Hassani bin Shukrn minti MENTERa DALAI NEGERM I menyatakan:-a) berapaka jumla keseluruhah saman laln lintahu

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.gov.mv

HARI SELASA 11 NOVEMBER 2003, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 23

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

(PM #36712 v1) 1 Puan Lim Kee Moi minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM

SEKITAR menyatakan cara-cara yang baik untuk mengawal pencemaran udara oleh kenderaan pengangkutan.

(PM #36822 v1) 2. Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan jumlah tahanan yang menanti hukuman mati di setiap penjara di seluruh negara dan tempoh kebiasaannya untuk pesalah-pesalah ini menanti hukuman dilaksanakan. Dalam hal ini apakah kesuiitan pihak berkuasa di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di dalam pelaksanaan hukuman mati ini.

(PM #36487 v1) 3. Dato' Haji Mohamad Taha Ariffin minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan apakah langkah-langkah MARDI untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (SME) dari segi pemasaran hasil pertanian negara kita.

(PM #36579 v1) 4. Tuan Poh Mok Hua @ Poh Bak Hoe minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan mengapa kursus bagi Guru-Guru Terlatih diadakan pada waktu persekolahan. Ini telah mengganggu pelajaran dan menimbulkan masalah disiplin murid-murid. Adakah Kementerian akan merancang kursus-kursus ini diadakan pada cuti sekolah atau pada hujung minggu.

(PM #36758 v1) 5. Tuan Ratnam a/I Muthiah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

sama ada tiap kaum di Malaysia dapat mengikuti kelas agama mengikut kepercayaan masing-masing sejak dari sekolah rendah lagi dan dapatkah kelas agama ini dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan biasa supaya gejala sosial di kalangan bukan Islam dapat dikurangkan.

Page 2: DEWAN NEGARA · mengatasi masala tersebuth . (PM #36589 v1) 27. Tua Haj Hassani bin Shukrn minti MENTERa DALAI NEGERM I menyatakan:-a) berapaka jumla keseluruhah saman laln lintahu

2 AUM DN 11/11/2003 (PM #36984 v1)

(PM #36545 v1) 6. Dato' Lim Sing @ Lam Kam Sang minta PERDANA MENTERI

menyatakan rasional di sebalik pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang mewajibkan anggota-anggota perkhidmatan awam yang sudah lama berkhidmat, untuk menduduki Penilaian Tahap Kecekapan Tahap 1 (PTK) dan jumlah wang yang akan dibelanjakan untuk menjayakan semua bentuk PTK sepanjang tahun 2003.

(PM #36898 v1) 7. Puan Mariah binti Haji Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah syarikat jualan langsung yang menipu para pengguna dan tindakan yang telah diambil oleh Kementerian.

(PM #36464 v1) 8. Dato' Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa pengambilan pekerja asing yang berlebihan menyebabkan pekerja tempatan terpaksa bersaing dari segi upah yang murah sedangkan pekerja tempatan memerlukan saraan hidup di negara sendiri yang tinggi. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk menangani perkara ini.

(PM #36420 v1) 9. Tuan K.R.A. Naidu minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM

SEKITAR menyatakan:-

(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengawal kesan rumah hijau di negara ini; dan

(b) apakah peranan Kementerian di peringkat antarabangsa untuk mengesahkan atau "ratify" Kyoto Protocol yang menetapkan tindakan yang perlu diambil oleh semua negara bagi mengawal pengeluaran gas yang berbahaya.

(PM #36676 v1) 10. Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan berapakali pelatih yang terlibat dan jumlah kewangan yang tidak dapat dibayar kepada pusat latihan akibat pembekuan tabung kemahiran pada bulan Mac 2003 dan apakah jaminan Kementerian untuk meneruskan Skim Pembangunan Kemahiran ini.

(PM #36944 v1) 11. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan adakah program-program lanjutan yang disediakan kepada bekas-bekas penagih dadah selepas mereka keluar dari Pusat Serenti dan bagaimanakah keberkesanan program-program itu dalam memastikan mereka tidak mengulangi perbuatan mereka.

Page 3: DEWAN NEGARA · mengatasi masala tersebuth . (PM #36589 v1) 27. Tua Haj Hassani bin Shukrn minti MENTERa DALAI NEGERM I menyatakan:-a) berapaka jumla keseluruhah saman laln lintahu

3 AUM DN 11/11/2003 (PM #36984 v1)

(PM #36432 v1) 12. Dato' Dr. Chin Fook Weng minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

keadaan yang sebenar di sekolah-sekolah di seluruh negara setelah pelaksanaan pengajaran Bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dan apakah usaha yang telah diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul.

(PM #36533 v1) 13. Tuan Sinniah a/I Raju minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN

DAN PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk menarik perhatian para pelancong terutamanya daripada negara India ke negara kita. Selain daripada sektor pelancongan apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan untuk menarik minat pelajar daripada negara India untuk menuntut di Malaysia dan usaha yang telah diambil oleh Kementerian untuk mempromosikan negara Malaysia kepada pelancong dan para pelajar daripada negara India.

(PM #36879 v1) 14. Datuk Yaakob bin Hj. Mohammed minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan:-

(a) apakah strategi dan perancangan Kementerian bagi mengawal keadaan banjir dengan memberi amaran awal bagi mengurangkan keadaan kemusnahan teruk di kawasan yang dilanda banjir seperti mana berlaku di beberapa negeri di Utara Semenanjung baru-baru ini; dan

(b) sejauh manakah pemantauan dibuat ke atas projek tebatan banjir di Sungai Muda, Kedah kerana ianya boleh membantu mengurangkan kemusnahan teruk apabila kawasan persekitarannya dilanda banjir.

(PM #36708 v1) 15. Puan Safinah binti Jusoh minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah rasionalnya Kerajaan tidak membenarkan anggota polis wanita yang beragama Islam daripada memakai uniform polis yang menutup aurat termasuk bertudung.

(PM #36868 v1) 16. Puan Wan Ubaidah binti Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan

apakah perkembangan mutakhir ke atas Projek Saluran Gas di antara Kerajaan Malaysia (Petronas) dengan Kerajaan Thailand. Sudahkah kata sepakat dicapai di antara penduduk Songkhla dengan Kerajaan Thailand dalam usaha menjayakan projek tersebut.

Page 4: DEWAN NEGARA · mengatasi masala tersebuth . (PM #36589 v1) 27. Tua Haj Hassani bin Shukrn minti MENTERa DALAI NEGERM I menyatakan:-a) berapaka jumla keseluruhah saman laln lintahu

4 AUM DN 11/11/2003 (PM #36984 v1)

(PM #36439 v1) 17. Dato1 Dr S. Vijayaratnam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

adakah semua penuntut warganegara Malaysia dapat memilih sistem peperiksaan pra-universiti yang mereka suka, antara STPM ataupun Matrikulasi.

(PM #36949 v1) 18. Che Puan Sri Kelana DiRaja Datin (Dr) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik

Yahya minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perbezaan utama di dalam sistem satelit Razaksat yang sedang dibangunkan kini berbanding dengan sistem satelit Tiungsat yang telah dilancarkan tidak lama dahulu, adakah kedua-duanya sama, jika ya apakah ini bermakna kita telah melangkah ke belakang di dalam penerokaan teknologi satelit.

(PM #36823 v1) 19. Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta MENTERI

KERJA RAYA menyatakan apakah projek Kementerian terhadap tempoh pembinaan tambak baru bagi menggantikan Tambak Johor dan sama ada ia nanti akan dikendalikan oleh sebuah syarikat konsesi dan jika ya, berapakah jumlah tol yang dijangka akan dikenakan, memandangkan ia mungkin akan menjadi satu masalah kepada rakyat Malaysia yang menggunakan laluan ini setiap hari untuk pergi bekerja di Singapura.

(PM #36457 v1) 20. Dato' Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI PERUSAHAAN

UTAMA menyatakan apakah kaedah terbaik menggunakan teknologi terkini untuk aktiviti pembalakan supaya hutan tidak tercemar.

(PM #36897 v1) 21. Puan Mariah binti Haji Abdullah minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan tindakan yang telah dan akan diambil untuk mewujudkan persaingan di kalangan para pengeluar di negara ini terutamanya pada masa datang di sektor pertanian dalam menghadapi cabaran AFTA.

(PM #36748 v1) 22. Tuan Ratnam a/I Muthiah minta PERDANA MENTERI menyatakan

langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk meninggikan peratus ekuiti kekayaan orang India negara ini dari 1.5% ke 3%. Juga nyatakan sama ada sasaran 30% ekuiti kekayaan negara untuk kaum bumiputera telah dapat dicapai dalam tahun 2010.

(PM #36945 v1) 23. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan kenapa ketua-ketua sindiket pengedaran dadah dan ceti haram begitu sukar untuk diberkas dan apakah tindakan bagi mengesan dan memberkas mereka yang terbabit.

Page 5: DEWAN NEGARA · mengatasi masala tersebuth . (PM #36589 v1) 27. Tua Haj Hassani bin Shukrn minti MENTERa DALAI NEGERM I menyatakan:-a) berapaka jumla keseluruhah saman laln lintahu

5 AUM DN 11/11/2003 (PM #36984 v1)

(PM #36372 v1) 24. Tuan Ismail bin Kassim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan

apakah tindakan yang telah dan akan diambil bagi menangani masalah pemalsuan cek Kerajaan dan nyatakan negeri-negeri yang terlibat serta jumlah kerugian yang ditanggung oleh pihak Kerajaan.

(PM #36908 v1) 25. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan mengenai perkembangan insentif pembelian komputer sebanyak RM400 yang mana ia hanya boleh dituntut setiap lima (5) tahun di mana pihaknya telah mencadangkan baru-baru ini agar tempoh tersebut dikurang kepada tiga (3) tahun dan insentif dinaikkan kepada RM500. Sejauh manakah pelaksanaan dasar tersebut dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk membeli komputer baru sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

(PM #36966 v1) 26. Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan dalam memastikan berapa dana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 21 Mei lalu sebagai sebahagian daripada pakej strategi ekonomi baru pihak Bank Negara telah mewujudkan Unit Khas Industri Kecil dan Sederhana di Bank Negara. Apakah masalah yang mungkin wujud oleh unit khas tersebut dan tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

(PM #36589 v1) 27. Tuan Haji Hassan bin Shukri minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan:-

a) berapakah jumlah keseluruhan saman lalu lintas tertunggak rakyat Singapura semenjak tahun 1995 hingga 2002; dan

b) apakah langkah-langkah drastik yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memaksa rakyat Singapura membayar saman kesalahan lalu lintas ini.

(PM #36592 v1) 28. Tuan Haji Hassan bin Shukri minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) sekiranya Singapura terus menambak Selat Johor.

Page 6: DEWAN NEGARA · mengatasi masala tersebuth . (PM #36589 v1) 27. Tua Haj Hassani bin Shukrn minti MENTERa DALAI NEGERM I menyatakan:-a) berapaka jumla keseluruhah saman laln lintahu

6 AUM DN 11/11/2003 (PM #36984 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

(DR 44/2003) Rang Undang-undang Perbekalan 2004 - Bacaan Kali Menyambung semula Perbahasan atas Yang Kedua masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" [10 November 2003]

Perdana Menteri akan mencadangkan:-

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat Dewan Negara 26 (3)

Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:-

"Bahawa Dewan ini,

menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang membanggakan dan

pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik meskipun terjejas

akibat keadaan ekonomi global yang bergolak dalam tempoh tiga

tahun pertama Rancangan Malaysia Kelapan;

mengambil maklum dan menyokong usaha berterusan Kerajaan

bagi mencapai pertumbuhan seimbang dan mapan dalam tempoh

2004-2005;

melulus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan

yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta

menyediakan peruntukan bagi mencapai matlamat dan iltizam

Dasar Wawasan Negara seperti yang dibentangkan dalam Kertas

Perintah Bil. 30 Tahun 2003;

Page 7: DEWAN NEGARA · mengatasi masala tersebuth . (PM #36589 v1) 27. Tua Haj Hassani bin Shukrn minti MENTERa DALAI NEGERM I menyatakan:-a) berapaka jumla keseluruhah saman laln lintahu

7 AUM DN 11/11/2003 (PM #36984 v1)

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal, Dewan yang

mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha

dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong Kerajaan

untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu

padu, adil, berdaya tahan dan berdaya saing".

3. (DR 45/2003) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2003 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" [6 November 2003]

4. (DR 46/2003) Rang Undang-undang Pilihan Raya (Pindaan) Bacaan Kali 2003 Yang Kedua