Upload
duongnguyet
View
238
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
DIAGNOSIS KESUKARAN, KESILAPAN DAN SALAH KONSEP PELAJAR
TINGKATAN EMPAT SEMASA MEMPELAJARI TAJUK
ELEKTROKIMIA DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH
EDAYA NOR BINTI RAMLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: DIAGNOSIS KESUKARAN, KESILAPAN DAN SALAH KONSEP
PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEMASA MEMPELAJARI TAJUK
ELEKTROKIMIA DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya: EDAYA NOR BINTI RAMLI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
NO 100, JLN INDAH JAYA 5, PROF.MADYA AZIZ BIN NORDIN
TAMAN INDAH JAYA, Nama Penyelia
43100 HULU LANGAT,
SELANGOR.
Tarikh: 10 JANUARI 2012 Tarikh: 10 JANUARI 2012
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan : ..............................................
Nama Penyelia : Prof. Madya Aziz bin Nordin
Tarikh : 10 JANUARI 2012
DIAGNOSIS KESUKARAN, KESILAPAN DAN SALAH KONSEP PELAJAR
TINGKATAN EMPAT SEMASA MEMPELAJARI TAJUK
ELEKTROKIMIA DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH
EDAYA NOR BINTI RAMLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI, 2012
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ................................................
Nama Penulis : EDAYA NOR BINTI RAMLI
Tarikh : 10 JANUARI 2012
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Bismillahirahmanirrahim,
Khas buat insan yang tersayang,
Arwah ayahku Ramli bin Md.Siden,
Ibuku Rohani Binti Jamaludin
Adik-beradikku Erwan, Erma, Erdawati dan Eaiman,
Teristimewa buat insan dikasihi Eddy,
Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan,
Di atas segala tunjuk ajar dan didikan yang diberikan,
Segala galakan dan sokongan yang diberikan,
Suka-duka kalian menjadi pendorong kejayaan dalam kehidupanku.
Buat sahabat-sahabat seperjuangan,
Ribuan terima kasih diucapkan,
Sedia berkongsi idea dan suka-duka bersamaku,
Segala kenangan kita bersama akan ku semat di dalam sanubariku.
Semoga Allah memberkati kalian semua,
Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan limpah kurnianya, laporan penyelidikan ini dapat disiapkan dalam
tempoh yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad S.A.W serta keluarga baginda.
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah diri dan tulus
ikhlas merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek saya iaitu Prof.
Madya Aziz bin Nordin di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat
yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan kepada pihak sekolah yang
terlibat serta pelajar-pelajar yang sudi menjadi responden saya dalam penyelidikan
ini. Terima kasih juga kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan sokongan
dalam meniti perjuangan menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
penyelidikan ini. Semoga segala bantuan, jasa baik dan kerjasama yang diberikan
diberkati oleh Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Pembinaan konsep yang tepat merupakan salah satu matlamat pengajaran dan
pembelajaran. Penguasaan konsep yang lemah di kalangan pelajar akan
menimbulkan kesilapan dan salah konsep berlaku semasa proses pembelajaran.
Pendekatan diagnosis merupakan salah satu kaedah untuk mengetahui masalah yang
dihadapi oleh pelajar selepas mempelajari sesuatu topik. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti subtopik yang sukar difahami, serta kesilapan dan salah konsep yang
sering dilakukan oleh pelajar dalam mempelajari topik elektrokimia. Kajian ini
melibatkan pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran
kimia di tiga buah sekolah menengah yang terpilih di daerah Hulu Langat, Selangor.
Seramai 141 orang pelajar aliran sains dipilih secara rawak. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini berbentuk set ujian diagnostik. Data yang diperolehi
dianalisis dengan mengira kekerapan, peratusan dan min untuk dibuat perbandingan
menggunakan Statistik Package For The Social Science (SPSS versi 16.0) dengan
kebolehpercayaan instrumen ialah 0.867. Hasil dapatan kajian menunjukkan siri
elektrokimia adalah subtopik yang sukar difahami oleh pelajar. Beberapa bentuk
kesilapan dan salah konsep pelajar dalam topik elektrokimia telah dikenalpasti.
Beberapa cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat mempertingkatkan
strategi pengajaran untuk proses pembelajaran yang efektif.
vi
ABSTRACT
Development of an accurate concept is one of the main agenda in teaching
and learning. Weak concept mastery among students will lead to mistakes and
misconceptions during learning process. Diagnostic approach is one of the methods
to determine the problems faced by students after they had learned a topic. This study
is aimed to identify the subtopic that hard to understand, as well as mistakes and
misconceptions that is often done by students in learning the electrochemical topics.
This study involved form four science stream students taking chemistry subjects at
the three selected secondary schools in the district of Hulu Langat, Selangor.
Samples of 141 science stream students were chosen randomly. The instrument that
was used in this study was in the form of diagnostic test. The data obtained were
analyzed in calculating the frequencies, percentages and mean for making the
comparison by using “Statistical Package for the Social Science (SPSS version
16.0)” with reliability of instrument is 0.867. The study showed that the
electrochemistry series is a subtopic that hard to understand by students. Some of the
students’ mistake and misconceptions were identified. Several recommendations
were made with the hope that educators could improve their teaching strategy for
effective learning process.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN THESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.6.1 Pelajar 11
viii
1.6.2 Guru 11
1.6.3 Sekolah 12
1.6.4 Kementerian Pendidikan 13
1.7 Batasan Kajian 13
1.8 Definisi Istilah 14
1.9 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.1.1 Objektif Mata Pelajaran Kimia Tingkatan 16
Empat
2.2 Kesukaran Dalam Mempelajari Kimia 18
2.2.1 Masalah Pembelajaran Elektrokimia 19
2.2.2 Masalah Penguasaan Konsep Kimia 20
2.3 Kesilapan Dalam Pembelajaran Kimia 22
2.4 Penyelesaian Masalah 23
2.5 Masalah Dan Kesukaran Dalam 25
Menyelesaikan Masalah
2.6 Pendekatan Dalam Penyelesaian Masalah 27
2.6.1 Pendekatan Polya 27
2.6.2 Pendekatan Frazer 28
2.7 Pendekatan Diagnostik 30
2.8 Penutup 31
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan. 32
3.2 Reka Bentuk Kajian. 32
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 33
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Bahagian A 34
ix
3.4.2 Bahagian B dan C 35
3.5 Prosedur Kajian 36
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Analisis Data 37
3.7.1 Bahagian A 37
3.7.2 Bahagian B dan C 38
3.8 Penutup 38
..4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data dan Perbincangan Hasil 39
4.2.1 Analisis Bahagian A 40
4.2.1.1 Analisis Bilangan Pelajar Mengikut
Sekolah 40
4.2.1.2 Latar Belakang Pelajar 41
4.2.1.3 Analisis Bilangan Pelajar Mengikut 43
Gred
4.2.2 Analisis Kesukaran Dalam Mempelajari
Topik Elektrokimia 44
4.2.3 Analisis Kesilapan 45
4.2.3.1 Analisis Kesilapan di Bahagian B 46
4.2.3.2 Analisis Kesilapan di Bahagian C 46
4.2.4 Analisis Salah Konsep Pelajar
Dalam Topik Elektrokimia 48
4.2.4.1 Analisis Salah Konsep Bahagian B 48
4.2.4.2 analisis salah konsep Bahagian C 58
4.3 Penutup 69
x
5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Perbincangan 70
5.2.1 Perbincangan Bagi Objektif Kajian
Pertama 71
5.2.2 Perbincangan Bagi Objektif Kajian Kedua 71
5.2.3 Perbincangan Bagi Objektif Kajian Ketiga 72
5.3 Rumusan 74
5.4 Implikasi Dan Cadangan 75
5.4.1 Guru 75
5.4.2 Pelajar 76
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 78
5.6 Penutup 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 87
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Analisis Soalan-Soalan Kertas Peperiksaan 4
Kimia SPM 1993 Hingga 2005.
3.1 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 33
3.2: Pembahagian Maklumat Respondan 34
3.3: Taburan Item Mengikut Subtopik dalam Topik 35
Elektrokimia
3.4: Pekali Alpha Cronbach 37
3.5: Tahap Penguasaan Berdasarkan Peratusan 38
4.1: Bilangan Respondan Yang Terlibat Dalam Kajian 40
4.2: Taburan Latar Belakang Pelajar Berdasarkan
Kekerapan dan Peratusan. 41
4.3 : Tahap Penguasaan Pelajar Mengikut Peratus Dan
Frekuensi 43
4.4: Taburan Min Tahap Penguasaan Pelajar 44
Berdasarkan Subtopik Elektrokimia
4.5: Jenis Kesilapan Pelajar Dalam Bahagian B 46
4.6: Jenis Kesilapan Pelajar Dalam Bahagian C 47
4.7: Taburan Pilihan Jawapan Item 1 49
4.8: Taburan Pilihan Jawapan Item 2 50
4.9: Taburan Pilihan Jawapan Item 3 50
4.10: Taburan Pilihan Jawapan Item 4 51
4.11: Taburan Pilihan Jawapan Item 5 52
xii
4.12: Taburan Pilihan Jawapan Item 10 52
4.13: Taburan Pilihan Jawapan Item 6 53
4.14: Taburan Pilihan Jawapan Item 7 54
4.15: Taburan Pilihan Jawapan Item 8 54
4.16: Taburan Pilihan Jawapan Item 9 55
4.17: Taburan Pilihan Jawapan Item 11 56
4.18: Taburan Pilihan Jawapan Item 12 56
4.19: Taburan Pilihan Jawapan Item 13 57
4.20: Taburan Pelajar Mengikut Kekerapan Dan 58
Peratusan Keseluruhan bagi Item-Item
di Bahagian C.
4.21: Taburan Salah Konsep Berdasarkan Bahagian C 60
xiii
SENARAI SINGKATAN
EDRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum Malaysia
SBP Sekolah Berasrama Penuh
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistik Package For The Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set ujian diagnostik 87
B Pengesahan Item Set Soal Selidik 100
C Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan, 102
Universiti Teknologi Malaysia.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan sains memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian
malah ianya dapat menyumbang kepada perkembangan negara. Matlamat utama
pendidikan sains di Malaysia adalah untuk memperlengkapkan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran saintifik yang mendalam. Ini adalah untuk
membolehkan mereka memahami dengan lebih baik tentang fenomena saintifik
seperti yang difahami oleh ahli sains supaya mereka dapat aplikasikan pengetahuan
sains dengan fenomena alam dan kehidupan seharian mereka. Pemahaman yang
mendalam juga membolehkan mereka memberikan penerangan secara rasional
tentang fenomena sains yang rumit dan pelbagai. Ia juga dapat menimbulkan
kesedaran tentang pentingnya fenomena sains dan pengaruhnya dalam kehidupan
seharian.
Menjelang tahun 2020, Malaysia telah berhasrat untuk menjadi sebuah negara
maju berdasarkan acuan sendiri. Dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju,
pembentukan negara bangsa merupakan satu peranan yang penting dan menjadi satu
tugas yang mencabar. Usaha untuk membangunkan modal insan perlu dilakukan
secara holistik melalui penekanan dalam penguasaan ilmu pengetahuan terutamanya
dalam bidang sains dan teknologi.
2
Dalam merealisasikan hasrat ini Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM) telah dirangka bagi membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran sains bagi mengembangkan daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai-
nilai murni untuk membolehkan mereka memahami dan menghargai sains dan
aplikasikannya dalam kehidupan seharian. Namun demikian, walaupun banyak
perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan negara, kelemahan pelajar dalam
pembelajaran sains masih tidak dapat diatasi sepenuhnya. Sebahagian besar
pengajaran sains di sekolah-sekolah menekankan penguasaan isi pengetahuan sains
dan penggunaan pengetahuan tersebut.
Pembelajaran di bilik darjah pula tertumpu kepada kefahaman proses sains
dan isi yang terdiri dari konsep-konsep sains. Kepadatan isi kandungan dan
kekangan masa membuatkan pelajar mengambil langkah mudah untuk belajar
melalui teknik hafalan (Novak, 2002). Pengajaran kimia melibatkan penyelesaian
masalah secara memperolehi atau mengumpul bukti, menilai kebolehpercayaannya,
kemudian menggunakan hasil-hasilnya untuk membuat pertimbangan sebelum
membuat keputusan atau tindakan diambil. Kaedah pengumpulan bukti semasa
menyelesaikan masalah dalam kimia adalah tersusun, dengan menggunakan
pendekatan saintifik (Abu Hassan, 2003).
Menurut Johnstone (1993), mata pelajaran Kimia perlu diajar dalam tiga
peringkat, iaitu melalui perwakilan makroskopik, perwakilan mikroskopik dan
perwakilan simbolik. Tiga peringkat ini hendaklah ditekankan didalam proses
pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah. Walau bagaimanapun, kajian (Ben-
Zvi, Eylon & Silberstein, 1988) menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar
menghadapi masalah dalam memahami bahagian mikroskopik dan perwakilan
simbolik kerana ianya terlalu abstrak dan sukar dilihat dengan mata kasar. Di antara
beberapa topik dalam subjek kimia tingkatan empat, elektrokimia merupakan satu
topik yang penting dalam kurikulum sekolah dan ianya juga merupakan topik yang
sukar untuk dikuasai oleh pelajar.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran Sains yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah
menengah di negara kita merangkumi mata pelajaran rampaian Sains, Sains
Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia. Di antara mata pelajaran tersebut, Kimia sering
dianggap sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar dipelajari dan difahami oleh
pelajar. Mata pelajaran kimia merupakan salah satu mata pelajaran sains yang
penting dan perlu dikuasai serta difahami oleh semua pelajar dengan sempurna.
Ianya juga merupakan salah satu mata pelajaran yang sukar difahami kerana
kebanyakan konsep kimia adalah abstrak dan sukar dibayangkan oleh pelajar.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pencapaian pelajar bagi
mata pelajaran kimia dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) amat membimbangkan.
Peratus pencapaian purata pelajar adalah pada paras yang kurang memuaskan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001). Kurikulum kimia patut diubah supaya lebih
penekanan diberikan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah.
Perubahan strategi pembelajaran dan pengajaran ini dapat membantu pelajar dalam
menguasai subjek kimia dengan lebih mendalam. Dalam laporan prestasi SPM yang
telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
(2006), soalan daripada topik elektrokimia merupakan soalan yang kerap ditanya
pada setiap tahun, soalan-soalan ini merangkumi subtopik-subtopik dalam topik
elektrokimia tingkatan empat.
Jadual 1.1 menunjukkan analisis soalan-soalan kertas peperiksaan kimia SPM
1993 hingga 2005(Nurul Firdaus, 2007). Dalam analisis ini, dapat dilihat bahawa
terdapat pelbagai bentuk soalan yang kerap ditanya dalam topik elektrokimia. Ini
menunjukan bahawa, topik elektrokimia ini adalah sangat penting dan pelajar
hendaklah memahaminya dengan baik dan sempurna.
4
Jadual 1.1: Analisis Soalan-Soalan Kertas Peperiksaan Kimia SPM
1993 - 2005.
SPM Soalan Topik Elektrokimia
1993
Soalan esei: No.2
Takrif elektrolisis, teori ion,
pengekstrakan logam plumbum secara
elektrolisis plumbum(II) bromida
lebur.
1994 - -
1995 Soalan esei: No.4 Elektrolisis leburan sebatian ionik,
eksperimen untuk menunjukkan kesan
jenis elektrod dan kepekatan ion
keatas hasil elektrolisis, dan
penyaduran secara elektrolisis.
1996 Soalan struktur:
No.2
Sel kimia dan sel elektrolisis,
menentukan kutub negatif dalam sel
kimia dan sel elektrolisis, menentukan
arah pengaliran elektron, perubahan
tenaga, pemerhatian, dan menulis
persamaan setengah.
1996 Soalan struktur:
No.2
Sel kimia dan sel elektrolisis,
menentukan kutub negatif dalam sel
kimia dan sel elektrolisis, menentukan
arah pengaliran elektron, perubahan
tenaga, pemerhatian, dan menulis
persamaan setengah.
1997 Soalan esei: No.3 Maksud elektrolisis dan ion, terangkan
proses elektrolisis, membina sel kimia
dan menerangkan bagaimana sel kimia
5
menghasilkan arus elektrik.
1998 Soalan struktur:
No.2
Menulis formula ion dalam larutan
kuprum(II) klorida berlaku.
Menerangkan perubahan keamatan
warna larutan semasa elektrolisis
kuprum(II) klorida berlaku.
1999 Soalan struktur:
No.1
Menyatakan perubaha tenaga semasa
elektrolisis berlaku dalam suatu sel
kimia. Mengenalpasti terminal negatif
pada sel kimia. Penamaan katod pada
sel elekrolisis. Memberikan
pemerhatian pada elektrod semasa
elektrolisis berlaku. Menerangkan
perubahan keamatan warna larutan
kuprum (II) sulfat semasa elektrolisis
berlaku dengan menggunakan faktor
jenis elektrod.
Esei Pengekstrakan logam secara
elektrolisis.
2000 Soalan struktur: No
2
Menentukan kutub positif dan kutub
negatif dalam sel kimia. Menyatakan
fungsi pasu berliang. Mengenalpasti
perubahan tenaga yang berlaku dalam
sel kimia. Menerangkan arah
pengaliran elektron berdasarkan
kedudukan logam dalam siri
elektrolisis. Menyatakan perubahan
pada larutan dan menulis persamaan
ion. Membandingkan nilai voltan yang
terhasil dalam dua sel kimia
6
berdasarkan perbezaan kedudukan
logam dalam siri elektrolisis.
Menyusun logam-logam dalam siri
elektrolisis berdasarkan nilai voltan
dan kutub positif yang diberikan.
Meramalkan nilai voltan sel ringkas
berdasarkan perbezaan kedudukan
logam dalam siri elektrolisis.
2001 Soalan objektif:
No. 4,5,7
Elektrolisis leburan, pengaliran
elektron dan mengenalpasti terminal
negatif.
2002 - -
2003 Soalan objektif Elektrolisis larutan ferum(II) sulfat.
Soalan struktur:
No.3
Elektrolisis menggunakan elektrod
karbon.
2004 Soalan objektif:
No.3, 26
Penentuan elektrolit dan penyaduran.
Soalan struktur:
No.3
Elektrolisis larutan kuprum(I) sulfat
cair, maksud kation, perubahan tenaga
dan pemerhatian di elektrod.
2005 Soalan objektif :
No.3,4
Elektrolit dan kekonduksian dalam
leburan.
Soalan esei: No.9 Penyaduran besi, elektrolisis
menggunakan elektrod karbon dan
pembinaan sel kimia.
(Sumber :Nurul Firdaus, 2007)
7
Kebanyakan sekolah menggunakan ujian dan peperiksaan sebagai satu alat
pengukur untuk menguji kebolehan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi
pelajar, ujian diwujudkan untuk mengetahui sejauh mana mereka dapat memahami
atau menguasai sesuatu mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Bagi pandangan
sekolah pula, ujian atau peperiksaan adalah penting kerana ia bukan sahaja
digunakan sebagai satu alat penilaian terhadap pelajar tetapi turut digunakan untuk
mengenalpasti masalah pelajar sama ada dari segi pengajaran guru dalam kelas,
kebolehan pelajar untuk menerapkan apa yang dipelajari, penggunaan bahasa
pengantar di kelas, penggunaan buku teks, buku latihan dan sebagainya. Aziz (1989),
berpendapat bahawa penilaian mesti dilakukan sepanjang proses pembelajaran dan
pengajaran supaya dapat memperbaiki kelemahan dan masalah pelajar dengan
segera. Untuk menjayakan proses penilaian ini, suatu pendekatan yang diperkenalkan
untuk mengesan masalah pelajar adalah melalui proses diagnosis. Diagnosis atau
lebih dikenali sebagai alat pengesan boleh dilakukan melalui penggunaan soalan,
soal selidik, temu bual, soalan oral dan sebagainya. Sebenarnya, latihan atau kerja
sekolah yang diberikan kepada pelajar merupakan pendekatan diagnosis kerana ia
juga digunakan untuk menilai pelajar setelah sesuatu topik diajar.
Menurut Hacking dan Garnett(1985), dalam mata pelajaran kimia di sekolah
terdapat empat topik yang dikatakan paling sukar difahami iaitu keseimbangan
kimia, tindak balas stoikiometri, konsep mol serta pengoksidaan dan penurunan. Bagi
topik elektrokimia, ianya dianggap sebagai salah satu topik yang sukar dipelajari
baik guru mahupun pelajar itu sendiri (Finley, Stewart & Yarroch, 1982). Ini
menunjukkan bahawa selain pelajar, guru juga menghadapi kesukaran dalam
mengajar topik elektrokimia ini. Menurut Yu Ying (2003), dalam laporannya
menyatakan bahawa terdapat kaedah yang berkesan dalam mengajar topik
elektrokimia iaitu dengan menukar dari pengajaran berpusatkan guru kepada
pengajaran berpusatkan pelajar untuk menggalakkan pelajar lebih belajar dan dapat
menyelesaikan masalah berkaitan topik elektrokimia. Kaedah peta konsep pula
merupakan kaedah yang diperkenalkan bagi menangani masalah pembelajaran
elektrokimia di kalangan pelajar dan ianya menekankan pentingnya pengetahuan
terdahulu sebelum mempelajari konsep kimia yang baru (Thomas dan Schwenz,
1998).
8
Dalam mempelajari mata pelajaran kimia, pelajar perlu memahami sesuatu
konsep kimia dan mereka juga perlu mengaplikasikannya dalam pelbagai situasi
yang mencabar iaitu melalui kaedah penyelesaian masalah berkaitan konsep tersebut.
Kegagalan pelajar dalam memahami konsep kimia menyebabkan mereka akan
mudah bosan dan mudah berputus asa dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta
boleh menjejaskan pencapaian prestasi akademik (Aziz dan Hasnah, 1990).
Melalui kaedah penyelesaian masalah, pelajar diberi peluang untuk memberi
pandangan mereka mengenai sesuatu konsep agar salah konsep itu dapat dikenalpasti
(Bergquist dan Heikkinen, 1990). Menurut Garbel (1984), kaedah penyelesaian
masalah merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar
mengenai sesuatu konsep kimia yang dikuasai. Jika pelajar dapat menguasai konsep
serta penyelesaian masalah dalam mata pelajaran kimia, maka pelajar itu telah dapat
memahaminya dengan baik serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Semasa di tingkatan empat, pelajar ditekankan dengan topik-topik asas kimia
sebagai penyediaan untuk mempelajari mata pelajaran kimia di tingkatan lima. Topik
elektrokimia adalah berkait rapat dengan topik pengoksidaan dan penurunan yang
akan dipelajari di tingkatan lima. Sekiranya pelajar tidak dapat menguasai konsep-
konsep didalam topik elektrokimia semasa ditingkatan empat, maka pelajar akan
berada dalam situasi lebih sukar untuk mempelajari topik pengoksidaan dan
penurunan. Pelajar didapati sukar untuk memahami dan mempelajari konsep sains di
semua peringkat persekolahan sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah
mahupun universiti. Masalah ini telah menjadi serius dan mencapai tahap yang
membimbangkan. Masalah ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti konsep sains
yang abstrak, pelajar kurang memberi tumpuan di dalam kelas dan kaedah
penyampaian guru kurang berkesan.
9
Salah satu topik kimia tingkatan empat yang sukar dipelajari ialah
elektrokimia. Ramai pelajar yang berpendapat bahawa topik elektrokimia adalah
sesuatu topik yang susah kerana melibatkan pemahaman konsep yang terdiri
daripada istilah-istilah kimia yang jarang digunakan dalam kehidupan harian,
penulisan persamaan yang merangkumi persamaan ion dan persamaan keseluruhan,
menulis persamaan yang melibatkan tindak balas kimia yang seimbang dan
memahami lukisan gambarajah eksperimen dan menyelesaikan masalah yang berkait
dengan topik elektrokimia dalam bentuk esei.
Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti subtopik yang
sukar difahami oleh pelajar, serta kesilapan dan salah konsep yang dihadapi oleh
pelajar sekolah menengah aliran sains tulen dalam mempelajari topik elektrokimia
dengan menggunakan pendekatan diagnosis. Kajian ini dapat membantu para pelajar
serta para guru bagi menangani masalah ini dengan lebih efektif pada masa hadapan.
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan latar belakang dan penyataan masalah di atas, maka objektif
kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti subtopik yang paling sukar difahami oleh pelajar
dalam mempelajari topik elektrokimia bagi mata pelajaran kimia.
ii. Mengenalpasti kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar
tingkatan empat dalam mempelajari topik elektrokimia bagi mata
pelajaran kimia dalam konteks penyelesaian masalah.
iii. Mengenalpasti salah konsep yang sering dihadapi oleh pelajar
tingkatan empat dalam mempelajari topik elektrokimia bagi mata
pelajaran kimia dalam konteks penyelesaian masalah.
10
1.5 Persoalan Kajian
Daripada objektif di atas, beberapa persoalan kajian dikemukakan iaitu:
i. Apakah subtopik yang paling sukar difahami oleh pelajar
tingkatan empat dalam mempelajari topik elektrokimia bagi mata
pelajaran kimia?
ii. Apakah kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar tingkatan
empat dalam mempelajari topik elektrokimia bagi mata pelajaran
kimia dalam konteks penyelesaian masalah?
iii. Apakah salah konsep yang sering dihadapi oleh pelajar tingkatan
empat dalam mempelajari topik elektrokimia bagi mata pelajaran
kimia dalam konteks penyelesaian masalah?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan memberi gambaran tentang
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari topik
elektrokimia tingkatan empat. Kajian ini dapat memperlihatkan kelemahan dan
masalah pelajar dalam menguasai topik ini sekaligus membantu mengatasi kesukaran
pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dalam topik elektrokimia melalui konteks
penyelesaian masalah. Melalui kajian ini , diharapkan agar dapatan kajian akan dapat
melicinkan lagi pelaksanaan pengajaran dalam pembelajaran kimia di sekolah.
Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh pelajar, guru, sekolah dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merangka dan merancang kurikulum yang boleh
membantu pelajar menangani masalah dalam pembelajaran topik elektrokimia
tingkatan empat.