30
Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 1

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

  • Upload
    others

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 1

Page 2: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 2

Kandungan 1. Permohonan........................................................................................................... ..............................3 SEKSYEN 1 – PERKHIDMATAN PERDAGANGAN …………..………………………………………………………..3 2. Peraturan-Peraturan ICC..………………………………………………..................……….……..……………3 3. Kredit Berdokumen ..................................................................................................................... 4 4. Instrumen-instrumen…………….................................................................................................... 6 5. Kutipan ……………............................................................................ ..............................7 6. Pembiayaan............................................................................................... ..............................8 7. Pinjaman Pembiayaan Perdagangan...................................................................................................... 9

8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat Indemniti.......................10 SEKSYEN 2 –PEMBAYARAN BALIK, INDEMNITI DAN HAK-HAK LAIN.......................................................... 11 9. Pembayaran Balik dan indemniti…………………………………….............................................. 11 10. Kolateral Tunai......................................................................................................................... 11 11. Sandaran.................................................................................................................................. 12 12. Resit-resit Amanah ................................................................................................................. 13 13. Penolakan................................................................................................................................. 13 14. Hak-hak Tambahan ................................................................................................................. 13 SEKSYEN 3 – FI-FI DAN BAYARAN-BAYARAN.............................................................................................. 13 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj............................................................................................. 13 16. Pembayaran...............................................................................................................................14 SEKSYEN 4 – REPRESENTASI, AKUJANJII DAN SANKSI.............................................................................. 15 17. Representasi dan Waranti ………................................................................................... 15 18. Akujanji............................................................................................................ 16 19. Pematuhan Undang-undang dan Sanksi...................................................................................... 17 SEKSYEN 5 – ARAHAN-ARAHAN DAN PLATFORM ELEKTRONIK............................................................... 18 20. Arahan-arahan..................................................................................... ............................. 18 21. Platform .................................................................................................................................. 19 SEKSYEN 6 – LAIN-LAIN..................................................................................................................................... 20 22. Pembatasan Liabiliti ..................................................................................................................20 23. Pendedahan, kerahsiaan dan privasi.......................................................................................... 21 24. Lain-lain............................................................................................... ............................. 22 25. Undang-undang dan Bidangkuasa............................................................................................... 23 SEKSYEN 7 – DEFINISI-DEFINISI DAN TAFSIRAN …………………................................................................. 23 26. Definisi-definisi dan Tafsiran....................................................................................................... 23 SYARAT-SYARAT NEGARA ............................….………………………………………….…..…………..28

Page 3: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 3

TERMA-TERMA PERDAGANGAN STANDARD (“TERMA-TERMA INI”) 1. Permohonan

1.1 Terma-terma ini hendaklah terpakai bagi apa-apa Perkhidmatan Perdagangan yang HSBC bersetuju untuk menyediakan kepada atau bagi pihak Pelanggan. Tiada apa-apa dalam Terma-terma ini yang mewajibkan HSBC untuk memasuki atau menyediakan apa-apa Perkhidmatan Perdagangan pada bila-bila masa. Terma-terma ini hendaklah termasuk mana-mana Syarat-Syarat Negara yang berkaitan. 1.2 Terma-terma ini hendaklah, jika berkenaan, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lain yang berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh HSBC kepada Pelanggan (termasuk apa-apa perkhidmatan perbankan atau perjanjian operasi akaun) dari semasa ke semasa. Berkenaan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan, di mana terdapat apa-apa konflik di antara Terma-terma ini dengan apa-apa terma-terma dan syarat-syarat lain yang terpakai, terma-terma dan syarat-syarat tersebut akan terpakai mengikut susunan keutamaan yang berikut:

(a) Permohonan tersebut; (b) Perjanjian Kemudahan (jika ada) dan/atau Perjanjian Sekuriti (jika ada); (c) Syarat-Syarat Negara (jika ada); (d) Terma-terma ini; dan (e) apa-apa terma yang lain.

1.3 HSBC tidak menawarkan apa-apa nasihat kepada Pelanggan berkenaan dengan apa-apa Perkhidmatan Perdagangan. Walaupun HSBC boleh memberikan maklumat atau pendapat-pendapat nyata dari semasa ke semasa, maklumat atau pendapat-pendapat tersebut tidak ditawarkan sebagai nasihat. Sebelum memohon, atau menerima, mana-mana Perkhidmatan Perdagangan, Pelanggan hendaklah membuat pertanyaan dan penilaian sedemikian sebagaimana yang dianggap sesuai oleh Pelanggan dan Pelanggan tidak harus bergantung kepada HSBC untuk memberi nasihat atau membuat cadangan-cadangan. Sekiranya Pelanggan meragui mana-mana Perkhidmatan Perdagangan, Pelanggan harus mendapatkan nasihat pakar bebas. 1.4 Setiap Perkhidmatan Perdagangan adalah berasingan dan bebas daripada Urusniaga Perdagangan yang berkaitan dengan Perkhidmatan Perdagangan tersebut dan HSBC sama sekali tidak terlibat dengan, tertakluk kepada, atau terikat oleh, terma-terma Transaksi Perdagangan tersebut, walaupun terdapat rujukan dalam mana-mana dokumen yang berkaitan dengan Perkhidmatan Perdagangan itu. 1.5 HSBC boleh menamakan, mengarahkan atau mendapatkan mana-mana bank koresponden (termasuk mana-mana ahli Kumpulan HSBC) untuk menjadi bank pengeluar, bank penasihat, bank yang dicalonkan atau bank memberi pengesahan berkenaan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan (dan boleh menyekat bank koresponden tersebut kepada ahli Kumpulan HSBC atau satu bank koresponden yang boleh diterima oleh HSBC) dan diberi kuasa untuk mengeluarkan jaminan balas atau SBLC-balas dalam bentuk dan kandungan seperti yang ditentukan oleh HSBC yang memihak kepada bank koresponden. HSBC boleh membayar kepada, atau menerima daripada mana-mana bank koresponden, caj, komisen, fi atau bayaran-bayaran lain.

BAHAGIAN 1 – PERKHIDMATAN PERDAGANGAN

2. Peraturan-Peraturan ICC

2.1 Melainkan jika Pelanggan meminta sebaliknya (dan HSBC bersetuju dengan permintaan tersebut):

(a) semua Kredit Berdokumen akan dikeluarkan tertakluk kepada “Uniform Customs and Practice for Documentary Credits”, Penyemakan 2007, Penerbitan ICC No. 600 (UCP600) dan, jika dikehendaki oleh HSBC, “The Supplement to the Uniform Customs and Practice for Documentary Credits for Electronic Presentation” (eUCP); (b) semua SBLC akan dikeluarkan tertakluk kepada “ International Standby Practices 1998”, Penerbitan

ICC No. 590 (ISP98); (c) semua bon dan jaminan akan dikeluarkan tertakluk kepada “ Uniform Rules for Demand Guarantees”, Penerbitan ICC No.758 (URDG 758); dan (d) semua Kutipan akan dilaksanakan tertakluk kepada “Uniform Rules for Collection 1995”, Penerbitan

ICC No. 522 (URC 522), (bersama-sama Peraturan-Peraturan ICC) masing-masing sepertimana yang boleh dipinda dari semasa ke

semasa. 2.2 Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara mana-mana Peraturan ICC dan Terma-terma ini, Terma-terma ini hendaklah diberikan keutamaan (prevail).

Page 4: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 4

3. Kredit Berdokumen

3.1 Terma-terma dalam Klausa 3 ini terpakai kepada mana-mana Kredit Berdokumen. 3.2 Pelanggan: (a) mengakujanji untuk memeriksa salinan pelanggan bagi setiap Kredit Berdokumen yang dikeluarkan oleh HSBC untuk menyemak konsistensinya dengan Permohonan yang berkaitan; dan (b) bersetuju untuk memberi notis segera kepada HSBC tentang apa-apa bantahan kepada kandungannya. Import

3.3 HSBC diberi kuasa untuk menunaikan dan membayar apa-apa Tuntutan yang dibuat di bawah suatu Kredit Berdokumen yang pada permukaannya kelihatan mematuhi terma-terma dan/atau mana-mana Dokumen-dokumen yang dibuat (drawn) (atau yang dikatakan akan dibuat) (“or purported to be drawn”) dan diserahkan di bawah Kredit Berdokumen tersebut menurut terma-termanya, tanpa merujuk kepada atau kuasa selanjutnya daripada Pelanggan atau mana-mana pihak lain, dan tanpa mempersoalkan sama ada mana-mana Tuntutan telah dibuat dengan sewajarnya, dan walaupun keesahan apa-apa Tuntutan tersebut, atau jumlah tersebut, boleh dipertikaikan. Pelanggan menerima apa-apa Tuntutan tersebut sebagai bukti konklusif bahawa HSBC bertanggungjawab untuk menunaikan dan membayarnya, dan apa-apa pembayaran yang dibuat, atau apa-apa langkah yang diambil oleh HSBC dengan suci hati di bawah atau berkaitan dengannya, hendaklah mengikat Pelanggan. 3.4 Perserahan mana-mana Dokumen di bawah Kredit Berdokumen hendaklah dianggap sebagai telah mematuhi terma-terma Kredit Berdokumen sekiranya HSBC menentukan bahawa mereka adalah kelihatan teratur dan, secara keseluruhannya, menurut kehendak-kehendak Kredit Berdokumen. Pelanggan mengetepikan (waive) semua tuntutan-tuntutan terhadap HSBC untuk apa-apa kelewatan yang mungkin menyebabkan pemeriksaan Dokumen-dokumen tersebut atau apa-apa kegagalan untuk mengenal pasti apa-apa percanggahan yang mungkin wujud. 3.5 Meskipun adanya apa-apa pun arahan yang bertentangan daripada Pelanggan, HSBC boleh menolak apa-apa Tuntutan yang ditentukan oleh HSBC sebagai tidak mematuhi terma-terma Kredit Berdokumen yang berkenaan. HSBC tidak mempunyai obligasi untuk memaklumkan kepada Pelanggan atau untuk mendapatkan pengenepian Pelanggan mengenai apa-apa percanggahan sebelum menolak Tuntutan. Sekiranya HSBC cuba mendapatkan pengenepian berkenaan dengan apa-apa percanggahan, pengambilan tindakan sedemikian tidak mewajibkan HSBC untuk mendapatkan pengenepian apa-apa percanggahan pada bila-bila masa yang lain. 3.6 Sekiranya HSBC memaklumkan kepada Pelanggan adanya suatu percanggahan berkenaan dengan suatu Tuntutan dan Pelanggan meminta HSBC dan/atau bank koresponden atau ejennya untuk:

(a) membuat bayaran di bawah Kredit Berdokumen, walaupun terdapat percanggahan; atau (b) menandatangani balas atau mengeluarkan apa-apa jaminan atau indemniti yang meliputi percanggahan itu,

Pelanggan mengesahkan bahawa obligasi pembayaran balik dan indemniti yang dinyatakan dalam Klausa 9 (Pembayaran balik dan indemniti) hendaklah terpakai bagi Tuntutan tersebut dan/atau mana-mana jaminan atau indemniti tersebut. 3.7 HSBC boleh pada bila-bila masa meminda atau memasukkan terma-terma dan syarat-syarat tambahan ke dalam suatu Kredit Berdokumen sebagaimana HSBC menganggap wajar, dengan syarat bahawa apa-apa pindaan atau terma-terma dan syarat-syarat tambahan tersebut tidak akan meningkatkan Liabiliti Pelanggan berkenaan dengan Kredit Berdokumen tersebut. HSBC boleh, tertakluk kepada persetujuan benefisiari, membatalkan keseluruhan atau apa-apa baki Kredit Berdokumen yang tidak digunakan. 3.8 Meskipun apa-apa arahan dalam suatu Permohonan, HSBC boleh menyekat ketersediaan (availability)

sebarang Kredit Berdokumen, atau pemberian apa-apa nasihat atau pengesahan, kepada pejabatnya sendiri atau kepada mana-mana bank koresponden atau ejen pilihannya dan, dalam hal sedemikian, HSBC boleh menolak untuk menunaikan, atau membuat bayaran untuk, mana-mana Dokumen yang dikeluarkan atau yang berupa sebagai yang dikeluarkan di mana-mana pejabat, bank atau pihak ketiga selain daripada pejabat, bank koresponden atau ejen tersebut. 3.9 Sekiranya HSBC membuat pembayaran di bawah suatu Kredit Berdokumen sebelum tarikh matang Kredit Berdokumen tersebut: (a) (dalam keadaan di mana benefisiari Kredit Dokumen menanggung faedah) Pelanggan bertanggungjawab untuk membayar kepada HSBC jumlah penuh Kredit Berdokumen pada tarikh matang, walaupun HSBC hanya membayar satu jumlah yang telah didiskaunkan di bawah Kredit Berdokumen; dan (b) (dalam keadaan di mana Pelanggan dikehendaki untuk menanggung faedah di bawah Kredit Berdokumen menurut mana-mana perjanjian lain dengan HSBC) Pelanggan hendaklah, pada tarikh matang Kredit Berdokumen atau apa-apa tarikh lebih awal yang dituntut oleh HSBC, membayar kepada HSBC jumlah penuh

Page 5: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 5

Tuntutan bersama dengan faedah terakru ke atas Tuntutan tersebut bagi tempoh dari dan termasuk tarikh pembayaran HSBC sehingga dan termasuk tarikh matang, faedah yang kena dibayar mengikut Klausa 15 (Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj).

3.10 Sekiranya terma-terma suatu Kredit Berdokumen (sama ada secara nyata atau tersirat) membenarkan pembayaran dilaksanakan kepada benefisiari sebelum penerimaan Dokumen-dokumen yang dikehendaki dihantar di bawah Kredit Berdokumen tersebut, Pelanggan hendaklah, pada tarikh matang Kredit Berdokumen atau apa-apa tarikh lebih awal seperti yang diminta oleh HSBC, membayar kepada HSBC jumlah penuh Tuntutan (sama ada atau tidak Dokumen-dokumen yang dihantar kemudian mematuhi terma-terma Kredit Berdokumen) bersama dengan faedah terakru ke atas Tuntutan tersebut bagi tempoh dari dan termasuk tarikh pembayaran HSBC sehingga dan termasuk tarikh matang, faedah yang perlu dibayar mengikut Klausa 15 (Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj). 3.11 Sekiranya mana-mana Kredit Berdokumen menyatakan bahawa Dokumen-dokumen spesifik tertentu harus dihantar oleh benefisiari secara terus kepada Pelanggan pada atau sebelum masa benefisiari membuat apa-apa Tuntutan, semua baki Dokumen hendaklah dikemukakan kepada HSBC berkenaan dengan mana-mana Tuntutan di bawah Kredit Berdokumen tersebut. Sekiranya Pelanggan menggunakan Dokumen-dokumen yang dikemukakan terus kepadanya untuk memperoleh pemilikan Barangan, HSBC diberi kuasa untuk menerima semua Dokumen yang diserahkan di bawah Kredit Berdokumen tersebut dan membayar atau menerima selepas perserahan dan membayar pada tarikh matang semua Dokumen yang dibuat berkenaan dengan Barangan tersebut, tidak kira sama ada apa pun percanggahan atau apa-apa perkara atau benda lain yang mungkin sebaliknya meringankan atau menjejaskan obligasi-obligasi Pelanggan atau HSBC. Pelanggan mengesahkan bahawa obligasi-obligasinya untuk membayar balik dan indemniti yang dinyatakan dalam Klausa 9 (Pembayaran balik dan indemniti) hendaklah terpakai ke atas apa-apa jumlah yang telah dibayar oleh HSBC berkenaan dengan Kredit Berdokumen tersebut. 3.12 Sekiranya mana-mana Kredit Berdokumen menyatakan bahawa Barangan hendaklah diinsuranskan di bawah polisi-polisi/sijil-sijil insurans yang mengandungi "Klausa Kargo Institut" atau klausa standard perindustrian lain, HSBC boleh menerima polisi-polisi/sijil-sijil insurans yang mengandungi "Klausa Institut Amerika" atau mana-mana klausa standard perindustiran lain yang ditetapkan sesuai oleh HSBC. 3.13 HSBC tidak akan terikat pada bila-bila masa untuk melepaskan mana-mana Dokumen atau Barangan kepada Pelanggan melainkan Pelanggan telah melepaskan sepenuhnya Liabiliti Pelanggan berkenaan dengan Kredit Berdokumen yang berkaitan dengan Dokumen-dokumen atau Barangan tersebut. 3.14 Sekiranya HSBC mengeluarkan Kredit Berdokumen secara “back-to-back” (Kredit Berdokumen secara “Back-to-Back”) kepada Kredit Berdokumen yang lain (Kredit Berdokumen Induk), Pelanggan:

(a) mengakui bahawa Liabiliti-liabiliti Pelanggannya berkenaan dengan Kredit Berdokumen secara “Back-to-Back” tidak bergantung atau bersyarat atas pelaksanaan Kredit Berdokumen Induk;

(b) tanpa sebarang syarat dan secara tidak boleh dibatalkan menyerahhakkan atau memindahkan sepenuhnya kepada HSBC semua hak pembayarannya dalam Kredit Berdokumen Induk; (c) tidak akan meminda atau menerima apa-apa pindaan kepada Kredit Berdokumen Induk tanpa kebenaran HSBC atau mengambil apa-apa tindakan yang mungkin mengakibatkan HSBC tidak menerima jumlah penuh di bawah Kredit Berdokumen Induk; dan (d) membenarkan HSBC untuk menggunakan dokumen-dokumen yang diserahkan di bawah Kredit Berdokumen secara “Back-to-Back” untuk membuat Tuntutan di bawah Kredit Berdokumen Induk tanpa mengira apa-apa percanggahan atau ketidakaturan dalam dokumen yang diserahkan. 3.15 HSBC tidak mempunyai obligasi untuk memaklumkan kepada Pelanggan apa-apa ketidaksesuaian antara terma-terma Kredit Berdokumen secara “Back-to-Back” dan Kredit Berdokumen Induk yang berkenaan. Eksport

3.16 Sekiranya HSBC mengesahkan suatu Kredit Berdokumen atau SBLC (sama ada atas suatu dasar yang didedahkan atau tidak didedahkan) dan pembayaran secara penuh atau sebahagiannya tidak diterima oleh HSBC dari bank pengeluar yang berkenaan, Pelanggan hanya perlu membayar balik HSBC untuk jumlah yang tidak diterima sekiranya ketidakbayaran tersebut adalah disebabkan oleh suatu Kejadian Rekursa (“Recourse Event”). Bayaran balik oleh Pelanggan hendaklah dibayar secara serta-merta apabila diminta oleh HSBC bersama-sama dengan apa-apa faedah yang perlu dibayar mengikut Klausa 15 (Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj). dan Pelanggan hendaklah membayar balik HSBC untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh HSBC disebabkan oleh ketidakbayaran tersebut. 3.17 HSBC tidak akan terikat dengan suatu pengesahan (sama ada atas dasar didedahkan atau tidak didedahkan) dan tidak akan diwajibkan untuk merundingkan Kredit Berdokumen atau SBLC sekiranya ia dipinda tanpa persetujuan HSBC, Dokumen-dokumen yang diserahkan tidak mematuhi sepenuhnya terma-terma Kredit Berdokumen atau SBLC, Kredit Berdokumen atau SBLC asal adalah berbeza daripada salinan Kredit

Page 6: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 6

Berdokumen atau SBLC yang mana HSBC berdasarkan pengesahannya, Pelanggan tidak mematuhi mana-mana obligasinya di bawah Klausa 3 ini, atau sekiranya pembayaran penuh atau sebahagiannya tidak diterima oleh HSBC (atau tidak boleh diterima oleh HSBC) dari bank pengeluar yang berkenaan akibat dari suatu Kejadian Rekursa. 3.18 Sekiranya HSBC mengesahkan suatu Kredit Berdokumen atau SBLC atas dasar tidak didedahkan, Pelanggan tidak boleh membuat suatu perserahan berkenaan dengan Kredit Berdokumen atau SBLC kepada mana-mana orang selain daripada HSBC dan dengan kadar segera memberikan Kredit Berdokumen yang asal atau SBLC, mana-mana dokumen pengendalian dan apa-apa pindaan yang dikeluarkan oleh bank pengeluar yang berkenaan kepada HSBC. 3.19 Sekiranya HSBC mengesahkan suatu Kredit Berdokumen atau SBLC (sama ada atas dasar didedahkan atau tidak didedahkan), Pelanggan: (a) secara tanpa syarat dan tidak boleh dibatalkan menyerahkan atau memindahkan sepenuhnya kepada HSBC semua hak pembayarannya dalam Kredit Berdokumen atau SBLC; dan (b) tidak akan mengambil apa-apa tindakan yang mungkin mengakibatkan HSBC tidak menerima jumlah penuh di bawah Kredit Dokumen atau SBLC. 4. Instrumen-instrumen

4.1 Terma-terma dalam Klausa 4 ini terpakai kepada mana-mana SBLC, jaminan tuntutan (termasuk avalisasi, penerimaan bersama atau penerimaan suatu Dokumen), bon, jaminan balas, SBLC-balas, atau obligasi pembayaran bebas yang sama (termasuk apa-apa lanjutan, pembaharuan atau pindaan yang sama) (setiap satu Instrumen) yang dikeluarkan, disahkan atau diperuntukkan oleh HSBC.

4.2 Pelanggan: (a) mengaku janji untuk memeriksa salinan pelanggan setiap Instrumen yang dikeluarkan atau dimasuk oleh HSBC bagi memeriksa konsistensinya dengan Permohonan yang berkaitan; dan (b) bersetuju untuk memberi notis segera kepada HSBC tentang apa-apa bantahan kepada isi kandungannya. 4.3 HSBC diberi kuasa untuk menerima, membayar atau menunaikan apa-apa Tuntutan yang dibuat di bawah mana-mana Instrumen yang pada permukaannya kelihatan mematuhi terma-termanya, tanpa merujuk kepada atau kuasa selanjutnya daripada Pelanggan atau mana-mana pihak lain, dan tanpa mempersoalkan sama ada Tuntutan tersebut ke atas HSBC telah dibuat dengan tepat, walaupun kesahihan mana-mana Tuntutan tersebut, atau jumlah tersebut, boleh dipertikaikan. Pelanggan menerima mana-mana Tuntutan tersebut sebagai bukti konklusif bahawa HSBC bertanggungjawab untuk membayar atau mematuhinya, dan apa-apa pembayaran yang dibuat, atau apa-apa langkah yang diambil oleh HSBC dengan suci hati di bawah atau berkaitan dengannya, akan mengikat Pelanggan. 4.4 Perserahan mana-mana dokumen di bawah suatu Instrumen hendaklah dianggap telah mematuhi terma-terma Instrumen tersebut sekiranya HSBC menentukan bahawa mereka pada permukaannya kelihatan adalah teratur dan, dianggap secara keseluruhannya, mematuhi keperluan-keperluan Instrumen tersebut. Pelanggan mengetepikan semua tuntutan terhadap HSBC untuk sebarang kelewatan yang mungkin menyebabkan dalam pemeriksaan Dokumen-dokumen tersebut atau sebarang kegagalan untuk mengenal pasti apa-apa percanggahan yang mungkin wujud. 4.5 Meskipun adanya apa-apa arahan yang bertentangan daripada Pelanggan, HSBC berhak untuk menolak apa-apa Tuntutan yang mana HSBC menentukan tidak mematuhi terma-terma Instrumen yang berkenaan. HSBC tidak mempunyai obligasi untuk memaklumkan kepada Pelanggan atau untuk mendapatkan pengenepian Pelanggan mengenai apa-apa percanggahan sebelum menolak Tuntutan. Sekiranya HSBC cuba mendapatkan pengenepian berkenaan dengan apa-apa percanggahan, pengambilan tindakan sedemikian tidak mewajibkan HSBC untuk mendapatkan pengenepian bagi percanggahan pada bila-bila masa yang lain. 4.6 Sekiranya HSBC memaklumkan kepada Pelanggan suatu percanggahan berkenaan dengan suatu Tuntutan dan Pelanggan meminta HSBC dan/atau bank koresponden atau ejennya untuk: (a) membuat pembayaran di bawah Instrumen, walaupun terdapat percanggahan; atau (b) menandatangani balas atau mengeluarkan apa-apa jaminan atau indeminiti yang melindungi percanggahan tersebut, Pelanggan mengesahkan bahawa obligasi-obligasinya untuk membayar balik dan indemniti yang dinyatakan dalam Klausa 9 (Pembayaran balik dan indemniti) hendaklah terpakai bagi Tuntutan tersebut dan/atau mana-mana jaminan atau indemniti tersebut. 4.7 HSBC boleh pada bila-bila masa meminda atau memasukkan terma-terma dan syarat-syarat tambahan ke dalam Instrumen sebagaimana yang dianggap sesuai oleh HSBC, dengan syarat bahawa apa-apa pindaan

Page 7: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 7

atau terma-terma dan syarat-syarat tambahan tidak akan menambah Liabiliti-liabiliti Pelanggan berkenaan dengan Instrumen tersebut. HSBC boleh, tertakluk kepada persetujuan benefisiari, membatalkan keseluruhan atau apa-apa baki Instrumen yang tidak digunakan. 4.8 Meskipun apa-apa arahan dalam suatu Permohonan, HSBC boleh mengehadkan ketersediaan mana-mana SBLC, atau pemberian apa-apa nasihat atau pengesahan, kepada pejabatnya sendiri atau kepada mana-mana bank koresponden atau ejen pilihannya dan, dalam keadaan sedemikian, HSBC boleh menolak untuk menunaikan, atau membuat bayaran untuk, apa-apa Dokumen yang dibuat atau yang dikatakan akan dibuat ke atas mana-mana pejabat, bank atau pihak ketiga selain daripada pejabat, bank koresponden atau ejen tersebut. 4.9 Sekiranya terma-terma suatu SBLC (sama ada secara nyata atau tersirat) membenarkan pembayaran yang akan dibuat kepada benefisiari sebelum penerimaan Dokumen-dokumen yang dikehendaki untuk dihantar di bawah SBLC tersebut, Pelanggan hendaklah, pada tarikh matang SBLC tersebut atau apa-apa tarikh lebih awal sepertimana yang diminta oleh HSBC, membayar kepada HSBC jumlah penuh Tuntutan (sama ada atau tidak Dokumen-dokumen yang dihantar kemudiannya mematuhi terma-terma SBLC tersebut) bersama dengan faedah terakru ke atas Tuntutan tersebut bagi tempoh dari dan termasuk tarikh pembayaran HSBC sehingga dan termasuk tarikh matang, faedah yang kena dibayar mengikut Klausa 15 (Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj). 4.10 Meskipun apa-apa yang disebutkan di atas, sekiranya Pelanggan telah meminta HSBC untuk mengeluarkan atau mengaturkan pengeluaran suatu Instrumen oleh bank koresponden yang mana suatu jaminan balas atau SBLC-balas mesti dikeluarkan oleh HSBC, HSBC boleh memasukkan terma-terma sedemikian di dalam jaminan balas atau SBLC-balas yang dianggap perlu oleh HSBC untuk menyokong pengeluaran Instrumen tersebut. Tanpa batasan, tempoh sah dan tempoh Tuntutan (jika berkenaan) jaminan balas atau SBLC-balas tersebut hendaklah lebih panjang daripada tempoh sah dan tempoh Tuntutan (jika berkenaan) Instrumen tersebut dan terma-terma lain boleh ditambahkan untuk mencerminkan undang-undang di mana Instrumen tersebut ditadbir. 4.11 Sekiranya mana-mana Instrumen memerlukan pembaharuan atau lanjutan dan Pelanggan tidak menasihati HSBC sekurang-kurangnya 5 Hari Perniagaan sebelum masa yang diperlukan untuk HSBC memberikan notis pembatalan seperti yang diperlukan oleh Instrumen tersebut, HSBC boleh memperbaharui atau memanjangkan satu tahun tambahan atau lain-lain terma yang boleh dipilih oleh HSBC. Walau bagaimanapun, HSBC tidak mempunyai obligasi untuk mengeluarkan, melanjutkan atau memperbaharui apa-apa Instrumen dan boleh pada bila-bila masa:

(a) membatalkan atau menarik balik mana-mana Instrumen tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada Pelanggan sekiranya Instrumen tersebut atau benefisiari Instrumen tersebut membenarkan pembatalan atau penarikan balik; atau

(b) membayar apa-apa Instrumen tanpa notis terlebih dahulu kepada Pelanggan sekiranya Instrumen atau mana-mana undang-undang yang berkenaan memerlukan bayaran sekiranya Instrumen tersebut dibatalkan, tidak dilanjutkan atau tidak diperbaharui.

4.12 Apa-apa pembatalan, pembayaran atau penarikan balik oleh HSBC bagi mana-mana Instrumen pada bila-bila masa hendaklah tanpa prejudis terhadap hak-hak dan obligasi-obligasi HSBC dan Pelanggan di bawah Terma-terma ini. 4.13 Melainkan suatu Instrumen secara nyata memperuntukkan bahawa Instrumen asal mesti diserahkan kepada HSBC untuk menyokong suatu Tuntutan, HSBC boleh membayar dan/atau mematuhi apa-apa Tuntutan, sama ada atau tidak Instrumen asal tersebut diserahkan kepada HSBC. 4.14 Walaupun Pelanggan boleh menuntut bahawa suatu Instrumen telah dikurangkan, dibatalkan atau ditamatkan, HSBC boleh menentukan bahawa, disebabkan oleh undang-undang yang mentadbir Instrumen tersebut, ia tidak dikurangkan, dibatalkan atau ditamatkan, atau HSBC boleh menentukan bahawa ia adalah wajib untuk mendapatkan atau menghendaki pengesahan benefisiari yang berkenaan mengenai pengurangan, pembebasan atau pelepasan HSBC dan / atau liabiliti-liabiliti bank koresponden di bawah Instrumen tersebut. Tertakluk kepada penentuan sedemikian, atau sehingga pengesahan tersebut diterima oleh HSBC, Instrumen tersebut tidak akan dianggap atau disifatkan sebagai dikurangkan, dibatalkan atau ditamatkan. 5. Kutipan

5.1 Terma-terma dalam Klausa 5 ini terpakai bagi mana-mana transaksi Kutipan. 5.2 Sekiranya HSBC diminta oleh Pelanggan untuk mengendalikan suatu Kutipan sebagai bank pengirim, HSBC tidak sama sekali mempunyai sebarang obligasi untuk membuat apa-apa pembayaran kepada Pelanggan berkenaan dengan Kutipan tersebut sehingga HSBC telah menerima bayaran penuh daripada bank kutipan atau perserahan. 5.3 HSBC tidak mempunyai obligasi untuk menyemak Dokumen-dokumen sebelum menghantarnya ke bank kutipan atau perserahan.

Page 8: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 8

5.4 HSBC tidak mempunyai obligasi untuk memeriksa Dokumen-dokumen yang diterimanya daripada bank pengirim. 6. Pembiayaan

6.1 Terma-terma dalam Klausa 6 ini terpakai di mana HSBC Membiayai mana-mana Dokumen atau Kredit Berdokumen. 6.2 Sekiranya HSBC Membiayai suatusesuatu Dokumen atau Kredit Berdokumen, apabila HSBC menyediakan Pembiayaan tersebut, Pelanggan:

(a) akan mengendorskan Dokumen yang berkenaan yang memihak kepada HSBC (jika masih tiada pengendorsan yang memihak HSBC sebagai syarat kepada Pembiayaan) dan menyerahkan Dokumen asal yang telah diendorskan kepada HSBC; (b) secara tanpa syarat dan tidak boleh dibatalkan menyerahhakkan atau memindahkan sepenuhnya semua hak-hak, hakmilik dan kepentingannya dalam Dokumen tersebut kepada HSBC; dan / atau (c) secara tanpa syarat dan tidak boleh dibatalkan menyerahhakkan atau memindahkan sepenuhnya kepada HSBC semua hak pembayarannya dalam Kredit Berdokumen tersebut.

6.3 Sekiranya HSBC telah Membiayai suatu Dokumen atau Kredit Berdokumen dan pembayaran secara penuh atau sebahagiannya tidak diterima oleh HSBC atas apa sebab pun (atau tidak boleh, atas apa sebab pun, diterima oleh HSBC) dari bank pengeluar, bank memberikan pengesahan, bank kutipan, bank perserahan, pesuruh bayar (“drawee”) atau pewajib (“obligor”) (jika berkenaan), maka melainkan dipersetujui sebaliknya

secara bertulis oleh HSBC: (a) Perkhidmatan Perdagangan sedemikian adalah disediakan dengan tuntutan penuh terhadap Pelanggan; dan (b) Pelanggan dikehendaki membayar balik (“reimburse”) HSBC bagi jumlah yang tidak diterima.

Pembayaran balik sedemikian adalah kena dibayar secara serta merta atas permintaan HSBC bersama-sama dengan apa-apa faedah yang perlu dibayar mengikut Klausa 15 (Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj) dan Pelanggan hendaklah membayar balik HSBC untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh HSBC akibat ketidakbayaran. 6.4 Sekiranya HSBC telah bersetuju untuk Membiayai suatu Dokumen atau Kredit Berdokumen atas dasar bukan rekursa (“non-recourse”) dan pembayaran secara penuh atau sebahagiannya tidak diterima oleh HSBC (atau tidak boleh diterima oleh HSBC) dari bank pengeluar, bank memberi pengesahan, bank kutipan, bank perserahan, pesuruh bayar atau pewajib yang berkenaan (jika berkenaan), Pelanggan hanya perlu membayar balik HSBC untuk jumlah yang tidak diterima sekiranya pembayaran tidak dibayar disebabkan oleh suatu Kejadian Rekursa. Pembayaran balik sedemikian adalah kena dibayar secara serta merta atas tuntutan HSBC bersama dengan apa-apa faedah yang perlu dibayar mengikut Klausa 15 (Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj) dan

Pelanggan hendaklah membayar balik HSBC untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh HSBC akibat ketidakbayaran. 6.5 Di mana HSBC telah Membiayai suatu Dokumen atau Kredit Berdokumen, HSBC boleh mengikut budi bicaranya:

(a) mengambil penerimaan bersyarat dan / atau penerimaan bagi menunaikan dan / atau untuk melanjutkan tarikh matang untuk pembayaran berkenaan dengan mana-mana Dokumen atau Kredit Berdokumen tersebut; (b) menerima bayaran daripada mana-mana pesuruh bayar atau penerima (“acceptor”) sebelum tempoh matang di bawah rebat atau diskaun; (c) menerima sebahagian bayaran sebelum tempoh matang dan menyampaikan sebahagian yang berpatutan bagi Barangan kepada mana-mana pesuruh bayar atau penerima Dokumen atau Kredit Berdokumen tersebut atau penerima Barangan yang berkaitan; (d) atas permintaan mana-mana pesuruh bayar, melewatkan perserahan Dokumen atau Kredit Berdokumen tersebut untuk pembayaran atau penerimaan tanpa menjejaskan liabiliti Pelanggan kepada HSBC berkenaan dengan Dokumen atau Kredit Berdokumen tersebut; (e) memberi indemniti terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada apa-apa percanggahan untuk mendapatkan penerimaan atau pembayaran suatu Dokumen dan Pelanggan mengesahkan bahawa obligasi-obligasi pembayaran baliknya dan indemniti yang dinyatakan dalam Klausa 9 (Pembayaran balik dan indemniti) hendaklah terpakai bagi apa-apa ganti rugi sedemikian; dan (f) memulakan prosiding dan mengambil langkah-langkah untuk pemulihan daripada penerima-penerima atau pengesah-pengesah (“endorsers”) apa-apa Dokumen atau Kredit Berdokumen tersebut untuk apa-apa jumlah terhutang yang berkenaan dengan Dokumen atau Kredit Berdokumen tersebut, walaupun HSBC telah mendebitkan akaun Pelanggan dengan jumlah Dokumen atau Kredit Berdokumen tersebut.

Page 9: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 9

7. Pinjaman Pembiayaan Perdagangan Umum

7.1 Terma-terma dalam Klausa 7 ini terpakai bagi mana-mana Pinjaman Pembiayaan Perdagangan yang mana HSBC boleh memberi kepada Pelanggan dari semasa ke semasa. 7.2 Tertakluk kepada terma-terma mana-mana Perjanjian Kemudahan berkenaan yang akan terpakai, mana-mana Pinjaman Pembiayaan Perdagangan yang diberikan oleh HSBC kepada Pelanggan hendaklah atas dasar tidak komited dan HSBC boleh menamatkan atau membatalkan Pinjaman Pembiayaan Perdagangan pada bila-bila masa tanpa memberikan alasan-alasan kepada Pelanggan. 7.3 Faedah hendaklah terakru ke atas Pinjaman Pembiayaan Perdagangan dan hendaklah dibayar mengikut Klausa 15 (Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj). 7.4 Sekiranya suatu Pinjaman Pembiayaan Perdagangan adalah kena dibayar balik pada satu hari di mana Pelanggan berhak untuk membuat pengeluaran di bawah Pinjaman Pembiayaan Perdagangan yang lain, HSBC boleh menghendaki: (a) jumlah Pinjaman Pembiayaan Perdagangan yang perlu dibayar balik ditolak daripada jumlah pengeluaran yang hendak dibuat; dan (b) hanya perbezaan dalam jumlah (jika ada) akan dibayar kepada Pelanggan. 7.5 Pelanggan hendaklah membayar balik setiap Pinjaman Pembiayaan Perdagangan bersama dengan faedah terakru dan apa-apa fi, komisen, caj dan perbelanjaan yang tertunggak yang ditanggung oleh HSBC atas tuntutan melainkan HSBC bersetuju sebaliknya secara bertulis. Walau bagaimanapun, Pelanggan hendaklah membayar balik Pinjaman Pembiayaan Perdagangan tidak lewat daripada:

(a) tarikh kematangan berkenaan dengan Pinjaman Pembiayaan Perdagangan tersebut; (b) sekiranya Pinjaman Pembiayaan Perdagangan adalah untuk membiayai barangan atau perkhidmatan, tarikh Pelanggan menerima hasil jualan barangan atau perkhidmatan tersebut; dan / atau (c) sekiranya suatu Pinjaman Pembiayaan Perdagangan adalah untuk membiayai hutang yang terhutang kepada Pelanggan, tarikh Pelanggan menerima bayaran hutang tersebut (secara penuh atau sebahagian),

dan sekiranya terdapat hasil yang tidak mencukupi untuk membayar Pinjaman Pembiayaan Perdagangan berkenaan (bersama dengan semua Liabiliti Pelanggan lain yang kemudian tertunggak) sepenuhnya, Pelanggan hendaklah membayar kepada HSBC jumlah yang sama dengan mana-mana kekurangan atas tuntutan HSBC. 7.6 Tanpa prejudis kepada obligasi-obligasi pembayaran balik Pelanggan di bawah Klausa 7.5, Pelanggan hendaklah atas permintaan HSBC mendapatkan semua wang yang kena dibayar kepada Pelanggan di bawah atau berkaitan dengan mana-mana Transaksi Perdagangan yang berkenaan adalah dibayar terus ke suatu akaun di HSBC untuk pelepasan Pinjaman Pembiayaan Perdagangan yang berkenaan (dan Liabiliti-liabiliti Pelanggan lain yang kemudiannya tertunggak). Pinjaman Pembungkusan

7.7 Pada atau sebelum masa di mana Pelanggan mengemukakan Permohonan untuk suatu Pinjaman Pembungkusan, Pelanggan hendaklah menyerahkan kepada HSBC Kredit Berdokumen asal (termasuk semua pindaan (jika ada)) yang dirujukkan dalam Permohonan (Kredit Berdokumen yang Berkenaan tersebut).

7.8 Hasil suatu Pinjaman Pembungkusan hendaklah digunakan semata-mata untuk tujuan pembelian, pengeluaran, pemprosesan, pengilangan, penyimpanan, penginsurans dan / atau penyediaan untuk jualan atau pengiriman Barangan yang dirujukkan dalam Kredit Berdokumen yang Berkenaan tersebut. 7.9 Berkenaan dengan mana-mana Pinjaman Pembungkusan, Pelanggan hendaklah:

(a) menyerahkan Dokumen-dokumen kepada HSBC yang mematuhi ketat terma-terma dan syarat-syarat Kredit Berdokumen yang Berkaitan sebelum tamat had(-had) masa yang ditetapkan dalam Kredit Dokumen yang Berkaitan tersebut; (b) tidak menerima apa-apa pindaan atau pembatalan Kredit Berdokumen yang Berkenaan tersebut tanpa kebenaran bertulis terdahulu HSBC; (c) dengan kadar segera memberitahu HSBC sekiranya nilai Barangan yang berkenaan atau hasil di bawah Kredit Berdokumen yang Berkenaan pada bila-bila masa jatuh di bawah jumlah Pinjaman Pembungkusan tersebut; dan (d) dengan kadar segera memberitahu HSBC sekiranya Barangan yang berkenaan tidak dihantar mengikut Kredit Berdokumen yang Berkenaan tersebut.

7.10 Sekiranya, berkenaan dengan mana-mana Kredit Berdokumen yang Berkenaan, HSBC bersetuju untuk:

(a) berunding atas Dokumen-dokumen yang diserahkan; (b) membayar terdahulu apa-apa akujanji pembayaran yang tertangguh; (c) membeli suatu draf yang diterima; atau (d) menyerahkan Dokumen-dokumen kepada bank pengeluar untuk pembayaran atau kelulusan,

Page 10: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 10

HSBC diberi kuasa untuk menggunakan hasil daripada Kredit Berdokumen yang Berkenaan tersebut untuk membayar balik Pinjaman Pembungkusan yang berkenaan dan faedah terakru (bersama dengan semua Liabiliti Pelanggan lain yang kemudiannya tertunggak) apabila menerimanya. Pendahuluan Pengilang

7.11 Apabila mengemukakan Permohonan untuk Pendahuluan Pengilang, Pelanggan hendaklah membekalkan kepada HSBC dengan satu salinan pesanan pembelian yang telah disahkan, invois pro-forma atau dokumen sokongan lain yang dirujukkan dalam Permohonan tersebut. 7.12 Hasil Pendahuluan Pengilang hendaklah digunakan semata-mata untuk tujuan pembelian, pengeluaran, pemprosesan, pengilangan, penyimpanan, penginsurans dan / atau penyediaan untuk jualan atau pengiriman Barangan yang dirujukkan dalam pesanan pembelian yang telah disahkan, invois pro-forma atau dokumen sokongan lain. 7.13 Pelanggan hendaklah:

(a) dengan segera selepas penghiriman Barangan yang berkenaan, mengemukakan kepada HSBC dengan invois dan dokumen-dokumen lain yang membuktikan bahawa Barangan yang berkenaan telah dibekalkan kepada pembeli yang berkenaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak jualan yang berkenaan; (b) tidak menerima apa-apa pindaan atau pembatalan pesanan pembelian yang disahkan, invois pro-forma atau dokumen sokongan lain atau invois atau dokumen-dokumen lain yang membuktikan pengiriman tanpa kebenaran bertulis terdahulu HSBC; (c) dengan kadar segera memberitahu HSBC sekiranya nilai Barangan yang berkaitan atau hasil di bawah pesanan pembelian yang disahkan, invois pro-forma atau dokumen sokongan lain atau invois atau dokumen-dokumen lain yang membuktikan pengiriman pada bila-bila masa jatuh di bawah jumlah Pendahuluan Pengilang; dan (d) dengan kadar segera memberitahu HSBC sekiranya Barangan yang berkaitan tidak dihantar mengikut pesanan pembelian yang disahkan atau invois pro-forma.

8. Permohonan untuk Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat Indemniti

8.1 Terma-terma dalam Klausa 8 ini terpakai bagi mana-mana Permohonan bagi pelepasan Barangan, jaminan perkapalan atau surat indemniti. 8.2 Sekiranya Pelanggan meminta HSBC untuk menandatangani atau menandatangani balas apa-apa surat indemniti atau jaminan perkapalan atau (mengikut mana-mana yang berkenaan), menandatangani, mengendorskan atau melepaskan apa-apa bil angkutan udara (air waybill), bil muatan (bill of lading), resit pos bungkusan atau pesanan penghantaran (secara kolektif, Dokumen-dokumen Pengangkutan tersebut) untuk

memudahkan pelepasan Barangan:

(a) HSBC diberi kuasa (tetapi tidak diwajibkan): (i) untuk menunaikan apa-apa Tuntutan (termasuk penerimaan apa-apa Dokumen yang diserahkan) yang dibuat di bawah mana-mana Kredit Berdokumen, Kutipan atau Dokumen berkenaan dengan apa-apa Barangan yang dilepaskan dan untuk membayar jumlah invois Barangan atau nilai Barangan (yang mana lebih tinggi) tanpa memeriksa mana-mana Dokumen-dokumen yang diserahkan dan sama ada atau tidak sedar mengenai apa-apa percanggahan; dan (ii) untuk menggunakan mana-mana Dokumen-dokumen Pengangkutan dalam milikan HSBC untuk penebusan mana-mana surat indeminiti atau jaminan perkapalan; dan

(b) Pelanggan hendaklah dengan segera menerima apa-apa Dokumen yang diserahkan untuk pembayaran Barangan yang berkenaan (sama ada bercanggah atau tidak) dan hendaklah menanggung rugi HSBC dan Pihak yang Ditanggung Rugi yang lain selaras dengan Klausa 9.2 (Pembayaran balik dan Indeminitii).

8.3 Barangan dan/atau Dokumen-dokumen adalah dilepaskan kepada Pelanggan untuk tujuan mengambil penghantaran dan penjualan Barangan. 8.4 HSBC boleh berkompromi, menyelesaikan, membayar atau menentang apa-apa Tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan pengeluaran apa-apa surat indeminiti atau jaminan perkapalan atau HSBC menandatangani, mengendorskan atau melepaskan apa-apa Dokumen Pengangkutan dengan cara yang ditentukan sesuai oleh HSBC, tanpa melepaskan obligasi dan liabiliti Pelanggan untuk membayar balik dan menanggung rugi HSBC di bawah ini. 8.5 Pelanggan hendaklah menebus dan menghantarkan setiap surat indeminiti atau jaminan perkapalan (jika ada) kepada HSBC untuk pembatalan dengan serta-merta apabila menerima Dokumen-dokumen Pengangkutan asal yang berkenaan.

Page 11: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 11

8.6 Pelanggan bersetuju bahawa Liabiliti-liabiliti Pelanggannya yang berkenaan dengan suatu surat indeminiti atau jaminan perkapalan hendaklah berterusan dan tidak akan dikurangkan sehingga surat indeminiti atau jaminan perkapalan telah dikembalikan kepada HSBC dan HSBC telah dibebaskan daripada semua liabilitinya di bawah surat indeminiti atau jaminan perkapalan tersebut.

BAHAGIAN 2 – PEMBAYARAN BALIK, INDEMINITI DAN HAK-HAK LAIN

9. Pembayaran balik dan indemniti

9.1 Pelanggan hendaklah atas tuntutan membayar balik kepada HSBC semua jumlah wang yang telah dibayar (dalam apa jua cara) oleh HSBC berkenaan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan dan hendaklah atas tuntutan membayar kepada HSBC semua jumlah yang terhutang pada bila-bila masa oleh Pelanggan kepada HSBC termasuk apa-apa prinsipal, faedah, komisen, fi, Peningkatan Kos, cukai, duti kastam dan caj berkenaan dengan Perkhidmatan-perhidmatan Perdagangan dan apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh HSBC berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan-perkhidmatan Perdagangan tersebut. 9.2 Pelanggan hendaklah menanggung rugi HSBC, setiap ahli Kumpulan HSBC, dan pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan wakil-wakil mereka (masing-masing, Pihak yang Ditanggung Rugi) atas tuntutan terhadap

semua liabiliti langsung, tidak langsung dan berbangkit dan kerugian, pembayaran, ganti rugi, tuntutan, permintaan, perbelanjaan dan kos (termasuk yuran guaman dan fi, tuntutan, permintaan dan liabiliti dari benefisiari atau mana-mana pihak ketiga lain atas dasar tanggung rugi penuh) prosiding, tindakan dan akibat lain secara langsung, tidak langsung dan berbangkit (dirujuk secara kolektif, Kerugian-kerugian tersebut) yang

mana Pihak yang Ditanggung Rugi boleh mengalami, ditanggung, atau dikenakan di bawah atau berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan (kecuali sekiranya mana-mana Kerugian tersebut adalah disebabkan oleh penipuan, kecuaian melampau atau salah laku yang disengajakan oleh Pihak yang Ditanggung Rugi). Pelanggan hendaklah atas tuntutan membayar kepada Pihak Yang Ditanggung Rugi jumlah penuh Kerugian tersebut. 9.3 Pelanggan hendaklah, atas permintaan oleh mana-mana Pihak yang Ditanggung Rugi, dengan serta-merta hadir dan membela atas kos dan perbelanjaan Pelanggan sendiri apa-apa tindakan yang boleh dibawa terhadap Pihak Yang Ditanggung Rugi tersebut berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan dan untuk memberikan bantuan sedemikian sebagaimana yang diperlukan oleh Pihak Yang Ditanggung Rugi. 9.4 HSBC boleh, pada bila-bila masa, mendebitkan dari mana-mana akaun yang dipegang oleh Pelanggan dengan mana-mana ahli Kumpulan HSBC, atau menolak daripada apa-apa hasil yang dipegang atau diterima oleh HSBC yang kena dibayar kepada Pelanggan, mana-mana Liabiliti Pelanggan yang tertunggak pada masa tersebut. 9.5 Indemniti-indemniti yang terkandung dalam Terma-terma ini tidak akan dilepaskan atau dikurangkan, dan juga liabiliti Pelanggan tidak akan terjejas atas sebab HSBC atau mana-mana orang dari semasa ke semasa, mengubah, merealisasikan atau melepaskan mana-mana yang sama, atau memberikan pada bila-bila masa, kelonggaran atau konsesi atau pengkompaunan dengan mana-mana orang, atau bersetuju untuk menerima atau mengubah apa-apa kompromi, pengaturan atau penyelesaian, atau ketinggalan untuk menuntut atau menguatkuasakan pembayaran, atau menentukan, mengubah, mengurangkan atau melanjutkan tempoh mana-mana Perkhidmatan Perdagangan, atau oleh apa jua yang dilakukan atau tertinggal yang, jika bukan untuk peruntukan ini, mungkin beroperasi untuk melepaskan atau sebaliknya melepaskan Pelanggan tersebut. 10. Kolateral Tunai

10.1 Pelanggan hendaklah atas tuntutan membayar ke mana-mana akaun yang boleh diarahkan oleh HSBC perlindungan tunai (“cash cover”) dalam jumlah yang mencukupi untuk menampung Liabiliti-liabiliti Pelanggan atau jumlah yang lebih rendah sekiranya dipersetujui oleh HSBC (Kolateral Tunai).

10.2 Sekiranya dikehendaki oleh HSBC, Pelanggan akan memberi kepada HSBC, dalam bentuk dan bahan yang memuaskan HSBC, kepentingan sekuriti yang lazim di dalam Bidang Kuasa Yang Mentadbir yang berkenaan dengan akaun tersebut dan Kolateral Tunai tersebut dan Pelanggan hendaklah melakukan apa-apa pemfailan, pendaftaran, rakaman atau kemasukan kepentingan sekuriti sedemikian supaya ia disempurnakan dan boleh dikuatkuasakan terhadap Pelanggan dan hendaklah membayar apa-apa fi yang berkaitan. 10.3 HSBC boleh memohon Kolateral Tunai untuk menyelesaikan apa-apa Liabiliti Pelanggan pada bila-bila masa. 10.4 Melainkan HSBC bersetuju sebaliknya:

(a) Kolateral Tunai tidak akan dibayar balik atau dikembalikan (secara keseluruhan atau sebahagian);

Page 12: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 12

(b) Kolateral Tunai tidak akan menjadi hutang yang terhutang oleh HSBC kepada Pelanggan atau mana-mana orang lain sehingga dan melainkan HSBC berpuas hati bahawa semua Liabiliti Pelanggan telah secara tanpa syarat dan tidak boleh dibatalkan dibayar dan dilepaskan sepenuhnya; dan (c) tiada faedah akan dikenakan ke atas Kolateral Tunai.

10.5 Pelanggan tidak boleh membuat atau membenarkan untuk mewujudkan apa-apa cagaran, gadaian, sandaran, lien atau kepentingan sekuriti lain atau bebanan ke atas Kolateral Tunai, atau apa-apa akaun di mana Kolateral Tunai tersebut adalah dipegang (kecuali untuk apa-apa sekuriti yang memihak kepada HSBC) atau menyerahhakkan, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan yang sama. 11. Sandaran

11.1 Pelanggan akan membayar kepada HSBC atas tuntutan kesemua Liabiliti Pelanggan. 11.2 Pelanggan dengan ini, setakat yang dibenarkan, menyandarkan kepada HSBC sebagai sekuriti berterusan untuk Liabiliti-liabiliti Pelanggan semua Dokumen dan Barangan yang pada bila-bila masa dalam pemilikan atau kawalan sebenar atau konstruktif HSBC atau dipegang secara amanah untuk, atau kepada perintah HSBC sama ada untuk penjagaan, kutipan, sekuriti, pembuatan suatu Tuntutan atau apa-apa sebab lain dan sama ada atau tidak dalam perjalanan biasa perniagaan perbankan dan sama ada dalam Bidang Kuasa yang Mentadbir atau di tempat lain. 11.3 Setakat yang dikehendaki oleh HSBC, Pelanggan hendaklah melakukan semua tindakan (termasuk memasuki dokumen-dokumen sedemikian yang selanjutnya) untuk mewujudkan, membuktikan dan memberikan kesan penuh suatu sandaran ke atas Dokumen-dokumen dan Barangan sebagai sekuriti untuk Liabiliti-liabiliti Pelanggan. 11.4 Sekiranya, dalam Bidang Kuasa yang Mentadbir suatu sandaran (atau yang setaraf dengannya) dikehendaki untuk didaftarkan, difailkan atau direkodkan secara umum untuk ianya dikuatkuasakan, atas permintaan HSBC Pelanggan hendaklah mengambil semua tindakan yang munasabah untuk mendaftarkan, memfailkan dan / atau merekodkan sandaran tersebut (termasuk membuat pembayaran apa-apa fi yang berkenaan). 11.5 Apa-apa sekatan ke atas hak untuk mencantumkan sekuriti-sekuriti tidak terpakai bagi sandaran di bawah Klausa 11 ini. 11.6 Risiko dalam mana-mana Dokumen dan Barangan yang disandarkan hendaklah kekal di pihak Pelanggan dan baik HSBC mahupun mana-mana ahli Kumpulan HSBC yang lain tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan atau susut nilai dalam mana-mana Dokumen atau Barangan yang dipegang oleh HSBC sebagai sekuriti. 11.7 Sekiranya:

(a) Pelanggan gagal untuk membayar apa-apa Liabiliti Pelanggan apabila kena dibayar atau dituntut; (b) Pelanggan tidak mematuhi mana-mana peruntukan lain Terma-terma ini; (c) apa-apa representasi yang dibuat oleh Pelanggan di bawah Terma-terma ini adalah atau dibuktikan adalah tidak betul apabila dibuat atau dianggap telah dibuat; (d) Pelanggan tidak dapat atau mengakui ketidakupayaan untuk membayar hutang-hutangnya apabila ia kena dibayar atau Pelanggan adalah atau dianggap adalah tidak solven atau bankrap di bawah undang-undang bidang kuasa penubuhan dan / atau perbadanannya (sebagaimana yang berkenaan); atau (e) Pelanggan memasuki atau tertakluk kepada suatu penyusunan semula, suatu komposisi atau pengaturan lain dengan satu atau lebih pemiutang, suatu penggulungan, atau apa-apa bentuk kebankrapan atau proses insolvensi atau prosiding yang lain,

HSBC boleh menguatkuasakan sandarannya dan boleh, tanpa tuntutan, notis, proses undang-undang atau apa-apa tindakan lain berkenaan dengan Pelanggan atau mana-mana orang lain, merealisasikan, menjual, berunding atau sebaliknya melupuskan semua atau sebahagian Dokumen dan Barangan pada bila-bila masa dan dengan apa-apa cara yang difikirkan sesuai bebas daripada apa-apa sekatan dan tuntutan dan HSBC tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada realisasi, penjualan, rundingan atau pelupusan sedemikian. 11.8 Semua wang yang diterima, didapat semula atau sebaliknya direalisasikan oleh HSBC berikutan penguatkuasaan sandaran tersebut boleh dikreditkan ke akaun tergantung yang dikenakan faedah yang berasingan sepanjang tempoh yang ditentukan oleh HSBC untuk memelihara hak-hak HSBC terhadap pelepasan keseluruhan Liabiliti Pelanggan.

Page 13: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 13

12. Resit-resit amanah

12.1 Walaupun mana-mana Liabiliti Pelanggan masih tertunggak berkenaan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan yang dibekalkan berkenaan dengan mana-mana Dokumen atau Barangan, sekiranya Dokumen-dokumen atau Barangan sedemikian dipegang oleh atau dilepaskan kepada Pelanggan atau atas perintahnya, Pelanggan:

(a) akan memegang Dokumen-dokumen dan Barangan sedemikian (dan hasil penjualan dan / atau apa-apa insurans) atas amanah untuk HSBC (atau, sekiranya suatu amanah tidak diiktiraf dan dikuatkuasakan, berpegang kepada arahan HSBC) secara eksklusif untuk tujuan yang dipersetujui antara HSBC dan Pelanggan dari semasa ke semasa berkenaan dengan Perkhidmatan Perdagangan yang disediakan; (b) akan menyimpan hasil jualan dan / atau insurans tersebut, dan menyimpan Barangan tersebut, berasingan daripada harta lain Pelanggan dan boleh dikenalpasti; (c) mengesahkan bahawa Dokumen-dokumen dan Barangan sedemikian akan terus tertakluk kepada sandaran dalam Klausa 11 (Sandaran) tetapi pada risiko Pelanggan; (d) akan, atas permintaan HSBC, melaksanakan dan menghantar kepada HSBC resit-resit amanah dalam bentuk dan bahan yang memuaskan kepada HSBC bersama dengan mana-mana dokumentasi lain yang HSBC boleh menghendaki; (e) akan mematuhi dengan segera dan sepenuhnya dengan apa-apa arahan atau permintaan yang HSBC boleh memberi kepada Pelanggan berkenaan dengan Dokumen-dokumen dan Barangan sedemikian; (f) akan, apabila menerima, dengan segera membayar kepada HSBC hasil jualan dan / atau insurans Barangan tersebut; dan (g) mengakui bahawa HSBC boleh pada bila-bila masa mengambil dan melupuskan Barangan, Dokumen-dokumen dan / atau penjualan dan / atau hasil insurans Barangan.

13. Penolakan

13.1 HSBC boleh, pada bila-bila dan tanpa notis, menggabungkan atau mencantumkan semua akaun Pelanggan yang dipegang dengan HSBC dan / atau menolak (“set-off”) apa-apa Liabiliti Pelanggan terhadap apa-apa obligasi yang terhutang oleh HSBC kepada Pelanggan (termasuk berkenaan dengan mana-mana Kolateral Tunai, atau hasil yang diterima atau dipegang oleh HSBC), tanpa mengira tempat pembayaran, cawangan tempahan atau mata wang bagi mana-mana obligasi. 13.2 Untuk melaksanakan apa-apa tolakan HSBC boleh menukarkan kepada suatu mata wang apa-apa jumlah yang berada dalam mata wang yang berbeza pada Kadar Pertukaran yang berkenaan. 13.3 Sekiranya mana-mana Liabiliti Pelanggan adalah tidak dilikuidasikan atau tidak boleh dipastikan, HSBC boleh menggunakan atau menolak satu jumlah yang dianggar olehnya dengan suci hati sebagai jumlah liabiliti tersebut. 14. Hak-hak tambahan

14.1 Hak-hak HSBC di bawah Terma-terma ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidak dalam apa-apa cara diprejudiskan atau terjejas oleh mana-mana satu atau lebih lain-lain indemniti-indemniti, jaminan-jaminan, sekuriti-sekuriti yang lain atau obligasi-obligasi lain yang mana HSBC kini atau kemudiannya memegang sama ada daripada Pelanggan atau mana-mana orang lain. 14.2 HSBC boleh menguatkuasakan hak-haknya di bawah Terma-terma ini atau berkenaan dengan apa-apa indeminiti, jaminan, sekuriti- yang lain atau obligasi lain yang mana HSBC kini atau kemudiannya memegang sama ada daripada Pelanggan atau mana-mana orang lain dalam apa-apa susunan yang ia pilih dan Pelanggan mengetepikan apa-apa hak ia mungkin ada yang memperuntukkan sebaliknya.

BAHAGIAN 3 – FI-FI DAN BAYARAN-BAYARAN

15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

15.1 Melainkan dipersetujui sebaliknya secara bertulis dengan Pelanggan:

(a) fi-fi dan caj-caj lain (selain daripada faedah dan komisen) hendaklah kena dibayar oleh Pelanggan kepada HSBC berkenaan dengan setiap Perkhidmatan Perdagangan pada kadar, dalam jumlah, dan pada masa yang dipersetujui dalam Permohonan, Perjanjian Kemudahan atau Buku Tarif yang berkenaan atau sebagaimana mengikut amalan-amalan standard HSBC; (b) faedah hendaklah kena dibayar oleh Pelanggan kepada HSBC atas tuntutan berkenaan dengan mana-mana Pinjaman Pembiayaan Perdagangan atau Pembiayaan, hendaklah terakru ke atas jumlah

Page 14: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 14

Pinjaman Pembiayaan Perdagangan atau Pembiayaan tersebut untuk tempoh dari dan termasuk tarikh HSBC menyediakan Pinjaman Pembiayaan Perdagangan atau Pembiayaan tersebut kepada dan tidak termasuk tarikh Pinjaman Pembiayaan Perdangangan atau Pembiayaan tersebut dibayar atau diselesaikan sepenuhnya, dan hendaklah dikira dengan merujuk kepada kadar yang dipersetujui dalam Permohonan, Perjanjian Kemudahan atau Buku Tarif yang berkaitan atau sebagaimana mengikut amalan-amalan standard HSBC; (c) faedah hendaklah kena dibayar oleh Pelanggan kepada HSBC atas tuntutan berkenaan dengan mana-mana Tuntutan yang dibayar oleh HSBC, hendaklah terakru ke atas jumlah Tuntutan bagi tempoh dari dan termasuk tarikh HSBC membayar Tuntutan tersebut kepada dan tidak termasuk tarikh pembayaran balik sepenuhnya Liabiliti-liabiliti Pelanggan yang berbangkit daripada Tuntutan tersebut, dan hendaklah dikira dengan merujuk kepada kadar yang dipersetujui dalam Permohonan, Perjanjian Kemudahan atau Buku Tarif yang berkenaan atau sebagaimana mengikut amalan-amalan standard HSBC; dan (d) komisen hendaklah dibayar oleh Pelanggan kepada HSBC atas tuntutan berkenaan dengan mana-mana Kredit Berdokumen atau Instrumen dan hendaklah dikira dengan merujuk kepada nilai muka Kredit Berdokumen atau Instrumen tersebut dan kadar yang dipersetujui dalam Permohonan, Perjanjian Kemudahan atau Buku Tarif berkenaan atau sebagaimana mengikut amalan-amalan standard HSBC.

15.2 Apa-apa fi, faedah atau komisen yang terakru berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan akan terakru dari hari ke hari dan adalah dikira atas dasar bilangan hari yang berlalu yang sebenar dan atas 360/365 hari setahun atau, dalam apa-apa keadaan di mana amalan pasaran dalam Bidang Kuasa yang Mentadbir berkenaan berbeza, mengikut amalan pasaran tersebut. 15.3 Apa-apa fi, komisen, faedah atau caj yang kena dibayar oleh Pelanggan kepada HSBC tidak boleh dikembalikan. 15.4 Sekiranya Pelanggan gagal membayar apa-apa jumlah yang perlu dibayar olehnya di bawah Terma-terma ini pada tarikh matangnya, faedah ingkar hendaklah terakru pada jumlah tertunggak dari tarikh matang sehingga tarikh pembayaran sebenar (kedua-duanya sebelum dan selepas penghakiman) pada kadar yang dipersetujui dalam Permohonan, Perjanjian Kemudahan atau Buku Tarif atau sebagaimana mengikut amalan-amalan standard HSBC. 16. Pembayaran

16.1 Pembayaran oleh Pelanggan hendaklah dibuat kepada HSBC dalam keadaan segera tersedia, bebas untuk dipindah milik, dana-dana bersih dan sebagaimana yang ditentukan oleh HSBC tanpa apa-apa penolakan, tuntutan balas, penahanan atau apa-apa jenis syarat kecuali dikehendaki oleh undang-undang. 16.2 Semua jumlah yang dibayar atau perlu dibayar kepada HSBC berkenaan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan adalah dinyatakan atas dasar tidak termasuk Cukai. Pelanggan mesti membayar apa-apa Cukai yang berkaitan (seperti yang diperlukan) atas apa-apa jumlah yang Pelanggan perlu membayar HSBC. 16.3 Sekiranya potongan atau penahanan dikehendaki oleh undang-undang (termasuk atas apa-apa Cukai), Pelanggan mesti: (a) menambah jumlah yang perlu dibayar supaya, selepas membuat potongan atau penahanan minimum yang diperlukan, HSBC akan menerima dan berhak untuk mengekalkan jumlah bersih sekurang-kurangnya sama dengan jumlah yang seharusnya diterima oleh HSBC sekiranya potongan atau penahanan tidak dibuat; dan (b) dalam tempoh 30 hari dari pembayaran sedemikian, menghantar kepada HSBC pengesahan secara bertulis daripada pihak berkuasa cukai yang berkenaan yang membuktikan penerimaan oleh pihak berkuasa cukai berkenaan bagi potongan atau penahanan tersebut. 16.4 Sesuatu pembayaran oleh Pelanggan kepada HSBC hendaklah dibuat dalam mata wang Liabiliti Pelanggan yang berkenaan dan Pelanggan mengetepikan apa-apa hak yang ia mungkin ada dalam mana-mana bidang kuasa untuk membayar pembayaran sedemikian dalam mata wang lain. HSBC boleh menukarkan apa-apa pembayaran yang diterima daripada Pelanggan dalam mata wang lain ke dalam mata wang di mana pembayaran tersebut kena dibayar dan Pelanggan hendaklah menanggung rugi HSBC bagi apa-apa kos, kerugian atau liabiliti yang timbul daripada atau akibat penukaran tersebut. 16.5 Sekiranya apa-apa pembayaran yang kena dibayar oleh Pelanggan, atau apa-apa perintah, penghakiman atau anugerah yang diberikan atau dibuat berkenaandengan apa-apa pembayaran yang kena dibayar oleh Pelanggan, hendaklah ditukar menjadi mata wang lain bagi tujuan untuk membuat atau memfailkan suatu tuntutan atau bukti terhadap Pelanggan atau mana-mana orang lain, atau memperoleh atau menguatkuasakan suatu perintah, penghakiman atau anugerah, Pelanggan hendaklah menanggung rugi HSBC terhadap apa-apa kos, kerugian atau liabiliti yang timbul daripada atau akibat penukaran tersebut. 16.6 Apa-apa notis daripada, atau penentuan oleh, HSBC mengenai kadar atau jumlah di bawah Terma-terma ini, suatu Perkhidmatan Perdagangan atau apa-apa dokumen yang dirujukkan dalam Terma-terma ini hendaklah

Page 15: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 15

(kecuali jika ia mengandungi ralat jelas) menjadi bukti konklusif mengenai kadar atau jumlah tersebut. Dalam apa-apa prosiding undang-undang yang berkaitan dengan Terma-terma ini dan / atau suatu Perkhidmatan Perdagangan, catatan-catatan akaun (“account entries”) HSBC adalah bukti prima facie mengenai perkara-

perkara yang berkaitan dengannya. 16.7 Apa-apa wang yang dibayar kepada HSBC yang berkenaan dengan Liabiliti-liabiiti Pelanggan boleh digunakan dalam atau terhadap penyelesaian yang sama atau dikreditkan ke akaun tergantung yang berasingan selama tempoh yang HSBC menentukan untuk memelihara hak-hak HSBC terhadap pelepasan keseluruhan Liabiliti-liabiliti Pelanggan . 16.8 Wang yang diterima oleh HSBC hendaklah digunakan olehnya (melainkan dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang secara mandatori):

(a) pertama, untuk melepaskan semua kos, fi dan perbelanjaan (termasuk fi guaman) yang terhutang oleh Pelanggan kepada HSBC; (b) kedua, dalam atau terhadap pelepasan apa-apa faedah atau jumlah lain (yang bukan prinsipal) yang terhutang kepada HSBC; dan (c) ketiga dalam atau terhadap pelepasan mana-mana prinsipal yang terhutang oleh Pelanggan kepada HSBC.

16.9 Sekiranya apa-apa wang yang dibayar kepada HSBC berkenaan dengan Liabiliti-liabiliti Pelanggan dikehendaki dibayar balik berdasarkan mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan insolvensi, kebankrapan atau pembubaran atau atas apa-apa sebab lain, HSBC boleh menguatkuasakan Terma-terma ini dan Perkhidmatan Perdagangan yang berkenaan seolah-olah wang tersebut tidak pernah dibayar. 16.10 Apa-apa jumlah yang akan kena dibayar pada mana-mana hari selain daripada Hari Perniagaan akan menjadi kena dibayar pada Hari Perniagaan berikutnya. Dalam keadaan sedemikian, pengiraan faedah dan komisen akan diselaraskan dengan sewajarnya.

BAHAGIAN 4 – REPRESENTASI, AKUJANJI DAN SANKSI

17. Representasi dan Waranti

17.1 Sebagai tambahan kepada representasi-representasi dan waranti-waranti lain yang dibuat oleh Pelanggan kepada HSBC, Pelanggan merepresentasi dan memberi jaminan kepada HSBC bahawa:

(a) ia ditubuhkan dan / atau diperbadankan di bawah undang-undang bidang kuasa penubuhannya dan / atau penubuhannya (sebagaimana yang berkenaan) sewajarnya, adalah wujud secara sah dan mempunyai kuasa penuh untuk menjalankan perniagaannya seperti yang sedang dijalankan, untuk memiliki aset-asetnya dan untuk memasuki dan melaksanakan kewajipannya di bawah Terma-terma ini, dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu HSBC tentang apa-apa perubahan kepada perlembagaan atau kewujudannya; (b) obligasi-obligasi yang dinyatakan untuk dilaksanakan olehnya dalam Terma-terma ini dan dalam setiap Transaksi Perdagangan yang mana ia boleh masuk dari semasa ke semasa adalah obligasi-obligasi yang sah di sisi undang-undang, sahih, mengikat dan boleh dikuatkuasakan; (c) semua kebenaran, persetujuan, kelulusan, resolusi, lesen, pengecualian, pemfailan, pengesahan atau pendaftaran yang dikehendaki atau yang diingini untuk membolehkannya memasuki secara sah, menjalankan hak-haknya dan mematuhi obligasi-obligasinya di bawah Terma-terma ini dan setiap Transaksi Perdagangan telah diperolehi atau berkuatkuasa dan adalah dalam kuasa dan kesan yang sepenuhnya; (d) Terma-terma ini dan setiap Transaksi Perdagangan yang mungkin dari semasa ke semasa dimasuki tidak dan tidak akan bertentangan dengan dokumen-dokumen perlembagaannya atau apa-apa perjanjian atau instrumen yang mengikatnya atau mana-mana asetnya atau merupakan suatu kejadian ingkar atau penamatan (walau bagaimanapun diterangkan) di bawah mana-mana perjanjian atau instrumen sedemikian; (e) setiap Perkhidmatan Perdagangan yang diminta oleh atau untuk Pelanggan yang berkenaan dengan Transaksi Perdagangan yang tulen sepertimana yang dinyatakan dalam dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Transaksi Perdagangan tersebut dan semua dokumen dan maklumat (termasuk dalam apa-apa Permohonan) yang disediakan oleh Pelanggan kepada HSBC berkenaan dengan setiap Perdagangan Perkhidmatan atau Terma-terma ini adalah lengkap, tepat, tulen dan sah; (f) ia tidak pernah mengambil apa-apa tindakan korporat, atau apa-apa langkah lain dan tiada prosiding undang-undang telah dimulakan untuk pembubaran, pengurusan kehakiman, penerimaannya, atau apa-apa prosiding yang serupa atau yang seakan atau bagi pelantikan seorang penerima dan pengurus, pengurus kehakiman, pelikuidasi atau pegawai serupanya atau semua atau mana-mana bahagian penting aset-aset atau hasilnya; dan (g) apa-apa Dokumen, Barangan atau hasil penjualan di mana HSBC mempunyai atau dikatakan mempunyai kepentingan adalah bebas daripada apa-apa kepentingan sekuriti dan bebanan (selain daripada yang memihak kepada HSBC) dan Pelanggan adalah pemilik tunggal dan benefisial bagi apa-apa Dokumen, Barangan atau hasil penjualan tersebut.

Page 16: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 16

17.2 Semua representasi dan waranti dalam Terma-terma ini dianggap dibuat pada setiap hari (a) di mana suatu Permohonan dibuat dan sedang diproses, (b) mana-mana Perkhidmatan Perdagangan adalah tertunggak dan (c) mana-mana Liabiliti Pelanggan masih tertunggak. 17.3 Pelanggan mengakui bahawa HSBC akan bergantung kepada apa-apa representasi dan waranti yang dibuat oleh Pelanggan termasuk apabila HSBC menilai sama ada atau tidak untuk memberikan Perkhidmatan Perdagangan kepada Pelanggan. 17.4 Pelanggan hendaklah dengan segera memberitahu HSBC apabila sedar akan apa-apa representasi atau waranti yang menjadi tidak benar, atau Pelanggan tidak dapat membuat apa-apa representasi atau waranti apabila diulangi. 18. Akujanji Akujanji Am

18.1 Pelanggan hendaklah atas permintaan HSBC: (a) membekalkan kepada HSBC dengan maklumat berkenaan suatu Transaksi Perdagangan (termasuk salinan-salinan kontrak jualan, pesanan pembelian dan invois-invois), Dokumen-dokumen dan Barangan dan apa-apa jualan Barangan yang dicadangkan sebagaimana yang diperlukan oleh HSBC; (b) membekalkan kepada HSBC dengan maklumat berkenaan dengan keadaan kewangan, aset-aset dan operasi-operasi Pelanggan dan sekutu-sekutunya sebagaimana HSBC secara munasabahnya memerlukan; (c) membekalkan kepada HSBC dengan apa-apa maklumat yang diperlukan oleh HSBC untuk memenuhi "mengetahui pelanggan anda" atau prosedur pengenalan yang serupa; (d) memastikan HSBC sedia maklum tentang keberadaan Barangan dan apa-apa perubahan dalam keadaan, kualiti atau kuantiti Barangan; (e) bekerjasama sepenuhnya dengan HSBC dan memberi kepada HSBC semua bantuan yang diperlukan olehnya dalam pengutipan dan penguatkuasaan apa-apa pembayaran di bawah atau berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan sama ada melalui prosiding undang-undang atau sebaliknya; dan (f) dengan segera melakukan semua tindakan sedemikian atau melaksanakan semua dokumen sedemikian atas kosnya sendiri sebagaimana yang boleh ditentukan oleh HSBC:

(i) bagi tujuan penciptaan, penyempurnaan, perlindungan atau penyenggaraan apa-apa kepentingan yang diberikan atau bertujuan untuk diberikan kepada HSBC oleh, menurut atau berkenaan dengan Terma-terma ini (termasuk berkenaan dengan mana-mana Kolateral Tunai, Dokumen-dokumen, Barangan atau hasil jualan); (ii) untuk menjalankan apa-apa hak, kuasa dan remedi bagi HSBC yang disediakan oleh, menurut atau berkenaan dengan Terma-terma ini atau oleh undang-undang; dan (iii) untuk memudahkan HSBC untuk merealisasikan apa-apa Dokumen atau Barangan di mana HSBC adalah, atau diniatkan untuk menjadi, berkepentingan.

Akujanji Perkhidmatan Perdagangan

18.2 Pelanggan hendaklah, setakat mana yang terpakai kepada suatu Perkhidmatan Perdagangan dan / atau di mana HSBC mempunyai atau dikatakan mempunyai kepentingan dalam Kredit Berdokumen, Dokumen-dokumen, Barangan atau hasil jualan yang berkenaan yang dirujukkan kepada:

(a) memastikan bahawa Kredit Berdokumen, Dokumen-dokumen, Barangan atau hasil jualan (seperti yang berkenaan) adalah bebas daripada apa-apa cagaran, gadaian, sandaran, lien atau kepentingan sekuriti, bebanan atau tuntutan lain kecuali untuk apa-apa amanah, sandaran atau sekuriti dalam bentuk lain yang memihak kepada HSBC atau yang telah dibenarkan oleh HSBC; (b) menginsuranskan Barangan untuk nilai sedemikian terhadap risiko yang boleh diinsuranskan tersebut dengan cara yang dikehendaki oleh HSBC dan hendaklah mengemukakan kepada HSBC dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh Permohonan untuk Perkhidmatan Perdagangan yang berkaitan dengan bukti insurans Barangan tersebut; (c) sekiranya diminta oleh HSBC, mengatur untuk kepentingan HSBC dalam Barangan diendorskan pada polisi insurans yang berkenaan dan mengarahkan penanggung insurans untuk membayar kepada HSBC semua hasil insurans berkenaan dengan Barangan tersebut; (d) membayar kepada HSBC semua hasil insurans yang diterima olehnya berkenaan dengan Barangan dan, sementara menunggu pembayaran, akan memegang hasil sedemikian atas amanah untuk HSBC (atau, jika suatu amanah tidak diakui dan dikuatkuasakan, berpegang kepada perintah HSBC); (e) mengendorskan semua Dokumen supaya memihak kepada HSBC, mendepositkan semua Dokumen dengan HSBC atau atas perintahnya dan membuat nota dalam rekodnya mengenai kepentingan HSBC dalam semua Dokumen dan Barangan tersebut; (f) membayar semua kargo, gudang, dok, transit dan caj lain, sewa dan semua kos lain dan berkaitan dengan Dokumen-dokumen dan / atau Barangan tersebut; (g) tidak membenarkan Barangan untuk diproses atau diubah tanpa kebenaran bertulis terdahulu HSBC; (h) tidak mengambil apa-apa tindakan, yang mungkin menjejaskan nilai Barangan atau keberkesanan apa-apa sandaran atau amanah di bawah Terma-terma ini;

Page 17: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 17

(i) memaklumkan kepada HSBC apabila sedar tentang apa-apa kejadian yang mungkin secara bertentangan menjejaskan liabiliti pembeli untuk menyelesaikan pembelian Barangan atau apa-apa perubahan atau kemerosotan dalam keadaan atau kualiti atau sebaliknya Barangan tersebut; (j) membenarkan HSBC (atau mana-mana perwakilan) akses ke mana-mana premis di mana Barangan disimpan atau terletak untuk tujuan memeriksa, mengambil milikan, atau melindungi kepentingannya dalam Barangan; (k) tidak mencuba untuk memfaktorkan, memindahkan, menjual, melupuskan atau selainnya berurusan dengan Dokumen-dokumen, Barangan atau hasil penjualan (sebagaimana yang berkenaan), Kredit Berdokumen (atau apa-apa pengesahan (sama ada yang diberikan atas dasar didedahkan atau tidak didedahkan)) melainkan dipersetujui di antara HSBC dan Pelanggan dari semasa ke semasa berkenaan dengan Perkhidmatan Perdagangan yang disediakan; (l) tidak mengemukakan Dokumen-dokumen kepada mana-mana bank lain, institusi kewangan atau entiti pembiayaan yang serupa atau memperoleh apa-apa bentuk pembiayaan dan / atau pinjaman berkenaan dengan Transaksi Perdagangan yang sama; (m) tidak bersetuju dengan apa-apa pindaan kepada Kredit Berdokumen, SBLC atau Dokumen tanpa kebenaran bertulis terdahulu HSBC; dan (n) mendapatkan pelepasan segera HSBC daripada apa-apa jaminan, indemniti atau komitmen lain yang HSBC mungkin telah memberikan berkenaan dengan Dokumen-dokumen atau Barangan,

dan HSBC (atau mana-mana perwakilan) diberi kuasa untuk mengambil langkah-langkah sedemikian dan untuk membuat apa-apa pembayaran, bagi pihak dan pada kos Pelanggan, untuk menghantar, memungut, menerima, menyimpan, menginsuranskan atau memeriksa Barangan dan / atau untuk menuntut dan memungut apa-apa hasil jualan. 19. Pematuhan dengan undang-undang dan sanksi

19.1 Pelanggan merepresentasi dan menjamin bahawa: (a) Baik Pelanggan mahupun mana-mana subsidiari, pengarah, pegawai, pekerja, ejen, atau syarikat sekutunya bukan merupakan individu atau entiti yang dimiliki atau dikawal oleh mana-mana individu atau entiti yang:

(i) subjek kepada apa-apa sanksi yang dikeluarkan, ditadbir atau dikuatkuasakan oleh Pejabat Sekatan Kawalan Aset Asing Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, Jabatan Negara Amerika Syarikat, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Her Majesty’s Treasury, Pihak Berkuasa Monetari Hong Kong atau mana-mana badan yang mengeluarkan atau menguatkuasakan sanksi yang mungkin terpakai kepada HSBC, Pelanggan, Perkhidmatan Perdagangan atau Transaksi Perdagangan (Sanksi-sanksi tersebut); atau

(ii) terletak, dianjurkan atau bermastautin di suatu negara atau wilayah yang merupakan, atau di mana kerajaannya adalah, subjek kepada Sanksi-sanksi tersebut;

(b) apa-apa lesen import atau eksport yang diperlukan untuk setiap Transaksi Perdagangan telah diperolehi; dan (c) Pelanggan mematuhi segala hal material berkenaan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan asing dan domestik yang berkaitan dengan setiap bidang kuasa di mana ia beroperasi dan untuk setiap Transaksi Perdagangan dan hal perkara Transaksi Perdagangan tersebut termasuk, jika berkenaan, pengiriman dan pembiayaan barangan yang diperihalkan dalam Transaksi Perdagangan atau dokumen-dokumen yang berkaitan. 19.2 Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa:

(a) Kumpulan HSBC dan pembekal-pembekal perkhidmatannya hendaklah bertindak mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan pelbagai bidang kuasa, termasuk yang berkaitan dengan Sanksi-sanksi dan pencegahan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah, sogokan dan pengelakan cukai; (b) pada bila-bila masa, HSBC boleh mengkehendaki Pelanggan untuk memberikan maklumat kepada HSBC dengan serta merta berkaitan dengan mana-mana Transaksi Perdagangan, termasuk kontrak asas atau dokumentasi lain; (c) HSBC boleh mengambil, dan boleh mengarahkan ahli-ahli Kumpulan HSBC lain untuk mengambil, setakat yang dibenarkan secara sah untuk berbuat demikian di bawah undang-undang bidang kuasanya, apa-apa tindakan (suatu Tindakan Pematuhan) yang difikirkannya sesuai untuk bertindak selaras dengan

Sanksi-sanksi atau undang-undang dan peraturan-peraturan domestik dan negara asing. Tindakan Pematuhan tersebut mungkin termasuk:

(i) pemintasan dan penyiasatan apa-apa bayaran, komunikasi atau arahan; (ii) pembuatan pertanyaan lanjut tentang sama ada seseorang atau entiti tertakluk kepada apa-apa Sanksi; dan / atau (iii) keengganan untuk:

(A) mengeluarkan, memperbaharui, melanjutkan, memindahkan atau menyerahhakkan suatu Perkhidmatan Perdagangan; (B) membuat pembayaran apa-apa Tuntutan; atau (C) memproses suatu Perkhidmatan Perdagangan atau arahan yang tidak mematuhi Sanksi-sanksi atau undang-undang dan peraturan-peraturan domestik dan negara asing; dan

Page 18: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 18

(d) Baik HSBC mahupun mana-mana ahli Kumpulan HSBC tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian, kerosakan, kelewatan, atau kegagalan HSBC untuk melaksanakan tugasnya di bawah Terma-terma ini atau Perkhidmatan Perdagangan:

(i) yang timbul daripada atau berkaitan dengan apa-apa Tindakan Pematuhan yang diambil oleh HSBC, pembekal-pembekal perkhidmatannya, atau mana-mana ahli Kumpulan HSBC; dan / atau (ii) dihalang daripada membayar apa-apa Tuntutan berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan atau menghantar atau menerima apa-apa mesej atau data atau mengambil apa-apa tindakan lain yang berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan kerana undang-undang, peraturan atau ketetapan mana-mana agensi kerajaan yang berkenaan.

BAHAGIAN 5 – ARAHAN-ARAHAN DAN PLATFORM ELEKTRONIK

20. Arahan-arahan

20.1 HSBC diberi kuasa untuk menerima, bertindak dan bergantung kepada, dan menganggap sebagai sah dan tepat:

(a) semua tuntutan dan arahan (termasuk apa-apa Permohonan) yang diberikan atau yang dikatakan diberikan oleh Pelanggan kepada HSBC (suatu Arahan);

(b) apa-apa Tuntutan; dan (c) apa-apa Dokumen yang diberikan kepada HSBC,

termasuk, dalam setiap keadaan, yang dibuat atau diberikan secara atau melalui suatu Platform, emel, faksimili, telekopier, teleks, kabel, telefon atau apa-apa cara elektronik lain (dalam setiap keadaan, suatu Cara Elektronik) dan tidak mempunyai obligasi untuk mempersoalkan mengenai kebenaran atau kesahihan mana-mana Arahan, Tuntutan atau Dokumen tersebut. 20.2 Pelanggan mengakui dan menerima risiko bahawa komunikasi-komunikasi, Arahan-arahan, Tuntutan-tuntutan dan Dokumen-dokumen yang dihantar kepada atau daripada HSBC melalui Cara Elektronik boleh dipintas, dipantau, dipinda, tercemar (“corrupted”), mengandungi virus atau sebaliknya diganggu oleh pihak-pihak ketiga dan mengakui dan bersetuju bahawa HSBC tidak bertanggungjawab atau bertanggungan kepada Pelanggan atau mana-mana pihak ketiga untuk, dan Pelanggan mengetepikan apa-apa dan semua tuntutan berkenaan dengan, apa-apa Kerugian yang timbul daripadanya. 20.3 Sekiranya Pelanggan memberi suatu Arahan, membuat suatu Tuntutan atau menyediakan suatu Dokumen melalui Cara Elektronik, atau mengarahkan HSBC untuk membenarkan benefisiari atau mana-mana orang lain untuk melakukan yang sama, Pelanggan hendaklah atas tuntutan menanggung rugi, dan memastikan HSBC tidak mengalami kerugian daripada dan terhadap, apa-apa dan semua Kerugian yang mungkin ditanggung oleh HSBC (termasuk berkenaan dengan apa-apa pembayaran yang dibuat di mana Arahan atau Tuntutan berkenaan tidak diberi kuasa). 20.4 Sekiranya Pelanggan telah membuat suatu Permohonan bagi mana-mana Perkhidmatan Perdagangan yang disediakan untuk faedah mana-mana syarikat sekutu Pelanggan:

(a) Pelanggan bersetuju (dan pada masa yang sama akan mendapatkan kebenaran bertulis syarikat sekutunya) bahawa HSBC tidak mempunyai obligasi untuk mendapatkan arahan-arahan daripada syarikat sekutu tersebut dan HSBC boleh berurus dengan Pelanggan bagi pihak syarikat sekutu; (b) definisi "Transaksi Perdagangan" hendaklah ditafsirkan untuk merujuk kepada syarikat sekutu tersebut dan bukan Pelanggan, dan definisi "Dokumen-dokumen" dan "Barangan" hendaklah ditafsirkan sewajarnya; (c) rujukan-rujukan dalam Terma-terma ini kepada Pelanggan yang menyerahkan, mengendalikan, melupuskan, memindahkan, berurusan atau menggunakan (sebagaimana yang diterangkan) Dokumen-dokumen, Barangan atau hasil penjualan berkenaan hendaklah termasuk akujanji sekutu apa-apa tindakan sedemikian; (d) Pelanggan hendaklah mendapatkan bahawa syarikat sekutu tersebut mematuhi semua akujanji dalam Terma-terma ini yang berkenaan dengan Transaksi Perdagangan, Dokumen-dokumen, Barangan dan hasil jualan berkenaan; dan (e) setiap reprensentasi dalam Terma-terma ini yang dibuat oleh Pelanggan hendaklah dibuat oleh Pelanggan untuk dirinya dan bagi pihak syarikat sekutu tersebut atau, jika ia hanya boleh dibuat berkenaan dengan syarikat sekutu (disebabkan oleh keadaan fakta), oleh Pelanggan untuk dan bagi pihak syarikat sekutu.

20.5 HSBC tidak mempunyai obligasi untuk:

(a) mengesahkan identiti atau kuasa mana-mana orang yang memberikan suatu Arahan, membuat suatu Tuntutan atau membekalkan suatu Dokumen dengan Cara Elektronik;

Page 19: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 19

(b) mengesahkan kesahihan mana-mana tandatangan(-tandatangan) (sama ada elektronik atau sebaliknya) atas mana-mana Arahan yang diberikan, Tuntutan yang dibuat atau Dokumen yang dibekalkan melalui Cara Elektronik; atau (c) mendapatkan kelulusan Pelanggan terlebih dahulu sebelum bertindak atas apa-apa Arahan yang diberikan, Tuntutan yang dibuat atau Dokumen yang dibekalkan melalui Cara Elektronik,

namun HSBC boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, mengambil langkah-langkah untuk menentukan keesahan, ketulenan dan asal usul mana-mana Arahan, Tuntutan atau Dokumen (termasuk memerlukan pengesahan melalui telefon mengenai apa-apa Arahan) dan mengambil apa-apa langkah yang mungkin diberi mandat oleh seorang Pembekal Luaran dan boleh, sekiranya tidak dapat menentukan keesahan, kuasa atau asal usul apa-apa Arahan, Tuntutan atau Dokumen, menangguhkan atau enggan untuk bertindak atas apa-apa Arahan, Tuntutan atau Dokumen atau menggantungkan atau menamatkan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan pada bila-bila masa.

21. Platform

21.1 Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa:

(a) HSBC boleh bergantung kepada Pembekal-pembekal Luaran untuk membekalkan Platform supaya HSBC boleh melaksanakan obligasi-obligasinya di bawah Terma-terma ini (atau mana-mana terma dan syarat lain yang terpakai) dan membekalkan Perkhidmatan-Perkhidmatan Perdagangan; (b) Pembekal-pembekal Luaran adalah bebas daripada HSBC dan boleh secara bebas mengenakan yuran ke atas Pelanggan untuk penggunaan Platform mereka dan yuran tersebut adalah tanggungjawab tunggal Pelanggan; (c) obligasi-obligasi HSBC di bawah Terma-terma ini dan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan hendaklah tertakluk kepada hak-hak HSBC di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat Luaran dan ketersediaan mana-mana Platform yang disediakan oleh Pembekal-pembekal Luaran tersebut; (d) HSBC tidak mempunyai obligasi untuk memaklumkan kepada Pelanggan, atau membekalkan Pelanggan dengan, mana-mana Terma dan Syarat Luaran; (e) HSBC tidak mempunyai kawalan ke atas proses-proses elektronik yang digunakan oleh Platform yang dibekalkan oleh seorang Pembekal Luaran untuk memproses, mengendalikan dan / atau menghantar data atau mesej; (f) ia hendaklah memaklumkan HSBC semua Terma dan Syarat Luaran yang terpakai atau apa-apa caj yang dikenakan oleh mana-mana Platform yang digunakannya (atau berhasrat untuk menggunakan) yang berkenaan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan dan hendaklah dengan segera memberitahu HSBC tentang apa-apa perubahan; dan (g) ia hendaklah dengan segera membekalkan semua maklumat mengenai apa-apa Platform yang digunakan oleh Pelanggan yang mungkin diminta oleh HSBC secara munasabahnya.

21.2 HSBC tidak akan menanggung apa-apa liabiliti atau tanggungjawab kepada Pelanggan atau kepada mana-mana pihak ketiga untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung akibat:

(a) ketiadaan apa-apa Platform kepada Pelanggan, HSBC atau mana-mana orang lain atas apa jua sebab; atau (b) penggunaan atau perhubungan Pelanggan dengan mana-mana Platform, mana-mana Pembekal Luaran atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh HSBC atau mana-mana Pembekal Luaran kepada Pelanggan yang melibatkan mana-mana Platform.

21.3 Pelanggan: (a) hendaklah mematuhi semua prosedur-prosedur keselamatan HSBC dan setiap Pembekal Luaran dan apa-apa permintaan HSBC yang munasabah atau mana-mana Pembekal Luaran boleh mengeluarkan kepada Pelanggan mengenai keselamatan mana-mana Platform, termasuk arahan-arahan mengenai langkah-langkah untuk memulihkan apa-apa pelanggaran keselamatan; dan (b) mengakui dan bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawab Pelanggan untuk menubuhkan, menyelenggara dan sentiasa memantau semua pengaturan keselamatan mengenai akses kepada dan penggunaan setiap Platform dan maklumat yang disimpan di dalam sistem-sistem pengkomputeran dan komunikasi Pelanggan, dan mengesahkan bahawa ia telah menilai pengaturan-pengaturan keselamatan setiap Platform dan menentukan bahawa mereka adalah mencukupi untuk melindungi kepentingan Pelanggan; (c) hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah penggunaan atau akses penipuan atau tanpa kebenaran kepada setiap Platform; (d) hendaklah memastikan bahawa Pelanggan atau pekerjanya tidak melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan keselamatan mana-mana Platform atau sistem atau keselamatan HSBC dikompromikan; dan (e) hendaklah memaklumkan HSBC, dengan kadar segera yang munasabah apabila menyedari, mengenai apa-apa akses sebenar atau percubaan yang tidak diberi kuasa kepada mana-mana Platform atau apa-apa transaksi yang tidak diberi kuasa atau percubaan untuk melaksanakan Arahan yang tidak diberi kuasa. Pemakluman ini mestilah melalui telefon tetapi mesti diikuti dengan notis bertulis dalam tempoh empat puluh lapan jam dari panggilan telefon tersebut.

Page 20: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 20

BAHAGIAN 6 – LAIN-LAIN

22. Pembatasan Liabiliti

22.1 Baik HSBC mahupun mana-mana ahli Kumpulan HSBC yang lain tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian, ganti rugi, pembayaran, permintaan, tuntutan, perbelanjaan atau kos yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan (atau mana-mana syarikat sekutunya) yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma-terma ini atau mana-mana Perkhidmatan Perdagangan selain daripada kerugian, kerosakan, pembayaran, permintaan, tuntutan, perbelanjaan atau kos sedemikian yang timbul sebagai akibat langsung daripada kecuaian melampau atau salahlaku sengaja HSBC atau ahli Kumpulan HSBC lain. 22.2 Meskipun Klausa 22.1, dalam apa jua keadaan pun HSBC atau mana-mana ahli Kumpulan HSBC tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan (atau mana-mana syarikat sekutunya) untuk:

(a) apa-apa kehilangan perniagaan, keuntungan atau data; atau (b) kerugian atau kerosakan tidak langsung, berbangkit atau khas,

sama ada atau tidak HSBC atau mana-mana ahli Kumpulan HSBC telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerugian atau kerosakan sedemikian. 22.3 Tanpa membatas Klausa 22.1 dan 22.2, HSBC tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan bagi, dan Pelanggan mengetepikan semua tuntutan terhadap HSBC berkenaan dengan:

(a) apa-apa perbuatan, peninggalan, kehilangan atau kelewatan yang berkaitan dengan penghantaran dokumen-dokumen atau pembayaran kepada mana-mana pihak ketiga atau bank koresponden, atau apa-apa penahanan, tindakan, peninggalan, ketidaksolvenan atau kebankrapan mana-mana bank koresponden; (b) apa-apa kelewatan dan / atau kehilangan dalam transit apa-apa mesej, surat atau Dokumen-dokumen yang dihantar melalui mel, sebagai komunikasi elektronik, melalui suatu Platform atau suatu saluran telekomunikasi, atau untuk apa-apa kelewatan, mutilasi atau kesilapan-kesilapan lain yang timbul dalam pengaliran atau penghantaran apa-apa komunikasi oleh pihak-pihak ketiga dan Pelanggan mengakui bahawa, tidak kira sama ada apa pun arahan yang bertentangan, HSBC boleh menghantar Dokumen dengan apa-apa kaedah yang difikirkannya sesuai; (c) apa-apa kelewatan dalam pelaksanaan atau kegagalan untuk melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Terma-terma ini disebabkan oleh apa-apa sebab yang di luar kawalan munasabahnya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada kegagalan, kerosakan atau tiada ketersediaan telekomunikasi, komunikasi data dan sistem dan perkhidmatan komputer di mana HSBC tidak mempunyai kawalan, peperangan, permusuhan, pencerobohan, kerusuhan awam, mogok, sekat masuk atau tindakan perindustrian lain atau pertikaian perdagangan (sama ada melibatkan pekerja HSBC atau pihak ketiga) atau apa-apa undang-undang atau perintah kerajaan (sama ada atau tidak kuasa undang-undang); (d) apa-apa kegagalan oleh HSBC untuk membayar suatu Tuntutan atau tindakan HSBC lain atau kegagalan untuk bertindak akibat apa-apa undang-undang domestik atau negara asing, pengawalseliaan, keputusan atau pentafsiran oleh mana-mana mahkamah domestik atau negara asing atau agensi kerajaan; (e) bentuk, kecukupan, ketepatan, ketulenan, kuasa mana-mana orang yang menandatangani atau mengendorskan (termasuk mana-mana orang yang membuat penyerahan, tuntutan, memberi Arahan (termasuk dengan Cara Elektronik) kepada HSBC yang dikatakan dengan kebenaran Pelanggan atau benefisiari), pemalsuan atau kesan undang-undang dari mana-mana Dokumen sekiranya dokumen-dokumen sedemikian pada permukaannya secara munasabah kelihatan teratur; (f) sumber, ketepatan, keesahan, kesahihan, pemalsuan atau kesan undang-undang dari mana-mana data, Dokumen atau pernyataan yang dibuat, diserahkan atau diterima daripada mana-mana Platform atau mana-mana pihak kepada suatu Transaksi Perdagangan, apa-apa dokumen yang berkaitan atau deskripsi, kuantiti, berat, kualiti, keadaan, pembungkusan, penghantaran, nilai atau kewujudan barangan, perkhidmatan-perkhidmatan atau pelaksanaan lain yang mana data, Dokumen-dokumen atau pernyataan-pernyataan berkenaan, atau untuk niat baik atau tindakan-tindakan atau ketinggalan-ketinggalan, kesolvenan, prestasi atau kedudukan mana-mana pihak kepada suatu Transaksi Perdagangan, konsainor, pembawa, penghantar, konsaini, penanggung insurans barangan, atau mana-mana orang lain; (g) apa-apa tindakan yang tidak wajar oleh benefisiari, termasuk pelanggaran kontrak berkenaan dengan suatu Transaksi Perdagangan, dalam keadaan di mana Pelanggan hendaklah menanggung dan bertanggungjawab semua risiko sedemikian; dan (h) Pelanggan yang bertindak atau bergantung kepada apa-apa nasihat yang diterima daripada HSBC sama ada atau tidak nasihat itu diminta oleh Pelanggan.

22.4 Sekiranya HSBC menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pihak lain, bank koresponden, ejen atau Platform untuk tujuan mengeluarkan Instrumen atau Kredit Berdokumen, m embuat pembayaran, mengendalikan Barangan atau Dokumen-dokumen atau untuk tujuan lain untuk menyokong perkhidmatan-perkhidmatan yang dipertimbangkan oleh Terma-terma ini, HSBC hendaklah berbuat demikian untuk akaun Pelanggan dan atas risiko Pelanggan dan HSBC hendaklah tidak menanggung apa-apa liabiliti atau tanggungjawab sekiranya mana-mana arahan yang diberikan oleh HSBC kepada mana-mana pihak

Page 21: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 21

lain tidak dilaksanakan walaupun pilihan pihak lain itu adalah pilihan HSBC. Di samping itu, HSBC tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa tindakan, kegagalan untuk bertindak, keingkaran, penggantungan, kebankrapan atau ketidaksolvenan pihak lain. 22.5 Di mana HSBC melakukan semakan terhadap mana-mana Dokumen atas permintaan Pelanggan, semakan sedemikian hanya sebagai panduan dan tidak muktamad atau konklusif dan HSBC tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan terhadapnya, dan Pelanggan mengetepikan semua tuntutan terhadap HSBC berkenaan dengan, peninggalan oleh atau kegagalan HSBC untuk mengenal pasti apa-apa percanggahan semasa mana-mana semakan tersebut. 22.6 Di mana HSBC bersetuju untuk menasihatkan suatu Kredit Berdokumen atau apa-apa Instrumen yang tidak dikeluarkan oleh bank atau menyerahkan apa-apa Dokumen berkenaan dengan, atau sebaliknya mengendalikan, Instrumen atau Kredit Berdokumen tersebut, Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa:

(a) Instrumen atau Kredit Berdokumen tersebut mungkin tidak akan menjadi suatu akujanji pihak ketiga yang bebas dan tidak boleh menjamin pembayaran oleh penerbit (issuer) atau pemohon;

(b) pemakaian Peraturan-Peraturan ICC yang berkenaan mungkin tidak menangani, meliputi atau melanjutkan sehingga kepada jenis Instrumen atau Kredit Berdokumen tersebut; (c) HSBC mungkin tidak dapat menuntut daripada pengeluar untuk pembayaran dengan cara yang sama yang ia boleh berkenaan dengan suatu Kredit Berdokumen atau Instrumen yang dikeluarkan oleh bank; dan (d) Pelanggan haruslah mendapatkan nasihat undang-undang bebas,

dan Pelanggan menanggung semua risiko sedemikian dan mengetepikan semua tuntutan terhadap HSBC untuk kerugian, kerosakan, kos, fi, tuntutan, tindakan atau permintaan berkenaan dengan Kredit Berdokumen atau Instrumen tersebut termasuk apa-apa tuntutan yang HSBC gagal memberi amaran kepada Pelanggan bahawa ia memberi nasihat berkenaan sejenis Kredit Berdokumen atau Instrumen sedemikian, gagal membayar Kredit Berdokumen atau Instrumen tersebut sedemikian mengikut cara suatu Kredit Berdokumen atau Instrumen yang dikeluarkan oleh bank, atau gagal mengutip pembayaran daripada penerbit Kredit Berdokumen atau Instrumen tersebut. 22.7 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di atas, di mana apa-apa liabiliti HSBC atau mana-mana ahli Kumpulan HSBC kepada Pelanggan (atau mana-mana syarikat sekutunya) timbul di bawah Terma-terma ini atau berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan, liabiliti tersebut tidak boleh melebihi USD 1,000,000 secara agregat dalam mana-mana tahun kalendar. 23. Pendedahan, kerahsiaan dan privasi

23.1 Tanpa mengehadkan apa-apa syarat lain antara Pelanggan dan HSBC atau mana-mana ahli Kumpulan HSBC, HSBC diberi kuasa:

(a) untuk melantik mana-mana orang lain sebagai koresponden, penama atau ejennya berkaitan dengan Terma-terma ini dan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan dan HSBC boleh memberikan apa-apa kuasanya di bawah Terma-terma ini atau suatu Perkhidmatan Perdagangan kepada orang tersebut; (b) untuk memaklumkan mana-mana orang lain mengenai kepentingannya dalam mana-mana Dokumen, Barangan atau hasil penjualan; dan (c) untuk memindahkan dan mendedahkan apa-apa Maklumat Pelanggan kepada penerima-penerima berikut (yang mereka juga boleh memproses, memindahkan dan mendedahkan Maklumat Pelanggan tersebut):

(i) mana-mana ahli Kumpulan HSBC; (ii) mana-mana sub-kontraktor, koresponden, penama, ejen, perwakilan, pembekal perkhidmatan (termasuk Pembekal Luaran dan Platform), atau sekutu Kumpulan HSBC (termasuk pekerja, pengarah dan pegawai mereka); (iii) mana-mana Pihak Berkuasa; (iv) mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Pelanggan, penerima bayaran, benefisiari, nomini akaun, perantara, koresponden dan ejen bank, rumah penjelasan(“clearing house”), sistem penjelasan atau penyelesaian (“clearing or settlement systems”), rakan niaga pasaran (“market counterparties”), ejen pegangan hulu (“upstream withholding agents”), swap atau perdagangan repositori (swap or trade repositories), bursa saham, dan syarikat-syarikatdi mana Pelanggan mempunyai kepentingan dalam

sekuriti (sekuriti sedemikian dipegang oleh HSBC untuk Pelanggan); (v) mana-mana pihak yang memperoleh kepentingan atau dengan mengambil risiko dalam atau berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan; (vi) mana-mana institusi kewangan lain, agensi rujukan kredit atau biro kredit, untuk mendapatkan atau menyediakan rujukan kredit; (vii) mana-mana penanggung insurans atau broker; dan / atau (viii) berkaitan dengan mana-mana pemindahan, pelupusan, penggabungan atau pengambilalihan perniagaaan Kumpulan HSBC, di mana terletak, termasuk dalam bidang kuasa yang tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang memberikan tahap perlindungan yang sama seperti bidang kuasa di mana Perkhidmatan Perdagangan dibekalkan,

Page 22: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 22

termasuk di mana penerima bagi apa-apa pelantikan, pemberitahuan, pemindahan atau pendedahan itu terletak di luar Bidang Kuasa yang Mentadbir. 23.2 HSBC tidak akan bertanggungjawab bagi tindakan-tindakan atau peninggalan-peninggalan mana-mana Pembekal Luaran mengenai kutipan, penggunaan atau pendedahan oleh Pembekal Luaran tersebut bagi Maklumat Pelanggan tersebut. 23.3 Di mana Pelanggan telah memberikan maklumat kepada HSBC tentang orang perseorangan (seperti penandatangan-penandatangan yang diberi kuasa), Pelanggan mengesahkan bahawa orang perseorangan telah memberi kuasa kepada Pelanggan untuk berbuat demikian (dan untuk menerima apa-apa notis perlindungan data bagi pihak mereka) dan telah bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, pemprosesan, pemindahan dan pendedahan HSBC berkenaan dengan Data Peribadi mereka dan data untuk tujuan HSBC menjalankan apa-apa tindakan yang dipertimbangkan oleh Terma-terma ini atau menyediakan suatu Perkhidmatan Perdagangan kepada atau untuk Pelanggan. 23.4 Pelanggan hendaklah memastikan bahawa apa-apa maklumat yang Pelanggan menyuruh HSBC untuk mengemukakan kepada pihak ketiga adalah lengkap, tepat dan tidak akan menimbulkan apa-apa tuntutan terhadap HSBC (termasuk apa-apa tuntutan dalam fitnah, berkenaan dengan privasi, kerahsiaan perbankan atau perlindungan data atau untuk pelanggaran mana-mana hak pihak ketiga yang lain) dan Pelanggan mengesahkan dan memberi representasi bahawa ia telah memperoleh persetujuan yang diperlukan dan / atau pengenepian (jika diperlukan) untuk HSBC untuk mengemukakan maklumat tersebut. 24. Lain-lain

24.1 Selain daripada suatu Perkhidmatan Perdagangan yang telah disediakan atas dasar tidak boleh dibatalkan atau komited, HSBC boleh pada bila-bila masa menarik balik Perkhidmatan Perdagangan atau menolak untuk menyediakan suatu Perkhidmatan Perdagangan mengikut budi bicara mutlaknya. 24.2 Apa-apa pengenepian, pelepasan atau persetujuan oleh HSBC di bawah atau berkenaan dengan Terma-terma ini atau suatu Perkhidmatan Perdagangan hanya akan berkesan sekiranya dibuat secara bertulis (yang mana boleh dibuat melalui Platform). 24.3 HSBC boleh pada bila-bila masa meminda Terma-terma ini dengan memberi Pelanggan notis bertulis sekurang-kurangnya 30 hari dan apa-apa Perkhidmatan Perdagangan yang diminta pada atau selepas tarikh berkuat kuasa dalam notis tersebut hendaklah tertakluk kepada Terma-terma yang terpinda. 24.4 HSBC diberi kuasa untuk mengambil langkah-langkah sedemikian dan membuat bayaran sedemikian sebagaimana yang difikirkannya patut, atas kos Pelanggan, untuk membetulkan apa-apa kegagalan oleh Pelanggan berkenaan dengan obligasi-obligasinnya di bawah Terma-terma ini atau mana-mana Perkhidmatan Perdagangan. 24.5 Baik kegagalan HSBC untuk menjalankan, mahupun kelewatan HSBC dalam menjalankan, mana-mana hak atau remedinya di bawah Terma-terma ini atau berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan tidak akan beroperasi sebagai pengenepian apa-apa hak atau remedi sedemikian, mahupun pelaksanaan mana-mana satu atau sebahagian apa-apa hak atau remedi tidak akan menghalang pelaksanaan yang selanjut atau lain-lain bagi apa-apa hak atau remedi lain. 24.6 Pelanggan tidak boleh menyerahhakkan atau memindahkan mana-mana hak atau obligasinya di bawah Terma-terma ini atau suatu Perkhidmatan Perdagangan. HSBC boleh menyerahhakkan, memindah atau mewujudkan sekuriti atas apa-apa haknya di bawah atau berkenaan dengan Terma-terma ini atau suatu Perkhidmatan Perdagangan tanpa sekatan atau notis. 24.7 Tanpa prejudis kepada Klausa 20 (Arahan-arahan), apa-apa notis oleh Pelanggan berkaitan dengan Terma-terma ini atau suatu Perkhidmatan Perdagangan mesti diberikan kepada HSBC secara bertulis di alamat HSBC yang terkini dinasihatkan oleh HSBC kepada Pelanggan. HSBC boleh memberi notis kepada Pelanggan secara kendiri, melalui telefon atau faksimili, melalui pos, melalui suatu Platform atau, sekiranya dipersetujui oleh Pelanggan, melalui saluran elektronik lain di alamat atau nombor yang baru-baru ini diberitahu oleh Pelanggan kepada HSBC. Notis yang dihantar melalui pos akan dianggap telah diterima 7 hari kalendar selepas pengeposan sekiranya dalam negara yang sama, atau 15 hari kalendar selepas pengeposan rentas sempadan. 24.8 Setiap peruntukan Terma-terma ini adalah boleh asing (severable) diasingkan dan berlainan daripada yang lain dan, jika satu atau lebih peruntukan tersebut adalah atau menjadi haram, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan yang selebihnya tidak akan terjejas dengan apa-apa cara.

Page 23: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 23

24.9 Sekiranya Pelanggan termasuk dua atau lebih orang, obligasi-obligasi dan liabiliti-liabiliti orang-orang tersebut di bawah atau berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan dan Terma-terma ini hendaklah menjadi bersesama dan berasingan. 24.10 Tiada apa-apa dalam Terma-terma ini hendaklah dianggap untuk mewujudkan apa-apa perkongsian, usahasama atau hubungan prinsipal dan ejen antara HSBC dan Pelanggan atau mewujudkan atau menimbulkan hubungan fidusiari dalam apa jua bentuk. 24.11 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang bagi Bidang Kuasa yang Mentadbir, Pelanggan secara tidak boleh dibatal mengetepikan apa-apa hak imuniti berdaulat daripada guaman, bidang kuasa atau adjudikasi (termasuk berkenaan dengan relif interim pra-penghakiman dan pelaksanaan apa-apa penghakiman) yang mungkin ada dalam Bidang Kuasa yang Mentadbir atau sebaliknya, sama ada imuniti itu berkaitan dengan dirinya atau kepada mana-mana aset komersial atau bukan komersial (termasuk tanah, akaun-akaun bank atau aset-aset lain yang dipegang atas nama suatu misi diplomatik atau selainnya atau dimiliki oleh bank pusat Pelanggan atau pihak berkuasa kewangan lain ). 24.12 Terma-terma ini adalah untuk manfaat Pelanggan, HSBC dan setiap ahli Kumpulan HSBC, dan tidak bertujuan untuk memberi manfaat kepada mana-mana pihak ketiga yang lain atau boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak ketiga yang lain. Apa-apa hak HSBC untuk menamatkan atau menukar Terma-terma ini atau apa-apa kontrak yang menjadi sebahagian adalah tidak tertakluk kepada persetujuan mana-mana pihak ketiga. 25. Undang-undang dan bidang kuasa yang mentadbir

25.1 Bagi tujuan suatu Perkhidmatan Perdagangan: (a) bahawa Perkhidmatan Perdagangan dan Terma-terma ini akan ditadbir oleh undang-undang Bidang Kuasa yang Mentadbir; dan (b) mahkamah-mahkamah Bidang Kuasa yang Mentadbir hendaklah mempunyai bidang kuasa tidak eksklusif untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang mungkin timbul daripada, atau berkaitan dengan, Perkhidmatan Perdagangan tersebut dan Terma-terma ini, tafsirannya atau apa-apa obligasi tidak kontraktual yang timbul daripada atau berkaitan dengan mereka. 25.2 Sekiranya ejen proses adalah dinyatakan dalam suatu Permohonan atau Perjanjian Kemudahan berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan, penyampaian apa-apa proses undang-undang ke atas orang yang namanya dan alamatnya dinyatakan dalam Permohonan atau Perjanjian Kemudahan tersebut hendaklah menjadi penyampaian ke atas Pelanggan. 25.3 Sekiranya tiada ejen proses yang telah dilantik oleh Pelanggan, atas permintaan daripada HSBC, Pelanggan akan, dalam tempoh lima Hari Perniagaan, melantik suatu ejen proses (yang mempunyai pejabat di dalam Bidang Kuasa yang Mentadbir) untuk penyampaian semua proses undang-undang yang berkaitan dengan Terma-terma ini dan Perkhidmatan Perdagangan yang berkaitan ke atas Pelanggan dan Pelanggan akan memberitahu alamat ejen proses kepada HSBC. Sekiranya Pelanggan tidak melakukan sedemikian, HSBC boleh melantik ejen proses bagi pihak Pelanggan dan atas perbelanjaannya dan hendaklah, secepat mungkin yang praktikal, memberitahu Pelanggan mengenai pelantikan tersebut.

BAHAGIAN 7 – DEFINISI-DEFINISI DAN TAFSIRAN

26. Definisi-definisi dan tafsiran

26.1 Dalam Terma-terma ini: Permohonan bermaksud suatu permohonan atau permintaan oleh Pelanggan untuk suatu Perkhidmatan

Perdagangan (sama ada untuk dirinya atau untuk syarikat sekutu) dengan menggunakan suatu borang permohonan, atau menurut terma-terma suatu Perjanjian Kemudahan atau dibuat menggunakan suatu Platform.

Pihak Berkuasa termasuk mana-mana badan kehakiman, pentadbiran, awam atau pengawalseliaan (termasuk

mana-mana badan kawal selia sendiri), mana-mana kerajaan, mana-mana pihak berkuasa cukai, apa-apa sekuriti atau bursa niaga masa hadapan, mana-mana mahkamah, mana-mana bank pusat atau badan penguatkuasaan undang-undang, atau mana-mana ejen mereka, dengan bidang kuasa (secara langsung atau tidak langsung) ke atas mana-mana bahagian Kumpulan HSBC pada bila-bila masa.

Kredit Berdokumen Back-to-Back mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Klausa 3.14 (Kredit

Berdokumen).

Hari Perniagaan bermaksud, berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan, hari di mana bank buka

untuk perniagaan am dalam Bidang Kuasa yang Mentadbir.

Kolateral Tunai mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Klausa 10 (Kolateral Tunai).

Page 24: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 24

Tuntutan bermaksud apa-apa tuntutan, permintaan untuk pembayaran atau untuk penerimaan dan bayaran,

tuntutan, perserahan atau pengeluaran yang dibuat berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan oleh benefisiari, pihak ketiga atau Pelanggan.

Kutipan bermaksud suatu transaksi kutipan yang dilakukan oleh HSBC untuk Pelanggan di mana Dokumen-

dokumen yang terkandung dalam kutipan tersebut boleh dikeluarkan oleh HSBC atau suatu bank pemungut sama ada terhadap penerimaan (D/A), pembayaran (D/P) atau atas terma-terma dan syarat-syarat lain.

Tindakan Pematuhan mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Klausa 19 (Pematuhan dengan

undang-undang dan sanksi).

Syarat-Syarat Negara bermaksud terma-terma dan syarat –syarat tambahan HSBC bagi negara di mana entiti

HSBC menyediakan Perkhidmatan Perdagangan berkenaan terletak.

Pelanggan bermaksud orang yang dinyatakan sepertimana dalam Permohonan yang berkenaan dan dengan

siapa HSBC berkontrak berkenaan dengan penyediaan suatu Perkhidmatan Perdagangan.

Maklumat Pelanggan bermaksud apa-apa Data Peribadi, maklumat sulit, dan / atau Maklumat Cukai (termasuk

pernyataan-pernyataan, pengenepian dan persetujuan yang disertakan bersama) mengenai sama ada Pelanggan atau seseorang atau entiti yang maklumatnya (termasuk Data Peribadi atau Maklumat Cukai) diberikan oleh Pelanggan, atau yang diberikan bagi pihak Pelanggan, kepada mana-mana ahli Kumpulan HSBC berkaitan dengan penyediaan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan.

Liabiliti-liabiliti Pelanggan bermaksud pada bila-bila masa:

(a) semua liabiliti Pelanggan kepada HSBC atau mana-mana ahli Kumpulan HSBC (termasuk di bawah atau berkenaan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan) yang ditanggung dalam apa-apa mata wang dan dalam apa-apa kapasiti dan sama ada kini atau masa hadapan, sebenar atau kontingen, secara langsung atau tidak langsung, atau yang ditanggung bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain;

(b) faedah ke atas liabiliti-liabiliti tersebut (sebelum dan selepas apa-apa tuntutan atau penghakiman) hingga tarikh HSBC atau mana-mana ahli Kumpulan HSBC tersebut menerima bayaran, pada kadar yang perlu dibayar oleh Pelanggan atau yang harus dibayar tetapi bagi apa-apa keadaan yang mengehadkan pembayaran;

(c) apa-apa perbelanjaan HSBC atau mana-mana ahli Kumpulan HSBC dalam membuat pembayaran di bawah atau berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan bagi pihak Pelanggan (tetapi tanpa HSBC di bawah apa-apa obligasi untuk berbuat demikian) akibat kegagalan oleh Pelanggan untuk membuat pembayaran sedemikian apabila kena dibayar atau dituntut; dan

(d) semua perbelanjaan HSBC atau mana-mana ahli Kumpulan HSBC dalam menyempurnakan atau menguatkuasakan hak-haknya di bawah atau berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan dan Terma-terma ini.

Kredit Berdokumen bermaksud suatu Kredit Berdokumen atau surat kredit atau apa-apa komitmen untuk

mengeluarkan Kredit Berdokumen atau surat kredit (termasuk apa-apa pelanjutan, pembaharuan atau pindaan yang sama).

Dokumen-dokumen bermaksud apa-apa draf, bil pertukaran, nota janji, cek, dokumen hakmilik, sijil, invois,

penyata, dokumen pengangkutan, polisi insurans, waran gudang, resit gudang atau apa-apa instrumen lain yang serupa yang berkaitan dengan suatu Transaksi Perdagangan yang berkenaan dengan di mana HSBC telah menyediakan Perkhidmatan(-perkhidmatan) Perdagangan kepada Pelanggan.

Cara Elektronik mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Klausa 20 (Arahan-arahan).

Kadar Pertukaran bermaksud kadar serta merta pertukaran mata wang HSBC untuk pembelian mata wang

yang diperlukan dengan menggunakan mata wang di mana bayaran yang berkaitan akan dibayar dalam pasaran pertukaran asing yang berkaitan pada masa yang sesuai.

Pembekal Luaran bermaksud pihak ketiga yang membuat Platform tersedia untuk HSBC dan / atau Pelanggan.

Terma-terma dan Syarat-syarat Luaran bermaksud apa-apa perjanjian yang dibuat antara suatu Pembekal

Luaran dengan sama ada HSBC atau Pelanggan yang menetapkan terma-terma dan syarat-syarat yang diguna pakai untuk kegunaan suatu Platform oleh HSBC atau Pelanggan.

Perjanjian Kemudahan bermaksud suatu surat kemudahan atau perjanjian kemudahan antara Pelanggan dan

HSBC menurut yang mana HSBC menawarkan suatu Pinjaman Pembiayaan Perdagangan atau Pembiayaan kepada Pelanggan.

Pembiayaan bermaksud mendiskaun, merundingkan, membeli, membuat pembayaran terdahulu atau

mengendorskan suatu Dokumen (sama ada atau tidak dibuat di bawah suatu Kredit Berdokumen atau Kutipan) atau Kredit Berdokumen dan Dibiayai dan Pembiayaan hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Barangan bermaksud barangan atau produk yang menjadi subjek suatu Transaksi Perdagangan yang mana

HSBC telah membekalkan Perkhidmatan(-perkhidmatan) Perdagangan kepada Pelanggan.

Bidang Kuasa yang Mentadbir ialah bidang kuasa di mana entiti HSBC yang berkaitan yang menyediakan

Perkhidmatan Perdagangan terletak atau bidang kuasa lain yang dipersetujui secara bertulis antara Pelanggan dan HSBC atau dinyatakan dalam Syarat-Syarat Negara yang berkenaan.

Page 25: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 25

HSBC bermaksud ahli Kumpulan HSBC yang menyediakan Perkhidmatan Perdagangan yang berkaitan, dan

pengganti dan penerima serah haknya dan, jika konteksnya membenarkan, termasuk mana-mana orang yang dilantik oleh HSBC di bawah Klausa 23.1 (a) (Pendedahan, kerahsiaan dan privasi).

Kumpulan HSBC bermaksud HSBC Holdings plc dan subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat sekutunnya dari

semasa ke semasa.

ICC bermaksud Dewan Perniagaan Antarabangsa (International Chamber of Commerce).

Kos-kos Peningkatan bermakna suatu pengurangan dalam kadar pulangan daripada suatu Perkhidmatan

Perdagangan atau modal keseluruhan HSBC, suatu kos tambahan atau peningkatan atau suatu pengurangan apa-apa jumlah terhutang dan kena dibayar di bawah Terma-terma ini atau berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan, yang ditanggung atau dialami oleh HSBC setakat yang ia berkaitan dengan HSBC melaksanakan obligasi-obligasinya di bawah Terma-terma ini atau suatu Perkhidmatan Perdagangan.

Parti yang Ditanggung Rugi mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Klausa 9 (Pembayaran balik dan indeminiti).

Arahan mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Klausa 20 (Arahan).

Instrumen bermaksud apa-apa SBLC, jaminan tuntutan (termasuk suatu avalisasi, penerimaan bersama atau

penerimaan Dokumen), bon, jaminan balas, SBLC-balas, atau obligasi pembayaran bebas yang serupa (termasuk apa-apa lanjutan, pembaharuan atau pindaan yang sama).

Kerugian mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Klausa 9 (Pembayaran balik dan indemniti).

Kredit Berdokumen Induk mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Klausa 3.14 (Kredit Berdokumen).

Pendahuluan Pengeluar bermaksud suatu pinjaman modal kerja bersih yang dibekalkan terhadap pembukaan

akaun yang diperdagangkan di bawah suatu pesanan pembelian yang disahkan, invois pro-forma atau dokumentasi sokongan yang lain.

Pinjaman Pembungkusan bermaksud suatu pinjaman modal kerja bersih yang dibekalkan terhadap Kredit

Berdokumen yang dikeluarkan atas permintaan Pelanggan dan dinasihatkan oleh HSBC.

Data Peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan individu yang mana individu tersebut boleh

dikenalpasti, termasuk data peribadi sensitif, nama(-nama), alamat(-alamat) kediaman, maklumat perhubungan, umur, tarikh lahir, tempat lahir, kewarganegaraan, pemastautinan, status peribadi dan perkahwinan.

Platform bermaksud apa-apa platform elektronik yang digunakan oleh HSBC dan / atau Pelanggan untuk

memberikan atau menerima apa-apa Arahan, Tuntutan atau komunikasi lain berkenaan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan, dan hendaklah termasuk HSBCnet.

Kejadian Rekursa bermaksud mengenai suatu Perkhidmatan Perdagangan:

(a) apa-apa penipuan yang diperkatakan atau sebenar, keharaman atau tindakan yang tidak diberi kuasa oleh Pelanggan dan / atau mana-mana pihak lain kepada Transaksi Perdagangan;

(b) apa-apa ketidaksahan yang diperkatakan atau sebenar, ketidakpatuhan atau ketidakbolehan menguatkuasa Kredit Berdokumen, SBLC, Dokumen atau Transaksi Perdagangan (seperti mana yang berkenaan); atau

(c) apa-apa injunksi, perintah mahkamah, undang-undang, peraturan atau Sanksi yang menyekat apa-apa pembayaran (sama ada kepada atau daripada HSBC dan / atau tidak kemudiannya dilepaskan).

SBDC bermaksud suatu Kredit Berdokumen siap sedia.

SBLC bermaksud suatu surat kredit siap sedia (yang termasuk SBDC).

Sanksi mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Klausa 19 (Pematuhan dengan undang-undang dan sanksi).

Page 26: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 26

Perjanjian Sekuriti bermaksud mana-mana dokumen yang mewujudkan sekuriti ke atas mana-mana aset

Pelanggan untuk menyokong apa-apa obligasi Pelanggan yang mungkin ada kepada mana-mana ahli Kumpulan HSBC dari semasa ke semasa.

Buku Tarif bermaksud buku tarif HSBC (yang boleh didapati atas permintaan oleh Pelanggan dan boleh diakses

secara atas talian) yang menyatakan fi-fi dan komisen, faedah dan kadar lain-lain HSBC untuk Perkhidmatan Perdagangan.

Cukai termasuk cukai barangan dan perkhidmatan, cukai nilai tambah, cukai jualan, duti setem atau apa-apa

cukai, levi, impost, potongan, caj, kadar, duti, pinjaman wajib atau penahanan yang dilevikan atau dikenakan oleh agensi kerajaan, dan apa-apa faedah, penalti, caj, fi atau jumlah lain yang berkaitan (tetapi tidak termasuk cukai ke atas pendapatan bersih keseluruhan HSBC).

Maklumat Cukai bermaksud apa-apa dokumentasi atau maklumat (dan pernyataan yang disertakan,

pengenepian dan persetujuan) yang berkaitan, secara langsung atau tidak langsung, kepada status cukai Pelanggan dan status cukai mana-mana pemilik, "orang yang mengawal", "pemilik substansial" atau pemilik benefisial Pelanggan.

Pinjaman Pembiayaan Perdagangan bermaksud suatu pinjaman, pendahuluan, kredit atau akomodasi

kewangan lain yang diberikan oleh HSBC kepada Pelanggan berkenaan dengan suatu Transaksi Perdagangan (dan hendaklah termasuk, tanpa batasan, apa-apa Pendahuluan Pengeluar atau Pinjaman Pembungkusan).

Perkhidmatan Perdagangan merangkumi:

(a) pengeluaran suatu Kredit Berdokumen dan mengarahkan mana-mana bank penasihat, bank yang dicalonkan atau bank yang mengesahkan berkenaan dengan Kredit Berdokumen tersebut;

(b) bertindak sebagai bank penasihat, bank yang dicalonkan atau bank yang mengesahkan (atas dasar didedahkan atau tidak didedahkan) berkenaan dengan suatu Kredit Berdokumen;

(c) pengeluaran suatu Instrumen dan / atau mengarahkan mana-mana bank koresponden berkenaan dengan, dan mengeluarkan suatu jaminan balas, SBLC-balas atau indemniti berkenaan dengan, suatu Instrumen;

(d) bertindak sebagai bank penasihat, bank yang mengesahkan atau bank koresponden berkenaan dengan suatu Instrumen;

(e) pengendalian suatu Kredit Berdokumen, Instrumen atau Dokumen;

(f) Kutipan;

(g) penyediaan mana-mana Pembiayaan;

(h) penyedian suatu Pinjaman Pembiayaan Perdagangan;

(i) pengeluaran suatu surat indemniti atau jaminan perkapalan dan / atau menandatangani, pengendorsan atau pengeluaran apa-apa Dokumen Pengangkutan;

(j) pelepasan Dokumen-dokumen; atau

(k) apa-apa perkhidmatan atau produk lain yang berkaitan dengan suatu Transaksi Perdagangan yang disediakan,

oleh HSBC untuk, atas permintaan, atau berkenaan dengan Pelanggan.

Transaksi Perdagangan bermaksud suatu transaksi yang melibatkan jualan atau pembelian oleh Pelanggan

mengenai barangan atau perkhidmatan daripada / kepada suatu pihak ketiga, dan termasuk apa-apa kontrak yang mana transaksi tersebut boleh berasaskan.

Dokumen-dokumen Pengangkutan mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Klausa 8

(Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan Perkapalan dan Surat i).

USD bermaksud mata wang yang sah di Amerika Syarikat.

26.2 Melainkan jika terdapat petunjuk bertentangan, apa-apa rujukan dalam Terma-terma ini kepada:

(a) suatu Permohonan atau Perkhidmatan Perdagangan (dan apa-apa rujukan dalam suatu Permohonan kepada suatu Perkhidmatan Perdagangan) termasuk (jika berkenaan) kontrak yang dibuat di

antara Pelanggan dan HSBC dengan HSBC menerima Permohonan itu dengan menyediakan atau melaksanakan Perkhidmatan Perdagangan tersebut;

Page 27: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 27

(b) Pelanggan, HSBC atau mana-mana orang lain hendaklah ditafsirkan untuk merangkumi pewaris

hakmiliknya, penerima serah hak yang dibenarkan dan penerima pindahan yang dibenarkan kepada, atau untuk, hak-hak dan / atau obligasi-obligasinya di bawah Terma-terma ini, suatu Permohonan, Perjanjian Kemudahan atau Syarat-Syarat Negara;

(c) termasuk atau akan termasuk bermakna termasuk atau akan termasuk "tanpa batasan";

(d) HSBC membuat penentuan atau keputusan atau melaksanakan tindakan bermaksud bahawa HSBC sedang membuat atau melaksanakan, dan dibenarkan untuk membuat atau melaksanakan, penentuan, keputusan atau tindakan sedemikian dalam budi bicaranya atau pendapatnya sendiri tanpa merujuk kepada, atau mendapat persetujuan daripada, Pelanggan atau mana-mana orang lain;

(e) kebenaran atau pengesahan oleh, atau arahan daripada, Pelanggan bermaksud bahawa kebenaran, pengesahan atau arahan itu tidak boleh dibatalkan melainkan diketepikan oleh HSBC;

(f) seseorang termasuk mana-mana individu, firma, syarikat, perbadanan, kerajaan, negeri atau agensi

sesuatu negeri atau mana-mana persatuan, amanah, usahasama, konsortium, perkongsian atau entiti lain (sama ada atau tidak mempunyai keperibadian undang-undang yang berasingan);

(g) suatu peraturan termasuk apa-apa peraturan, kaedah-kaedah, arahan rasmi, permintaan atau garis

panduan (sama ada atau tidak mempunyai kuasa undang-undang) bagi mana-mana badan, agensi, jabatan kerajaan, antara kerajaan atau supranasional, atau mana-mana pengawal selia atau pengawal selia kediri atau mana-mana pihak berkuasa, atau organisasi;

(h) Terma-terma ini termasuk Syarat-Syarat Negara;

(i) Terma-terma ini atau apa-apa perjanjian atau instrumen lain adalah rujukan kepada Term-terma ini

atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, perjanjian lain atau instrumen yang dipinda, ditambah, dinovasikan dan / atau diganti dari semasa ke semasa;

(j) perkataan yang menunjukkan tunggal merangkumi majmuk dan sebaliknya; dan

(k) seksyen dan tajuk-tajuk klausa adalah untuk rujukan senang sahaja..

Page 28: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 28

TERMA-TERMA PERDAGANGAN STANDARD SYARAT-SYARAT NEGARA Malaysia (HSBC Bank Malaysia Berhad dan HSBC Amanah Malaysia Berhad) 1. Permohonan

1.1 Syarat-syarat Negara ini adalah tambahan kepada, dan merupakan sebahagian daripada, Terma-terma Perdagangan Standard (Terma-terma tersebut) yang Pelanggan telah terima dan / atau akan terima dari semasa ke semasa. 1.2 Apa-apa istilah yang ditakrifkan dalam, atau ditafsirkan untuk tujuan bagi, Terma-terma tersebut mempunyai maksud yang sama apabila digunakan dalam Syarat-Syarat Negara ini (kecuali yang sama didefinisikan sebaliknya dalam Syarat-Syarat Negara). 1.3 Syarat-syarat Negara ini hendaklah terpakai di mana entiti HSBC yang menyediakan Perkhidmatan Perdagangan yang berkaitan terletak di negara yang dinyatakan di atas. 2. Terma-terma dan syarat-syarat Tambahan / Sampingan

2.1 Pelanggan mengesahkan bahawa peruntukan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan oleh HSBC kepada, atas permintaan, atau berkenaan dengan Pelanggan tidak akan melanggar peruntukan-peruntukan sama ada: (a) Seksyen 47 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (untuk dibaca dengan Garis Panduan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Urus Niaga dan Pendedahan Kredit dengan Pihak-pihak Berkaitan); atau

(b) Seksyen 83 Ordinan Perbankan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, dan HSBC boleh menarik balik suatu Perkhidmatan Perdagangan sekiranya berlaku pelanggaran perundangan sedemikian akibat penyediaan Perkhidmatan Perdagangan tersebut. 2.2 Pelanggan hendaklah mematuhi kaedah-kaedah pentadbiran pertukaran asing semasa dan/atau undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang serupa (termasuk semua pindaan, dari semasa ke semasa) (Peraturan-Peraturan FEA tersebut), jika terpakai, kepada mana-mana Perkhidmatan Perdagangan. 2.3 Sekiranya Pelanggan dikehendaki untuk mendaftarkan, dan / atau mendapatkan kelulusan daripada, BNM berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan (termasuk tetapi tidak terhad kepada mereka yang mungkin menjadi jaminan kewangan untuk tujuan kawalan pertukaran yang dikeluarkan kepada atau bagi pihak bukan pemastautin), Pelanggan hendaklah: (a) mendaftarkan yang sama dengan, dan / atau memperoleh kebenaran daripada, BNM mengikut keperluan-keperluan Peraturan-Peraturan FEA semasa; dan (b) membekalkan kepada HSBC semua dokumen berkaitan yang membuktikan pendaftaran dengan, dan / atau kelulusan daripada, BNM pada peringkat terawal mungkin (sama ada atau tidak ia diminta oleh HSBC untuk membuat demikian). 2.4 Di mana suatu Perkhidmatan Perdagangan merangkumi suatu Pinjaman Kewangan Perdagangan, Pelanggan memberi representasi dan menjamin bahawa ia mematuhi Akta Perdagangan Strategik 2010 dan mengaku janji untuk mendapatkan, dan / atau memastikan keesahan berterusan bagi, permit-permit dan / atau sijil pendaftaran broker yang berkenaan sekiranya dikehendaki di bawah Akta sedemikian sebelum setiap penggunaan Pinjaman Kewangan Perdagangan tersebut. 2.5 Sekiranya Terma-terma tersebut membenarkan HSBC untuk menggunakan apa-apa penolakan tanpa notis kepada Pelanggan, HSBC hanya boleh melaksanakan penolakan tersebut tanpa memberitahu Pelanggan sekiranya ia dibenarkan untuk membuat demikian di bawah undang-undang dan / atau peraturan-peraturan Malaysia. 2.6 Sekiranya entiti HSBC yang menyediakan Perkhidmatan Perdagangan yang berkenaan adalah HSBC Amanah Malaysia Berhad:

(a) Pelanggan mengesahkan bahawa peruntukan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan oleh HSBC untuk, atas permintaan, atau berkenaan Pelanggan tidak akan melanggar peruntukan-peruntukan bagi sama ada:

(i) Seksyen 57 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (dibaca dengan Garis Panduan BNM mengenai Urus Niaga dan Pendedahan Kredit dengan Pihak-pihak Berkaitan bagi Bank-bank Islam); atau

(ii) Seksyen 83 Ordinan Perbankan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, dan HSBC boleh menarik balik suatu Perkhidmatan Perdagangan sekiranya berlaku pelanggaran perundangan sedemikian akibat penyediaan Perkhidmatan Perdagangan tersebut;

Page 29: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 29

(b) Pelanggan memberi representasi dan menjamin bahawa Transaksi Perdagangan yang berkenaan (termasuk, tanpa batasan, Barangan dan apa-apa perkhidmatan yang disediakan di bawahnya) adalah mematuhi Syariah; (c) rujukan dalam Terma-terma tersebut untuk pinjaman-pinjaman, apa-apa faedah yang perlu dibayar ke atas mana-mana Perkhidmatan Perdagangan dan faedah ingkar masing-masing bermaksud kemudahan pembiayaan, keuntungan dan caj pembayaran lewat; (d) Pelanggan bersetuju bahawa, di mana insurans adalah diperlukan berkenaan dengan suatu Perkhidmatan Perdagangan, Pelanggan hendaklah mendapatkan perlindungan takaful sebagai gantian insurans dan, sekiranya tidak ada perlindungan sedemikian disediakan, Pelanggan boleh mengambil insurans; dan (e) setiap sandaran yang diberikan memihak kepada HSBC menurut Klausa 11 (Sandaran) Terma-terma

tersebut hendaklah dilepaskan sepenuhnya oleh HSBC pada yang paling awalnya apabila (i) HSBC melepaskan kepada Pelanggan atau ejennya Dokumen atau Barangan yang merupakan hal perkara sandaran (kecuali di mana Dokumen atau Barangan sedemikian adalah dilepaskan kepada Pelanggan atas syarat bahawa mereka adalah untuk dipegang atas amanah untuk, atau kepada perintah, HSBC) dan (ii) HSBC memaklumkan Pelanggan bahawa semua Liabiliti Pelanggan telah dilepaskan sepenuhnya.

Page 30: Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat ... · 8. Permohonan Pelepasan Barangan, Jaminan-jaminan Perkapalan dan Surat ... 15. Fi-fi, komisen, faedah dan caj-caj

Dikeluarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) 30

Malaysia

1. Permohonan

1.1 Syarat-syarat Negara ini adalah tambahan kepada, dan membentuk sebahagian daripada, Syarat-syarat Perdagangan Standard (Terma-terma tersebut) yang Pelanggan telah terima dan / atau akan terima dari

semasa ke semasa. 1.2 Apa-apa istilah yang ditakrifkan dalam, atau ditafsirkan untuk tujuan bagi, Terma-terma tersebut mempunyai maksud yang sama apabila digunakan dalam Syarat-Syarat Negara ini (kecuali yang sama didefinisikan sebaliknya dalam Syarat-Syarat Negara). 1.3 Syarat-syarat Negara ini hendaklah terpakai di mana entiti HSBC yang menyediakan Perkhidmatan Perdagangan yang berkaitan terletak di negara yang dinyatakan di atas. 2. Terma-terma dan syarat-syarat Tambahan / Sampingan

2.1 Pelanggan mengesahkan bahawa peruntukan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan oleh HSBC kepada, atas permintaan, atau berkenaan dengan Pelanggan tidak akan melanggar peruntukan-peruntukan sama ada: (a) Garis Panduan mengenai Urus Niaga dan Pendedahan Kredit dengan Pihak-pihak Berkaitan bagi Bank-bank Labuan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010; atau (b) Seksyen 83 Ordinan Perbankan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, dan HSBC boleh menarik balik suatu Perkhidmatan Perdagangan sekiranya berlaku pelanggaran perundangan sedemikian akibat penyediaan Perkhidmatan Perdagangan tersebut. 2.2 Pelanggan hendaklah mematuhi kaedah-kaedah pentadbiran pertukaran asing semasa dan/atau undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang serupa (termasuk semua pindaan, dari semasa ke semasa) (Peraturan-Peraturan FEA tersebut), sepertimana yang terpakai kepada Pelanggan, berkenaan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan. 2.3 Sekiranya Pelanggan dikehendaki untuk mendaftarkan, dan / atau mendapatkan kelulusan daripada, BNM berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan Perdagangan (termasuk tetapi tidak terhad kepada mereka yang mungkin menjadi jaminan kewangan untuk tujuan kawalan pertukaran yang dikeluarkan kepada atau bagi pihak bukan pemastautin), Pelanggan hendaklah: (a) mendaftarkan yang sama dengan, dan / atau memperoleh kebenaran daripada, BNM mengikut keperluan-keperluan Peraturan-Peraturan FEA semasa; dan (b) membekalkan kepada HSBC semua dokumen berkaitan yang membuktikan pendaftaran dengan, dan / atau kelulusan daripada, BNM pada peringkat terawal mungkin (sama ada atau tidak ia diminta oleh HSBC untuk membuat demikian). 2.4 Di mana suatu Perkhidmatan Perdagangan merangkumi suatu Pinjaman Kewangan Perdagangan, Pelanggan memberi representasi dan menjamin bahawa ia mematuhi Akta Perdagangan Strategik 2010 dan mengaku janji untuk mendapatkan, dan / atau memastikan keesahan berterusan bagi, permit-permit dan / atau sijil pendaftaran broker yang berkenaan sekiranya dikehendaki di bawah Akta sedemikian sebelum setiap penggunaan Pinjaman Kewangan Perdagangan tersebut. 2.5 Sekiranya Terma-terma tersebut membenarkan HSBC untuk menggunakan apa-apa penolakan tanpa notis kepada Pelanggan, HSBC hanya boleh melaksanakan penolakan tersebut tanpa memberitahu Pelanggan sekiranya ia dibenarkan untuk membuat demikian di bawah undang-undang dan / atau peraturan-peraturan Malaysia.

These Terms are originally prepared in the English language and the Bahasa Malaysia version is for reference

only. In the event of any conflicts, inconsistencies or discrepancies between the English version and the Bahasa

Malaysia version, the terms of the English version shall prevail.

Terma-terma ini telah disediakan asalnya dalam Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia adalah untuk

rujukan sahaja. Dalam keadaan di mana terdapatnya apa-apa konflik, tidak konsisten atau percanggahan di

antara versi Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, terma-terma versi Inggeris hendaklah terpakai.