22

Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga
Page 2: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga
Page 3: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga
Page 4: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

II

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Mulia di atas Limpah dan Kurnianya dalam

memberi kekuatan dan ketabahan serta kesihatan yang baik ke atas insan yang lemah ini

sehingga dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.

Buat Ayahanda dan Bonda serta ahli keluarga terima kasih atas segala dorongan,

sokongan dan doa kalian.

Kepada rakan-rakan seperjuangan terima kasih di atas segala pertolongan yang

diberikan.

“Sesungguhnya Ilmu Itu Satu Pencarian Kepada Pertanyaan Apa Atau Bagaimana

Bukannya Untuk Mencari sebuah Jawapan Dari Mana Hendak Ke Mana.” (HAMKA).

Page 5: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

III

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah, rahmat dan

keizinannya maka dapatkan saya menyiapkan kajian ini.

Di sini saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih kepada Cik Narina Binti Abu Samah, selaku penyelia yang telah banyak

mengorbankan masa untuk membimbing, memberi nasihat, tunjuk ajar dan galakan

kepada saya sehingga projek ini dapat disiapkan.

Tidak lupa juga kepada Cikgu Zamri Bin Osman, guru Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal Sekolah Menengah Teknik Kulim yang sudi meluangkan masa bersama saya

berbincang mengenai masalah yang berlaku sepanjang pengajarannya di sekolah.

Melaluinya saya mendapat sedikit pendedahan yang berguna untuk saya menjalankan

kajian ini. Selain itu pertolongan yang beliau berikan dengan mengedarkan borang soal

selidik kepada pelajar-pelajarnya amat saya hargai. Tidak lupa juga buat guru-guru

Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya

Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan.

Kepada rakan-rakan serumah juga saya ucapkan ribuan terima kasih di atas

pertolongan dan sumbangan yang diberikan sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Tanpa

pengorbanan dan bantuan daripada mereka mungkin agak sukar saya menyiapkan kajian

ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Akhir sekali jutaan ucapan terima kasih saya kepada semua ahli keluarga

terutamanya kepada Ayahanda dan Bonda, Sabu Bin Maidin dan Hauzizah Bt. Ahmad

yang sentiasa memberikan galakan dan mendoakan kejayaan saya serta bantuan

kewangan yang diberikan. Anakanda akan mengenang jasa kalian berdua. Segala

pengorbanan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak yang terlibat amat saya hargai.

Page 6: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

IV

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar dalam Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

(PKM). Faktor- faktor tersebut adalah kaedah pengajaran guru, persekitaran, Bahan Bantu

Mengajar (BBM), rakan sebaya, kaedah pembelajaran dan kemudahan peralatan dan

bengkel. Sampel kajian ini terdiri daripada 149 orang responden iaitu pelajar tingkatan

empat yang mengambil subjek Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM). Kajian ini

dijalankan di tiga buah Sekolah Menengah Teknik yang terdapat di Negeri Kedah.

Instrumen kajian yang dijalankan melibatkan satu set borang soal selidik yang diedarkan

kepada pelajar-pelajar terbabit. Data yang diperolehi pula dianalisis menggunakan

‘Perisian SPSS Window Version 11.0”. Hasil daripada analisis yang diperolehi didapati

kaedah pengajaran guru dan kaedah pembelajaran membantu dalam meningkatkan

pencapaian akademik pelajar. Manakala faktor persekitaran, rakan sebaya, Bahan Bantu

Mengajar (BBM) dan kemudahan peralatan dan bengkel tidak membantu dalam

meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar

perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek ini.

Page 7: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

V

ABSTRACT

This research was conducted in order to identify factors that influence student

academic achievement in Mechanical Engineering subject. Factors that have been

identified in this study were teachers teaching method, classroom, Bahan Bantu Mengajar

(BBM), relationship, learning methods and facilities in workshop. Samples used in this

research were one hundred and forty nine (149) form four students from three Secondary

Schools in Negeri Kedah. The students involved were those who have chosen Mechanical

Engineering as an elective subject. The instruments in this study were a set questionnaire

that were administered to the student. The analyzed data showed that teachers’ teaching

methods and students ways of learning were found to be the factors that influence

students’ academic achievement. Other factors such as classroom surrounding, peers,

Bahan Bantu Mengajar (BBM) and facilities in workshop were not considered as factors

that contributed to academics achievement. The findings suggested that school

administration, teachers, parents and students must take the initiative on how to increase

students’ achievements for this elective subject.

Page 8: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

VI

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Judul

Pengakuan I

Dedikasi II

Penghargaan III

Abstrak IV

Abstract V

Kandungan VI

Senarai Jadual X

Page 9: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

VII

BAB 1 PENDAHULUAN MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Penyelidikan

1.6.1 Pelajar 9

1.6.2 Guru 10

1.6.3 Ibu Bapa 10

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi

1.8.1 Faktor 11

1.8.2 Prestasi Rendah 11

1.8.3 Persepsi 12

1.8.4 Sekolah Menengah Teknik 12

1.8.5 Kejuruteraan Jentera 12

1.8.6 Pelajar 13

1.8.7 Kemudahan 13

1.8.8 Peralatan 14

1.8.9 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 14

1.9 Kesimpulan 15

Page 10: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

VIII

BAB II SOROTAN PENULISAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 16

2.2 Pengajaran Guru 17

2.3 Persekitaran 18

2.4 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 19

2.5 Rakan Sebaya 20

2.6 Kaedah Pembelajaran 21

2.7 Kemudahan Peralatan Dan Bengkel 23

2.8 Kesimpulan 24

BAB III METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Tempat Kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Bahagian A 26

3.5.2 Bahagian B 27

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Prosedur Kajian 29

3.8 Analisis Data 30

3.9 Kesimpulan 30

Page 11: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

IX

BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN MUKA SURAT

4.1 Pengenalan 32

4.2 Kajian Rintis 33

4.3 Latar Belakang Responden

4.3.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 33

Mengikut Sekolah

4.3.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 34

Berdasarkan kepada Jantina

4.3.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 34

Mengikut Keturunan / Bangsa

4.3.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 35

Mengikut Skor A Bagi Keputusan PMR

4.3.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 36

Mengikut Keputusan Percubaan Pertengahan

Tahun

4.4 Analisis faktor-faktor mengikut persoalan kajian

4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 37

4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 40

4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 42

4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 44

4.4.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 46

4.4.6 Dapatan Persoalan Kajian 6 49

4.5 Rumusan 51

Page 12: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

X

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN MUKA SURAT

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan kajian 54

5.4.1 Kaedah pengajaran guru 54

5.4.2 Persekitaran 56

5.4.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 57

5.4.4 Rakan Sebaya 58

5.4.5 Kaedah Pembelajaran 59

5.4.6 Kemudahan Peralatan Dan Bengkel 60

5.3 Rumusan 62

1. Cadangan kajian

2. Cadangan kepada pelajar 63

3. Cadangan kepada guru 64

4. Cadangan kepada ibu bapa 65

5. Cadangan kepada pihak sekolah 65

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.5 Kesimpulan 67

Page 13: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

XI

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Jadual analisis pencapaian SPM tahun 1999, 2001 5

dan 2002

1.2 Jadual analisis gred Mata Pelajaran Pengajian 7

Kejuruteraan Mekanikal tahun 1997 hingga 1999

3.1 Jadual item-item soal selidik berdasarkan Persoalan 28

Kajian

3.2 Jadual tahap penilaian responden berdasarkan min 30

4.1 Jadual taburan responden mengikut sekolah 33

4.2 Jadual taburan responden mengikut jantina 34

4.3 Jadual taburan bilangan dan peratusan responden 34

mengikut keturunan/ bangsa

4.4 Jadual taburan bilangan dan peratusan responden 35

mengikut bilangan skor A

4.5 Jadual tabuarn bilangan dan peratusan responden 36

mengikut keputusan percubaan pertengahan tahun

4.6 Jadual kaedah pengajaran guru 37

4.7 Jadual faktor persekitaran 40

4.8 Jadual Bahan Bantu Mengajar (BBM) 42

4.9 Jadual faktor rakan sebaya 44

4.10 Jadual kaedah pembelajaran 46

4.11 Jadual kemudahan peralatan dan bengkel 49

4.12 Jadual skor dapatan persoalan-persoalan kajian 52

Page 14: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam rancangan Malaysia ke-7, di antara kompenan tenaga mahir yang

menyumbang kepada kemajuan sesebuah negara adalah para jurutera. Dalam rancangan

tersebut telah dinyatakan bahawa peningkatan teknologi pengeluaran ke arah proses

berautomasi dan lebih canggih telah menghasilkan permintaan kira-kira 36,350 orang

jurutera dan 484,800 pembantu jurutera. Menurut Mohd. Nazly (2001), permintaan

tertinggi adalah dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik dan elektronik serta

kejuruteraan mekanikal.

Di Malaysia, latihan dan pendidikan kejuruteraan pertama bermula dengan

penubuhan Sekolah Teknik Treacher pada 1906 bagi melatih juruteknik-juruteknik dari

Jabatan Kerja Raya dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1942 Sekolah Teknik telah

dinaik taraf ke Maktab Teknik dan kemudian dinaik taraf universiti yang dikenali sebagai

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 1975.

Secara umumnya latihan dan pendidikan kejuruteraan dibahagi kepada tiga

peringkat iaitu peringkat sekolah menengah, peringkat politeknik dan peringkat

Page 15: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

2

universiti. Bidang-bidang kejuruteraan yang ditawarkan di peringkat Sekolah Teknik

adalah kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan jentera. Selepas tamat

peringkat SPM, pelajar-pelajar aliran teknik yang mengambil jurusan di atas boleh

melanjutkan pelajaran sama ada ke peringkat politeknik untuk menjadi seorang pembantu

jurutera dengan kelulusan diploma atau ke peringkat universiti untuk menjadi seorang

jurutera dengan kelulusan ijazah pertama.

Kejuruteraan Jentera merupakan salah satu bidang yang penting kepada

pembangunan sesebuah negara. Menurut Beakly dan Leach (1967), Kejuruteraan Jentera

adalah bidang yang berkaitan dengan kuasa (power) dan mesin yang digunakan untuk

menghasilkan kuasa bagi menggerakkan proses-proses tertentu. Secara umumnya bidang

ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bidang kerja yang bertanggungjawab terhadap

penjanaan mesin janakuasa dan bidang kerja yang bertanggungjawab terhadap penukaran

serta penggunaan kuasa dari mesin janakuasa kepada kegunaan-kegunaan tertentu.

Mereka berpendapat, seseorang graduan bidang kejuruteraan jentera sangat diperlukan

hampir setiap jenis perindustrian. Industri pembuatan (manufacturing), stesyen

janakuasa, syarikat Public Utility, syarikat pengangkutan, syarikat penerbangan dan

kilang-kilang antara industri yang memerlukan khidmat seorang jurutera jentera.

Oleh itu bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan

(1995) telah menggariskan satu ketetapan bagi membantu Malaysia melahirkan lebih

ramai golongan jurutera. Dengan ini bahagian Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

terus diperkembangkan bidang tugas bagi memenuhi matlamat berikut seperti:-

i. Membantu negara dalam proses pembangunan industri melalui

pembangunan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang menyediakan

tenaga manusia terlatih serta mempunyai pengetahuan teknikal.

Page 16: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

3

ii. Menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar melanjutkan

pelajaran dalam bidang teknologi.

iii. Memperkembangkan minat di kalangan pelajar dalam bidang sains dan

teknologi.

iv. Memperkembang sikap pelajar yang positif, bertanggungjawab dan

berdisiplin.

Selaras dengan matlamat tersebut, penerapan nilai-nilai perlu dimulakan dari

peringkat paling bawah terutamanya sekolah-sekolah aliran teknik dan vokasional. Ini

kerana mata pelajaran yang ditawarkan menjurus kepada bidang yang berkaitan dengan

sains dan teknologi. Pelajar yang mengambil mata pelajaran kejuruteraan boleh dianggap

sebagai ahli teknologi pada peringkat awal. Kelemahan dalam menguasai bidang

teknologi akan memberikan implikasi yang amat besar kerana akan menjejaskan hasrat

negara. Melaluinya para guru harus memainkan peranan yang amat penting untuk

menyampaikan mengenai teknologi kepada anak-anak didik mereka. Ini kerana

pencapaian akadenik yang baik akan mempengaruhi reputasi pelajar itu sendiri.

Selain itu terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian diri pelajar

itu sendiri. Faktor- faktor tersebut adalah kemudahan peralatan dan bengkel yang

disediakan di sekolah, faktor persekitaran, bahan bantu mengajar, faktor rakan sebaya dan

kaedah pembelajaran yang dilaksanakan. Bagi pelajar yang mengikuti pembelajaran di

sekolah Menengah Teknik dan Vokasional setiap daripada mereka diajar dengan

pengajaran teori teknologi asas bagi setiap kursus yang diambil. Mereka diharap akan

dapat menceburkan diri di alam pekerjaan dengan pengetahuan teknologi yang mereka

perolehi. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran pula mereka boleh meneruskan

pelajaran dalam bidang teknologi ke peringkat yang lebih tinggi seperti politeknik dan

universiti untuk memperolehi diploma dan ijazah ( Sayuti,1994).

Page 17: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Di peringkat Sekolah Teknik mata pelajaran ini adalah mata pelajaran elektif

kepada pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil jurusan Kejuruteraan Jentera

( sekarang ini mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal). Mengikut laporan

Jawatan kuasa penerbitan buku Pengajian Kejuruteraan Jentera (1995), sukatan mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera direka bentuk supaya mencapai matlamat iaitu

melengkapkan pelajar dengan maklumat, prinsip asas dan kemahiran amali dalam

kejuruteraan Jentera. Tumpuan utamanya ialah memberi pemahaman konsep, prinsip asas

dan teori kejuruteraan jentera melalui pelbagai aktiviti makmal, kelas dan amali yang

terancang serta projek panduan yang menggunakan alatan asas, radas, makmal dan

komputer.

Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal adalah persediaan asas untuk

pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiary dalam bidang Kejuruteran Mekanikal.

Pelajar yang dapat menguasai mata pelajaran ini dengan baik akan memudahkan mereka

untuk menguasai prinsip-prinsip dan teori Kejuruteraan Mekanikal yang lebih kompleks

semasa di peringkat Politeknik atau Universiti. Kelemahan dalam menguasai konsep dan

prinsip dalam pembelajaran akan memberi kesan kepada prestasi dalam peperiksaan. Jika

prestasi rendah terhadap mata pelajaran berlarutan akan memberi impak yang besar

kepada proses perindustrian dan seterusnya meninggalkan kesan terhadap pertumbuhan

ekonomi negara. Ini kerana jurutera jentera dan pembantu jurutera jentera mempunyai

tanggungjawab yang besar terhadap proses perindustrian kerana mempunyai pengetahuan

asas kejuruteraan yang rendah dan lemah.

Page 18: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

5

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal merupakan salah satu mata pelajaran yang

penting bagi pelajar yang mengikuti kursus kejuruteraan di Sekolah-Sekolah Teknik.

Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran elektif baru dalam kumpulan II

(Vokasional dan Teknik) yang mana khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan empat dan

lima dalam program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran

ini dianggap mata pelajaran yang paling sukar antara mata pelajaran elektif yang lain

seperti Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam

dan Pengajian Kejuruteran Elektrik.

Jadual 1.1: Analisis pencapaian SPM tahun 1999, 2001 dan 2002 bagi subjek

Pengajian Kejuruteraan Awam, pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik,

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

PENCAPAIAN SIJIL PELAJARAN

MALAYSIA

BIL

MATA PELAJARAN

TAHUN

1999

TAHUN

2001

TAHUN

2002

1. Pengajian Kejuruteraan Awam 98.3% 96.2% 96.3%

2. Pengajian Kejuruteraan Elektrik &

Elektronik

96.6% 98.5% 97.2%

3. Pengajian Kejuruteraan Jentera

(Mekanikal)

93.3% 93.0% 88.8%

Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Jika dibuat perbandingan antara ketiga-tiga mata pelajaran didapati bahawa

peratusan jumlah pelajar yang lulus dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteran

Mekanikal menunjukkan angka yang terendah. Kelemahan pelajar dalam mata pelajaran

ini dapat dikesan apabila peratus pelajar yang memperolehi keputusan yang sangat baik

Page 19: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

6

A1 dan A2 terlalu rendah manakala lebih daripada separuh bilangan pelajar berjaya

mendapat P7 dan P8.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menjurus kepada kelemahan pelajar dalam

menguasai mata pelajaran ini. Menurut kajian yang dijalankan Han (1998), beliau

menjelaskan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar ialah guru, bahan

rujukan, Bahan Bantu Mengajar dan faktor persekitaran. Kekangan pembelajaran bukan

sekadar wujud daripada faktor luaran individu sahaja tetapi faktor dalaman pelajar juga.

Antara faktor-faktor tersebut ialah latar belakang keluarga, beban kerja, sikap pelajar dan

kemahiran belajar (Kaharudin, 1998). Bagi menghindari masalah daripada terus

berleluasa maka penting kajian dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal.

1.3 Pernyataan Masalah

Keupayaan seseorang pelajar menguasai mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan pencapaian mereka

dalam subjek ini.Walaubagaimanapun pencapaian pelajar-pelajar dalam pelajaran

Pengajian Kejuruteran Mekanikal beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan prestasi

yang lemah. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada jadual di bawah yang menunjukkan

bahawa lebih daripada separuh pelajar memperolehi gred lulus dan gagal. Peratus pelajar

yang memperolehi gred cemerlang tidak sampai tiga peratus. Ini menunjukkan sistem

pembelajaran yang diamalkan sekarang perlu diubah ataupun semua pihak yang terlibat

mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini daripada berterusan

samada daripada ibu bapa, guru, pengetua sekolah ataupun dari pihak kementerian itu

sendiri.

Page 20: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

7

Jadual 1.2: Analisis gred mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1997 hingga 1999 peringkat Malaysia

TAHUN % CEMERLANG

(A1-A2 )

% KEPUJIAN

(B3- C6)

% LULUS

( D7- E8 )

% GAGAL

(G9)

1997 2.8 45.3 47.4 4.5

1998 2.0 39.8 55.9 2.3

1999 1.5 33.0 58.8 6.7

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Penguasaan yang lemah dalam mata pelajaran boleh dikaitkan dengan pelbagai

faktor luaran dan dalaman. Oleh yang demikian, pengkaji ingin melihat faktor-faktor

pengajaran guru, kemudahan peralatan dan bengkel, faktor persekitaran, Bahan Bantu

Mengajar (BBM), faktor rakan sebaya, kaedah pembelajaran serta faktor bangsa dan

jantina sama ada mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran

Pengajian Kejuruteran Mekanikal.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

iaitu :

1.4.1. Samada kaedah pengajaran guru merupakan faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar.

Page 21: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

8

1.4.2. Samada persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar.

1.4.3. Samada penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan faktor yang

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

1.4.4 Samada rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar.

1.4.5. Samada kaedah pembelajaran merupakan faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar.

1.4.6. Samada kemudahan peralatan dan bengkel merupakan faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar .

1.5 Persoalan Kajian

Melalui objektif kajian tersebut akan dijelaskan melalui persoalan-persoalan di

bawah iaitu:

1.5.1 Adakah kaedah pengajaran guru merupakan faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar?

1.5.2. Adakah persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar?

1.5.3. Adakah Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar?

1.5.4. Adakah rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar?

1.5.5. Adakah kaedah pembelajaran merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar?

Page 22: Doc2 - fp.utm.my · Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan. Kepada rakan-rakan serumah juga

9

1.5.6. Adakah kemudahan peralatan dan bengkel merupakan faktor yang

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar?

1.6 Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini diharap dapat menerima maklumbalas daripada pihak-pihak

yang terlibat terutamanya para pelajar Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, guru-guru dan

ibu bapa kerana kesemua kompenan ini mempunyai hubung kait yang sangat rapat antara

satu sama lain. Dengan adanya kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini diharap ianya dapat

mengatasi masalah kajian ini

1.6.1 Pelajar

Melalui kajian ini diharap pelajar dapat mengenalpasti punca yang menyebabkan

mereka tidak dapat menguasai subjek ini dengan baik. Pelajar perlu berusaha untuk

meningkatkan kejayaan dalam subjek Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan seterusnya

dapat menjamin mereka melangkah ke menara gading. Penguasaan pelajar dalam subjek

ini penting kerana untuk masa depan mereka yang ingin mengikuti kursus yang berkaitan

dengan mekanikal di universiti.