18
1 Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPM TEKNIK MENGARANG MENGGUNAKAN FORMULA DiKeMaSeN+A [PENGHURIAN MENGGUNAKAN ICK + H] Khairuddin Ayip Sekolah Menengah Teknik Shah Alam ABSTRAK Kertas ini dihasilkan sebagai maklumat tambahan untuk memudahkan guru mengajar karangan di dalam kelas. Kelazimannya, untuk pengajaran dan pembelajaran karangan, guru akan membincangkan tajuk daripada pelbagai aspek dan para pelajar akan mencatat isi-isi penting yang guru nyatakan. Sesi perbincangan secara kumpulan juga diadakan. Kemudian, guru akan meminta para pelajar menulis karangan. Sekiranya karangan tersebut tidak dapat disiapkan di dalam kelas, guru akan meminta para pelajar menyudahkan karangan itu di rumah. Teknik inilah yang guru biasa lakukan tanpa menggunakan formula berkesan menyebabkan para pelajar mengalami kesulitan untuk mengembangkan isi-isi yang diberi oleh guru. Menerusi formula DiKeMaSeN+A, para pelajar telah didedahkan dengan isi utama bagi setiap karangan (khususnya karangan jenis pendapat). DiKeMaSeN+A merupakan kependekan daripada DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT, SEKOLAH, NEGARA, dan ANTARABANGSA. Isi-isi utama tersebut disusun sedemikian rupa untuk memudahkan para pelajar mengingat, dari sesuatu yang dekat sehinggalah yang jauh. Manakala penghuraian isi menggunakan kaedah ICK (ISI, CONTOH, dan KESAN). Perlu diingat, formula DiKeMaSeN+A ini sesuai untuk calon PMR dan SPM sahaja, manakala untuk calon UPSR, cukup sekadar ICK. Diharapkan menerusi formula ini, para pelajar berasa mudah mengarang dan dapat menjawab mengikuti kehendak soalan. PENGENALAN Karangan merupakan bahagian yang penting untuk memastikan para pelajar memperoleh kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Di peringkat sekolah rendah, menerusi peperiksaan UPSR, satu kertas khusus iaitu Penulisan perlu dihadapi oleh setiap calon. Kertas ini di bahagikan kepada tiga bahagian; Bahagian A (Memindahkan Maklumat / 10 markah), Bahagian B (Karangan Umum / 30 markah), dan Bahagian C (Ulasan / 20 markah). Di peringkat PMR pula, menerusi Kertas 2, dalam Bahagian B, terdapat karangan berdasarkan bahan rangsangan (20 markah) dan Bahagian C (Karangan Umum / 40 markah). Seterusnya di peringkat SPM, dalam Kertas 1, terdapat dua jenis karangan yang perlu dijawab oleh calon, iaitu dalam Bahagian A, calon perlu menjawab berdasarkan bahan rangsangan (30 markah) dan Bahagian B, calon perlu menjawab Karangan Umum (100 markah). Hal ini menunjukkan, karangan merupakan topik penting yang perlu diberi perhatian oleh guru. Kecemerlangan dalam peperiksaan banyak dibantu kemahiran pelajar dalam mengarang. FORMULA DiKeMaSeN+A Formula ini dicipta untuk memudahkan para pelajar mengarang. Teknik ini diyakini mampu merangsang para pelajar mengarang kerana isi-isi sudah tersedia dalam minda dan para pelajar hanya perlu mengembangkannya. Berikut merupakan penerangan yang terperinci tentang formula DiKeMaSeN+A. Bagi tujuan mengarang, konsep ini digunakan sebagai isi utama dan isi yang berkaitan sebagai isi kecil.

Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

1

Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPM

TEKNIK MENGARANG MENGGUNAKAN FORMULA DiKeMaSeN+A [PENGHURIAN MENGGUNAKAN ICK + H]

Khairuddin AyipSekolah Menengah Teknik Shah Alam

ABSTRAKKertas ini dihasilkan sebagai maklumat tambahan untuk memudahkan guru mengajar karangan di dalam kelas. Kelazimannya, untuk pengajaran dan pembelajaran karangan, guru akan membincangkan tajuk daripada pelbagai aspek dan para pelajar akan mencatat isi-isi penting yang guru nyatakan. Sesi perbincangan secara kumpulan juga diadakan. Kemudian, guru akan meminta para pelajar menulis karangan. Sekiranya karangan tersebut tidak dapat disiapkan di dalam kelas, guru akan meminta para pelajar menyudahkan karangan itu di rumah. Teknik inilah yang guru biasa lakukan tanpa menggunakan formula berkesan menyebabkan para pelajar mengalami kesulitan untuk mengembangkan isi-isi yang diberi oleh guru. Menerusi formula DiKeMaSeN+A, para pelajar telah didedahkan dengan isi utama bagi setiap karangan (khususnya karangan jenis pendapat). DiKeMaSeN+A merupakan kependekan daripada DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT, SEKOLAH, NEGARA, dan ANTARABANGSA. Isi-isi utama tersebut disusun sedemikian rupa untuk memudahkan para pelajar mengingat, dari sesuatu yang dekat sehinggalah yang jauh. Manakala penghuraian isi menggunakan kaedah ICK (ISI, CONTOH, dan KESAN). Perlu diingat, formula DiKeMaSeN+A ini sesuai untuk calon PMR dan SPM sahaja, manakala untuk calon UPSR, cukup sekadar ICK. Diharapkan menerusi formula ini, para pelajar berasa mudah mengarang dan dapat menjawab mengikuti kehendak soalan.

PENGENALANKarangan merupakan bahagian yang penting untuk memastikan para pelajar memperoleh kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Di peringkat sekolah rendah, menerusi peperiksaan UPSR, satu kertas khusus iaitu Penulisan perlu dihadapi oleh setiap calon. Kertas ini di bahagikan kepada tiga bahagian; Bahagian A (Memindahkan Maklumat / 10 markah), Bahagian B (Karangan Umum / 30 markah), dan Bahagian C (Ulasan / 20 markah). Di peringkat PMR pula, menerusi Kertas 2, dalam Bahagian B, terdapat karangan berdasarkan bahan rangsangan (20 markah) dan Bahagian C (Karangan Umum / 40 markah). Seterusnya di peringkat SPM, dalam Kertas 1, terdapat dua jenis karangan yang perlu dijawab oleh calon, iaitu dalam Bahagian A, calon perlu menjawab berdasarkan bahan rangsangan (30 markah) dan Bahagian B, calon perlu menjawab Karangan Umum (100 markah). Hal ini menunjukkan, karangan merupakan topik penting yang perlu diberi perhatian oleh guru. Kecemerlangan dalam peperiksaan banyak dibantu kemahiran pelajar dalam mengarang.

FORMULA DiKeMaSeN+AFormula ini dicipta untuk memudahkan para pelajar mengarang. Teknik ini diyakini mampu merangsang para pelajar mengarang kerana isi-isi sudah tersedia dalam minda dan para pelajar hanya perlu mengembangkannya. Berikut merupakan penerangan yang terperinci tentang formula DiKeMaSeN+A. Bagi tujuan mengarang, konsep ini digunakan sebagai isi utama dan isi yang berkaitan sebagai isi kecil.

Isi Utama 1: Diri (Di)Isi yang berkaitan ialah kesedaran, motivasi, taat kepada perintah Tuhan, kegigihan berusaha, tahu memilih rakan sebaya, dan apa-apa sahaja yang berpunca daripada diri bagi mengubah sesuatu perkara yang berlaku dan tambah PESA (Politik/Ekonomi/Sosial/Agama).

Page 2: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

2

Isi Utama 2: Keluarga (Ke)Isi yang berkaitan seperti peranan ibu bapa dalam memberi perhatian terhadap anak, didikan agama, wawasan membawa keluarga ke arah hidup yang lebih baik, dan apa-apa sahaja yang dekat dengan keluarga, dan tambah PESA.

Isi Utama 3: Masyarakat (Ma)Individu amat dekat dengan masyarakat. Masyarakat pula berperanan mengubah individu menerusi amalan tegur-menegur, gotong-royong, dan tambah PESA.

Isi Utama 4: Sekolah (Se)Sekolah memainkan peranan penting dalam mengubah individu menerusi pengajaran guru, aktiviti, dan tambah PESA.

Isi Utama 5: Negara (N)Bagi mengubah individu ke arah berfikiran positif, kerajaan perlu mengadakan kempen, penguatkuasaan undang-undang, peranan media, dan peranan para pemimpin, serta tambah PESA.

Isi Utama 6: Antarabangsa (A)Isi keenam ini hanya sesuai untuk calon SPM dan STPM sahaja. Isu yang boleh disentuh ialah peranan PBB, Asean, dan negara-negara jiran, serta tambah PESA.

MEMAHAMI ICK+HICK+H merupakan kependekan ISI, CONTOH, KESAN, dan HURAIAN. Setiap perenggan dalam sesebuah karangan perlu mempunyai satu isi. Untuk memastikan isi yang kita berikan berdiri kukuh (diterima oleh pemeriksa) perlu diberi contoh (contoh daripada isi), kesan (kesan daripada contoh), dan untuk keterangan lebih lanjut aspek tersebut, perlu diberi penghuraian (keterangan) yang lebih mendalam. Berikut merupakan pecahan tiga ayat berdasarkan tiga orang pelajar berdasarkan tahap pemahaman yang berbeza berdasarkan tajuk “Cara-cara Mengatasi Kemalangan di Jalan Raya”.

Pelajar Pertama (Lemah)(a) Ayat Pertama: Kemalangan sering berlaku di jalan raya di negara kita.(b) Ayat Kedua: Oleh itu, pemandu janganlah memandu laju.(c) Ayat Ketiga: Kelajuan yang berlebihan menyebabkan berlakunya kemalangan.Pelajar Kedua (Sederhana)(a) Ayat Pertama: Ketika memandu, kita hendaklah memandu mengikut

had laju yang ditetapkan.(b) Ayat Kedua: Jika kita melanggar peraturan yang ditetapkan, mudah berlaku kemalangan.(c) Apabila berlaku kemalangan menyebabkan berlakunya kesesakan di jalan raya.Pelajar Ketiga (Baik / Cemerlang)(a) Ketika memandu, pemandu perlulah mematuhi had kelajuan yang ditetapkan.(b) Ketika di lebuh raya, bagi pengguna kereta, kita perlu memandu tidak melebihi 110 kilometer sejam.(c) Apabila mematuhi had laju yang ditetapkan, sekiranya berlakunya kecemasan seperti tayar pancit, kita masih sempat membrek dengan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Page 3: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

3

CONTOH PENGGUNAAN DiKeMaSeN+A [HASIL KEMAHIRAN ICK]

[Isi Utama Pertama] Bagi mengatasi masalah kemalangan di jalan raya, banyak bergantung kepada diri sendiri. [Isi Kecil 1] Ketika memandu, pemandu perlulah mematuhi had kelajuan yang ditetapkan. [Contoh] Ketika di lebuh raya, bagi pengguna kereta, kita perlu memandu tidak melebihi 110 kilometer sejam. [Kesan] Apabila mematuhi had laju yang ditetapkan, sekiranya berlakunya kecemasan seperti tayar pancit, kita masih sempat membrek dengan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain. [Isi Kecil 2] Selain itu, didiklah diri dengan sifat sabar. [Contoh] Memang ada yang ingin mengajak berlumba atau bersikap kurang ajar, tetap tanamkan dalam diri akan perlunya bertenang menghadapi kerenah manusia. [Huraian] Biarlah kita mengamalkan sikap berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. [Huraian] Sebab, apa faedahnya melayan manusia yang kakinya tidak memijak bumi dan tangan tidak menggapai langit? [Kesan] Apabila ada kesedaran di dalam diri dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan, paling tidak diri sendiri tidak menyumbang kepada penambahan kadar kemalangan di jalan raya.

PETA DiKeMaSeN+AIsi Utama 1: Di (Diri) Isi Utama 2: Ke (Keluarga)PESA [Politik/Ekonomi/Sosial/Agama]Peribahasa: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.Kata-kata Hikmat:Orang yang belum pernah gagal sebenarnya orang yang belum pernah mencuba. Emmett Le Compte

Kesedaran Motivasi Taat kepada Perintah Tuhan Kegigihan Rakan sebaya Jati Diri Pembacaan / Menuntut Ilmu

PESA [Politik/Ekonomi/Sosial/Agama]Peribahasa:Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Kata-kata Hikmat: Tangan kanan yang mengayun buaian itu dapat menggoncang dunia dengan tangan kirinya.Napolean Bonaparte

Pendidikan Agama Perhatian / Kasih Sayang Model

Isi Utama 3: Ma (Masyarakat) Isi Utama 4: Se (Sekolah)PESA [Politik/Ekonomi/Sosial/Agama]Peribahasa:Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.Kata-kata Hikmat:Orang akan sangat dihormati apabila melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya.

Mahatma Gandhi

Aktiviti Hari Keluarga / Gotong-royong

Prihatin / Saling menegur Ceramah

PESA [Politik/Ekonomi/Sosial/Agama]Peribahasa:Jika tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.Kata-kata Hikmat:Apa yang kita pungut daripada kehidupan ini ialah apa yang kita tanam di dalamnya.Dr. Marion Hillard

Pengajaran & Pembelajaran Guru Kokurikulum Aktiviti (Ceramah & Pertandingan)

Page 4: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

4

Isi Utama 5: N (Negara @ Kerajaan) Isi Utama 6: A (Antarabangsa) PESA [Politik/Ekonomi/Sosial/Agama]Peribahasa:Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.Kata-kata Hikmat:Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.

Abraham Lincoln

Kempen Penguatkuasaan Undang-undang Peranan Pemimpin Media Massa PLKN

PESA [Politik/Ekonomi/Sosial/Agama]Peribahasa:Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Kata-kata Hikmat:Engkau sanggup menipu sekian orang separuh zaman dan engkau pun sanggup menipu separuh orang untuk sekian zaman, tetapi engkau tidak sanggup menipu semua orang untuk sekian zaman.Abraham Lincoln

PBB ASEAN Negara Jiran

Model 1: Aras PMRMalaysia bercadang menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Pelbagai persiapan telah dijalankan untuk memastikan matlamat mulia itu bakal menjadi kenyataan.Terangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.

Usaha-usaha Menjadikan Malaysia Sebuah Negara Maju Pada Tahun 2020

[Pendahuluan] Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai wawasan yang besar iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. [Huraian] Hasrat tersebut diteruskan oleh penggantinya, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. [Huraian] Untuk memastikan hasrat tersebut menjadi kenyataan, pelbagai usaha telah dilakukan. [Contoh] Hasrat tersebut pasti menjadi kenyataan sekiranya semua pihak memegang kata-kata Iskandar Dzulkarnain yang berbunyi, “Tidak ada yang mustahil bagi orang-orang yang berani mencuba”.

[Isi Utama 1] Untuk memastikan hasrat tersebut menjadi kenyataan, peranan setiap rakyat, iaitu individu amat penting. [Isi Kecil 1] Dalam hal ini, setiap rakyat perlu berfikiran positif terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan. [Kesan] Sekiranya hal ini ada di dalam minda, kita boleh merangsang diri untuk bergerak seiring dengan wawasan negara. [Isi Kecil 2] Selain itu, rakyat Malaysia yang masih menuntut perlu melengkapkan diri dengan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). [Huraian] Hal ini demikian kerana, pada tahun 2020, kemajuan negara digerakkan oleh teknologi berasaskan sains dan teknologi.

[Isi Utama 2] Seterusnya, peranan keluarga amat penting bagi memastikan negara maju menjadi kenyataan. [Isi Kecil 1] Ibu bapa hendaklah menekankan ilmu pendidikan terhadap anak-anak. [Huraian] Hal-hal yang remeh seperti mengganti perabot baharu menjelang hari perayaan hendaklah dielakkan. [Contoh] Sebaliknya memastikan setiap rumah memiliki sebuah komputer. [Isi Kecil 2] Selain itu, ibu bapa hendaklah menyisipkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. [Huraian] Sebab, tiada gunanya menjadi negara maju sekiranya rakyat ketandusan akhlak mulia.

Page 5: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

5

[Isi Utama 3] Peranan masyarakat tidak boleh diketepikan. [Isi Kecil 1] Masyarakat hendaklah bersama-sama mempertahankan keharmonian hidup masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. [Huraian] Sebab, kemajuan negara tidak akan tercapai sekiranya ahli masyarakat berprasangka buruk dan mementingkan diri sendiri. [Isi Kecil 2] Pada waktu yang sama, aktiviti yang dapat memupuk hubungan kaum seperti hari keluarga hendaklah diadakan. [Kesan] Apabila saling bertemu, akan wujudlah kemesraan, sekali gus impian menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur akan menjadi kenyataan.

[Isi Utama 4] Sekolah memainkan peranan yang besar untuk memastikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjadi kenyataan. [Isi Kecil 1] Dalam hal ini, warga pendidik perlu menyampaikan impian kerajaan menerusi pengajaran dan pembelajaran di kelas. [Contoh] Pelajar yang tidak jelas akan Wawasan 2020 perlu diterangkan secara mendalam. [Isi Kecil 2] Selain itu, penekanan terhadap sains dan teknologi perlu diberi keutamaan. [Contoh] Penekanan ini boleh dilakukan bukan sahaja menerusi mata pelajaran Sains, tetapi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

[Isi Utama 5] Oleh sebab wawasan ini datangnya daripada kerajaan, sudah tentu peranan kerajaan tidak boleh disisihkan. [Isi Kecil 1] Oleh itu, kerajaan telah dan sedang berusaha melahirkan masyarakat yang seimbang. [Contoh] Seimbang daripada sudut ilmu dan sahsiah. [Isi Kecil 2] Pendedahan dalam bentuk maklumat terus diadakan. [Contoh] Sebagai contoh, seminar, kempen, dan maklumat secara langsung daripada para pemimpin terus diadakan. [Huraian] Sesungguhnya kita selalu mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. [Huraian] Namun, semua itu tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kita tidak mahu berusaha.

[Penutup] Pepatah Arab ada menyebut, “Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memancungnya, pasti masa akan memancung kamu”. [Huraian] Pepatah tersebut sengaja dipetik menyedarkan kepada warga pelajar bahawa Wawasan 2020 kian terbuka jendelanya. [Huraian] Sekiranya kita tidak bersedia, sudah pasti kita akan ketinggalan. [Huraian] Pada tahun tersebut, kitalah barisan kepimpinan negara, bukan sebagai penonton. [Huraian] Oleh itu, persediaan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan perlu dimulakan dari sekarang. [Huraian] Langkah yang pertama, kita perlu memperoleh 8A dalam PMR kelak.

Model 2 Aras PMRPada suatu hari anda dapat bertemu dengan rakan lama anda yang aktif dalam bidang sukan. Dalam pertemuan itu, anda berbual tentang faedah-faedah yang diperoleh hasil penglibatan individu dalam bidang sukan.Tulis perbualan anda itu selengkapnya.

Faedah-faedah yang diperoleh daripadaPenglibatan Individu dalam Bidang Sukan

Pada suatu hari saya ke perpustakaan awam yang terletak tidak jauh dari sekolah. Tanpa diduga, saya telah menemui rakan lama saya, Najib yang kini menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Berikut hasil perbualan kami berdua.

NABIL: [Pendahuluan] Hai Najib! Apa khabar? Lama tak jumpa! Apa tujuan ke sini?

NAJIB: Oh, Nabil! [Huraian] Walaupun saya minat dalam bidang sukan, tak salah kalau waktu cuti persekolahan saya ke perpustakaan awam. [Huraian] Bersukan, bersukan juga, tetapi pelajaran tetap saya tidak lupakan. [Contoh] Thomas Edison ada berkata, “Kecerdikan ialah satu peratus inspirasi dan 99 peratus lagi memerlukan kerja keras”.

Page 6: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

6

NABIL: [Huraian] Baguslah kalau macam itu. [Huraian] Atlet alaf baharu memang mempunyai wawasan besar. [Huraian] Sukan telah banyak mengubah hidup kamu.

NAJIB: Pernyataan yang baik. [Isi Utama 1] Apabila bercakap tentang faedah bersukan, tentulah akan banyak mengubah diri seseorang itu. [Isi Kecil 1] Yang pertama dapat menyihatkan tubuh badan. [Contoh] Hal ini demikian kerana, sewaktu bersukan kita berlari, melompat, dan menggerakkan tubuh. [Kesan] Aktiviti yang dijalankan menyebabkan otot-otot mengeluarkan peluh, sekali gus menyebabkan tubuh kita sihat. [Isi Kecil 2] Selain itu dapat memberi hiburan. [Kesan] Apa tidaknya, apabila kita berlari ataupun bermain bola sepak, rasa tertekan setelah belajar akan hilang. [Kesan] Lalu, mudahlah untuk kita mengulang kaji pelajaran seterusnya.

NABIL: Apakah sukan dapat memberi faedah kepada keluarga?

NAJIB: [Isi Utama 2] Sukan memang banyak memberi faedah kepada keluarga. [Isi Kecil 1] Sukan menyebabkan anak-anak remaja dapat memanfaatkan masa terluang. [Contoh] Pada waktu petang, kita boleh bermain bola sepak ataupun sepak takraw. [Kesan] Jika tidak terlibat dalam sukan, kemungkinan kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal, sekali gus kemungkinan terjebak dalam kegiatan negatif seperti merokok. [Isi Kecil 2] Selain itu, diri kita lebih mudah untuk membantu keluarga kerana kita sentiasa berfikiran luas dan positif. [Kesan] Jika kena gayanya, sikap ringan tulang yang kita tunjukkan sudah pasti akan menggembirakan ibu bapa kita.

NABIL: [Isi Utama 3] Saya ingin menambah, sukan dapat memberi faedah kepada masyarakat. [Isi Kecil 1] Sesungguhnya sukan melahirkan masyarakat yang sihat. [Kesan] Apa tidaknya, sukan menyebabkan kita berhubung erat dengan jiran-tetangga kita. [Contoh] Sebagai contoh, aktiviti hari keluarga sudah pasti akan diisi dengan acara sukan, seperti tarik tali dan bermain bola sepak. [Isi Kecil 2] Malah, sukan menyebabkan hubungan kaum kita dengan masyarakat setempat akan lebih padu. [Huraian] Hal ini demikian kerana apabila selalu bertemu menerusi aktiviti sukan, kemesraan dapat diperteguh. [Kesan] Secara tidak langsung dapat memperteguh perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada Melayu, Cina, India , dan kaum-kaum lain.

NAJIB: [Isi Utama 4] Sukan memberi faedah yang besar kepada sekolah. [Isi Kecil 1] Apa tidaknya, tanpa sukan tubuh pelajar yang ulat buku akan lesu dan tidak bermaya. [Kesan] Apabila mereka aktif bersukan, wujud kesegaran dalam diri dan minda, seterusnya mengasah bakat yang terpendam. [Isi Kecil 2] Menerusi sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah. [Kesan] Menerusi penyertaan kita dalam sukan, nama sekolah akan lebih dikenali masyarakat apabila kita menjuarai sesuatu pertandingan. [Huraian] Apatah lagi jika kita terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

NABIL: Bagaimana pula faedahnya kepada negara?

NAJIB: [Isi Utama 5] Sukan memberi faedah yang besar kepada negara. [1si Kecil 1] Sukanlah menyebabkan nama Malaysia dikenali di mata dunia. [Contoh] Menerusi badminton yang ditonjolkan oleh keluarga Allahyarham Datuk Sidek dan skuasy menerusi Nicol David yang dicanangkan sebagai Pemain Skuasy Terbaik Dunia, nama Malaysia semakin harum di mata dunia. [Huraian] Jika menerusi iklan untuk menonjolkan nama negara bukan sahaja memerlukan wang yang banyak tetapi kesannya kurang. [Isi Kecil 2] Penganjuran dalam sesuatu kejohanan sukan merupakan industri yang menguntungkan. [Contoh] Sebagai contoh, menerusi

Page 7: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

7

Sukan Komanwel pada tahun 1988, kemasukan jumlah pelancong meningkat berlipat kali ganda, menyebabkan kerajaan dapat meraih jutaan ringgit.

NABIL: [Penutup] Memang sukan memberi faedah kepada diri, keluarga, masyarakat, sekolah, dan negara. [Huraian] Peringatan daripada Kementerian Pelajaran yang mahukan para pelajar aktif dalam bidang sukan kena pada masanya. [Huraian] Oleh itu, kita patut lebih aktif melibatkan diri dalam bidang sukan. [Huraian] Nampaknya perbualan kita sudah panjang dan pintu perpustakaan di depan pula sudah lama terbuka. Mari kita masuk.

NAJIB: Mari!

Selepas perbualan tersebut, kami bersama melangkah masuk ke Perpustakaan Tun Uda.

Model 3: Aras SPMKecemerlangan akhlak merupakan antara faktor penting untuk mewujudkansebuah negara yang bermaruah seperti Malaysia. Nyatakan usaha yang perlu diambil bagi membentuk kecemerlangan akhlak dalam kalangan remaja untuk memenuhi hasrat tersebut.

Usaha-usaha Membentuk Kecemerlangan Akhlak Remaja

[Pendahuluan] Hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia”. [Contoh] Manakala dalam hadis yang lain, baginda ada bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya”. [Huraian] Menerusi hadis tersebut jelaslah kepada kita betapa pentingnya akhlak yang sempurna sesuai dengan tuntutan agama, adat budaya orang Timur, dan kerukunan hidup masyarakat Malaysia. [Kesan] Akhlak yang cemerlang amat penting kerana akhlak merupakan antara faktor untuk mewujudkan sebuah negara yang bermaruah. [Huraian] Akhlak yang bagaimanakah yang dikatakan cemerlang? [Huraian] Sudah tentu model yang boleh dijadikan kita ialah junjungan besar Nabi Muhammad. [Huraian] Oleh hal yang demikian, akhlak berlandasan agama Islam merupakan yang paling cemerlang dan patut diikuti oleh semua umat Islam.

[Isi Utama 1] Bagi memastikan akhlak kita cemerlang, usaha yang paling penting ialah diri sendiri. [Huraian] Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk mengubah diri kita sekiranya kita bersikap negatif. [Isi Kecil 1] Dalam diri kita perlulah ada keinginan berubah. [Huraian] Bagaimanakah caranya untuk berubah dan apakah yang perlu diubah? [Contoh] Saban malam, jika ada kelapangan, berkunjunglah ke surau untuk berjemaah dan mendengar tazkirah. [Kesan] Ceramah yang mengajak kita ke arah kebaikan akan menyusup gegendang telinga kita dan meresap ke dalam hati. [Isi Kecil 2] Selain itu, kita perlu pandai memilih rakan. [Huraian] Pilih rakan yang mempunyai wawasan hidup. [Isi Kecil 3] Bagi seorang pelajar, perlulah mempunyai wawasan untuk memperoleh kecemerlangan dalam SPM. [Kesan] Tetapi sekiranya kita bersikap “tidak kisah” dan mengikut sahaja yang rakan kita lakukan, akhirnya kita akan terjebak dalam gejala keruntuhan moral, sekali gus menjatuhkan maruah sebagai umat Islam.

[Isi Utama 2] Keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan kecemerlangan akhlak belia. [Huraian] Walaupun sibuk dengan kerja; keluar dari rumah jam 7.00 pagi dan pulang pula ketika senja mahu merebut malam, tetapi perhatian terhadap anak-anak jangan dilupakan. [Isi Kecil 1] Masa yang berkualiti perlu diberikan kepada anak masing-masing. [Contoh] Di rumah, ada kesempatan, solat berjemaah dan makan bersama-sama. [Kesan] Berikan teladan yang baik kepada anak-anak supaya anak-

Page 8: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

8

anak tidak keliru dan memperoleh model untuk dicontohi. [Huraian] Pada waktu yang sama, ibu bapa perlu mengenal pasti rakan anak-anak mereka. [Isi Kecil 2] Sikap lepas tangan dan menaruh kepercayaan membabi buta hendaklah dielakkan. [Contoh] Anak sewaktu di rumah pijak semut pun tidak mati, tetapi apabila di luar rumah, perangai mereka akan berubah 100 peratus. [Kesan] Dengan perhatian, kasih sayang, model yang diberikan, anak akan terasa dirinya dihargai, mempunyai wawasan hidup yang betul, dan mereka akan merasakan kehidupan ini begitu indah.

[Isi Utama 3] Masyarakat juga memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan akhlak remaja yang cemerlang. [Huraian] Jika dibuat perbandingan antara masyarakat kampung dan masyarakat kota, keruntuhan jelas kelihatan bagi masyarakat kota. [Huraian] Hal ini demikian kerana masyarakat kota bersikap tidak kisah terhadap apa yang dilakukan oleh jiran-tetangga. [Huraian] Sikap mementingkan diri seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing tidak boleh dijadikan contoh. [Isi Kecil 1] Bagi masyarakat yang masih mengamalkan corak hidup berlandaskan roh keislaman, sudah tentu akan menegur jika ternampak anak muda yang melakukan perbuatan tidak senonoh. [Huraian] Jika tiada kesanggupan untuk bertindak, sewajarnya melaporkan kepada ibu bapa remaja terbabit. [Isi Kecil 2] Selain itu, cara hidup masyarakat yang terpuji akan diikuti oleh anak-anak muda yang masih mencari arah. [Isi Kecil 3] Pada waktu yang sama, masyarakat setempat perlu memperbanyak aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong. [Kesan] Cara ini akan memupuk perasaan hormat-menghormati dalam kalangan ahli masyarakat.

[Huraian] Remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun masih lagi bergelar pelajar. [Isi Utama 4] Oleh sebab sebahagian masa mereka banyak dihabiskan di sekolah, peranan sekolah dalam melahirkan remaja berakhlak cemerlang tidak perlu disisihkan. [Isi Kecil 1] Mata pelajaran yang diajar di sekolah, contohnya Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebenarnya menuju ke arah remaja yang berakhlak mulia. [Contoh] Selain itu beberapa mata pelajaran lagi seperti Bahasa Melayu, akan menyisipkan nilai-nilai murni dalam pembelajaran. [Isi Kecil 2] Disiplin yang ketat di sekolah wajib dipatuhi oleh pelajar. [Contoh] Mereka yang ingkar seperti ponteng sekolah, merokok, berkelakuan tidak senonoh akan melalui proses nasihat, surat amaran, gantung persekolahan, dan yang terakhir sekali buang sekolah. [Isi Kecil 3] Pada waktu yang sama, menerusi aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform dan berpersatuan dapat mendedahkan pelajar tentang nilai-nilai yang mulia yang perlu diamalkan apabila keluar dari sekolah. [Kesan] Melalui proses pembelajaran tidak langsung ini diyakini dapat melahirkan remaja berakhlak mulia.

[Isi Utama 5] Sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan masyarakat yang kaya dengan nilai budaya, kerajaan berusaha memastikan seluruh masyarakat, terutamanya golongan remaja sebagai barisan kepimpinan negara mempunyai akhlak yang mulia. [Isi Kecil 1] Oleh itu, peranan kerajaan diperlukan untuk memastikan rakyat Malaysia yang masih bergelar remaja mempunyai akhlak yang mulia. [Contoh] Menerusi Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan, telah diadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. [Huraian] Menerusi kempen tersebut, masyarakat didedahkan dengan nilai-nilai mulia yang perlu menjadi amalan seharian. [Isi Kecil 2] Selain itu, kerajaan mengawal program televisyen untuk memastikan babak-babak ganas, berunsur seks, bertentangan dengan agama Islam, dan isu-isu yang boleh menyentuh perasaan kaum-kaum lain hendaklah dielakkan. [ Isi Kecil 3] Manakala program ke arah amalan mulia diperbanyak. [Kesan] Usaha, pelaksanaan, dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan diyakini mampu membentuk masyarakat yang berakhlak mulia dan seterusnya dapat mewujudkan sebuah negara bermaruah.

[Huraian] Perkembangan teknologi moden menyebabkan dunia terasa begitu kecil. [Isi Utama 6] Oleh hal demikian, badan-badan dunia memainkan peranan penting dalam memastikan seluruh masyarakat remaja di dunia ini mempunyai akhlak yang selaras dengan nilai-nilai hidup sesebuah negara. [Huraian] Kita mempunyai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 dan kini dianggotai oleh 185 negara. [Huraian] [Isi Kecil 1] Oleh hal demikian, PBB menerusi

Page 9: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

9

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) perlulah memikirkan tentang akhlak masyarakat dunia yang kini lebih ke arah mengaut kekayaan dengan menindas negara yang miskin dan lemah. [Contoh] Amerika Syarikat yang masyarakatnya lebih 75 peratus rosak akhlaknya tidak boleh dijadikan contoh. [Isi Kecil 2] Jika ada kesepakatan seluruh negara untuk membentuk akhlak yang cemerlang, sudah pasti kehidupan di dunia ini bagai aur dengan tebing dengan menolak kekejaman, pembunuhan, dan penindasan.

[Penutup] Sesungguhnya, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. [Huraian] Dalam hal ini, firman Allah boleh dijadikan renungan. [Contoh] Allah berfirman, “Sesuatu umat bagaimanapun hebat kekuatan dan kekayaan yang dimilikinya, akan tetapi jika budi pekertinya telah binasa, maka umat itu akan mudah binasa. Manusia yang tidak punya akhlak, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya. Mereka sanggup berbohong, membuat fitnah, menjual maruah diri dan keluarga, malah dengan tidak segan silu lagi akan menjual agama dan negara”. [Kesan] Jika firman Allah ini dihayati, akhlak yang mulia menjadi amalan seluruh umat manusia, khususnya remaja Malaysia yang berkeinginan mempertahankan maruah sebagai bangsa berdaulat. [Huraian] Lalu kita akan fikirkan, jika akhlak meresap ke dalam jiwa, adakah Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush akan menyerang Iraq dan Israel akan berterusan menindas rakyat Palestin? [Huraian] Tanpa berfikir jauh, diri kita sendiri hendaklah berusaha menyemai akhlak yang mulia, sebelum menyuruh orang lain berbuat demikian.

Model 4: Aras SPMSempena Minggu Bahasa dan Sastera Melayu di sebuah sekolah, anda telah diundang untuk menyampaikan syarahan. Tajuk yang ditetapkan ialah “Peranan Kerajaan untuk Menarik Minat Masyarakat Terhadap Kesusasteraan Melayu”.Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.

Peranan Kerajaan untuk Menarik Minat Masyarakat Terhadap Kesusasteraan Melayu

[Kata Alu-aluan / Pendahuluan] Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha, Tuan Haji Amirul Hafiz, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan pelajar sekalian. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah mengundang saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Peranan Kerajaan untuk Menarik Minat Masyarakat Terhadap Kesusasteraan Melayu”. Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud “kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya”. Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada tertulis atau tidak. Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan. Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Secara kasarnya boleh dikategorikan kepada dua kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, yakni prosa dan puisi.

[Isi Utama 1] Memang tidak dapat dinafikan bahawa, untuk menarik minat masyarakat terhadap kesusasteraan Melayu, kerajaan memainkan peranan yang besar. [Isi Kecil 1] Oleh itu, menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kerajaan memberi biaya yang besar untuk memastikan DBP dapat

Page 10: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

10

menerbitkan karya sasterawan tempatan. Kemudian, pada waktu yang sama, kita mengharapkan DBP menyebarluaskan karya yang diterbitkan itu untuk memudahkan musyarakat membelinya. [ Isi Kecil 2] Selain itu, kerajaan telah dan terus mengangkat karya yang terbaik untuk diberi anugerah seperti Hadiah Sastera Perdana. Pengiktirafan ini mampu memberi galakan kepada penulis untuk menghasilkan karya yang lebih hebat. Pada waktu yang sama, karya yang diangkat sebagai penerima anugerah pula akan menjadi buruan pembaca. Karya yang baik sudah pastinya menjadi pilihan kepada pembaca untuk menatapnya. [Isi Kecil 3] Selain itu, karya yang baik pula diterjemahkan kepada bahasa asing. Manakala karya antarabangsa asing, biasanya dalam bahasa Inggeris diterjemahkan ke bahasa kebangsaan. Menerusi cara ini, pembaca akan dapat berkongsi pengalaman dengan penulis yang berlatar belakang yang berbeza. Karya tempatan yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris seperti Salina karya A. Samad Said, Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, dan koleksi puisi Usman Awang.Hadirin yang dimuliakan,

[Isi Utama 2] Kerajaan juga perlu memastikan setiap rakyat Malaysia berminat membaca karya sastera. [Isi Kecil 1] Oleh hal demikian, kerajaan perlu menekankan rakyat supaya membaca karya-karya sastera. Kita tidak dapat menafikan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia begitu tinggi, tetapi bahan yang dibaca hanyalah buku teks (bagi pelajar), majalah hiburan (bagi remaja), dan akhbar (bagi orang dewasa). Minat membaca ini amat baik, tetapi pendedahan akan faedah membaca karya sastera perlu kerajaan suburkan menerusi media massa. [Isi Kecil 2] Pada waktu yang sama, kita perlu mendidik diri sendiri supaya berusaha membaca karya sastera, sekurang-kurangnya senaskhah dalam tempoh sebulan. Jangan terlalu berkira soal wang kerana buku sastera bukanlah terlalu mahal, jika dibandingkan kesanggupan menghabiskan RM10.00 untuk membeli makanan segera. [Isi Kecil 3] Seterusnya, kita buang prasangka buruk bahawa membaca karya sastera meletihkan otak, membazirkan masa dan wang, dan terlalu sukar difahami. Untuk perangat awal, bacalah novel yang agak ringan, sebelum membaca karya sastera yang lebih berat. Sebenarnya membaca karya sastera yang agak berat boleh merangsang minda untuk berfikir secara lebih kritis.

[Isi Utama 3] Kerajaan perlu memastikan ibu bapa memainkan peranan yang sama untuk menggalakkan setiap ahli masyarakat membaca karya sastera. [Isi Kecil 1] Oleh itu, ibu bapa hendaklah memastikan di setiap rumah mempunyai perpustakaan mini. Dalam perpustakaan tersebut, selain diisi dengan majalah, dan buku-buku ringan, perlu juga diselitkan dengan karya sastera. Untuk memastikan anak-anak terangsang untuk membaca, cukup sekadar disediakan novel-novel remaja yang banyak terdapat di pasaran. Ibu bapa perlu tahu, buku yang dibeli perlu seimbang dengan minat anak-anak, baharulah buku tersebut mahu dibaca. [Isi Kecil 2] Pada waktu yang sama, sekiranya mahu membeli hadiah atas kejayaan anak-anak dalam pelajaran, ataupun pada hari lahir mereka, hadiahkan mereka buku-buku terbaharu. Cara ini dapat menarik minat membaca dalam jiwa anak-anak. [Isi Kecil 3] Selain itu, ibu bapa perlu membawa anak-anak ke Pesta Buku Antarabangsa yang sering diadakan di Kuala Lumpur pada bulan April, ataupun pesta buku di daerah masing-masing. Selama ini membawa anak bercuti ke tempat peranginan, apa salahnya jika membawa anak-anak ke gedung yang dipenuhi ilmu.

Hadirin yang dikasihi,[Isi Utama 4] Kerajaan juga perlu menekankan masyarakat supaya bersama-sama menarik minat

seluruh rakyat Malaysia membaca karya sastera. [Isi Kecil 1] Oleh hal demikian, aktiviti berkaitan dengan kesusasteraan perlu disuburkan. Satu ketika dahulu, dalam upacara peminangan, akan diadakan upacara berbalas pantun untuk menyampaikan hasrat wakil yang datang berkunjung. Namun, oleh sebab kemahiran berpantun semakin berkurangan, tradisi tersebut tidak diamalkan lagi. Oleh itu, amalan mulia ini patut dihidupkan semula untuk dicontohi generasi muda yang biasanya turut serta dalam majlis seperti itu. [Isi Kecil 2] Selain itu, Jawatan Kemajuan Kampung ataupun taman perumahan perlu lebih kerap mengadakan majlis kesenian yang mengandungi nilai-nilai kesusasteraan seperti dondang sayang (mengandungi aktiviti berbalas pantun) dan wayang kulit (mengandungi mantera). Usaha ini selain mampu menarik minat remaja terhadap karya sastera, juga mampu mengetengahkan kesenian tradisional.

Page 11: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

11

[Isi Kecil 3] Seterusnya, aktiviti menggalakkan minat membaca karya sastera menerusi pertandingan boleh diadakan. Jika ada pertandingan landskap tercantik ataupun rumah yang ceria, tidak menjadi kesalahan jika diadakan pertandingan rumah yang mempunyai perpustakaan paling lengkap. Usaha ini wajar disokong oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

[Isi Utama 5] Kerajaan perlu melibatkan sekolah untuk menyemarakkan minat pelajar terhadap karya kesusasteraan. [Isi Kecil 1] Oleh itu, langkah kerajaan memperkenalkan Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amatlah disanjung tinggi. Oleh sebab mata pelajaran Bahasa Melayu wajib diambil dan wajib lulus, maka mahu atau tidak, para pelajar terpaksa mempelajari KOMSAS. Langkah ini menyemai minat para pelajar terhadap kesusasteraan Melayu, yang diharapkan mereka akan membaca karya-karya sastera yang terdapat di pasaran. [Isi Kecil 2] Pada waktu yang sama, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu yang kelihatan layu kerana kurang diambil oleh calon SPM diharapkan, sudah sewajarnya diubahsuai sukatan pelajarannya agar lebih ramai pelajar untuk mengambilnya. Selama ini, para pelajar yang mendapat keputusan yang buruk dalam PMR sahaja yang dibenarkan ambil. Manakala pelajar yang cemerlang pula dicadangkan mengambil mata pelajaran yang dianggap mempunyai nilai untuk melangkah ke pengajian tinggi. [Isi Kecil 3] Seterusnya, guru-guru sendiri perlu mendedahkan para pelajar dengan buku-buku sastera. Guru boleh menceritakan sinopsis novel yang tinggi nilai sasteranya untuk menarik minat pelajar mendapatkan novel tersebut.

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi, [Isi Utama 6] Kerajaan juga boleh mengharapkan badan-badan antarabangsa bagi mengembangkan kesusasteraan Melayu. [Isi Kecil 1] Salah satu daripadanya ialah Hadiah Nobel yang dimulakan oleh dan dianugerahkan kepada individu (dan juga pertubuhan dalam kes) yang telah mencipta formula yang luar biasa atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat. Bagi kategori kesusasteraan, hadiah ini dianugerahkan oleh kepada individu yang telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan. Oleh itu, kerajaan perlu memberi dana untuk memastikan sasterawan negara dapat menghasilkan karya yang bermutu agar dicalonkan untuk Hadiah Nobel. [Isi Kecil 2] Kerajaan juga perlu menghantar sasterawan Malaysia ke bengkel atau seminar di luar negara untuk mendedahkan sasterawan dengan pengalaman baharu. Selain memperoleh ilmu, peluang bertemu dengan rakan sasterawan dari negara luar boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kesusasteraan Melayu, sekali gus dapat menarik minat masyarakat untuk membacanya. [ Isi Kecil 3] Seterusnya, karya asing yang terbaik dan telah diterjemahkan ke bahasa Melayu perlu disebarluaskan di perpustakaan sekolah. Kita boleh mengharapkan para pelajar untuk membaca dan mengkaji bagi merangsang minat mereka untuk membaca karya sastera.

[Penutup] Kesimpulannya, dunia kesusasteraan Melayu harus menjadi sebuah dunia yang terbuka luas dan menjadi pusat serta saluran terhadap pemikiran bukan sahaja masyarakat Malaysia tetapi juga masyarakat Nusantara dan antarabangsa. Pandangan ini bukanlah suatu utopia sebenarnya jika usaha dan sikap positif itu menjadi tabiat “orang-orang sastera”. Dunia kesusasteraan Melayu harus membina suatu bentuk perasaan sepunya untuk semua masyarakat di Malaysia. Maka keperluan kepada sebuah dasar bagi kesusasteraan, dilihat lebih kepada sikap positif serta objektif dan bukannya ditekan oleh perasaan terancam atau terdesak. Cadangan mewujudkan Dasar Kesusasteraan Kebangsaan atau Nasional adalah satu langkah terkedepan dan harus disegerakan. Kewujudannya diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan bukan sahaja terhadap dunia sastera tetapi juga hubungan antara masyarakat keseluruhannya. Kesusasteraan Melayu harus berani untuk membuka dirinya kepada dunia yang luas dan bersedia untuk menerima unsur-unsur di luar tipikal sastera Melayu. Sesungguhnya, untuk mengembangkan minat masyarakat terhadap kesusasteraan Melayu, peranan kerajaan tidak dapat dipersoalkan lagi. Oleh itu, kerajaan perlu mempunyai perancangan untuk memastikan sastera Melayu gah di mata masyarakat, seperti kata Frank Tibolt, “Seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan”.

Page 12: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

12

SEMUA PENDAHULUAN KARANGAN BOLEH DIHAFAL

PengenalanRamai calon menghadapi masalah untuk membina pendahuluan bagi menjawab karangan umum. Oleh itu, penulis menyediakan empat jenis pendahuluan yang perlu setiap calon hafal (sekurang-kurangnya satu). Sebaik-baiknya calon perlu mengubahsuai serba sedikit contoh yang diberi mengikut kemampuan calon. Selepas mencatat pendahuluan yang penulis berikan, calon perlu mengaitkan dengan tajuk karangan.

(a) Contoh Pendahuluan 1

Wawasan 2020 dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika melancarkan penubuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Wawasan 2020 mengandungi sembilan cabaran yang hendak dipenuhi menjelang tahun 2020, yang meliputi aspek-aspek dalaman dan luaran bagi menentukan arah tujuan dan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju. Cabaran tersebut ialah membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu; melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri; membangunkan masyarakat demokratis yang matang; membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya; mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran; membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif; mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang; menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya; dan mewujudkan masyarakat yang makmur. Pada tahun 2020, adalah dijangkakan Malaysia menjadi sebuah negara maju. Namun, kemajuan tidak membawa erti sekiranya [kaitkan dengan tajuk karangan] ...............................................................

(b) Contoh Pendahuluan 2Kebanyakan program pembangunan ekonomi Malaysia kini di landasan kukuh sejak negara mencapai kemerdekaan 50 tahun lalu dan kini menuju menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Kerajaan juga sentiasa fokus untuk meningkatkan lagi ekonomi dengan menyediakan perancangan ke depan bagi menghadapi cabaran dan persaingan pasaran dunia, seiring dengan pelaksanaan mekanisme Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Dagangan Malaysia berkembang ke tahap satu trilion setahun, manakala permodalan pasaran di Bursa Malaysia juga mencapai satu trilion yang dianggap satu pencapaian tertinggi yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Kejayaan ini merupakan hadiah paling bermakna kerajaan kepada rakyat pada setengah abad kemerdekaan negara. Banyak lagi program yang akan dilaksanakan termasuk menjadikan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor sama seperti pembangunan Shanzen di China. Namun pembangunan negara [kaitkan dengan tajuk karangan] ..............................................

(c) Contoh Pendahuluan 3

Sejak kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis pada 1511 yang kemudian menjajah selama 130 tahun, diikuti Belanda (180 tahun) disusuli Inggeris (117 tahun) dan kemudian pendudukan Jepun (empat tahun) seterusnya sekali lagi Inggeris (12 tahun) sehingga kemerdekaan negara pada 1957 yang mengambil masa 446 tahun, rakyat Tanah Melayu ketika itu hidup terumbang-ambing mengikut percaturan kuasa asing. Apa-apa juga keputusan ditentukan orang lain mengikut kepentingan mereka seperti kata pepatah bahawa hidup dijajah ibarat “melukut di tepi gantang”. Walaupun tanah air ini dimiliki bangsa peribumi, disebabkan kehilangan kuasa, penjajah boleh melakukan apa-apa sahaja. Hitam kata mereka, maka hitamlah jadinya. Kaum peribumi hanya mampu mengikut telunjuk. Bagi mereka yang dijajah, sesuatu yang nyata ialah mereka kehilangan maruah, martabat diri, dan bangsa mereka. Namun sejak akhir-akhir ini [kaitkan dengan tajuk karangan] ...............................................................................

Page 13: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

13

(d) Contoh Pendahuluan 4

Teriakan keramat “Merdeka” sebanyak tujuh kali oleh putera Sultan Kedah, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 menandakan negara kita bebas daripada cengkaman penjajah selama 446 tahun. Sejak beliau memimpin negara, Tanah Melayu, kemudian ditukar kepada Malaysia pada tahun 1963, negara terus menuju pembangunan yang pesat. Negara kemudiannya dipimpin oleh anak watan berjiwa besar iaitu Tun Abdul Razak Hussain, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamed, dan kini Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Keruntuhan Kota Melaka telah didirikan Putrajaya. Malaysia kini telah gah di mata dunia. Kita bangga mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang canggih. Dunia berasa kagum dengan terdirinya Bangunan Berkembar Petronas, antara bangunan tertinggi di dunia. Namun kekaguman tersebut tiada ertinya sekiranya [kaitkan dengan tajuk karangan] .............................

(e) Contoh Pendahuluan 5

Tepat jam 2121 tanggal 10 Oktober 2007, Rabu, 28 Ramadan 1428 Hijrah, terakam dalam sejarah apabila angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 35, berjaya ke angkasa, 46 tahun enam bulan sesudah Yuri Gargarin, berada di ruang angkasa lepas selama satu jam 48 minit dengan sekali pusingan melingkari orbit bumi di atas kapal Vostok-1. Malah, catatan Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan ke-141 amat bermakna kepada negara kerana berlangsung bersempena dengan 50 tahun usia kemerdekaan tanah air. Penglibatan ini memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan angkasa lepas dengan menghantar angkasawan pertama selepas tiga tahun ditawarkan berbuat demikian. Tiada siapa boleh menidakkan betapa kejayaan angkasawan pertama negara menjadi kebanggaan kita sekali gus melonjakkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Walaupun rakyat Malaysia berjaya menerokai angkasa lepas, namun [kaitkan dengan tajuk karangan] ...........................

(f) Contoh Pendahuluan 6

Ayah dan Ibu

Ayah dan ibuItulah permulaan kamiDapatlah melihat bulan dan matahariAhai...

Yang dikurniakan dari IlahiAhai...Ayah dan ibulah mesti dihormati

Ayah dan ibuWali dan juga keramatPada mereka kita beri hormatAhai...Bagilah tunjuk ajar dan nasihatSupaya hidupSupaya hidup kita akan selamat.

Lirik lagu di atas telah didendangkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Menerusi lirik lagu itu, kita didendangkan dengan pengorbanan ayah dan ibu yang tiada batasannya. Kita juga dididik menjadi manusia yang tahu menghormati orang yang banyak berjasa kepada kita. Malahan segala ajaran dan nasihat yang diberikan selama ini menjadi azimat kepada kita dalam menjalani kehidupan penuh makna.

Page 14: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

14

Anak-anak yang memahami lagu ini dan mengikuti segala nasihat yang dititipkan oleh kedua-dua orang tua pasti menjadi orang yang berjaya. Namun..... [kaitkan dengan tajuk]

(g) Contoh Pendahuluan 7

Sirih junjung sirih pinang, Sirih kami susun bertingkat;

Adat dijunjung pusaka dikenang, Bangsa berbudi hidup muafakat.

Sirih junjung sirih pinang, Sirih kuning diberi nama;

Adat dijunjung pusaka dikenang, Hidup berbudi muafakat bersama.

Sirih kuning sirih dara,Sirih tanya berserta cincin;

Hidup beradat aman sejahtera, Budaya lama tetap terjamin.

Sirih kuning diberi nama, Sirih tanya berserta cincin;

Hidup berunding muafakat bersama, Bangsa mulia budaya dijamin.

Berdasarkan rangkap pantun di atas, sudah jelaslah kepada kita bahawa masyarakat kita mengamalkan sikap bermuafakat ketika menjalani kehidupan seharian. Pada waktu yang sama adat terus dijunjung dan amalan berbudi terus dipertahankan. Kita yakin, jika sifat-sifat mulia ini terus diamalkan, sudah tentulah apa-apa juga permasalahan dapat diselesaikan dengan mudah. Namun, pembangunan pesat menyebabkan amalan bermuafakat terus dipinggirkan dan adat pula sering dianggap penghalang kemajuan. Oleh hal demikian, tidak hairanlah sejak akhir-akhir ini kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang melanda negara. [Kaitkan dengan tajuk]

(h) Contoh Pendahuluan 8

Bunga Popi

Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, Hasil manusia gila perang membunuh mesra, Bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita, Kering, bongkok, cacat, tempang dan buta, Perang dalam kenangan penuh kengerian, Sekarang dalam kepahitan, dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih, Hilang pergantungan, hilang pencarian, hidup kebuluran, Ribuan janda, ribuan kecewa, ribuan sengsara, Jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.

Tiga rangkap di atas merupakan petikan daripada sajak “Bunga Popi” karya Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang. Penyair memaparkan gelodak jiwa manusia yang tiada nilai-nilai kemanusiaan

Page 15: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

15

sehinggakan sanggup berbunuhan. Saban hari kita terbaca kekejaman rejim Israel yang mengebom anak-anak Palestin yang tidak berdosa. Serangan demi serangan terus dilakukan dan masyarakat dunia hanya mengutuk tetapi tidak bertindak. Akibatnya nyawa tiada nilai lagi dan pembunuhan terus berlaku. Sehubungan dengan hal itu, kita berasa bangga kerana Malaysia terus aman dan rakyatnya dapat menjalani hidup dengan bahagia. Namun, kebanggaan kita akan mencair apabila memikirkan sikap.....[Kaitkan dengan tajuk]

SEMUA AYAT BAGI PENGHURAIAN ISI BOLEH DIHAFAL

PengenalanBagi karangan yang menggunakan Teknik DiKeMaSeN+A, penghuraian untuk memulakan isi adalah sama. Mungkin juga boleh digunakan bagi karangan yang tidak menggunakan Teknik DiKeMaSeN+A.

(a) Isi Utama Pertama: Diri Prof. Hamka, seorang sasterawan Indonesia ada berkata, “Semiskin-miskin orang, adalah orang yang miskin budi pekertinya”. Kata-kata ini sengaja dipilih untuk menggambarkan budi bahasa seseorang itu amat penting dalam menjalani kehidupan yang penuh berbudaya. Dalam hal ini, peranan diri sendiri amatlah penting untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Oleh itu ..................................

(b) Isi Utama Kedua: KeluargaPepatah Melayu ada menyebut, “Bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Pepatah ini membawa maksud, bagaimana kelakuan ibu atau bapa, begitulah kelakuan anaknya. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting untuk mengubah kelakuan anak masing-masing. Sehubungan dengan hal itu, ..............................................................

(c) Isu Utama Ketiga: MasyarakatHendrtk Ibsen ada berkata, “Masyarakat adalah seperti perahu, semua orang perlu membantu bagi menentukan arah kemudinya”. Kata-kata itu sengaja dipilih untuk menunjukkan masyarakat berperanan dalam mengubah institusi keluarga, seterusnya kehidupan seseorang. Oleh hal demikian .............................................

(d) Isi Utama Keempat: Sekolah

Pepatah Melayu ada menyebut, “Belakang parang kalau diasah nescaya tajam”. Pepatah tersebut membawa maksud, bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya orang itu akan pandai juga. Pepatah ini sesuai dengan peranan sekolah, khususnya guru dalam memastikan anak muridnya menjadi seorang yang berwawasan, mempunyai jati diri, dan berilmu pengetahuan. Sehubungan dengan hal itu, ......................................................................................

(e) Isi Utama Kelima: Negara“Yang perlu dijaga adalah urusan yang kecil-kecil supaya jangan sampai merosakkan bahagian yang besar”. Kata-kata itu diucapkan oleh Jesse untuk menggambarkan sesuatu perkara yang kecil jangan diperbesar untuk mengelakkan masalah yang lebih kronik. Dalam hal ini, jelaslah kepada kita akan pentingnya kerajaan, khususnya pemerintah untuk memastikan masalah rakyat dapat diatasi dengan baik. Oleh itu ....................................................................

(f) Isi Utama Keenam: AntarabangsaMenurut Horace Walpole, “Dunia ini adalah komedi bagi mereka yang berfikir dan tragedi bagi mereka yang merasakannya”. Sebenarnya masalah yang berbangkit dalam sesebuah negara, peranan

Page 16: Menguasai Kertas Bahasa Melayu 1 SPMxa.yimg.com/kq/groups/24779538/2134060277/name/menguasai... · Web viewSekolah Menengah Teknik Shah Alam

16

negara-negara lain amat penting untuk membantu menyelesaikannya. Sehubungan dengan hal itu, .........................................

KESIMPULANBerdasarkan keterangan dan contoh yang diberi, diharapkan guru-guru dapat memanfaatkan formula yang diberikan untuk P&P di kelas. Penulis mempunyai keyakinan bahawa, sekiranya para pelajar diberi penerangan yang mendalam berserta model-model yang sesuai dan latihan yang lebih kerap, insya-Allah para pelajar dapat mengarang dengan baik mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

DATA PERIBADI

KHAIRUDDIN AYIP menjadi pendidik sejak tahun 1985. Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya, Sekolah Menengah Tun Ismail Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar, Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, dan Universiti Putra Malaysia. Beliau banyak menghasilkan buku karya kreatif seperti novel remaja, cerpen, dan sajak. Hasil penglibatannya dalam penulisan kreatif beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti (i) tempat ketiga Sayembara Hadiah Sastera Remaja Esso-Gapena 11 1980 (Guruku Ibuku Jua), (ii) tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), (iii) hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan-Public Bank 1989 (Bukan Untukku), (iv) tempat pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas), (v) tempat kedua Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1991 (Mawar Putih Mawar Merah), dan (vi) tempat kedua Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000 (Semerah Saga). Kini beliau banyak menumpukan penulisan dalam buku teks, buku rujukan, dan buku kerja. Sebanyak 300 judul telah dihasilkan dan 30 daripadanya merupakan buku karangan untuk tahun 1 sehingga tingkatan 5. Bermula tahun 1999, beliau menjadi pendidik di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Selangor. Kini beliau menjadi Guru Cemerlang di sekolah tersebut.