DOKUMENTASI AMALI I

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    1/34

    PENGENALAN

    Kini, hamster telah menjadi salah satu haiwan kesayangan ramai. Tetapi ramai

    diantara pencinta hamster tidak mengenali secara mendalam tentang haiwan kecil yang

    garang ini. Hamster mempunyai kantung di pipinya yang biasanya digunakan untuk

    mengumpul dan membawa makanan dan benda-benda lain sehingga separuh daripada

    berat badannya. Oleh sebab itu, haiwan penggerit kecil ini diberi nama hamster berasal

    dari bahasa Jerman hamstern yang bererti timbunan.

    Hamster merupakan haiwan malam. Haiwan ini akan tidur dari pagi hingga ke

    petang dan aktif di malam hari. Haiwan ini sesuai dipelihara oleh penggemar yang sibuk

    bekerja atau belajar di waktu siang dan mempunyai waktu lapang di malam hari.

    Jika ingin membeli hamster beberapa perkara perlu dipertimbangkan, dari jenis

    hamster yang sesuai dengan keinginan anda sehinggalah pemeliharaan yang sesuai

    dengan masa anda. Terdapat lima jenis hamster yang dapat dijinakkan, iaitu hamster

    Campbell rusia, hamster winter white rusia, hamster cina dan hamster roborovski yang

    mempunyai ciri-ciri dan sifat serta penjagaan yang berbeza-beza.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    2/34

    Jenis-Jenis Hamster

    Sebenarnya terdapat banyak jenis Hamster di dunia dan hampir ada di tiap negara,

    tetapi hanya beberapa jenis saja yang umum dipelihara sebagai hewan peliharaan.

    A. HAMSTER SIRIA (Mesocricetus auratus)

    ditemukan pertama kali pada thn 1930 oleh I.aharoni,

    seorang profesor zoologi universitas habrew,

    yerusalem.hamster ini pertama kali ditemukan dalam

    sebuah lubang sepanjang delapan kaki di daerah padang

    pasir aleppo,siria.oleh sebab itu hamster ini dikenal dgn

    nama hamster siria (syrian hamster).

    - umur 2 2,5 thn,bila dirawat dengan baik.

    - panjang 15 20 cm bila sudah dewasa.

    - macam2 hamster siria : (short hair,long hair,rex,satin).

    Syrians merupakan jenis hamster yang paling besar. Merupakan haiwan yang aktif

    pada waktu malam seperti hamster yang lain dan suka hidup bersendirian. Biasanya

    yang betina akan lebih peka berbanding yang jantan. Dia akan keluar pada siang untuk

    melihat jika ada sesuatu berlaku. Manakala yang jantan, agak malas dan hanya akan

    keluar untuk membuang air dan makan. Jenis ini boleh untuk dilatih supaya aktif lebih

    awal. Jenis jantan akan berbulu panjang dan mempunyai skirt.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    3/34

    B. HAMSTER CAMPBELL (Phodopus sungoris

    campbelli)

    ditemukan pertama kali pada thn 1905 oleh thomas

    campbell.hamster ini berasal dari asia tengah,terutama

    banyak ditemukan di daerah mongol dan timur laut cina.

    - umur 1,5 2 thn,bila dirawat dgn baik.

    - panjang 9 12 cm,bila sudah dewasa.

    - macam2 hamster campbell :

    (albino,panda,black bear,argente,opal,blue dll)

    - masa kehamilan hamster campbell 18 21 hari.

    Campbells adalah lebih kecil daripada Syrians dan tinggal secara koloni. Jenis ini

    membiak dengan cepat dan disyorkan supaya mengasingkan kedua-dua jantina. Hanya

    tempatkan yang sama jantina sahaja di dalam satu sangkar. Biasanya mereka mesra

    sesama mereka namun mereka juga bergaduh terutamanya apabila induk betina

    tercabar dengan yang lain. Apabila mereka bergaduh dan cedera, pisahkan mereka

    dengan segera. Namun jangan terus mengasingkan mereka apabola kelihatan mereka

    bergaduh kerana mungkin mereka hanya bergomol bergurau sahaja. Apabila sudah

    dipisahkan agak susah untuk mereka berbaik semula di kemudian hari. Campbells

    biasanya menggigit manusia namun jika bernasib baik, dapat berjumpa dengan yang

    mesra dengan manusia.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    4/34

    C.HAMSTER ROBOROVSKI

    (Phodopus roborovskii)

    hamster ini berasal dari mongol bagian

    barat dan timur serta sebelah utara

    cina.roborovski hidup di dalam lubang

    sedalam 50 150 cm.

    - umur 3,5 4 thn bila dirawat dgn baik.

    - panjang 4 5 cm bila sudah dewasa.

    - macam2 hamster roborovski :

    (normal,white face).

    Roborovski merupakan hamster yang paling kecil sekali dalam keluarga hamster dan

    berasal dari Mongolia. Mereka biasanya tinggal secara berkelompok tetapi jika terlalu

    padat, boleh mengakibatkan kanibalisme, di mana yang kecil akan dimakan jika mereka

    berasa makanan dan ruang tidak mencukupi. Berhati-hati jika membela beberapa ekor

    hamster jenis ini kerana agak sukar untuk menjaga Roborovski yang banyak. Jenis ini

    biasanya agak lincah dan bergerak pantas. Jenis ini gak tidak sesuai untuk dibela oleh

    kanak-kanak kerana sukar untuk membelanya. Biasanya Roborovski dibela secara

    berkelompok dan dibiarkan dalam sebuah tangki seperti akuarium yang mempunyai

    banyak permainan. Orang boleh melihat kehidupan hamster dan kurang sesuai untuk

    dibawa bermain di luar.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    5/34

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    6/34

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    7/34

    E. Makanan Hamster

    Hamster juga termasuk haiwan pengerat, mereka akan makan makanan yang apa

    mereka temui - apa lagi yang manis-manis tanpa pikir panjang lagi. Mereka tidak berfikir

    apa makanan itu berbahaya atau tidak bagi mereka. Jika anda memberi makanan apa

    saja yang mereka makan, mereka dapat menjadi gemuk, dan sering kali dapat

    membuat mereka sakit. Anda harus memperhatikan naluri mereka yang

    menyembunyikan makanan mereka di sarangnya. Ada beberapa makanan di

    tampungan mereka yang telah menjadi busuk dan dapat menimbulkan masalah.Karena

    itu untuk menjadi pemelihara yang baik anda juga perlu menjadi pakar gizi mereka yangbaik untuk hamster anda.

    Hamster suka biji bunga matahari seperti hewan

    pengerat lainnya. Kadang-kadang biji ini sering

    dinyatakan sebagai sumber nutrisi utama tetapi itu

    tidak benar. Di lingkungan alam liarnya, biji-matahari

    memang sumber nutrisi penting dan dapat dimengerti

    mereka tergila-gila akan biji matahari ini. Tetapi untuk

    hamster, biji matahari adalah makanan terlalu

    berlemak untuk dimakan setiap hari. Jika anda

    memberi makan biji matahari di kandang hamster

    anda, ini akan membuat hamster anda cepat gemuk. Kegemukan juga tidak baik untuk

    hamster. Anda sebaiknya memberi biji matahari sebagai hadiah/traktiran. Jumlah

    maksimum harian adalah antara 3 sampai 5 biji. Cara ini juga dapat membantu anda

    menjinakan atau berteman baik dengan hamster dengan cepat. Dengan memberi

    makan biji matahari dengan tangan, hamster anda akan mengakui anda sebagai

    pemelihara yang baik.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    8/34

    Selain biji-bijian atau kacang, anda dapat memberi makan hamster anda

    dengan sayuran seperti cabbage dan sayuran lainnya. Mereka suka sekali. Sayuran

    tidak membuat mereka gemuk. Sayuran herba yang kuat seperti bawang putih, daun

    bawang atau seledri dapat menjadi racun bagi hamster yang kecil. Walaupun sayuran

    ini baik untuk manusia, daun rasa kuat dapat membahayakan kesehatan hamster.

    Hindarilah seledri, bawang putih, bawang merah. Hamster makan apa saja tanpa

    pamrih, hanya anda yang dapat melindunginya dari keracunan makanan. Anda juga

    harus menyadari bahwa campuran salad pack yang dijual di supermarket. Kadangkala

    campuran salad pak mungkin bisa berisi sayuran itu. Anda sebaiknya memberi makan

    hamster dari sayuran sendiri. Stimulan lainnya seperti coklat juga dapat

    membahayakan kesehatan hamster. Jagalah anak anak anda untuk tidak memberi

    makanan cemilan/snak mereka kepada hamster. Karena hamster anda dapat berakhir

    dengan tragis.

    Gigi hewan pengerat tidak pernah berhenti tumbuh. Oleh sebab itu mereka harus

    menggigit sesuatu yang keras terus menerus.

    Untuk alasan inilah anda harus memberi mereka

    sesuatu untuk mereka gigit. Sayuran terlalu lunak

    untuk ini, anda dapat memberi pelet yang keras

    atau sepotong kayu. Makan formulasi cocok

    untuk tujuan ini, silahkan anda cek di petshop

    disekitar anda. Biasanya makanan hamster

    didesain sekeras mungkin untuk memangkas gigi

    mereka. Sepotong kayu juga berfungsi sama dalam upaya perawatan gigi, tetapi

    makanan hamster juga bekerja sebagai suplemen dan lebih dapat dinikmati olehhamster. Kadang-kadang formulated makanan tidak sesuai dengan selera hamster,

    maka jangan beli terlalu banyak. Beli sedikit dahulu dan lihat apakah hamster menyukai

    itu atau tidak.Hamster juga menyukai buah-buahan.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    9/34

    Kelengkapan Memelihara

    Hamster

    Penjagaan hamster tidak serumit penjagaan anjing

    mahupun kucing. Tetapi, ada bebarapa kelengkapamn

    yang diperlukan untuk keselesaan hamster. Selain itu,

    terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi

    perhatian. Berikut adalah beberapa kelengkapan asas

    bagi seekor hamster.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    10/34

    A. Sangkar

    Terdapat beberaoa jenis sangkar yang boleh diperolehi dari kedai-kedai

    haiwan peliharaan. Ukuran sangkar yang sesuai bagi seekor hamster ialah

    minimum 25 cm x 30 cm dan cukup tinggi untuk menempatkansebuah roda

    mainan yang besar. Semakin besar ukurannya, semakin baik sangkar tersebut.

    Tetapi, seekor hamster sudah cukup selesa dengan sangkar yang kecil selagi

    ianya dilengkapi dengan mainan,minimum sebuah roda mainan dan potongan

    kayu untuk digigit.

    Bahan yang disyorkan untuk sebuah sangkar

    hamster adalah seperti berikut. Alasnya dibuat daripada

    plastik. Bentuk sangkar sebaik-baiknya segi empat kerana

    hamster memiliki kecenderungan membuat sarang,

    menyimpan makanan dan membuang kotoran di sudut

    yang berbeza. Penutup sangkar dibuat dari batang-

    batang besi agar hamster dapat berlatih memanjat.

    Penggunaan sangkar kayu adalah tidak sesuai kerana hamster adalah

    sejenis haiwanyang menggerit dan mempunyai gigi yang tajam. Oleh itu, sangkar

    kayu akan mudah rosak digerit atau digigit oleh hamster dan tidak selamat lagi

    untuk didiami.

    Akuarium juga boleh digunakan sebagai sangkar

    alternative. Sangkar seperti ini diperlukan untuk

    hamster yang bunting sehingga proses melahirkan

    anak. Jika menggunakan sangkar dengan jeriji besi,

    anak hamster yang baru lahir akan terkeluar jatuh dari

    sangkarnya. Tetapi, jika menggunakan akuariumsebagai sangkar, hanya botol minuman sahaja yang perlu disediakan di

    bahagian tepinya. Selain itu, bahagian atas sangkar perlu ditutup kerana hamster

    merupakan haiwan yang cukup licik dan mudah hilang dari sangkarnya.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    11/34

    B. Bekas Makanan dan Minuman

    Bekas makanan yang digunakan biasanya diperbuat daripada plastik.

    Untuk tempat minumnya pula, gunakan botol yang dapat mengeluarkan air jika

    hamster menjilat hujungnya. Bekas minuman yang berbentuk mangkuk atau

    terdedah tidak sesuai digunakan kerana mudah tumpah. Hamster termasuk

    dalam haiwan yang sukakan air dan bekas seperti ini boleh membahayakan

    hamster itu sendiri.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    12/34

    C. Serabut Kayu

    Kebiasaannya serabut kayu digunakan untuk mengalas sangkar hamster. Selain

    sebagai alas tidur, serabut kayu juga berfungsi sebagai penyerap urin dan bahan

    untukmembuat sarang. Serabut kayu boleh dibeli di kedai-kedai haiwan dengan harga

    yang murah.

    Penggantian serabut kayu perlu dilakukan secara rutin. Untuk sangkar yang

    berukuran kecil dan sederhana, serabut kayu perlu diganti 3-4 hari sekali. Penggantian

    serabut kayu untuk sangkar yang besar boleh dilakukan semigggu sekali keran pada

    dasarnya hamster adalah haiwan yang pembersih. Tetapi serabut kayu yang terletak di

    sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaik-baiknya diganti sekerap

    yang mungkin.

    Penggunaan kertas surat khabar sebagai alas hamster tidak digalakkan. Racun

    yang terdapat dalam dakwat yang digunakan dalam surat khabar boleh menyebabkan

    alahan kepada hamster. Ia juga akan menyebabkan bulu hamster kelihatan kotor.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    13/34

    D. Permainan

    Permainan yang biasa digemari oleh hamster ialah rodayang boleh berputar.

    Permainan ini amat murah dan mudah diperolehi tetapi saiznya perlu diberi perhatian.

    Jangan menggunakan roda berputar yang berdiameter kecil kerana ia akan

    menyebabkan luka yang serius pada belakang hamster.

    Permainan lain yang boleh digunakan ialah lorong-lorong yang diperbuat

    daripada plastik. Permainan ini memerlukan sangkar khusus atau sangkar yang lebih

    luas. Di samping itu, membersihkan permainan jenis ini memerlukan masa yang lebihlama.

    Sebagai haiwan penggerit, seekor hamster akan gembira jika mendapat

    permainan yang boleh digigit. Sediakan beberapa batang kayu yang dapat digigit

    sehingga habis. Batang kayu atau kadbod ini boleh dibeli atau dibuat sendiri.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    14/34

    PENGENALAN

    Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan

    hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium

    akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di

    dalamakuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan

    hiasi dengan eksessori lain.

    Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar

    yang ditangkap dari habitat semula jadi.Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di

    dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang

    ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana

    ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk

    dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti

    warna dan bentuk yang unik dan cantik.

    Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara

    adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti

    akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya

    mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat

    dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara

    dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    15/34

    Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :

    Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

    Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.

    Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

    Antara penyakit penting ikan hiasan ialah :

    a. Penyakit rintik putih

    Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air

    terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh

    dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke

    dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai

    akuarium.

    b. Penyakit kulat

    Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.

    Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka.

    Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia

    boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau

    menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu

    diasingkan dari ikan sihat.

    c. Penyakit bakteria

    Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya

    mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan

    disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan

    mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli

    dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    16/34

    Jenis-jenis Akuarium :

    1. Akuarium kaca

    2. Akuarium plastik

    3. Akuarium kaca bulat

    4. Akuarium kaca berbadan kayu

    5. Akuarium kaca berbingkai aluminium

    6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang

    Maklumat Tambahan : Bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm

    Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu

    seperti:

    jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)

    jenis ikan hiasan

    bilangan ikan hiasan

    saiz ikan hiasan

    saiz akuarium

    Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan

    untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk

    ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang

    lebih besar.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    17/34

    Jenis-jenis Aquarium dan Perlengkapannya

    Aquarium kaca adalah pilihan

    paling umum karena mudah

    ditemukan di toko-toko. Aquarium

    kaca lebih mahal dari jenis media

    pemeliharaan lainnya tetapi

    memiliki beragam aksesoris yang

    bisa ditambahkan sebagai

    dekorasi atau untuk keperluan

    tertentu. Anda tidak diperkenankan menempatkan sesuatu dalam aquarium yang

    mungkin dapat membuat kerusakan, misalnya batu karang yang terlampau berat dan

    besar atau berbagai macam benda tajam. Kaca haruslah cukup tebal, setiap lubang

    yang mungkin muncul harus segera diperbaiki untuk mencegah kebocoran.

    Aquarium untuk kura-kura Brazil ada 6 jenis yakni aquarium standar dan lima aquarium

    khusus seperti aquarium pembesaran, aquarium panjang, aquarium yang lebar,

    aquarium tinggi, dan aquarium khusus kura-kura. Aquarium standar berkapasitas 40

    galon air dan biasanya memiliki lebar lebih dari 45 cm. Aquarium yang lebar bisanya

    memiliki lebar lebih besar namun tidak panjang. Aquarium panjang biasanya cenderung

    sempit namun berukuran panjang. Aquarium untuk pembesaran bayi kura-kura

    biasanya lebih luas namun tingginya kurang. Sulit untuk menemukan aquarium

    pembesaran, aquarium panjang, dan aquarium yang lebar dengan kapasitas di atas 40

    galon.

    Quote:Ada aquarium tertentu yang harus Anda hindari. Anda mungkin pernahmenemukan aquarium khusus kura-kura di supermarket atau toko hewan peliharaan

    namun itu adalah pilihan yang buruk. Aquarium tersebut kurang dirancang secara

    saksama dan dipasarkan untuk perawatan yang lebih mudah. Salah satu sisi aquarium

    disekat sebagian untuk memungkinkan akses air ke filter, hal ini mengurangi kekuatan

    struktural dan membatasi ketinggian air.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    18/34

    Spesifikasi aquarium akrilik sangat mirip dengan aquarium kaca dan menggunakan

    aksesori yang sama. Akrilik lebih ringan dan fleksibel tetapi lebih mudah pecah dan

    tergores dibandingkan kaca.

    Kontainer plastik sangat ekonomis dan merupakan

    salah satu jenis aquarium yang populer. Ada berbagai

    macam bentuk dan ukuran yang tersedia di pasaran

    dengan harga lebih murah dari akuarium biasa.

    Wadah ini sangat ringan dan tahan lama namun tidak

    dirancang untuk menahan air sehingga tidak boleh terisi penuh dengan air. Sebuah

    filter sederhana dapat disertakan meskipun mungkin dalam posisi menggantung di sisi

    wadah. Keunggulan media pemeliharaan ini adalah tembus pandang dan kaya warna.

    Hindari penggunaan wadah berwarna cerah dan carilah yang berwarna gelap karena

    kura-kura Brazil juga memiliki privasi yang cukup tinggi.

    Emberadalah media pemeliharaan yang fleksibel. Ember

    dapat dijadikan media pemeliharaan indoor maupun

    outdoor. Ember sangat mudah didapat dan harganya pun

    relatif murah. Dirancang dengan fungsi utama menahan

    air, ember menawarkan pilihan yang sama dengan aquarium serta masih bisa

    menggunakan filter yang paling standar dan pemanas. Beberapa model dilengkapi

    dengan saluran pembuangan untuk mempermudah pembersihan.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    19/34

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    20/34

    Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkah-

    langkah berikut perlu diikuti :

    bersihkan bekas terlebih dahulu

    pasangkan penapis

    masukkan pasir

    masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas

    masukkan aksesori yang dikehendaki

    masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada )

    masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya

    pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    21/34

    masukkan ikan hiasan .

    Aksesori Tambahan Dalam Akuarium :

    1. Pam udara untuk menggerakkan udara yang terdapat dalam akuarium.

    2. Penapis untuk menapis udara dan air daripada kotoran di dalam akuarium.

    3. Lampu suasana di dalam akuarium akan kelihatan lebih terang jelas dan ceria.

    Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas / akuarium.

    Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

    Sistem pengudaraan

    Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk

    menambah kandungan oksigen dalam air.

    Sistem penapis air

    Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan

    menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati.

    Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air

    lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya

    bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh

    membawa penyakit kepada ikan.

    Perawatan air

    Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat

    terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang

    selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam

    biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

    Aksesori

    Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang

    berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang

    penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    22/34

    ikan hiasan.

    Batu-batan dasar

    Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang

    di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur

    dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

    Hiasan dalam akuarium

    Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak.

    Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan

    berenang dan tidak menggangu habitatnya.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    23/34

    Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai

    bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy

    atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang

    mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

    Pemakanan ikan Hiasan

    Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis

    permakanannya. Antaranya :

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    24/34

    a. Ikan karnivor

    Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali

    sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,

    mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti

    cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar

    dan ikan Arowana.

    b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)

    Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan

    plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan

    semasa peringkat anak.

    c. Ikan herbivor

    Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan

    ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh

    ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

    d. Ikan omnivor

    Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton,

    tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini

    kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor

    ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    25/34

    Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium.

    Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau

    makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain

    bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.

    Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan

    juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang

    dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran

    tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan

    memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah

    lapar.

    Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan:

    Makanan hidup

    Makanan kering

    Makanan basah

    Makanan rumusan.

    a. Makanan hidup

    Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air,

    cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya. b. Makanan kering

    Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

    c. Makanan basah

    Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

    d. Makanan rumusan

    Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh

    kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau

    pembekal makanan haiwan.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    26/34

    Contoh Penyakit Ikan Hiasan

    Terdapat pelbagai jenis penyakit ikan hiasan. Walau bagaimanapun dalam artikel ini

    saya hanya akan menyentuh beberapa contoh penyakit ikan hiasan yang biasa sahaja.

    Antara penyakit ikan hiasan yang biasa adalah seperti berikut:

    1. Penyakit Rintik Putih

    Penyakit ini dipanggil rintik putih kerana ia berwarna

    keputih-putihan. Penyakit ini adalah disebabkan oleh

    parasit yang melekat pada sisik ikan hiasan akibat suhu

    air yang terlalu sejuk. Penyakit jenis ini boleh dirawat

    dengan menggunakan larutan methylene blue dan

    campuran sedikit garam biasa.

    Contoh Penyakit Rintik Putih

    2. Penyakit Kulat

    Kulat yang kelihatan seperti kapas biasanya

    tumbuh di bahagian sirip, mulut dan pada

    bahagian badan yang mengandungi luka.Ia boleh

    dirawat dengan menggunakan larutan methylene

    blue yang dimasukkan ke dalam air atau

    menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat

    itu. Ikan hiasan yang dijangkiti kulat perlu

    diasingkan dari ikan sihat.

    Contoh penyakit kulat

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    27/34

    3. Jangkitan Bakteria

    Pemilik ikan hiasan boleh mengetahui penyakit

    ini dengan melihat warna ikan hiasan. Jika

    warna ikan hiasan menjadi pudar, sisik

    mengembang atau perut buncit maka ikan

    hiasan tersebut terkena jangkitan bakteria.

    Jangkitan bakteria boleh berlaku disebabkan

    oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan tidak

    sesuai atau ikan hiasan mengalami tekanan. Ia

    boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik

    yang boleh didapati di kedai ikan hiasan.

    Contoh Jangkitan Bakteria

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    28/34

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    29/34

    3. Luka atau Kecederaan Ikan Yang Tidak Dirawat

    Contoh ikan yang luka

    Ikan yang luka atau mengalami kecedaraan akibat

    proses pemindahan dari akuarium lain juga boleh

    mengundang penyakit kepada ikan hiasan. Sebaik-

    baiknya ketika memindahkan ikan terutama ikan

    yang agak agresif atau besar pemiliknya perlu

    memasukkan cecair pelali yang boleh didapati di

    kedai ikan hiasan. Anda juga perlu mendapatkan cara untuk menggunakan ubat pelali

    ini daripada pemilik kedai ikan hiasan untuk mengelakkan kesilapan yang boleh

    membunuh ikan hiasan anda.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    30/34

    Penjagaan Ikan Hiasan dan Akuarium

    Penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah merupakan satu perkara yang

    mesti dilakukan oleh pemilik ikan hiasan. Ini adalah kerana penjagaan ikan hiasan dan

    akuarium adalah berkait rapat. Jika akuarium sentiasa bersih dan airnya sesuai untuk

    ikan, ikan pula diberi makan secukupnya maka ikan hiasan anda akan hidup sihat.

    Untuk itu di bawah ini diberikan sedikti tips untuk penjagaan ikan dan akuarium anda.

    Penjagaan ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

    Penjagaan Harian

    1. Beri ikan hiasan makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah dianggap

    mencukupi jika dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 1 hingga 2 minit. Jangan

    memberi ikan makanan yang berlebihan. Ini akan memudaratkan ikan hiasan anda.

    2. Asingkan dan berikan rawatan kepada ikan yang mempunyai tanda-tanda sakit atau

    tidak normal. Umpamanya lemah, tidak mau makan, sisik tertanggal, perut kebung,

    berubah warna dan sebagainya.

    3. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan anda membuang dengan segera ikan yang

    mati. Jika tidak ia akan membahayakan ikan hiasan yang lain.

    4. Pastikan semua peralatan seperti sistem pengudaraan, penapis air, pam udara dan

    lampu (jika ada) berfungsi dengan baik. Pastikan juga tiada kebocoran elektrik.

    Kebocoran elektrik akibat peralatan elektrik di dalam akuarium boleh membunuh ikan

    hiasan dan juga membahayakan diri anda.

    5. Sentiasa pastikan kualiti kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon

    dioksida berada dalam keadaan yang sesuai untuk ikan hiasan hidup. Buat ujian/ukuran

    dengan menggunakan peralatan yang ada dijual di pasaran.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    31/34

    Penjagaan Mingguan

    1. Menggantikan air dalam akuarium . Air sebanyak atau bahagian daripada

    isipadu tangki perlu diganti setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Jangan

    sekali-kali ganti keseluruhan air dalam akuarium. Keadaan ini akan menyebabkan ikan

    hiasan tertekan kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang baru.

    Tekanan akibat penggantian air secara total boleh menyebabkan ikan hiasan anda

    mati. Pastikan juga anda memasukkan air yang baru sehingga ke paras yang

    sesuai/asal.

    2. Jika anda meletakkan tumbuhan akuatik dalam akuarium, pastikan tumbuhan

    tersebut terurus. Buang atau cantas dahan tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi

    atau banyak hingga menyebabkan akuarium nampak sesak.

    3. Bersihkan bahagian hadapan dalam dan luar tangki dengan menggunakan tuala kecil

    yang bersih. Pastikan anda membilas tuala tersebut dengan air bersih untuk

    menghilangkan sisa bahan pencuci.

    4. Cuci peralatan penapis air dan kapas penapis air hingga bersih. Sekiranya kapas

    sudah terlalu kotor gantikan dengan kapas yang baru. Pastikan anda tidak membuka

    mesin penapis air untuk mengelakkan kerosakan. Adalah memadai dengan hanya

    mencuci bahagian luarannya sahaja

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    32/34

    Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara

    Kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk memelihara ikan hiasan, ini adalah

    sedikit tips untuk memilih ikan yang ingin anda pelihara.

    Saiz Ikan dan Bekas/Akuarium

    Ikan yang hendak dipelihara perlulah sesuai dengan bekas/akuarium yang ada/akan

    digunakan. Maksudnya di sini ialah saiz ikan itu.

    Habitat ikan

    Ikan yang hendak dipelihara hendaklah dibeli dari kedai dan bukannya diperolehi dari

    habitat semulajadi seperti sungai, kolam atau sebagainya. Ikan yang dibeli dari kedai

    ikan hiasan biasanya lebih jinak daripada ikan yang diperolehi dari habitat semulajadi

    dan sudah terbiasa dengan air bukan semulajadi. Ikan dari sungai atau kolam pula

    biasanya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan air dan suasana yang baru

    dan jika anda tidak pandai membiasakan ikan tersebut dengan suasana yang baru,

    kemungkinan besar ia akan mati.

    Sifat Ikan

    Sama ada jinak atau liar dan pemangsa atau bukan pemangsa. Perkara ini penting

    kerana jika anda tidak tahu akan perkara ini adalah agak sukar untuk anda memelihara

    ikan tersebut. Walaupun ikan yang dibeli di kedai mempunyai diet moden (makan

    pelet/dedak ikan) tetapi jika sekali-sekala diberi makan makanan segar seperti

    cengkerik, lama kelamaan ia tidak akan mahu makan makan moden lagi dan ini

    mungkin akan menyusahkan anda.

    Menarik dan Mudah Dipelihara

    Ikan yang dipelihara haruslah sesuai dengan tujuan anda untuk memeliharanya.

    Tidak semestinya ikan itu cantik asalkan menarik mudah dipelihara dan boleh

    menenangkan fikiran anda dikira sudah memadai.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    33/34

    Tahap KetahananTerhadap Perubahan Kualiti Air dalam Akuarium

    Ikan jenis ini mudah dipelihara dan tidak banyak karenah akibat perubahan mutu air

    (tahap kebersihan air). Ada sesetengah ikan tidak tahan dengan air yang kurang bersih

    yang boleh menyebabkan ikan tersebut sakit atau mati.

    Tahap Ketahanan Terhadap Penyakit

    Perkara ini juga amat penting. Perlu diketahui bahawa ikan yang dipelihara di dalam

    akuarium bukan sahaja makan tetapi juga mengeluarkan najis di dalam akuarium anda.

    Kadang-kadang najis ikan ini boleh mendatangkan penyakit kepada ikan. walau

    bagaimanapun ada ikan yang tidak terkesan akibat daripada pembuangan najisnya.

    Oleh itu anda perlulah tahu jenis ikan apa yang paling sesuai untuk anda.

  • 8/6/2019 DOKUMENTASI AMALI I

    34/34

    Bagaimana Mengenalpasti Mutu Air Dalam Akuarium Ikan Hiasan

    Untuk memastikan ikan hiasan sentiasa sihat pemelihara ikan hiasan perlulah

    memastikan mutu air dalam akuarium sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai

    untuk ikan hidup. Terdapat 3 cara mudah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti

    sama ada mutu air dalam akuarium ikan hiasan sesuai untuk ikan anda.

    1. Mengukur pH Air Akuarium

    PH (pH) air ialah merujuk kepada kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 14.

    Nilai 1 bermakna paling masam atau berasid (asidik). Nilai 14 pula bermaksud

    paling alkali. pH air yang paling sesuai untuk akuarium ikan hiasan ialah di

    antara 6.5 hingga 7.5. Pada kebiasaannya kertas litmus digunakan untuk

    menentukan nilai pH. Untuk memastikan akuarium ikan hiasan tidak terlalu

    masam atau berasid (asiditik), nilai pH air perlu dipastikan atau diukur dari

    semasa ke semasa.

    2. Menyukat Suhu Air Akuarium

    Pada kebiasaannya ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26C

    hingga 27C. Begitu juga dengan ikan hiasan di dalam akuarium. Suhu yang

    terlalu tinggi ataupun rendah boleh menyebabkan ikan mati. Jadi untuk

    mengelakkan perkara ini berlaku, ikan hiasan seboleh-bolehnya diletakkan pada

    suhu bilik. Maksudnya di sini ialah jangan dedahkan akuarium ikan hiasan pada

    cahaya matahari secara terus (direct sunlight).

    3. Memantau Bahan Beracun Dalam Akuarium

    Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air akuarium ikan hiasan.Bahan ini

    terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium

    adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan

    ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada

    tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Walau bagaimanapun air akuarium yang nampak

    kotor atau berkeladak dengan najis (perkumuhan) ikan perlulah dirawat atau

    dibersihkan untuk mengelakkan bahan perkumuhan tadi daripada menjadi racun

    kepada ikan hiasan.