Upload
aisyah-mazlan
View
28
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
QPP 3013 – PSIKOLOGI SUKAN DAN AKTIVITI FIZIKAL
NAMA : FAZIELLAH AISYAH BINTI MAZLAN
NO. MATRIK : D20141066473
PROGRAM : ISMP SAINS SUKAN
TUGASAN : KRITIK JURNAL (INDIVIDU)
KUMPULAN : A
PENSYARAH : PN. ARNE SUZILA BINTI NASAM
1.0 PENGENALAN
Salam sejahtera, kajian demi kajian yang dilakukan oleh para pengkajian sedikit sebanyak
telah mempengaruhi cara pemikiran dan pemahaman yang baru kepada seseorang manusia itu di
dalam pelbagai bidang yang dikaji. Hasil kajian yang telah dibukukan di dalam bentuk jurnal
dapat membantu mahasiswa-mahasiswi dalam mendalamai bidang yang mereka pelajari secara
terperinci.Jurnal yang menjadi pilihan saya ialah “Faktor Di Antara Motivasi Instrinsik Dan
Enstrinsik Ke atas Penglibatan terhadap Aktiviti Pendidikan Luar- Satu Kajian Kes” hasil karya
Mohad Anizu Mohd Noor & Siti Salwa Mohamad. Apa itu motivasi instrinsik dan estrinsik?
Faktor dalaman atau motivasi instrinsik adalah motivasi yang lahir dalam diri seseorang dan
merupakan penggerak utama bagi melakukan perkara-perkara kepentingan sendiri atau ganjaran
bagi diri sendiri (Harter, 1982). Faktor luaran atau motivasi ekstrinsik pula ialah motivasi yang
dating dari luar yang berbentuk seperti pemberian ganjaran, hadiah, hukuman, ugutan, arahan,
penghargaan dan pengiktirafan (Singer, 1984). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
meninjau dan mengenalpasti hubungan motivasi instrinsik dan enstrinsik ke atas penglibatan
para pelajar tahun 1 Program Sains Sukan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap
aktiviti pendidikan luar. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, seramai 24 orang mahasiswa
tahun 1 Program Sains Sukan UTM yang juga merupakan bakal guru dan jurulatih telah terpilih
untuk dijadikan sebagai responden dalam kajian yang dilakukan. Seterusnya, pengkaji telah
menggunakan kaedah atau teknik memerhati dan memberi borang soal selidik kepada responden.
Jenis borang soal selidik yang digunakan oleh pengkaji terhadap para responden ialah jenis
Likert. Dalam kajian ini juga, pengkaji telah menyatakan kepentingan kajian ini iaitu membantu
semua pihak terutamanya semua pihak terutamanya para pelajar, pihak pengurusan Fakulti
Pendidikan dan pihak Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan guru dan warga pendidik
yang berkualiti dan bermotivasi tinggi dalam mengendalikan aktiviti pendidikan luar. Bagi
dapatan kajian, pengakaji telah menggunakan menggunakan perisian SPSS For Windows version
16.0 (Statistical Package For Science Social). Secara kesimpulan kecilnya, faktor motivasi
instrinsik lebih berpengaruh daripada fakor motivasi enstrinsik kerana pendidikan sebenarnya
diperoleh daripada pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang pendidikan luar
dapat memupuk atau membina satu jati diri yang tidak mengharapkan habuan dalam memberi
kidmat mereka. Jika generasi muda sedar akan pentingnya akan kajian ini, sudah semestinya
generasi mendatang akan lebih cergas dan mempunyai daya kendiri yang baik.
2.0 PERBINCANGAN
Di dalam kajian yang dilakukan mengenai motivasi ekstrinsik, terdapat lima faktor yang
dibangkitkan antaranya seperti faktor popular, mobiliti sosial, dorongan, ganjaran dan pujian.
Berdasarkan hasil kajian telah mendapati bahawa, responden mempunyai pandangan tentang
hubungan motivasi ekstrinsik memberi pengaruh yang sederhana kepada mereka terhadap
aktiviti pendidikan luar. Tahap hubungan motivasi ekstrinsik kurang mempengaruhi responden
terhadap aktiviti pendidikan luar berbanding dengan motivasi intrinsik. Menurut Weinberg dan
Gould (1999), motivasi intrinsik merupakan faktor dalaman yang menghairahkan, mengarah dan
mengintergrasikan pelakuan seseorang untuk mencapai sesuatu tujuan. Kesedaran dan
keprihatinan tentang motivasi intrinsik murid terhadap aktiviti kelas Pendidikan Jasmani amat
penting untuk menggalakkan murid terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani (Solmon, 2006). Kenyataan Harter (1982), “Faktor dalaman
atau motivasi instrinsik adalah motivasi yang lahir dalam diri seseorang dan merupakan
penggerak utama bagi melakukan perkara-perkara kepentingan sendiri atau ganjaran bagi diri
sendiri” menyokong lagi kajian yang dilakukan.
Seterusnya, sekiranya faktor - faktor motivasi ekstrinsik menguasai diri dan dijadikan sebagai
pegangan dalam diri seseorang, ia akan menjadi barah yang mampu merosakkan sebuah
organisasi secara keseluruhannya. Teori ini telah dipersetujui oleh Lepper bersama rakan-
rakannya di dalam kajiannya yang bertajuk ”Turning Play Into work ’pada pertengahan tahun
1975. Menurut mereka, motivasi ekstrinsik boleh menjejaskan motivasi intrinsik. Ganjaran-
ganjaran yang diperolehi oleh seseorang individu itu tidak boleh dijadikan sebagai perkara pokok
di dalam penyertaan aktiviti pendidikan luar. Setiap ganjaran mahupun faktor luaran yang
diperolehi hendaklah dianggap sebagai bonus tambahan yang mempercepatkan lagi peningkatan
kemahiran atau prestasi individu. Hal ini amat dibimbangi kerana, jika hal ini dijadikan matlamat
utama, ianya akan merosakkan prestasi atau kemahiran individu itu sendiri dalam penglibatannya
terhadap aktiviti pendidikan luar. Perkara ini bertepatan dengan hasil kajian apabila mendapati
responden memberi tindak balas yang kurang menggalakkan bagi pengaruh hubungan faktor
luaran terhadap aktiviti pendidikan luar. Item 5 dan item 8 menunjukkan nilai min yang tinggi
bagi faktor motivasi ekstrinsik. Responden bersetuju dengan kenyataan ” Saya meminati
kegiatan luar kerana ada peluang menerokai aktiviti luar” dan ” Saya menyertai kegiatan
aktiviti untuk memenuhi masa lapang secara berfaedah”. Pendekatan,pengolahan dan pengisian
aktiviti secara teori dan praktikal akan membantu pelajar menerokapengetahuan dan pengalaman
baru. Alam semulajadi dan persekitaran merupakan makmal hidupyang di dalamnya terdapat
pelbagai maklumat yang boleh memperkayakan lagi aspek kognitif, psikomotor dan efektif
terutamanya apabila maklumat ini boleh digabungkan dengan pengetahuan dan amalan. Daripada
dapatan yang diperoleh, responden menunjukan bahawa aktiviti pendidikan luar sangat berguna
dan boleh diamalkan di dalam kehidupan seharian mereka. Menyedari akan kelebihan dengan
menyertai aktiviti pendidikan luar, mereka akan memperolehi pelbagai ilmu dan pengalaman
baru yang lebih meluas serta mampu menggarap ilmu tersebut apabila mereka berada di sekolah
mahupun ketika menjalani kehidupan seharian.
Di samping itu, program pembentukan motivasi secara lansung seperti pembentukan imej
kendiri positif, ketahanan emosi dan pemikiran kreatif akan dapat mengatasi sikap individu yang
kurang yakin terhadap dirinya sendiri. Apabila pelajar dapat menggabungjalinkan keupayaan
mental, pengetahuan dan kemahiran dengan baik maka prestasinya akan terus meningkat. Item-
item lain yang kebanyakkannya menunjukkan responden kurang terpengaruh dengan faktor
luaran seperti untuk mendapatkan pujian, dorongan mahupun ganjaran ketika mereka menyertai
aktiviti pendidikan luar. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan nilai min yang sederhana di
mana responden lebih teransang untuk menyertai aktiviti pendidikan luar dengan minat yang
lahir dari mereka sendiri tanpa perlu sebarang paksaan, untuk mendapat pujian mahupun
memperolehi ganjaran yang lumayan. Dapatan kajian ini disokong oleh Harackiewicz dan Elliot
(1993). Mereka berpendapat bahawa sebarang tujuan adalah bergantung kepada pencapaian
orientasi di mana individu yang mempunyai motivasi yang tinggi menghasilkan kesan
penguasaan jangka panjang berbanding individu yang kurang bermotivasi. Dapatan ini juga
berlainan dengan kajian yang dilakukan oleh Yusof Ismail (1989), yang menyatakan pelajar yang
melibatkan diri dalam sukan dan mendapat dorongan yang lebih daripada jurulatih menjadi lebih
peka pada persekitaran serta menunjukkan perbezaan dalam mutu pencapaian. Dapatan ini tidak
disokong oleh Muhammad Rafee (1990), di mana faktor luaran seperti rakan sebaya, aktiviti
yang diadakan mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti pendidikan luar.
Di samping itu, Kajian yang ini tertumpu kepada ‘Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik dan
Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Pelajar-Pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Sains Sukan)(SPS) Dalam Menjalankan Aktiviti Kegiatan Luar Di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Skudai,Johor’ - satu kajian kes. Mereka terdiri daripada pelajar
Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) (SPS), Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai,Johor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji
perhubungan di antara motivasi intrinsik dengan ekstrinsik dalam mempengaruhi pelajar-pelajar
berkenaan melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan luar. Motivasi mana yang lebih
mempengaruhi mereka dalam penglibatan aktiviti kegiatan luar. Faktor dalaman atau motivasi
instrinsik adalah motivasi yang lahir dalam diri seseorang dan merupakan penggerak utama bagi
melakukan perkara-perkara kepentingan sendiri atau ganjaran bagi diri sendiri (Harter, 1982).
Melalui kesedaran ini seseorang pelajar Tahun 1 SPS akan menjuruskan diri mereka ke arah
mana yang hendak di tuju. Faktor luaran atau motivasi ekstrinsik pula ialah motivasi yang datang
dari luar yang berbentuk seperti pemberian ganjaran, hadiah, hukuman, ugutan, arahan,
penghargaan dan pengiktirafan (Singer, 1984). Faktor ini juga boleh mempengaruhi penglibatan
para pelajar Tahun 1 SPS kepada kegiatan pendidikan luar. Selain itu persoalan lain yang boleh
dikaitkan ialah faktor yang mempengaruhi prestasi memperlengkapkan diri memperolehi
kepuasan kerja dalam profesyen kejurulatihan aktiviti pendidikan luar apabila mereka semua
menjadi guru kelak. Adakah mereka menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh?
Perkara ini ditimbulkan kerana tersiar di media cetak tentang beban kerja yang berat tetapi
insentif yang diperolehi tidak padan dengan apa yang telah dilakukan. Di samping itu, aktiviti
pendidikan luar ini juga sentiasa berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk terlibat dalam
kemalangan semasa melakukan aktiviti pendidikan luar yang berisiko tinggi seperti absailing,
selam scuba, snorkeling dan sebagainya. Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada 24
orang pelajar yang merupakan pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan) (SPS), Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.
Kedua-dua jantina melibatkan diri di dalam kajian ini dan semua respoden telah mengisi borang
soal selidik yang diedarkan oleh penyelidik. Semua responden juga telah melibatkan diri dalam
kajian ini bagi telah di ambil maklumatnya dan tiada ralat persampelan yang berlaku.
3.0 KRITIKAN JURNAL
3.1 KEKUATAN
Jurnal ini terdapat beberapa kelebihan dan di antaranya ialah pengkaji melakukan
perbandingan antara dua faktor yang berbeza tetapi berada di bawah satu tajuk yang sama
iaitu motivasi. Secara ringkasnya, motivasi ialah dorongan tingkah laku organisma yang
berterusan untuk menjalankan aktiviti yang dirangsangkan oleh sesuatu insentif. Tingkah
laku seperti ini wujud kerana tegangan fisiologi ( keperluan minuman) atau psikologi,
( penghargaan) adalah menuju ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Terdapat dua jenis
motivasi iaitu motivasi instrinsik dan motivasi enstrinsik. Ini menunjukkan bahawa pengkaji
ingin mengkaji antara faktor instrinsik atau enstrinsik yang manakah lebih mempengaruhi
pelajar dalam melakukan aktiviti pendidikan luar. Seterusnya pada bahagian abstrak,
pengkaji juga menerangkan apa yang dimaksudkan dengan motivasi instrinsik dan motivasi
enstrinsik. Pada bahagian abstrak juga telah menerangkan kesemua tentang kajian yang
dijalankan.
Kekuatan yang lain lagi ialah dimana pengkaji telah menerangkan setiap perkataan yang
digunakan dalam tajuk jurnal. Definisi setiap perkataan ini penting kerana untuk
memudahkan pembaca memahami apa yang dimaksudkan dengan tajuk jurnal itu. Bukan itu
sahaja, pengkaji juga telah menyatakan permasalahan di dalam jurnal ini berbanding dengan
jurnal Motivasi Instrinsik Murid Tingkatan Empat Terhadap Aktiviti Dalam Pendidikan
Jasmani, (Wee Akina Sia Seng Lee, Dr. Shabeshan Rengasamy, Dr. Lim Boon Hooi dan
etal), yana mana pernyataan masalah tidak dinyatakan dalam kajian beliau. Melalui
permasalahan tersebut kita dapat mengetahui mengapa kajian ini dijalankan dan
kepentingannya. Permasalahan yang dinyatakan oleh pengakaji merupakan satu isu yang
sangat berkaitan dengan tajuk kajian ini yang dimana mengapa kurangnya minat pelajar
menceburkan diri kedalam akativiti pendidikan luar. Permasalahan yang dinyatakan juga
mudah untuk difahami oleh sesiapa yang membacanya.
Kekuatan yang seterusnya ialah kepentingan kajian. Dalam kajian ini pengakaji telah
menyatakan dengan jelasnya kepentingan kajian ini kepada tiga pihak. Pihak yang pertama
ialah pelajar, yang kedua ialah pihak pengurusan fakulti pendidikan dan pihak yang terakhir
ialah Kementerian Pendidikan di Negara kita. Jelaslah disini menunjukkan betapa
tersusunnya kajian ini kerana pengkaji telah mengspesifikasikan setiap kepentingan kepada
pihak yang terlibat.
Seterusnya, melalui perbincangan kajian pengkaji menyatakan bahawa motivasi intrinsik lebih
mempengaruhi pelajar untuk melakukan aktiviti pendidikan luar berbanding faktor motivasi
enstrinsik. Dapatan ini disokong oleh Yahya B. Buntat & Norervina Bte Jailani, dalam
Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan Di UTM,
menurut Haliwell (1980 dalam Saedah Siraj, et al., 1996), berpendapat bahawa terdapat ramai
orang yang bermotivasi intrinsik apabila mereka menyertai sesuatu aktiviti tanpa mendapat
sebarang hadiah dan paksaan daripada mana-mana pihak. Manakala menurut Deci (1975) pula,
motivasi intrinsik boleh diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila
individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri.
Mengikut data yang diperolehi, responden menunjukan betapa aktiviti pendidikan luar
mempunyai banyak kelebihan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka.
Responden menyedari dengan menyertai aktiviti pendidikan luar mereka akan memperolehi
pelbagai ilmu dan pengalaman baru supaya dapat digarapkan ilmu tersebut apabila mereka
ditempatkan di sekolah kelak. Namun begitu, dapatan ini tidak disokong oleh Wee Akina Sia
Seng Lee, Dr. Shabeshan Rengasamy, Dr. Lim Boon Hooi,et al yang mengkaji tentang “Motivasi
Instrinsik Murid Tingkatan Empat Terhadap Dalam Aktiviti Pendidikan Jasmani” di mana
menunjukkan bahawa dapatan kajian ini menunjukkan domain daya usaha menjadi pilihan
murid sebagai penggerak utama untuk melibatkan diri dalam kelas Pendidikan Jasmani diikuti
domain keseronokan,domain kompetensi dan terakhir domain tekanan.
Selain itu, dalam kajian ini pengkaji juga menggunakan kaedah kajian rintis. Kaedah
kajian rintis ini digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan item-item soal
selidik serta untuk memastikan item soal selidik benar-benar di fahami oleh sampel.kajian
yang sebenar. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat data yag lebih tepat berbanding dengan
jurnal tulisan Yahya B. Buntat & Norervina Bte Jailani, dalam Penglibatan Pelajar Wanita
Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan Di UTM yang mana mereka
menggunakan kaedah soal selidik dan tinjauan. Namun begitu, terdapat persamaan dalam
kedua-dua jurnal dalam menganalisis data iaitu dengan menggunakan perisian Statistical
Package For Science Social (SPSS). Ini menunjukkan perisian ini bagus untuk digunakan
dalam menganalisis data.
3.2 KELEMAHAN
Jurnal ini juga mengandungi beberapa kelemahannya tersendiri dan diantaranya ialah
dalam jurnal ini pengkaji tidak menyatakan prosedur yang lengkap tentang kajian yang
dijalankan. Hal ini kerana, dalam melakukan sesebuah kajian, prosedur atau kaedah yang
lengkap merupakan elemen yang penting bagi sebuah kajian yang bermutu. Seterusnya, data
yang dipersembahkan oleh pengkaji juga terlalu umum dan penerangannya terlalu sedikit .
Akhir sekali, pengkaji tidak berjaya untuk mengasingkan kesimpulan kajian daripada
perbincangan kajian. Sekiranya, pembaca tidak peka dengan apa yang dibaca sudah pasti
pembaca tidak dapat mengenal pasti kesimpulan kajian.
3.3 PENAMBAHBAIKAN
Pada pendapat saya, pengkaji perlu memberi penerangan terperinci tentang prosedur atau
kaedah yang lengkap. Selain itu, instrument kajian yang diguna perlulah lebih modern dan
lebih terbuka kepada responden. Kaedah yang digunakan juga perlu selari dengan kemajuan
teknologi kini agar responden tidak bosan bahkan teruja untuk menjalan aktiviti soal selidik.
4.0 KESIMPULAN
Konklusinya, motivasi amat penting dalam kehidupan seseorang tidak kira instrinsik
mahupun estrinsik. Hal ini kerana, dengan adanya motivasi dalam diri seseorang individu itu
segala perkara yang di impikan mampu digapai mahupun sebaliknya. Dengan adanya program
seperti pendidikan luar ini, kita seharusnya tidak melepaskan peluang unutk merasainya kerana
pengalaman dan ilmu alam sukar di dapati dan dirasai. Bersatu dengan adalah perkara yang amat
menyeronokkan tetapi kita per mempunyai kekuatan fizikal dan mental serta daya kendiri yang
mampan dalam menghadapi segala rintangan. Harackiewicz dan Elliot (1993) berpendapat
“sebarang tujuan adalah bergantung kepada pencapaian orientasi di mana individu
yangmempunyai motivasi yang tinggi menghasilkan kesan penguasaan jangka panjang
berbanding individu yang kurang bermotivasi”. Akhir sekali, saya berharap pada masa akan
datang akan ada ramai lagi pengkaji-pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian dalam
bidang psikologi ini khususnya kajian dalam jenis motivasi. Semua pihak haruslah melihat kajian
ini dari sudut positif dan sama-sama berganding bahu dan sedar akan tanggungjawab masing-
masing bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara khususnya dalam bidang Pendidikan
Jasmani, Pendidikan Luar dan Rekreasi di Negara ini supaya ianya setaraf pentingnya dengan
bidang yang lain.
5.0 RUJUKAN
1) Mohad Anizu Mohd Noor & Siti Salwa Mohamad. Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes.Diperoleh daripada http://core.ac.uk/download/pdf/11786145.pdf
2) Wee Akina Sia Seng Lee, Dr. Shabeshan Rengasamy, Dr. Lim Boon Hooi, et al. Motivasi Intrinsik Murid Tingkatan Empat TerhadapAktiviti Dalam Pendidikan Jasmani. Diperoleh daripada http://eprints.um.edu.my/13155/1/MOTIVASI_INTRINSIK_MURID_TINGKATAN_EMPAT.pdf
3) Yahya B. Buntat & Norervina Bte Jailani. Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan Di UTM. Diperoleh daripada http://core.ac.uk/download/pdf/11785920.pdf