Upload
vuongnga
View
398
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
E-RAYUAN
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
1.0. PENGENALAN
1.1. Latar Belakang Jabatan
Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan
bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh
negeri. Sehubungan dengan penubuhan Jabatan ini pelbagai akta
berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas
Jalan Tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi
menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping
menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya.
Penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi
meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan
kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap
bahagian yang terdapat dalam Jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah
diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era
90-an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan kerana
wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan.
1.2. Perkhidmatan Utama
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan
di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk
pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta
Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah
dan kenderaan yang selamat. Selain itu juga, ia merupakan organisasi
yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan
pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus
dan berkesan.
1.3. Carta Organisasi
2.0. INOVASI
2.1. Pengenalan / Latar Belakang Projek Inovasi
Permohonan e-Rayuan Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen
Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Memandu Vokasional (PSV) yang
telah tamat tempoh dilancarkan pada Mei 2008 dan telah berkuatkuasa
sepenuhnya pada 17 Januari 2009. Mengikut perundangan sedia ada,
iaitu Seksyen 29(1)(a)(b), Akta Pengangkutan Jalan 1987, mana-mana
lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui melebihi 3
tahun atau gagal menukarkan lesen P ke CDL melebihi tempoh 1 tahun
akan dianggap terbatal. Pemohon perlu menjalani semula semua proses
ujian sebagaimana prosedur biasa. Jabatan tidak akan menerima
sebarang rayuan daripada pemegeng lesen memandu.
Walau bagaimanapun, melalui peruntukan Kaedah 5(5) di bawah Kaedah-
Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 yang menyatakan
bahawa Ketua Pengarah boleh menggunakan budi 0bicaranya
mengecualikan mana-mana orang daripada semua atau mana-mana
elemen ujian sebagaimana yang dikehendaki di bawah Kaedah 5.
Melalui rayuan, pemohon akan diberikan pengecualian untuk menduduki
Ujian Bahagian 1, samada Ujian Berkomputer, Ujian Lisan, atau Ujian
Bertulis dan beberapa perkara yang berkaitan seperti menghadiri kelas
Kurikulum Pendidikan Pemandu dan latihan memandu amali.
Kebiasaannya, pemohon akan menghantar permohonan mereka secara
manual, samada melalui pos yang memerlukan pengeluaran kos dan
masa sebelum pihak JPJ Ibu Pejabat menerima permohonan mereka.
Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui
kaedah yang sama. Proses ini akan melibatkan penggunaan masa yang
agak panjang iaitu 1 hingga 2 bulan jika dokumen yang dikemukakan oleh
pemohon adalah tidak lengkap. Berikutan dengan itu juga, terdapat
beberapa aduan berkaitan kelewatan penerimaan surat jawapan daripada
Jabatan ini.
Bagi menangani isu kelewatan tersebut, Jabatan ini telah mewujudkan
program yang boleh mempercepatkan proses rayuan tanpa perlu
menggunakan masa yang panjang di samping dapat menjimatkan kos dan
lebih bersifat mesra pelanggan.
2.2. Tujuan Projek Inovasi
Tujuan utama projek ini adalah untuk mempercepatkan proses
permohonan rayuan lesen memandu yang telah tamat tempoh melebihi 1
tahun bagi pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL), melebihi 3
tahun bagi pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan pemegang
Lesen Memandu Vokasional (PSV) iaitu proses masa yang diambil
daripada 1 bulan kepada 14 hari bekerja sahaja.
Selain itu, projek ini akan memberikan kemudahan kepada pemohon yang
sukar serta kesuntukan masa untuk melakukan permohonan secara
manual. Permohonan boleh dilakukan di mana-mana sahaja secara atas
talian (online). Surat jawapan juga boleh diperolehi secara atas talian dan
dapat menjimatkan kos penghantaran surat jawapan.
Projek ini merupakan satu projek yang lebih mesra pelanggan yang mana
pelanggan tidak perlu datang sendiri ke Ibu Pejabat JPJ untuk melakukan
permohonan. Interaksi antara pemohon dan pihak JPJ juga
dipermudahkan melalui kaedah ini.
Namun begitu, kaedah permohonan rayuan secara manual masih lagi
diteruskan kerana mengambil kira masih terdapat pelanggan JPJ yang
selesa berurusan di kaunter serta sebagai kemudahan bagi mereka yang
tidak mempunyai kemudahan talian internet. Selain itu juga, ia memberi
kepelbagaian saluran pilihan kepada pelanggan melakukan urusan di JPJ.
2.3. Implikasi Kewangan
Proses pelaksanaan tidak melibatkan implikasi kewangan.
2.4. Proses Kerja
Bil Proses kerja Pegawai yang
memutuskan/dirujuk
Seksyen undang-
undang/peraturan
1
2
3
Terima permohonan rayuan secara
menual (samada melalui surat, faks
atau individu yang hadir sendiri)
Semak permohonan dan semak
maklumat dalam MPH untuk
mengenalpasti kewujudan rekod
dan rekod senaraihitam
Keluar surat tolak/quiri kepada
PT(LM)1
Kaedah 5(3)
Kaedah-Kaedah
Kenderaan Motor
(Lesen Memandu)
1992
4
5
6
7
8
9
pemohon yang tidak Berjaya
Rekod dalam computer dan
sediakan sampul kecil
Kemukakan sampul kecil untuk
mendapatkan kelulusan (sudah
mendapat blanket approval)
Keluarkan surat kelulusan sebanyak
3 salinan. Serahkan kepada
PP(LM)2
Kemaskini ujian Bahagian 1 dalam
system SIKAP. Tandantangan
setiap surat dan serahkan kepada
PT(LM)1
Rekod dan fail satu salinan untuk
rekod. Serahkan kepada PAP untuk
pos
Pos surat kepada JPJ negeri
KP/TKP/P(M)/TP(LM)
PT(LM)1
PP(LM)2
PT(LM)1
PAP
Jadual 1: Proses kerja permohonan rayuan secara manual
Bil Proses Kerja Pegawai yang
memutuskan/dirujuk
Seksyen undang-
undang/peraturan
1
2
3
Terima permohonan rayuan secara
atas talian
Semak permohonan dan semak
maklumat dalam MPH untuk
mengenalpasti kewujudan rekod
dan rekod senaraihitam
Kemaskini status dalam portal
samada Berjaya, gagal serta sebab
PT(LM)1
Kaedah 5(3)
Kaedah-Kaedah
Kenderaan Motor
(Lesen Memandu)
1992
4
5
6
7
8
Rekod dalam computer dan
sediakan sampul kecil
Kemukakan sampul kecil untuk
mendapatkan kelulusan (sudah
mendapat blanket approval)
Kemaskini ujian Bahagian 1 dalam
system SIKAP dan serahkan
kepada PT(LM)1
Kemaskini status Berjaya dalam
portal samada
Rekod dan fail satu salinan untuk
rekod.
KP/TKP/P(M)/TP(LM)
PT(LM)1
KPP(LM)1
PAP
Jadual 2: Proses kerja permohonan rayuan menggunakan e-Rayuan
Melalui jadual di atas, terdapat beberapa perbezaan antara proses
sebelum dan selepas e-Rayuan ini diwujudkan. Antaranya ialah proses
kerja dapat dikurangkan, contohnya, pada permohonan secara manual,
pegawai dikehendakai menandatangani ketiga-tiga surat kelulusan bagi
setiap pemohon, namun begitu, slepas proses e-Rayuan ini dilaksanakan,
jawapan juga turut dikemukakan secara elektronik dan pegawai tidak
perlu menandatangani kesemua surat kelulusan tersebut.
Selain itu, surat jawapan juga tidak perlu dihantar kepada pemohon dan
JPJ negeri yang terlibat. Hal ini kerana pemohon boleh mencetak sendiri
surat jawapan terhadap permohonan rayuan yang mereka lakukan.
Perkara ini dapat mengurangkan kos penghantaran surat dan dapat
menjimatkan masa.
2.5. Elemen Penurunan Kuasa
Kelulusan permohoan rayuan telah diturunkan daripada Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan (KP) kepada Pengarah Bahagian Lesen
Memandu.
2.6. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/ Perkhidmatan/ Jabatan
i. Penjimatan masa
Menjimatkan masa menunggu pemohon daripada satu(1) bulan
kepada 14 hari bekerja sahaja. Masa untuk memproses
permohonan rayuan oleh anggota JPJ juga dapat disingkatkan.
ii. Penjimatan kos
Projek e-Rayuan ini tidak melibatkan sebarang kos pembangunan
kerana sistem ini dibangunkan sendiri oleh unit IT JPJ Putrajaya
dan Seksyen Pengurusan Lesen Memandu dan Pengurusan Am.
Selain daripada itu, kos untuk mengepos surat jawapan kepada
pemohon dan kepada JPJ Negeri dapat dikurangkan kerana
jawapan boleh dicetak secara terus melalui laman sesawang JPJ.
Kos yang terlibat hanyalah kos untuk mengepos surat kepada
pemohon dan JPJ negeri jika terdapat permohonan yang dilakukan
secara manual.
iii. Peningkatan produktiviti
Produktiviti semakin menigkat kerana lebih banyak permohonan
yang dapat diproses dalam masa 1 minggu berbanding
permohonan yang berjaya diproses semasa menggunakan kaedah
manual.
iv. Mesra pelanggan
Pemohon tidak perlu hadir sendiri ke kaunter JPJ Ibu Pejabat, tidak
perlu mengeluarkan kos untuk mengepos surat rayuan kepada JPJ
dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jawapan
daripada JPJ. Permohonan juga boleh dilakukan dimana-mana
sahaja. Jika terdapat pelanggan yang tidak berupaya untuk
menggunakan kaedah ini, kaedah rayuan secara manual boleh
juga dilakukan. Surat jawapan yang dikemukakan kepada pemohon
juga lebih bersifat 1Malaysia. Hal ini kerana, pengguna dapat
melakukan transaksi dimana-mana kaunter JPJ yang berdekatan
berbanding permohonan yang dilakukan secara manual. Di dalam
surat kelulusan secara manual, pemohon hanya boleh melakukan
transaksi untuk mendapatkan Lesen Belajar Memandu (LDL) hanya
di kaunter JPJ yang disertakan alamat di dalam surat jawapan
tersebut.
3.0. PENUTUP
Pelaksanaan projek e-Rayuan ini memberikan impak yang besar terhadap
kelancaran perkhidmatan kerajaan kepada rakyat selaras dengan kemajuan
negara yang semakin pesat membangun menjelang tahun 2020. Dengan
terlaksananya projek ini juga, keberkesanan perkhidmatan kerajaan dapat
dibuktikan setara dengan perkhidmatan yang dihidangkan oleh sektor swasta di
Negara ini. Kepercayan rakyat terhadap sistem yang dibekalkan oleh kerajaan
juga dapat dipulihkan berikutan terciptanya inovasi baru yang memberikan
pelbagai kesan positif dan dapat meningkatkan martabat Negara standing
dengan Negara-negara maju yang lain.
LAMPIRAN A
Contoh Borang Permohonan Secara Manual
Contoh Borang Permohonan Secara Atas Talian (e-Rayuan)