Upload
nguyenxuyen
View
258
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Artikel disumbangkan oleh:
Muhammad Azimuddin Mohd Azmi • Sylvia Kennedy S. Si • Noorshamilah Abd Wahab • Md Sodiqin Md Salleh
Azira Ahmad • Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin
Bersempena Bajet 2018 yang
dibentangkan pada 27hb Oktober
2017, kerajaan telah meluluskan
peruntukan sebanyak RM200 juta
untuk beberapa inisiatif khususnya
untuk semua pekebun kecil dan
penoreh getah di seluruh Malaysia.
Sektor tanaman getah akan diberi
pajakan yang baru melalui beberapa
langkah di antaranya, kerajaan
berusaha menyediakan infrastruktur
moden supaya penoreh dapat
menghasilkan ‘lateks’ berkualiti
tinggi selain daripada ‘cuplump’.
Edisi November 2017
Sektor tanaman getah mempunyai
masa depan yang cerah termasuk
pasaran batang pokok getah yang
merupakan sumber untuk
pengeluaran perabot terutamanya
di mana permintaan yang sangat
tinggi untuk bekalan kayu.
Mengenai kelonggaran akibat
musim tengkujuh bagi pekebun kecil
dan penoreh getah, kerajaan akan
menyalurkan bantuan RM200
sebulan selama tiga bulan
(November 2017, Disember 2017
dan Januari 2018)
Mukasurat 2 dari 15
1.00 am Bertolak dari MPSB Mentakab
7.00 am Sampai di Pantai Puteri, Melaka
8.30 am Aktiviti sukaneka bermula
11.00 am Mandi manda di pantai
1.00 pm Berkumpul untuk acara penyampaian hadiah
2.00 pm Berhenti solat Zuhur di Masjid Al Azim
3.00 pm Aktiviti bebas di Bandar Hilir
(bersiar siar bersama keluarga)
6.00 pm Berkumpul di bas
7.00 pm Bertolak balik ke Mentakab
11.00 pm Sampai di Mentakab
Pada 22hb Oktober dan 23hb
Oktober 2017, Kelab Rekreasi,
Sukan & Kebajikan (KRSK) MPSB
Mentakab menganjurkan Hari
Keluarga yang telah diadakan di
negeri Melaka. Seramai 160 orang
merangkumi kakitangan dan pihak
pengurusan kilang menyertai Hari
Keluarga ini.
Antara aturcara Hari Keluarga yang
disusun adalah seperti berikut:-
Antara aktiviti menarik sukaneka
yang diadakan di Pantai Puteri
dibahagikan kepada beberapa
kategori. Pihak ibu menyertai acara
mengupas kulit buah epal dan
pertandingan belon air. Pihak
bapa pula mengambil bahagian
dalam acara boling pantai dan
memotong kertas terpanjang.
Selain itu, pihak remaja lelaki
mengambil bahagian dalam
pertandingan bola pantai dan
remaja perempuan dalam acara
bola tampar pantai. Mereka juga
turut serta dalam acara mengisi
air di dalam cawan.
Kanak-kanak juga tidak melepaskan
peluang mengambil bahagian di
dalam pertandingan mumia.
Semoga kemeriahan Hari Keluarga
yang diadakan ini menjadi satu
platform untuk mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama
pihak pengurusan, kakitangan dan
juga ahli keluarga masing-masing.
• Muhammad Azimuddin Mohd Azmi (MPSB Mentakab)
Gambar 1: Pertandingan mengisi air di dalam
cawan oleh remaja perempuan
Mukasurat 3 dari 15
Gambar 2: Pertandingan bola pantai oleh
remaja lelaki
Gambar 3: Pertandingan boling pantai oleh
kaum bapa
Gambar 4: Acara mengupas kulit buah epal
oleh kaum ibu
Gambar 5: Kanak-kanak menyertai pertandingan mumia
Mukasurat 4 dari 15
Pada 14hb November 2017, wakil
daripada pelanggan SMPT iaitu Mr.
Soo Wai Kheong telah menjalankan
audit terhadap operasi makmal dan
juga pemprosesan getah di kilang
PT. MARDEC Siger Way Kanan
(PTMSWK) Lampung, Indonesia.
SMPT merupakan pelanggan
terbesar di PTMSWK yang rata-rata
pembelian oleh pihak SMPT adalah
60% daripada jumlah keseluruhan
produksi setiap bulan di PTMSWK.
SMPT menjalankan proses audit
sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali
dalam masa setahun. Pada audit kali
ini, kilang PTMSWK mendapat
pencapaian dengan nilai 4.5 untuk
operasi makmal dan 5.9 untuk
operasi kilang secara keseluruhan.
Penilaian pihak SMPT adalah seperti
berikut:-
1 = Sangat Baik
5 = Baik
8 = Buruk
10 = Sangat buruk
Dengan pencapaian tersebut,
PTMSWK akan berusaha lagi bagi
penambahbaikan di semua bahagian
dalam operasi kilang.
Bersesuaian dengan motto PTMSWK
iaitu, “Kualitas Budaya Kita”
maka semua kakitangan PTMSWK
sentiasa menjamin Kawalan Kualiti
yang merupakan budaya di
PTMSWK dan juga melaksanakan
semua ‘Core Value’ yang dijunjung
tinggi iaitu: -
1. FEAR OF GOD,
2. INTEGRITY,
3. PROFESIONALISM,
4. TOTAL QUALITY,
5. INNOVATIVE
6. PRUDENT
• Sylvia Kennedy S. Si (PTMSWK)
Gambar 6: Mr Soo bersama pihak Pengurusan Kilang
Mukasurat 5 dari 15
Gambar 7: Mr Soo bersama
kakitangan di bahagian
“Purchaser”
Gambar 8: Mr Soo bersama
pekerja di bahagian “Production”
Gambar 9: Mr Soo bersama
kakitangan di bahagian
“Shipment”
Mukasurat 6 dari 15
Pihak Giti Tire telah mengadakan lawatan dan audit di semua kilang MPSB; merangkumi Mentakab, Kuala Berang, Baling dan Bota. Wakil daripada pihak Giti Tires iaitu Mr. Mah Kah Chun telah menjalankan aktiviti audit di semua kilang MPSB dari 30hb Oktober 2017 hingga 8hb November 2017.
Lawatan dan aktiviti audit ini
merangkumi bahagian pemprosesan
getah SMR dan juga ‘Mixture
Rubber”. Tujuan audit dilakukan
untuk memastikan semua MPSB
mencapai spesifikasi dan
menghasilkan produk berkualiti
tinggi seperti yang dikehendaki oleh
pihak Giti Tire.
Selain itu juga, pihak Giti Tire
mengesyorkan aspek pemeriksaan
menyeluruh bermula dari
penerimaan getah sekerap,
“housekeeping” sekitar kawasan
kilang, penyelenggaraan peralatan
dan mesin serta keselamatan
pekerjaan.
• Azira Ahmad (Ibu Pejabat)
Gambar 10: Mr. Mah bersama pihak pengurusan
MPSB Mentakab dan Ibu Pejabat
Gambar 11: Mr. Mah memeriksa di bahagian
pemprosesan
Gambar 12: Mr Mah memeriksa “bale”
bersama Encik Esamsuri
Mukasurat 7 dari 15
Gambar 13: Aktiviti audit di MPSB Kuala Berang
Gambar 14: Aktiviti audit di MPSB Baling
Mukasurat 8 dari 15
Gambar 15: Pihak pengurusan MPSB Bota dan Ibu Pejabat
mengadakan perbincangan bersama Mr Mah
Gambar 16: Mr Mah melakukan pemeriksaan di bahagian
operasi MPSB Bota termasuk bahagian “Mixture Rubber”
Gambar 17: Audit merangkumi bahagian makmal MPSB Bota
Mukasurat 9 dari 15
• Muhammad Hamizan Abu Hassan (Ibu Pejabat)
Mukasurat 10 dari 15
Pada 23hb November 2017, satu
Konvensyen Mini telah dilaksanakan
untuk Kumpulan Kawalan Kualiti
(KKK) MPSB Mentakab. Konvensyen
tersebut diadakan di Felda
Residence Tekam, Jerantut, Pahang.
Konvensyen ini merupakan satu
platform bagi pekerja mengenal
pasti masalah, mengumpul data,
menjalankan analisis dan
mengoptimakan kreativiti untuk
penyelesaian sesebuah masalah.
Pelaksanaan KKK membolehkan
kakitangan sokongan terutamanya
untuk menghasilkan inovasi yang
memberi kesan positif kepada
sesebuah organisasi. Encik Mohd
Yazid Yusop selaku “Chairman”
memberi sokongan penuh kepada
semua ahli kumpulan bagi
menjayakan program KKK ini.
Bagi Projek Terbaik telah dimenangi
kumpulan Gen_2, Model Terbaik
oleh kumpulan QM-Pro manakala
kumpulan Crystal memenangi
Persembahan Terbaik. Encik Shahrul
Azwan bin Abdul Khalil dari
kumpulan Crystal merupakan
“Presenter Terbaik”.
• Noorshamilah Abd Wahab (MPSB Mentakab)
Gambar 18: Konvesyen diadakan di
Felda Residence Tekam
Gambar 20: Peserta KKK bersama pihak ‘Chairman’,
‘Coordinator’ dan ‘Facilitator’
Gambar 19: Peserta KKK bersama pihak juri
Mukasurat 11 dari 15
Pihak juri terdiri daripada
kakitangan Ibu Pejabat; Puan
Norhayati Mohd Shah, Encik
Muhammad Hamizan Abu Hassan
dan Encik Mohd Helmi Mohd Kassim.
Diharap program KKK diteruskan pada
masa hadapan dengan lebih ramai
penyertaaan serta idea yang kreatif dan
inovatif daripada para pekerja.
Gambar 21: Peserta KKK membentangkan projek KKK
masing-masing
Gambar 22: Projek Terbaik dimenangi oleh
Kumpulan Gen_2
Gambar 23: Model Terbaik dimenangi oleh
Kumpulan QM-Pro
Gambar 24: Persembahan Terbaik dimenangi oleh
Kumpulan Crystal
Gambar 25: Encik Shahrul Azwan bin Abdul Khalil
sebagai ‘Presenter’ Terbaik
Mukasurat 12 dari 15
Pendedahan pendengaran dengan tahap bunyi penting bagi menjamin kesihatan pekerjaan. Sebagai contoh, tahap bunyi perbualan biasa ialah sebanyak 70 desibel (dB), suara yang dinaikkan ialah 76 hingga 82 dB manakala jeritan sebanyak 88 dB. Kajian menunjukkan tahap pendedahan pendengaran yang selamat ialah sebanyak 85 desibel sahaja untuk tempoh 8 jam sehari.
Gaya hidup terutamanya di bandar yang sering terdedah kepada bunyi bising tidak kira di tempat kerja seperti di kilang mahupun di luar iaitu bunyi motor berkuasa tinggi, pusat hiburan dan mendengar muzik dengan kuat boleh menyebabkan kecacatan deria telinga.
Punca yang dikenalipasti:-
1. mendengar muzik menerusi fon telinga secara kuat,
2. menghadiri konsert rock,
3. memesin rumput,
4. menggunakan peralatan elektrik
5. jentera/peralatan kilang
Apa saja bunyi yang melebihi 85 dB boleh merosakkan telinga dan mendengar lagu menerusi fon telinga juga boleh melebihi 100 dB.
Rawatan dan pencegahan: -
1. Perlahankan muzik yang didengari sama ada di tempat kerja, rumah mahupun kereta.
2. Kurangkan pendedahan terhadap aktiviti-aktiviti yang bising.
Setiap tempat kerja yang berdepan dengan bunyi yang kuat seperti kilang wajib mempunyai langkah keselamatan dengan penyediaan alat perlindungan telinga.
Jika anda terdedah kepada bunyi kuat yang melampau seperti tembakan, mercun atau pertunjukan bunga api, perlu rehat di tempat yang sunyi selama 24 jam. Jika pendengaran tidak pulih dan berdengung selepas tempoh tersebut, hendaklah segera berjumpa dengan doktor.
Di bawah Seksyen 15 dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, kewajipan majikan adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja di tempat kerja termasuk had pendedahan pendengaran yang dibenarkan.
• Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin (Ibu Pejabat)
Gambar 26: Sekiranya pendedahan berterusan
untuk jangka masa yang lama, ia boleh
mengakibatkan kehilangan pendengaran kekal.
Dalam kes ini, rambut saraf di koklea (telinga
dalam) menjadi rosak
Artikel disumbangkan oleh:
Muhammad Azimuddin Mohd Azmi • Sylvia Kennedy S. Si • Noorshamilah Abd Wahab • Md Sodiqin Md Salleh
Azira Ahmad • Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin
Pada 23hb sehingga 24hb November
2017, MPSB Mentakab telah
menganjurkan “Team Building”
selama dua hari satu malam di Felda
Residence Tekam di Jerantut, Pahang.
Aktiviti ini telah disertai seramai 23
orang. Tujuan utama aktiviti ini
dianjurkan bagi mengukuhkan
semangat kerjasama di antara satu
sama lain di kalangan peserta.
Pada hari pertama, aktiviti rakit bermula pada jam 3.00 petang dengan semua peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Management Team, Gen_2, Crystal dan QM-Pro. Pertandingan ini dimenangi oleh Kumpulan Crystal dan tempat kedua Kumpulan Gen_2. Aktiviti berakhir pada jam 6.00 petang walaupun dalam keadaan hujan yang sangat lebat.
Pada sebelah malam, aktiviti dimulakan jam 8.30 malam dengan aktiviti “Night Treasure Hunt” dibahagikan juga dengan kumpulan yang sama. Pertandingan ini di menangi oleh kumpulan Management Team dan tempat kedua kumpulan Gen_2.
Pada hari kedua pula, aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi untuk menjelajah gua. Perjalanan ke Kota Warisan, iaitu Kota Gelanggi Jerantut mengambil masa 10 minit dari Felda Residence Tekam. Terdapat lebih kurang 12 gua tetapi peserta cuma menjelajah enam gua sahaja disebabkan kekangan masa. Enam gua tersebut adalah Gua Angin, Gua Gajah, Gua Sanding, Gua Potret, Gua Kelawar dan Gua Tongkat. Aktiviti ini berakhir pada jam 11.30 pagi. “Team Building” ini berakhir selepas makan tengahari dan ‘Check Out’ pada jam 2.30 petang.
• Noorshamilah Abd Wahab (MPSB Mentakab)
Gambar 27: Aktiviti membuat rakit berkumpulan
Mukasurat 14 dari 15
Gambar 28: Aktiviti “Night Treasure Hunt”
Mukasurat 15 dari 15
Gambar 29: Peserta dibahagikan kepada dua
kumpulan untuk menjelajah gua
Gambar 30: Gambar kenangan selepas
berjaya dalam misi aktiviti “Team Building”
Gambar 31: Para peserta “Team Building”
bergambar kenangan bersama Cancer
Fighter Malaysia, En. Zaki Bijak