12
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 BAB 5: ASAS GRAFIK 5.0 Pengenalan “Sebuah gambar membawa seribu perkataan”. Pernyataan ini menggambarkan bahawa bahan visual boleh dijadikan sumber pengajaran yang menarik dan berkesan. Kebenaran dan kejayaan pernyataan ini bergantung kepada cara reka bentuk dan daya kreativiti pada bahan tersebut. Bahan yang berkesan akan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek “graphikos” bermaksud lukisan. Grafik ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada aspek praktikal, grafik mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui satu kombinasi lukisan, lakaran, lambang, contengan, perkataan, simbol dan gambar. Grafik membawa kepada kejelasan persepsi, kekuatan bahan gambaran dan persembahan yang berkesan. Oleh yang demikian wajar bagi seorang guru mempraktikkan prinsip- prinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar dapat menghasilkan satu-satu bahan pengajaran yang mudah menepati objektif pengajaran, dan bersistematik. 5.1 Prinsip Grafik Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah, kehampiran, penegasan, dan pengulangan.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_5-asas_grafik.pdfEDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2 5.1.1 Kontras

  • Upload
    others

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    1

    BAB 5: ASAS GRAFIK

    5.0 Pengenalan

    “Sebuah gambar membawa seribu perkataan”. Pernyataan ini menggambarkan bahawa

    bahan visual boleh dijadikan sumber pengajaran yang menarik dan berkesan.

    Kebenaran dan kejayaan pernyataan ini bergantung kepada cara reka bentuk dan daya

    kreativiti pada bahan tersebut. Bahan yang berkesan akan mendorong interaksi yang

    aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang

    menyeronokkan dan mencabar.

    Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek “graphikos” bermaksud lukisan. Grafik

    ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar,

    lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu

    media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada aspek

    praktikal, grafik mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui satu

    kombinasi lukisan, lakaran, lambang, contengan, perkataan, simbol dan gambar. Grafik

    membawa kepada kejelasan persepsi, kekuatan bahan gambaran dan persembahan

    yang berkesan. Oleh yang demikian wajar bagi seorang guru mempraktikkan prinsip-

    prinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar dapat menghasilkan satu-satu

    bahan pengajaran yang mudah menepati objektif pengajaran, dan bersistematik.

    5.1 Prinsip Grafik

    Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik

    supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat

    sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu

    seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.

    Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah,

    kehampiran, penegasan, dan pengulangan.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    2

    5.1.1 Kontras (Contrast)

    Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya

    lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaan-

    perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi.

    Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan,

    warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling

    berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

    5.1.2 Seimbang (Alignment)

    Kesimbangan merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang

    baik dan elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada prinsip

    yang mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan tidak

    formal atau sebaliknya.

    Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual,

    sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu timbangan

    yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal

    pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah

    tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya.

    Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.

    Rajah 5.1 : Kontras

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    3

    a. formal b. tidak formal

    5.1.3 Mudah (Simplicity)

    Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan

    kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan

    satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

    Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau

    20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah

    dan dapat merangsangkan pemikiran.

    5.1.4 Kehampiran (Proximity)

    Kehampiran merupakan elemen yang berkaitan bersama dikumpulkansupaya

    berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.Elemen-elemen yang

    digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan.

    Rajah 5.2 : Seimbang

    Rajah 5.3: Prinsip Mudah

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    4

    Mereka perlu saling melengkapi antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea

    dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah,

    garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.

    a. anak panah b. bentuk c. tekstur

    5.1.5 Penegasan (Emphasis)

    Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus utama.

    Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan dan perspektif dapat

    menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.

    a. bentuk b. warna c. perspektif

    Rajah 5.5 : Penegasan

    5.1.6 Pengulangan (Repetition)

    Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat

    tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, gariskasar,

    bulletyang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan

    sebagainya.

    Surat

    berkuatkuasa

    mulai

    September

    Rajah 5.4 : Penyatuan

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    5

    Rajah 5.6 : Pengulangan

    Latihan

    Cuba lihat beberapa poster pilihan anda. Jelaskan prinsip grafik yang digunakan dan

    mengapa ia digunakan.

    5.2 Reka Bentuk Visual

    Reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen iaitu elemen, pola/corak dan

    susunatur.

    5.2.1 Elemen

    Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk

    rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.

    Elemen Visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu:

    i. Realistik – merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    6

    ii. Analogi – memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan

    memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik

    tersebut.

    iii. Organisasi – memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam

    elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.

    Elemen lisan

    Kebanyakan paparan visual dimantapkan maksudnya dengan menyatukan perkataan

    atau ayat sebagai tambahan kepada visual. Penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain

    perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Dalam

    menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan huruf perlu diberi pertimbangan dari

    aspek-aspek berikut:

    i. Stail huruf – stail yang mudah dapat membantu dalam mewujudkan

    konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman

    memudahkan pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica

    sesuai untuk paparan visual dan Palatino untuk teks bercetak.

    ii. Bilangan stail huruf – digalakkan jangan melebihi tiga stail untuk kelihatan

    menarik.

    iii. Huruf besar dan huruf kecil – wajar menggunakan huruf besar pada tajuk dan

    huruf kecil dalam sub-tajuk dan caption.

    iv. Warna huruf – kemudahan dibaca bergantung kepada kontras antara warna

    huruf dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang

    hendak disampaikan.

    v. Saiz huruf – berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan adalah

    berdasarkan kepada kebolehan ianya dibaca dalam satu jarak tertentu

    vi. Jarak antara huruf – dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu

    jauh dan tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan.

    vii. Jarak antara baris – sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris

    yang terlalu rapat akan melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala yang terlalu

    jarak menghilangkan rasa kepunyaan.

    Elemen Daya Tarikan

    Visual yang menarik akan mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D

    atau 3D, kombinasi warna yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan objek

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    7

    yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi oleh

    elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut:

    i. Ruang – digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara

    elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan

    terancang.

    Rajah 5.7 : Ruang

    ii. Garisan – digunakan untuk menghubungkan elemen visual dan untuk

    mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

    Rajah 5.8 : Pelbagai Garisan

    iii. Permukaan – digunakan untuk memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat

    di atasnya.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    8

    Rajah 5.9 : Jenis Tekstur

    iv. Bentuk – digunakan untuk menunjukkan dimensi.

    Rajah 5.10 : Bentuk 2 Dimensi

    Rajah 5.11 : Bentuk 3 Dimensi

    v. Warna – digunakan untuk untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan

    visual.

    Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana

    dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan

    mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana,

    kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka warna-warna ini biasanya

    digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    9

    Warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan

    hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuh-

    tumbuhan. Warna-warna ini memberikan kesan pasif dan melahirkan

    ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi

    lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.

    Rajah 5.12 : Skema Warna

    5.2.2 Pola/Corak

    Pola/corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.

    Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik dan mengekalkan

    perhatian seseorang untuk melihat maksud yang terkandung dalam visual.

    Rajah 5.13 : Pola/Corak

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    10

    5.2.3 Susunatur

    Susunatur elemen rekaan visual mengambil kira aspek-aspek prinsip grafik untuk

    menghasilkan karya yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen

    dan prinsip grafik yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks itu dapat

    mengarahkan pandangan kepada maklumat yang penting. Susunatur ini dapat

    diperhatikan dalam paparan visual yang mengamalkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of

    Thirds). Ia menunjukkan bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual dengan

    menumpu perhatian lebih di sudut atas kiri sesuatu paparan. Oleh itu, perkara yang

    utama perlu dipaparkan di bahagian ini. Contoh-contoh tersebut ditunjukkan pada Rajah

    5.14.

    Rajah 5.14 : Peraturan Satu Pertiga

    5.3 Peralatan Penghasilan Grafik

    Imej grafik merupakan suatu hasil konkrit. Penjelmaan imej grafik daripada suatu idea

    yang abstrak memerlukan peralatan tertentu. Kebolehan mengendalikan peralatan

    dengan cekap membolehkan maklumat yang ingin disampaikan dipaparkan dengan

    tepat dan jelas. Bagi grafik berkomputer, peralatan yang digunakan ialah perkakasan

    asas sistem komputer, tablet grafik, pengimbas imej, pencetak dan pemplot. Di samping

    itu, peralatan lain seperti kamera digital juga merupakan peralatan yang biasa

    digunakan untuk menghasilkan grafik. Penggunaan aplikasi berkomputer

    memungkinkan kesan dilihat daripada reka letak (layout) atau perubahan tipografi tanpa

    menggunakan pen dan dakwat berwarna-warni atau untuk mensimulasikan kesan

    daripada media tradisional tanpa perlu menuntut banyak ruang.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    11

    a. Pengimbas imej

    b. Kamera digital

    Rajah 5.15 : Peralatan Penghasilan Grafik

    RUMUSAN

    Tajuk ini telah membincangkan aspek-aspek asas dalam grafik dan reka bentuk visual.

    Dengan ini adalah diharapkan anda dapat menghasilkan pelbagai jenis bahan

    pembelajaran dan pengajaran dengan memuatkan pelbagai jenis penampilan grafik

    yang berkualiti dan berkesan kepada murid.

    Amali Dengan penggunaan kamera digital dan/atau membuat imbasan dengan bantuan alat

    pengimbas, hasilkan satu media grafik seperti carta, poster atau fotoyang boleh anda

    gunakan untuk mengajar satu tajuk dalam matapelajaran yang anda ajar. Pastikan anda

    menggunakan pelbagai prinsip grafik untuk menghasilkan reka bentuk visual yang

    menarik.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    12

    BIBLIOGRAFI

    Dick, N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005).The systematic design of instruction. Edisi ke

    6. New York: Pearson, Allyn and Bacon.

    Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran: penghasilan bahan

    pengajaran berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    Muhamad Hasan Abdul Rahman (2001). Grafik asas: panduan penghasilan bahan

    pengajaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey:

    Prentice Hall.

    Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).

    Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia

    Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin

    Wan Hasan (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam:

    Oxford Fajar.

    Priscilla, N. & Karin, M. W. (2003). Teaching with technology: designing opportunities to

    learn. Edisi ke 2. Canada:Thomson Wadsworth.

    Smaldino, S. E., Lowther, D. L. & Russell, J. D. (2012). Instructional technology and

    media for learning. (10th ed.). Boston: Pearson.

    Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2005). Instructional

    technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice-Hall.