3

Click here to load reader

EDU 3107

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: EDU 3107

EDU 3107 - Soalan & Jawapan

Seorang bapa telah datang berjumpa

Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk

membincangkan masalah anaknya yang

sering ponteng sekolah dan merosot

prestasi pelajaran.

Senaraikan empat bentuk perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling yang boleh

dijalankan oleh Guru Bimbingan dan

Kaunseling untuk membantu pelajar

tersebut.

i. Inventori, taksiran dan rekod

ii. Bimbingan

iii. Kaunseling

iv. penempatan dan tindakan susulan

v. Konsultansi dan rujukan

vi. Penilaian

Huraikan tiga Kod Tatalaku yang perlu

dimiliki oleh seorang Guru Bimbingan dan

Kaunseling semasa menjalankan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

I. Tanggungjawab terhadap klien

II. Tanggungjawab terhadap rakan

profesional

III. Tanggungjawab terhadap

masyarakat

IV. Tanggungjawab terhadap

organisasi dan majikan

Cikgu Ahmad guru Kelas 5 Mawar

berminat untuk mengumpul makluamt

murid-murid dengan menggunakan

teknik ujian dan teknik bukan ujian bagi

memudahkan menjalankan aktiviti di

sekolah.

Nyatakan empat jenis teknik bukan ujian

yang boleh digunakan oleh Cikgu

Ahmad untuk mengumpulkan maklumat

murid.

i. soal selidik

ii. Pemerhatian

iii. Rekod anekdot

iv. Sosiometri

v. Temu Bual

vi. Senarai semak

vii. Kajian dokumen utama dan dokumen

sekunder

Sebagai seorang guru kelas, bincangkan

tiga strategi yang boleh dilakukan untuk

menangani masalah murid yang berlaku

di sekolah.

i. memantapkan sistem organisasi

dan pentadbiran

ii. wujudkan iklim persekolahan yang

harmoni

iii. memupuk nilai-nilai murni murid

mengurus aktiviti pengajaran-

pembelajaran dengan berkesan

Terapi bermain adalah satu teknik

melibatkan permainan yang digunakan

sebagai kaedah terapeutik untuk

membantu kanak-kanak menghadapi

tekanan emosi dan trauma.

Jelaskan tiga cara terapi bermain dapat

membantu kanak-kanak mengendalikan

masalah yang dihadapi.

i. Menolong kanak-kanak

menggambarkan masalah yang

dihadapi oleh mereka dan bukan

melalui bahasa lisan untuk

menyatakan fikiran dan perasaan

mereka.

ii. ii. Melalui aktiviti bermain, dapat

membantu kanak-kanak belajar

tingkah laku positif apabila mereka

mengalami defisit kemahiran sosio-

emosi.

Page 2: EDU 3107

iii. Hubungan positif yang terjalin

antara kaunselor dan kanak-kanak

semasa sesi terapi bermain

membawa pengalaman emosi

positif yang perlu untuk pemulihan

iv. Mengembangkan kognitif dan

memberikan persepsi untuk

menyelesaikan konflik dalaman

pemikiran negatif kanak-kanak.

Kaunselor memerhati klien bermain

dengan objek mainan untuk

menentukan punca gangguan

tingkah lakunya.

v. kanak-kanak yang melibatkan diri

dalam bermain boleh

membantunya menangani

kebimbangan dan halangan

dalaman. Dengan cara demikian,

terapi bermain boleh digunakan

sebagai mekanisme pertolongan

diri selama kanak-kanak diberi

masa bermain bebas atau bermain

bukan berstruktur.

Kesejahteraan fizikal, mental dan emosi

seseorang kanak-kanak boleh

dikembangkan menggunakan terapi seni

iaitu merupakan intervensi kaunseling

kanak-kanak berbentuk terapi

ekspresif.

Sarankan dua kebaikan terapi seni dalam

membantu meningkatkan kesejahteraan

kanak-kanak

i. Mengurangkan tekanan dan

ketakutan melalui komunikasi bukan

verbal

ii. Menambahbaik komunikasi kerana

seseorang kanak-kanak boleh

mengalami peristiwa trauma sebelum

ia boleh menyatakan perasaannya

menggunakan kata-kata

iii. Mendapat kefahaman kendiri dengan

lebih tepat

iv. Menolong melihat kendiri berinteraksi

dengan orang di persekitarannya.

v. Membantu kanak-kanak mengenal

pasti fikiran dan perasaannya yang

sebenar melalui lukisannya supaya

membolehkannya mempersepsi dan

menilai tingkah lakunya.

vi. Ekspresi kendiri secara imaginatif,

autentik dan spontan

vii. Bagi kanak-kanak autisme yang

memerlukan simulasi terapi seni

digunakan untuk mendorong

keupayaan kognitif

Inventori Teori John Holland boleh

dicadangkan untuk digunakan sebagai

ujian pemilihan calon guru pelatih Institut

Pendidikan Guru.

Jelaskan dua rasional cadangan tersebut

dengan berdasarkan andaian yang

dibuat dalam teori ini.

i. memudahkan memilih calon yang

sesuai menjadi guru sebab semua individu

telah dikategorikan kepada enam jenis

personaliti

ii. Memudahkan untuk melihat jenis

personaliti yang sesuai dalam enam jenis

model yang berhubung rapat.

iii. Melihat bagaimana kepuasan,

kestabilan dan pencapaian dalam

bidang kerjaya berdasarkan interaksi

individu dan persekitaran pekerjaan.

Cikgu Samad perlu mengisi Senarai Semak

Masalah Mooney bagi setiap muridnya.

Huraikan tiga kepentingan mengisi

Senarai Semak Masalah Mooney dalam

kalangan murid.

i. untuk mengenal pasti jenis masalah-

masalah yang mengganggu murid

ii. Memudahkan untuk mengesan murid-

murid yang bermasalah berdasarkan

kategori masalah yang ada dalam ujian

Page 3: EDU 3107

iii. Sebagai tindakan ‘cegah sebelum

parah’ untuk membantu murid-murid

yang bermasalah.

Teori Behavioris telah diperkenalkan oleh

dua tokoh psikologi iaitu Ivan Pavlov dan

B.F.Skinner, yang menekankan tentang

tindakan klien secara aktif dalam

penyelesaian masalah yang dihadapi.

Huraikan dengan memberi contoh-

contoh yang jelas pandangan Teori

Behavioris terhadap manusia.

i. Dilahirkan neutral dan mempunyai

potensi yang sama untuk menjadi

baik atau jahat, bersifat rasional

atau tidak rasional

ii. Mempu memberi respon terhadap

rangsangan yang sesuai dan apa

yang telah mereka pelajari sahaja

iii. Adalah hasil pelaziman, iaitu

rangsangan-gerak balas. Reaksi

terhadap satu-satu rangsangan

bergantung kepada pengalaman.

iv. Mempelajari dan menyimpan pola-

pola tingkah laku dan seterusnya

mengulang pola-pola tersebut

pada masa depan, sekiranya perlu.

v. Manusia berkeupayaan untuk

memahami konsep serta

mengawal tingkah lakunya sendiri

vi. Manusia mempunyai keupayaan

untuk mempengaruhi tingkah laku

lain sebagaimana ia dipengaruhi

oleh orang lain terhadap tingkah

lakunya sendiri

Seseorang Guru Bimbingan Kaunseling

perlu mengaplikasikan beberapa

kemahiran asas kaunseling ketika

mengendalikan sesi kaunseling.

Huraikan kemahiran asas kaunseling

yang harus ada pada seorang Guru

Bimbingan dan Kaunseling untuk

mengendalikan sesi kaunseling dengan

berkesan. Sokong huraian anda dengan

contoh-contoh yang sesuai.

Kemahiran yang harus ada pada seorang

kaunselor ialah :

i. Tingkah laku memberi perhatian

ii. Kemahiran mendengar

iii. Kemahiran temu bual

iv. Kemahiran penjelasan

v. Kemahiran membina hubungan

vi. Mengendalikan kesenyapan

vii. Membuat interpretasi

viii. Menyoal

ix. Memparafrasa dan refleksi

x. Merumus dan membuat kesimpulan

Kaunseling kelompok ialah proses mencari

alternatif untuk membantu sekumpulan

murid yang menghadapi masalah yang

serupa sama ada dalam bidang

akademik atau sosial.

Bincangkan peringkat-peringkat

perkembangan yang perlu diikuti dalam

sesi kelompok.

i. Peringkat Orientasi dan Pendedahan

kendiri – mewujudkan suasana yang

selesa

ii. Konflik dan konfrantasi – rasa tidak

selesa – pertahanan – menarik diri

iii. Kesepaduan/kejelekitan –

perkembangan hubungan rapat

integrasi

iv. Penghasilan – semua ahli terlibat

membuat resolusi dan pengeluaran,

kejayaan dan penyelesaian masalah

v. Penamatan – menamatkan sesi –

membuat keputusan dan peraturan