51
31hb Disember 2007 NEGERI PAHANG Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF PAHANG GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 60 No. 26 TAMBAHAN No. 5 ENAKMEN Enakmen-enakmen yang berikut, yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang dan dipersetujui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, adalah diterbitkan menurut Fasal (4) Perkara 34 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang: The following Enactments, passed by the Pahang State Legislative Assembly and assented to by His Royal Highness the Sultan of Pahang, are published pursuant to Clause (4) of Article 34 of the Second Part of the Laws of the Constitution of Pahang: No. Tajuk ringkas/Short title Enakmen 5 Enakmen Sumber Air 2007 Water Resources Enactment 2007

Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

31hb Disember 2007

NEGERI PahaNG

Warta KerajaanDITERBITKaN DENGaN KUaSa

GOVERNMENT OF PahaNG GaZETTEPUBLIShED BY aUThORITY

Jil. 60No. 26

TaMBahaN No. 5ENakMEN

Enakmen-enakmen yang berikut, yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang dan dipersetujui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, adalah diterbitkan menurut Fasal (4) Perkara 34 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang:

The following Enactments, passed by the Pahang State Legislative assembly and assented to by his Royal highness the Sultan of Pahang, are published pursuant to Clause (4) of article 34 of the Second Part of the Laws of the Constitution of Pahang:

No. Tajuk ringkas/Short title

Enakmen 5 Enakmen Sumber air 2007

Water Resources Enactment 2007

Cover.indd 1 1/7/08 2:24:46 PM

Page 2: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 1

UNDANG-UNDANGNEGERI PAHANG

ENAKMEN 5

ENAKMEN SUMbER AIR 2007

BM.indd 1 1/7/08 2:27:13 PM

Page 3: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang2 EnakmEn 5

Tarikh Perkenan Diraja … … 30 Disember 2007

Tarikh penyiaran dalam Warta … 31 Disember 2007

Tarikh Berkuat kuasa ... ... ... 1 Ogos 2008 (Phg. P.u 17/2008) Hakcipta Pencetak H PERcEtAKAN NASIoNAl MAlAySIA bERHADSemua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).

BM.indd 2 1/7/08 2:27:13 PM

Page 4: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 3

UNDANG-UNDANG NEGERI PAHANG

Enakmen 5

ENAKMEN SUMbER AIR 2007

SUSUNAN SekSyeN

Bahagian I

PeRMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran

Bahagian II

TANGGUNGJAWAB BAGI SUMBeR AIR

3. Tanggungjawab Pihak Berkuasa Negeri 4. Pihak Berkuasa Negeri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang

menjalankan pengawalan dan pengurusan sumber air dan air mentah 5. Orang diberi kuasa hendaklah mematuhi enakmen

Bahagian III

kAWASAN TADAHAN DAN kAWASAN PeMBekALAN AIR MeNTAH

6. Pengisytiharan kawasan tadahan 7. kuasa untuk membuat peraturan bagi kawasan tadahan 8. Notis kepada pemunya atau penduduk untuk mencegah pencemaran 9. Pengisytiharan kawasan pembekalan air mentah

Bahagian IV

PeNGARAH SUMBeR AIR

10. Pengarah Sumber Air

11. Tugas Pengarah

BM.indd 3 1/7/08 2:27:13 PM

Page 5: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang4 EnakmEn 5

12. kuasa menyiasat

13. kuasa untuk masuk dengan waran atau sebaliknya, pemeriksaan, penelitian, penyitaan, dsb.

14. Waran geledah

15. Menggeledah tanpa waran di bawah keadaan tertentu

16. Halangan, dsb., suatu kesalahan

Bahagian V

PeLeSeNAN

17. Lesen diperlukan untuk membekal air mentah

18. Permohonan lesen

19. kecualian bagi perjanjian izinlalu

20. Sekuriti, penggantungan dan pembatalan lesen

21. Rayuan terhadap keputusan Pengarah

22. Pemegang lesen tidak berhak mendapat pampasan

23. Pembatalan dan penggantungan hendaklah diwartakan

24. kuasa Pengarah apabila lesen dibatalkan

25. Pindaan terhadap lesen

26. Taksiran pampasan

27. kuasa untuk mengecualikan keperluan lesen

28. Tanggungan ganti rugi

29. Sekatan mengguna untuk maksud tertentu

30. Pengecualian kelengkapan daripada distres dan penahanan

31. kelulusan diperlukan bagi penyambungan, dsb., sistem air mentah

32. Penentuan pertikaian antara Pengarah dan pemegang lesen

33. kesalahan bagi meletak atau membina paip di luar kawasan pembekalan air mentah

Seksyen

BM.indd 4 1/7/08 2:27:13 PM

Page 6: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 5

Bahagian VI

CAJ AIR MeNTAH DAN DePOSIT

Seksyen

34. Caj yang ditetapkan untuk pengeluaran air mentah

35. Deposit untuk air mentah

36. Mendapatkan balik wang yang perlu dibayar

Bahagian VII

keSALAHAN DAN PeNALTI

37. Pencemaran, merosakkan sistem pembekalan air mentah, mengubah haluan sumber air, dsb.

38. Mengganggu meter dengan sengaja

39. Air daripada pili bomba atau paip tegak

40. Penduduk hendaklah memberitahu mengenai paip rosak

41. Gangguan kepada sistem pembekalan air mentah atau sebahagian daripadanya

42. Tanggungan mana-mana orang yang merosakkan atau menyebabkan supaya dirosakkan meter, injap, dsb.

43. Penalti am untuk pelanggaran enakmen atau peraturan

Bahagian VIII

SekATAN PeNGeLUARAN AIR MeNTAH

44. Menghentikan pengeluaran air mentah

45. Pengisytiharan darurat pembekalan air mentah

46. kesalahan kerana melanggar sekatan atau larangan

47. Perintah kawalan air mentah

48. kesalahan kerana melanggar perintah kawalan air mentah

49. kekebalan daripada tindakan terhadap kerajaan Negeri, Pengarah dan pemegang lesen

BM.indd 5 1/7/08 2:27:13 PM

Page 7: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang6 EnakmEn 5

Bahagian IX

PeLBAGAI

Seksyen

50. Pembekalan dan kawalan meter

51. Sungai

52. Sekatan pembinaan tembok dan bangunan di atas tebing sungai atau dalam kawasan terusan banjir

53. Telaga

54. Penalti kerana mengusahakan telaga tanpa lesen

55. kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan

56. kuasa memperuntukkan penalti bagi kesalahan-kesalahan

57. Cara penyampaian dokumen

58. ketaktepatan perihalan tidak membawa padah

59. Perakuan Pendaftar bukti prima facie pemunyaan tanah

60. Pemindah masih dikenakan pembayaran

61. kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

62. Beban membuktikan dan anggapan

63. Maklumat atau pemberi maklumat tidak boleh didedahkan

64. keizinan Pendakwa Raya perlu untuk pendakwaan

65. Pengkompaunan kesalahan

66. Majistret kelas Pertama mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

67. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

68. Pengarah dan pegawai adalah pekhidmat awam

69. Pengecualian tertentu

70. Pemansuhan, pengecualian dan peruntukan peralihan

BM.indd 6 1/7/08 2:27:13 PM

Page 8: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 7

UNDANG-UNDANG NEGERI PAHANG

Enakmen 5

ENAKMEN SUMbER AIR 2007

Beta Bersetuju,

(Mohor SULTAN HAJI AHMAD SHAH Kerajaan) AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAkAR RI’AyATUDDIN AL-MU’ADzAM SHAH Sultan Pahang

30 Disember 2007

Suatu enakmen berhubung dengan pengawalan sumber air dan pengeluaran air mentah dalam Negeri Pahang dan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

[ ]

DIPERbUAt undang-undang oleh Badan Perundangan Negeri Pahang seperti yang berikut:

Bahagian I

PeRMULAAN

tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) enakmen ini bolehlah dinamakan enakmen Sumber Air 2007.

BM.indd 7 1/7/08 2:27:14 PM

Page 9: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang8 EnakmEn 5

(2) enakmen ini mula berkuat kuasa pada tarikh atau tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam enakmen ini.

tafsiran

2. (1) Dalam enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“alat pemasangan air” termasuklah paip (selain paip utama awam), kepala paip, pili penutup, injap, simpai logam, meter, tangki, tempat mandi, tandas, radas air panas, sistem telemeter dan radas atau perkakas lain yang digunakan berkaitan dengan pembekalan dan penggunaan air mentah;

“caj” termasuklah tarif, deposit dan apa-apa bayaran lain dan sumbangan berhubung dengan sumber air dan pengeluaran dan pembekalan air mentah;

“dengan curang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam kanun keseksaan [Akta 574];

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

“kawasan pembekalan air mentah” ertinya sesuatu kawasan di dalam mana pemegang lesen diberi kuasa untuk membekal air mentah;

“kerajaan Negeri” ertinya kerajaan Negeri Pahang;

“kerugian” berhubung dengan individu, termasuklah kecederaan diri dan kematian;

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 18;

“maksud domestik” tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), ertinya pembekalan air mentah untuk rumah kediaman persendirian, pancutan air persendirian atau untuk maksud perhiasan;

BM.indd 8 1/7/08 2:27:14 PM

Page 10: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 9

“meter” ertinya apa-apa perkakas, kelengkapan atau peranti yang digunakan bagi maksud menyukat, memastikan, mengawal selia atau menganggar jumlah air mentah yang dipakai, dibekalkan atau digunakan;

“paip penghubung” ertinya bahagian paip perkhidmatan di antara paip utama awam dan meter, atau jika tiada meter, tempat di mana meter itu sepatutnya diletakkan sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah; “paip perkhidmatan” ertinya mana-mana paip yang digunakan untuk membekal air mentah dari paip utama awam ke mana-mana premis yang tertakluk kepada tekanan air dari paip utama awam itu atau akan tertakluk sedemikian jika tidak kerana tertutupnya beberapa kepala paip atau injap;

“paip utama awam” ertinya paip yang disenggara dan dikawal oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa pembekal yang padanya paip perkhidmatan boleh disambungkan;

“pegawai” ertinya pegawai-pegawai yang dilantik di bawah seksyen 10 selain daripada Pengarah;

“pemegang lesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 18 dan termasuk pihak berkuasa pembekal di mana sahaja pemegang lesen disebut dalam enakmen ini, kecuali di bawah Bahagian V;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar sebagaimana yang ditafsirkan dalam kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965];

“penduduk” ertinya seseorang yang menduduki premis atau yang mengawal premis dan berhubung dengan premis yang mana bahagian-bahagian lain dihuni oleh orang-orang yang berlainan, ertinya orang yang masing-masing menduduki atau mengawal setiap bahagian itu;

“Pengarah” ertinya Pengarah Sumber Air yang dilantik di bawah seksyen 10;

BM.indd 9 1/7/08 2:27:14 PM

Page 11: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang10 EnakmEn 5

“perkhidmatan pembekalan air mentah” termasuklah pengeluaran air dari sumber air dan pengagihan dan pembekalan air mentah kepada pengguna dan apa-apa perkhidmatan yang berhubung dengannya;

“pihak berkuasa awam” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Perkara 160(1) Perlembagaan Persekutuan;

“Pihak Berkuasa Negeri” ertinya Raja dalam Mesyuarat Negeri Pahang;

“pihak berkuasa pembekal” ertinya mana-mana pihak berkuasa berkanun yang ditubuhkan oleh sesuatu enakmen atau mana-mana undang-undang lain untuk mengeluarkan atau sebaliknya menjalankan urusan mengenai air mentah di Negeri Pahang;

“premis” termasuklah mana-mana bangunan, tanah, kenderaan, kapal, bot, rakit, pesawat udara dan mana-mana khemah atau struktur;

“sistem paip” ertinya semua paip, tangki, injap dan pemasangan daripada paip utama awam ke dalam premis dan di dalam premis pemunya atau penduduk;

“sistem pembekalan air mentah” ertinya keseluruhan sistem yang meliputi loji, kelengkapan, paip utama awam, paip, stesen mengepam, reservoir perkhidmatan atau pengimbangan atau apa-apa kombinasinya dan segala struktur, pemasangan, bangunan, kelengkapan dan perlengkapan lain yang digunakan dan tanah di mana kesemua yang tersebut itu ditempatkan untuk pengeluaran, pengumpulan, penyaluran, pengagihan dan pembekalan air mentah;

“submeter” ertinya apa-apa meter yang menyukat air mentah yang telah disukat selepas air mentah itu melepasi paip utama awam;

“sumber air” termasuklah sungai, anak sungai dan teluk, cawang, muara, cabang sungai, tasik, air dalam tanah, empangan, reservoir, longkang, parit dan saluran yang melaluinya air mengalir selain daripada paip untuk pembekalan air mentah ke mana-mana premis;

BM.indd 10 1/7/08 2:27:14 PM

Page 12: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 11

“sungai” termasuklah cawang sungai, muara, anak sungai, terusan dan mana-mana alur air semula jadi;

“tanah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965];

“telaga” termasuklah mana-mana lubang, penggerekan, tiub, penggalian, syaf atau selainnya bagi maksud mengeluarkan air dari bawah tanah, laluan bawah tanah atau di bawah permukaan bumi dan termasuk mata air mentah.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), rujukan kepada “maksud domestik”, berhubung dengan pembekalan air mentah kepada sesuatu premis, adalah merujuk kepada pembasuhan dan apa-apa tujuan kebersihan lain yang mana air mentah yang dibekalkan ke premis itu boleh digunakan dan, jika keseluruhan atau mana-mana bahagian premis itu adalah atau akan dihuni sebagai sebuah rumah, maksud tersebut hendaklah dianggap sebagai termasuk maksud kegunaan di luar rumah (termasuk pembasuhan kenderaan dan penyiraman kebun bunga) yang berhubung dengan penghunian rumah itu.

(3) Tiada suatu pun rujukan kepada “maksud domestik” boleh dianggap sebagai merujuk kepada— (a) apa-apa maksud perniagaan penyediaan makanan atau

minuman, sama ada untuk dimakan di premis itu atau tidak;

(b) apa-apa perniagaan mencuci kenderaan atau dobi; atau (c) apa-apa maksud tred yang lain, pengilangan atau perdagangan

atau untuk kapal, atau bagi maksud pengairan.

Bahagian II

TANGGUNGJAWAB BAGI SUMBeR AIR

tanggungjawab Pihak berkuasa Negeri

3. Pihak Berkuasa Negeri hendaklah bertanggungjawab secara keseluruhan bagi pengawalan, pengurusan dan penyelarasan sumber air dan air mentah di Negeri Pahang.

BM.indd 11 1/7/08 2:27:14 PM

Page 13: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang12 EnakmEn 5

Pihak berkuasa Negeri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang menjalankan pengawalan dan pengurusan sumber air dan air mentah

4. Walau apa pun seksyen 3, Pihak Berkuasa Negeri boleh memberi kuasa kepada mana-mana pihak berkuasa pembekal atau mana-mana orang untuk menjalankan pengawalan dan pengurusan sumber air dan air mentah.

orang diberi kuasa hendaklah mematuhi Enakmen

5. Jika seseorang selain daripada pihak berkuasa pembekal diberi kuasa di bawah seksyen 4, dia hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan yang relevan di dalam enakmen ini.

Bahagian III

kAWASAN TADAHAN DAN kAWASAN PeMBekALAN AIR MeNTAH

Pengisytiharan kawasan tadahan

6. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkan bahawa adalah perlu dan suai manfaat bagi maksud melindungi atau memelihara mana-mana sumber air, mengisytiharkan mana-mana tasik atau sumber air atau mana-mana bahagiannya atau sekelilingnya sebagai kawasan tadahan melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2) Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah— (a) menetapkan sempadan bagi kawasan tadahan; (b) menyatakan jenis aktiviti, jika ada, yang dibenarkan dalam

kawasan tadahan bagi maksud untuk melindungi air; dan

(c) mengandungi butir-butir lain yang dianggap perlu oleh Pihak Berkuasa Negeri.

BM.indd 12 1/7/08 2:27:14 PM

Page 14: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 13

(3) Walau apa pun perenggan (2)(b), kawasan tadahan yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kawasan larangan.

Kuasa untuk membuat peraturan bagi kawasan tadahan

7. Jika ternyata kepada Pihak Berkuasa Negeri bahawa adalah perlu bagi maksud mencegah pencemaran, pengotoran atau pengelodakan mana-mana sungai atau reservoir dalam kawasan tadahan, Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat peraturan untuk melarang atau mengawal selia perlakuan sesuatu perbuatan dalam kawasan tadahan itu yang ditetapkan dalam peraturan itu, dan peraturan sedemikian boleh mengandungi peruntukan yang lain bagi kawasan tadahan yang lain atau sebahagian daripadanya.

Notis kepada pemunya atau penduduk untuk mencegah pencemaran

8. (1) Pengarah boleh, melalui notis— (a) menghendaki pemunya atau penduduk mana-mana tanah

atau premis dalam mana-mana kawasan tadahan yang kegunaannya atau penghuniannya atau aktivitinya di premis atau tanah itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan pencemaran, pengotoran atau pengelodakan mana-mana tasik, empangan, sungai, jalanair atau reservoir untuk mengendali dan memelihara dalam keadaan baik apa-apa kerja yang dia fikirkan perlu bagi mencegah pencemaran, pengotoran atau pengelodakan mana-mana tasik, empangan, sungai, jalan air atau reservoir itu;

(b) menghendaki mana-mana orang yang menjalankan sesuatu aktiviti yang dilarang di bawah perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1) untuk menghentikan aktiviti itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu.

(2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi notis di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan untuk kesalahan yang kedua atau selanjutnya boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

BM.indd 13 1/7/08 2:27:14 PM

Page 15: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang14 EnakmEn 5

(3) Tiada denda atau hukuman yang dikenakan di bawah subseksyen (2) boleh menjejaskan kuasa Pengarah untuk mengendali dan memelihara dalam keadaan yang baik apa-apa kerja yang dia fikirkan perlu bagi mencegah pencemaran, pengotoran atau pengelodakan mana-mana tasik, empangan, sungai, jalanair atau reservoir dan kos pengendalian atau pembaikan itu boleh didapatkan kembali sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada kerajaan Negeri.

Pengisytiharan kawasan pembekalan air mentah

9. Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan pembekalan air mentah.

Bahagian IV

PeNGARAH SUMBeR AIR

Pengarah Sumber Air

10. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik seorang pegawai awam untuk menjadi Pengarah Sumber Air dan mana-mana pegawai lain yang difikirkan perlu bagi melaksanakan dengan sewajarnya peruntukan-peruntukan enakmen ini.

(2) Pengarah boleh, berhubung dengan mana-mana perkara tertentu atau golongan perkara tertentu, secara bertulis di bawah tandatangannya, mewakilkan kepada mana-mana pegawai semua atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah enakmen ini, kecuali kuasa perwakilannya di bawah subseksyen ini.

(3) Perwakilan di bawah subseksyen (2) boleh dibatalkan mengikut budi bicara Pengarah dan tidak boleh menghalang Pengarah sendiri daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan itu.

BM.indd 14 1/7/08 2:27:15 PM

Page 16: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 15

tugas Pengarah

11. (1) Pengarah hendaklah menjalankan fungsi-fungsi dan tugas-tugas seperti berikut— (a) untuk mengeluarkan lesen di bawah seksyen 18; (b) untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan

sumber air dan air mentah termasuk menentukan standard kemudahan-kemudahan dan standard perkhidmatan dan pelaksanaan dan penguatkuasaannya;

(c) untuk merancang dan menyediakan garis panduan dan strategi, standard dan prosedur mengenai pengawalan, pengurusan, penjimatan dan penggunaan sumber air dan air mentah;

(d) untuk menggalakkan kecekapan dalam pembekalan air mentah;

(e) untuk memastikan pembekalan air yang optimum pada harga yang munasabah;

(f) untuk memastikan bahawa segala permintaan air mentah yang munasabah dipenuhi;

(g) untuk memastikan bahawa pemegang lesen dapat membiayai perjalanan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh lesen mereka untuk dijalankan;

(h) untuk mempromosikan dan menggalakkan pengeluaran dan pembekalan air mentah bagi maksud memajukan ekonomi Negeri Pahang;

(i) untuk menyiasat apa-apa kemalangan yang melibatkan mana-mana bahagian sistem pembekalan air mentah atau yang timbul daripada pengendalian dan penyenggaraan mana-mana sistem pembekalan air mentah atau perkhidmatan pembekalan air mentah;

(j) untuk menghendaki pemegang lesen melaksanakan apa-apa tugas yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(k) untuk menasihat Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan sumber air dan pembekalan air mentah;

BM.indd 15 1/7/08 2:27:15 PM

Page 17: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang16 EnakmEn 5

(l) untuk menetapkan suatu tata amalan bagi pemegang lesen;

(m) untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang pada hemat Pengarah adalah perlu, berfaedah atau mudah bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah enakmen ini.

(2) Pihak Berkuasa Negeri boleh, dari semasa ke semasa, memberi arahan yang bersifat am yang tidak bertentangan dengan peruntukan enakmen ini berkenaan dengan perjalanan kuasa dan pelaksanaan fungsi Pengarah di bawah enakmen ini dan hendaklah menjadi kewajipan Pengarah untuk melaksanakan arahan itu.

Kuasa menyiasat

12. (1) Pengarah dan mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya olehnya hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat sesuatu kesalahan yang dilakukan di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2) Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya olehnya boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkaitan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran yang diberikan oleh kanun Prosedur Jenayah [Akta 593] bagi mana-mana kesalahan boleh tangkap.

Kuasa untuk masuk dengan waran atau sebaliknya, pemeriksaan, penelitian, penyitaan, dsb.

13. (1) Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya olehnya boleh, bagi maksud menjalankan apa-apa fungsinya di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau bagi apa-apa maksud enakmen ini, memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa yang munasabah untuk memeriksa dan meneliti mana-mana bahagian sistem pembekalan air mentah, loji atau kelengkapan, atau untuk tindakan lain yang sewajarnya.

BM.indd 16 1/7/08 2:27:15 PM

Page 18: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 17

(2) Tiada seorang pun boleh diwajibkan untuk membenarkan masuk ke dalam premisnya mana-mana orang yang mengaku dirinya sebagai seorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 10(1) atau diwakilkan kuasa di bawah subseksyen 10(2) kecuali dan melainkan dengan mengemukakan kad pengenalan atau surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Pengarah.

Waran geledah

14. Dalam tiap-tiap kes di mana maklumat diberikan dengan bersumpah kepada mana-mana majistret bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu kesalahan di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sedang atau telah dilakukan dalam mana-mana premis, dia boleh, selepas sesuatu siasatan, mengeluarkan waran di bawah tandatangannya membenarkan Pengarah atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana orang yang dinamakan dalam waran itu, untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah, waktu siang atau malam, dan menggeledah dan merampas atau menyita mana-mana benda, barang, buku, dokumen atau pemasangan yang dipercayai dengan munasabahnya boleh dijadikan sebagai bukti perlakuan kesalahan itu.

Menggeledah tanpa waran di bawah keadaan tertentu

15. (1) Jika Pengarah atau pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa atas sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah, siasatan itu akan terjejas atau apa-apa bukti tentang perlakuan kesalahan di bawah enakmen ini berkemungkinan diganggu, dialihkan, dirosakkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki premis itu tanpa waran dan menjalankan semua kuasa yang disebut dalam seksyen 14 seolah-olah dia berkuasa untuk bertindak demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

(2) kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3) jika apa-apa benda, barang, buku, dokumen atau pemasangan disita di bawah seksyen 14 atau seksyen ini, pegawai

BM.indd 17 1/7/08 2:27:15 PM

Page 19: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang18 EnakmEn 5

atau orang yang menyita hendaklah menyediakan suatu senarai barang-barang yang disita dan dengan segera menghantarserah suatu salinan senarai yang ditandatangani olehnya kepada penduduk premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

(3) Sekiranya premis yang telah digeledah itu tidak dihuni, pegawai atau orang yang menyita hendaklah setakat mana yang boleh menampalkan senarai yang disebut dalam subseksyen (2) di tempat yang senang dilihat di premis itu.

(4) Pengarah dan pegawainya hendaklah pada setiap masa membawa suatu kad pengenalan rasmi atau lencana dalam bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun boleh diwajibkan untuk membenarkan masuk ke premisnya mana-mana orang yang mengaku dirinya sebagai Pengarah atau pegawainya kecuali apabila kad pengenalan atau lencana itu dikemukakan.

Halangan, dsb., suatu kesalahan

16. Mana-mana orang yang— (a) tidak membenarkan Pengarah atau mana-mana pegawai

yang diberi kuasa dengan sewajarnya olehnya akses kepada mana-mana tempat;

(b) menyerang, menghalang, mengadang atau melengahkan Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya olehnya dalam melaksanakan apa-apa cara masuk yang dia berhak melaksanakan di bawah enakmen ini, atau dalam menjalankan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh enakmen ini;

(c) enggan memberi kepada Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya olehnya apa-apa maklumat berhubung dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah enakmen ini atau apa-apa maklumat lain yang dengan semunasabahnya boleh dikehendaki daripadanya dan yang ada di dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikan; atau

BM.indd 18 1/7/08 2:27:15 PM

Page 20: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 19

(d) dengan disedarinya memberikan maklumat palsu,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Bahagian V

PeLeSeNAN

lesen diperlukan untuk membekal air mentah

17. (1) Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang ditetapkan, tiada seorang pun boleh, kecuali diluluskan suatu lesen di bawah enakmen ini dan menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri— (a) menyenggara atau mengendali atau mengizinkan diguna

atau dikendalikan sesuatu sistem bagi pembekalan air mentah;

(b) mengusahakan, menyediakan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan pembekalan air mentah;

(c) mengubah haluan sungai atau mengeluarkan air daripada mana-mana sumber air; atau

(d) mengendali atau mengurus apa-apa kemudahan bagi pengeluaran, pengubahan haluan atau pembekalan air mentah,

bagi maksud membekalkan air bersih atau perkhidmatan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau untuk kegunaan penjanaan kuasa elektrik, pertanian, industri atau apa-apa kegunaan lain.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pengeluaran air mentah dari mana-mana sumber air oleh seseorang bagi maksud domestik.

(3) Lesen untuk melepaskan ke dalam sungai mana-mana di antara benda yang dinyatakan dalam subperenggan 37(1) (a), (b), (c) dan (d) boleh dikeluarkan oleh Pengarah dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

BM.indd 19 1/7/08 2:27:15 PM

Page 21: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang20 EnakmEn 5

(4) Setiap lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah menetapkan tujuan ia diberikan dan hendaklah untuk suatu tempoh dan atas syarat-syarat dan sekatan-sekatan sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu.

Permohonan lesen

18. (1) Setiap permohonan bagi mendapatkan lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah.

(2) Lesen boleh dikeluarkan oleh Pengarah dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk sesuatu tempoh, dalam apa-apa bentuk dan setelah pembayaran apa-apa fi yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(3) Pengarah boleh, sama ada pada masa lesen dikeluarkan atau pada bila-bila masa selepas itu, mengenakan apa-apa syarat yang ternyata perlu atau wajar dengan mengambil kira tugas-tugas yang ditetapkan oleh seksyen 11 dan syarat-syarat itu boleh diubah, dipinda atau dibatalkan.

(4) Tiada lesen boleh dipindah milik tanpa mendapat keizinan bertulis Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu.

(5) Tidak lebih daripada satu lesen boleh dikeluarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang sama bagi sesuatu kawasan pembekalan air mentah yang sudah pun dibekalkan air mentah oleh pemegang lesen lain melainkan dengan keizinan bertulis Pihak Berkuasa Negeri.

(6) Lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, terus berkuat kuasa untuk suatu tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(7) Tempoh bagi mana-mana lesen hendaklah dinyatakan dalam lesen itu.

BM.indd 20 1/7/08 2:27:15 PM

Page 22: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 21

(8) Mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan— (a) kawasan pembekalan air mentah; (b) caj yang kena dibayar oleh pengguna; (c) fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh pemegang

lesen; (d) hak dan kewajipan tertentu pemegang lesen berkenaan

dengan pembekalan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pemegang lesen;

(e) keperluan bahawa pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa tata amalan yang ditetapkan; dan

(f) apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Pengarah.

(9) Pengeluaran suatu lesen di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang atau kumpulan orang tidak boleh mengenakan apa-apa liabiliti kepada kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, ketinggalan atau pengabaian orang atau kumpulan orang itu atau ejen, pekhidmat atau pekerja mereka.

Kecualian bagi perjanjian izinlalu

19. (1) Tiada apa-apa jua dalam enakmen ini boleh— (a) menyentuh hak pemegang lesen untuk membuat suatu

perjanjian, yang umumnya dikenali sebagai perjanjian izinlalu, dengan pemunya atau penduduk mana-mana tanah bagi maksud pemasangan sesuatu talian bekalan atau paip merintangi tanah itu; atau

(b) menyentuh mana-mana perjanjian izinlalu sedemikian yang sedia ada pada permulaan kuat kuasa enakmen ini.

(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan tanah, Pendaftar, apabila dikemukakan kepadanya salinan asal dan dideposit kepadanya suatu salinan terperaku perjanjian izinlalu yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan perjanjian izinlalu itu dibuat pada dokumen hakmilik berdaftar berhubung dengan tanah yang terlibat dengan perjanjian izinlalu itu.

BM.indd 21 1/7/08 2:27:16 PM

Page 23: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang22 EnakmEn 5

Sekuriti, penggantungan dan pembatalan lesen

20. (1) Sebelum mengeluarkan apa-apa lesen, Pengarah boleh menghendaki apa-apa sekuriti sebagaimana yang ditetapkan olehnya diberikan bagi pematuhan yang wajar akan terma-terma dan syarat-syarat lesen dan enakmen ini.

(2) Jika sekuriti yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak diberikan dengan memuaskan hati Pengarah dalam tempoh yang ditetapkan olehnya, tiada lesen boleh dikeluarkan di bawah Bahagian ini.

(3) Jika ternyata kepada Pengarah bahawa pemegang lesen— (a) melanggar mana-mana syarat lesen; (b) ingkar membayar apa-apa wang yang perlu dibayar kepada

kerajaan Negeri; (c) telah berhenti bekerja, mengendali atau mengurus

kemudahan pembekalan air mentah, perkhidmatan atau sistem pembekalan air mentah mengikut terma-terma lesen atau peruntukan enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya,

Pengarah boleh melalui notis yang dikeluarkan kepada pemegang lesen menghendaki pemegang lesen membetulkan atau memulihkan pelanggaran atau keingkaran yang disebutkan dalam notis itu dalam tempoh yang ditetapkan di dalamnya.

(4) Sekiranya pemegang lesen gagal untuk membetulkan atau memulihkan pelanggaran atau keingkaran yang dikehendaki oleh notis itu, Pengarah boleh—

(a) menggantung lesen dan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Industri Perkhidmatan Air, melantik mana-mana orang lain atau ejen untuk melaksanakan tugas-tugas itu dan segala kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Pengarah berhubung dengannya hendaklah, apabila dituntut, dibayar balik dengan serta merta oleh pemegang lesen; atau

(b) membatalkan lesen itu.

BM.indd 22 1/7/08 2:27:16 PM

Page 24: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 23

(5) Mana-mana orang atau ejen yang dilantik oleh Pengarah di bawah perenggan 4(a) boleh memasuki premis pemegang lesen dan menggunakan atau membawa ke dalam premis apa-apa kelengkapan atau jentera sebagaimana yang perlu atau berpatutan bagi maksud menjalankan tugas-tugas itu.

Rayuan terhadap keputusan Pengarah

21. Pemegang lesen boleh, dalam tempoh empat belas hari dari penerimaan keputusan Pengarah, merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri terhadap penggantungan atau pembatalan itu, dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri terhadap rayuan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

Pemegang lesen tidak berhak mendapat pampasan

22. Pemegang lesen tidak berhak mendapat apa-apa pampasan terhadap apa-apa kerugian yang dialaminya disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Bahagian ini.

Pembatalan dan penggantungan hendaklah diwartakan

23. Apa-apa pembatalan atau penggantungan lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dimaklumkan dalam Warta.

Kuasa Pengarah apabila lesen dibatalkan

24. (1) Apabila terbatal atau tamatnya sesuatu lesen dan jika adalah semunasabahnya praktik berbuat demikian, Pengarah hendaklah—

(a) mengarahkan pemegang lesen untuk memindahkan pepasangan dan kelengkapannya dalam tempoh yang ditetapkan dalam arahan itu, dan jika gagal pemegang lesen hendaklah dikenakan segala apa jua kos yang terlibat dalam pemindahan itu dan kos itu boleh didapatkan kembali daripada sekuriti (jika ada) yang dikemukakan di bawah seksyen 20;

BM.indd 23 1/7/08 2:27:16 PM

Page 25: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang24 EnakmEn 5

(b) mengambil milik semua atau sebahagian daripada sistem pembekalan air mentah kepunyaan pemegang lesen;

(c) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Industri Perkhidmatan Air, mengendalikan atau mengambil mana-mana pihak berkuasa pembekal atau mana-mana orang untuk mengendalikan semua atau mana-mana bahagian daripada sistem pembekalan air mentah kepunyaan pemegang lesen mengikut cara, bagi sesuatu tempoh dan mengikut terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengarah.

(2) Pengarah mahupun pemegang lesen tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana perbuatan, keingkaran atau ketinggalan orang yang diambil oleh Pengarah di bawah perenggan (1)(c).

Pindaan terhadap lesen

25. Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai kuasa tanpa menyatakan sebab untuk meminda atau mengubah tempoh, terma atau syarat sesuatu lesen yang diberikan di bawah enakmen ini dengan bayaran kepada pemegang lesen sebagai pampasan ke atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami oleh pemegang lesen akibat daripada pindaan atau pengubahan itu.

taksiran pampasan

26. Amaun sesuatu pampasan yang perlu dibayar di bawah seksyen 25 hendaklah, jika tidak dapat diselesaikan melalui persetujuan antara pihak-pihak berkenaan, dituntut dan diputuskan melalui guaman dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.

Kuasa untuk mengecualikan keperluan lesen

27. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang atau kelas orang daripada— (a) apa-apa keperluan lesen di bawah enakmen ini; dan

BM.indd 24 1/7/08 2:27:16 PM

Page 26: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 25

(b) keseluruhan atau sebahagian fi atau bayaran lain yang diperuntukkan di bawah enakmen ini.

(2) Mana-mana orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi tugas dan tanggungjawab sebagai pemegang lesen seolah-olah dia adalah pemegang lesen di bawah enakmen ini melainkan jika ditetapkan sebaliknya dalam perintah pengecualian itu.

tanggungan ganti rugi

28. Tiada lesen di bawah enakmen ini boleh mengecualikan mana-mana orang daripada tanggungan terhadap apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh orang itu ke atas harta kerajaan atau harta mana-mana orang.

Sekatan mengguna untuk maksud tertentu

29. Seseorang pemegang lesen yang menurut syarat-syarat lesennya dihadkan mengguna atau membekalkan air mentah hanya bagi maksud tertentu, tidak boleh menggunakan atau membekalkan air mentah bagi apa-apa maksud selain daripada yang ditetapkan sedemikian.

Pengecualian kelengkapan daripada distres dan penahanan

30. Walau apa pun yang diperuntukkan sebaliknya dalam mana-mana undang-undang bertulis, apabila mana-mana kelengkapan kepunyaan seseorang pemegang lesen atau pihak berkuasa pembekal telah ditempatkan dalam atau di premis yang tidak dipunyai atau diduduki oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa pembekal itu, bagi maksud pengeluaran, pengagihan, pembekalan atau penyukatan air mentah, kelengkapan itu tidak boleh dikenakan distres ataupun diambil dalam pelaksanaan di bawah apa-apa proses mahkamah atau dalam apa-apa prosiding kebankrapan atau penggulungan terhadap mana-mana orang.

BM.indd 25 1/7/08 2:27:16 PM

Page 27: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang26 EnakmEn 5

Kelulusan diperlukan bagi penyambungan, dsb., sistem air mentah

31. Mana-mana pemegang lesen yang bercadang hendak membina, menyambung atau mengubah mana-mana bahagian sistem pembekalan air mentah hendaklah memberi notis mengenai cadangan pembinaan, penyambungan atau pengubahan yang dicadangkan itu kepada Pengarah, dan pemegang lesen itu atau seseorang yang diberi kuasa olehnya hendaklah mengemukakan pelan dan hendaklah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Pengarah dan Pengarah boleh memeriksa secara berkala pemasangan sistem pembekalan air mentah yang telah siap itu.

Penentuan pertikaian antara Pengarah dan pemegang lesen

32. Sekiranya berlaku apa-apa perselisihan pendapat antara pemegang lesen dan Pengarah mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan pembinaan, pendirian, penyenggaraan atau pengendalian mana-mana bahagian sistem pembekalan air mentah, perkara itu hendaklah dirujuk dan diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan keputusannya hendaklah muktamad.

Kesalahan bagi meletak atau membina paip di luar kawasan pembekalan air mentah

33. (1) Mana-mana pemegang lesen yang, tanpa kebenaran nyata daripada Pengarah, meletakkan mana-mana paip utama awam atau paip atau membina apa-apa sistem pembekalan air mentah di luar kawasan pembekalan air mentahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan mana-mana paip utama awam atau paip atau kerja tanpa kebenaran itu boleh, selepas sabitan, dipindahkan mengikut perintah Pengarah, dan jika perintah itu tidak dipatuhi, kos munasabah bagi pemindahan itu boleh didapatkan kembali daripada pemegang lesen.

(2) Mana-mana pemegang lesen yang, tanpa alasan yang sah, gagal mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila

BM.indd 26 1/7/08 2:27:16 PM

Page 28: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 27

disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadanya selama mana kesalahan itu berterusan.

Bahagian VI

CAJ AIR MeNTAH DAN DePOSIT

caj yang ditetapkan untuk pengeluaran air mentah

34. Pihak Berkuasa Negeri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta menetapkan caj yang kena dibayar oleh mana-mana orang bagi pengeluaran air mentah atau bagi perkhidmatan yang diberi di bawah enakmen ini.

Deposit untuk air mentah

35. (1) Pemegang lesen boleh, tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah enakmen ini, menghendaki mana-mana orang yang meminta pemegang lesen itu mengeluarkan air mentah untuknya atau membekalkannya dengan air mentah mendeposit dengan pemegang lesen itu sejumlah wang sebagaimana yang ditentukan oleh pemegang lesen dengan kelulusan Pengarah.

(2) Deposit itu, apabila dibuat, tidaklah mempunyai bunga apabila dibayar balik dan tidak melepaskan pendeposit atau pengguna daripada tanggungan untuk menjelaskan apa-apa bil bagi pengeluaran atau pembekalan air mentah yang disediakan untuknya oleh pemegang lesen.

Mendapatkan balik wang yang perlu dibayar

36. (1) Apa-apa jumlah wang berkenaan dengan air mentah yang dikeluarkan atau dibekalkan atau bagi perkhidmatan yang diberi berhubung dengannya hendaklah dibayar dalam tempoh empat belas hari dari tarikh bil dikemukakan dan jika jumlah itu tidak

BM.indd 27 1/7/08 2:27:17 PM

Page 29: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang28 EnakmEn 5

dibayar kepada pemegang lesen, ia boleh didapatkan balik oleh pemegang lesen melalui tindakan sivil dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.

(2) Suatu pernyataan bertulis oleh pekerja pemegang lesen yang disahkan dengan sewajarnya oleh pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya yang menetapkan amaun yang perlu dibayar hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai bayaran yang perlu dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen (1).

Bahagian VII

keSALAHAN DAN PeNALTI

Pencemaran, merosakkan sistem pembekalan air mentah, mengubah haluan sumber air, dsb.

37. (1) Mana-mana orang yang, kecuali diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau dengan kebenaran bertulis oleh Pihak Berkuasa Negeri— (a) melepaskan atau menyebabkan supaya dilepaskan ke dalam

mana-mana sumber air apa-apa bahan beracun, bahan berbahaya atau bahan pencemar yang akan menjadikan atau berkemungkinan besar menjadikan atau menyumbang kepada menjadikan sumber air atau sebahagian daripadanya mudarat atau berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang atau tumbuhan atau kepada lain-lain kegunaan bermanfaat sumber air itu;

(b) melepaskan atau menyebabkan supaya dilepaskan ke dalam mana-mana sumber air apa-apa benda yang, disebabkan oleh suhunya, kandungan kimia atau biologinya atau kesannya dalam melunturkan warna air, menjadikan atau menyumbang kepada menjadikan sumber air atau sebahagian daripadanya membahayakan kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang atau tumbuhan atau kepada lain-lain kegunaan bermanfaat sumber air itu;

BM.indd 28 1/7/08 2:27:17 PM

Page 30: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 29

(c) melepaskan atau menyebabkan supaya dilepaskan ke dalam mana-mana sumber air apa-apa benda yang, disebabkan oleh sifat semula jadinya atau kesannya dalam melunturkan warna air, menjadikan atau menyumbang kepada menjadikan air itu sukar untuk dirawat;

(d) melepaskan atau menyebabkan supaya dilepaskan ke dalam mana-mana sumber air minyak dalam apa jua sifat, sama ada terpakai, buangan atau selainnya;

(e) dengan sengaja atau dengan cuai merosakkan atau menyebabkan supaya dirosakkan mana-mana saluran, reservoir, pam tangki, telaga, paip, injap, meter atau mana-mana bahagian sistem pembekalan air mentah;

(f) dengan menyalahi undang-undang mengumbah, mengangkut, mengubah haluan atau mengambil air mentah daripada mana-mana sistem pembekalan air mentah atau mana-mana bahagian sistem itu atau daripada mana-mana sumber air;

(g) membuang apa-apa sampah atau makhluk, sama ada hidup atau mati, ke dalam mana-mana sumber air;

(h) mencegah atau menghalang Pengarah atau mana-mana pegawainya daripada menjalankan atau melaksanakan tugas, fungsi atau kuasanya menurut enakmen ini; atau

(i) mengalihkan atau memusnahkan apa-apa tanda yang diletakkan bagi maksud menunjukkan paras air mentah di dalam mana-mana sumber air,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, berkenaan dengan perenggan (a), (b), (c), (d), (e) dan (f), didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadanya selama mana kesalahan itu berterusan dan berkenaan dengan perenggan (g), (h) dan (i), didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

BM.indd 29 1/7/08 2:27:17 PM

Page 31: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang30 EnakmEn 5

(2) Mana-mana orang yang dengan sengaja atau dengan cuai mencemar atau menyebabkan air dalam mana-mana sumber air tidak bersih untuk diminum adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadanya selama mana kesalahan itu berterusan.

Mengganggu meter dengan sengaja

38. Mana-mana orang yang dengan curang mengganggu sesuatu meter atau menyebabkan diganggu dengan curang sesuatu meter yang digunakan untuk menyukat air mentah yang dibekalkan kepada mana-mana premis dengan apa-apa cara sehingga menyebabkan meter itu menunjukkan bacaan yang salah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Air daripada pili bomba atau paip tegak

39. (1) Tiada seorang pun boleh mengambil air mentah daripada mana-mana pili bomba, paip tegak atau mana-mana bahagian sistem pembekalan air mentah melainkan diluluskan oleh Pengarah atau pemegang lesen kecuali untuk pemadaman api.

(2) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Penduduk hendaklah memberitahu mengenai paip rosak

40. (1) Apabila mana-mana paip penghubung atau sebahagian daripadanya di mana-mana premis rosak sehingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan pencemaran atau pembaziran air

BM.indd 30 1/7/08 2:27:17 PM

Page 32: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 31

mentah, penduduk premis itu hendaklah, setelah mengetahui tentangnya, memberitahu pemegang lesen.

(2) Apabila mana-mana bahagian paip perkhidmatan (selain daripada paip penghubung), paip agihan atau alat pemasangan air di dalam atau di atas mana-mana premis menjadi terhalang atau rosak sehingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan pencemaran, pembaziran atau tersumbatnya air mentah, penduduk hendaklah menyebabkan halangan itu dibersihkan atau kerosakan itu dibaiki.

Gangguan kepada sistem pembekalan air mentah atau sebahagian daripadanya

41. Mana-mana orang yang mengganggu mana-mana injap, pili bomba atau mana-mana sistem pembekalan air mentah atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

tanggungan mana-mana orang yang merosakkan atau menyebabkan supaya dirosakkan meter, injap, dsb.

42. Mana-mana orang yang dengan sengaja atau dengan cuai merosakkan atau menyebabkan supaya dirosakkan mana-mana meter, injap, pili bomba, paip atau mana-mana bahagian sistem pembekalan air mentah yang dipunyai atau di bawah pengurusan atau kawalan pemegang lesen, ganti rugi bagi kerosakan tersebut boleh didapatkan balik oleh pemegang lesen daripada orang itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 36.

Penalti am untuk pelanggaran Enakmen atau peraturan

43. Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang mana untuknya tiada penalti

BM.indd 31 1/7/08 2:27:17 PM

Page 33: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang32 EnakmEn 5

diperuntukkan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit untuk tiap-tiap hari atau sebahagian daripadanya selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Bahagian VIII

SekATAN PeNGeLUARAN AIR MeNTAH

Menghentikan pengeluaran air mentah

44. Jika ternyata kepada Pengarah bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan untuk perlakuan sesuatu kesalahan di bawah enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain atau atas apa-apa alasan lain yang difikirkannya patut, Pengarah boleh mengarahkan pihak berkuasa pembekal atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, menghentikan pengeluaran dan pembekalan air mentah bagi kegunaan di premis itu.

Pengisytiharan darurat pembekalan air mentah

45. (1) Apabila bekalan air mentah tidak mencukupi disebabkan oleh kemarau yang melampau atau kerusuhan perindustrian, mogok, sekat-masuk atau apa-apa kejadian lain yang menyebabkan suatu keadaan darurat atau apa-apa keadaan lain yang di luar jangkaan, Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta— (a) mengisytiharkan darurat pembekalan air mentah; (b) melarang atau menyekat kegunaan air mentah— (i) secara amnya atau untuk maksud-maksud yang

tertentu; (ii) untuk beberapa jam tertentu dalam sehari atau

selainnya; atau (iii) mengikut cara yang ditentukan; dan

BM.indd 32 1/7/08 2:27:17 PM

Page 34: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 33

(c) menetapkan dan mengenakan— (i) had ke atas kuantiti air mentah yang digunakan

dalam tempoh yang ditentukan; (ii) apa-apa surcaj berkenaan dengan penggunaan

air mentah yang melebihi had yang ditentukan; atau

(iii) apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(2) Pihak Berkuasa Negeri boleh, atas alasan-alasan sebagaimana yang difikirkannya perlu— (a) menghadkan pemakaian subseksyen (1) kepada kawasan-

kawasan, kelas-kelas orang, premis-premis atau aktiviti-aktiviti yang ditetapkan; dan

(b) menggantungkan atau mengenepikan mana-mana peruntukan seksyen ini.

(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh selepas mengisytiharkan darurat pembekalan air mentah di bawah subseksyen (1)— (a) menggantungkan lesen mana-mana pemegang lesen; (b) mengambil milik buat sementara waktu mana-mana

sistem pembekalan air mentah pemegang lesen dan mengendalikannya atau mengarahkan mana-mana pihak berkuasa pembekal untuk mengendalikannya atau mengarahkan mana-mana orang untuk mengendalikannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan

(c) mengambil atau menyebabkan supaya diambil apa-apa langkah termasuklah pemasangan alat-alat menyekat, mengawal dan menyukat dan pengawal seliaan dan pengawalan pelupusan perlengkapan, sebagaimana yang didapatinya perlu, untuk memastikan pematuhan seksyen ini.

Kesalahan kerana melanggar sekatan atau larangan

46. (1) Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana larangan atau sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen 45(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh,

BM.indd 33 1/7/08 2:27:17 PM

Page 35: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang34 EnakmEn 5

apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Jika mana-mana premis dihuni oleh mana-mana orang selain daripada pemunya, penduduk premis itu hendaklah dianggap sebagai telah melakukan pelanggaran itu atau dianggap sebagai telah gagal untuk mematuhi larangan atau sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen 45(1) melainkan jika telah dibuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah pelanggaran atau kegagalan itu.

Perintah kawalan air mentah

47. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh mengeluarkan perintah kawalan air mentah sekiranya dia berpuas hati bahawa, mengenai mana-mana sumber air, terdapat ancaman atau risiko yang ketara dan hampir berlaku terhadap kuantiti atau kualiti air mentah.

(2) Perintah kawalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta dan dalam mana-mana media dan perintah itu hendaklah mengenal pasti— (a) tujuan perintah itu; (b) sumber air yang baginya perintah itu terpakai; (c) orang yang baginya perintah itu terpakai; (d) tindakan dan langkah yang diambil; (e) pindaan yang dibuat ke atas aktiviti yang kena diberhentikan,

dipinda atau diambil untuk mengurangkan atau menamatkan ancaman terhadap sumber air; dan

(f) masa yang dibenarkan untuk mengambil tindakan atau aktiviti diberhentikan.

(3) Sesuatu perintah boleh berterusan selama tempoh tidak melebihi tiga puluh hari dan apabila tamat boleh diperbaharui untuk suatu tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan apa-apa ubahsuaian atau pindaan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Negeri.

BM.indd 34 1/7/08 2:27:18 PM

Page 36: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 35

(4) Dalam keadaan seseorang itu gagal mengambil tindakan atau langkah yang dinyatakan dalam perintah kawalan air mentah, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil tindakan atau langkah itu atau menyebabkan supaya tindakan atau langkah itu diambil dan, jika terpakai, mendapatkan kembali kos yang dibelanjakan untuk tujuan itu daripada orang itu.

(5) Walau apa pun subseksyen (4), mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan kesalahan.

Kesalahan kerana melanggar perintah kawalan air mentah

48. Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi perintah kawalan air mentah di bawah seksyen 47 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kekebalan daripada tindakan terhadap Kerajaan Negeri, Pengarah dan pemegang lesen

49. kerajaan Negeri, Pengarah dan setiap pemegang lesen dan pekhidmat dan ejen mereka tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan kerana kemungkiran kontrak disebabkan oleh apa-apa pemotongan, pemberhentian, pengurangan atau sekatan pembekalan air mentah di bawah seksyen 44 atau 45.

Bahagian IX

PeLBAGAI

Pembekalan dan kawalan meter

50. (1) Pemegang lesen hendaklah membekalkan dan memastikan semua meter sentiasa dalam keadaan baik.

BM.indd 35 1/7/08 2:27:18 PM

Page 37: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang36 EnakmEn 5

(2) Semua meter hendaklah menjadi harta pemegang lesen dan tiada meter boleh diubah atau dibaiki kecuali di bawah arahan atau dengan izin Pengarah:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak terpakai bagi submeter persendirian yang bukan harta pemegang lesen.

Sungai

51. (1) Tertakluk kepada terma-terma pemberian nyata yang dibuat oleh atau bagi pihak Raja, keseluruhan harta dan kawalan semua sungai dalam Negeri Pahang adalah dan hendaklah terletak hak semata-mata pada Raja kecuali dalam hal tanah yang dipegang oleh kerajaan di bawah geran atau pajakan atau dirizab untuk maksud awam dan dijaga oleh Jabatan kerajaan, maka kawalan itu boleh dilaksanakan oleh ketua Jabatan berkenaan di bawah arahan Pihak Berkuasa Negeri.

(2) Mana-mana orang yang mengganggu tebing sesuatu sungai boleh melalui perintah Pengarah dikehendaki memperbaikinya semula kepada keadaan sediakala seperti sebelum gangguan itu atau berbuat sedemikian menurut apa-apa cara yang ditetapkan dalam perintah itu.

(3) Tiada seorang pun boleh, kecuali di bawah dan menurut terma-terma sesuatu lesen di bawah enakmen ini— (a) menebang apa-apa pokok sehingga jatuh ke dalam

sungai; (b) dengan apa-apa cara menghalang atau mengganggu mana-

mana sungai; (c) membina apa-apa jambatan, jeti, atau pentas pendaratan di

atas atau di tepi sungai di tempat di mana lebar sungai itu melebihi dua puluh kaki.

(4) Lesen untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dinyatakan dalam subseksyen (3) boleh dikeluarkan oleh Pengarah dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana lesen itu hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan semua syarat dan sekatan itu hendaklah dinyatakan dalam lesen itu.

BM.indd 36 1/7/08 2:27:18 PM

Page 38: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 37

Sekatan pembinaan tembok dan bangunan di atas tebing sungai atau dalam kawasan terusan banjir

52. (1) kecuali diberikan kuasa dengan nyata di bawah peruntukan mana-mana undang-undang lain, tiada seorang pun boleh selepas berkuat kuasa enakmen ini mendirikan atau membina apa-apa tembok atau membina apa-apa struktur sokongan di sepanjang tebing mana-mana sungai atau mendirikan apa-apa bangunan atau struktur dalam lingkungan lima puluh kaki dari tebing itu atau dalam kawasan terusan banjir, kecuali di bawah dan menurut terma-terma kebenaran bertulis bagi maksud itu daripada Pihak Berkuasa Negeri, apa-apa kebenaran itu adalah tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri fikirkan sesuai dikenakan.

(2) Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa dasar mana-mana sungai tidak mencukupi untuk menakung air sungai itu pada masa banjir sebagaimana yang semunasabahnya dijangkakan, Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan mana-mana tanah yang bersempadan dengan sungai itu dan menganjur ke sesuatu jarak dari sama ada salah satu atau kedua-dua tebing sebagaimana yang dinyatakan dalam pengisytiharan itu menjadi terusan banjir bagi sungai itu dan boleh pada bila-bila masa mengikut cara yang sama membatalkan atau meminda pengisytiharan itu.

(3) Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis boleh memasuki dan memeriksa mana-mana bangunan atau premis yang mana kebenaran telah diberikan di bawah subseksyen (1).

(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan mana-mana bangunan atau binaan yang dibina atau didirikan bertentangan dengan seksyen ini boleh dirobohkan melalui arahan Pihak Berkuasa Negeri dan kos bagi perobohan itu hendaklah didapatkan semula daripada orang itu oleh Pihak Berkuasa Negeri, atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Pihak Berkuasa Negeri, melalui guaman sivil.

BM.indd 37 1/7/08 2:27:18 PM

Page 39: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang38 EnakmEn 5

(5) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh dianggap terpakai bagi apa-apa tembok, struktur sokongan, bangunan atau struktur yang sedia ada pada masa permulaan kuat kuasa enakmen ini.

telaga

53. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan lokasi telaga tertentu yang dibina oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh pemegang lesen untuk pembekalan air mentah di dalam kawasan yang ditetapkan.

(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, mana-mana orang yang bertujuan untuk menggerek, menggerudi, mengorek atau selainnya membina suatu telaga bagi maksud mengeluarkan air daripadanya dalam lingkungan setengah kilometer radius dari telaga yang diwartakan, hendaklah memohon terlebih dahulu kepada Pengarah bagi mendapatkan lesen untuk berbuat demikian.

(3) Pengarah boleh memberikan lesen, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, kepada mana-mana orang untuk menggerek, menggerudi, mengorek atau selainnya membina suatu telaga setelah dibayar fi yang ditetapkan.

(4) Bagi maksud seksyen ini, telaga tidaklah termasuk sesuatu telaga yang digunakan bagi maksud domestik.

Penalti kerana mengusahakan telaga tanpa lesen

54. Mana-mana orang yang gagal mendapat lesen daripada Pengarah di bawah subseksyen 53(3) sebelum dia menggerek, menggerudi, mengorek atau selainnya membina telaga atau yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan ke atas lesen itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan di samping itu, denda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadanya selama mana kegagalan atau pelanggaran itu berterusan.

BM.indd 38 1/7/08 2:27:18 PM

Page 40: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 39

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan

55. Tanpa menjejaskan kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat kaedah atau peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain enakmen ini, Pihak Berkuasa Negeri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan sebagaimana yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri adalah wajar atau perlu bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan enakmen ini bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut— (a) untuk menetapkan fungsi dan tugas Pengarah atau mana-

mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 10; (b) untuk mengawal selia pengeluaran dan pembekalan air

mentah daripada sumber air; (c) untuk mengawal selia pengeluaran dan pembekalan dan

pengawalan air mentah daripada mana-mana sistem pembekalan air mentah atau sebahagian daripadanya;

(d) untuk mengawal selia pengeluaran dan pembekalan air mentah bagi maksud domestik, perdagangan dan maksud-maksud lain;

(e) untuk menetapkan caj yang boleh dikenakan bagi pengeluaran dan pembekalan air mentah kepada pengguna;

(f) untuk menetapkan apa-apa fi yang dikehendaki dibayar di bawah enakmen ini;

(g) untuk menetapkan keperluan-keperluan spesifik mengenai bahan-bahan yang hendaklah ada atau sebaliknya dalam air mentah dan berkenaan dengan ciri-ciri lain air itu supaya air yang dibekalkan kepada mana-mana premis adalah sesuai bagi maksud ia dibekalkan;

(h) bagi memastikan bahawa alat pemasangan air yang dipasang dan digunakan oleh orang yang kepada mereka air adalah atau akan dibekalkan oleh seseorang pemegang lesen adalah selamat dan tidak menyebabkan atau menyumbang kepada kesilapan sukatan air mentah atau getaran mana-mana paip dan bagi membuat peruntukan

BM.indd 39 1/7/08 2:27:18 PM

Page 41: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang40 EnakmEn 5

berkaitan dengan alat pemasangan air itu sebagaimana yang ditetapkan—

(i) untuk melarang pemasangan, penyambungan atau penggunaan alat pemasangan air jika alat pemasangan air itu belum diluluskan di bawah peraturan-peraturan atau jika alat pemasangan air itu melanggar peraturan-peraturan;

(ii) untuk menghendaki supaya alat pemasangan air adalah menurut apa-apa saiz, jenis, kekuatan atau hasil kerja, adalah dibuat daripada apa-apa bahan atau mengikut apa-apa cara atau menepati apa-apa standard sebagaimana yang ditetapkan; dan

(iii) untuk mengenakan apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan pemasangan, penyusunan, penyambungan, pengujian, pemotongan, pengubahan dan pembaikan alat pemasangan air dan berhubung dengan bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatannya;

(i) untuk menetapkan masa dan tempat bagi pembayaran wang yang kena dibayar bagi air mentah yang dikeluarkan atau dibekalkan atau denda bagi mana-mana kesalahan yang dikompaun di bawah enakmen ini dan cara pungutan dan pelupusannya;

(j) untuk menentukan terma-terma dan syarat-syarat bagi pengeluaran dan pembekalan air mentah kepada pembangunan harta yang baru atau kawasan perumahan dan untuk menetapkan amaun sumbangan kos daripada pemaju-pemaju;

(k) untuk memperuntukkan jarak waktu, masa dan cara bagaimana mana-mana sistem pembekalan air mentah boleh diperiksa, notis (jika ada) yang perlu diberi berhubung dengan pemeriksaan dan persediaan yang perlu dibuat oleh pemegang lesen atau mana-mana pihak pengurusan untuk pemeriksaan;

(l) untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum yang hendaklah digunakan dalam rekabentuk, pembinaan, perlindungan, pengendalian dan penyenggaraan mana-mana sistem pembekalan air mentah;

BM.indd 40 1/7/08 2:27:18 PM

Page 42: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 41

(m) untuk menetapkan cara bagaimana pelan dan spesifikasi mengenai mana-mana sistem pembekalan air mentah yang dicadangkan hendak dikemukakan di bawah enakmen ini;

(n) untuk menetapkan bentuk dan kandungan lesen yang akan dikeluarkan di bawah enakmen ini, pengecualian, syarat-syarat yang hendak ditetapkan, syarat-syarat bagi pembatalan dan pembaharuan lesen dan fi yang hendak dibayar bagi lesen itu;

(o) untuk menetapkan kelayakan minimum yang hendaklah dimiliki oleh seseorang itu sebelum mereka boleh dibenarkan mengendali, menyenggara atau mengurus apa-apa sistem pembekalan air mentah atau sebahagian daripadanya;

(p) untuk menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaunkan, borang-borang untuk digunakan dan cara dan prosedur bagi mengkompaunkan kesalahan-kesalahan itu;

(q) untuk menetapkan penyerahan penyata-penyata kewangan dan laporan-laporan teraudit oleh pemegang-pemegang lesen;

(r) untuk menetapkan cara yang hendak diterima pakai, sama ada dengan cara larangan atau selainnya, bagi mencegah atau memberhentikan apa-apa kacau ganggu yang mungkin timbul atau yang timbul daripada pengerjaan mana-mana sistem pembekalan air mentah;

(s) untuk menetapkan prosedur bagi membuat keputusan mengenai pertikaian dan rayuan di bawah enakmen ini;

(t) untuk mengawal selia perkhidmatan yang diberikan oleh pemegang lesen dan hubungan dengan pengguna seperti peruntukan mengenai mendapatkan kembali caj bagi pembekalan air mentah, penyambungan, pemotongan atau pemulihan semula pembekalan oleh pemegang lesen, kemasukan ke dalam mana-mana premis oleh pemegang lesen atau pegawai yang diberi kuasa bagi maksud

BM.indd 41 1/7/08 2:27:19 PM

Page 43: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang42 EnakmEn 5

yang berhubung dengan pembekalan, penyambungan, pemotongan atau pemulihan semula bekalan, kemasukan bagi maksud menggantikan, membaiki atau mengubah mana-mana paip atau loji atau kelengkapan dan bentuk notis yang dikehendaki;

(u) untuk membuat peraturan bagi maksud menghindar pencemaran, pengotoran atau pengelodakan mana-mana sungai, reservoir, kawasan tadahan atau kawasan pembekalan air mentah; dan

(v) untuk menetapkan segala perkara lain secara amnya bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan enakmen ini.

Kuasa memperuntukkan penalti bagi kesalahan-kesalahan

56. kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 55 atau mana-mana perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah enakmen ini boleh membuat peruntukan bagi apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang bertentangan dengan kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari lain itu sebagai suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau suatu tempoh pemenjaraan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya kecuali bagi kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat bagi maksud perenggan 55(u) yang boleh membuat peruntukan bagi apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang bertentangan dengan kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari lain itu sebagai suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau suatu tempoh pemenjaraan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

cara penyampaian dokumen

57. (1) Penyampaian sesuatu dokumen kepada mana-mana orang hendaklah dilaksanakan— (a) dengan menyerahkan dokumen itu kepada orang itu atau

dengan menyerahkan dokumen itu di tempat kediamannya

BM.indd 42 1/7/08 2:27:19 PM

Page 44: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 43

yang akhir diketahui atau dengan menyerahkannya kepada seorang dewasa di premis itu;

(b) dengan meninggalkan dokumen itu di tempat biasa kediaman atau perniagaan orang itu atau yang akhir diketahui dalam sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau

(c) dengan menghantar dokumen itu melalui pos dalam surat prabayar yang dialamatkan kepada orang itu di tempat biasa kediaman atau perniagaannya atau yang akhir diketahui.

(2) Sesuatu dokumen yang dikehendaki disampaikan kepada pemunya atau penduduk mana-mana premis hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sempurna jika dialamatkan dengan perihalan “pemunya” atau “penduduk” premis itu tanpa nama atau perihalan selanjutnya dan boleh disampaikan dengan menyerahkan dokumen itu kepada seorang dewasa di premis itu atau, jika tidak ada orang sedemikian di premis itu yang kepadanya dokumen itu boleh dengan usaha yang munasabah diserahkan, dengan melekatkan dokumen itu pada suatu tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Ketaktepatan perihalan tidak membawa padah

58. (1) Tiada kesilapan nama atau ketaktepatan perihalan mana-mana orang, premis, pegangan, jalan atau tempat yang dinamakan atau diperihalkan dalam mana-mana dokumen yang disediakan, dikeluarkan atau disampaikan di bawah, menurut atau bagi maksud enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh dengan apa-apa cara menyentuh kuat kuasa enakmen ini atau peraturan-peraturan itu berkenaan dengan orang atau tempat itu jika orang atau tempat itu dinyatakan dalam dokumen itu sedemikian rupa sehingga boleh dikenal pasti.

(2) Tiada prosiding yang diambil di bawah atau menurut enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah enakmen ini boleh menjadi tidak sah kerana ketaktepatan bentuk.

BM.indd 43 1/7/08 2:27:19 PM

Page 45: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang44 EnakmEn 5

Perakuan Pendaftar bukti prima facie pemunyaan tanah

59. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sesuatu surat perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar bagi maksud membuktikan tuan punya berdaftar mana-mana tanah hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan apa-apa fakta yang disebutkan di dalamnya.

Pemindah masih dikenakan pembayaran

60. (1) Tiap-tiap orang yang menjual atau memindah milik apa-apa harta yang berkenaan dengannya kos dan perbelanjaan telah ditanggung oleh Pengarah atau seseorang pemegang lesen atau pekhidmat dan ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada atau semasa pelaksanaan apa-apa kerja yang di bawah enakmen ini boleh didapatkan kembali daripada pemunya harta itu, hendaklah terus bertanggungan bagi pembayaran semua kos dan perbelanjaan yang kena dibayar berkenaan dengan harta itu dan bagi pelaksanaan segala obligasi lain yang dikenakan oleh enakmen ini ke atas pemunya harta itu yang kena dibayar atau yang hendaklah dilaksanakan pada bila-bila masa sebelum pemindahmilikan itu berkuat kuasa.

(2) Tiada apa-apa dalam enakmen ini boleh menyentuh tanggungan pembeli atau penerima pindahan untuk membayar kos dan perbelanjaan berkaitan dengan harta yang disebut dalam subseksyen (1) atau menyentuh hak Pengarah atau seseorang pemegang lesen atau pekhidmat dan ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mendapatkan kembali kos dan perbelanjaan itu daripada, atau untuk menguatkuasakan mana-mana obligasi di bawah enakmen ini terhadap, pembeli atau penerima pindahan itu.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

61. (1) Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan

BM.indd 44 1/7/08 2:27:19 PM

Page 46: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 45

perbadanan, tiap-tiap orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu adalah seorang pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah atau pegawai sedemikian hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mencegah perlakuan kesalahan itu.

(2) Mana-mana orang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah mana-mana peruntukan enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu dibuat atau ditinggalkan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah perlakuan atau peninggalan perkara itu.

beban membuktikan dan anggapan

62. (1) Dalam sesuatu pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atas pertuduhan melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, melainkan jika orang yang melakukan perbuatan itu adalah berhak berbuat demikian kerana dia adalah seorang pemegang lesen, permit atau ada kebenaran, keizinan, kuasa atau pengecualian bertulis yang memberi hak kepadanya melakukan perbuatan itu, maka adalah memadai bagi pihak pendakwaan menuduh dan membuktikan bahawa dia melakukan perbuatan itu dan beban membuktikan adalah dengan itu terletak pada tertuduh untuk menunjukkan bahawa dia berhak melakukan perbuatan itu.

(2) Pada bila-bila masa apa-apa pelepasan telah dilakukan di bawah perenggan 37(a), (b), (c), (d) dan (g), pemunya atau penduduk tanah dari mana pelepasan itu dilakukan hendaklah, dalam ketiadaan pembuktian sebaliknya, dianggap telah melakukannya.

BM.indd 45 1/7/08 2:27:19 PM

Page 47: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang46 EnakmEn 5

(3) Jika tebing sesuatu sungai diganggu atau jika apa-apa penebangan, halangan, gangguan atau bangunan dibina bertentangan dengan subseksyen 52(1), pemunya dan penduduk tanah yang di dalamnya tebing atau mana-mana bahagiannya telah diganggu dan pemunya dan penduduk tanah yang di atasnya pokok ditebang atau yang berhampiran dengan halangan, gangguan atau bangunan itu hendaklah di dalam mana-mana prosiding di bawah enakmen ini dianggap, dengan ketiadaan bukti yang bertentangan, telah mengganggu tebing itu, atau melakukan penebangan, halangan, gangguan, atau pembinaan bangunan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Maklumat atau pemberi maklumat tidak boleh didedahkan

63. (1) kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada seorang saksi pun dalam mana-mana prosiding jenayah di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh diwajibkan atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat seseorang pemberi maklumat atau maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membolehkan dirinya diketahui.

(2) Jika sesuatu buku atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding jenayah mengandungi apa-apa catatan yang di dalamnya mana-mana pemberi maklumat ada dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membolehkan dirinya diketahui, mahkamah hendaklah memastikan semua catatan itu dilindungi daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

(3) Jika dalam perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, mahkamah berpendapat, setelah kes itu disiasat dengan sepenuhnya, bahawa pemberi maklumat itu telah dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia ketahui atau mempercayai adalah palsu atau dia tidak percaya sebagai benar, atau jika keadilan tidak dapat dilaksanakan secukupnya di antara pihak-pihak dalam perbicaraan itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki

BM.indd 46 1/7/08 2:27:20 PM

Page 48: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 47

dikemukakan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan sesuatu siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.

Keizinan Pendakwa Raya perlu untuk pendakwaan

64. (1) Tiada pendakwaan boleh dimulakan di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tanpa mendapat keizinan bertulis terlebih dahulu daripada Pendakwa Raya.

(2) Mana-mana orang yang menyekat atau menghalang Pengarah, mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis dalam menjalankan secara sah di sisi undang-undang mana-mana kuasanya di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan di bawah enakmen ini.

Pengkompaunan kesalahan

65. (1) Pengarah atau mana-mana pegawai di bawah kawalan, arahan dan pengawasannya yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis olehnya boleh mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah perenggan 37(g), (h) dan (i), seksyen 38 dan 41.

(2) Suatu tawaran secara bertulis hendaklah dibuat kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahannya dengan pembayaran kepada Pengarah sejumlah wang sebagaimana yang ditentukan yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang seseorang itu boleh didenda jika disabitkan kesalahan itu, dalam tempoh yang ditetapkan dalam tawaran itu.

(3) Apa-apa tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa setelah kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum pendakwaan mengenainya dimulakan.

BM.indd 47 1/7/08 2:27:20 PM

Page 49: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang48 EnakmEn 5

(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan— (a) tiada lagi prosiding boleh diambil dan tiada pendakwaan

boleh dimulakan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat; dan

(b) apa-apa barang, buku, buku minit, buku pendaftaran, dokumen, bahan atau barang-barang lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat kompaun itu.

(5) Jika amaun yang ditentukan dalam tawaran untuk mengkompaun tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan sebagaimana diizinkan oleh Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.

(6) Apa-apa jumlah yang diterima di bawah subseksyen (1) hendaklah dikreditkan sebagai hasil kerajaan Negeri.

Majistret Kelas Pertama mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

66. Walau apa pun yang terkandung dalam Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92], seorang Majistret kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan untuk mengenakan hukuman sepenuhnya bagi kesalahan itu.

Akta Perlindungan Pihak berkuasa Awam 1948

67. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pengarah atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejennya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau yang ditinggalkan olehnya atas sifat yang sedemikian.

BM.indd 48 1/7/08 2:27:20 PM

Page 50: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Sumber Air 49

Pengarah dan pegawai-pegawai adalah pekhidmat awam

68. Pengarah dan pegawai, pekhidmat dan ejennya semasa menjalankan tugas mereka sebagai pegawai, pekhidmat dan ejen sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian kanun keseksaan [Akta 574].

Pengecualian tertentu

69. (1) Mana-mana orang yang diberi kuasa memperolehi, menyedut atau mengambil air mentah atau secara lain memperolehi bekalan air mentah menurut mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa adalah dikecualikan daripada keperluan mendapat lesen bagi maksud sedemikian di bawah enakmen ini.

(2) Pihak Berkuasa Negeri boleh, dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada kesemua atau mana-mana peruntukan enakmen ini.

Pemansuhan, pengecualian dan peruntukan peralihan

70. (1) Apabila enakmen ini mula berkuat kuasa, Water Supply enactment [F.M.S. Cap. 203] dan Waters Act 1920 [Akta 418], yang secara kolektif disebut “perundangan yang dimansuhkan” dalam seksyen ini, dimansuhkan setakat mana yang terpakai bagi Negeri Pahang:

Dengan syarat bahawa semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perundangan yang dimansuhkan dan yang mempunyai kuat kuasa dan telah berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa enakmen ini hendaklah, setakat yang perundangan subsidiari itu selaras dengan mana-mana peruntukan enakmen ini, disifatkan sebagai telah dibuat di bawah enakmen ini dan terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan dan digantikan dengan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah enakmen ini.

BM.indd 49 1/7/08 2:27:20 PM

Page 51: Enakmen Sumber Air Pahang 2007

Undang-Undang Negeri Pahang50 EnakmEn 5

(2) kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa-apa dalam enakmen ini boleh— (a) menjejaskan kuat kuasa terdahulu, atau apa-apa jua yang

dilakukan dengan sewajarnya atau yang ditanggung di bawah perundangan yang dimansuhkan; atau

(b) menyentuh apa-apa hak, hak milik, kepentingan, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperolehi, terakru atau ditanggung di bawah perundangan yang dimansuhkan.

Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada 23 November 2007.[PeRB.Phg. 02/013/51 Jd. 8; PUN. Phg. 788]

syed ahMad Khirulanwar alyahya Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Pahang

BM.indd 50 1/7/08 2:27:20 PM