33
ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ KOMUNITI ZON SELATAN MOHD THAKIF SUBKHE BIN SUBARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ

KOMUNITI ZON SELATAN

MOHD THAKIF SUBKHE BIN SUBARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o

JUDUL: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ

KOMUNITI ZON SELATAN

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya _ MOHD THAKIF SUBKHE BIN SUBARI mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR AZLAN BIN ABD LATIB Nama Penyelia 38 JLN HJ ABD KARIM 45100 SG AIR TAWAR SABAK BERNAM SELANGOR Tarikh: _____________ Tarikh: _________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

29 DISEMBER 2011 29 DISEMBER 2011

Page 3: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrikal).”

Tandatangan :…………………………................

Nama Penyelia : DR. AZLAN BIN ABDUL LATIB

Tarikh :……………………………………

Page 4: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

i

ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ

KOMUNITI ZON SELATAN

MOHD THAKIF SUBKHE BIN SUBARI

“Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(KEJURUTERAAN ELEKTRIK)”

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER 2011

Page 5: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

ii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :…………………………................

Nama Penulis : Mohd Thakif Subkhe Bin Subari

Tarikh :……………………………………

Page 6: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

iii

Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu.....

Untuk arwah ayah dan ibu tercinta,

Hj. Subari Bin Hj. Abd. Karim dan Hjh. Aliah Binti Saian

Doa, dorongan dan pengorbanan

mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima Kasih ayah dan ibu.

Untuk seluruh Adik-beradik yang disayangi,

Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.

Untuk sahabat handai yang sentiasa disisi,

Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan

serta perkongsian suka dan duka bersama.

Page 7: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah diatas segala rahmat dan limpah kurniaNya tesis ini dapat

disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.

Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia

projek sarjana muda, Dr. Azlan Bin Abdul Latib diatas bimbingan dan dorongan yang

diberikan sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian ini tanpa mengenal erti jemu.

Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas

segala jasa baik yang telah diberikan.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada pihak pengurusan, tenaga

pengajar juga pelatih di kesemua kolej komuniti yang terlibat dalam kajian ini. Jasa dan

kerjasama yang diberikan amat saya hargai.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada individu yang terlibat sama ada

secara langsung atai tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga Allah S.W.T

membalas segala bantuan yang telah dihulurkan.

Page 8: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

v

ABTSRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap aplikasi prinsip ergonomik

bengkel dan cara kerja pelatih yang dilihat daripada persepsi pelatih yang sedang

mengikuti kursus Sijil Teknologi Elektrik (STE) di Kolej Komuniti Zon Selatan

Semenanjung Malaysia. Kaedah kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif dan

kualitatif. Pengkaji menggunakan soal-selidik yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik

dan melakukan catatan semasa membuat pemerhatian di kesemua bengkel yang terlibat

sebagai instrumentasi kajian. Sampel kajian terdiri daripada 248 orang pelatih STE di

empat buah kolej komuniti iaitu Segamat, Segamat 2, Masjid Tanah dan Jelebu yang

diperolehi secara rawak. Data mentah yang diperolehi kemudiannya dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS+PC) untuk

mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi melihat persepsi pelatih di kolej

komuniti. Analisis kebolehpercayaan kajian ini telah mencapai tahap yang sesuai bagi

menjalankan kajian, di mana nilai Alpha Cronbach ialah 0.87 dan bersesuaian dengan

objektif kajian yang dibentuk. Hasil kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa

tahap pengaplikasian prinsip ergonomik terhadap bengkel elektrik dan cara kerja pelatih

STE adalah berkedudukan yang sederhana. Penyelidik telah mencadangkan beberapa

saranan bagi membantu memperbaiki tahap aplikasi ergonomik terhadap bengkel dan

cara kerja pelatih supaya pelatih sentiasa berasa selesa dan selamat semasa menjalankan

kegiatan amali di dalam bengkel.

Page 9: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

vi

ABTRACT

The purpose of this study was to determine the level of application ergonomics

principle and working trainees from the trainer perception of trainee who is pursuing a

certificate course in Electrical Technology (STE) in Community Collage South Zone of

Peninsular Malaysia. Method study was conducted using a quantitative and qualitative.

The questionnaires developed by the researchers and make a note when making

observation at all the workshop involved as Instrumentation of the studies. The sample

consisted of 248 trainees STE in four community college of Segamat, Segamat 2, Masjid

Tanah also Jelebu and measured using Likert scale. The data collected is then analyzed

using the Statistical Package For Social Sciences (SPSS PC +) to indicate the frequency,

percentage and mean for the trainer perception. Analysis of the reliability of this study

was to achieve an appropriate level to undertake a study, in which the Cronbach Alpha

value is 0.87 and in accordance with the established objectives of the study. The study

has shown that the application of ergonomic principle of workplace and ways of

working of trainee STE at a moderate level. Researchers have proposed several

recommendations to help improve application of ergonomics to the workshop to trainers

always feel comfortable and safe while carrying out practical activities in the workshop.

Page 10: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

Page 11: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

viii

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Definasi Istilah Kajian 11

1.9 Batasan Kajian 13

1.10 Kerangka Konseptual Kajian 14

1.11 Kesimpulan

15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kewujudan Ergonomik 18

2.3 Masalah Ergonomik

2.3.1 Masalah Ergonomik di Industri

19

19

2.4 Fokus Ergonomik 21

2.5 Reka Bentuk Stesyen Kerja 22

2.6 Prinsip Kesesuaian Tempat Kerja

2.6.1 Ketercapaian Peralatan

2.6.2 Ruang Kerja

2.6.3 Ketinggian Kerja

2.6.4 Tempat Duduk

2.6.5 Tempat Penyimpanan Peralatan

23

24

25

25

26

28

2.7 Persekitaran Kerja

2.7.1 Pencahayaan

2.7.2 Kebisingan

2.7.3 Suhu

28

29

29

30

2.8 Ergonomik Cara Kerja 31

2.9 Kemudahan Tempat Kerja 32

2.10 Kajian –kajian Terdahulu 33

2.11 Kesimpulan 35

Page 12: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 36

3.3 Prosedur Pengumpulan Data 37

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38

3.5 Tempat Kajian 40

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Bahagian A

3.6.2 Bahagian B

3.6.3 Bahagian C

40

41

42

43

3.7 Penganalisis Data 43

3.8 Kesahan Soal Selidik 45

3.9 Kajian Rintis 45

3.10 Keboleh Peccayaan 46

3.11 Kerangka Operasi Kerja 47

3.12 Prosedur Kajian 48

3.13 Kesimpulan 49

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 51

4.2 Analisis Data Bahagian A

4.2.1 Jantina

4.2.2 Bangsa

4.2.3 Pencapaian Akademik Tertinggi Pelatih

4.2.4 Semester Pengajian Responden

4.2.5 Kolej Komuniti

51

51

51

52

53

53

Page 13: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

x

4.3 Analisis Data Bahagian B 54

4.4 Analisis Data Bahagian C 72

4.5 Analisis Anova 75

4.6 Rumusan Dapatan Kajian

4.6.1 Rumusan Soal Selidik

4.6.2 Rumusan Pemerhatian

84

84

86

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Ringkasan Kajian 87

5.2 Rumusan Dapatan Kajian

5.2.1 Rumusan Kajian Bahagian A

5.2.2 Rumusan Kajiab Bahagian B

5.2.3 Rumusan Kajian Bahagian C

5.2.4 Rumusan Kajian Bahagian Hipotesis Kajian

90

90

91

93

94

5.3 Perbincangan

5.3.1 Tahap Pengetahuan Pelatih Terhadap

Prinsip-prinsip Ergonomik

5.3.2 Tahap kepatuhan bengkel elektrik terhadap

prinsip kesesuaian tempat kerja

5.3.3 Tahap pencahayaan, kebisingan dan suhu

mematuhi prinsip persekitaran yang selamat

5.3.4 Tahap cara kerja yang dilakukan oleh

pelatih terhadap prinsip ergonomik

5.3.5 Kelengkapan asas di bengkel elektrik.

5.3.6 Model Ergonomik Penyelidik

94

95

97

100

102

105

107

Page 14: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

xi

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan kepada pengurusan dan tenaga pengajar

5.4.2 Cadangan kepada pereka susun atur bengkel

5.4.3 Cadangan Lanjutan

109

109

111

112

5.5 Kesimpulan 113

BIBLIOGRAFI 114

LAMPIRAN

119

Page 15: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Hubungan antara posture dan kesakitan pada

tubuh

32

2.2 Tahap pencahayaan, suhu dan kebisingan di

kilang elektronik.

34

2.3 Faktor penyebab berlakuknya MSDs di industri. 35

3.1 Taburan populasi dan sampel dalam kajian

penyelidik

39

3.2 Taburan item dalam soal selidik (Bahagian B) 42

3.3 Nilaian Skala Likert 43

3.4 Item pemerhatian. 43

3.5 Skala Min 44

4.1 Taburan responden mengikut jantina 51

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 51

4.3 Taburan responden mengikut akademik 52

4.4 Taburan semester pengajian responden 53

4.5 Taburan responden mengikut Kolej Komuniti 53

4.6 Analisis tahap pengetahuan pelatih terhadap

prinsip ergonomik

55

4.7 Analisis tahap kepatuhan bengkel elektrik

terhadap prinsip kesesuaian tempat kerja

58

4.8 Analisis terhadap tahap pencahayaan,

kebisingan dan suhu mematuhi prinsip

persekitaran yang selamat.

63

Page 16: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

xiii

4.9 Analisis terhadap cara kerja pelatih berdasrkan

prinsip-prinsip ergonomik.

67

4.10 Analisis pemerhatian kelengkapan asas bengkel

elektrik

72

4.11 Analisis tahap pengetahuan pelatih terhadap

prinsip-prinsip ergonomik di antara Kolej

Komuniti dengan.

75

4.12 Analisis kepatuhan bengkel elektrik terhadap

prinsip kesesuaian tempat kerja antara kolej

komuniti.

77

4.13 Analisis tahap pencahayaan, kebisingan dan

suhu di dalambengkel di antara Kolej Komuniti.

80

4.14 Analisis tahap cara kerja yang dilakukan oleh

pelatih di antara Kolej Komuniti

82

4.15 Rumusan analisis dapatan kajian. 84

4.16 Analisis pemerhatian terhadap keperluan asas

bengkel.

86

Page 17: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Konseptual Kajian 14

2.1 Masalah MSDs di AS pada pekerja

di industri

20

2.2 Sistem kerja 21

2.3 Hubungan antara kebolehan kerja

dan suhu

31

3.1 Kerangka Kerja 47

5.1 Model Ergonomik Penyelidik 107

Page 18: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN MUKA SURAT

1. LAMPIRAN A 119

2. LAMPIRAB B 121

3. LAMPIRAN C 140

4. LAMPIRAN D 143

5. LAMPIRAN E 152

Page 19: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Industri di Malaysia semakin pesat dan rancak membangun. Perkara ini

menyebabkan negara sangat memerlukan tenaga mahir untuk memenuhi keperluan

industri. Selain dari itu, tenaga mahir yang tinggi akan membolehkan negara untuk

bersaing dengan negara-negara maju dalam bidang industri. Perkara ini sangat

penting untuk menyahut seruan Wawasan 2020 yang telah dilancarkan oleh Tun Dr

Mahathir Bin Mohamad semasa beliau masih memegang jawatan Perdana Menteri.

Hasrat negara untuk menjadi maju dan pengeluar teknologi memerlukan

tenaga mahir dan separa mahir yang benar-benar pakar dalam bidang teknologi dan

kejuruteraan. Justeru itu, sistem pendidikan teknologi yang wujud hari ini perlu

diberi penekanan kepada pelatih-pelatih teknologi agar mempunyai kepakaran yang

setanding dengan negara-negara maju.

“Mewujudkan masyarakat santifik dan prograsif, masyarakat

yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan,

yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menjadi

penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan”

(Sumber: Cabaran ke-enam Wawasan 2020, IEMEJ, Vol. 4, March 1996)

Page 20: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

2

Sehubungan dengan itu pada 5 Julai 2000, satu memorandum telah dihantar

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada jemaah menteri berkenaan hasrat

mereka untuk menubuhkan kolej komuniti (KK) di setiap parlimen. Dalam

memorandum tersebut, telah dinyatakan bahawa Kolej Komuniti akan berperanan

untuk menyediakan keperluan kemahiran pada semua peringkat dan memberi

kemahiran buat pelatih lepasan sekolah menengah sebelum mereka masuk ke pasaran

kerja mahupun melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

Sejajar dengan kehendak pada masa kini kolej komuniti telah mewujudkan

Visi dan Misi mereka sendiri. Visi dan misi kolej komuniti telah menggambarkan

hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir yang mampu

menyumbang kearah kecemerlangan negara. Berikut merupakan visi dan misi

mereka:-

“Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi,

Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan

graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab

selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan”

“Mewujudkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua

peringkat masyarakat dengan tumpuan kepada latihan kemahiran dan

pembangunan potensi.”

(Sumber: Laman Sesawang http://www.jpkk.edu.my/)

Pada peringkat awal penubuhannya, kolej komuniti telah diselia oleh

Kementerian Pendidikan. Hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana

Menteri dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 (dua)

kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia. Maka pihak pengurusan kolej komuniti diambil alih oleh Jabatan

Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Page 21: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

3

Pada peringkat permulaan pembukaan kolej komuniti, kerajaan telah

membuka sebanyak 10 buah kolej komuniti rintis. Kolej komuniti rintis ini

memulakan operasinya pada pertengahan bulan Jun 2001. Mengikut Rancangan

Malaysia Ke-9, lebih banyak kolej komuniti sedang dirancang pembinaannya secara

berfasa. Hasilnya, sebanyak 37 buah kolej komuniti telah dibina dan ia

menampakkan lagi kejayaan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Kolej Komuniti banyak menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil. Kursus

yang ditawarkan berperanan untuk memberi peluang kepada lulusan SPM atau

SPMV menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Konsep

pembelajaran dan penilaian kolej komuniti adalah berbeza dengan kebanyakan

Institut Pengajian Tinggi Tempatan kerana memberikan lebih penekanan kepada

praktikal (skill) berbanding teori semata-mata. Pada 14 Julai 2010, kursus-kursus

yang terdapat pada kolej komuniti telah mengalami satu revolusi baru. Pihak

Kementerian telah melancarkan Sistem Modular Kebangsaan (SMK). Dalam SMK

ini pelatih perlu menghabiskan lima modul untuk melengkapkan sijil mereka. Setiap

modul mengambil masa selama tiga ke enam bulan (Utusan Malaysia, 14 Julai

2010).

”Program jangka pendek Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan adalah

antara inisiatif yang dirangka untuk pengukuhan institusi Kolej Komuniti selain

melaksanakan program memperkasakan program pembelajaran sepanjang

hayat dan mempergiatkan program perantisan.”

(Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Utusan Malaysian,

14 Julai 2010)

Page 22: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

4

Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh pihak kolej komuniti akan

melibatkan semua pelatih mengikuti latihan amali di dalam bengkel. Lampiran A

menerangkan senarai kursus yang ditawarkan oleh kolej komuniti. Pelatih biasanya

akan menghabiskan masa mereka di dalam bengkel untuk menyiapkan tugasan yang

diberikan tenaga pengajar. Oleh itu, keadaan dalam bengkel dan susun atur

peralatannya mestilah memenuhi ciri-ciri ergonomik untuk menjamin keselesaan dan

keselamatan pelatih semasa menjalankan amali.

Istilah ergonomik menurut Wilson (2000) membawa maksud sesuatu yang

berkaitan dengan rekabentuk situasi tempat kerja supaya sesuai dengan pekerja

semasa menjalankan aktiviti. Ergonomik seharusnya merangkumi tiga aspek utama

iaitu rekacipta stesyen kerja dan peralatan, mengenal pasti dan mengurangkan kerja

yang tidak selamat dan mengawal faktor persekitaran dan berkaitan organisasi.

Aplikasi utama ergonomik adalah meningkatkan moral pekerja, meningkatkan

produktiviti dan kualiti, mengurangkan kemalangan dan mengoptima penggunaan

masa.

Ergonomik merupakan satu kajian saintifik yang mengkaji hubungan antara

persekitaran tempat kerja dengan manusia untuk mengatasi pelbagai jenis risiko

bahaya terhadap para pekerja. Ianya meliputi aspek interaksi manusia dengan

penggunaan peralatan, keperluan dalam melakukan kerja dan juga faktor persekitaran

di tempat kerja (Buletin NIOSH, 2003). Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja

agar kesihatan dan keselamatan pekerja terjamin kerana lazimnya pekerja tidak

menyedari bahawa mereka terdedah kepada pelbagai jenis risiko bahaya terhadap

kesihatan di tempat kerja seperti risiko kesihatan mental dan fizikal, bahaya

penggunaan bahan kimia, persekitaran kerja yang tidak selamat dan banyak lagi.

Page 23: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

5

1.2 Latar Belakang Masalah.

Kolej komuniti merupakan sebuah kolej kemahiran yang baru sahaja

meningkat naik. Walaupun begitu, Kolej Komuniti telah mengeluarkan graduan

yang mahir dalam bidang teknikal dan teknologi. Menurut perutusan yang dibuat

oleh Mejar Prof Madya Kamarudin Kasim selaku Ketua Pengarah Kolej Komuniti,

graduan yang telah tamat pengajian mereka pasti akan berjaya menjadi salah satu

penyumbang tenaga mahir buat negara pada masa akan datang.

Hasil temubual tidak langsung yang telah dijalankan bersama beberapa

tenaga pengajar kolej komuniti, masih ada lagi kolej komuniti menumpang di rumah

kedai untuk menjalankan aktiviti kelas dan amali. Bangunan rumah kedai yang

dijadikan sebagai kolej komuniti ini sememangnya terlalu padat dan sempit. Struktur

yang sempit akan menyukarkan para pelatih bergerak semasa menjalankan amali di

dalam bengkel. Selain dari itu, bilik yang sempit sememangnya tidak sesuai untuk

dijadikan bengkel bagi pelatih menjalankan amali. Ini kerana setiap kolej komuniti

banyak menawarkan kursus-kursus yang berorentasikan amali. Keadaan ini menjadi

terlalu padat apabila semua pelatih menjalankan amali di dalam bengkel dalam satu

masa. Selain dari rumah kedai, menurut tenaga pengajar itu lagi ada juga kolej

komuniti yang telah mempunyai bangunannya sendiri. Bagaimanapun para

pelatihnya tidak melakukan kerja amali dengan mengaplikasikan sistem ergonomik

yang telah ditetapkan. Beliau juga ada menyatakan bahawa kebanyakan peralatan

yang terdapat di bengkel kolej komuniti tidak disusun dengan sempurna.

Syarat fizikal bengkel mestilah melibatkan kemudahan susunan peralatan,

penggunaan dan pengendalian ruang kerja, kepanasan, lampu, peredaran udara serta

pemeliharaan bengkel. Ini adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan (Nicholas dan Gorman, 1977). Untuk

mewujudkan suasana bengkel sebagaimana yang dikehendaki, bengkel perlu diurus

dengan bijak dan bersistematik. Ia melibatkan kerja-kerja menyusun dan

menyelenggarakan alatan, menjaga stok, membuat pembelian stok, memastikan

keselamatan pengguna, menentukan belanjawan yang sesuai dan banyak lagi. Untuk

Page 24: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

6

mendapatkan fizikal bengkel yang selesa dan selamat ini, faktor-faktor ergonomik

sememangnya penting untuk diaplikasi oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab.

Dalam artikel yang dikeluarkan oleh Shengli Niu (2010), masalah utama pada

tempat kerja atau bengkel yang tidak ergonomik adalah sistem kerja pengurusan

yang tidak sempurna dan tidak mengambil kira faktor-faktor yang boleh

mewujudkan risiko kemalangan. Menurut beliau lagi, masalah ini bukan hanya akan

menyebabkan kemalangan, tetapi juga boleh akan menyebabkan pekerja menghadapi

penyakit seperti gangguan musculoskeletal dan stres postural (disebabkan oleh duduk

lama, berdiri, atau kedudukan bercangkung). Masalah ini akan memudaratkan

pekerja pda jangka masa yang panjang,

Keselamatan di bengkel adalah merangkumi aspek fizikal, mental,

persekitaran, harta benda serta tempat kerja yang bebas daripada bahaya.

Kemalangan-kemalangan di bengkel yang sering terjadi adalah disebabkan oleh dua

faktor utama iaitu faktor manusia dan juga faktor fizikal. Menurut Azizi Ahmad

(2007), kemalangan yang berlaku ditempat kerja akan melibatkan berlakunya

kecederaan yang tidak terduga akibat dari kecuaian atau ketidak sengajaan pekerja

semasa melakukan tugasan yang diarahkan. Kebanyakan kemalangandan kecederaan

berlaku disebabkan mangsa terjatuh semasa bekerja.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Oborne (1995), banyak bahagian

pada tubuh badan akan mengalami kecederaan dan kekejangan apabila melakukan

sesuatu kerja dalam keadaan yang tidak ergonomik. Antara bahagian badan yang

sering mengalami kecederaan dan kekejangan adalah seperti pergelangan tangan,

siku, bahu dan tapak kaki.

Di Malaysia, fenomena yang sama dipandang serius oleh semua pihak,

berdasarkan statistik dari Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO jumlah

kemalangan di tempat kerja meningkat dari 51,340 kes dalam tahun 1980 ke 95,000

kes dalam tahun 2000. Pada masa yang sama jumlah kematian juga meningkat

daripada 143 orang pada tahun 1980 ke 1004 orang pada tahun 2000. Timbalan

Page 25: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

7

Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan telah menyatakan bahawa

statistik kemalangan di tempat kerja pada tahun 2009 adalah seramai 67,000.

“Namun, apa yang menakutkan, daripada jumlah itu, kemalangan yang

berlaku di sektor perindustrian menunjukkan hampir semua kes yang dilapor

membabitkan kes kematian,”

( Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia,

Harian Metro, 12 Mei 2009 )

Sehubungan dengan keadaan ini, pihak yang bertanggung jawab kepada kolej

komuniti seharusnya menyediakan keadaan bengkel yang lebih ergonomik untuk

mengelakkan daripada berlakunya kemalangan kepada pelatih yang sedang

menjalankan aktiviti amali. Pihak yang menyediakan peralatan dan struktur untuk

setiap bengkel seharusnya mengetahui prinsip-prinsip bengkel yang ergonomik untuk

pelatih selesa menjalankan kegiatan amali.

1.3 Pernyataan Masalah

Tidak dapat dinafikan bahwa cabang ergonomik amat luas dan penting

terhadap keselamatan dan kesihatan seseorang individu. Walaupun ia selalu

dibincangkan dalam bidang industri, namun ianya turut boleh diaplikasikan dalam

kehidupan seharian lebih-lebih lagi berkaitan dengan keselamatan.

Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengetahui tahap aplikasi

ergonomik terhadap bengkel elektrik dan cara kerja di kalangan pelatih-pelatih

(STE) Kolej Komuniti di Zon Selatan Semenanjung Malaysia. Kajian akan

mengambilkira prinsip-prinsip ergonomik yang disarankan oleh ahli ergonomis

Page 26: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

8

menerusi rekabentuk stesen kerja dan persekitaran kerja yang sesuai (selesa), selamat

dan tidak membahayakan pelatih.

1.4 Objektif Kajian

Untuk mencapai objektif kajian, setiap aspek perlu diteliti dan dihalusi.

Kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa objektif penting. Objektif-objektif

tersebut ialah:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelatih tentang ergonomik stesen kerja

semasa melakukan kerja amali di bengkel.

2. Mengenal pasti tahap kepatuhan bengkel elektrik terhadap prinsip kesesuaian

tempat kerja.

3. Mengenal pasti tahap pencahayaan, kebisingan dan suhu di dalam bengkel

elektrik mematuhi prinsip persekitaran yang selamat.

4. Mengenal pasti tahap cara kerja yang dilakukan oleh pelatih terhadap prinsip

ergonomik.

5. Mengenal pasti samaada bengkel elektrik dilengkapi dengan perkara asas

sebuah bengkel mengikut prinsip ergonomik.

6. Menghasilkan 1 (satu) rangka teori model stesen kerja yang mengaplikasikan

prinsip-prinsip ergonomik.

Page 27: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

9

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik merumuskan kepada tiga persoalan yang wajar

ditinjau iaitu:

1. Apakah tahap pengetahuan pelatih terhadap prinsip ergonomik?

Apakah tahap kepatuhan bengkel elektrik terhadap prinsip kesesuaian tempat

kerja?

2. Apakah tahap pencahayaan, kebisingan dan suhu mematuhi prinsip

persekitaran yang selamat?

3. Apakah tahap cara kerja yang dilakukan oleh pelatih terhadap prinsip

ergonomik?

4. Apakah bengkel elektrik dilengkapi dengan perkara asas sebuah bengkel

mengikut prinsip ergonomik?

1.6 Hipotesis Kajian

1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pelatih terhadap

prinsip-prinsip ergonomik di antara Kolej Komuniti.

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap bengkel elektrik mematuhi

prinsip kesesuaian tempat kerja di antara Kolej Komuniti

3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencahayaan, kebisingan dan

suhu di dalam bengkel di antara Kolej Komuniti.

4. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap cara kerja yang dilakukan

oleh pelatih bersesuaiani dengan prinsip ergonomik di antara Kolej Komuniti

Page 28: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

10

1.7 Kepentingan Kajian

Penyelidik berharap agar hasil kajian ini, dapat memberi manfaat kepada

pihak yang berkenaan. Antara kepentingan kajian ini dijalankan adalah seperti

berikut:

a) Pelatih

Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberi kesedaran terhadap pelatih

berkenaan dengan kepentingan ergonomik. Diharapkan juga, para pelatih

dapat mengaplikasi prinsip ergonomik semasa mereka menjalankan aktiviti

amali untuk mengelakkan berlakunya kemalangan dan men jamin keselesaan.

Kajian ini juga akan membantu pelatih supaya dapat menjalankan kerja

dengan lebih sistematik

b) Kolej Komuniti

Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini, diharapkan dapat membantu

pihak berwajib kolej komuniti untuk mereka mudah menyusun semua pelatih

di dalam bengkel supaya mengikut prinsip ergonomik. Kajian ini juga boleh

membantu tenaga pengajar menilai keadaan di dalam bengkel. Selain itu,

pihak kolej komuniti dapat mementingkan keselesaan dan keselamatan

pelatih semasa menjalankan amali.

c) Pereka susun atur bengkel

Melalui hasil kajian ini boleh juga diguna pakai kepada pereka pereka susun

atur bengkel untuk membina plan lantai sesebuah bengkel. Dengan cara ini,

semua bengkel yang akan dibina pasti akan mengikut piawaian ergonomik.

Kontraktor juga akan dapat memanfaatkan kajian ini untuk mewujudkan

sebuah bengkel yang selesa dan selamat.

Page 29: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

11

1.8 Definisi Istilah Kajian

Dalam kajian ini, banyak istilah dan terma yang digunakan. Antara istilah

yang digunakan adalah seperti berikut:

a) Bengkel

Bengkel merupakan tempat untuk pekerja menjalankan aktiviti tangan. Selain

itu, kebiasaannya bengkel digunakan untuk sesuapa yang mempunyai

kemahiran sahaja. Dalam kajian ini, bengkel merujuk kepada tempat untuk

pelatih kolej komuniti menjalankan kegiatan amali dan menyiapkan segala

tugasan yang diberikan kepada mereka. Kebiasaanya pelatih kolej komuniti

akan menghabiskan masa untuk menimba segala ilmu yang sedang dipelajari

di dalam bengkel.

b) Pelatih

Pelatih secara umum membawa maksud, individu atau sekelompok yang

sedang menjalani latihan samada dalam bentuk formal dan tidak formal.

Dalam kajian ini, penyelidik meletakkan pelatih adalah sekelompok individu

yang sedang menjalankan latihan di kolej komuniti sekitar zon selatan dan

mengambil kursus Sijil Teknologi Elektrik.

c) Keperluan ergonomik

Dalam kajian ini, penyelidik meletakkan keperluan ergonomik sebagai aspek

utama untuk dikaji. Keperluan ergonomik dalam kajian ini membawa maksud

sejauh mana keperluan ergonomik perlu dilakukan untuk menjamin

keselesaan dan keselamatan pelatih kolej komuniti menjalankan amali. Dalam

kajian ini juga menyatakan bagaimana sistem ergonomik mesti digunakan

untuk menyusun peralatan di dalam bengkel.

Page 30: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

12

d) Pengetahuan

Maksud pengetahuan secara umum adalah satu maklumat yang difahami

secara mendalam oleh seseorang. Dalam kajian ini, pengetahuan membawa

maksud kefahaman yang difahami oleh pelatih kolej komuniti terhadap

konsep ergonomik. Kefahaman ergonomik ini dapat dijelmakan dengan

kaedah yang digunakan semasa menjalankan amali di bengkel.

e) Kesesuaian tempat kerja (stesen kerja)

Kesesuaian tempat kerja membawa maksud keadaan susun atur peralatan dan

perkakasan di dalam bengkel. Selain itu, kesesuain tempat kerja merujuk

kepada bagaimana pergerakan pelatih kolej komuniti menjalankan aktiviti

amali.

f) Persekitaran bengkel

Persekitaran bengkel ini merujuk kepada bagaiman keadaan bengkel semasa

pelatih menjalankan amali. Dalam kajian ini, penyelidik meletakkan

pencahayaan, kebisingan dan suhu sebagai aspek utama untuk dikaji.

Pencahayaan, kebisingan dan suhu memainkan peranan penting untuk

menjamin keselamatan pelatih semasa menjalankan amali.

g) Sistem kerja

Sistem kerja dalam kajian ini bermaksud operasi kerja yang dilakukan oleh

pelatih semasa menjalankan amali. Langkah-langkah operasi kerja juga

merupakan salah satu sistem kerja yang akan dikaji oleh penyelidik. Sistem

kerja yang baik dapat mengelak berlakunya kemalangan di dalam bengkel.

Page 31: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

13

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini akan melibatkan beberapa buah kolej komuniti di serata zon

selatan semenanjung Malaysia dan ia hanya membabitkan hanya pelatih yang

mengambil kursus Sijil Teknologi Elektrik sahaja. Pemilihan kursus adalah mengikut

kreteria yang ditentukan oleh penyelidik. Kursus STE dipilih oleh penyelidik adalah

disebabkan kursus ini paling banyak menggunakan bengkel berbanding kursus lain.

Oleh yang demikian, kajian ini meliputi keperluan terhadap prinsip ergonomik bagi

pelatih kolej komuniti semasa mereka menjalankan amali.

Kajian ini berpandukan kepada data yang dikumpul daripada responden-

responden di kolej komuniti. Ketepatan kajian adalah bergantung kepada kesahan

instrumen kajian yang digunakan dan andaian bahawa jawapan yang diberikan

adalah jujur. Selain itu, kajian ini juga bergantung kepada kerjasama yang diberikan

oleh responden semasa mereka menjawan soal-selidik.

Hasil kajian adalah terbatas kerana hanya dapat untuk menilai tahap aplikasi

prinsip ergonomik pada pelatih semasa menjalankan amali di dalam bengkel. Selain

itu, keputusan kajian ini tidak dapat menggambarkan keadaan sebenar tahap

ergonomik di keseluruhan bengkel elektrik yang terdapat di kolej komuniti yang

dipilih oleh penyelidik.

Page 32: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

14

1.10 Kerangka Konseptual Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik telah membentuk kerangka konsep yang

bertujuan untuk menjelaskan kajian yang ingin dikaji seperti berikut;

Rajah 1.1 : Rajah Kerangka Konsep

Kerangka konsep yang dibina oleh penyelidik adalah menggabungkan

beberapa teori yang akan dibincangkan secara terperinci oleh penyelidik di dalam

Bab II. Di dalam kerangka konsep ini juga penyelidik telah menggabungkan 5 (lima)

aspek yang penting untuk menjadikan bengkel elektrik sebuah bengkel yang

ergonomik bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pelatih semasa menjalankan

amali.

APLIKASI ERGONOMIK

PERSEKITARAN KERJA

• Kesesuaian tempat kerja.

• Pencahayaan, kebisingan dan suhu

• Keperluan asas

• Teknik pelatih bekerja

• Tahap pengetahuan pelatih.

BENGKEL SELESA DAN SELAMAT

Page 33: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ … · 2012. 3. 2. · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti

15

Selanjutnya, penyelidik akan bertanya kepada pelatih melalui borang soal

selidik yang akan diedarkan kepada mereka untuk mengetahui sama ada bengkel

yang mereka gunakan semasa menjalankan amali mengikut 5 (lima) aspek yang

hendak di kaji oleh penyelidik. Dengan itu, penyelidik akan dapat mengetahui tahap

bengkel elektrik yang mereka gunakan sama ada mengikut prinsip-prinsip ergonomik

di tempat kerja.

1.11 Kesimpulan Prinsip-prinsip ergonomik yang hendak dikaji dalam kajian ini amat penting

bagi menjamin tahap keselamatan dan keselesaan pelatih semasa menjalankan amali

di dalam bengkel elektrik. Oleh itu, penyelidik telah membina 5 (lima) persoalan

kajian untuk mengetahui tahap ergonomik bengkel elektrik dan cara kerja yang

pelatih lakukan semasa menjalankan amali. Setelah itu, penyelidik membuat 4

(empat) hipotesis awal untuk mengetahui sama ada tidak terdapat perbezaan yang

signifikan setiap persoalan kajian dengan Kolej Komuniti di Zon Selatan. Jika hasil

kajian yang dilakukan ini menunjukkan negatif, maka diharapkan pihak-pihak

tertentu seperti tenaga pelajar dan pihak pengurusan kolej komuniti dapat mengambil

tindakan yang sewajarnya agar tidak berlaku kemalangan semasa pelatih

menjalankan amali.