25
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: POLA KECERDASAN PELBAGAI DAN POLA PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR SAINS TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN MENGIKUT JANTINA, BANGSA DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI UTM SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya _________________NAZWA BT. MISNADI__________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian t 4. **Sila tandakan () Disahkan oleh: __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 200, Parit No 5, Jln Yusof, Prof Madya Dr. Rio Sumarni Shariffudin 83600 Semerah, (Nama Penyelia) Batu Pahat, Johor Tarikh: 12 Mac 2004 Tarikh: 12 Mac 2004 TIDAK TERHAD TERHAD SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan.) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

inggi.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: POLA KECERDASAN PELBAGAI DAN POLA PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR SAINS TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN

MENGIKUT JANTINA, BANGSA DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI UTM

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya _________________NAZWA BT. MISNADI__________________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian t4. **Sila tandakan (√ )

Disahkan oleh:

__________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 200, Parit No 5, Jln Yusof, Prof Madya Dr. Rio Sumarni Shariffudin 83600 Semerah, (Nama Penyelia) Batu Pahat, Johor

Tarikh: 12 Mac 2004 Tarikh: 12 Mac 2004

TIDAK TERHAD

TERHAD

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan.)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan Kimia.”

Tandatangan : ________ _________

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Shariffudin.

Tarikh : __________________________________

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

POLA KECERDASAN PELBAGAI DAN PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR

SAINS TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP JANTINA, BANGSA

DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NAZWA BT. MISNADI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

Syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : _ _

Nama Penulis : Nazwa Bt. Misnadi

Tarikh : _______________

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

DEDIKASI

Dedikasi ini ku tujukan buat insan-insan yang banyak memberikan dorongan dan nasihat

hingga terhasilnya tesis ini

Buat ayahanda dan bonda,

Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayatku,

Tiada ternilainya segala pengorbananmu untuk ku nilai dengan wang ringgit,

Tanpa kalian berdua tiadalah diriku di sini,

Setiap lafaz doamu, nasihat dan dorongan yang kau berikan telah menjadi pelita hidupku

untuk berjaya,

Ayahanda, bonda,

Terima kasih di atas segalanya,

Buat Kak Ana, Abang Diham, Kak Zila dan Akim,

Terima kasih di atas segala dorongan yang kau berikan,

Tanpa sokongan daripada kalian tiadalah aku di sini,

Buat insan tersayang Amirulnizam,

Terima kasih di atas segalanya,

Kau berikan sinar untuk ku terus berjaya

Semoga kejayaan mengiringi kita berdua, InsyaAllah

Buat sahabat-sahabat,

Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan,

Semoga kita akan mencapai kejayaan bersama,

Di samping menjadi warga pendidik yang berdedikasi

Akhir kata, terima kasih di atas segalanya kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan sebaliknya.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tinggi kepada penyelia

tesis, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Shariffudin atas bimbingan dan dorongan yang

diberikan sepanjang tempoh menyiapkan tesis ini. Beliau telah banyak memberikan

tunjuk ajar tanpa mengenal erti penat lelah dalam proses menyiapkan tesis ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan terutamanya

Mastura, Robi’atul Adawiyah, Azura, Muslimah, Norliza, Rohayu, ‘Alya, Fatimah

Farahiyah, Aishah dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam usaha menyiapkan tesis ini. Tanpa sokongan dan dorongan dari kalian, tesis ini

tidak akan dapat disiapkan dengan sempurna.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

ABSTRAK

Kecerdasan pelbagai dan personaliti memainkan peranan yang penting dalam

pendidikan tinggi untuk mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam

pembelajaran serta menjadi rangsangan bagi perkembangan dalam pembelajaran. Kajian

ini bertujuan untuk mengkaji pola kecerdasan pelbagai dan personaliti pelajar-pelajar

sains tahun empat Fakulti Pendidikan mengikut jantina, bangsa dan pencapaian

akademik. Seramai 52 orang responden yang dipilih sebagai sampel. Instrumen yang

digunakan adalah Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (1983) dan Myers Briggs Type

Indicator (MBTI). Kajian ini dijalankan secara pendekatan kuantitatif dan data dikumpul

melalui set soal selidik. Data mentah daripada soal selidik dianalisis dan dipersembahkan

dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar

cenderung memiliki Kecerdasan Interpersonal pada tahap cemerlang dan Kecerdasan

Verbal-Linguistik pada tahap lemah. Pelajar ini juga cenderung memiliki personaliti

Extroversion-Sensing (ES).

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

ABSTRACT

Multiple intelligence and personality play an important role in higher education.

They represent different individual preferences and strength in learning and can be a

stimulus for developing new ways of learning. This research is focused on the pattern of

personality and multiple intelligence of fourth year science student (Faculty of

Education) with gender, race and the result. A total of 52 students from both groups were

selected as samples. Multiple Intelligence Gardner Inventory (1983) and Myers Briggs

Type Indicator (MBTI) were used in this research. This is a quantitative approach

research. Questionnaires were used to collect the data and were then analyzed. The data

were represented as frequencies and percentage. The results showed that the majority of

students were Interpersonal for excellent level and Verbal-Linguistic for weak level. The

majority of students were Extroversion-Sensing.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Rasional Kajian 5

1.6 Persoalan Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 6

1.8 Skop Kajian 7

1.9 Definisi Kajian 8

1.10 Penutup 9

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Definisi Kecerdasan Pelbagai 10

2.3 Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai 11

2.3.1 Kecerdasan Verbal-Linguistik 11

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

2.3.2 Kecerdasan LogikMatematik 11

2.3.3 Kecerdasan Ruang Visual 11

2.3.4 Kecerdasan Muzik 12

2.3.5 Kecerdasan Kinestatik 12

2.3.6 Kecerdasan Interpersonal 12

2.3.7 Kecerdasan Intrapersonal 12

2.3.8 Kecerdasan Naturalistik 12

2.4 Personaliti 13

2.5 Kajian Personaliti dalam Pendidikan 14

2.5.1 Ciri-ciri Myers Briggs Type Indicator 16

2.5.2 Kajian Myers Briggs Type Indicator dalam 20

Pendidikan

2.6 Penutup 26

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Metodologi Kajian 28

3.4 Populasi dan Pensampelan Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 30

3.5.1 Myers Briggs Type Indicator (MBTI) 31

3.5.2 Cara Analisis Data MBTI 31

3.5.3 Inventori Kecerdasan Pelbagai 33

3.5.4 Cara Analisis Data KPHG 34

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

3.6 Pengesahan Instrumen 35

3.7 Kajian Rintis 35

3.7.1 Nilai Kebolehpercayaan dan Kesahan 35

Kecerdasan Pelbagai

3.7.2 Nilai Kebolehpercayaan MBTI 36

3.8 Penutup 36

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 38

4.3 Persoalan Kajian 1 40

4.4 Persoalan Kajian 2 48

4.5 Penutup 51

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN PENUTUP

5.1 Pengenalan 52

5.2 Rumusan 52

5.2.1 Persoalan Kajian 1 53

5.2.2 Persoalan Kajian 2 54

5.3 Perbincangan 54

5.3.1 Persoalan Kajian 1 55

5.3.2 Persoalan Kajian 2 56

5.4 Cadangan Kajian 58

5.5 Saranan Kajian 58

5.6 Penutup 58

BAHAGIAN ENAM

BAB VI

BAB VI RUJUKAN 60

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

BAHAGIAN TUJUH

BAB VII

BAB VII LAMPIRAN 64

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 2.1 Jadual jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai 12

Jadual 2.2 Ciri-ciri Dikotomi Extroversion-Introversion 17

Jadual 2.3 Ciri-ciri Dikotomi Sensing-Intuitive 18

Jadual 2.4 Ciri-ciri Dikotomi Thinking-Feeling 19

Jadual 2.5 Ciri-ciri Dikotomi Judging-Perceiving 20

Jadual 2.6 Ciri-ciri Extroversion-Introversion dalam 23

Pengajaran Pembelajaran

Jadual 2.7 Ciri-ciri Sensing-Intuition dalam Pengajaran 24

Pembelajaran

Jadual 2.8 Ciri-ciri Thinking-Feeling dalam Pengajaran 24

Pembelajaran

Jadual 2.9 Ciri-ciri Judgement-Perception dalam 25

Pengajaran Pembelajaran

Jadual 4.1 Taburan responden mengikut jantina 38

Jadual 4.2 Taburan responden mengikut bangsa 39

Jadual 4.3 Taburan responden mengikut pencapaian akademik 39

Jadual 4.4 Pola kecerdasan pelbagai mengikut jantina 40

Jadual 4.5 Pola kecerdasan pelbagai mengikut bangsa 42

Jadual 4.6 pola kecerdasan pelbagai mengikut 45

pencapaian akademik

Jadual 4.7 Pola personaliti responden terhadap jantina 49

Jadual 4.8 Pola personaliti responden mengikut bangsa 49

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

Jadual 4.9 Pola personaliti responden terhadap pencapaian 50

akademik

Jadual 5.1 Ciri-ciri ES 57

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 Empat kecenderungan pembelajaran 15

dengan kumpulan pekerjaan

Rajah 3.1 Hasil-hasil gabungan dari dua dikotomi personaliti 32

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

SENARAI SIMBOL

SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia

SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia

SPF Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik

SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik

SPG Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Biologi

SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains

MBTI Myers Briggs Type Indicator

KPHG Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

IN Introversion-Intuition

IS Introversion-Sensing

EN Extroversion-Intuition

ES Extroversion-Sensing

E Extroversion

I Introversion

S Sensing

N Intuition

K1 Kecerdasan Verbal-Linguistik

K2 Kecerdasan Logik Matematik

K3 Kecerdasan Ruang Visual

K4 Kecerdasan Muzik

K5 Kecerdasan Kinestatik

K6 Kecerdasan Interpersonal

K7 Kecerdasan Intrapersonal

K8 Kecerdasan Naturalistik

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal-selidik 62

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia di kala ini seiring dengan arus perkembangan negara.

Pendidikan di Malaysia sering digubal bagi menghasilkan taraf pendidikan yang diiktiraf

dunia. Penghasilan kurikulum yang baru menjadikan pendidikan di negara bertambah

baik dari semasa ke semasa. Selain itu corak pengajaran dan pembelajaran juga

berkembang selari dengan arus sains dan teknologi. Berbagai alat bantu mengajar yang

diperbaharui seperti penggunaan slaid projektor, komputer dan sebagainya. Ini

menunjukkan bahawa negara kita mengalami perkembangan yang pesat bukan saja dari

segi kepesatan pembangunan malah dari segi pendidikan juga dititikberatkan.

Pendidikan hari ini mengalami perubahan paradigma daripada pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar

(Percival dan Ellington, 1984;Ellington, 1995). Kajian-kajian penyelidikan kini juga

semakin menumpukan perhatian kepada aspek psikologi pelajar, terutamanya personaliti

pelajar (Joy, 1997; Fuller, Norby, Pearce, Strand, 2000).

Personaliti setiap individu pelajar adalah berbeza. Fahaman ini telah

menghasilkan pelbagai perspektif dan sejumlah besar kajian sejak dua dekad yang lalu

(Kolb, 1976). Personaliti menerangkan dua perkara, iaitu kepada diri seseorang secara

keseluruhan dan kepada perbezaan antara individu (Habibah dan Noran, 2002).

Personaliti-personaliti yang berbeza mempengaruhi kognitif dan gaya pembelajaran

seseorang dengan menentukan kecenderungan mereka terhadap cara pengajaran dan

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

pembelajaran. Personaliti juga mempengaruhi model pemprosesan maklumat, iaitu cara

individu tersebut memperoleh dan mengaplikasikan kandungan yang didedahkan kepada

mereka. Festiger (1957) menerangkan bahawa masalah kognitif dan pemindahan

informasi yang lemah akan berlaku sekiranya personaliti individu tidak bersesuaian

dengan sifat atau ciri informasi tersebut.

Di samping itu, pelbagai kajian dijalankan untuk meninjau sejauh mana

penggunaannya, cara-cara pembelajaran dan pengajaran yang sistematik serta pragmatis

dapat membantu pelajar-pelajar mempertingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan

mereka, di samping penggunaannya secara menyeluruh dan praktikal, serta mengkaji

kesannya terhadap pelajar dan pensyarah. Memandangkan pendidikan hari ini adalah

berpusatkan pelajar, corak pengajaran dan pembelajaran kita memerlukan anjakan

paradigma, di mana aspek dalaman pelajar, terutamanya personaliti perlu

dipertimbangkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga perlu

diserapkan aktiviti bagi memperkembangkan kecerdasan pelbagai bagi setiap individu.

Bukan sahaja dari segi personaliti tetapi juga dari segi kecerdasan. Walaupun tahap

kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu itu tidak sama, tetapi setiap individu itu

mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (Howard Gardner, 1996). Setiap

individu hanya perlu memperkembangkan dan memperkayakan agar setiap jenis

kecerdasan dapat dikembangkan secara seimbang. Menurut Howard Gardner (1996),

setiap individu perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan iaitu:

a) Verbal-Linguistik

b) Logik matematik

c) Ruang Visual

d) Muzik

e) Kinestetik

f) Interpersonal

g) Intrapersonal

h) Naturalistik

Setiap individu perlu memperkembangkan setiap kecerdasan yang ada dalam diri

setiap individu agar dapat menguasai setiap kecerdasan dengan baik. Proses pengayaan

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

adalah salah satu cara yang dilakukan untuk memperkembangkan kecerdasan pelbagai.

Menurut Dr. Ismail Zain, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai setiap kecerdasan

tersebut. Ianya hanya perlu diperkembangkan agar setiap kecerdasan tersebut dapat

dikuasai. Menurut Oliver dan Utermohlen (1995), “ para pelajar memerlukan suatu

panduan untuk menilai informasi dan bukan menerima kesemuanya secara pasif”. Dalam

hal ini, sistem pendidikan kita perlu mementingkan kecerdasan pelbagai di kalangan

pelajar. Pelajar perlu memperkembangkan dan mengaplikasikan kecerdasan pelbagai

secara efektif dalam pembelajaran akademik, masalah yang dihadapi, dan keputusan

kritikal yang terpaksa dibuat ekoran daripada perkembangan informasi dan perubahan

teknologi yang mendadak.

1.2 Latar Belakang Masalah

Personaliti dan kecerdasan adalah antara aspek penting yang perlu dititikberatkan

oleh pelajar mahupun pengajar. Kedua-dua aspek ini amat penting bagi menghasilkan

pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Kajian oleh Hamzah Nun (1999) telah

menunjukkan bahawa pihak institusi pengajian tinggi berjaya melahirkan para graduan

yang meningkat dari segi kuantiti bagi memenuhi kehendak negara, namun gagal

mencapai ke arah peningkatan kualiti. Sebilangan besar pelajar mempunyai sikap pasif

dan mempunyai daya tindak balas yang lemah semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Zaini Ujang (1993) dalam bukunya ‘Universiti : Mendukung Tradisi

Intelektual’ juga melaporkan bahawa idealisme asal universiti-universiti Malaysia untuk

hasilkan graduan yang intelek semakin tidak ketara sejak kebelakangan ini. Universiti

diwujudkan dan seringkali memperlihatkan matlamat secara eksplisit untuk menampung

kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang tertentu sahaja khususnya bidang sains dan

teknologi.

Ekoran daripada itu masalah kekurangan graduan yang intelektual ini, kajian yang

lebih mendalam dan terperinci diperlukan untuk mengenalpasti pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan. Sekiranya aspek kecerdasan dan personaliti dijadikan

sebagai panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran ia mampu menghasilkan

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lanjutan daripada masalah ini, penyelidik

telah membuat keputusan untuk menjalankan kajian saintifik ke atas aspek psikologi

pelajar, iaitu kecerdasan pelbagai dan personaliti bagi pelajar sains tahun empat Fakulti

Pendidikan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai dan personaliti

mempengaruhi kecenderungan dan gaya pengajaran dan pembelajaran seseorang.

1.3 Pernyataan Masalah

Personaliti adalah antara aspek dalaman pelajar yang mempengaruhi kognitif dan

gaya pembelajaran mereka dengan menentukan kecenderungan mereka terhadap cara

pengajaran dan pembelajaran. Ia juga mempengaruhi model pemprosesan maklumat,

iaitu cara individu tersebut memperoleh dan mengaplikasikan maklumat. Festiger (1957)

menerangkan bahawa masalah kognitif dan pemindahan informasi yang lemah akan

berlaku jika personaliti individu tidak bersesuaian dengan ciri atau sifat informasi

tersebut.

Dalam era teknologi kini, informasi secara besar-besaran dapat diperolehi dengan

mudah. Maka, pelajar memerlukan suatu panduan untuk menilai informasi dan bukan

menerima kesemuanya secara pasif (Oliver dan Utermohlen, 1995). Pelajar perlu

memperkembangkan dan memperkayakan kecerdasan pelbagai dalam diri individu

dengan mengaplikasikan dalam pembelajaran. Bagaimana seorang pelajar dapat

menggembangkan kecerdasan pelbagai dalam dirinya semasa proses pembelajaran. Ianya

perlu dikembangkan dengan melibatkan perkataan, nombor, gambar, muzik, pemikiran,

pengalaman fizikal, pengalaman sosial dan pengalaman dalam alam semulajadi. Dengan

menggunakan keseluruhannya, ia dapat mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan

dengan seimbang. Oleh itu, kecerdasan pelbagai telah dijadikan pilihan aspek dalaman

yang ingin dikaji dalam kajian ini.

Berdasarkan kepada apa yang dibincangkan di atas, kajian ini adalah bertujuan

untuk mengenalpasti pola kecerdasan pelbagai dan pola personaliti di kalangan pelajar

Sains tahun empat Fakulti Pendidikan terhadap jantina, bangsa dan pencapaian akademik.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti pola kecerdasan pelbagai pelajar Sains tahun empat Fakulti

Pendidikan terhadap bangsa, jantina dan pencapaian akademik

2. Mengenalpasti pola personaliti pelajar Sains tahun empat Fakulti Pendidikan

melalui penggunaan instrumen MBTI (Myers-Briggs Type Indicator) terhadap

bangsa, jantina dan pencapaian akademik

1.5 Rasional Kajian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, jenis kecerdasan pelbagai dan

personaliti haruslah menjadi satu perkara yang perlu diambil perhatian. Sekiranya ianya

diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran, ia mampu menghasilkan pembelajaran

yang berkesan. Walaupun kini kita berada dalam era yang serba canggih aspek psikologi

juga tidak boleh dilupakan kerana ianya mampu menghasilkan individu yang berguna

kepada negara. Sekiranya setiap individu itu mengetahui tentang jenis kecerdasan dan

personaliti mereka, ia memudahkan bagi individu itu sendiri dan orang lain.

1.6 Persoalan Kajian

Secara khususnya, kajian ini mengkaji persoalan-persoalan berikut:

1. Apakah pola kecerdasan pelbagai bagi pelajar Sains tahun empat Fakulti

Pendidikan berdasarkan teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner terhadap

bangsa, jantina dan pencapaian akademik?

2. Apakah pola personaliti pelajar Sains tahun empat Fakulti Pendidikan

berdasarkan instrumen MBTI terhadap bangsa, jantina dan pencapaian akademik?

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat