2
Saya Muhamad Shahdan bin Mustapha berumur 21 tahun dan lahir pada 09 Disember 1994 di Kelantan. Saya merupakan anak yang bongsu daripada sepuluh orang adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan dari darjah satu hingga darjah enam iaitu pada tahun 2001 hingga 2006. Kemudian saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Melor dari tingkatan satu ke tingkatan lima pada tahun 2007 hingga 2011. Tamat sahaja pengajian Sijil Pelajaran Malaysia, saya menyambung pelajaran di sekolah yang sama dan telah mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia selama dua tahun iaitu dari tahun 2012 hingga 2013. Tamat sahaja pengajian, saya bercadang untuk menyambung taraf pendidikan yang lebih tinggi seperti ijazah sarjana muda. Mengenai latar belakang keluarga, ayah saya bekerja sebagai pemandu kenderaan di Majlis Daerah Ketereh, manakala ibu saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Kini, saya ingin melanjutkan pelajaran di Malaysian Institute Of Information Technology (UNIKL) Kuala Lumpur dalam Bachelor Of Multimedia Technology (HONS) In Interactive Multimedia Design. Saya amat berminat dengan bidang ini kerana saya gemar akan seni reka bentuk dan multimedia masa kini. Subjek yang ditawarkan agak mencabar dan saya anggap itu sebagai satu cabaran. Selain daripada subjek, saya memang berminat untuk mereka sesuatu yang baru. Setelah mendapatkan ijazah dengan keputusan cemerlang, saya akan cuba berazam untuk melanjutkan pelajaran ke taraf lebih tinggi.

esei mara

Embed Size (px)

Citation preview

Saya Muhamad Shahdan bin Mustapha berumur 21 tahun dan lahir pada 09 Disember 1994 di Kelantan. Saya merupakan anak yang bongsu daripada sepuluh orang adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan dari darjah satu hingga darjah enam iaitu pada tahun 2001 hingga 2006. Kemudian saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Melor dari tingkatan satu ke tingkatan lima pada tahun 2007 hingga 2011. Tamat sahaja pengajian Sijil Pelajaran Malaysia, saya menyambung pelajaran di sekolah yang sama dan telah mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia selama dua tahun iaitu dari tahun 2012 hingga 2013. Tamat sahaja pengajian, saya bercadang untuk menyambung taraf pendidikan yang lebih tinggi seperti ijazah sarjana muda. Mengenai latar belakang keluarga, ayah saya bekerja sebagai pemandu kenderaan di Majlis Daerah Ketereh, manakala ibu saya sebagai suri rumah sepenuh masa.Kini, saya ingin melanjutkan pelajaran di Malaysian Institute Of Information Technology (UNIKL) Kuala Lumpur dalam Bachelor Of Multimedia Technology (HONS) In Interactive Multimedia Design. Saya amat berminat dengan bidang ini kerana saya gemar akan seni reka bentuk dan multimedia masa kini. Subjek yang ditawarkan agak mencabar dan saya anggap itu sebagai satu cabaran. Selain daripada subjek, saya memang berminat untuk mereka sesuatu yang baru. Setelah mendapatkan ijazah dengan keputusan cemerlang, saya akan cuba berazam untuk melanjutkan pelajaran ke taraf lebih tinggi.Selain dari melanjutkan pelajaran, jika saya telah menamatkan pelajaran saya di Multimedia Technology (HONS) In Interactive Multimedia Design dengan baik, saya kemudiannya akan cuba mecari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang saya telah pelajari. Saya akan mencari pengalaman bekerja selama beberapa tahun untuk menyara kehidupan keluarga. Saya juga akan berbakti dan bekerja di dalam Malaysia memandang profession multimedia dan design amat diperlukan didalam negara.

Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan juga rancangan kerjaya yang saya ingin lakukan.