4
TEKS PIDATO 1MALAYSIA; ASPIRASI MENINGKATKAN HUBUNGAN KAUM Masih tersemat gagah di hati, petikan kata-kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat 15 Jun yang berbunyi “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam satu Malaysia. Bingkisan barakah buat peneraju acara, barisan panel hakim yang berkarisma lagi tinggi inteleknya, penjaga masa yang setia dengan detik-detik berharga, hadirin pencetus arus kegemilangan Negara. Agenda melebarkan minda menyusuri pidato “ GAGASAN SATU MALAYSIA MENJANA PERPADUAN KAUM ” Hadirin sidang saksi warga berintegriti, Maudhuq bicara hari ini sungguh indah, ayuh kita telusuri dan hayati bersama agar segala yang menjadi persoalan terjawab dan terungkai. Sebelum itu elok rasanya pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi pembuka utama agenda agar pemahaman kita menjadi jelas dan nyata. Pada tanggal 3 April 2009 yang lalu bermulalah detik pemerintahan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-6 menggantikan

Esei Pidato 1Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Esei Pidato 1Malaysia

TEKS PIDATO 1MALAYSIA; ASPIRASI MENINGKATKAN HUBUNGAN KAUM

Masih tersemat gagah di hati, petikan kata-kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib

Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat 15 Jun yang berbunyi “1Malaysia adalah satu

gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,

berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat

Malaysia”.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam satu

Malaysia.

Bingkisan barakah buat peneraju acara, barisan panel hakim yang berkarisma lagi

tinggi inteleknya, penjaga masa yang setia dengan detik-detik berharga, hadirin

pencetus arus kegemilangan Negara.

Agenda melebarkan minda menyusuri pidato “ GAGASAN SATU MALAYSIA MENJANA

PERPADUAN KAUM ”

Hadirin sidang saksi warga berintegriti,

Maudhuq bicara hari ini sungguh indah, ayuh kita telusuri dan hayati bersama agar

segala yang menjadi persoalan terjawab dan terungkai. Sebelum itu elok rasanya

pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi pembuka utama agenda agar

pemahaman kita menjadi jelas dan nyata. Pada tanggal 3 April 2009 yang lalu

bermulalah detik pemerintahan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah

dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-6 menggantikan kepimpinan Tun Abdullah

Ahmad Badawi. Dengan berbekalkan tujuan yang satu beliau telah memperkenalkan

satu konsep gagasan yang baru iaitu GAGASAN SATU MALAYSIA. Menurut

epistimologi Kamus Dewan gagasan membawa maksud buah fikiran yang dijadikan

saranan. Maka timbulnya gabungan indah frasa-frasa ”RAKYAT DIDAHULUKAN

PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” menjadi wadah utama dalam memacu pentadbiran

negara dan perpaduan kaum.

Page 2: Esei Pidato 1Malaysia

Natijah pembentukannya bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat

perpaduan dan persaudaraan antara kaum semakin pudar. Dengan itu, saya

cerakinkan kepada 3 teras utama buat tatapan minda anda semua.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Berpaksikan cetusan idea saya yang pertama, Prinsip penerimaan bererti walaupun

rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi

kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. Kita sudah sedia maklum

bahawa Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu, kaum Melayu, Cina dan India

yang sudah lama bertapak di negara tercinta ini. Kaum masing-masing mempunyai cara

hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza. Oleh yang demikian, Prinsip Penerimaan

telah diwujudkan bagi menyatupadukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus meralisasikan

Wawasan 2020 yang menjadi impian negara dalam mencapai negara maju dan setaraf

dengan neagara-negara lain di mata dunia. Dengan kehadiran prinsip ini sekaligus

dapat melonjakkan kebudayaan kaum masing-masing malah secara tidak langsung

dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Sudah pasti kerajaan tidak mahu

Peristiwa 13 Mei 1969 dimana angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera,

39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Nah sudah terang lagi bersuluh,

konsep 1Malaysia yang diperkenalkan dapat mengatasi masalah perpaduan kaum yang

terumbang-ambing.

Hadirin yang dihormati,

Meniti isi lembayung saya yang kedua Prinsip Kenegaraan memupuk semangat

nasionalisme. Cuba anda lihat masyarakat Malaysia sekarang dimana semngat

nasionalisme mereka agak rapuh. Jika ditanyakan kepada kanak-kanak atau remaja

pada hari ini hanya beberapa kerat sahaja yang dapat memberi jawapan apa itu

semangat nasionalisme. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif meletakkan Prinsip

Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1Malaysia dengan harapan semangat

nasionalisme dan perpaduan kaum lebih utuh.

Page 3: Esei Pidato 1Malaysia

Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan

untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa

Perpaduan’. Bak kata pepatah “ sikit-sikit lama jadi bukit”.

Sidang pendengar yang setia,

Prinsip Keadilan Sosial menjadi cetusan minda yang terakhir. Setiap kaum di negara ini

tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi

kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia, setiap

wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan

khidmat mereka kepada kaum lain. Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai

prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat

tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan

Hadirin sekalian,

Secara konklusinya, berdasarkan tiga cetusan minda yang telah dicanang-

canangkan oleh saya sebentar tadi melalui prinsip teras iaitu Prinsip Penerimaan,

Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial jelaslah bahawa konsep 1Malaysia

menjadi Aspirasi meningkatkan hubungan kaum. Ayuh kita sama-sama merealisasikan

cita-cita murni ini agar kaum di Malaysia dapat bersatu, bekerjasama, saling bantu-

membantu selaras dengan fitrah kita sebagai manusia yang inginkan keamanan.

Sekian. Wassalam…