4
4. 13 Penerangan Distractor Soalan 4, 6, 10, 12, 15,16,17,18,19 merupakan soalan yang terbaik di kalangan 20 soalan yang telah disediakan dan diboleh digunakan terus kerana ia adalah efektif untuk membezakan murid yang pandai dan lemah. Soalan 1, 13 dan 20 boleh diterima sebagai soalan dalam ujian tetapi harus diubahsuai jika ingin meningkatkan kualitinya. Soalan 3, 7, 8 dan 11 pula perlu ditulis semula kerana soalan tersebut terlalu mudah dijawab. Soalan 2, 5, 9 dan 14 pula perlu dibuang kerana ia adalah terlalu sukar dan tidak sesuai untuk menguji tahap murid tahun 3. Berdasarkan hasil daripada pengiraan indeks diskriminasi, terdapat 9 soalan yang mana indeks diskriminasinya melebihi 0.40 (I.D.>0.40) bermakna soalan tersebut adalah baik kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian lemah. Manakala terdapat 3 soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif sederhana (0.2 < I.D. < 0.4) di mana soalan–soalan ini perlu diubahsuai. Seterusnya terdapat 4 soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif yang rendah (0 < I.D. < 0.2) yang dikatakan tidak baik kerana ia tidak berupaya membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Soalan-soalan ini perlu diubahsuaikan atau ditulis semula. Bagi soalan 2, 5, 9 dan 14 pula wajib ditukar soalannya kerana indeks diskriminasi negatif (I.D. < 0) telah muncul. Soalan sebegini tidak mempunyai nilai untuk terus dikekalkan

Esei SPSS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Esei SPSS

4. 13 Penerangan Distractor

Soalan 4, 6, 10, 12, 15,16,17,18,19 merupakan soalan yang terbaik di kalangan

20 soalan yang telah disediakan dan diboleh digunakan terus kerana ia adalah efektif

untuk membezakan murid yang pandai dan lemah. Soalan 1, 13 dan 20 boleh diterima

sebagai soalan dalam ujian tetapi harus diubahsuai jika ingin meningkatkan kualitinya.

Soalan 3, 7, 8 dan 11 pula perlu ditulis semula kerana soalan tersebut terlalu mudah

dijawab. Soalan 2, 5, 9 dan 14 pula perlu dibuang kerana ia adalah terlalu sukar dan

tidak sesuai untuk menguji tahap murid tahun 3.

Berdasarkan hasil daripada pengiraan indeks diskriminasi, terdapat 9 soalan

yang mana indeks diskriminasinya melebihi 0.40 (I.D.>0.40) bermakna soalan tersebut

adalah baik kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan

pelajar yang berpencapaian lemah. Manakala terdapat 3 soalan yang mempunyai

indeks diskriminasi positif sederhana (0.2 < I.D. < 0.4) di mana soalan–soalan ini perlu

diubahsuai. Seterusnya terdapat 4 soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif

yang rendah (0 < I.D. < 0.2) yang dikatakan tidak baik kerana ia tidak berupaya

membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Soalan-soalan ini perlu

diubahsuaikan atau ditulis semula.

Bagi soalan 2, 5, 9 dan 14 pula wajib ditukar soalannya kerana indeks

diskriminasi negatif (I.D. < 0) telah muncul. Soalan sebegini tidak mempunyai nilai untuk

terus dikekalkan dalam kertas ujian ini kerana ia langsung tidak dapat menilaikan tahap

pencapaian dan pemahaman murid-murid.

Page 2: Esei SPSS

4.14 Laporan Keputusan Analisis Item Untuk Setiap Item MCQ

Di sini kita boleh menyimpulkan bahawa kebanyakan soalan yang dibina dalam

ujian ini mendiskriminasi secara positif iaitu soalan-soalan ini adalah bersetuju dengan

ujian tersebut. Antaranya 9 soalan mempunyai mempunyai diskriminasi positif yang

tinggi, 3 soalan mempunyai diskriminasi positif yang sederhana dan 4 soalan yang

dikategori sebagai soalan yang mempunyai nilai diskrisminasi positif yang rendah. Ini

bermaksud 16 soalan daripada 20 soalan yang dibina (bersamaan dengan 80 peratus)

adalah logik untuk digunakan.

Walaupun 12 soalan dalam kategori yang sesuai untuk diterima (diskriminasi

positif yang tinggi dan sederhana), akan tetapi yang 4 soalan soalan yang dikategori

sebagai soalan yang mempunyai nilai diskrisminasi positif yang rendah juga logik

diterima. Kadangkala, dalam sesuatu kajian, adalah wajar jika sesetengah soalan yang

mudah diguna untuk memberi peluang kejayaan kepada pelajar yang lemah.

Contohnya, soalan 7 dan 8 mempunyai yang amat mudah diberikan tetapi masih

mempunyai indeks diskriminasi iaitu 0.13 . Ini bermakna soalan ini walaaupun senang

tetapi ia masih boleh diterima.

Dalam sesuatu ujian, adalah wajib mempunyai soalan yang amat mudah atau

sebaliknya. Hal ini bertujuan memberi peluang kepada murid yang lemah dan mencipta

keadaan yang mencabar bagi murid yang handal. Jika kita meneliti soalan 10 dan 16,

indeks diskriminasinya telah mencecah 0.75. Hal ini bererti soalan ini juga agak sukar

bagi kumpulan tinggi. Walau bagaimanapun, kita boleh menyimpulkan bahawa soalan

tersebut tidaklah lemah tetapi cuma agak sukar dijawab.

Jika kita ingin membincang tentang kesederhanaan, maka kita dapat melihat

banyak soalan yang boleh dikategori sebagai soalan yang bertahap sederhana. Soalan

1, 13 dan 20 mempunyai indeks diskriminasi antara 0.25 ke 0.38. Hal ini menunjukkan

soalan-soalan sebegini tidaklah agak mudah untuk kumpulan tinggi dan juga tidak boleh

dianggap sangat sukar untuk murid yang kumpulan rendah. Dengan itu, ia adalah

sesuai untuk digunakan bagi menguji semua murid.

Page 3: Esei SPSS

Indeks diskriminasi negatif merupakan perkara yang wajib dielakkan dalam

sesuatu ujian yang ditadbirkan. Oleh itu, 4 soalan yang mempunyai indeks diskriminasi

negatif ini telah terus diiktirafkan statusnya sebagai soalan buangan yang perlu

disingkirkan. Soalan 2, 5, 9 dan 14 merupakan soalan yang agak unik sebab murid

yang dikategorikan sebagai kumpulan rendah mempunyai skor yang lebih tinggi

daripada murid yang digolongkan sebagai kumpulan atas. Keadaan sebegini

seharusnya tidak boleh berlaku dalam ujian. Keadaan ini bermuncul kerana soalan

tersebut terlalu sukar dijawab dan murid terpaksa memilih jawapan secara rawak.

Penentuan markah untuk soalaan sebegini bukanlah tahap pemahamaan murid lagi

tetapi ialah nasib masing-masing. Oleh itu, soalan-soalan ini harus dibuang dan diganti

dengan soalan lain yang lebih munasabah.

Konklusinya, sesuatu soalan yang sangat sukar atau sangat mudah tidak harus

muncul dalam sesuatu ujian yang bermatlamat menguji tahap pemahaman para murid.

Oleh itu, soalan indeks diskriminasi negatif perlu dielakkan sepenuh-penuhnya. Soalan

yang berindeks diskriminasi positif yang tinggi pula wajib dikekalkan manakala soalan

yang berindeks diskriminasi positif yang serdehana atau rendah pula boleh diubahsuai

mengikut budi bicara pengelola.