Upload
nurul-ain-sahira
View
124
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Konflik Rohingya
Citation preview
1.0 Penghargaan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saya sangat
bersyukur kerana dengan berkat dan rahmat-Nya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan
bagi subjek Cabaran dan Isu Semasa dunia (GCI1022) ini dengan sempurna dan jayanya
dalam jangka masa yang ditetapkan.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah kami iaitu Puan Hajah Sauzanah binti Sulaiman. Beliau
sentiasa meberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Ucapan terima kasih ini juga di atas kesabaran dan kesungguhan yang
ditunjukkan oleh beliau dalam mendorong dan memberikan panduan kepada saya dan
rakan sekelas yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas segala pengorbanan dan jasanya dengan memberikan kesihatan dan
kesejahteraan serta dipanjangkan umur kepada beliau.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya
kerana sudi meluangkan masa untuk memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar serta maklumat
dan panduan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pengorbanan mereka
sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan kakak-kakak senior saya yang telah banyak
membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah banyak memberikan kerjasama
kepada saya dengan memberikan idea-idea yang bernas untuk membantu saya untuk
menyelesaikan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa bantuan dan kerjasama daripada semua
pihak sudah tentu saya tidak akan mampu untuk menyediakan tugasan sebegini.
1
2.0 Pengenalan
Etnik Rohingya merupakan satu kumpulan etnik yang menganuti agama Islam dan
menetap di negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Umat Islam di Rohingya
merupakan penduduk asal di negeri Rakhine. Menerusi pelbagai kajian sejarah dan bahan-
bahan ilmiah yang telah dibuat, satu gugusan besar Arakan yang terletak berdekatan
dengan sempadan Bangladesh pada masa kini telah terbentuk. Masyarakat Rohingya ini
juga dikatakan wujud sejak awal kurun ke-7 di negeri Arakan yang pada ketika itu dijadikan
sebuah penempatan para pedagang Arab yang beragama Islam. Walaubagaimanapun,
sejarah ini tidak begitu jelas kerana buktinya tidak terlalu kukuh sehingga menyebabkan
masyarakat dunia berasa ragu-ragu dengan bukti sejarah tersebut. Secara majoritinya
masyarakat Rohingya hanya tertumpu kepada dua buah Bandar utara negeri Rakhine
sahaja di Myanmar. Negeri Rakhine pada dahulunya dikenali sebagai Arakan.
Orang Rohingya ini memiliki persamaan samada dari segi bentuk fizikal, bahasa
malah dari segi budaya dengan masyarakat di Asia Selatan. Selain itu, sesetengah
masyarakat Rohingya juga merupakan keturunan Arab, Parsi serta Pashtun. Hal ini kera
terdapat golongan pedagang-pedagang yang berasal dari Arab, Parsi dan Pashtun yang
telah berhijrah ke Arakan pada suatu ketika dahulu. Menurut catatan sejarah, Sultan
Mahmood merupakan salah seorang masyarakat Rohingya yang kaya dan berpengaruh.
Beliau juga telah menyandang jawatan sebagai setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan
seterusnya telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Sementara itu, masyarakat Islam
Rohingya yang lain menjawat jawatan sebagai setiausaha parlimen yang terdiri daripada
Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar.
Umat Islam di Rohingya sudah mengalami tragedi kemanusiaan yang membabitkan
penghapusan etnik ini sejak dari tahun 1983 lagi. Dilaporkan sebanyak 30 000 orang yang
menganut agama Islam telah dibunuh di Myanmar pada 26 Julai 1983. Pada tahun 1942,
1968, 1992 dan 2002, tragedy yang sama turut berlaku dan menimpa umat Islam itu sendiri.
Sejak akhir-akhir ini, kita seringkali digemparkan dengan isu-isu yang berkaitan
dengan penghapusan etnik. Isu ini telah wujud sejak dari dulu lagi sebelum Zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi yang telah melibatkan masyarakat Melayu Champa dengan
masyarakat Dai Viet yang berasal dari selatan China. Selain itu, dunia juga pernah
digemparkan dengan berita yang berkaitan dengan konflik yang sama berlaku di Bosnia-
Herzegovina suatu ketika dahulu. Konflik di Serbia ini disebabkan oleh pemerintah Bosnia-
Herzegovina itu sendiri yang ingin menghapuskan umat-umat Islam di Bosnia-Herzegovina.
Impaknya, banyak pertumbuhan Islam seperti Printing House yang mencetak dan
menerbitkan buku-buku berunsur Islam di Yugoslavia ditutup pada tahun 1964. Namun
2
begitu, konflik ini turut berlaku pada masa kini iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat
Myanmar. Mereka ini terdiri daripada masyarakat Islam yang terdiri daripada etnik Rohingya
itu sendiri dan penindasan ini adalah disebabkan oleh pihak kerajaan Junta dari Burma.
Negara-negara Timur Tengah seperti Libya, Mesir dan Israel turut mengalami
masalah seperti ini. Hal ini bukan sahaja melibatkan perbalahan politik namun mereka
mempunyai agenda serta matlamat yang tersendiri yang hendak dicapai. Secara
kebiasaannya isu ini seringkali melibatkan antara dua agama iaitu agama Islam dengan
agama-agama yang lain. Namun begitu, masalah paling serius yang berlaku adalah
penghapusan etnik Rohingya di Myanmar selain masalah yang berlaku di Palestin dan Israel
yang telah melibatkan antara orang Islam dan orang Yahudi. Secara sedar atau tidak sedar
isu penghapusan etnik Rohingya ini telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu dan
kebanyakkan daripada mereka telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi
Myanmar. Mereka telah ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan dan macam-
macam lagi. Tambahan pula sebahagian besar sumbangan dan bantuan yang diberikan
oleh masyarakat dunia tidak sampai kepada mereka sendiri.
Telah difahamkan saban hari masyarakat Rohingya akan berhijrah untuk mencari
tempat-tempat yang lebih selamat sebagai tempat tinggal dan perlindungan daripada orang-
orang Buddha di Myanmar yang memburu mereka. Kerajaan Myanmar pula mendakwa
pelarian Rohingya merupakan pendatang haram kerana mereka tidak mempunyai sebarang
dokumen kerakyatan yang sah. Masalah ini tidak mendapat perhatian dan telah diabaikan
oleh masyarakat dunia sejak dari dahulu lagi. Wanita-wanita di sana juga turut dijadikan
hamba seks oleh orang-orang Buddha termasuklah tentera Junta itu sendiri. Walaupun
sudah lama kiranya isu ini wujud namun tiada sebarang tindakan yang sistematik bagi
melindungi dan mempertahankan masyarakat Rohingya daripada terus-terusan menjadi
mangsa penindasan tentera Junta.
Hingga ke hari ini isu ini semakin hangat diperkatakan samada di dada-dada akhbar
atau mlalui media massa. Mengikut anggara semasa, seramai 1 juta umat Islam di Rohingya
yang menjadi mangsa telah menjadi pelarian di seluruh dunia termasuklah di Malaysia
manakala seramai 2 juta umat Islam Rohingya pula masih berada di Arakan bagi
meneruskan hidup mereka di samping ingin memperjuangkan hak-hak mereka di Myanmar.
3.0 Faktor-faktor konflik etnik Rohingya di Myanmar3
Penindasan dan keganasan etnik yang sedang berlaku di Arakan, Myanmar ketika ini
adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut ialah etnik Rohingya
merupakan satu bangsa yang kewarganegaraannya tidak diakui oleh penduduk Myanmar
sendiri. Selain itu, sejarawan Burma juga telah menafikan kewujudan etnik Rohingya di bumi
Myanmar dengan menepis segala pernyataan yang menyatakan etnik ini telah wujud sejak
dari dahulu lagi. Seterusnya, penindasan ini telah melibatkan diskriminasi agama dalam
kalangan penduduk Myanmar sendiri di samping kewujudan undang-undang ‘Citizanship
Law (1982)’ yang menjadi punca kepada penindasan dan penghapusan etnik Rohingya
serta sikap segelintir masyarakat dunia yang tidak mempedulikan kesengsaraan yang
mereka alami.
4.0 Kesan-kesan konflik etnik Rohingya di Myanmar terhadap sistem pendidikan di Malaysia
Isu etnik Rohingya bukan sahaja memberikan kesan kepada negara Myanmar malah
Malaysia turut juga terkena tempias isu ini. Kesan ini berlaku tidak kira samada melibatkan
masyarakat mahupun negara kita sendiri. Walaupun isu ini tidak berlaku di negara kita
namun impaknya amat besar kepada masyarakat dan negara Malaysia terutama dalam
sistem pendidikan.
Impak yang pertama ialah tidak mustahil sekiranya satu hari nanti tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya akan wujud dalam
sistem pendidikan kita terutamanya menerusi subjek Sejarah. Oleh kerana isu etnik
Rohingya menjadi satu isu yang amat besar dan serius, sudah tentu ianya banyak memberi
pengajaran kepada anak-anak muda zaman sekarang ini tentang kesefahaman etnik. Tajuk
ini mungkin diwujudkan kerana ingin memberi pengajaran dan iktibar kepada murid-murid
tentang pentingnya kesefahaman antara masyarakat yang berbilang agama dalam
sesebuah negara. Murid-murid pula telah didedahkan dengan kekejaman yang berlaku
kepada masyarakat Rohingya dan pada ketika itu murid-murid telah berfikiran secara
rasional dan matang sehingga mereka boleh mengeluarkan persepsi masing-masing
terhadap isu tersebut.
Seterusnya ialah para pelajar akan didedahkan dengan isu keganasan dan
penghapusan etnik dalam sistem pembalajaran mereka tidak kira sekolah rendah mahupun
sekolah menengah. Hal ini boleh diwujudkan dalam mana-mana subjek melalui sistem
pembelajaran yang diamalkan kini. Perkara ini juga boleh menimbulkan rasa sayang serta
nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap murid. Isu ini juga mengingatkan murid bahawa ciri-
ciri kemanusiaan amat penting dalam diri setiap individu bagi mewujudkan suasana yang
4
harmoni dalam kehidupan bermasyarakat. Matapelajaran seperti Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Sejarah merupakan antara
matapelajaran yang sesuai bagi membincangkan isu penindasan etnik di Rohingya ini di
samping menggalakkan murid-murid untuk membuat refleksi diri mereka sendiri serta
memberikan persepsi mereka tentang isu ini. Guru pula disarankan untuk mengaitkan isu ini
semasa sesi Pembelajaran dan Pengajaran agar murid-murid lebih faham dan tidak
menyalahertikan isu ini. Ini akan menggalakkan mereka untuk menderma dan memberi
sumbangan kepada mangsa-mangsa di Rohingya tersebut.
5.0 RumusanKonklusinya, masyarakat Rohingya merupakan sebuah etnik yang menjadi mangsa
kepada penindasan dan penghapusan etnik di negara mereka sendiri. Hal ini adalah kerana
masyarakat Buddha di Myanmar menganggap bahawa etnik ini ingin memberikan ancaman
yang besar kepada penduduk-penduduk Myanmar yang lain. Pada hakikatnya, masyarakat
Rohingya ini hanyalah satu bangsa yang ingin mencari tempat yang sesuai untuk
mendapatkan tempat tinggal dan perlindungan serta hak-hak asasi mereka dalam menjalani
kehidupan seharian mereka. Isu ini makin menjadi-jadi kerana penduduk Myanmar
merasakan bahawa diri mereka mungkin diancam samada dari segi fizikal dan budaya yang
menyebabkan mereka bertindak dengan kejam dan menindas masyarakat Rohingya di
Myanmar ini demi menjaga keselamatan dan kepentingan masing-masing.
Masalah ini juga berlaku secara berlarutan kerana masyarakat dunia sendiri tidak
menganggap isu ini sebagai isu yang serius. Ini adalah wujudnya sikapnya mementingkan
diri sendiri serta sikap ketidakprihatinan terhadap masalah yang berlaku di negara Myanmar.
Selain itu mereka menganggap bahawa permasalahan ini tidak membawakan apa-apa
kesan kepada diri mereka kerana isu ini tidak melibatkan samada diri mereka sendiri
mahupun ahli keluarga mereka. Kemudian pertubuhan-pertubuhan di dunia seperti ASEAN,
OIC dan PBB tidak memainkan peranan dalam membendung isu yang menimpa etnik
Rohingya sejak dari dahulu lagi. Anggota-anggota ASEAN juga sepatutnya meneliti dengan
lebih serius tehadap setiap masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota ASEAN itu sendiri
bukan sahaja memperkasakan ekonomi sahaja tetapi turut dari segi soal kemanusiaan juga.
Jika isu ini tidak diselesaikan dengan segera, tidak mustahil sekiranya etnik di
Rohingya ini akan lenyap dari muka bumi ini serta turut menggugat kedudukan umat Islam di
seluruh dunia. Oleh itu, semua pihak sepatutnya mengambil peranan dan menjelaskan isu
ini kepada dunia supaya semua masyarakat dunia kini mengetahui akan kekejaman yang
dilakukan oleh kerajaan Junta di Burma itu sendiri. Kerajaan Malaysia terutamanya perlu
mengambil berat terhadap isu ini kerana masyarat di Rohingya itu majoritinya adalah umat
5
Islam sendiri. Kemudian rakyat Malaysia juga perlu bersikap pemurah dengan sentiasa
menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada penduduk Rohingya. Secara tidak langsung
melalui cara ini dapat menurangkan sedikit penderitaan yang dialami oleh masyarakat
Rohingya ketika ini. Kerajaan Malaysia juga perlu memberikan ruang dan peluang kepada
para pelarian Rohingya ini dengan memberikan tempat tinggal dan tempat perlindungan
kepada mereka. Masyarakat di dunia juga perlulah menggesa kerajaan Junta agar
menghentikan segala penindasan yang dilakukan terhadap masyarakat Rohingya di
Myanmar.
Secara keseluruhannya semua pihak di seluruh dunia ini perlu bersikap prihatin
terhadap kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Rohingya di Myanmar ini. Oleh itu,
pelbagai inisiatif perlu dilakukan untuk mengatasi segala isu keganasan dan penghapusan
etnik di Myanmar itu sendiri.
(1550 patah perkataan)
6
6.0 Refleksi
Pertamanya saya, Nurul ‘Ain Sahira binti Shahidan ingin mengungkapkan perasaan
syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyelesaikan
kerja kursus ini dengan sempurna walaupun terdapat banyak cabaran dan dugaan yang
perlu saya lalui semasa saya melaksanakan kerja kursus ini. Kemudian saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pehak-pihak yang terlibat dalam menyiapkan
kerja kursus saya ini samada secara langsung mahupun tidak langsung.
Saya selaku pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
ambilan Jun 2015 bagi semester ini telah ditugaskan untuk menyiapkan satu tugasan kerja
kursus bagi mata pelajaran Cabaran dan Isu Semasa Dunia (GCI1022). Saya merasakan
tugasan ini merupakan satu cabaran yang baru bagi saya kerana subjek ini merupakan
subjek yang belum pernah saya ambil samada semasa saya di sekolah rendah mahupun
ketika saya di sekolah menengah. Walaupun subjek ini merupakan subjek tambahan,
namun subjek ini perlu diambil oleh pelajar-pelajar PPISMP bagi tahun ini. Subjek ini telah
membawa markah sebanyak 100% jadi saya perlu membuat kerja kursus ini dengan
bersungguh-sungguh. Oleh itu untuk mendapatkan markah yang terbaik bagi kerja kursus ini
saya perlu mengetahui pelbagai ilmu yang berkaitan dengan subjek ini. Sebelum saya
mendapat kerja kursus ini, fikiran saya seringkali dihantui dengan persoalan-persoalan
mengenai kerja kursus saya ini tentang bagaimana untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Saya telah mengambil inisiatif untuk memahami persoalan yang dikemukakan dengan
sering membaca persoalan tersebut secara berulang kali.
Semasa saya melaksanakan kerja kursus ini saya berasa sangat bersyukur dan
berterima kasih kerana saya dibenarkan untuk melaksanakannya dalam kumpulan bagi
tugasan yang pertama. Namun begitu saya juga turut diberikan tugasan kerja kursus secara
individu dalam tugasan yang kedua dan ini merupakan satu tugasan yang agak berat bagi
saya kerana kerja kursus sebelum ini saya hanya melaksanakannya dalam kumpulan
sahaja. Melalui tugasan berkumpulan saya tidak berasa begitu terbeban untuk
melaksanakannya kerana saya dan ahli kumpulan saya telah membahagikan tugasan
masing-masing serta kami turut mencari bahan-bahan ilmiah dan rujukan samada di
perpustakaan mahupun di internet. Manakala melalui tugasan individu pula saya telah
mengalami sedikit masalah samada untuk melaksanakan kerja kursus ini mahupun untuk
mencari bahan-bahan bagi menyiapkan kerja kursus itu sendiri.
7
Namun begitu saya juga turut menghadapi beberapa kekangan yang perlu saya
hadapi semasa saya melaksanakan kerja kursus ini. Kaedah untuk mendapatkan maklumat
dan mengetahui cara-cara untuk memanipulasikan pengetahuan berasaskan kehendak
soalan merupakan salah satu kekangan bagi saya dalam melaksanakan kerja kursus ini.
Melalui kekangan ini, ia telah mengajar saya untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar
senior dalam bertanyakan setiap persoalan yang dikemukakan. Selain itu ia juga telah
mengajar saya tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi
dengan menggunakan pemikiran yang terbuka dan matang. Semasa melaksanakan kerja
kursus ini saya banyak menggunakan pencarian maklumat-maklumat dan bahan-bahan
berasaskan internet untuk memenuhi segala persoalan yang dikehendaki dalam tugasan ini.
Pencarian maklumat dan bahan melalui internet ini secara tidak langsung telah membantu
sedikit sebanyak memudahkan kerja saya dalam melaksanakan kerja kursus ini kerana
saya sering meminjam kemudahan internet daripada kawan untuk mencari bahan-bahan
tersebut.
Melalui tugasan pertama ini saya telah mempelajari tentang cara-cara untuk
menghasilkan sebuah brosur untuk kegunaan dan rujukan ramai. Melalui tugasan yang
kedua, kebaikan yang saya peroleh ialah saya dapat mengetahui tentang masyarakat
Rohingya di Myanmar dan masalah yang berlaku sehinggakan nama etnik tersebut hangat
diperkatakan di dada-dada akhbar. Selain itu saya juga dapat mengetahui tentang
kekejaman kerajaan Junta di Burma yang bersungguh-sungguh ingin menghapuskan etnik
di Rohingya tersebut. Kemudian, saya juga dapat mengetahui faktor-faktor dan kesan-kesan
isu etnik Rohingya ini. Secara keseluruhannya saya berasa begitu simpati terhadapa apa
yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar. Semasa saya menjalankan kajian
terhadap isu ini dengan secara tidak langsung perasaan bersifat kemanusiaan itu wujud
dalam diri saya.
Cadangan saya seterusnya melalui kajian saya ini, saya akan menggunakan
pengalaman-pengalaman dan iktibar-iktibar yang saya perolehi semasa saya melaksanakan
kerja kursus ini akan saya praktikkan dan menerapkan ke dalam diri anak-anak murid saya
pada masa hadapan. Saya berharap agar, segala pendekatan yang saya lakukan ini dengan
secara tidak langsung dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan dalam dunia
pendidikan agar dunia pendidikan di Malaysia akan dikenali dan menjadi lebih mantapkan
kukuh pada satu tahap yang sukar dicapai oleh negara lain. Akhirnya melalui kajian saya ini,
saya juga berharap agar semua individu diluar sana akan mengambil iktibar dan
menjadikannya sebagai panduan serta memberikan pengajaran kepada kehidupan seharian
masyarakat di Malaysia kini.
8
7.0 Rujukan
BUKU
Lew Hee Men, Mansor Hasan dan Sofea Abdullah. 2005. Sukses Sejarah SPM. Selangor.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mahdi Shuid dan Saliza Saad. 2010. Tamadun Dunia. Selangor. Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Zaiton Ab. Rahman dan Shamsiah Md. Said. 1993. Reformasi Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
JURNAL
Arrochman Mardiansyah, 2001. Negara Bangsa dan Konflik Etnis : Nasionalisme vs Etno-
Nasionalisme. Jurnal Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Volum 4 Nombor 3 (ISSN 1410-
4946),
293–301.
Mohd Roslan Mohd Nor, 2010. Konflik Israel-Palestin Dari Aspek Sejarah Moden dan
Langkah Pembebasan Dari Cengkaman Zionis. Jurnal Al-Tamaddun 5, 73-92.
Nuredayu Omar, 2002. Pengurusan Konflik Antara Etnik dan Penduduk Minoriti : Polisi dan
Amalan Pentadbiran Sesebuah Negara Secara Umum. Jurnal Pembangunan Sosial
Jilid 4 & 5, 168-171.
LAMAN WEB
Faiz Zin. (2014, Disember 3). Masalah Etnik di Rohingya. Dicapai pada 29 Ogos 2015
daripada http://pocoyohonda.blogspot.com/2014/12/masalah-etnik-di-rohingya_3.html
Emanuel Berkah. (2013, Oktober 1). Faktor-faktor Penyebab Konflik Etnik di Indonesia.
Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada http://emanuelcaesario.blogspot.my/2013/10faktor-
faktor-penyebab-konflik-etnik-di.html?m=1
Suara Rakyat. (2015, Februari 26). Mengapa Berlaku Konflik Etnik? Dicapai pada 29 Ogos
2015 daripada http://one-kotabelud.blogspot.my/2015/02/mengapa-berlaku-konflik-
etnik.html?m=1
9
Ida Scripters. (2015, Mei 18). Punca Pelarian Etnik Rohingya. Dicapai pada 29 Ogos 2015
daripada http://scripternews.blogspot.my/2015/05/punca-pelarian-etnik-rohingya.html?m=1
8.0 Lampiran
10