Upload
atie-liana
View
1.085
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA M/S
1. PENGHARGAAN
2. PENDAHULUAN
3. DEFINISI HEDONISME
4. LATAR BELAKANG HEDONISME
5. FAKTOR-FAKTOR PENULARAN
HEDONISME
6. KESAN BERLAKU HEDONISME
7. LANGKAH MENGATASINYA
8. ARTIKEL BERGAMBAR BERKAITAN
BUDAYA HEDONISME
9. DALIL YANG BERTENTANGAN
DENGAN BUDAYA HEDONISME
10. REFLEKSI DAN KESIMPULAN
11. RUJUKAN
12. LAMPIRAN
13. BORANG KOLABORASI
14. PELAN TINDAKAN
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan-Nya, dapat jua saya menyiapkan kerja kursus pendek Akidah yang telah
diamanahkan dalam masa yang ditetapkan.
Sekalung penghargaan diberikan kepada pensyarah kami, Ustaz Sabawi bin
Awang kerana telah banyak memberikan informasi yang berguna kepada saya dan
rakan-rakan dalam menyediakan fakta serta maklumat yang terbaik mengenai tajuk
yang dipilih iaitu Gejala Hedonisme. Jesteru, ia memudahkan saya dalam menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna, InsyaAllah.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada kedua ibu bapa saya yang tidak pernah jemu dalam memberikan sokongan dan
dorongan dari pelbagai segi seperti menyumbangkan wang ringgit serta memberi
sokongan moral agar kerja kursus pendek ini dapat disiapkan dengan sempurna.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
yang turut membantu dalam menyempurnakan tugasan ini serta sudi memberikan
perkongsian dan perbincangan agar tugasan ini dapat disempurnakan dengan jayanya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan tugasan ini.
Terima Kasih.
2
PENDAHULUAN
Hiburan adalah fitrah dalam diri manusia. Naluri manusia yang cenderung terhadap
hiburan adalah sesuatu yang biasa dan normal. Menghubungkaitkan Bangsa Melayu
dengan hiburan sememangnya tidak membawa kepada apa – apa kesalahan. Namun
begitu, yang menjadi permasalahan disini ialah apabila sikap orang Melayu itu sendiri
yang gemar ‘berlebih – lebihan’ dalam mengejar hiburan.
Hiburan yang tidak terkawal serta bersifat duniawi semata – mata akhirnya bukan
sahaja telah membawa mereka kepada kancah kemaksiatan malahan juga telah
membawa kepada pelbagai masalah yang lain seperti masalah keruntuhan akhlak,
gejala sosial yang semakin teruk serta banyak lagi permasalahan yang timbul kesan
daripada budaya hendonisme ini.
Hedonisme boleh disifatkan sebagi suatu budaya yang mementingkan
keseronokkan (material) serta bersifat keterlaluan dalam mengejar hiburan yang bersifat
duniawi semata – mata.
Sebagai contoh, terdapat artikel yang bertajuk “Mahasiswa Agungkan Budaya
Barat”, “Budaya Hiburan Melampau Jejas Martabat Pusat Ilmu” adalah antara ratusan
topik terkini yang hangat dibincangkan di akhbar Berita Harian. Fokusnya ialah budaya
hiburan yang melampau yang memberi kesan kepada nilai murni budaya timur dan nilai
Islam. Bermacam-macam lagi tajuk artikel yang membincangkan mengenai penularan
pengaruh Barat yang dikaitkan dengan Hedonisme.. Isu yang membimbangkan ini kini
semakin hari semakin membarah seolah-olah tiada ubat bagi merawatnya
Oleh itu, pengkajian mengenai isme-isme atau ideologi Barat amat diperlukan bagi
membendung isme-isme ini dari terus menjahanamkan umat Islam. Ia perlu dikaji bagi
mendapatkan satu resolusi yang jitu dan unggul agar dapat memantapkan keyakinan
dan kekuatan umat Islam agar sentiasa terus berpegang dengan prinsip bahawa agama
Islam adalah tinggi dan tiada yang lebih tinggi dan mulia daripada agama Islam itu
sendiri.
3
DEFINISI HEDONISME
Perkataan hedonisme berasal dari dua perkataan iaitu hedone dan isme.
Perkataan hedone berasal dari perkataan Yunani di mana asal istilah ini mula wujud
yang membawa maksud kesenangan atau kenikmatan. Manakala perkataan isme
akhiran pada kata nama yang merujuk kepada kepercayaan, gerakan politik atau
keagamaan dan juga sikap serta perlakuan.
Mengikut istilah pula hedonisme beerti pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Menurut Lorens Bagus pula
hedonisme ialah konsep moral yang menyamakan kebaikan dengan kesenangan.
Manakala Mustafa Kamil Ayub menyatakan bahawa hedonisme ialah satu sistem
nilai Barat yang menilai kebaikan hanyalah semata-mata keseronokan (pleasure) yang
sama dengan nilai moral mereka iaitu kesenangan dan keberuntungan. Objektif
utamanya ialah keseronokan.
Jika mengikut Ensiklopedia Dunia membahagikan maksud hedonisme kepada dua
iaitu mengikut falsafah klasik dan falsafah moden. Menurut falsafah klasik, hedonisme
membawa pengertian satu kepercayaan bahawa nikmat ialah kebaikan yang tertinggi
dalam kehidupan.Dalam falsafah moden pula golongan utilitarian hedonistik yang
dipelopori oleh Jeremy Bentham dan J.S. Mill mempercayai bahawa manusia tidak
seharusnya mencari nikmat individu sahaja tetapi hendaklah mencari kebaikan yang
teragung untuk sebilangan manusia.
4
LATAR BELAKANG HEDONISME
Perkataan hedonisme telah mula dipakai semenjak zaman Yunani lagi iaitu zaman
yang melahirkan ramai tokoh falsafah yang terkemuka yang banyak mempengaruhi
ramai cendekiawan hingga ke hari ini. Boleh dikatakan bahawa istilah hedonisme
melalui dua fasa iaitu fasa Yunani iaitu sebelum masihi dan fasa Barat (Renaisans).
Fasa Yunani
Tokoh istilah hedonisme di zaman ini ada ramai tetapi yang dinyatakan di sini hanya
yang terkemuka sahaja iaitu:
1) Aristotle
Ada tiga pola hidup yang memuat kepuasan dalam dirinya sendiri iaitu hidup yang
mencari nikmat, hidup praktis dan hidup sebagai seorang filsuf. Hidup yang mencari
nikmat inilah yang disitilahkan sebagai Hedonisme. Hedonisme menurut beliau ialah
pencapaian kebahagiaan bukan denga kenyataan tetapi dengan disertai dengan suatu
tindakan. Dalam bahasa sekarang ialah manusia mencapai kebahagiaan dengan
mengembangkan potensi diri melaui kekuatan-kekuatan yang dimilikinya dan bukan
dengan bersikap menerima sahaja.
5
Fasa Barat atau Renaisans
Istilah hedonisme ini muncul semula pada abad ke 17 setelah Barat mula bangkit
dari zaman gelap mereka. Ketika ini ramai cendekiawan Barat yang telah lahir dan
pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan dan sains mereka mula berkembang.
Sebagaimana kebangkitan Barat hasil pemisahan pertentangan terhadap insitusi
gereja, begitu juga dengan nilai moral yang mereka miliki. Oleh kerana tidak
mempercayai unsur dalaman(rohani), istilah mencapai kebahagiaan (hedonisme)
mereka juga menolak ketuhanan atau unsur spiritual dan ia memiliki konsep yang sama
dengan Aristippus namun skop pencapaian kebahagiaan Barat lebih besar iaitu untuk
sebilangan besar manusia.
Setelah itu istilah hedonisme terus berkembang mengikut falsafah sekular Barat
itu sendiri. Di dalam buku Pendidikan Islam yang telah diterbitkan oleh PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd menyatakan bahawa hedonisme adalah merupakan salah satu
konsep moral yang bersifat sekular yang telah muncul di Amerika pada tahun 1876 yang
dipelopori oleh Dr. Felix Adler dari Columbia University.
Ia bermula apabila Amerika berhadapan dengan resolusi yang dibawa oleh
American Ethical Union yang menyatakan ‘kepentingan yang amat penting” ialah faktor
etika perlu diasingkan dalam semua hubungan kehidupan peribadi, masyarakat, bangsa,
negara dan di peringkat antarabangsa.
Golongan moral sekular berpendapat baik atau buruk adalah persoalan yang
termasuk dalam konsep falsafah moral yang melahirkan pelbagai aliran falsafah moral
sekular di antaranya ialah aliran hedonisme yang membawa fahaman baik dan buruk
merujuk kepada pertimbangan nafsu dan naluri.
6
Begitulah kronologi kelahiran hedonisme yang telah melalui pelbagai proses
perkembangan mengikut tokoh yang mempeloporinya tetapi yang wujud kini adalah
hedonisme yang diadaptasi dari Barat. Lebih membahayakan lagi, Barat bukan sekadar
menolak ketuhanan tetapi nilai moral dan etika yang baik juga ditolak bagi
mengasingkan terus nilai-nilai spiritual yang berkemungkinan hasil dari dendam mereka
terhadap institusi gereja yang pernah mencengkam mereka sebelum ini.
Hedonisme juga mempunyai beberapa pembahagian sebagaimana yang dikatakan oleh
A. Mangunhardjana iaitu :
1) Bagi golongan ilmuwan, kenikmatan mereka ialah pada perkara intelektual.
2) Bagi golongan sensual (bernafsu), kenikmatan mereka terbatas kepada kenikmatan
pancaindera.
3) Bagi golongan yang meminati seni, kenimatan mereka tertumpu pada nilai estetik.
4) Bagi golongan yang mementingkan nilai etika, moral dan religi maka kenikmatan
mereka tertumpu pada perkara etika, moral dan religi.
7
FAKTOR-FAKTOR PENULARAN HEDONISME
Secara tidak langsung dapat diketahui bahawa masyarakat kini sudah mula
menunjukkan mereka kini sedang dipengaruhi oleh budaya barat. Antara faktor yang
menyebabkan penularan budaya tersebut adalah seperti berikut :
1) Penjajahan
Alwi Haji Abdullah menjelaskan bahawa sewaktu penjajahan berlaku dasar
budaya Barat dilaksanakan berselindung disebalik istilah ‘pemodenan’, kemajuan dan
pembangunan. Disebalik istilah inilah Barat berselindung untuk menyebarkan nilai-nilai
kehidupan, pemikiran, pendidikan, kemahiran teknologi dan sejarah Barat. Proses
“pemodenan” atau “pengeropahan” inilah yang mengekalkan kesinambungan
cengkaman pengaruh Barat.
Dalam merealisasikan penjajahan budaya ini, nilai-nilai tamadun Barat dijadikan
ukuran sejagat ke atas tanah jajahan dan dalam masa yang sama turut berlaku
pemaksaan idea, ideologi, nilai, pegangan amalan dan gaya hidup Barat. Oleh itu,tidak
hairanlah jika sebuah negara bekas jajahan Barat mengamalkan apa yang ditinggalkan
oleh penjajah mereka.
2) Globalisasi
Globalisasi menyebabkan dunia menjadi semakin mengecil dan masyarakatnya
menjadi saling bergantungan. Apa yang berlaku di satu rantau mempunyai kesan di
rantau lain. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan, perkampungan
dunia dan langit terbuka.
8
Faktor berlakunya globalisasi ialah ledakan teknologi maklumat dan
telekomunikasi yang tinggi dan canggih. Globalisasi boleh meninggalkan kesan
terhadap pemikiran dan gaya hidup. Globalisasi membolehkan pemindahan nilai dan
cara berfikir serta cara bertindak dari satu daerah ke satu daerah dunia yang lain. Barat
menggunakannya untuk memindahkan nilai mereka dalam bidang falsafah, pemikiran,
ekonomi kapitalis dan kebudayaan hedonisme (pegangan hidup mementingkan
keseronokan) secara serentak.
3) Media massa.
Banyak penulisan sebelum ini yang membicarakan mengenai peranan media
massa dalam menyebarkan fahaman atau apa sahaja. Banyak kajian dan penulisan
yang menunjukkan bahawa media massa sebagai wasilah hedonisme.
Kemajuan teknologi media massa dalam beberapa hal akibat daripada kurangnya
kawalan juga boleh membawa ke arah kerendahan budi dan adab. Akibatnya berlaku
pembocoran budaya yang kurang sihat berlaku secara meluas dalam media massa di
Malaysia. Atas alasan ingin tahu, mahu up to date dan darah muda para belia, para
pelajar apatah lagi yang kurang didikan agama akan memudahkan bertambahnya kes-
kes keruntuhan akhlak.
Oleh itu, media massa telah membawa suatu budaya baru dalam masyarakat
terutamanya kepada generasi muda. Budaya ini diolah daripada media yang saban hari
mengambil tempat ibu bapa sebagai satu tempelan kepada pembetukan peribadi.
9
4) Hiburan
Manusia suka kepada berhibur bagi menenangkan fikiran dan menghilangkan
tekanan. Ledakan hedonisme melalui hiburan yang paling besar di negara ini ialah
apabila bermulanya program hiburan berbentuk realiti seperti Akademi Fantasia.
Kemunculan Akademi Fantasia buat pertama kalinya di siaran Astro pantas
menjadi tajuk perbualan orang ramai tidak kira tua atau muda.Jelasnya hiburan memang
cukup sinonim dengan sanubari yang menginginkan keseronokan dan kegembiraan
lebih-lebih lagi hiburan itu adalah hiburan yang serasi dengan jiwa kebiasaanya remaja
yang sedang mencari identiti mereka. hiburan dan hedonisme memang berkait rapat.
Keempat-empat faktor tersebut merupakan pemangkin gejala hedonisme yang
terbesar di dunia umat Islam kini namun ia sebenarnya bukanlah menjadi masalah bagi
dunia Barat yang memang sudah sebati dengan nilai tersebut.
10
KESAN BUDAYA HEDONISME
Hedonisme merupakan satu ancaman yang bahaya yang menyerang umat Islam
dari segi gaya hidup. Ia meninggalkan kesan ke atas umat Islam di dalam dua perkara
yang dianggap teras agama Islam yang sepatutnya boleh bertindak sebagai pelindung
umat Islam iaitu :
1. Akidah
Akidah merupakan perkara tunjang kepada seseorang muslim. Akidah yang
mantap merupakan sumber kekuatan bagi seseorang muslim dalam melakukan
kegiatan dan melahirkan semangat berjuang yang tinggi.
Ia boleh diibaratkan sebagai akar tunjang yang menjunam jaum ke dalam tanah
bagi mengekalkan sebatang pokok sentiasa tegak berdiri. Tanpa akidah, akan rosaklah
nilai iman seseorang. Istilah hedonisme berintikan sekularisme memang memencilkan
soal akidah kerana jika wujud akidah ia tidak dapat berkembang dengan bebasnya.
Dalam hal ini, apabila seseorang mengamalkan ideologi ini diBaratkan sebagai menolak
ketauhidan dan sudah pastilah akidah sebagai galang gantinya.
2. Akhlak
Akhlak ibarat pakaian seseorang dan tanpa akhlak seseorang diibaratkan tanpa
pakaian. Akhlak merujuk kepada sikap seseorang tentang perhubungannya dengan
Tuhan, sesama manusia, alam sekitar dan haiwan.
11
Orang yang baik akhlaknya, baik hubungan denga Tuhan, manusia, haiwan dan
alam sekitar dan sebaliknya. Akhlak dalam Islam meliputi keseluruhan aspek kehidupan
seseorang muslim yang telah ditentukan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Hedonisme ialah
salah satu sistem moral dalam masyarakat Barat yang meletakkan pengukuran
keseronokan sebagai ukuran bagi semua pekerjaan yang dilakukan dan sudah pastilah
seronok itu dalam perkara-perkara yang berkait dengan nafsu. Apabila nafsu tanpa
kawalan akal, maka hancurlah akhlak.
Dua tunjang utama dalam Islam ini sepatutnya bertindak menjadi senjata yang
paling ampuh dalam melawan ideologi Barat ini. Jika ia rosak, sememangnya tidak patut
dihairankan mengapa umat Islam boleh menjadi rosak juga.
12
LANGKAH MENGATASI HEDONISME
Setiap penyakit pasti ada ubatnya melainkan sakit tua dan mati, cuma masa yang
diambil untuk menyembuhkan sesuatu penyakit mungkin mengambil masa berhari-hari,
berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Demikian juga dengan penyakit mementingkan nafsu yang memerlukan
pencegahan dan rawatan yang begitu rapi dan teliti kerana jika tidak dibendung dan
dikawal akan menghilangkan jati diri sebagai umat Islam. Islam itu sendiri adalah
sebagai ubat bagi menghadapi gejala-gejala hedonisme dan berikut adalah aspek dalam
Islam yang boleh berfungsi sebagai pengawal dan pencegah hedonisme buatan Barat
ini :
1) Dakwah
Dakwah bertujuan mendekatkan diri manusia kepada pencipta alam ini. Jika
seseorang itu bukan Islam maka dakwah bertujuan memperkenalkannya kepada Islam
sebagai jalan mengenal Allah dan jika sudah pun Islam maka dakwah bertujuan
meperkuatkan lagi penghayatan keislamannya.
Dakwah kini perlu disebarkan melalui skop yang besar sejajar dengan skop
globalisasi. Ruang-ruang yang yang tidak bersifat ketuhanan perlu segera diisi dengan
roh Islamiah agar dapat mengatasi masalah akidah dan akhlak manusia sebagaimana
menurut Muhammad Uthman perlaksanaan tugas dakwah islamiah dengan syarat-
syarat dan aturan yang baik dan tepat sebagaimana yang ada dalam ajaran rohaniah
Islam perlu dijalankan.
Hal yang demikian adalah kerana di dalam dakwah penuh dengan nasihat,
pesanan keagamaan, dan bersifat sosial serta teladan yang mengajak masyarakat
menghindari diri dari hal yang negatif kepada hal yang positif.
13
Ia semakin signifikan apabila dakwah dapat dilakukan secara profesional
merangkumi semua lapisan masyarakat sekaligus menyentuh aspek fikiran dan rohani
mad’u. Keprofesionalan pendakwah perlu kerana masyarakat semakin bijak menilai
tetapi dalam masa yang sama mereka menghadapi kemelut dalaman yang meruncing.
2) Konsep bersederhana
Sebenarnya Islam telah meletak garis panduan yang ideal kepada umatnya agar
dapat menjaga kemaslahatan ummah. Lakukanlah apa jua pekerjaan dan perkara tetapi
harus beringat supaya tidak melampaui batas kerana agama Islam adalah agama yang
menyuruh umatnya bersederhana sebagaimana firman Allah S.W.T. (2 : 143)
Maksudnya :
“Dan demikianlah kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ummat yang adil dan
pilihan , agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia”
3) Ilmu Pengetahuan
Menuntut ilmu memang diwajibkan oleh Islam ke atas umatnya. Umat Islam
mestilah mengenal pasti secara total segala permainan pemikiran dan cara-cara
mengatasinya mengikut panduan ulamak. (Abdullah Nasih Ulwan 2003 : 99) Tanpa ilmu
pengetahuan, satu bangsa pun tidak akan maju dan boleh membina tamadunnya
sendiri. Ilmu pengatahuan akan mengelakkan umat Islam dari terpengaruh ke dalam
unsur-unsur sekularisme tidak kira dari apa jua bentuknya.
4) Malu
14
Rasa malu adalah adalah unsur yang positif dalam tabiat manusia. Rasa malu
mengungkapkan nilai nilai keimanan seseorang dan menunjukkan tingkat
peradabannya.
Sebagaimana hadis yang menyarankan agar umat Islam bersifat malu. Malu di sini
bermaksud malu mengerjakan kejahatan dan segala perbuatan yang hina atau malu
kerana ketinggalan dalam melakukan kebaikan dan kemuliaan. Malu seperti ini akan
menjaga manusia dari kejahatan dan membawa kepada keselamatan dan kemajuan.
ARTIKEL BERKENAAN BUDAYA HEDONISME
Artikel ini menujukkan antara salah satu Budaya Hedonisme iaitu ‘Lesbian’
yang menjanjikan keseronokan semata-mata dalam kalangan muda mudi
pada dewasa ini. Mereka kian parah dan hanyut dalam dunia mereka
sendiri.
15
Gambar menunjukkan hiburan pada hari ini yang semakin dipuja-puja dan
melalaikan ramai manusia.Ini adalah salah satu contoh Budaya
Hedonisme yang kian membarah dalam masyarakat kita.
16
DALIL-DALIL YANG MENENTANG BUDAYA
HEDONISME
1) Dalil Al-Quran
Firman Allah s.w.t :
‘Dan yang dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan
hiburan yang melalaikan, dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik
bagi orang yang bertaqwa, oleh itu tidak kamu mahu berfikir’
(surah al-an’am:32)
Firman Allah swt :
‘Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia (meliputi segala kemewahan dan pangkat
kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.
(surah Ali-Imran:185)
17
Kedua-dua Dalil daripada Al-Quran ini jelas menunjukkan betapa Islam
menekankan bahawa kehidupan dunia ini hanyalah satu permainan dan bersifat
sementara.
2) Al-Hadis
ع� : م� ل�و�س� لج� �نا� ا و�ل� ي�ق� ط�ال�ب� ا�ب�ي ب�ن� ع�لي� ع�ن�ل�م� و�س� ع�ل�ي�ه� الله� ل�ى ص� الله� و�ل� س� ر�
إ�ال� ع�ل�ي�ه� ا م� ي�ر� ع�م� ب�ن� ع�ب� م�ص� ط�ل�ع� ا�ذ� د� ج� ا�لم�س� ف�يآه� ر� ا ل�م� ف� و� ر� ب�ف� و�ع�ة� ق� ر� م� ل�ه� د�ة� ب�ر�
و� ه� ال�ذ�ى� و� ة� الن7ع�م� م�ن� ي�ه� ف� ك�ان� ل�ل�ذ�ى� ب�ك�ى الله� و�ل� س� ر�ع�ل�ي�ه� الله� ل�ى ص� الله� و�ل� س� ر� ال� ق� ثم�� ي�ه� ف� ال�ي�و�م�
ب�ك�م� : ك�ي�ف� ل�م� �ذ�ا و�س� ف�ي إ د�ك�م� أ�ح� ع�ت� غ�د�ا و�و�ض� ل�ة� ح�ا ك�م� ت�ك�م� ب�ي�و� تم�� ت�ر� و�س� ى ر� ا�خ� ع�ت� ف� ر� و� ة� ف� ح� ص� ي�د�ي�ه� ب�ي�ن�
, ن� ن�ح� الله� و�ل� س� ر� يا� ا �ل�و� قا �ل�ك�ع�ب�ة� ا ت�ر� ت�س�ؤن�ة� ا�لم� ى ن�ك�ف� و� ل�ل�ع�ب�اد�ة� ع� ر� ن�ت�ف� ال�ي�و�م� ن�ا م� ي�ر� خ� ئ�ذ� ي�و�م�
�ن�ت�م� : أ ال� ل�م� و�س� ع�ل�ي�ه� الله� ل�ى ص� الله� و�ل� س� ر� ال� ق� ف�ئ�ذ� . ي�و�م� ن�ك�م� م� ي�ر� خ� ال�ي�و�م�
رواه الترمذي()
18
Maksud:
Daripada Ali bin Abi Talib Radhiyallahu 'anhu: “Bahawasanya kami sedang duduk
bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab
bin Umair Radhiyallahu 'anhu dan tiada di atas badannya kecuali hanya selendang yang
bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melihat
kepadanya, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana terharu mengenangkan
kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh
ibunya) dan kerana melihat nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di madinah sebagai
seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kemewahan di
Mekah. Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi pada waktu pagi dengan
satu pakaian dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila
diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi
(menghiasi) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Ka’abah?. Maka
jawab sahabat, “ Wahai Rasulullah, tentunya pada waktu itu kami lebih baik daripada
hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada ibadah sahaja dan tidak perlu
mencari rezeki”. Lalu Baginda bersabda : “Tidak, keadaan kamu pada hari ini lebih baik
daripada keadaan kamu pada hari itu”. (Hadith Riwayat Al-Tirmizi)
Berapa ramai di kalangan kita yang menyedari hakikat bahawa kemewahan,
budaya hendonisme yang keterlaluan untuk mencari hiburan dan keseronokan serta tipu
daya dunia banyak menghalang seseorang daripada melaksanakan ibadah kepada
Allah, sepertimana fenomena yang berlaku pada umat Islam pada hari ini.
Sedar atau tidak, betapa ramai umat Islam pada hari ini yang tertipu dengan
keseronokan hiburan yang melampau dan tipu daya dunia yang mempersonakan.
Kekayaan, kemewahan dan budaya hendonisme yang ada telah menyibukkan kita dan
menghalang daripada melaksanakan ibadah untuk mencari keredhaan Allah.
19
Umat Islam pada hari ini dikelabukan mata dengan mengejar kemewahan dan
mencari keseronokan yang berpanjangan tanpa memikirkan apakah persiapannya dan
amalan untuk dibentangkan di hadapan Allah pada hari Kiamat nanti.
Kisah yang berlaku di kalangan salah seorang sahabat, iaitu Mus’ab bin Umair
Radhiyallahu 'anhu sudah cukup untuk membuatkan kita menitiskan air mata keinsafan
dan sedar betapa hebatnya iman seorang sahabat yang sangat menyentuh hati kita.
Memadailah apa yang digambarkan oleh Rasulullah saw tentang beliau untuk dijadikan
sebagai iktibar kepada kita.
Hadis di atas menggambarkan kepada kita bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi
wasallam pernah bersedih dan menangis apabila mengenangkan nasib yang menimpa
Mus’ab bin Umair. Beliau merupakan seorang anak bangsawan, yang selalu dimanjakan
oleh ibunya, pakaiannya dahulu diperbuat daripada kain yang mahal, sehinggalah
apabila kecintaannya kepada Allah dan RasulNya mengatasi segala-galannya, beliau
sanggup tinggalkan segala kemewahan tersebut dengan memilih Allah dan RasulNya
mengatasi segala-galanya.
Banyak kitab sirah yang merakamkan kisah yang menyentuh hati ini, sehinggakan
diceritakan apabila jenazahnya hendak ditutupkan di kepalanya, bahagian kain yang
menutupi badannya terbuka di kakinya. Apabila ditarik ke bahagian kaki, kain kafan
yang menutupi jenazahnya di bahagian kepalanya pula terbuka kerana kain tidak cukup
lebar, sedangkan semasa hayatnya beliau merupakan seorang anak bangsawan yang
kaya dan terkenal di Mekah.
Dalam hadith ini juga, Nabi Muhammad saw menerangkan bahawa umatnya pada
suatu hari nanti akan memperolehi kekayaan, kemewahan dan kelapangan dalan
kehidupan. Pakaian mereka yang cantik akan silih berganti setiap hari, hidangan
makanan yang tidak pernah putus-putus, rumah-rumah mereka tersergam indah dan
dihasi dengan bermacam-macam perhiasan.
Begitulah gambaran terhadap sifat tamak dan haloba manusia dalam
menghimpun harta kekayaan yang tidak pernah cukup dan tidak puas melayan nafsu.
Mereka sentiasa ingin mencari dan menambah kekayaan sehinggalah kematian datang
menjemput mereka. Maka pada ketika barulah mereka sedarkan diri dengan seribu satu
penyesalan, di saat sudah tidak berguna lagi penyesalan.
20
REFLEKSI
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga saya
menyiapkan Kerja Kursus Pendek Aqidah yang bertajuk ‘Budaya Hedonisme’.Melalui
tugasan yang diberikan ini, ia banyak membantu saya terutama dalam meningkatkan
ilmu pengetahuan berkenaan Hedonisme ini.
Segala bimbingan serta tunjuk ajar diberikan sepenuhnya oleh Pensyarah Aqidah
kami iaitu Ustaz Sabawi bin Awang dan tanpa bimbingan daripada beliau saya tidak
akan dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang ditetapkan dan
dengan sebaiknya.
Perkara pertama yang saya lakukan untuk mencari maklumat berkaitan dengan
tajuk vandalisme ialah dengan melayari internet dan mencari maklumat yang bertepatan
dengan tajuk saya iaitu berkaitan Budaya Hedonisme. Sebelum ini saya ada mendengar
21
berkaitan dengan gejala sosial namun saya tidak pernah mendengar perkataan
‘Hedonisme’. Apabila saya diberi peluang untuk mencari maklumat berkaitan gejala ini
saya lebih memahami tentang apa yang dikatakan tentang Budaya Hedonisme.
Selain itu,saya juga telah mencari beberapa gambar yang berkaitan dengan
budaya hedonisme dan mengemukakan dalil yang bertentangan dengan Budaya
Hedonisme itu sendiri. Melalui itu, ia akan menjadikan pencarian saya lebih difahami.
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
KESIMPULAN
Islam adalah agama fitrah bagi semua manusia. Sesuai sebagai agama fitrah,
Islam tidak pernah melarang penganutnya daripada berhibur. Islam sememangnya
membenarkan penganutnya untuk berhibur. Namun begitu, hiburan yang dilakukan
haruslah selari dengan syariat dan perintah Allah serta tidak menjerumuskan diri kita
terhadap kemaksiatan serta kelalaian kepada Allah S.W.T.
Islam tidak menghalang umatnya untuk berhibur namun mestilah mengikut lunas-
lunas Islam serta tidak ‘berlebih – lebihan’ serta bersikap ‘melampau – lampau’ dalam
mencari hiburan sehingga menanggalkan imej Islam yang dibawa.
Firman Allah S.W.T:
“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap
(memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh,
Allah tidak menyukai orang yang berlebih – lebihan.” [Al – Araf: 31]
Firman Allah S.W.T:
22
“Wahai orang – orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang
baik yang telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampaui
batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui
batas.” [Al – Maidah: 87]
23
RUJUKAN
1) http://www.haluan.org.my/v3/index.php/bahaya-budaya-hendonisme-dan-
kemewahan.html
2) http://cd-qudwahhasanah.blogspot.com/2008/01/hedonisme.html
3) http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/29/gejala-hedonisme-menulari-remaja/
4) http://nushaqrasah.blogspot.com/2010/06/dilemma-melayu-budaya- hendonisme.htm
24
PELAN TINDAKAN
1. 30 September 2010 Penerimaan tugasan daripada Ustaz Sabawi.
2. 01 Oktober 2010 Melayari internet untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih lanjut mengenai tugasan yang diberi.
3. 02 Oktober 2010 Memulakan tugasan dengan menyenaraikan
maklumat yang diperlukan.
4. 05 Oktober 2010 Kemudian, mulakan tugasan dengan membuat
draf kerja.
5. 07 Oktober 2010 Merujuk kepada pensyarah berkaitan tugasan
yang diberi semasa waktu kuliah berlangsung
6. 08 Oktober 2010 Berbincang dengan rakan-rakan mengenai hujjah-
hujjah penentangan vandalisme
7. 09 Oktober 2010 Menaip semua maklumat yang diperlukan
8. 12 Oktober 2010 Menyemak semula tugasan yang sudah ditaip
9. 13 Oktober 2010 Menyempurnakan tugasan yang diberi
11. 14 Oktober 2010 Menghantar tugasan
25
26