5
Konsep Etnik dan Ras: Satu Perbincangan Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain. Walau bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana memang terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Ini adalah kerana manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan perkahwinan campur sering berlaku di antara satu sama lain. Kesannya akan menghasilkan golongan baru yang mempunyai keturunan campuran yang tidak dapat digolongkan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinasikan sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa bentuk, warna rambut, tingkat laku, kelakuan atau tahap intelektual.

essay ctu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

y

Citation preview

Page 1: essay ctu

Konsep Etnik dan Ras: Satu Perbincangan

Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi

ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat

(Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori

Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal

seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain.

Walau bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana memang

terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Ini adalah

kerana manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan perkahwinan campur sering berlaku

di antara satu sama lain. Kesannya akan menghasilkan golongan baru yang mempunyai

keturunan campuran yang tidak dapat digolongkan ke dalam mana-mana kumpulan ras.

Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinasikan sebagai

teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa bentuk,

warna rambut, tingkat laku, kelakuan atau tahap intelektual. Pengertian sedemikian

menyebabkan sesetengah manusia mengangggap kaum mereka adalah lebih unggul daripada

kaum lain.

Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka dan

diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun, pengertian ini

telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya menurut Encyclopedia of Religion

(Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan mengikut ras. Manusia adalah dalam

satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia yang lebih baik atau lebih handal dari yang lain

semata-mata kerana perbezaan warna kulit, rupa bentuk dan sebagainya.

Page 2: essay ctu

Prasangka atau prejudis (prejudice) merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme. Prasangka

adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya

merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis,

1998). Sebagai contoh, kaum kulit hitam dianggap kurang dari segi intelektual dan kekayaan.

Kebiasaannya, prasangka timbul akibat penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk tidak

dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar. Perasaan prasangka sering kali

dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti. Walau bagaimanapun,

ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai prasangka terhadap

anggota majoriti atau kelompok lain – Teori Scapegoat (Dollard, 1939).

Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama-kelama ncian secara membuta-tuli tanpa

sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan prasangka (Oliver, 1976). Rasisme sering

dikaitkan dengan keganasan dan kemusnahan. Kes “pembersihan etnik” (ethnic cleansing) yang

terjadi pada kaum Yahudi semasa pemerintahan Hitler merupakan contoh terbaik, di mana

rasisme telah mengakibatkan beribu-ribu keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan

untuk menonjolkan kaum Jerman sebagai kaum terunggul (Macionis, 1998:223).

Rasisme merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Beberapa percubaan telah

dibuat untuk menerangkan asal-usul fenomena ini. Ahli psikologi cuba untuk mencari punca

rasisme dari personaliti individu, dan dikaitkan dengan soal kecewaan atau authoritarian

personality (penguasaan individu dominan ke atas yang lemah) (Macionis, 1998:48). Bagi ahli

sosiologi yang berhaluan Marxis pula, rasisme lebih merupakan sebahagian dari ideologi kaum

Bourgeasie (golongan kelas atasan) untuk mempertahankan eksploitasi dan penindasan ke atas

kaum bukan kulit putih dalam zaman penjajahan, perhambaan dan imperialisme (Macionis,

1998:220).

Page 3: essay ctu

Walau bagaimanapun, dua syarat perlu dipenuhi sebelum masalah rasisme wujud. Syarat yang

pertama ialah kewujudan dua atau lebih kelompok yang berbeza dari segi fizikal supaya mereka

dapat dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kedua, kelompok-kelompok tadi perlu juga

berbeza dari segi kebudayaan dan berada dalam keadaan ketidaksamaan yang institutionalized

(Ting Chew Peh, 1983:91).

Van den Berghe (1967), berpendapat bahawa istilah ras itu mengelirukan kerana ianya

mempunyai empat pengertian utama.

i. Ras digunakan sebagai satu konsep biologi untuk membezakan manusia atas dasar

perbezaan “phenotype” dan “genotype“. Walau bagaimanapun, tiada sebarang

persetujuan yang dicapai oleh ahli antropologi dan sosiologi dan kebelakangan ini

pengertian ini telah pun ditolak oleh sebahagian besar pakar sains sosial.

ii. Ras juga digunakan untuk memperihalkan suatu kelompok manusia yang mempunyai

beberapa ciri kebudayaan yang sama seperti bahasa dan agama (Misalan: ras Peranchis

dan ras Yahudi).

iii. Ras juga digunakan secara longgar sebagai erti sekata dengan perkataan spesis (species).

(Misalan: ras manusia).

iv. Ras juga digunakan untuk merujuk kepada suatu kelompok manusia yang menganggap

diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok-kelompok

mereka atas dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah.