13
Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015 1) Etika dalam Penyelidikan Isu etika penyelidikan biasanya dilakukan menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman. Kaedah mengumpul data dalam sesetengah kajian pula, menyentuh emosi, hak, hal peribadi dan sebagainya. Perkataan etika adalah beasal dari perkataan Greek bermaksud ‘Ethos’ yang bermaksud budi pekerti yang baik. Aspek Panduan a) Penyertaan sukarela Responden adalah subjek sukarela. Pengkaji boleh meyediakan borang jaminan kajian dan surat persetujuan menjadi responden b) Penentuan diri Pengkaji perlu mengetahui individu yang responden mempunyai hak untuk menilai maklumat kajian sebelum membuat keputusan untuk mengambil bahagian atau tidak. c) Kecerdasan fizikal dan mental Memastikan keselamatan responden terjamin d) Rahsia peribadi 1) 1.Kepekaan maklumat yang diberi darjah keperibadian dan potensi ancaman adalah selamat setelah didedahkan 2. Keadaan persekitaran responden iaitu tempat tinggal, jenis kenderaan, tempat bekerja, kewangan dan sebagainya. e) Identiti pengkaji 2) Perlu diberitahu kepada responden secara ikhlas sebelum meminta kebenaran responden untuk mengambil bahagian dalam kajian 3) f) Tanpa nama atau identity 4) Keadaan di mana orang lain tidak mengenali siapakah subjek kajian yang membekalkan data atau maklumat kajian. Pengkaji perlu 1

Etika Dalam Penyelidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendidikan

Citation preview

Page 1: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

1) Etika dalam Penyelidikan

Isu etika penyelidikan biasanya dilakukan menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman. Kaedah mengumpul data dalam sesetengah kajian pula, menyentuh emosi, hak, hal peribadi dan sebagainya. Perkataan etika adalah beasal dari perkataan Greek bermaksud ‘Ethos’ yang bermaksud budi pekerti yang baik.

Aspek Panduan

a) Penyertaan sukarela Responden adalah subjek sukarela. Pengkaji boleh meyediakan borang jaminan kajian dan surat persetujuan menjadi responden

b) Penentuan diri Pengkaji perlu mengetahui individu yang responden mempunyai hak untuk menilai maklumat kajian sebelum membuat keputusan untuk mengambil bahagian atau tidak.

c) Kecerdasan fizikal dan mental

Memastikan keselamatan responden terjamin

d) Rahsia peribadi 1) 1.Kepekaan maklumat yang diberi darjah keperibadian dan potensi ancaman adalah selamat setelah didedahkan2. Keadaan persekitaran responden iaitu tempat tinggal, jenis kenderaan, tempat bekerja, kewangan dan sebagainya.

e) Identiti pengkaji 2) Perlu diberitahu kepada responden secara ikhlas sebelum meminta kebenaran responden untuk mengambil bahagian dalam kajian

3)f) Tanpa nama atau identity 4) Keadaan di mana orang lain tidak mengenali siapakah subjek

kajian yang membekalkan data atau maklumat kajian. Pengkaji perlu merahsiakan segala maklumat yang dibekalkan oleh pembekal maklumat.

5)g) Perjanjian sulit 6) Segala maklumat responden haruslah dirahsiakan

7)h) Pembelotan 8) Kajian pecah amanah haruslah dielakkan oleh pengkaji

9)i) Penipuan Pengkaji harus memberi maklumat yang benar

j) Hak cipta Pengkaji menggunakan hasil kerja pengkaji lain dengan mendapat kebenaran bertulis.

1

Page 2: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

Reynolds (1979) menyatakan 5 Unsur-unsur dalam kod etika penyelidikan

2

5 unsur-unsur etika dalam penyelidikan

1. Nilai – mengingatkan pengkaji untuk memegang kepada nilai moral tertentu sebelum, semasa dan selepas kejadian

2. Kesedaran diri – kesedaran tentang tingkah laku yang dilarang dan tanggungjawab diri terhadap responden kajian

3. Profesionalisme – mengingatkan pengkaji untuk merancang dan menggunakan kaedah kajian yang tidak mendatangkan kesan negative kepada responden

4. Kebolehpercayaan – mengingatkan pengkaji agar memanipulasi data hasil kajian serta membuat laporan secara jujur dan ikhlas.

5. Panduan disiplin – megingatkan pengkaji mematuhi peraturan-peraturan penyelidikan, bahawa pengkaji tanpa disiplin akan menghasilkan dapatan kajian yang

tidak sah. Tidak boleh paksa

seseorang untuk mengambil bahagian walaupun dengan memberi faedah-faedah yang tidak boleh diperolehi kalau mereka tidak mengambil

Page 3: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

2. Etika dalam penerbitan.

Penerbitan selalunya merujuk kepada buku , jurnal, majalah, artikel, surat khabar dan sebagainya. Contohnya dalam penerbitan buku akademik itu adalah satu usaha yang mulia. Usaha berkenaan menyumbang kepada sintesis ilmu yang sedia ada, dan penjanaaan ilmu yang baharu. Justeru dalam etika penerbitan perlu ada garis panduan yang selari dan terjamin mutu penerbitannya.

Aspek Panduan

1 Penulis Seseorang penulis perlu memberi akuan yang benar kepada segala bahan dan sumber yang dirujuk dalam penulisan buku.

2 Kod etika Perbuatan plagiarism atau amalan meniru seperti ‘cut and paste’ perlu dielakkan

3 Ilmu yang mantap Memerlukan pengetahuan yang luas dalam menjamin kualiti. Menulis etika penulisan akademik dengan menyatakan metodologi pendidikan, memaparkan teori dan kaedah menganalisis data.

4 Perisian ilmu atau maklumat Adalah menjadi kesalahan jika perisian cetak rompak dan melanggar akta hak cipta dan melanggar Akta Hak Cipta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Perdagangan

5 Penghargaan Membuat rujukan yang sewajarnya kepada penerbitan dan hasil terdahulu dan diberi penghargaan yang sewajarnya.

6 Sahsiah Menghindari sikap membesar-besarkan diri yang tidak sesuai pada tempatnya.

7 Keselamatan Menghormati kerahsiaan orang yang memberi maklumat, seperti halnya sama dengan penyelidikan, dengan tidak mengendahkan nama individu atau institusi yang terlibat, jika diminta oleh pihak lain.

3

Page 4: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

3. Etika dalam kerja Perundingan iaitu Segala jenis khidmat pakar dan perundingan.

Terdapat banyak isu mengenai etika dan professional yang melibatkan perundingan

dalam perkhidmatan professional, nilai-nilai, kepelbagaian budaya dan perundingan dalam

kelompok menurut A.M.Dougherty, 2005.

Isu-isu etika dalam perundingan semakin mendapat perhatian pada masa kini.

Perunding boleh didakwa kerana malpractise atau pelanggaran kontrak. Oleh yang demikian

perunding agarlah dinasihatkan lebih peka terhadap undang-undang yang melibatkan amalan

mereka serta bertindak mengikut landasan yang betul. Amalan dan etika memerlukan

perunding memberitahu kepada mereka yang dirunding mengenai matlamat dan yujuan

perundingan, batasan terhadap kerahsiaan, faedah-faedah yang mungkin bakal diperolehi,

risiko yang mungkin dihadapi, hasil perundingan dan kebebasan mereka untuk mengurangkan

atau menolak penglibatan mereka dalam proses perundingan

Projek perundingan iaitu satu aktiviti perundingan berdaftar dan mempunyai

terma serta kadar bayaran tertentu, jangka masa kerja yang diberikan dan ahli perundingan

yang telah dipersetujui dengan jelas bagi tempoh masa projek tersebut.

4

Page 5: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

Prosedur perundingan.

5

1. Nama / Nama Projek

2. Tujuan

3. Takrif

4. Jenis Perundingan

5. Syarat dan Kelayakan Perundingan

6. Dasar Perundingan

7. Tanggungjawab dan Akauntabiliti

8. Tanggungjawab dan Akauntabiliti Ketua

Perunding dan Perunding

Page 6: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

Aspek Seseorang Perunding.

a) Mendapat izin dari mana-mana organisasi atau majikan dan mematuhi peraturan-

peraturan yang ditetapkan, sebelum menjalankan kerja perundingan.

b) Memastikan kerja perundingan tidak mengganggu tugas-tugas lain di organisasi atau

tempat seseorang itu bekerja.

c) Memaklumkan pendapatan yang akan diterima hasil dari diperolehi dari kerja

perundingan dan menyerahkan kepada budi bicara pihak organisasi atau majikan

tersebut untuk mengambil atau tidak sebahagian dari pendapatan itu.

d) Berusaha mendapatkan kerja perundingan berdasarkan kepada kepakaran sendiri atau

kepakaran bersama rakan sejawat.

6

Page 7: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

PROSEDUR KERJA PERUNDINGAN

7

Cara mendapatkan projek Perundingan

Cara Memproses

Tawaran

Kelulusan Permohonan

Perlaksanaan Projek

Penamatan dan Penilaian Projek Perundingan

Page 8: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

4. Etika kerja dalam Pengkormersialan

Pengkormersialan ertinya penterjemahan idea menjadi sesuatu yang berupa produk, perkhidmatan, proses atau system teratur yang boleh dipasarkan melalui “Perundingan” ertinya satu kegiatan yang melibatkan seseorang atau sekumpulan orang untuk member perkhidmatan kepakaran atau kemahiran kepada pihak yang memerlukan, sama ada dengan mendapat bayaran atau tanpa bayaran.

Aspek Kosmesialisasi

Strategi yang diambil dari aspek komersialisasi ialah:

(a) menggalakan staf untuk meningkatkan jalinan antarabangsa seperti menjalankan

cuti sabatikal mereka di luar negara.

(b) mengkomersilkan penemuan penyelidikan dan teknologi yang dibangunkan.

(c) mengadakan bengkel/seminar/persidangan bertujuan memberi pendedahan

kepada staf aspek-aspek yang berkaitan dengan komersilisasi, harta intelek

serta pemindahan teknologi.

(d) mempromosi produk dalam bidang perkomersilan dengan industri dan badan-

badan profesional.

(e) membuat pelan strategik bertujuan memantapkan perkhidmatan rundingan

kepada pelbagai jabatan kerajaan, industri dan badan-badan profesional.

(f) membentuk jaringan dengan pihak awam dan industri bagi tujuan perundingan

dan komersilisasi.

(g) mempromosikan kolaborasi dalam pemindahan teknologi, program akademik

dan latihan serta perkara-perkara yang berkaitan.

(h) menyokong usaha untuk mempromosikan aktiviti penyelidikan melalui

perundingan.

(j) menggalakkan hasil penyelidikan diterjemahkan kepada polisi, industri dan

masyarakat sebagai satu tanggungjawab sosial.

(k) memberi pengiktirafan kepada staf yang dapat menjana pendapatan.

8

Page 9: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

Perkomersialan Produk secara ringkas.

9

MULA

Membuat Permohonan

Pembentangan oleh penyelidik

Cadangan diterima / Diluluskan oleh pihak berwajib

Produk boleh dikomersialkan dan perlindungan harta intelek diperoleh

TAMAT

Page 10: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

Kesimpulannya, Etika kerja bukan sahaja berkaitan perasaan seseorang terhadap kerja

atau kerjaya tetapi juga melibatkan bagaimana seseorang itu menjalankan tugas atau

menunaikan tanggungjawab . Ia juga melibatkan niat yang betul, perlakuan yang baik,

penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikata, berdisiplin dan beradap, sikap,

rasa hormat komunikasi dan interaksi serta bagaimana seseorang itu bekerja berdasarkan garis

panduan yang telah diberikan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab. Justeru

amatlah penting setiap organisasi atau institusi menyediakan satu panduan etika kerja yang

efiesyen dalam setiap bidang supaya ia akan memudahkan kerjaya yang dilakukan. Ini secara

automatiknya dapat meningkatkan dalam pengurusan dengan kecekapan dan keberkesanan

dalam menyemarakkan serta memenuhi kehendak pelanggan.

10

Page 11: Etika Dalam Penyelidikan

Panduan Kualiti Etika Kerja - GRU 6014 2015

Bibliografi

Abdul Rahman Md. Aroff, 1999, Pendidikan Moral-Teori Etika dan Amalan Moral, Penerbit UPM.

Chua, Y. P. Sharifah Md. Nor Kaedah penyelidikan, Penerbit UPM

https://www.google.com/?gws_rd=ssl#q=GARIS+PANDUAN+UM

11