Fakta - mymrt.com.my · PDF fileTRANSFORMASI •Pandangan dari atas tapak pembinaan antara Kelab Golf ... pencemaran udara dan peningkatan aktiviti ... Beliau mempunyai kelulusan Doktor

  • Upload
    vokhanh

  • View
    252

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

  • Mass Rapid Transit Corporation Sdn BhdVisi, Misi dan Nilai-nilai Teras Kata Aluan PengerusiKata Aluan Ketua Pegawai EksekutifLembaga PengarahBarisan PengurusanProjek MRT Lembah Klang

    Tentang ProjekJajaran MRT Sungai Buloh-Kajang Struktur Projek Tadbir Urus Projek

    Laporan KemajuanPembinaan PerolehanHal Ehwal Tanah Kuarters Pekerja MRT CorpHal Ehwal Pihak BerkepentinganPerhubungan AwamAgenda Bumiputera

    Penyata KewanganSorotan Penting

    568

    111214

    16182021

    242628293031323334

    Fakta tentang jajaranMRT Sungai Buloh-Kajang

    PANJANG

    51km

    JAJARAN BERTINGKAT

    41.5km

    BAWAH TANAH

    9.5km

    Memberi perkhidmatan kepada

    1.2 jutaorang30 minit

    Anggaran bilangan penumpang sehari 400,000

    STESEN

    31Anggaran masa perjalanan dari Kota Damansara ke Bukit Bintang

    GAMBAR MUKA DEPAN: Pandangan dari atas Portal Semantan di manadua buah mesin pengorek terowong akanmemulakan kerja mengorek terowong MRT

    kandungan

  • laporan kemajuan 2012 MRT Corp | 54 | MRT Corp laporan kemajuan 2012

    MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) adalah syarikat milikpenuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan ditubuhkan dengan tujuanmemajukan dan memiliki aset projek MRT.

    MRT Corp ditubuhkan pada September 2011 dan telah mengambil alih pemilikan projekdaripada Syarikat Prasarana Negara Bhd pada Oktober 2011.

    Tanggungjawab MRT Corp termasuk memantau pembinaan kesemua struktur bertingkat,stesen dan depoh projek. Syarikat ini juga memantau kerja bawah tanah yang melibatkan kerja pembinaan terowong dan stesen bawah tanah.

    MRT Corp bertanggungjawab ke atas kontrak-kontrak yang terbabit, proses perolehan danpenyelesaian pertikaian selain memastikan kualiti daripada segi kos, penjadualan, kesihatan,keselamatan dan keperluan persekitaran.

    Syarikat ini juga bekerjasama dengan pihak lain dalam pembangunan projek MRT, iaitu MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd sebagai Rakan Pelaksana Projek (Project Delivery Partner)dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia.

    MRT CORP

    TRANSFORMASI Pandangan dari atas tapak pembinaan antara Kelab Golf Perkhidmatan Awam dan Lebuhraya Sprint.

    Mass Rapid TransitCorporation Sdn Bhd

  • laporan kemajuan 2012 MRT Corp | 76 | MRT Corp laporan kemajuan 2012

    visiUntuk diiktiraf sebagai penyedia pentingbersama perkhidmatan pengangkutan

    rel bandar

    misiUntuk menghasilkan satu sistem MRT yang

    berkesan, efisien dan bersepadu, dengan selamatdan tepat pada masa, serta menepati kos

    nilai-nilaiteras

    KETERBUKAAN

    Kami menghormati sesama sendiri, menghargai perbezaan dan memanfaatkan

    perubahan di bawah satu kepimpinan

    KEBERSATUAN

    Kami bekerja dengan berkesan sebagai satu pasukanke arah mencapai matlamat bersama

    KEJUJURAN

    Kami sentiasa mendukung kejujuran dan integriti

    KECEMERLANGAN

    Kami sentiasa melakukan yang betuldengan cara yang betul

    TANGGUNGJAWAB

    Kami sentiasa bertindak secara sensitifdan bertanggungjawab ke atas segala

    tindakan dan hasil kerja

    MODENLakaran artis stesen bertingkat projek MRT

  • 8 | MRT Corp laporan kemajuan 2012 laporan kemajuan 2012 MRT Corp | 9

    Kata aluanPengerusi

    SEBAGAI projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia, MRT Lembah Klang telahmenarik perhatian orang ramai. Hasrat untuk menghubungkan pelbagai sistem tren yang sudah dibangunkan sebelum ini di bandaraya Kuala Lumpur akan menjadikenyataan tidak lama lagi. Penduduk LembahKlang, tidak kira di mana mereka berada,tidak lagi perlu khuatir samada mereka akan dapat sampai ke tempat temu janjipada masa yang tepat, biar apapun cuacayang melanda..

    Sebagai sebuah syarikat sendirian berhadmilik penuh Kementerian Kewangan, MRT Corp tidak diwajibkan daripada segi undang-undang untuk menerbitkan laporantahunan. Namun, sebagai projek besar yang akan memberi impak kepada berjutapenduduk secara langsung ataupuntidak langsung, kami percaya ketelusan dan keterbukaan adalah sangat penting.Berdasarkan atas prinsip-prinsip ini, kamiberhasrat untuk menerbitkan laporan statusterkini projek MRTsetiap tahun.

    Tahun kewangan pertama 2011/2012 adalahsatu tempoh yang sangat signifikan bagiMRT Corp daripada segi kemajuan projek.Dalam masa setahun sejak pelancaran jajaranMRT Sungai Buloh-Kajang oleh PerdanaMenteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd NajibTun Abdul Razak pada bulan Julai 2011, MRTCorp telah memberikan hampir kesemuapakej kerja sivil dan sistem utama.Pembiayaan untuk projek ini juga telahdiperolehi melalui DanaInfra Nasional Bhd,yang ditubuhkan khas oleh kerajaan untukmembiaya projek-projek infrastruktur sepertiMRT.

    Seperti projek besar yang lain, projek MRTpasti akan menghadapi pelbagai cabaran.Warga kerja MRT Corp sedar akankebimbangan yang dihadapi sesetengahpihak, termasuk daripada mereka yangtinggal berdekatan jajaran. Kami memberijaminan MRT Corp akan mencari apajua jalan penyelesaian untuk mengatasi isu-isu ini dan memastikan sebarang kesan negatif yang mungkin dihadapidiminimakan.

    MRT akan membawa banyak manfaatkepada orang ramai. Pada asasnya, MRTboleh membawa penumpang ke destinasidengan lebih efisien dan lebih lancar. Tetapiterdapat banyak faedah lain. Projek MRT akan memberikan kesan pengganda kepada ekonomi dalam sektor pembinaan,penjanaan peluang pekerjaan, penguranganpencemaran udara dan peningkatan aktivitiekonomi terutamanya di sepanjang jajaran.Orang ramai akan dapat menikmatikemudahan ini sambil kualiti hidup merekabertambah baik. Pada masa yang sama,bandaraya Kuala Lumpur akanmeningkatkan daya saingannya.

    Saya ingin mengucapkan terima kasihkepada pihak pengurusan dan warga kerjaMRT Corp atas dedikasi dan semangatmereka yang akan menjadikan projek MRTsatu kenyataan. Ganjaran untuk semua usahaini adalah senyuman yang akan terukir padawajah orang ramai apabila mereka dapatsampai ke bandar raya dengan lebih lancarmulai tahun 2017.

    Sekian, terima kasih.

    Tan Sri Sidek HassanPengerusi

  • laporan kemajuan 2012 MRT Corp | 1110 | MRT Corp laporan kemajuan 2012

    Kata aluanketua

    pegawaieksekutif

    SELAMAT datang ke Laporan Kemajuan MRTCorp yang pertama.

    Tahun kewangan MRT Corp pertama yangbermula dari 1 Oktober 2011 sehingga 30September 2012 merupakan tahun yangsangat penting daripada segi kemajuanprojek MRT Lembah Klang. Syarikat ini telahditubuhkan oleh Kerajaan untuk menjadipemilik dan pemaju projek MRT yangpertama di Malaysia dan telah mengambilalih projek tersebut daripada SyarikatPrasarana Negara Bhd pada Oktober 2011.

    Jajaran MRT pertama yang dilaksanakanadalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang,yang telah diluluskan oleh Kerajaan padaDisember 2010 manakala kerja pembinaanjajaran tersebut telah dilancarkan secararasmi pada Julai 2011. Memandangkanprojek MRT telah berjalan apabila MRT Corpditubuhkan, syarikat ini tiada pilihan selainmempercepatkan rentak kerja apabilamengambil alih projek ini. Ini telah memaksakami menggandakan dan meningkatkanusaha apabila kami menjadi pemilik projek ini.

    Keadaannya lebih mencabar untuk syarikatyang baru ditubuhkan. Struktur-strukturpenting yang diperlukan untuk menjalankansuatu projek, seperti bahagian projek,perolehan dan kewangan, perlu dibentukdaripada asasnya.

    Memandangkan sejarah ini, saya dengansukacitanya melaporkan bahawa pada akhirtahun pertama penubuhan MRT Corp,syarikat ini telah berjaya mengatasi pelbagaicabaran sambil menunjukkan prestasi yangbaik. Izinkan saya menerangkan denganlebih lanjut tentang kemajuan yang dicapaisepanjang tempoh ini.

    Perolehan: Dengan jumlah 85 pakej kerjauntuk jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang,tugas untuk menganugerahkan kontrakboleh dianggap sama rumit dengan aspekkejuruteraan dan pembinaan projek ini. Duapakej kerja utama yang pertama, denganjumlah nilai RM1.7 bilion, telahdianugerahkan pada akhir bulan Januari2012. Sembilan bulan kemudiannya padaSeptember 2012, kesemua sembilan pakejkerja jajaran bertingkat dan pakej kerjabawah tanah telah berjaya dianugerahkan.Beberapa pakej sistem utama juga telahdianugerahkan. Pada akhir tempoh laporanini, 45 daripada 85 pakej kerja telahdianugerahkan.

    Pembinaan: Setelah kesemua pakej kerjasivil, termasuk kerja bawah tanah, selesaidianugerahkan, pembinaan projek dapatbermula dengan sepenuhnya. Kerjapembinaan telah bermula di beberapa lokasidi sepanjang jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang. Bagi pakej bawah tanah pula, kerjapembinaan telah bermula di tempat-tempatdi mana stesen bakal dibina. Sesetengahdaripada lokasi-lokasi ini akan jugadigunakan sebagai syaf di mana 10 mesinpengorek terowong atau tunnel boringmachines (TBMs), akan dilancarkan. Kerja-kerja pengorekan dijangka bermula padaMei 2013.

    Sistem: Seperti yang telah saya sebutkan,beberapa pakej sistem utama telahpundianugerahkan pada akhir tempoh laporanini. Ini termasuk pakej tren elektrik, semboyandan kawalan tren, peralatan depoh dankenderaan penyelenggaraan, dan bekalandan pengagihan tenaga.

    Pembinaan projek secara besar-besaranseperti MRT bukan sahaja memerlukanperhatian daripada segi pembinaan dankejuruteraan. Kesan yang akan dialami oleh masyarakat secara amnya jugamerupakan perkara penting yang perluditangani dengan baik. Pertemuan danperbincangan antara pihak syarikat danorang ramai bukan sahaja dapat membantumasyarakat mendalami bagaimana MRTakan memanfaatkan mereka, tetapi bolehmemberi peluang kepada mereka untukbersuara.

    Sesi-sesi dialog bersama golongan yang berkepentingan amat diperlukan, lebih-lebih lagi apabila projek memasuki fasa pembinaan. Atas sebab inilah MRT Corpmenubuhkan jabatan khas dalam syarikatuntuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yangberkaitan.

    Apa yang disebutkan di sini hanyalahimbasan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukanpada tahun pertama syarikat beroperasi. Isi kandungan laporan ini