Upload
ima-binti-ibrahim
View
13.923
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
KAEDAH PENYELIDIKAN
TAJUK: PELABURAN LANGSUNG ASING
DI MALAYSIA(PLA); FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI PELABURAN
LANGSUNG ASING
FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN
NAMA : IMA BINTI IBRAHIM
A112347
1
ABSTRAK
Pelaburan langsung asing (FDI) merupakan salah satu penyumbang penting kepada
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ketidakstabilan FDI memberikan impak yang negatif
kepada pertumbuhan ekonomi negara. Antaranya adalah seperti terjejasnya eksport,
terjejasnya peluang pekerjaan, kurangnya kemasukan modal tambahan seperti modal
kewangan, modal fizikal dan modal manusia yang mahir, penyelidikan dan
pembangunan(R&D), wujudnya jurang tabungan-pelaburan yang besar, menjejaskan
Imbangan Pembayaran negara dan sebagainya. Kajian yang bertujuan untuk
mengenalpasti penentu-penentu bagi kemasukan FDI ini mengambilkira tujuh penentu
iaitu peranan kadar pertukaran berkesan benar, keterbukaan ekonomi, perluasan pasaran
kewangan, peranan pencukaian, kadar pulangan domestik dan asing, serta perbelanjaan
infrastruktur kerajaan. Kajian ini menggunakan data siri masa dari tahun 1976 sehingga
tahun 2005 yang merangkumi sejumlah 30 tahun. Kajian ini juga menggunakan kaedah
pembentukan model ekonomi yang bersifat sebab akibat dengan menggunakan kaedah
regresi linear. Berdasarkan kriteria statistik, pengujian yang biasa digunakan ialah R2,
ujian F dan juga ujian t. Sebanyak tiga model telah dibentuk dan hasil kajian mendapati
bahawa ujian statistik F signifikan pada aras keertian 1% yang membawa maksud
bahawa model yang dibentuk adalah signifikan. Selain itu, ujian R2 menunjukkan bahawa
antara 85.3%-90.7% pembolehubah penerang(penentu FDI) mampu menerangkan
pembolehubah bersandar(FDI). Manakala, ujian t merupakan ujian pekali secara individu
bagi melihat kesignifikanan parameter yang dipilih iaitu β 1,2,3...n. Berdasarkan kajian
ketiga-tiga model, kesemua pembolehubah mampu menerangkan model dengan
signifikan kecuali pembolehubah kadar pulangan antarabangsa dan pembolehubah nisbah
cukai (dalam model B dan C). Dalam ketiga-tiga model yang dibentuk, kadar pertukaran
berkesan benar dan kadar bunga pulangan domestik amat penting dalam mempengaruhi
kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia. Akhir sekali, implikasi kajian adalah
cadangan kepada pihak kerajaan bagi membentuk dasar dan menyediakan insentif-
insentif yang boleh menarik para pelabur dan seterusnya kekal melabur di Malaysia.
2
BAB 1
PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dari segi ekonomi, globalisasi merujuk kepada proses integrasi ekonomi dunia melalui
pengembangan aliran barang-barang, perkhidmatan, modal, buruh, maklumat, dan
pengetahuan merentasi sempadan, dipercepat melalui kemajuan dalam pengeluaran,
teknologi maklumat dan komunikasi, serta ekonomi dunia yang lebih liberal. Globalisasi
ekonomi boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk, iaitu globalisasi perdagangan,
globalisasi kewangan, globalisasi pengeluaran dan globalisasi buruh (Mohd Haflah,
2003). Globalisasi perdagangan melibatkan peningkatan rangkaian dan saling
bergantungan perdagangan di antara negara-negara di dunia, dipercepatkan melalui
perkembangan pengetahuan dan dipermudah melalui perkembangan tenologi maklumat
dan komunikasi, pengurangan kos pengangkutan serta liberalisasi perdagangan dan
pelaburan.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjalankan dasar ekonomi
terbuka. Oleh hal yang demikian, prestasi ekonomi Malaysia amat dipengaruhi oleh
persekitaran global yang disalurkan melalui perdagangan dan aliran kewangan. Malaysia
telah mengambil langkah untuk meliberalisasikan ekonominya melalui penglibatan
negara dalam perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). AFTA
bermatlamat untuk meningkatkan daya saing wilayah ASEAN ke arah pasaran global
dengan mengenepikan duti import dan sekatan bukan tarif ke atas semua keluaran yang
diperdagangkan intra-ASEAN menjelang tahun 2015 bagi enam negara ASEAN asal dan
menjelang tahun 2018 bagi negara-negara ASEAN baru. Usaha-usaha tersebut
merupakan antara insentif untuk menarik pelabur asing melabur di dalam negara
ASEAN.
3
Globalisasi kewangan merupakan peningkatan pemusatan pasaran kewangan
melalui integrasi aliran modal secara global yang turut dikaitkan dengan pelaburan
langsung asing (PLA). Menurut Zhang K.H (2002), pelaburan langsung asing merujuk
kepada aliran modal jangka panjang swasta yang bermatlamat untuk memperolehi
kepentingan dalam sesuatu perusahaan supaya dapat terlibat secara langsung dalam
pengurusannya. Globalisasi kewangan di Malaysia telah menyebabkan pasaran modal
domestik menjadi lebih liberal. Intergrasi yang lebih rapat di antara sektor kewangan
Malaysia dengan sektor kewangan global adalah disebabkan oleh dasar deregulasi dan
penswastaan ekonmi. Keadaan ini memudahkan kemasukan pelaburan asing langsung
bersih dan peningkatan yang lebih cepat dalam modal jangka pendek dan pelaburan
portfolio ke Malaysia sejak awal 1990-an.
Tahun
Rajah 1.1: Arah Aliran FDI Malaysia bagi tahun 1976-2005
Sumber: International Financial Statistic(IFS)
FDI
0
5000
10000
15000
20000
25000
1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000 2005 2010
FDI
4
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
.
Pada tahun 1976, FDI Malaysia adalah sejumlah RM150 juta dan mengalami arah aliran
yang tidak stabil pada tahun-tahun berikutnya. Dalam tempoh 30 tahun yang dikaji, iaitu
dari tahun 1976 sehingga tahun 2005, Malaysia telah mencatatkan jumlah FDI yang
paling tinggi iaitu sebanyak RM 19,848.5 juta pada tahun 2000. Manakala, pada tahun
2005, FDI Malaysia adalah sejumlah RM17,434 juta. Ketidakstabilan FDI Malaysia telah
memberi impak kepada ekonomi negara.
Negara membangun seperti Malaysia amat bergantung kepada eksport bagi
memacu pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, pertumbuhan ekonomi negara juga
dipacu oleh FDI. Namun begitu, ketidakstabilan FDI pada tahun 1976 hingga tahun 2005
akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Tambahan pula, FDI turut
menggalakkan eksport dan perdagangan Malaysia. Hal ini terjadi apabila Malaysia mula
mengamalkan dasar ekonomi terbuka dengan menurunkan tarifnya sedikit demi sedikit.
Tren FDI yang turun naik akan menyebabkan eksport Malaysia terjejas, terutamanya
bagi eksport yang berorientasikan FDI. Maka, ketidakstabilan FDI akan mempengaruhi
eksport negara dan sekaligus mengurangkan pertumbuhan ekonomi negara Malaysia.
Selain itu, kekurangan kemasukan FDI ke Malaysia juga menyebabkan kurangnya
sumber modal tambahan yang diperlukan bagi meningkatkan lagi aktiviti pengeluaran
negara yang memerlukan pelaburan yang berskala besar. Sebagai contoh, sektor
perkilangan seperti industri elektrik dan elektronik dan sebagainya amat memerlukan
sumbangan FDI yang tinggi bagi meningkatkan pengeluaran dan eksport barangan
tersebut. Di samping itu, FDI juga penting dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada
rakyat Malaysia. Pertambahan kilang-kilang di Malaysia yang beroreintasikan FDI telah
menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan sekaligus menaikkan taraf hidup
mereka. Namun begitu, kemasukan FDI yang tidak memuaskan dalam tahun-tahun
tertentu telah menjejaskan peluang pekerjaan di Malaysia.
5
Memang tidak dapat dinafikan bahawa FDI telah membawa masuk teknologi-
teknologi baru, penyelidikan dan pembangunan(R&D), kemahiran-kemahiran, modal
fizikal, modal manusia yang mahir dan sebagainya ke Malaysia. Kemasukan FDI dalam
bentuk tersebut amat bermanfaat kepada negara. Namun, jika hanya sedikit sahaja FDI
yang dibawa masuk, maka amatlah sukar bagi Malaysia untuk mengekalkan daya
saingnya di peringkat antarabangsa di samping meningkatkan pengeluaran dan
eksportnya tanpa menggunakan teknologi dan kemahiran baru, modal, R&D dan
sebagainya.
Selain itu, terdapat kesan-kesan lain bagi ketidakstabilan FDI di Malaysia.
Antaranya adalah seperti wujudnya jurang tabungan-pelaburan yang besar, menjejaskan
Imbangan Pembayaran negara, kurangya sumber pendapatan negara dan lain-lain lagi.
Menurut kajian United Nation Conference on Trade and Development (UNCTD), aliran
masuk FDI dunia berjumlah USD 896.7 bilion pada 2005. Malah nilai ini dikatakan terus
meningkat pada tahun berikutnya. Untuk mendapatkan manfaat daripada peningkatan
FDI, kerajaan seharusnya melaksanakan dasar-dasar dan program-program yang mampu
menarik minat para pelabur asing supaya terus melabur ke Malaysia. Oleh hal yang
demikian, kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti penentu-penentu yang mampu
mempengaruhi kemasukan FDI ke Malaysia.
6
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penentu-penentu yang
mampu mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia. Secara
khususnya pula, kajian ini adalah bertujuan untuk:
1. Menilai kepentingan pembolehubah-pembolehubah yang dipilih dan
kesignifikanannya dalam mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing.
2. Mengkaji peranan kadar pertukaran berkesan benar, keterbukaan ekonomi,
perluasan pasaran kewangan, peranan pencukaian, kadar pulangan domestik dan
asing, serta perbelanjaan infrastruktur kerajaan dalam mempengaruhi aliran
masuk pelaburan langsung asing.
3. Membentuk model-model yang sesuai dalam menentukan faktor-faktor yang
mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing dan mengkaji faktor-faktor
yang terlibat.
4. Mencadangkan langkah dan dasar yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk
menarik minat para pelabur asing supaya terus melabur di Malaysia.
1.4 SKOP KAJIAN
Kajian ini menggunakan data siri masa dari tahun 1976 sehingga tahun 2005 yang
merangkumi sejumlah 30 tahun. Kajian ini meliputi faktor-faktor atau penentu-penentu
yang mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia.
7
BAB 2
ANALISIS AWAL
2.1 PENGENALAN
Pelaburan langsung asing di Malaysia bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Pada
awalnya, negara utama yang menjadi penyumbang dalam pertumbuhan negara adalah
United Kingdom. Namun, pada masa kini terdapat banyak syarikat Multinasional dari
pelbagai negara yang melakukan pelaburan di Malaysia. Antaranya adalah seperti Jepun
dan Jerman. Sehingga tahun 2005 sahaja, FDI Malaysia berjumlah RM 17,434 juta. Ini
merupakan satu petunjuk yang baik untuk pertumbuhan negara kerana peningkatan FDI
di Malaysia akan memberi faedah seperti:
1) Meluaskan peluang pekerjaan, peluang-peluang kemahiran dan pengurusan
kepada penduduk.
2) Meningkatkan hasil negara, pengeluaran dan pendapatan negara melalui sistem
cukai dan penjimatan import.
3) Pemindahan teknologi dan kemahiran baru menggalakkan penubuhan industri
berskala besar yang tidak mampu diusahakan oleh pemodal tempatan.
4) Peningkatan taraf hidup penduduk melalui tingkat upah yang teratur.
Menurut kajian United Nation Conference on Trade and Development (UNCTD),
aliran masuk FDI dunia berjumlah USD 896.7 bilion pada 2005. Malah nilai ini
dikatakan akan terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya. Oleh hal yang demikian,
Malaysia perlu menyediakan insentif-insentif yang mampu menarik minat para pelabur
seperti penyediaan modal insan yang berkualiti dan sebagainya agar negara ini terus
menjadi pilihan para pelabur asing. Jadi, tindakan kerajaan dalam mempelbagaikan
insentif yang diberi kepada pemodal asing, sedikit sebanyak mampu menarik minat para
pelabur asing melabur ke Malaysia.
8
2.2 KAJIAN LEPAS
Kajian tentang penentu-penentu bagi pelaburan langsung asing (FDI) telah banyak
dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Kajian lepas yang dilakukan juga lebih tertumpu
kepada negara sedang membangun yang mempunyai faktor pengeluaran yang relatif lebih
murah berbanding negara pemodal. Sebelum berlakunya krisis kewangan di Asia pada
tahun 1997 , kemasukan FDI di negara sedang membangun mencatatkan angka yang
lebih tinggi berbanding catatan kemasukan FDI di negara maju. Secara teorinya,
keputusan pelabur asing untuk melabur disesebuah negara atau tidak, bergantung kepada
kadar pulangan negara tuan rumah dan kadar pertukaran asing. Faktor-faktor tersebut
dominan dalam mempengaruhi keputusan pemodal untuk melabur. Namun, masih
terdapat banyak faktor lain yang menentukan FDI sesebuah negara.
Kajian tentang peranan FDI di negara sedang membangun oleh Kjetil Bjorvatn,
Hans Jarle Kind dan Hildegum Kyrik Nordes (Disember 2001) menunjukkan bahawa
pertumbuhan dalam FDI adalah tanda jelas dalam proses globalisasi. Kajian yang
dijalankan di negara Afrika dan dua negara di Asia pula menunjukkan bahawa peranan
yang dimainkan oleh sektor awam seperti membentuk dasar yang menggalakkan
kemasukan para pelabur asing dan dasar pendidikan dalam negara akan dapat melahirkan
tenaga buruh yang mahir seterusnya dapat membawa pulangan yang menguntungkan
kepada pelabur domestik mahupun asing. Selain itu, kestabilan sosial, ekonomi dan
politik, dasar perdagangan yang liberal dan lokasi merupakan faktor-faktor lain yang
menentukan keputusan seseorang pelabur untuk melabur di negara lain.
Kajian tentang penentu FDI di negara ekonomi baru oleh Saskia K.S Wilhems
(Julai 1998) antara tahun 1978 dan 1995 di 67 negara ekonomi baru mendapati bahawa
kedinamikan pembolehubah kerajaan dan pasaran adalah signifikan mempengaruhi aliran
masuk FDI. Pembolehubah kerajaan termasuklah dasar dan rancangan serta tindakan
yang dijalankan. Selain itu, dasar keterbukaan iaitu kawalan yang longgar dalam
penentuan kadar pertukaran asing serta dalam syarat perdagangan asing didapati turut
mempengaruhi aliran FDI. Di samping itu, undang-undang, dasar yang kondusif, kadar
9
korupsi yang rendah serta jentera pentadbiran yang telus juga signifikan mempengaruhi
FDI. Hasil kajian turut mendapati bahawa faktor saiz populasi dan sosiobudaya negara
home tidak kuat mempengaruhi FDI berbanding faktor kedinamikkan kerajaan dan
pasaran.
Trevino (2002), mendapati bahawa firma multinasional membuat keputusan untuk
melabur ke sesebuah negara berdasarkan dua perkara penting yang harus diberi perhatian,
iaitu perbandingan keutamaan dan risiko. Keutamaan bermaksud peluang pasaran atau
memperoleh hasil (pulangan pelaburan). Manakala, risiko pula adalah berkaitan dengan
politik, faktor kewangan atau persaingan.
Walaubagaimanapun, kajian-kajian lepas hanya menyentuh tentang penentu-
penentu FDI secara umum sahaja. Oleh hal yang demikian, kajian ini penting untuk
mengkaji secara khusus tentang penentu FDI dari aspek kewangan dan fiskal bagi kajian
kes di Malaysia. Kajian mengambil kira kadar pulangan aset di Malaysia dan Amerika
Syarikat serta kadar pertukaran sebagai pembolehubah dari aspek kewangan. Manakala,
perbelanjaan kerajaan dan nisbah cukai korporat terhadap cukai pendapatan sebagai
pembolehubah dari aspek fiskal. Jadi, kajian ini sedikit sebanyak memberi gambaran
kepada pembuat dasar dalam usaha menarik pelaburan langsung asing masuk ke
Malaysia.
10
BAB 3
PEMBENTUKAN MODEL
3.1 METODOLOGI KAJIAN
Sumber data dalam kajian ini diperolehi di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Bilik
Sumber Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Data yang digunakan ialah data sekunder yang
diperolehi daripada Laporan Ekonomi pelbagai tahun, Buku Laporan Bank Negara
Malaysia pelbagai tahun, Buku Tahunan International Financial Statistics dan Buku Pelan
Induk Perindustrian I,II dan III. Dalam menganalisis model yang dibentuk, pakej SPSS
(Statistic Pacage for Social Science) digunakan.
3.2 PEMBENTUKAN MODEL
Dalam kajian ini, satu model persamaan telah dibentuk bagi menerangkan hubungan
antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah bebas. Dalam kajian ini, aliran
masuk pelaburan langsung asing ke Malaysia merupakan pembolehubah bersandar.
Manakala, kadar pertukaran berkesan benar, keterbukaan ekonomi, perluasan pasaran
kewangan, peranan pencukaian, kadar bunga pulangan domestik dan asing serta
perbelanjaan infrastruktur kerajaan merupakan pembolehubah bebas dalam model.
Fungsi Pengeluaran Mudah
FDI=f( REER,OPEN,FINANCIAL,TAX,IRDOM,IRUS, GOV)
Y= f( X1,X2 ,X3 ,X4 ,X5 ,X6 ,X7 ,)
Model Log Berganda
ln Yt = βo + β1 ln x1 + β2 ln x2 + β3 ln x3 + β4 ln x4 + β5 ln x5 + β6 ln x6 + β7 ln x7 + μ
11
Dimana
Y= Pelaburan Langsung Asing
X1= Real Effective Exchange Rate
X2=Darjah Keterbukaan Ekonomi
X3=Darjah Pembangunan Kewangan
X4=Nisbah Cukai Korporat: Cukai Pendapatan
X5=Kadar Pulangan Domestik
X6=Kadar Pulangan Antarabangsa
X7=Perbelanjaan Kerajaan Dalam Infrastruktur
ln = Log
μ = faktor-faktor penentu lain yang tiada dalam persamaan.
t = 1, 2, 3, 4, ….., n
βo = pintasan-y (apabila semua parameter penentu adalah sifar)
β1, β2, β3,..β7= parameter keanjalan bagi X1, X2, X3,..X7
Dimana kecerunan model log ialah dimana n=1,2,3..
Dalam kajian ini, sebanyak tiga model yang dibentuk dengan mengambilkira bilangan
dan kategori pembolehubah yang berbeza. Perbandingan model dilakukan untuk melihat
sejauhmana peranan sesuatu pembolehubah itu mempengaruhi pembolehubah bersandar.
12
Jadual 3.1 dibawah menunjukkan ringkasan pembolehubah yang diambil dalam
pembentukan model.
Model A Model B Model C
REER YA YA YA
OPENESS YA YA TIDAK
FINANCIAL YA YA TIDAK
TAXATION YA YA YA
IR DOM YA YA YA
IR US TIDAK YA TIDAK
GOVERNMENT TIDAK TIDAK YA
YA= Pembolehubah yang disertakan dalam model yang dinyatakan
TIDAK= Pembolehubah yang tidak disertakan dalam model yang dinyatakan
REER= Real Effective Exchange Rate
OPENESS= Eksport+Import / GDP
FINANCIAL= Kredit Swasta / GDP
TAXATION= Nisbah Cukai Korporat Kepada Cukai Pendapatan
IR DOM= Kadar Pulangan Pelaburan Domestik
IR USA= Kadar Pulangan Pelaburan Amerika Syarikat
GOVERNMENT= Jumlah Belanja Kerajaan Dalam Pengangkutan Dan Perhubungan
13
Setiap pembolehubah bebas mempunyai peranannya yang tersendiri dalam
mempengaruhi pembolehubah bersandar, kemasukan pelaburan langsung asing. Rasional
pemilihan pembolehubah bebas yang digunakan dalam model adalah;
1) Kadar pertukaran berkesan benar (REER) berperanan untuk mengukur prestasi
matawang negara berbanding negara lain. Ia juga menggambarkan harga yang
perlu dibayar untuk mendapatkan seunit matawang domestik. Secara teorinya dan
dalam indeks, kadar pertukaran berkesan benar berhubung secara negatif dengan
kemasukan pelaburan langsung asing.
2) Darjah keterbukaan ekonomi pula merupakan jumlah eksport dan import yang
dibahagikan dengan keluaran dalam negara kasar. Ianya berperanan untuk
mengukur darjah keluasan perdagangan antarabangsa sesebuah negara itu.
Semakin besar nisbah, semakin besar pergantungan sesebuah negara kepada
sektor luar. Secara teorinya, pelaburan langsung asing berhubung secara positif
dengan darjah keterbukaan ekonomi sesebuah negara.
3) Darjah pembangunan kewangan merupakan pembolehubah yang melihat kepada
peranan dan pengaruh serta keupayaan sektor kewangan sesebuah negara
membiayai sesebuah ekonomi negara tersebut. Ianya diperolehi daripada nisbah
pinjaman swasta kepada keluaran dalam negara kasar. Semakin besar darjah
kewangan sesebuah negara semakin meningkat keupayaan pengaliran masuk
pelaburan langsung asing kerana secara langsung ianya menggambarkan
keupayaan dan keluasan pasaran kewangan sesebuah negara.
4) Pencukaian dalam kajian ini merupakan nisbah cukai pendapatan korporat
terhadap jumlah cukai pendapatan. Semakin besar nisbah, ia menunjukan peranan
dan kutipan cukai korporat meningkat. Secara teorinya, cukai merupakan
disinsetif kepada pelabur untuk menambahkan pelaburan dan ianya berhubungan
negatif dengan kemasukan pelaburan langsung asing.
14
5) Kadar bunga pulangan domestik pula merupakan pulangan daripada pelaburan
yang dibuat. Dalam kes ini, kadar bunga pulangan pelaburan diproksikan kepada
kadar bunga bil perbendahaaraan 3 bulan. Kadar bunga pulangan pelaburan
berhubung secara positif dengan kemasukan pelaburan langsung asing, iaitu
peningkatan kadar bunga akan meningkatkan kemasukan pelaburan langsung
asing dan sebaliknya.
6) Kadar bunga pulangan asing merupakan kadar bunga pulangan negara asing.
Dalam kes ini proksi yang digunakan ialah kadar bunga pulangan Amerika
Syarikat yang diproksikan kepada kadar bil perbendaharaan. Hubungan kadar
bunga pulangan Amerika Syarikat dengan aliran masuk pelaburan langsung asing
di Malaysia ialah hubungan negatif. Hal ini terjadi kerana kenaikan kadar
pulangan di Amerika Syarikat akan mengurangkan kemasukan pelaburan lansung
asing di Malaysia. Aliran modal akan mengalir ke pasaran Amerika Syarikat yang
menawarkan pulangan yang lebih tinggi.
7) Perbelanjaan kerajaan dalam pengangkutan dan perhubungan merupakan proksi
kepada perbelanjaan infrastruktur kerajaan. Penyediaan infrastruktur yang
lengkap oleh kerajaan akan meningkatkan kemudahan yang terdapat disesebuah
negara. Hal ini akan meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing kerana
kemudahan infrastruktur oleh kerajaan akan memudahkan penggarapan modal
asing oleh pelabur. Perbelanjaan kerajaan ini merupakan insentif kepada pelabur
asing. Ia berhubungan positif dengan kemasukan pelaburan langsung asing.
15
3.3 KAEDAH PENILAIAN DAN PENGANALISAAN MODEL.
Dalam melakukan kajian, beberapa kaedah penilaian model akan dilakukan antaranya
ialah berdasarkan kriteria ekonomi dan kriteria statistik bagi mengukuhkan dapatan
kajian.
3.3.1 Kriteria Ekonomi
Kaedah ini adalah berdasarkan teori ekonomi yang dikemukan oleh ahli-ahli ekonomi
yang terdahulu. Dapatan kajian seharusnya mengikut kriteria ekonomi dan sepatutnya
tidak melanggar hukum ekonomi melainkan pengkaji memiliki bukti dan penganalisaan
yang kukuh bagi membuktikan hasil kajiannya. Bagi mengukuhkan lagi hasil kajian,
kriteria kedua iaitu kriteria statistik digunakan bagi menjelaskan dapatan kajian.
3.3.2 Kriteria Statistik
Dalam kriteria ini, pengujian yang biasa digunakan ialah R2, ujian F dan juga ujian t.
R2 merupakan pekali penentuan yang menjelaskan bahawa peratusan keupayaan
pembolehubah bebas menerangkan pembolehubah bersandar. Semakin besar nilai R2,
semakin baik model yang dibina kerana kemampuan pembolehubah penerang
menerangkan model semakin meningkat. Contohnya R2=0.985 bermaksud 98.5% variasi
dalam pembolehubah bersandar diterangkan oleh pembolehubah bebas yang dipilih
dalam model regresi. Atau dengan kata lain 98.5% perubahan Y (pembolehubah
bersandar) diterangkan oleh X1,2,3..n (pembolehubah bebas) dan 0.015% lagi diterangkan
oleh gangguan rawak yang tidak dinyatakan.
R2= =
Dimana SSE= Sum Of Square Error SST= Sum Of Square Total
16
Ujian F merupakan ujian ketepatan padanan keseluruhan yang membuktikan
bahawa sekurang-kurangnya satu parameter (β) tidak sifar. Semakin besar nilai F,
semakin baik model yang dianggarkan. Nilai F yang besar diperolehi oleh Sum Of
Square Regression (SSR) yang besar dan Sum Of Square Residual (SSE) yang
kecil. Dengan itu kebanyakan variasi dalam y dijelaskan oleh model regresi dan Hipotisis
Nol (H0) ditolak.
Kawasan Penolakan ialah;
F= =
Dimana Kawasan penolakan H0 jika F>Fα,k-1,n-k
Manakala Ujian t merupakan ujian pekali secara individu bagi melihat kesignifikanan
parameter yang dipilih iaitu β 1,2,3...n. Rumus Statistik t adalah seperti berikut;
t*= dan tolak H0 jika t* > t α/2,n-k
Nilai t yang dikira akan dibandingkan dengan bacaan t-jadual statistik. Jika t yang dikira
lebih besar daripada t jadual maka hipotesis null ditolak yang membawa implikasi
bahawa pembolehubah tersebut signifikan mempengaruhi atau menjelaskan
pembolehubah bersandar. Bagi memudahkan analisis kajian, kaedah P-Value digunakan
untuk mengenalpasti kesignifikanan sesebuah pembolehubah itu. Nilai P-Value dalam
pakej statistik SPSS merujuk kepada nilai Sig dalam output komputer. Sesuatu
pembolehubah atau parameter dikatakan signifikan apabila memiliki nilai lebih kecil
daripada 0.0999 (< 0.0999).
Signifikan pada aras keertian 1%= (0.0000<Sig<0.0009)
Signifikan pada aras keertian 5%= (0.0010<Sig<0.0499)
Signifikan pada aras keertian 10%= (0.0500<Sig<0.0999
BAB 4
17
ANALISIS MODEL
4.1 INTREPERTASI R SQUARED, ADJUSTED R SQUARED DAN UJIAN
F-KETEPATAN KESELURUHAN
Jadual 4.1 di bawah menunjukan hasil keputusan regresi yang diperolehi menggunakan
SPSS:
Nilai Parameter Keanjalan Model Regresi Log Berganda ( Beta dan Intercept)
Model A Model B Model C
Intercept 25.452* 23.887* 30.325*
REER -4.603* -4.278* -7.218*
OPENESS 2.618** 2.718**
FINANCIAL 1.007*** 0.948***
TAXATION -3.305** -3.587** -2.335
IR DOM 1.258* 1.320* 1.798*
IR US -0.199
GOVERNMENT 1.060*
R Squared 0.906 0.907 0.853
Adj. R Squared 0.886 0.883 0.829
F-Statistic 46.084* 37.530* 36.165*
* Signifikan pada aras keertian 1%
** Signifikan pada aras keertian 5%
*** Signifikan pada aras keertian 10%
Berdasarkan tiga model diatas, nilai-nilai R squared adalah dalam lingkungan
0.853 hingga 0.907 (85.3% min - 90.7% max). Berdasarkan keputusan kajian dalam
model-model tersebut, boleh disimpulkan bahawa antara 85.3% - 90.7% pembolehubah
penerang mampu menerangkan pembolehubah bersandar. Atau dengan kata lain 85.3% -
18
90.7% perubahan Y(pembolehubah bersandar) diterangkan oleh X1,2,3..n (pembolehubah
bebas) dan 14.7%-9.3% lagi diterangkan oleh gangguan rawak yang tidak dinyatakan.
Adjusted R2 merupakan ukuran yang mengambil kira kehilangan darjah
kebebasan apabila tambahan pembolehubah penerang disertakan dalam model. Adjusted
R2 hanya akan meningkat apabila pembolehubah bererti disertakan dalam model. Nilai
Adjusted R2 juga boleh menjadi negatif akibat pertambahan pembolehubah yang tidak
beerti dalam model. Berdasarkan kajian mengunakan model log berganda, perbezaan
nilai adjusted R2 dengan R2 adalah amat kecil. Hal ini bermakna bahawa pertambahan
pembolehubah yang dilakukan dalam ketiga-tiga model adalah masih releven dan
kesemuanya mampu memberikan kesan beerti kepada pembentukan model
Ujian F merupakan ujian ketepatan padanan keseluruhan yang melihat bahawa
satu paremeter tidak sifar. Berdasarkan hasil kajian keempat-empat model menunjukan
bahawa statistik F signifikan pada aras keertian 1% yang membawa maksud bahawa
model yang dibentuk adalah signifikan. Oleh kerana model yang dipilih ialah model log
berganda maka nilai parameter beta (β) ialah keanjalan bagi model. Sebagai contoh:
ln Y= 25.452 – 4.603 ln X1 + 2.618 ln X2
Bermakna, 1% peningkatan dalam X1 akan menyebabkan penurunan Y sebanyak
-4.603% dan ianya berhubungan negatif kerana nilai Beta X1 ialah negatif dan sebaliknya
peningkatan 1% dalam X2 akan meningkatkan Y sebanyak 2.618% dan ianya
berhubungan positif.
Kecerunan bagi model log berganda ialah dimana n=1,2,3..
19
4.2 PENGANALISAAN MODEL A
FDI=f( REER,OPEN,FINANCIAL,TAX,IRDOM)
Y= f( X1,X2 ,X3 ,X4 ,X5 )
ln Yt = βo + β1 ln x1 + β2 ln x2 + β3 ln x3 + β4 ln x4 + β5 ln x5
Dimana
Y= Pelaburan Langsung Asing
X1= Real Effective Exchange Rate
X2=Darjah Keterbukaan Ekonomi
X3=Darjah Pembangunan Kewangan
X4=Nisbah Cukai Korporat: Cukai Pendapatan
X5=Kadar Pulangan Domestik
ln Y= 25.452 – 4.603 ln X1 + 2.618 ln X2 + 1.007 ln X3 – 3.305 ln X4 + 1.258 ln X5
(3.622)* (-3.310)* (2.159)** (1.927)*** (-2.740)** (3.400)*
R2= 0.906 Adjusted R2= 0.886 Bilangan Pencerapan (n)= 30
( ) = Merujuk kepada nilai statistik-t
( ) *= Signifikan pada aras keertian 1%
( ) **= Signifikan pada aras keertian 5%
( )*** =Signifikan pada aras keertian 10%
Berdasarkan persamaan regresi di atas, kesemua pembolehubah bebas yang
diambilkira dalam model adalah signifikan mempengaruhi aliran masuk pelaburan
langsung asing ke Malaysia. Oleh kerana model yang digunakan ialah model log linear
berganda maka parameter beta merupakan keanjalan pembolehubah diwakili beta
terhadap pelaburan langsung asing.
20
Berdasarkan keputusan empirikal, keanjalan REER merupakan yang paling tinggi
dan signifikan dari segi statistik. Kadar pulangan domestik juga signifikan pada aras
keertian yang rendah menunjukan ianya mampu menjelaskan pembentukan model. Dari
aspek keanjalan, peranan pencukaian juga agak besar dengan menunjukan hubungan
negatif terhadap kemasukan pelaburan langsung asing. Hal ini menunjukan bahawa dasar
fiskal yang berkaitan dengan pencukaian sedikit sebanyak mampu mempengaruhi aliran
pelaburan langsung asing ke Malaysia.
Darjah keterbukaan ekonomi dan Darjah keterbukaan kewangan juga
mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing. Kedua-dua pemboleh ubah ini
merupakan gambaran terhadap keterbukaan pasaran dan liberalisasi pasaran sesebuah
negara. Berdasarkan kajian model A, kesemua pembolehubah mampu menerangkan
model dengan signifikan.
21
4.3 PENGANALISAAN MODEL B
FDI=f( REER,OPEN,FINANCIAL,TAX,IRDOM,IRUSA)
Y= f( X1,X2 ,X3 ,X4 ,X5,X6 )
ln Yt = βo + β1 ln x1 + β2 ln x2 + β3 ln x3 + β4 ln x4 + β5 ln x5 + β6 ln X6
Dimana
Y= Pelaburan Langsung Asing
X1= Real Effective Exchange Rate
X2=Darjah Keterbukaan Ekonomi
X3=Darjah Pembangunan Kewangan
X4=Nisbah Cukai Korporat: Cukai Pendapatan
X5=Kadar Pulangan Domestik
X6=Kadar Pulangan Antarabangsa
ln Yt = 23.887- 4.278ln X1 + 2.718ln X2 + 0.948ln X3 - 3.587 ln X4 +1.320 ln X5
(3.176)* (-2.859)* (2.196)** (1.766)*** (-2.763)** (3.411)*
-0.199 ln X6
(-0.641)
R2= 0.907 Adjusted R2= 0.883 Bilangan Pencerapan (n)= 30
( ) = Merujuk kepada nilai statistik-t
( ) *= Signifikan pada aras keertian 1%
( ) **= Signifikan pada aras keertian 5%
( )*** =Signifikan pada aras keertian 10%
Pembolehubah bebas yang dipilih terdiri daripada REER, darjah keterbukaan,
darjah pembangunan kewangan, nisbah cukai korporat terhadap cukai pendapatan, kadar
pulangan domestik dan kadar pulangan antarabangsa. Kesemua pembolehubah tersebut
signifikan mempengaruhi pembolehubah bersandar FDI, kecuali pembolehubah kadar
22
pulangan antarabangsa iaitu kadar bunga bagi bon Amerika Syarikat tidak signifikan
mempengaruhi FDI.
Pembolehubah kadar pulangan bagi bon antarabangsa berhubung secara negetif
dengan pembolehubah bersandar FDI. Iaitu semakin tinggi kadar pulangan antarabangsa
semakin rendah FDI mengalir ke dalam negara Malaysia. Kadar pulangan bagi bon
antarabangsa adalah altenatif kepada pelabur asing yang melabur ke dalam negara.
Dengan kata lain, penganti kepada pelaburan langsung asing yang masuk ke Malaysia
ialah kemasukan pelaburan ke Amerika Syarikat. Model A dan B seakan hampir sama
tetapi model B mengandungi pulangan pelaburan asing dalam mempengaruhi pelaburan
langsung asing.
Maka, hipotesis yang dibuat dalam mengkaji dua model ini ialah kadar pulangan
di Amerika syarikat tidak mempengaruhi aliran masuk pelaburan langsung asing di
Malaysia secara signifikan. Hal ini dilihat kerana mobiliti modal tidak sempurna kerana
ianya melibatkan kos transaksi kewangan serta masalah kos pentadbiran bagi
memindahkan pelaburan. Kemungkinan juga proksi Amerika Syarikat sebagai pengganti
kepada pelaburan di Malaysia adalah tidak bersesuaian. Hal ini kerana asas kedua-dua
ekonomi serta status kedua-dua negara adalah berbeza. Pemilihan pulangan negara
”emerging market” dilihat mungkin memberi keputusan yang signifikan.
23
4.4 PENGANALISAAN MODEL C
FDI=f( REER, TAX,IRDOM,GOV)
Y= f( X1,X2 ,X3 ,X4)
ln Yt = βo + β1 ln x1 + β2 ln x2 + β3 ln x3 + β4 ln x4
Dimana:
X1 = Real Effective Exchange Rate
X2 = Nisbah Cukai Korporat: Cukai Pendapatan
X3 = Kadar Pulangan Domestik
X4 = Perbelanjaan Kerajaan Dalam Infrastruktur
ln Yt = 30.325 – 7.218 ln x1 – 2.335 ln x2 + 1.798 ln x3 +1.06 ln x4
(4.261)* (-6.080)* (-1.676) (4.061)* (3.536)*
R2= 0.853 Adjusted R2= 0.829 Bilangan Pencerapan (n)= 30
( ) = Merujuk kepada nilai statistik-t
( ) *= Signifikan pada aras keertian 1%
( ) **= Signifikan pada aras keertian 5%
( )*** =Signifikan pada aras keertian 10%
Dalam model C, aspek fiskal diambil kira dalam melihat pengaruhnya keatas
kemasukan pelaburan langsung asing. Unsur nisbah cukai korporat terhadap cukai
pendapatan dan perbelanjaan kerajaan mewakili pembolehubah fiskal. Pembolehubah
bersandar yang diambil kira adalah pembolehubah nisbah cukai korporat terhadap cukai
pendapatan dan perbelanjaan kerajaan ke atas infrastuktur serta pembolehubah REER dan
kadar pulangan domestik. Pembolehubah bebas ini signifikan mempengaruhi FDI pada
aras keertian 1% kecuali pembolehubah nisbah cukai. Ini menunjukkan pengaruh
perbelanjaan kerajaan lebih signifikan dalam mempengaruhi FDI berbanding nisbah
cukai korporat dengan pendapatan.
24
Perbelanjaan kerajaan merupakan insentif kepada pelabur asing yang melabur ke
dalam negara. Hal ini terbukti apabila hubungan antara FDI dengan pembolehubah
perbelanjaan kerajaan berhubung secara positif, iaitu semakin tinggi perbelanjaan
kerajaan ke atas infrastuktur, semakin tinggi kemasukan FDI ke dalam negara.
Perbelanjaan kerajaan ke atas infrastuktur merupakan satu daya penarik kepada pelaburan
asing kerana perbelanjaan ini sedikit sebanyak menjadi pelengkap dalam melancarkan
proses pelaburan mereka di Malaysia.
Pada 1997 sahaja, 33% perbelanjaan pembangunan adalah untuk projek-projek
infrastuktur bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran ekonomi seterusnya mampu
menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia. Peranan kerajaan menyediakan
kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta pembangunan infrastruktur selama ini
sebenarnya pemangkin kepada pertumbuhan pelaburan langsung asing di Malaysia.
25
BAB 5
IMPLIKASI DASAR DAN RUMUSAN
5.1 IMPLIKASI DASAR
Kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah ekonomi bagi
menjamin kestabilan dan pertumbuhan yang signifikan kepada sektor-sektor ekonomi. Di
Malaysia, peranan kerajaan dalam menjaga dan memantau kegiatan ekonomi adalah lebih
bercorak kepada pengekalan pertumbuhan yang berterusan dan membantu negara keluar
daripada keadaan ekonomi yang tidak kondusif. Dalam kajian ini, kadar bunga dan kadar
tukaran asing merupakan pembolehubah yang amat signifikan mempengaruhi aliran
kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia.
Krisis kewangan yang melanda pada pertengahan 1997 telah menyebabkan nilai
ringgit jatuh berbanding matawang utama dunia. Langkah kerajaan pada 2 September
1998 menambat nilai ringgit dengan Us dolar dilihat sebagai langkah mengawal
pengaliran modal keluar dan menstabilkan asas pasaran kewangan negara yang tenat serta
memulihkan petunjuk sektor benar negara. Pendekatan ini lebih bercorakkan pendekatan
sasaran kewangan “Monetery Targerting“ dalam mengawal ekonomi pada masa itu. Hal
ini berasas kerana kejatuhan matawang asing tanpa ada campurtangan kerajaan akan
membawa kepada implikasi yang makin meruncing terhadap sesebuah negara. Jika
dilihat peranan kadar pertukaran asing (aspek nilainya) amat mempengaruhi eksport,
import dan aliran kemasukan modal ke dalam negara. Oleh hal yang demikian, kawalan
tukaran asing oleh kerajaan amat mempengaruhi corak ekonomi dan berdasarkan kajian
ini kadar pertukatan asing mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing.
Setelah hampir 7 tahun Malaysia mengamalkan kadar pertukaran tetap, ekonomi
negara kembali mengukuh semula. Namun tambatan ringgit menimbulkan masalah baru
kepada Malaysia. Nilai ringgit yang terkurang nilai menyebabkan kos barang import
Malaysia terutamanya dalam barang modal untuk pengeluaran kian meningkat. Usaha
26
bank pusat dalam mengekalkan tambatan juga dilihat kian meruncing kerana bank pusat
terpaksa meneutralkan lebihan dan kurangan ringgit dalam pasaran. Pada Julai 2005,
sistem tukaran asing negara beralih daripada tambatan kepada apungan terurus. Kerajaan
pada waktu ini dilihat lebih menggunakan pendekatan kadar bunga dalam campur tangan
dalam pasaran modal dengan mengawal kadar wang bermalaman (overnight policy rate).
Pendekatan ini bercorak ”interest rate targerting” yang dilihat dominan mempengaruhi
struktur kadar bunga domestik. Langkah ini juga dilihat sebagai satu langkah terbaik
untuk menjamin kestabilan pasaran dan mewujudkan kestabilan makroekonomi. Campur
tangan kerajaan yang dilakukan adalah bertepatan kerana kadar bunga domestik dalam
kajian ini mempengaruhi pengaliran masuk pelaburan langsung asing di Malaysia.
Kawalan ini secara tidak langsung dapat mengawal fluaktuasi kadar bunga yang tinggi
dalam pasaran yang akan mempengaruhi kegiatan pengumpulan dan pembentukan modal.
Dari aspek fiskal, peranan kerajaan juga dilihat akan mempengaruhi kegiatan
ekonomi sesebuah negara. Peranan perbelanjaan kerajaan sememangnya amat penting
dalam menyediakan keselesaan dan suasana yang mesra pelabur. Perhatian kerajaan
dalam membangunkan infrastruktur bertaraf dunia dan usaha kerajaan dalam merapatkan
jurang digital dilihat bersesuaian dengan misi nasional. Perbelanjaan infrastruktur yang
dilakukan akan merapatkan jurang antara wilayah dan rangkaian perhubungan yang
cekap akan meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian. Pembangunan infrastruktur
akan meningkatkan pembentukan modal di Malaysia. Kemudahan-kemudahan ini akan
memudahkan para pelabur menjalankan kegiatan ekonomi mereka. Kemajuan
infrastruktur dan perhubungan juga akan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan
disesebuah negara.
Dasar pencukaian yang digunakan untuk mendapatkan hasil merupakan
disinsentif kepada para pelabur kerana hasil bersih pelaburan telah dicukai untuk
dijadikan hasil kerajaan. Dapatan kajian ini menunjukan bahawa pengaruh cukai amat
berkesan mempengaruhi pembentukan aliran pelaburan langsung asing. Oleh hal yang
demikian, kerajaan telah menurunkan cukai korporat kepada 26% melalui belanjawan
negara pada tahun 2008 merupakan satu langkah bijak dalam menarik kemasukan
27
pelaburan langsung asing. Regim pencukaian yang kompetitif bukan sahaja dapat
menarik pelabur asing bahkan dapat membantu syarikat-syarikat domestik supaya dapat
bersaing dengan syarikat luar.
Walaupun pembolehubah perbelanjaan pengangkutan dan perhubungan
berbentuk fizikal seperti projek pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan
seperti jambatan kedua Penang; landasan keretapi berkembar dari Ipoh-Padang Besar;
dan projek pengembangan LRT dari Ampang-Kelana Jaya adalah projek di bawah RMK-
9 dapat mempengaruhi kemasukan FDI, namun didapati langkah yang diambil oleh pihak
kerajaan dalam menambah baik sistem penyampaian kerajaan turut mempengaruhi
keputusan membuat pelaburan oleh para pelabur luar.
Oleh hal yang demikian, kerajaan telah menggalakkan tadbir urus yang baik
melalui Pelan Integriti Nasional (PIN). Kerajaan telah mengambil beberapa langkah
untuk mempertingkatkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti sektor awam dan swasta.
Langkah-langkah tersebut akan membantu usaha untuk menangani rasuah,
mengurangkan pembaziran dan kos menjalankan perniagaan serta meningkatkan
kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan sektor korporat. Manfaat
daripada tadbir urus yang baik akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan
sekaligus dapat menarik para pelabur asing melabur di Malaysia serta membantu
pencapaian matlamat pembangunan negara.
Pembangunan sektor kewangan sesebuah negara mengambarkan kecekapan
sistem kewangan sesebuah negara. Kecekapan pengurusan dana domestik akan mampu
menjamin aliran masuk modal dalam pelaburan langsung asing. Ianya juga
mengambarkan kecekapan tadbir urus kewangan negara. Pembangunan kewangan yang
tinggi membawa implikasi kepada kecekapan sistem kewangan itu sendiri digambarkan
melalui pengabungan dan pengambilalihan. Pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan
(FSMP) dan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) untuk tempoh 10 tahun secara berfasa
telah memperkukuhkan daya tahan serta daya sistem perbankan dan pasaran modal.
FSMP dan CMP akan meliberalisasikan sektor perkhidmatan kewangan secara
28
berperingkat. Langkah pengukuhan dalam sistem perkhidmatan kewangan yang diambil
oleh pihak kerajaan dapat juga mempengaruhi kemasukan FDI ke dalam negara.
Kejayaan ini merupakan isyarat kepada aliran masuk pelaburan langsung asing yang kian
meningkat.
Umumnya, semua pihak seharusnya menjaga kestabilan ekonomi, pasaran dan
sistem kewangan negara bagi menjamin pertumbuhan pelaburan langsung asing yang
lebih kukuh. Kerajaan melalui insentif-insentifnya berperanan penting dalam memastikan
bahawa kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia dapat menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara.
29
5.2 RUMUSAN
Kemasukan pelaburan langsung asing telah membawa kesan positif dan negatif.
Peningkatan aliran kemasukan pelaburan langsung asing akan memajukan ekonomi
sesebuah negara. Perpindahan teknologi dan kemasukan buruh mahir asing secara tidak
langsung dapat meningkatkan pertumbuhan negara melalui perkongsian maklumat dan
perpindahan teknik-teknik pengeluaran yang cekap. Peluang pekerjaan domestik dan
tenaga mahir serta separa mahir tempatan akan meningkat disebabkan oleh aktiviti
pelaburan langsung asing oleh syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi disesebuah
negara. Sektor ekonomi negara terutamanya perkilangan akan mendapat manfaat
daripada kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia.
Namun, kemasukan pelaburan langsung asing akan meningkatkan defisit akaun
pendapatan pelaburan negara kerana penghantaran pulang pendapatan pelaburan oleh
negara asal. Tambahan pula, aspirasi liberalisasi perdagangan dan liberalisasi kewangan
yang berlaku sejak akhir-akhir ini menyebabkan aliran dana antara negara agak bebas
bergerak dari satu negara ke negara yang lain. Dana akan mengalir dari pasaran yang
biasa ke pasaran yang menawarkan pakej pelaburan yang lebih baik berbanding
Malaysia. Antara pakej yang diberikan adalah dari aspek kadar cukai yang kompetetif,
insentif kerajaan serta manipulasi kadar pulangan yang lebih menarik. Pengaliran keluar
modal akibat ketidakseimbangan ekonomi, politik dan sebagainya akan mewujudkan
pengangguran dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Faktor-faktor domestik yang kukuh ditambah dengan situasi pelaburan yang
menggalakkan akan menarik kemasukan pelaburan langsung asing. Peranan sektor
kerajaan dan sektor swasta sebenarnya membantu negara menjana lebih banyak
kemasukan pelaburan langsung asing di sesebuah negara. Pengaruh asas dalam pelaburan
iaitu kadar pertukaran berkesan benar dan kadar bunga pulangan domestik amat
mempengaruhi pelaburan langsung asing dalam ketiga-tiga model.
30
BAB 6
PENUTUP
6.1 RINGKASAN KAJIAN
Kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti penentu-penentu bagi kemasukan FDI ini
mengambilkira tujuh penentu iaitu peranan kadar pertukaran berkesan benar, keterbukaan
ekonomi, perluasan pasaran kewangan, peranan pencukaian, kadar pulangan domestik
dan asing, serta perbelanjaan infrastruktur kerajaan. Kajian ini menggunakan data siri
masa dari tahun 1976 sehingga tahun 2005 yang merangkumi sejumlah 30 tahun.
Kajian ini juga menggunakan kaedah pembentukan model ekonomi yang bersifat
sebab akibat dengan menggunakan kaedah regresi linear. Berdasarkan kriteria statistik,
pengujian yang biasa digunakan ialah R2, ujian F dan juga ujian t. Sebanyak tiga model
telah dibentuk dan hasil kajian mendapati bahawa ujian statistik F signifikan pada aras
keertian 1% yang membawa maksud bahawa model yang dibentuk adalah signifikan.
Selain itu, ujian R2 menunjukkan bahawa antara 85.3% - 90.7% pembolehubah
penerang(penentu FDI) mampu menerangkan pembolehubah bersandar(FDI). Manakala,
ujian t merupakan ujian pekali secara individu bagi melihat kesignifikanan parameter
yang dipilih iaitu β 1,2,3...n. Berdasarkan kajian ketiga-tiga model, kesemua pembolehubah
mampu menerangkan model dengan signifikan kecuali pembolehubah kadar pulangan
antarabangsa dan pembolehubah nisbah cukai (dalam model B dan C).
Dalam ketiga-tiga model yang dibentuk, kadar pertukaran berkesan benar dan
kadar bunga pulangan domestik amat penting dalam mempengaruhi kemasukan
pelaburan langsung asing di Malaysia. Akhir sekali, implikasi kajian adalah cadangan
kepada pihak kerajaan bagi membentuk dasar dan menyediakan insentif-insentif yang
boleh menarik para pelabur dan seterusnya kekal melabur di Malaysia.
31
6.2 KEKUATAN MODEL
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa kekuatan model yang boleh
dikenalpasti. Antaranya adalah:
1. Kesemua pembolehubah bebas yang dipilih menepati kriteria ekonomi dan
signifikan menerangkan keempat-empat model.
2. Kriteria Statistik seperti Ujian F dan Ujian-t serta R Squared menunjukan nilai
yang memberangsangkan dan mampu menjelaskan model.
3. Faktor asas penentuan kemasukan pelaburan langsung asing menerangakan model
dengan sempurna dalam kesemua model yang dikaji. Antaranya ialah REER dan
kadar pulangan domestik yang mencatatkan kesignifikanan yang baik dalam
kesemua model
6.3 KELEMAHAN MODEL
Antara kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dalam kajian adalah:
1. Kriteria penilaian yang digunakan bertumpu kepada penilaian ekonomi dan
statistik tetapi tidak merangkumi kriteria ekonometrik seperti autokorelasi,
heterokidastisiti dan multikolineariti.
2. Pembolehubah-pembolehubah lain yang releven menerangkan model tidak
dimasukkan seperti Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dan peranan negara
membangun yang lebih menunjukan persaingan dalam menarik pelaburan
langsung asing seperti China, India dan Vietnam.
32
3. Unsur kemahiran buruh dan tahap latihan serta proksi lain yang mewakili aspek
model insan tidak diambilkira. Kajian hanya bertumpu kepada pendekatan
makroekonomi, kewangan dan fiskal sahaja.
6.4 CADANGAN PENGUKUHAN MODEL
Berikut merupakan cadangan dan pandangan yang boleh dibuat untuk menambahbaik
model yang dibentuk:
1. Mengambil kira pengujian kriteria ekonometrik dalam pembentukan model
supaya menampakkan kemantapan model.
2. Mengambilkira pengaruh pembolehubah lain dalam model seperti modal insan
serta kemahiran buruh.
33
SUMBER RUJUKAN
1. James B. Ang. 2007. Determinants Of Foreign Direct Investment In Malaysia,
Journal of Policy Modelling, Science Direct Publishing.
2. Saskia K.S Wilhems. 1998. Foreign Investments and Its Determinant In Emerging
Economic, African Economics Policy Paper: Discussion No. 9,
Morgan Stanley.
3. Ishak Yusuf dan Abdul Ghafar Ismail. 1998. Malaysian Industrialization:
Governance and Technical Change, Penerbitan UKM.
4. Kementerian Kewangan Malaysia. Laporan Ekonomi, Pelbagai Tahun.
5. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Pelan Induk Perindustrian
Negara I, II, III.
6. Bank Negara Malaysia. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia pelbagai Tahun
7. International Monetary Fund. International Financial Statistics Yearbook, IMF
2004.
8. Ahmad Mohd Yusuf. Kaedah Penyelidikan, 2008
9. PJJ, Statistik II EK 2023 Modul 1-8, Monograf kursus Statistik II Pusat Pengajian
Ekonomi UKM.
10. Richard T. Froyen. 2001. Macroeconomics An Asian Perspective. Prentice Hall
Singapore
11. W. Charles Sawyer.200. International Economics (2nd Edition), Prentice Hall
Singapore
12. Abdul Ghafar Ismail & Md Zyadi Md Tahir. 1998. Makroekonomi Malaysia
Perspektif Dasar, Penerbitan UKM.
13. Ab Razak Dan & Noraini Idris. 2002. Teori Pembangunan dan Pertumbuhan
Ekonomi, Penerbitan UKM.
14. Chamhuri Siwar, Surtahman Kastin, Norshamliza. 2006. Ekonomi Malaysia Edisi
Keenam. Pearson Longman Malaysia.
34
LAMPIRAN 1
Regression Model A
Variables Entered/Removed(b)
ModelVariables Entered
Variables Removed Method
1LNTRMAS, LNCORPTAX, LNPCRAT, LNREER, LNROPEN(a)
. Enter
a All requested variables entered.b Dependent Variable: LNFDI
Model Summary
Model R R SquareAdjusted R
SquareStd. Error of the Estimate
1 .952(a) .906 .886 .61891
a Predictors: (Constant), LNTRMAS, LNCORPTAX, LNPCRAT, LNREER, LNROPEN
ANOVA(b)
Model Sum of
Squares Df Mean Square F Sig.1 Regression 88.263 5 17.653 46.084 .000(a) Residual 9.193 24 .383 Total 97.456 29
a Predictors: (Constant), LNTRMAS, LNCORPTAX, LNPCRAT, LNREER, LNROPENb Dependent Variable: LNFDI
Coefficients(a)
Model Unstandardized
CoefficientsStandardized Coefficients t Sig.
BStd. Error Beta
1 (Constant) 25.452 7.027 3.622 .001 LNREER -4.603 1.391 -.479 -3.310 .003 LNROPEN 2.618 1.213 .455 2.159 .041 LNPCRAT 1.007 .522 .251 1.927 .066 LNCORPTAX -3.305 1.206 -.233 -2.740 .011 LNTRMAS 1.258 .370 .239 3.400 .002
a Dependent Variable: LNFDI
35
Regression Model B
Variables Entered/Removed(b)
ModelVariables Entered
Variables Removed Method
1LNTRUSA, LNTRMAS, LNPCRAT, LNCORPTAX, LNREER, LNROPEN(a)
. Enter
a All requested variables entered.b Dependent Variable: LNFDI
Model Summary
Model R R SquareAdjusted R
SquareStd. Error of the Estimate
1 .953(a) .907 .883 .62665
a Predictors: (Constant), LNTRUSA, LNTRMAS, LNPCRAT, LNCORPTAX, LNREER, LNROPEN
ANOVA(b)
Model Sum of
Squares Df Mean Square F Sig.1 Regression 88.424 6 14.737 37.530 .000(a) Residual 9.032 23 .393 Total 97.456 29
a Predictors: (Constant), LNTRUSA, LNTRMAS, LNPCRAT, LNCORPTAX, LNREER, LNROPENb Dependent Variable: LNFDI
Coefficients(a)
Model Unstandardized
CoefficientsStandardized Coefficients t Sig.
BStd. Error Beta
1 (Constant) 23.887 7.522 3.176 .004 LNREER -4.278 1.496 -.445 -2.859 .009 LNROPEN 2.718 1.238 .473 2.196 .038 LNPCRAT .948 .537 .236 1.766 .091 LNCORPTAX -3.587 1.298 -.252 -2.763 .011 LNTRMAS 1.320 .387 .250 3.411 .002 LNTRUSA -.199 .311 -.062 -.641 .528
a Dependent Variable: LNFDI
Regression Model C
36
Variables Entered/Removed(b)
ModelVariables Entered
Variables Removed Method
1LNGOV, LNTRMAS, LNCORPTAX, LNREER(a)
. Enter
a All requested variables entered.b Dependent Variable: LNFDI
Model Summary
Model R R SquareAdjusted R
SquareStd. Error of the Estimate
1 .923(a) .853 .829 .75791
a Predictors: (Constant), LNGOV, LNTRMAS, LNCORPTAX, LNREER
ANOVA(b)
Model Sum of
Squares Df Mean Square F Sig.1 Regression 83.095 4 20.774 36.165 .000(a) Residual 14.361 25 .574 Total 97.456 29
a Predictors: (Constant), LNGOV, LNTRMAS, LNCORPTAX, LNREERb Dependent Variable: LNFDI
Coefficients(a)
Model Unstandardized
CoefficientsStandardized Coefficients t Sig.
BStd. Error Beta
1 (Constant) 30.325 7.117 4.261 .000 LNREER -7.218 1.187 -.751 -6.080 .000 LNCORPTAX -2.335 1.394 -.164 -1.676 .106 LNTRMAS 1.798 .443 .341 4.061 .000 LNGOV 1.060 .300 .396 3.536 .002
a Dependent Variable: LNFDI
LAMPIRAN 2
37
YEAR FDI REER OEPN PCRAT CORPTAX TRBMAS TRBUS GOV
Million(RM) index ratio Ratio Ratio Rate(%) Rate(%)Million (RM)
1976 150 144.49 0.931957 0.339826 0.566312 4.7515 4.99 8471977 170.3 140.922 0.927767 0.358237 0.478681 3.30567 5.27 11351978 177.8 134.866 0.925461 0.391928 0.51218 4.1325 7.22 11771979 495.6 160.316 1.031535 0.414775 0.467338 3.35592 10.04 11471980 248.2 154.457 1.125872 0.499094 0.481107 4.04717 11.62 17461981 495.3 155.072 1.108621 0.577614 0.473277 4.48867 14.08 18201982 519 164.916 1.104939 0.62753 0.432044 4.9575 10.73 29071983 296.3 172.724 1.080163 0.699269 0.475076 5.12358 8.62 27161984 275.4 179.453 1.066298 0.748901 0.430237 5.10325 9.39 25991985 324.9 170.494 1.046831 0.881746 0.445505 4.73217 7.49 22521986 1688 143.122 1.064978 1.01466 0.416234 4.12467 5.97 20961987 2060 135.644 1.119196 0.895766 0.454145 2.67625 5.83 15251988 4878 123.883 1.226242 0.864625 0.441049 3.48542 6.67 23661989 8653 121.666 1.366891 0.956525 0.466539 5.28983 8.12 21201990 17629 120.719 1.468883 0.694127 0.466155 6.11592 7.51 24561991 17055 117.939 1.593114 0.737605 0.431857 7.27233 5.41 26151992 17772 126.074 1.506112 1.085292 0.523154 7.65808 3.46 35171993 6287 127.372 1.579405 1.064596 0.546111 6.48158 3.02 34641994 11339 122.475 1.799049 1.092172 0.609147 3.68167 4.27 37301995 9143.6 122.663 1.921132 1.244142 0.582583 5.50375 5.51 41911996 17056.6 126.963 1.81767 1.416337 0.628455 6.412 5.02 56551997 11473 122.638 1.856651 1.58385 0.618578 6.40708 5.07 49921998 13063.5 97.8542 2.094922 1.585052 0.609609 6.86408 4.82 41431999 12274 98.735 2.175709 1.491528 0.62582 3.52575 4.66 43682000 19848.5 100 2.288752 1.401865 0.514676 2.86117 5.84 64112001 18907.2 104.876 2.144179 1.36118 0.517503 2.79217 3.45 71052002 11578 104.998 2.110314 1.28962 0.583436 2.73208 1.61 77882003 13795.8 99.2067 2.058719 1.26128 0.592316 2.78833 1.01 102622004 15437 94.8692 2.208627 1.178797 0.527722 2.39579 2.2 94422005 17434 95.2317 2.23248 1.169219 0.519423 2.48425 4.2 10907
38