17
PENGENALAN Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka merupakan salah satu kerajaan yang ulung sekitar abad 15 dam ke 16. Kemajuan dan kemantapan negeri ini telah membuka mata kuasa-kuasa besar pada zaman itu. Namun begitu sebelum kemunculan Melaka, terdapat satu kuasa yang amat kuat dalam bidang maritim iaitu Srivijaya. Kerajaan Srivijaya adalah sebuah kerajaan Malaya yang berpusat di Palembang, Sumatera. Kerajaan ini diasaskan pada akhir kurun ke-7. Ia mula muncul sebagai empayar selepas kejatuhan Kerajaan Funan (Segenting Kra) pada abad ke-7 Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di Pantai Timur Sumatera, Selatan Palembang dan Jambi. Ia diasaskan oleh Dapunta Hyang pada tahun 683 Masihi. Srivijaya berada pada puncak kekuasaannya di antara kurun ke-8 hingga kurun ke-11. Kerajaan Srivijaya yang muncul pada kurun ke-7, berjaya mengekalkan ekonomi dan politiknya hingga kurun ke-11, malah turut menjadi pelabuhan interport di bahagian Sumatera. 1 Pada zaman kegemilangannya, ia telah berjaya menakluk kerajaan- kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama di Gugusan Kepulauan Melayu. Antara kerajaan-kerajaan yang pernah ditakluk oleh Empayar Srivijaya ialah Kerajaan Ligor di Selatan Thai yang ditawan pada 775 Masihi, Semenanjung Melayu termasuk Kerajaan 1 Barbara Watson Andaya dan Leonard Watson Andaya (1983), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd, Hlm 41. 1

Faktor Melaka Jaya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

A

Citation preview

Page 1: Faktor Melaka Jaya

PENGENALAN

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka merupakan salah satu kerajaan yang ulung sekitar abad 15

dam ke 16. Kemajuan dan kemantapan negeri ini telah membuka mata kuasa-kuasa besar pada zaman itu.

Namun begitu sebelum kemunculan Melaka, terdapat satu kuasa yang amat kuat dalam bidang maritim

iaitu Srivijaya. Kerajaan Srivijaya adalah sebuah kerajaan Malaya yang berpusat di Palembang, Sumatera.

Kerajaan ini diasaskan pada akhir kurun ke-7. Ia mula muncul sebagai empayar selepas kejatuhan

Kerajaan Funan (Segenting Kra) pada abad ke-7 Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di

Pantai Timur Sumatera, Selatan Palembang dan Jambi. Ia diasaskan oleh Dapunta Hyang pada tahun 683

Masihi. Srivijaya berada pada puncak kekuasaannya di antara kurun ke-8 hingga kurun ke-11. Kerajaan

Srivijaya yang muncul pada kurun ke-7, berjaya mengekalkan ekonomi dan politiknya hingga kurun ke-

11, malah turut menjadi pelabuhan interport di bahagian Sumatera.1

Pada zaman kegemilangannya, ia telah berjaya menakluk kerajaan-kerajaan lain sehingga

membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama di Gugusan Kepulauan Melayu. Antara kerajaan-

kerajaan yang pernah ditakluk oleh Empayar Srivijaya ialah Kerajaan Ligor di Selatan Thai yang ditawan

pada 775 Masihi, Semenanjung Melayu termasuk Kerajaan Kedah Tua, bahagian Timur Sumatera

termasuk Jambi, Jawa Barat dan Borneo Barat. Seperti empayar lain, Empayar Srivijaya mempunyai

beberapa ciri yang menunjukkan ia adalah sebuah empayar

Srivijaya telah menempa kegemilangannya pada abad ke-11 sebelum mengalami zaman

keruntuhannya pada tahun 1017 setelah diserang sebanyak beberapa kali oleh Raja Rajendra Chola.2 Ahli-

ahli sejarah percaya bahawa dalam abad ke-14, hanya “rangka” Srivijaya sahaja yang tinggal di bahagian

tenggara Sumatera.3

1 Barbara Watson Andaya dan Leonard Watson Andaya (1983), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd, Hlm 41.

2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijaya.

3 Wolters, O. W., 1990. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 3.

1

Page 2: Faktor Melaka Jaya

Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya, kerajaan baru telah muncul dan telah menjadi kuasa baru

pada kurun 15 dan awal ke 16 iaitu Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan init telah diasaskan oleh

seorang tokoh yang berasal dari Srivijaya berketurunan Palembang antara tahun 1400 hingga 1403

masihi.4 Kerajaan Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dan mencapai kemuncak

kegemilangan pada masa pemerintahan sultan Muzaffar Shah(1446-1456), Sultan Mansur Shah (1456-

1477), dan sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488).5 Ketika Melaka diperintah oleh Sultan Muzaffar

Syah, baginda telah berjaya meluaskan kuasanya di negeri sekitar Melaka. Ekspedisi perluasan kuasa ini

telah membantu menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara pada abad

ke-15. Sejak pengasasannya, Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun, faktor ini

menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal. Namun begitu secara asasnya telah

dimulakan oleh Parameswara yang menjadi tunjang kepada Kerajaan Melayu Melaka pada awalnya

kerana corak pentadbiranya telah dibawa dari kerajaan Srivijaya dan telah digunakan didalam pentadbiran

Melaka. Ini menunjukkan terdapat kesinambungan kerajaan Srivijaya kerana Prameswara adalah

pemerintah Srivijaya sebelum diusir dari negerinya itu.

KEKUATAN DAN KELEBIHAN

FAKTOR POLITIK IAITU DALAM PENTADBIRAN

Melaka pada kurun ke-15 dan abad ke-16 mempunyai masyarakat yang hidup secara tersusun dan

sistematik, oleh itu wujudlah bidang pentadbiran dan politik bersistem yang menjadi fakta dan prinsip

terhadap peraturan.6 Faktor pentadbiran sistematik Melaka yang diasaskan dan dipraktikkan sejak dari

4 Sejarah Melaka, diperolehi pada September. 10.2008 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melaka.

5 Abu Hassan Sham, Martin ‘t Hart dan Wong Khek Seng,(1998) Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda, Kuala Lumpur: Perbadanan Muzium Melaka, hlm 73.

6 Muhammad Yusoff Hashim,(1989) Kesultanan Melayu Melaka, Maziza Sdn. Bhd: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1.

2

Page 3: Faktor Melaka Jaya

pemerintah Melaka yang pertama iaitu Parameswara adalah salah satu faktor yang membawa kepada

kejayaan Melaka menjadi sebuah kerajaan yamg berjaya menguasai kepulauan Melayu sekitar abad ke 15

dan awal abad ke 16. Kerajaan Melaka umumnya diketuai oleh seorang sultan yang bertindak sebagai

ketua negara7. Sultan Melaka adalah ketua pemerintah di dalam negeri Melaka, baginda mempunyai hak

mutlak untuk mentadbir Kerajaan Melaka yang merupakan kerajaan baginda sendiri. Sultan Melaka juga

merupakan ketua agama Islam bagi rakyat Melaka dan baginda merupakan simbol agama Islam di

Melaka. Sebelum kedatangan islam Sultan Melaka digelar Raja Melaka kerana sebelum itu

menegamalkan ajaran Hindu dan gelaran ini telah ditukarkan selepas kedatangan Islam bagi

menggunakan gelaran yang bertepatan dengan hukum syarak. Ketertinggian kuasa sultan dalam politik

dan pentadbiran telah menyebabkan sultan juga adalah orang yang bertanggungjawab bagi mengubal

undang-undang di Melaka. Setiap kata-kata dan arahan dari sultan adalah satu undang-undang yang perlu

dipatuhi oleh para rakyat Melaka dan permaustautin di Melaka. Sekiranya terdapat mereka yang ingkar

terhadap arahan atau undang-undang sultan maka individu itu akan mendapat tulah kerana setiap sultan

melayu mempunyai daulat yang boleh mengakibatkan mereka yang menderhaka terhadapnya mendapat

malapetaka.

Sultan Melaka juga merupakan ketua tentera bagi kerajaan Melaka yang bertanggungjawab bagi

mengistiharkan perang terhadap mana-mana kawasan yang mahu ditahluki baginda. Walaupun Sultan

adalah pemerintah mutlak kerajaan Melaka, baginda tetap mempunyai beberapa orang pembesar bagi

membantu beliau dalam memerintah dan mentadbirkan Kerajaan Melaka. Selepas Sultan Melaka , kuasa

kedua tampuk pemerintahan Melaka terletak di tangan Bendahara. Bendahara bertindak selaku pembantu

dan penasihat utama sultan dalam pentadbiran Melaka,pada masa kini taraf seorang Bendahara boleh

7 Abdul Latif Abu Bakar . Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia . Kuala Lumpur : Universiti Malaya dan istidat kajian sejarah dan patriorisme Malaysia, hlm 45.

3

Page 4: Faktor Melaka Jaya

disamakan dengan Perdana Menteri8. Sekiranya sultan Melaka tiada di Melaka di sebabkan mengadakan

kunjungan di negeri naungannya maka Bendahara akan diangkat sebagai pemangku sultan Melaka

sementara ketiadaan sultan. Bendahara juga bertindak selaku orang yang bertanggungjawab dalam

merencana sesuatu rancangan atau strategi sebelum menyerang sesuatu kawasan yang mahu ditakluki

oleh Kerajaan Melaka dan juga bertanggungjawab dalam merangka dan menyusun dasar-dasar kerajaan

Melaka. Selain itu Bendahara juga telah diamanahkan untuk menjalankan upacara pertabalan sultan baru

di Melaka sejak mula lagi kerana Bendaharalah orang yang paling dekat dengan Sultan di dalam

pentadbiran dan sesetengah Sultan Bendahara juga adalah orang yang paling dipercayai baginda melebihi

ahli keluarga baginda sendiri. Antara Bendahara Melaka yang dikenali dan tercatit namanya dalam lipatan

sejarah ialah Tun Perak dan Tun Ali. Temenggung juga merupakan salah satu pembesar sultan

Melaka yang penting selepas Bendahara. Temenggung bertugas dalam menjaga keamanan di Melaka iaitu

dengan menangkap mereka yang cuba menimbulkan kekacauan di dalam negeri Melaka. Temenggung

juga bertanggungjawab dalam memastikan bahawa undang-undang Kerajaan Melaka dipatuhi dan

dikuatkuasakan. Hari ini jawatan seorang temenggung dapat disamakan dengan jawatan ketua polis

negara. Terdapat bukti menunjukkan bahawa adanya satu passukan yang seakan polis di Melaka pada

abad ke 15 contohnya semasa zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah kejadian-kejadian

kecurian dapat di bendung akibat wujudnya pasukan ini dan balai-balai polis.

Laksamana ialah antara pembesar penting dalam sistem pentadbiran Melaka , laksamana ialah

seorang pemimpin kestria Melaka tidak kira sama ada di darat mahupun di laut9. Selain bertanggungjawab

untuk memimpin para laskar Melaka dalam peperangan, laksamana juga bertindak sebagai orang yang

bertanggungjawab dalam mempertahankan sungai dan perlabuhan Melaka dari serangan lanun ,perompak

8 Lofti Ismail (1975-1983) . Sejarah Malaysia 1400-1963 . Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors, hlm 234

9 Lofti Ismail (1975-1983) . Sejarah Malaysia 1400-1963 . Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors hlm 321

4

Page 5: Faktor Melaka Jaya

dan ancaman luar yang boleh mengugat keamanan Melaka. Contoh laksamana yang amat terkenal pada

Kesultanan Melayu Melaka ialah Laksamana Hang Tuah. Kebijaksanaan Hang Tuah telah menjadikan

Melaka antara kuasa di Kepulauan Melayu kerana menjadi benteng utama negeri Melaka. Syahbandar

merupakan pembesar keempat terpenting dalam sistem pentadbiran kerajaan Melaka, Syahbandar

berperanan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan dan kebajikan para

pedagang.

Syahbandar juga ditugaskan oleh sultan Melaka untuk memungut cukai kepala dan cukai

perdagangan di perlabuhan Melaka dan juga mengawal lalu lintas kapal-kapal di perlabuhan Melaka10.

Syahbandar juga bertindak selaku penyedia gudang bagi para pedagang menyimpan barangan dagangan

mereka dan Syahbandar juga berkuasa untuk mencegah dan menghalang perbuatan rasuah antara

pedagang dengan kakitangan pemerintahan. Selain daripada para pembesar yang dijelaskan tadi masih

terdapat beberapa lagi pembesar Melaka seperti Penghulu Bendahari dan Mufti. Inilah sistem

pentadbiran kerajaan Melaka yang sistematik dan kukuh sehingga dapat menguasai Selat Melaka dan

kepulauan Melayu.

Kepelbagaian tugas ataupun jawatan yang ada pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang

sistematik telah mengukuhakan kedudukan negeri Melaka. Pebahagian tugas dengan pelbagai jawatan ini

telah melancarkan sistem pentadbiran. Ini membuatkan pedagang-pedagang begitu percaya dengan negeri

Melaka untuk mereka berdagang serta menganggap negeri yang selamat kerana kecekapan syahbandar

dan laksamana Melaka.

10 Lofti Ismail (1975-1983) . Sejarah Malaysia 1400-1963 . Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors, hlm 211

5

Page 6: Faktor Melaka Jaya

FAKTOR GEOGRAFI MELAKA STRATEGIK DAN SEBAGAI TEMPAT PERDAGANGAN .

Kedudukan Kerajaan Melaka yang strategik adalah salah satu faktor utama kerajaan ini mampu

menguasai kepulauan Melayu pada zaman itu. Kedudukan Melaka yang berada di tengah-tengah laluan

perdagangan antara dua kerajaan yang besar iaitu China dan India telah mendorong Melaka yang berada

di tengah-tengah laluan perdagangan kedua kerajaan ini telah membantu Melaka menjadi sebuah kerajaan

yang kuat. Hal ini disebabkan para pedagang dari India tidak perlu merentasi Laut China Selatan untuk

berdagang di China dan mendaratkan kapal mereka di sana manakala pedagang China pula tidak lagi

perlu merentasi Lautan Hindi bagi berdagang di India, sebaliknya kedua-dua pedagang dari dua negara

berbeza ini hanya perlu membawa barangan mereka di perlabuhan Melaka dan melakukan transaksi

perdagangan antara mereka di Melaka yang menjadi tempat pertemuan mereka.

Selain itu kedudukan Melaka yang terlindung dari tiupan angina monsun barat daya dan tiupan

angin monsun timur laut telah menjadikan Melaka sebagai tempat yang strategik dan selamat bagi kapal-

kapal perdagangan untuk berlabuh dan berlindung seketika sementara menunggu musim tengkujuh ini

tamat bagi meneruskan perjalanan mereka sama ada ke timur ataupun ke barat11. Sementara menunggu

musim tengkujuh ini tamat para pedagang ini telah menperdagangkan juga barangan mereka di Melaka.

Kehadiran para pedagang yang singgah berlindung di Melaka yang juga turut berdagang di Melaka telah

menyebabkan ekonomi Melaka menjadi lebih maju seterusnya telah menyebabkan Melaka mampu

menjadi kuasa ekonomi sehingga mampu menguasai negeri-negeri lain di sekitarnya. Faktor tiupan angin

monsun juga adalah salah satu faktor kejayaan Melaka muncul sebagai kuasa utama di alam Melayu

apabila membantu melayarkan kapal-kapal layar dari India dan China serta dari kepulauan melayu untuk

berdagang di Melaka.

11 MuhammadYusuff Hasyim . (1988) . Pensejarahan Melayu Nusantara. Kuala Lumpur : teks Publising Sdn Bhd, hlm 187

6

Page 7: Faktor Melaka Jaya

Kedudukan stategik Melaka yang terletak di tengah-tengah selat melaka dan di tengah-tengah

kepualuan melayu juga merupakan salah satu faktor pendorong yang membawa kejayaan Melaka kerana

berjaya berkembang pesat sehingga berjaya menguasai semenanjung tanah melayu dan sebahagian

sematera seperti Kampar,Rokan,dan aru. Melaka pada asalnya ketika di buka pada parameswara

meruapakan sebuah perkampungan nelayan,melalui kebijaksanaan beberapa pemerintah awal Melaka

perkampungan nelayan ini telah bertukar menjadi sebuah pelabuhan perdagangan.12 Hasil kebijaksanaan

Sultan Melaka yang seterusnya melalui bantuan para pembesarnya Melaka telah menjadi sebuah

pelabuhan Entreport kedudukan Melaka yang berada di tengah kepualuan melayu sesuai menjadi tempat

pengumpulan dan pengedaran rempah ratus dari sekitar kepulauan melayu.Kesemua faktor Geografi ini

telah membantu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat kerana telah membantu membawa

kehadiran para pedagang melaka untuk berdagang dan melakukan sistem barter yang seterusnya telah

membantu Ekonomi Melaka untuk berkembang.

FAKTOR SOKONGAN ORANG LAUT

Orang laut adalah salah satu faktor yang mendorong kejayaan Melaka sebagai sebuah kerajaan

yang kuat di perairan Selat Melaka. Jaminan keselamatan merupakan satu elemen yang amat penting

terutamanya bagi pedagang- pedagang yang datang berdagang ke Melaka.13 Orang laut adalah satu suku

kaum melayu yang menjadikan laut sebagai kediaman mereka,mereka hidup dengan mengumpulkan

hasil-hasil laut dan sumber ekonomi utama mereka ialah dengan merompak kapal-kapal yang melalui

12 Abdul Latif Abu Bakar . Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia . Kuala Lumpur : Universiti Malaya dan istidat kajian sejarah dan patriorisme Malaysia

13 Barbara Watson Andaya dan Leonarld Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Snd. Bhd. Hlm 48.

7

Page 8: Faktor Melaka Jaya

selat melaka. Orang laut sangat mahir mengenai peperangan di lautan selain mahir dalam selok belok

selat melaka. Sejak dari pelarian Parameswara dari pulau Sumatera orang laut adalah antara mereka

yang setia mengikutinya dan orang laut terus membuktikan kesetiaan mereka sehinggalah terbentuknya

kerajaan Melaka. Dalam sistem ketenteraan dan pertahanan Melaka kedudukan orang laut adalah sangat

tinggi kerana mereka berperanan sebagai penjaga keselamatan perairan Melaka dari ancaman musuh luar

yang mahu menyerang Melaka dari laut seperti Majapahit dan Aru. Selain itu orang laut juga memainkan

peranan sebagai agen pencegahan kegiatan perlanunan di sekitar selat melaka. Orang laut akan sentiasa

meronda di perairan melaka dan melindungi kapal-kapal yang melaluinya. Hasil daripada keselamatan

yang terjamin di perairan Melaka telah menarik perhatian para pedagang untuk turut singgah di Melaka

berdagang. Manfaat dari orang laut ini telah menyebabkan melaka menjadi sebuah kerajaan yang bukan

sahaja kukuh dari segi ekonomi tetapi juga mempunyai kekuatan ketenteraan yang teguh sehingga dapat

menguasai sebahagian alam Melayu.

KEWUJUDAN/KEDATANGAN PELBAGAI BANGSA DI MELAKA MEWUJUDKAN

PELBAGAI BUDAYA.

Kedatangan pedagang-pedagang asing di Melaka telah mewujudkan pelbagai bangsa dan secara

tidak langsung mewujudkan pelbagai budaya. Bangsa-bangsa yang ada pada zaman itu iaitu orang Cina,

orang Keling (Tamil), Gujerat dan berbagai-bagai suku bangsa dari Tanah Arab, Ghori, Parsi, Jawa,

Burma, Siam, Kepulauan Ruykyu dan sebagainya.14 Pada amnya, bangsa-bangsa asing merupakan

penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti

perantau, pedagang, mubaligh dan santeri.15 Kewujudan mereka ini didalam negeri Melaka terdapat 2

14 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm.310

15 Senteri merupakan istilah orang yang mendalami pengajiannya dalam agama Islam dengan merantau jauh-jauh (berguru di tempat yang jauh atau orang yang kuat beribadat).

8

Page 9: Faktor Melaka Jaya

jenis atau 2 golongan iaitu menjadi tentera upahan Kerajaan Melaka dan menjadi pendakwah dan satu lagi

ialah orang berniaga secara kecil-kecilan sehingga besar-besaran. Tentera-tentera upahan ini secara

majoritinya terdiri daripada orang-orang Jawa dan orang Parsi . Selain itu, ada juga di antara mereka yang

datang ke Melaka untuk melibatkan diri dalam hal-hal agama Islam seperti menjadi ulama dan guru

kepada masyarakat Melaka yang beragama Islam dan menjadi santeri untuk masyarakat dari luar Melaka.

Golongan kedua ialah orang yang datang untuk berniaga dari yang berniaga secara kecil-kecilan sehingga

ke besar-besaran. Sebab utama mereka datang ke Negeri Melaka ialah sebuah negeri yang selamat dan

sistem sosial didalam negeri ini adalah baik. Secara umumnya, mereka boleh dikategorikan kepada dua

jenis iaitu, pertama, yang menetap terus di Melaka dan yang kedua, mereka yang datang sekali-sekala

sebagai peniaga dan pulang apabila urusan mereka sudah selesai.

Menjelang tahun 1409, Kesultanan Melayu Melaka mula mengadakan hubungan dengan negeri

China. Ini secara tidak lengsung membuka pintu kepada masyarakat cina untuk datang ke negeri Melaka.

Dapat dilihat disini rakyat cina telah datang ke Melaka sejak awal kurun ke 15 lagi.. Hal ini dapat

ditentukan oleh dua faktor sejarah iaitu yang pertama, mereka datang ke Melaka sebagai pedagang; sesuai

dengan dasar perdagangan asing yang diamalkan oleh Kerajaan China sendiri.16 Manakala faktor kedua,

adalah disebabkan sejarah perhubungan melalui perkahwinan yang berlaku antara wanita Cina yang telah

bermastautin di Melaka dengan masyarakat Melaka sendiri.17 Pedagang-pedagang cina telah diberi

layanan istemewa oleh pemerintah Melaka berikutan hubunga baik Melaka dengan Negara China malah

diberi tempat penginapan yang selesa kepada pedagang-pedagang cina.

Selain itu, masyarakat Tamil juga wujud di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bangsa ini

dilaporkan sebagai pendatang asing yang paling ramai datang untuk tinggal di Melaka. Tujuan

kedatangan mereka ialah untuk berdagang dan berniaga di Melaka, di samping untuk menyebarkan agama

16 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 311.

17 Ibid hlm 311.

9

Page 10: Faktor Melaka Jaya

Islam bagi yang beragama Islam. Golongan ini telah mendapat perhatian yang istimewa oleh raja-raja

Melayu Melaka terutama sekali bagi mereka yang beragama Islam. Contoh tercatat dalam sejarah Melaka

bahawa ada seorang bangsa Tamil telah mendapat jawatan dalam negeri Melaka iaitu Raja Mendiliar.

Terdapat juga sebahagian bangsa asing yang tinggal di Melaka adalah sama ada yang berasal

daripada Parsi atau India Utara. Masyarakat atau bangsa tersebut telah datang dan menetap di Melaka

sebagai pedagang atau peniaga. Mereka dapat menyesuaikan diri dan bergaul bebas dengan orang

peribumi. Malah, melalui pergaulan secara bebas itu, menyebabkan mereka memperolehi jawatan

terhormat dalam masyarakat Melaka. Lazimnya, mereka ini membawa gelaran khawaja.18

Masyarakat Arab telah datang ke Melaka pada awal abad ke-15. Selain daripada berdagang,

tujuan utama mereka adalah untuk mengembang dan menyebarkan agama Islam. Agama islam mula

tersebar di awal kemunculannya di Pasai, serta ke Sumatera dan lama-kelamaan telah sampai ke negeri

Melaka. Agama ini dibawa oleh mubaligh serta saudagar-saudagar dari Arab, Parsi dan India. Pada

mulanya Pasai telah menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama Islam di Nusantara antara T.M 1265-

1400 tetapi selepas T.M 1460-1511, Melaka telah mengambil alih peranan tersebut berikutan ramai

saudagar-saudagar atau mubaligh Arab yang datang menetap di Melaka.19 Mereka ini adalah golongan

ulama yang merupakan kaum intelek dan pakar dalam bidang agama. Kebanyakan mereka ini

menggunakan gelaran maulana, makhdum, kadi, dan pendeta tasawuf.20

Masyarakat Jawa menurut Hervey yang datang ke Melaka pada waktu itu pula adalah berjumlah

25,000 orang hingga 60,000 orang.21 Peranan bangsa tersebut pada waktu itu dalam bidang perdagangan

18 Khawaja atau khojah adalah istilah Parsi yang bererti pedagang.

19 Raja Mohd Affandi, Tokoh-Tokoh Melayu Yang Agung Dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm 46.

20 Ruslan Zainuddin dan Fuziah Shaffie, Sejarah Malaysia STPM. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd, 2001, hlm. 31.

21 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 316.

10

Page 11: Faktor Melaka Jaya

di kepulauan Melayu telah diakui oleh beberapa pentadbir Portugis dan pengembara Barat. Antara

peranan orang Jawa ketika itu adalah dalam bidang pelayaran dan perdagangan dan ini adalah berkait

rapat dengan peranan mereka yang dilaporkan sebagai pakar dalam pertukangan kayu dan besi serta

membina kapal-kapal.22 Selain itu, pembesar masyarakat Jawa yang dilantik oleh raja-raja memberi

peluang kepada golongan minoriti Jawa untuk bercampur dengan anggota masyarakat peribumi malah

golongan pedagang juga diberi peluang untuk sama-sama terlibat dalam perkembangan sosial Melaka.

Masyarakat Jawa ini dapat berhubung dengan kelas-kelas atasan seperti golongan aristokrat dan kerabat

diraja akibat fungsi sosial dan taraf pemilikan ekonomi mereka yang tinggi.23

Kepelbagaian budaya telah menguatkan negeri Melaka kerana ramai yang datang telah

bermastautin. Kepakaran-kepakaran mereka boleh memajukan negeri Melaka baik dari segi pentadbiran,

perundangan, keagamaan dan pertahana

KESIMPULAN

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka adalah berdasarkan kecekapan pentadbir-pentadbir

negeri tersebut. Ini terbukti ramai yang mengiktiraf negeri Melaka, contohnya antara kuasa besar pada

masa itu China. Kemahsyuran negeri Melaka telah menarik kuasa-kuasa besar untuk datang ke Melaka

dan ini terjadi apabila telah menarik minat sebuah kuasa basar dari Eropah untuk datang ke Melaka.

Kuasa tersebut ialah Portugis yang telah datang ke Melaka dengan tujuan dan niat yang tersendiri. Pada

awal kemunculannya adalah bertujuan untuk berniaga di Melaka akan tetapi akibat kelekaan pemerintah

serta pembesar yang membelot Portugis telah berjaya menawan negeri Melaka dan telah jatuh ke tangan

Portugis pada tahun 1511. Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ini telah menamatkan kegemilangan

Melaka sebagai satu Negeri yang ulung dari pelbagai aspek. Institusi kesultanan di Melaka telah pun

terkubur dengan begitu sahaja kerana ketiadaan sultan yang telah melarikan diri ke Johor.

22 Khazin Mohd Tamrin, Orang Jawa Di Selangor, Penghijrahan dan Penempatan 1880- 1940, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 4.

23 Ibid. , hlm. 31.11

Page 12: Faktor Melaka Jaya

12