7
Faktor pembentukan kurikulum sesebuah subjek Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Pada tahun 2011, berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pembentukan dan pembangunan kurikulum sesebuah subjek dalam sistem pendidikan di Malaysia didasari oleh beberapa faktor. Antaranya ialah : 1. Falsafah Pendidikan Negara

Faktor perkembangan kurikulum

Embed Size (px)

DESCRIPTION

FAKTOR PERKEMBANGAN KURIKULUM

Citation preview

Faktor pembentukan kurikulum sesebuah subjekKurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia.Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Pada tahun 2011, berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Pembentukan dan pembangunan kurikulum sesebuah subjek dalam sistem pendidikan di Malaysia didasari oleh beberapa faktor. Antaranya ialah :1. Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah Negara. Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KSSR adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPN memberi penekanan terhadap keseimbangan jasmani, rohani, emosi dan intelek. Kurikulum yang dibentuk memerlukan murid menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah satu instrumen yang baru ditambah dalam kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) agar murid yang dihasilkan melalui sistem pendidikan mampu berfikir secara kritis dan mampu menyelesaikan segala masalah yang timbul dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga bertujuan membawa murid ke arah yang lebih berdaya saing di peringkat global. 2. Kehendak dan keperluan pelajar

Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih-sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Inibermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuandan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secaramenyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee Ah Meng,1995).

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluantersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan disekolah-sekolah dengan berkesan.

3. Kehendak dan keperluan Negara

Pembentukan kurikulum sesebuah subjek juga dipengaruhi oleh kehendak dan keperluan Negara. Sebagaimana yang dimanisfestasikan dalam aspirasi masyarakat serta cita-cita, ideologi dan falsafah pendidikan Negara. Ini bermakna, sesuatu kurikulum yang pragmatik harus dapat melatih individu supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan masyarakat serta member sumbangan yang dicita-citakan oleh negara. Sehubungan itu, rancangan kurikulum sekolah sepatutnya mengandungi unsure-unsur kebudayaan masyarakat dan latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar menyesuaikan diri dalam masyarakat serta menyumbangkan tenaga mereka sejajar dengan cita-cita negara yang berlandaskan ideologi dan falsafah pendidikan negara. 4. Kehendak sarwa jagat

Faktor seterusnya ialah faktor sarwa jagat. Sebagai manusia pada zaman moden, kita tidak dapat melepaskan diri daripada pengaruh-pengaruh politik, ekonomi dan sosial negara-negara lain. Untuk memuaskan keperluan penyempurnaan kendiri, hidup dalam dunia yang aman, progresif dan bertamadun, rancangan kurikulum harus dapat memberi ilmu pengetahuan dan latihan yang boleh memenuhi kehendak sarwa jagat. Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah membolehkan sifat-sifat pelajar ke arah memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa seperti menghormati hak-hak individu dan kedaulatan negara, menyumbangkan tenaga untuk menyelesaikan masalah global, serta meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangan dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna. Antara kehendak sarwa jagat adalah seperti berikut:a. Politik

Faktor politik mendorong perubahan kurikulum di Malaysia. Ini jelas dibuktikan apabila bertukarnya tampuk kepimpinan negara, maka akan berlakulah perubahan kurikulum dan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di samping itu, faktor pembangunan dan perkembangan dunia juga memberi dorongan perubahan kurikulum. Ini kerana negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi.

b. Perubahan Sosial

Faktor perubahan sosial juga perlu dititikberatkan kerana kurikulum yang mantap mampu mewujudkan sosial yang sihat di kalangan murid. Oleh itu, ia mestilah sentiasa diubah agar sejajar dengan peredaran zaman. Tambahan pula, faktor perkembangan ilmu serta kepentingannya sangat mendorong ke arah perubahan. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Dengan adanya kepastian bahawa perubahan kurikulum sentiasa berlaku, sudah semestinya akan timbul kesan-kesan kepada bakal guru. Antaranya seperti berlaku kejutan budaya dalam proses pengajaran baru. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa bersedia menempuh pembaharuan yang akan terjadi. Di samping itu, guru juga perlu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Guru juga memerlukan sedikit masa untuk memastikan murid-murid terbiasa dengan perubahan kurikulum ini. c. Perkembangan ilmu dan kepentingannya

Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.

d. Faktor pembangunan negara dan perkembangan duniaPerkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself "

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kesimpulannya, perkembangan kurikulum sesebuah subjek tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri. Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa kehendak masyarakat dan kemajuan negara.. Sehubungan dengan itu, kurikulum sesebuah subjek perlu sentiasa dikaji bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkanmodal insan yang seimbangyang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.