24
KEBERKESANAN PENGURUSAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA DALAM MEMARTABATKAN KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA KAJIAN KES: JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK Lenny Lydiati Lah Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Program Pengurusan Seni) 2006 2006 Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

KEBERKESANAN PENGURUSAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

MALAYSIA DALAM MEMARTABATKAN KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA

KAJIAN KES:

JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK

Lenny Lydiati Lah

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Program Pengurusan Seni)

2006 2006

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Page 2: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

i

KEBERKESANAN PENGURUSAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA DALAM MEMARTABATKAN KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA

KAJIAN KES:

JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK

LENNY LYDIATI LAH

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ( Program Pengurusan Seni )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

Page 3: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL : KEBERKESANAN PENGURUSAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA DALAM MEMARTABATKAN KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA KAJIAN KES: JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK. SESI PENGAJIAN

: 2003/ 2004

Saya : LENNY LYDIATI LAH Mengaku membenarkan Tesis/ Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. * sila tandakan ( / )

SULIT (mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan atau kepentingan termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

____________________________ ____________________________ Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh: Tarikh: Alamat Tetap: Lot 9556, Desa Indah, Bandar Baru Permaijaya, 98000, Miri.

Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda. * Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 4: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

iii

PENGAKUAN

Projek bertajuk ‘Keberkesanan Pengurusan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan (KeKKWa) Malaysia dalam Memartabatkan Kempen Budi bahasa dalam

Kalangan Remaja’ telah disediakan oleh Lenny Lydiati Lah dan telah diserahkan kepada

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni

Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

_______________________________

(Puan Noria Ak Tugang)

Tarikh:

_______________________________

Page 5: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, syukur saya naikkan kepada Tuhan, kerana kasih dan berkat yang Dia

berikan sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Tanpa kasih dan berkat-Nya saya tidak

mungkin dapat melaksanakan penyelidikan ini dengan sempurna. Syukur sekali lagi kepada

Tuhan atas kebaikan-Nya.

Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

kedua-dua ibubapa saya iaitu Encik Lah Ngau dan Puan Changkeh @ Tutur anak Rabong di

atas sokongan yang telah mereka berikan dan doa yang mereka panjatkan kepada Tuhan

sepanjang penyelidikan dan pengajian saya di UNIMAS. Kepada kedua-dua adik-beradik

saya, Ellyvia Embang Lah dan Leonard Lah serta ahli keluarga yang lain, sekalung

penghargaan buat kalian di atas sokongan kalian.

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada

penyelia saya Puan Noria anak Tugang iaitu salah seorang pensyarah Program Pengurus Seni.

Begitu juga kepada pensyarah yang lain Puan Qistina Donna, Cik Karen Audrey Samy, Cik

Ema dan Puan Rahah Hj Hasan setinggi penghargaan saya berikan kepada semua. Segala

tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan sangat berharga buat saya dan tidak akan dilupakan

sampai bila-bila.

Seterusnya, setinggi penghargaan juga ingin kalungkan kepada setiap responden yang

telah ditemuramah iaitu kepada Encik Saini bin Lihi (Timbalan Pengarah I, di Jabatan

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak), Cikgu Marvis Janang (Guru

Page 6: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

v

Kaunseling di SMK DPHA Gapor, Stampin ), Cikgu Hadiah Bt Amit (PKHEM di SMT

Sejingkat), Cikgu Fazal Bt Hamid (Ketua Panatia Moral di SMT Sejingkat), Cikgu Susan

anak Juhin (Guru Bidang Bahasa di SMK Bau), Cikgu Rimem Noim (Guru Pendidikan Moral

di SMK Bau) dan Cikgu Suzie anak Runis (Guru Kaunseling di SMK Lake, Bau). Tanpa

kerjasama daripada semua saya tidak dapat memperolehi maklumat yang berguna untuk

menyiapkan penyelidikan ini. Terima kasih sekali lagi.

Yang terakhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

sahabat yang telah membantu baik secara langsung atau tidak langsung sepanjang

menjalankan penyelidikan ini. Kepada Cikgu Jessing dan keluarga, Cikgu Charles dan tunang,

Cikgu Asas, Cikgu Laykim, Rebecca Awa, Suraini Otoh, Enkenis Sidi, Shinlena Babai,

Sandra Lisih, Aizaline Kimjth, Diana Micheal dan sahabat yang lain yang telah membantu

setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan. Dengan bantuan dan dorongan daripada kalian

saya telah menyiapkan penyelidikan ini dengan baik. Terima kasih sekali lagi semoga Tuhan

memberkati kalian.

Sekian, terima kasih.

Page 7: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

vi

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT

HALAMAN TAJUK i

BORANG PENGESAHAN ii

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv - v

ISI KANDUNGAN vi - ix

ABSTRAK x

ABSTRACT xi

BAB 1 PENGENALAN

1.0 PENGENALAN 1 - 2

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1.1 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

(KeKKWa) Malaysia dan Jabatan Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak (JKKWNS) 3 - 4

1.1.2 Kempen Budi Bahasa (“Budi Bahasa, Budaya Kita”) 5 - 6

1.2 DEFINISI ISTILAH

1.2.1 Kempen 6

1.2.2 Budi 7

1.2.3 Bahasa 7 - 8

1.2.4 Budi Bahasa 8 – 9

Page 8: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

vii

MUKA SURAT

1.2.5 Budaya Malaysia 9 - 10

1.2.6 Remaja 10 - 12

1.3 OBJEKTIF KAJIAN 12 - 13

1.4 HIPOTESIS KAJIAN 13

1.5 SKOP KAJIAN 13 - 14

1.6 PEMASALAHAN KAJIAN 14 - 15

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN 15 - 16

1.8 BATASAN KAJIAN 17

1.9 KESIMPULAN 17

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 PENGENALAN 18

2.1 KANDUNGAN UMUM 18 - 22

2.2 SUMBANGAN KAJIAN 22 - 28

2.3 KESIMPULAN 29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN 30

3.1 LOKASI KAJIAN 30 - 31

3.2 SUMBER DATA 31 - 32

3.3 DATA PRIMER 32 - 33

3.4 DATA SEKUNDER 33 - 34

Page 9: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

viii

MUKA SURAT

3.5 POPULASI 34

3.6 PERSAMPELAN 35

3.7 INSTRUMEN KAJIAN 35 - 36

3.8 LIMITASI KAJIAN 36 - 37

3.9 KESIMPULAN 38

BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 PENGENALAN 39 - 41

4.1 ANALISA TEMURAMAH BERSAMA RESPONDEN 41

BAHAGIAN A

Analisa mengenai pendapat responden terhadap Kempen Budi Bahasa 42 - 46

BAHAGIAN B

Analisa penilaian sambutan remaja terhadap kempen

i) Analisis penglibatan remaja dalam kempen 47 - 51

ii) Analisis penerimaan remaja terhadap kempen 51 - 53

iii) Analisis pemahaman remaja terhadap kempen 54 - 55

BAHAGIAN C

Analisa mengenai perbandingan remaja dahulu dan sekarang 55 - 62

4.2 KEMPEN BUDI BAHASA NILAI MURNI FASA KEDUA 62 - 65

4.3 KESIMPULAN 66 - 67

Page 10: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

ix

BAB 5 RUMUSAN DAN KESIMPULAN MUKA SURAT

5.0 PENGENALAN 68 - 69

5.1 RUMUSAN 69 - 76

5.2 CADANGAN DAN SARANAN 76 - 84

5.3 FAKTOR-FAKTOR MASALAH SOSIAL REMAJA 84 - 88

5.4 CADANGAN MENGATASI MASALAH SOSIAL REMAJA 89 - 90

5.5 CADANGAN UNTUK PENYELIDIK MASA HADAPAN 90 - 91

5.6 KESIMPULAN 92 BIBLIOGRAFI 93 - 94

LAMPIRAN 95 - 118

Page 11: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

x

ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana peranan Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam

kalangan remaja hari ini. Dengan ini, penyelidik menyentuh keberkesanan pengurusan

KeKKWa, yakni pelaksanaan aktiviti dan program, sambutan dan penerimaan generasi muda

khususnya remaja terhadap kempen tersebut.

Page 12: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

xi

ABSTRACT

This research is conducted to study the role of Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan (KeKKWa) in the Campaign of Budi Bahasa among the teenagers. In this research,

the researcher pointed out the effectiveness of KeKKWa management from the activities and

programmes that they had held. This also examines the respond and acceptance of new

generation especially teenager toward this campaign.

Page 13: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan kompleks dengan pelbagai

bangsa, agama, adat resam dan kebudayaannya. Rakyatnya pula hidup aman dan harmoni

kerana mereka saling menghormati dan saling membantu. Oleh yang demikian, nilai budi

bahasa sangat berharga dalam kehidupan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. Nilai ini

diamalkan sejak turun temurun oleh setiap lapisan masyarakat daripada yang tua hingga yang

muda. Namun, hanya disebabkan tuntutan hidup yang dibawa oleh arus kemodenan semakin

tinggi dan mencabar telah mula mengikis amalan dan nilai ini dalam kehidupan generasi kini.

Justeru itu, Kempen Budi Bahasa yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’

Seri Abdullah Ahmad Badawi ini merupakan usaha murni Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan untuk rakyat Malaysia (Buku Panduan “Budi Bahasa Budaya Kita”,

2005). Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, kempen ini bertujuan untuk menerapkan

dan mewujudkan semula ciri-ciri dan amalan budi bahasa yang merupakan budaya dalam

rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. Ini jelas menunjukkan bahawa budi bahasa merupakan

satu nilai yang sangat tinggi dan telah menjadi budaya yang disanjungi oleh generasi dahulu.

Sesuai dengan mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri

Abdullah Ahmad Badawi, semasa pelancaran kempen tersebut, “Pengamalan nilai-nilai

murni serta kesantunan budi bahasa adalah penting terutamanya bagi negara yang berbilang

Page 14: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

2

kaum seperti Malaysia” beliau berpendapat bahawa budi bahasa yang diamalkan mampu

untuk mewujudkan rasa hormat dalam kalangan rakyat Malaysia agar hidup aman dan

harmoni.

Bagi menghasilkan kajian ini, penyelidik memfokuskan golongan remaja sebagai

sasaran dan melihat keberkesanan pengurusan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan dalam menjalankan aktiviti dan program. Ini kerana, walaupun kempen ini telah

dilancarkan serta telah disiarkan dan dipromosikan oleh media massa yang terdapat di

Malaysia, namun kesedaran remaja akan kehadiran dan makna sebenar kempen tersebut masih

menjadi tanda tanya. Masih wujud lagikah budaya berbudi bahasa di hati remaja hari ini?

Mengapa masalah sosial, budaya samseng dan buli masih wujud lagi?

Melalui pemerhatian kita, kemerosoton akhlak remaja pada hari ini sangat jelas

menunjukkan bahawa kementerian perlu menjalankan aktiviti dan program yang telah

dirancangkan. Ini memperlihatkan bahawa kementerian ini perlu memainkan peranan mereka

dengan lebih efektif lagi dalam membantu memupuk dan menyemai budi bahasa dan nilai

murni dalam kalangan remaja hari ini (Buku Panduan Kempen Budi Bahasa, 2005). Oleh itu,

aktiviti dan program yang telah dirancangkan untuk membantu usaha memberi kesedaran dan

memartabatkan budi bahasa dalam kalangan remaja hari ini perlu dilaksanakan dengan

bersemangat. Ia bertujuan untuk menyedarkan remaja bahawa betapa tegasnya kerajaan

mengadakan kempen ini dan betapa perlunya nilai dan amalan budi bahasa ini ditanam dalam

diri mereka.

Page 15: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

3

1.1 Latarbelakang Kajian

1.1.1 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan Jabatan

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak (JKKWNS)

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan merupakan sebuah kementerian

yang berfungsi untuk mengekalkan pengembangan seni dan budaya, penggunaan bahasa

Melayu, pengukuhan seni budaya dan juga merupakan sumber untuk seni budaya.

Kementerian ini memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan dan memelihara

budaya murni rakyat Malaysia lebih-lebih lagi budaya berbudi bahasa yang sejak turun

temurun telah diamalkan.

Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik mencari maklumat melalui Jabatan

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak (JKKWNS). JKKWNS bertempat di

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Melalui JKKWNS ini,

penyelidik mendapatkan maklumat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kempen budi

bahasa dari segi aspek pengurusan aktiviti dan program serta cara promosi yang mereka

gunakan. Selain itu, penyelidik juga akan mendapatkan maklumat mengenai sambutan dan

penerimaan masyarakat khususnya remaja peringkat sekolah menengah terhadap kempen ini.

Visi bagi kementerian ini adalah “Ke Arah Bangsa Malaysia yang Berbudaya Luhur”.

Ini menunjukkan bahawa matlamat kementerian ini adalah untuk membantu membentuk

peribadi yang mulia dalam hati rakyat agar lebih berpekerti mulia dan bertamadun dari segi

Page 16: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

4

pemikiran dan tingkahlaku. Manakala misi kementerian ini pula adalah untuk

“Menyemarakan dan Merakyatkan Seni dan Budaya, Mengekalkan Warisan Negara”.

Misi ini pula mencerminkan bahawa betapa kementerian ini berusaha untuk

mengekalkan dan memelihara warisan negara Malaysia dengan menganjurkan pelbagai

aktiviti dan program yang berkaitan dengan seni dan budaya. Antaranya adalah Kempen Budi

Bahasa yang telah dilancarkan pada 11 Januari 2005. Ini bertujuan untuk memelihara dan

menyemai kembali budaya berbudi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri agar tidak

lapuk di telan arus kemodenan.

Objektif bagi kementerian ini pula adalah seperti berikut;

i) Memberi pengetahuan asas dan pendidikan, melahirkan dan meningkatkan

bilangan pengiat seni dan budaya di seluruh negara.

ii) Menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan, warisan khazanah bangsa untuk

diterbitkan sebagai bahan bacaan dan sebaran umum.

iii) Memberi khidmat nasihat untuk meningkatkan kesedaran dalam hal-hal

berkaitan dengan budaya dan seni kepada pelanggan.

iv) Memupuk pembentukkan jati diri rakyat ke arah melahirkan sebuah

masyarakat madani.

v) Membantu mengadakan program-program khas ke arah peningkatan industri

pelancongan negara.

Page 17: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

5

1.1.2 Latarbelakang Kempen Budi Bahasa (“Budi Bahasa, Budaya Kita”)

Kempen Budi Bahasa ini telah dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian

dan Warisan dan telah dilancarkan pada 11 Januari 2005 yang lalu di Kuala Lumpur oleh

Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kempen ini sebenarnya telah

diilhamkan oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan diberi mandat oleh Kabinet melalui

Perdana Menteri Malaysia sendiri. Kempen ini dilaksanakan agar amalan penggunaan bahasa

yang santun akan diterapkan ke dalam semua institusi seperti kekeluargaan, kemasyarakatan,

pembelajaran dan perkhidmatan. (Armin Azhari Saleh, Julai 2005).

Matlamat kempen tersebut adalah;

a) Mendedah dan menanam erti pelbagai nilai murni dan nilai budi bahasa

b) Menggalak penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan

anggota masyarakat

c) Sebagai intisari jati diri peribadi serta perilaku anggota masyarakat dalam

hidupan harian.

Pelancaran kempen ini sebenarnya bertujuan untuk menangani masalah kemerosotan

akhlak masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi anak-anak muda masa kini. Ini menunjukkan

keperihatinan kerajaan terhadap kepentingan budi bahasa dan nilai murni dalam pembangunan

negara dan dalam menangani perubahan yang dialami oleh masyarakat Malaysia (Abd.

Rahman Abd. Rashid, Julai 2005). Sesuai dengan pendapat seorang penulis iaitu Abd. Rahim

Page 18: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

6

Abd. Rashid menyatakan bahawa budi bahasa dan nilai murni dalam kehidupan

melambangkan peradaban dan ketinggian budaya hidup sesuatu masyarakat atau bangsa.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa apabila budi bahasa diketengahkan sebagai

unsur budaya maka bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang beradap tingggi, dihormati

dan disanjung. Sepanjang tahun ini, pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan oleh

kerajaan untuk memyemai kembali nilai budi bahasa dalam kalangan masyarakat hari ini

seperti mengadakan ceramah, penulisan esei dan menyiarkan periklanan yang berbentuk

nasihat dan pengajaran.

1.2 Definisi istilah kempen, budi, bahasa, budi bahasa, budaya Malaysia

1.2.1 Kempen

Menurut Kamus Dwibahasa (2001), kempen bermakna siri aktiviti yang terancang.

Sesebuah kempen pada dasarnya adalah sesuatu program yang dirancang terlebih dahulu,

yakni aktivitinya dilakukan secara berperingkat untuk memastikan objektif program tersebut

berjaya atau tidak. Bagi kempen budi bahasa ini, pelbagai aktiviti dan program yang telah

dirancangkan dan separuh daripadanya telah dilaksanakan yang bertujuan untuk memberi

kesedaran kepada orang ramai bagi memartabatkan budi bahasa.

Page 19: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

7

1.2.2 Budi

Menurut penulisan di dalam buku Seminar Kefahaman Budaya (1999), budi

merupakan “sistem nilai tertinggi mereka yang didasari oleh etika dan moraliti serta hubungan

sosial”. Sehubungan dengan itu juga, budi menjadi penggerak kepada pelakuan, tindakan dan

emosi untuk berperanan sebagai anggota agama, masyarakat dan budaya. “Berkait rapat

dengan conscience, kesedaran, kata hati, perasaan, rasa, hati (kalbu), berhati perut dan

merupakan satu keseluruhan sifat, sikap, pemikiran, pengucapan, pelakuan dan akhlak yang

menjelaskan persoalan dalam manusia pancaran nilai utama bagi menetapkan corak akhlak

atau moral dan nilai manusia”. Ini adalah pendapat seterusnya pula menyatakan bahawa budi

merupakan nilai yang tinggi dalam aspek kehidupan manusia.

1.2.3 Bahasa

Menurut Abd. Rahman Abd. Rashid (2005), bahasa adalah satu set simbol yang paling

utama dalam masyarakat kerana melalui bahasa ini masyarakat dapat menghasilkan,

menyatakan, berkongsi idea, nilai, kepercayaan dan pengetahuan sesama sendiri. Beliau juga

berpendapat bahawa bahasa mampu memberi kesan sama ada yang baik mahupun yang buruk

kerana ia umpama sebilah pedang yang tajam apabila tidak digunakan dengan betul akan

membawa padah kepada diri sendiri. Oleh itu, dalam menjayakan kempen ini, bahasa telah

diberi penekanan kerana ia menjadi aset perantaraan yang paling utama. (Rohaidah Mashudi

& J. Sham Wahid, 2005)

Page 20: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

8

Peribahasa “kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa” menunjukkan

bahawa hanya dengan mengeluarkan beberapa patah perkataan yang negatif akan membawa

padah kepada sesiapa yang mengucapkannya. Selari dengan pendapat Ma’aroff Abdul

Rahman (2005) yang menyatakan bahawa ketegangan dapat dielakkan apabila kita berbicara

mengikut prinsip komunikasi yang betul iaitu kesantunan bahasa. Dengan ini, seseorang akan

dapat menjalinkan hubugan persahabatan dan kemesraan yang lebih erat dengan sahabatnya

kerana kesantunan bahasa yang dia miliki. Akhirnya, terbentuklah sebuah masyarakat yang

bertamadun dan bermaruah kerana wujudnya perpaduan, persefahaman dan keharmonian

dalam negara.

“Bahasa dalam pembinaan tamadun baharu pada abad ini bukanlah setakat

berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi berperanan meningkatkan maruah dan

kecermelangan budaya bangsa.”

(Abd. Rahim Abd. Rashid (p.8), 2005)

1.2.4 Budi bahasa

Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2005), budi bahasa bermakna “kehalusan sikap

dan hubungan yang disampaikan melalui bahasa yang tinggi nilainya dengan orang lain”. Juga

melambangkan keperibadian dan kebudayaan bangsa yang meletakkan bangsa itu dengan

menghargai sesuatu yang baik khususnya perkara yang menyentuh soal perkembangan

tingkah laku, perangai, pertuturan, pergaulan dan penghargaan terhadap orang lain. Budi

Page 21: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

9

bahasa yang dimiliki oleh masyarakat mewujudkan suasana yang harmoni dan rasa saling

hormat menghormati dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Menurut Yahya Othman (2005), budi bahasa bermaksud amalan yang bertujuan

memupuk sifat kesalingan antara individu dengan menggunakan bahasa yang sopan,

menunjukkan rasa hormat, memberikan penghargaan, serta menghormati dan memahami

kedudukan seseorang.

Daripada pelbagai maksud dan pendapat yang disebut di atas, penyelidik merumuskan

pengertian budi bahasa adalah seperti berikut. Budi bahasa adalah sifat kesantunan yang mulia

yang lebih menjurus kepada penggunaan bahasa. Seseorang itu akan disanjung dan dipandang

mulia apabila dia memiliki budi bahasa yang tinggi semasa bergaul dengan orang ramai. Ini

kerana budi bahasa merangkumi makna yang kompleks seperti budi dan pekerti yang baik,

beretika, berketerampilan dan mempunyai jati diri yang kukuh. Seseorang yang tidak berbudi

bahasa akan dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi akal budi, tingkah laku dan

pertuturan mereka. Justeru itu, kerajaan berusaha untuk memulihkan dan mempertahankan

budi bahasa agar tidak diabaikan oleh masyarakat dengan mengadakan kempen budi bahasa

untuk semua rakyat Malaysia.

1.2.5 Budaya Malaysia

“Budi bahasa Budaya Kita” merujuk kepada sikap berbudi bahasa adalah budaya kita

yang sebenar dan harus di miliki oleh setiap lapisan masyarakat kerana ia merupakan budaya

timur yang mulia. Negara Malaysia mempunyai rakyat yang pelbagai bangsa, agama, adat

Page 22: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

10

resam dan budaya. Kepelbagaian ini telah mewujudkan suasana yang harmoni dan bersatu

padu kerana bangsa, agama, adat resam dan budaya juga turut memainkan peranan yang

tersendiri dalam membantu menjayakan kempen budi bahasa ini. Oleh sebab itulah, kempen

ini diadakan khas untuk semua masyarakat dan golongan bagi mengingatkan peranan mereka

sebagai rakyat Malaysia yang sebenar (Rohaidah Mashudi & J. Sham Wahid, 2005).

1.2.6 Remaja

Remaja merupakan golongan yang memerlukan perhatian yang serius kerana mereka

merupakan golongan yang sedang menjalani suatu proses kematangan, kedewasaan dan

kesempurnaan untuk membesar sebagai pewaris bangsa (Robiah K. Hamzah, 2001). Beliau

juga berpendapat bahawa golongan yang dipanggil remaja adalah mereka yang berumur

dalam lingkungan 11 tahun hingga 19 tahun. Golongan ini akan mengalami peringkat

peralihan yang mampu mencabar kehidupan mereka yang berlaku dari segi fizikal atau

psikologi yang dikenali sebagai peringkat akil baligh.

Apabila berada di tahap perkembangan ini, perubahan berlaku dari segi biologi dan

psikologi serta turut mempengaruhi emosi remaja. Ini adalah suatu tahap yang dilanda “ribut

dan tekanan” (G. Stanley Hall, 1846-1924).

“Peringkat remaja adalah suatu tahap yang dilanda “ribut dan tekanan” (“a

time of storm and stress”) akibat berlakunya perubahan biologi dan psikologi

dan didapati bahawa remaja mengalami kekecewaan menunjukkan emosi yang

Page 23: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

11

tidak stabil dan tidak dapat melakukan penyesuaian.”

(G. Stanley Hall, 1846-1924)

Robiah K. Hamzah (2001) menyatakan bahawa remaja dianggap sebagai angkatan

(pelapis) baharu yang mencabar masyarakat moden. Ini kerana mereka merupakan generasi

yang akan menguasai dan mempengaruhi keadaan semasa generasi-generasi muda yang akan

datang ini. Namun apa yang berlaku sekarang, telah memperlihatkan bahawa remaja tidak

mengendahkan nilai-nilai murni dan budi bahasa yang harus mereka amalkan. Malah mereka

tanpa segan silu melanggar disiplin bersama-sama rakan dan berpuas hati jika sama-sama

dikenakan tindakan disiplin (Mohd. Amin H.A. Shariff, 1998). Pendek kata remaja

merupakan golongan yang suka mencuba, bebas dan mahu mencari identiti sebenar diri

mereka. Oleh itu, perubahan remaja bukan sahaja dari segi tingkah laku mereka tetapi emosi

dan ragam juga turut berlaku.

Jika dilihat pada dekad ini, situasi remaja masa kini sangat berbeza dengan remaja

pada tahun 1970-an dan 1980-an. Remaja sekarang mulai melalaikan tanggungjawab mereka

sebagai “orang timur” yang harus mengamalkan budaya ketimuran mereka sendiri iaitu budi

bahasa. Mereka sangat mudah terpengaruh melalui persekitaran seperti pergaulan dan didikan

yang diberikan. Pengaruh dari barat yang mereka amalkan dalam kehidupan harian mereka

sedikit demi sedikit melunturkan budaya ketimuran yang mereka miliki selama ini.

Malah, rancangan-rancangan menarik yang disiarkan oleh beberapa stesen penyiaran

telah mampu mempengaruhi minda dan tingkah laku remaja berbanding dengan rancangan

Page 24: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KEBERKESANAN … pengurusan Kementerian... · Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam ... Melayu, pengukuhan seni

12

dan program yang berbentuk pengajaran. Misalnya, rancangan hiburan dan rancangan realiti

TV yang semakin mendapat liputan yang meluas. Rancangan seperti ini sedikit demi sedikit

telah mendorong remaja untuk terpengaruh dengan cara berpakaian, berfikir dan bertindak.

Seterusnya akan menenggelamkan budaya, asal usul dan acuan masyarakat sendiri yang

dikenali sebagai “orang timur” di mata dunia.

1.3 Objektif Kajian

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Begitu juga

dengan kajian yang dijalankan ini. Antara objektif untuk kajian ini ialah untuk mengkaji tahap

kesedaran dan kefahaman remaja terhadap makna sebenar kempen yang telah dilancarkan

oleh kerajaan ini. Ini bertujuan untuk mengukur pemahaman mereka terhadap budi bahasa dan

kempen tersebut agar mereka lebih perihatin terhadap usaha kerajaan dan mengamalkan

budaya tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Objektif yang seterusnya adalah untuk

mengkaji faktor-faktor kemerosotan akhlak remaja masa kini. Ini bertujuan untuk melihat

pengaruh senario yang berlaku sekarang yang telah menggalakkan berlakunya masalah sosial

dalam kalangan remaja masa kini.

Selain itu, objektif lain untuk kajian ini juga adalah mengkaji keberkesanan

pengurusan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui beberapa aktiviti dan

program yang telah dijalankan untuk memartabatkan kempen budi bahasa ini kepada remaja.

Seterusnya pula adalah untuk mengkaji sambutan masyarakat khususnya remaja terhadap

kempen dan promosinya. Ini bertujuan untuk melihat aspek pengurusan iaitu pelaksanaan dan