16
FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

  • Upload
    shadow

  • View
    57

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Page 2: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

program Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB) merupakan satu karnival hari keluarga tahunan untuk warga kolej Aminuddin Baki. Program yang gemilang ini bertemakan “Unleash The Excitement” yang diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari 14 Mac-16 Mac 2014.

program ini bertujuan untuk memangkin dan melahirkan mahsiswa mahasiswiyang berilmu tinggi dan berkebolehandalam merancang serta mengendalikan dan melaksanakan aktiviti yang berkapasiti besar.

Page 3: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

program kami bermula pada hari Jumaat bersamaan dengan 14 mac 2014 pada pukul 2.30 petang. Krew Majalah Lisa dan L’oreal Paris datang ke kolej untuk memberikan tips kecantikan dan make-up tutorial. Krew Majalah Lisa memberikan hijab styling. Kami juga mendapat sebuah majalah dan sebahagian produk L’oreal dengan percuma sebagai saguhati.

Page 4: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Majalah Lisa dan produk L’oreal yang diberikan secara percuma kepada kami.

Page 5: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Program pada sebelah malam pula ialah pertandingan Teater Musikal yang bertemakan P. Ramlee. Program ini melibatkan warga kolej Aminuddin Baki. Pertandingan ini ialah pertandingan antara rumah sukan di Kolej Aminuddin Baki.

Pada hari Sabtu 15 Mac 2014 (8.00 pagi) kami mengadakan program Le Tour de Feskab iaitu mengelilingi UKM dengan menggunakan basikal. Penyertaan adalah terbuka dan percuma. Setelah puas berbasikal, kami melihat pertunjukan Skyrunner, Demostrasi anjing pengesan dan pertunjukan Slackline. Kami menjemput krew Skyrunner Malaysia untuk hadir memberi pertunjukan dan kami juga dibenarkan untuk mencubanya.

Page 6: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Ahli Jawatan kuasa Keselamatan

Ajk keselamatan ditugaskan untuk menjaga kawasan program.

Page 7: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Demostrasi anjing pengesan pula, kami dapat melihat sendiri bagaimana anjing pengesan tersebut boleh mengesan kewujudan dadah. Setelah demostrasi anjing pengesan selesai, kami beralih pula ke pertunjukan slackline. Slackline ialah berjalan di atas tali. Krew mereka mempertunjukkan aksi berjalan di atas tali dengan pelbagai aksi dan kami juga turut dibenarkan untuk mencuba berjalan di atas tali tersebut.

Page 8: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Peserta Le Tour de Feskab sedang bersiap untuk mengelilingi UKM.

Page 9: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Bergambar bersama ahli Skyrunner. Pertunjukan skyrunner

Page 10: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Gambar bersama anggota polis dan anjing pengesan.

Page 11: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Pertunjukan Slackline

Page 12: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Aktiviti pada sebelah petang pula ialah pertandingan dodge ball. Pertandingan ini adalah antara warga kolej Aminuddin Baki. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama warga kolej.

Setelah penat beraktiviti pada waktu siang, kami berehat pada waktu malam dengan konsert amal bersama anak yatim. Konsert itu dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan Forteen dan persembahan komedi daripada kumpulan Bocey. Konsert amal tersebut dibanjiri dengan warga kolej Aminuddin Baki dan orang luar. Tetamu istimewa kami pada malam itu ialah anak-anak yatim daripada 3 buah rumah.

Page 13: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

persembahan nyanyian persembahan komedi daripadadaripada kumpulan Forteen kumpulan Bocey

Page 14: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Ahad 16 Mac 2014 merupakan hari terakhir Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB). Pada pagi tersebut kami mengadakan pertandingan Masterchef KAB. Pertandingan ini bukan sahaja disertai oleh pelajar kolej bahkan turut disertai oleh felo dan juga penggerai yang menjual di kolej kami.

Pada sebelah petang pula kami membuat persiapan untuk majlis penutupan. Majlis penutup bermula pada pukul 8.00 malam yang dihadiri oleh warga kolej Aminuddin Baki dan tetamu VIP. Selesai majlis penutupan FESKAB, maka tamatlah program kami sepanjang tiga hari tersebut.

Page 15: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI
Page 16: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Bergambar bersama sebahagian AJK FESKAB