11
MESYUARAT PIBG SMK AMINUDDIN BAKI KALI KE-4 2010 30/10/2010 (Sabtu)

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI, JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

  • Upload
    lita

  • View
    89

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MESYUARAT PIBG SMK AMINUDDIN BAKI KALI KE-4 2010 30/10/2010 (Sabtu). PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI, JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR.    Agenda:                        - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

MESYUARAT PIBG SMK AMINUDDIN BAKI KALI KE-4 2010

30/10/2010(Sabtu)

Page 2: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

   Agenda:                        1.    Ucapan Pengerusi                                                                                  5 minit1.    Ucapan Penasihat                                                                                  5 minit2.    Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG  Ke-4              10 minit3.    Perkara – Perkara Berbangkit                                                                20 minit4.    Pembentangan Laporan Kewangan PIBG                                             10 minit5.    Pembentangan hal-hal semasa dari Wakil Ibu-bapa                             20 minit6.    Pembentangan Khas - Projek 'Air-Cond' Dewan sekolah                      20 minit

7.    Laporan Drp GPK                                                                                                -          Laporan Kurikulum                                                          10 minit -          Laporan HEM ( termasuk laporan Displin )                     10 minit -          Laporan Kokurikulum                                                      10 minit 8.    Hal-hal Lain                                                                                            15 minit                                                      Jumlah masa  :            135 Minit ( 2 Jam 15 minit )          

Page 3: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

Objektif  

Tujuan pembentangan ini adalah untuk memaklumkan perkara-perkara yang perlu ditangani bersama dan mendapat maklumbalas daripada ahli-ahli sidang mesyuarat.

Perkara yang diutarakan adalah berbangkit daripada pemerhatian serta makluman kepada ahli-ahli ibu-bapa PIBG.

Resolusi yang diperolehi daripada mesyuarat AJK PIBG kali ke-4 akan menjadi teras untuk mengusahakan langkah perlaksanaan demi kebaikkan serta kesejahteraan di SMKAB

Segala maklum balas daripada semua ahli-ahli jawatan kuasa adalah amat dihargai

Page 4: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

TERIMA KASIH

Page 5: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

Bil Perkara Ulasan

1. Program ‘brainstorming’ untuk para ibu-bapa tidak diadakan pada tahun ini disebabkan tiada masa yang sesuai.

Bersetuju program ini tidak diadakan pada tahun ini tetapi AJK ibu-bapa akan mengadakan ‘brainstorming‘ pada 13/11/2010 di SMKAB daripada jam 9 am.Pn Sandy akan tempah bilik mesyuarat SMKAB

2 Tumpuan SMKAB sebagai sekolah SBT. Menjadi kebimbangan para ibu-bapa  priority pihak sekolah yang boleh memberi implikasi negatif kepada pelajar

Ibu-bapa merasai kebimbangan ini dan pihak sekolah perlu memberi maklumbalas dengan langkah-langkah serta pelan tindakannya

3 Kes guru-guru yang bermasalah Dan memberi kesan negatif

SAB perlu telus dengan PIBG dalam hal ini.Feedback diperolehi drp pelajar dan ibu-bapa mendapat maklumat ini.Misalnya syllabus matapelajaran tidak sempat dihabiskan

4 Keberkesanan program ‘menggilap’  daripada kehadiran , cara perdekatan mengajar/penyampaian guru serta tumpuan yang efektif  

Ibu bapa mula bertanya tahap keberkesanan program ini dan satu penilaian yang komprehesif diperlukan

Page 6: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

Bil Perkara Ulasan

5 PIBG dan sekolah mengenalpasti 3 perkara yang perlu perhatian kementerian pelajaran Malaysia dan PIBG cuba membantu mengikut saluran yang sesuai

3 perkara tersebut ; -    Perlu gantian HEP yang telah bersara awal -   Tindakan kepada guru yang ‘bermasaalah‘ -   Susulan RM20,000 drp KSU KPM

6 Imej SMKAB  bagi menangani pelajar berjiran (SMK Datok Lokman  dan SMK Taman Maluri ) yang melompat ke SMKAB untuk ponteng dan kejadian terbaru memukul pelajar SAB ( anak AJK PIBG )

SMKAB menjadi jalan pintas dan langkah untuk mengadakan pagar berdawai bagi sempadan dengan jiran mungkin perlu diadakan. Perlu susulan dengan JKKB dan pihak yang berwajib.

7 Pengawal Keselamatan

Hal-hal keselamatan pelajar (e.g melintas jalan , kecurian dll )

- Dicadangkan pengawal yang ada ditukarkan terutama bila terdapat kes menghilangkan diri - Hal keselamatan menjadi agenda PIBG supaya usaha-usaha peningkatan dilapurkan

8 AGM PIBG pada tahun 2011 . Sebelum AGM bermula ’majlis ramah-mesra diadakan’ dengan berkongsi program homeroom , takwim sekolah dan mendapat feedback para ibu-bapa

Dicadangkan satu majlis bersama para ibu-bapa diadakan sebelum AGM.Majlis tersebut mestilah memberi ‘direct-impact‘ kepada para ibu-bapa berkaitan anak-anak mereka.Pada masa yang sama dapat mengenali ibu-bapa yang boleh menyumbang kepada PIBG

Page 7: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

Perkara yang dibawa ke pengetahuan Puan Pengarah ; Perkara yang memerlukan bantuan pihak bertanggung-jawab adalah seperti berikut ; Membantu pengurusan sekolah SMKAB  bagi  memenuhi jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (HEP)  yang kekosongan sehingga sekarang (  daripada 1 Julai 2010).  Membantu pengurusan SMKAB  dalam  melaksanakan kuasa autonomi bagi mengeluarkan atau memindahkan guru yang tidak  membantu peningkatan prestasi sekolah. Guru yang berada dalam tindakan tertib perlu dikeluarkan daripada sekolah SMKAB. Membantu peningkatan infrastruktur sekolah yang lebih kondusif dan sejajar dengan sekolah berprestasi tinggi  (SBT). Perhatian perlu diberikan kepada SMKAB Memudahcara bagi mendapatkan  sebanyak RM20,000 daripada Y.Bhg Tan Sri KSU Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  yang pada dasarnya telah berjanji untuk menyumbang kepada sekolah bagi  menghawa dingin dewan sekolah SMKAB.Ini adalah susulan daripada lawatan beliau semasa menyempurnakan dewan sekolah yang telah dinaikkan taraf oleh pihak Alumni sekolah.

Page 8: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

Perjumpaan dengan Pn.Ashah (Pengarah SBP & SBT/Cluster )telah berlangsung dengan semangat yang amat baik.PIBG telah menyampaikan hal-hal yang berbangkit bersama surat rasmi untuk pihaknya memanjangkan kepada pihak yang membuat keputusan.

Pada masa yang sama Pn Ashah telah berkongsi konsep serta contoh pembestarian yang perlu dipupuk di SBT. Kami telah berkongsi 'concern' dan juga 'expectations'..

Rasanya satu 'bengkel' untuk penyerapan perlu dilaksanakan supaya kita ( para ibu-bapa ) dan menghayati serta mencari ruang secara berterusan untuk menyumbang kepada program yang murni ini.

Alangkah baiknya jika sifat kepimpinan berinnovasi menjadi milik kita ... dan kita mungkin mempunyai 'tenaga' untuk berada dalam komuniti yang berhasrat mencapai kesejahteraan sepanjang masa !!!

Page 9: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

Sekadar ingatan , saya ingin ulaskan urutan peristiwa penting berikut yang pastinya melibatkan PIBG  ; Tahun 2007  :Mengadakan program sireh pulang kegagang - ini adalah memperkukuhkan hubungan bekas pelajar dengan pihak sekolah.PIBG pada masa itu telah melancar kutipan derma dan jualan meja makan malam.Acara kemuncak makan malam telah dihadiri oleh ramai bekas pelajar.Disinilah bermula Alumni mendekati SABKLTahun 2008  :Mengadakan kutipan melalui larian SABian. Kali ini tumpuan sumbangan melalui warga SAB terutama daripada para ibubapa/penjaga melalui anak-anak masing masing. PIBG berjaya mendapat komitmen daripada para ibubapa SABKLTahun 2009 :Kutipan yang diperolehi pada 2008 , masih tidak cukup untuk menampung kos membeli sebuah VAN.PIBG telah mengambil langkah mengutip dana melalui yuran PIBG tahun 2009 bagi sumbangan ibu-bapa bagi setiap famili.Akhirnya PIBG berjaya membeli serta menyerahkan sebuah VAN kepada pihak Sekolah..Pada tahun yang sama ( Nov 2009 ) , PIBG telah berjaya mengadakan 'brainstorming' yang julung kali diadakan bersama para ibu-bapa dan dimudahcara oleh pihak sekolah.Beberapa cadangan yang bernas telah diutarakan terutama dalam memperbaiki komunikasi antara ahli-ahli untuk kebaikkan anak-anak masing masing ...Tahun 2010Langkah 'brainstorming' pada tahun 2009 telah menghasilkan program 'HOMEROOM'.PIBG berusaha memudahcara untuk para ibu-bapa bersama anak-anak untuk datang kesekolah dan menyumbang terus untuk sekolah yang memberi 'direct-impact' kepada anak-anak masing.Tahap penglibatan hanya tertumpu kepada peringkat menengah rendah (tingkatan 1 -3 ) sahaja. Pada tahun ini juga dewan sekolah yang dinaiktaraf juga diserahkan oleh penyumbang utama bekas pelajar SAB kepada pihak sekolah. Seperti tahun 2009 , pihak PIBG dan sekolah tiada melaksanakan program menambah dana kerana pihak sekolahperlu menumpu perhatian kepada 'core-business'.    

Page 10: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

Jika kita perhatikan pada 2007 dan 2008 , PIBG mempunyai aktiviti/program bagi mengumpul dana bagi Tabung PIBG . Manakala tahun 2009 dan 2010 - tiada program yang dilaksanakan untuk menambah dana PIBG.  Pada tahun 2010 , kita sedia maklum bahawa PIBG memerlukan kewangan terutama untuk 'air-cond' dewan bestari SAB. Usaha secara tertutup telah pun dilaksanakan dan sumbangan daripada Datok Johari ( RM20 ribu ) , Dato' Astaman (RM10 ribu ) dan secara verbal daripada KSU KPM ( RM 20 ribu ) serta beberapa kutipan kecil daripada para dermawan telah pun bermula. Sebagai persatuan PIBG , saya berpendapat kita harus berusaha dengan perdekatan berterusan ;  - merapatkan hubungan ibu-bapa dan sekolah        - program secara berkala yang perlu dilaksanakan                - homeroom                - brainstorming                - 'parenting'                - silaturahim guru vs ibu-bapa  - menambah dana/tabung kewangan  - peningkatan nilai & tatasusila pelajar  - peningkatan infrastruktur termasuk keselamatan    Pada keseluruhannya ianya berpaksikan kepada impak  - komunikasi yang baik menyumbang kepada kualiti  - kewangan yang cukup memudahkan perlaksanaan  - pengisian meningkatkan sikap serta nilai insan/pelajar  - infrastruktur yang kondusif serta selamat  Saya percaya PIBG telah pun mempunyai program-program yang telah berlangsung sebelum ini.Ianya perlu diteruskan serta ditambahbaik daripada masa kesemasa.Kesedaran secara berpasukan(teamwork) dan hubungan yang erat serta bersangka-baik pasti membuahkan hasil.. pastinya jika kesabaran masih milik kita ..

Page 11: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK AMINUDDIN BAKI,  JLN KG. PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

TERUSKAN USAHA MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

TERIMA KASIH