72
KERJA KURSUS SHE 101/2: HUBUNGAN ETNIK PERBANDINGAN HIBURAN DAN KESENIAN ANTARA KAUM CINA, INDIA, IBAN DAN KADAZANDUSUN FARRA ELLYANA BINTI HAZNI (110783) MUHAMAD IZZUDDIN BIN MOHD SHARIF (110826) QUE JUN YIK (110863) WELLINDA SINGUUT (107561) PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN PENASIHAT:

Final

Embed Size (px)

DESCRIPTION

etnik

Citation preview

Page 1: Final

KERJA KURSUS

SHE 101/2: HUBUNGAN ETNIK

PERBANDINGAN HIBURAN DAN KESENIAN ANTARA KAUM CINA, INDIA, IBAN DAN KADAZANDUSUN

FARRA ELLYANA BINTI HAZNI (110783)

MUHAMAD IZZUDDIN BIN MOHD SHARIF (110826)

QUE JUN YIK (110863)

WELLINDA SINGUUT (107561)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN

PENASIHAT:

DR MOHD YUSOF SIDEK

Page 2: Final

ISI KANDUNGANBil Perkara m/s

1. KAUM CINA1) Seni Tari

i. Tarian Nagaii. Tarian Singa

2) Seni Muziki. Opera Cina

ii. Er-huiii. Serulingiv. Pipav. Yangqin

vi. Guzhengvii. Gendang

viii. Gongix. Yueqin

3) Permainan Tradisionali. Xianqi

ii. Mahjongiii. Yoyo

2. KAUM INDIA1) Seni Tari

i. Tarian Bharata Natyamii. Tarian Bhangra

iii. Tarian Khatak

2) Seni Muziki. Dholak

ii. Sitariii. Veenaiv. Tablav. Tanpura

3) Permainan Tradisionali. Aadi-pute-alam

ii. Kho khoiii. Chaturangaiv. Kabadi

3. KAUM IBAN1) Seni Tari

i. Ngajat Berbunuhii. Ngajat Induk

iii. Ngajat Lesongiv. Ngajat Ngalu Temuai

Page 3: Final

v. Ngajat Kutavi. Ngajat Pua Kumbu

vii. Gagung

2) Seni Muziki. Engkerurai

ii. Sapeiii. Engkeromongiv. Gendang wanita

3) Permainan Tradisionali. Tibow

4. KAUM KADAZANDUSUN1) Seni Tari

i. Tarian Sumazau

2) Seni Muziki. Gong (tagung)

ii. Sompotoniii. Kulintanganiv. Togunggu

3) Permainan Tradisionali. Sepak Manggis

Page 4: Final

ABSTRAK

Kajian yang kami jalankan adalah tentang perbezaan budaya antara empat kaum besar di Malaysia, iaitu kaum Cina, India, Iban dan Kadazandusun. Secara spesifiknya, kami telah memilih untuk membandingkan aspek hiburan dan kesenian keempat-empat kaum ini. Negara ini merupakan antara negara yang paling unik pada mata dunia kerana komposisi penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Sehingga kini, sudah lebih setengah abad rakyat Malaysia hidup dengan aman damai dan harmoni.

Sepanjang perlaksanaan kajian, kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat. Pertama adalah daripada pengamalan budaya itu sendiri dalam kehidupan seharian. Kedua, kami telah menemu ramah beberapa penduduk tempatan untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut terutamanya dari segi seni muzik dan seni tari. Kaedah yang ketiga ialah daripada sumber media massa dann elektronik.

Hasilnya, kami dapati bahawa antara setiap kumpulan etnik yang dibincagkan, terdapat perbezaan ciri-ciri kebudayaan. Setip kaum berhibur dengan cara yang berlainan tetapi terdapat juga pertindihan makna di sebalik kegiatan budaya mereka. Hal inilah yang memberikan keunikan kepada kaum-kaum di negara ini.

Kesimpulannya, sifat kerjasama, toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengekalkan kesejahteraan yang kita rasai pada hari ini. Setiap rakyat juga haruslah bertanggungjawab untuk bersatu dengan pihak kerajaan daam usaha untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara Malaysia.

Page 5: Final

PENGENALAN

Antara matlamat utama Gagasan 1Malaysia adalah untuk memupuk dan

memperkukuh lagi perpaduan kaum. Perpaduan kaum adalah prasyarat penting yang boleh

menjamin kestabilan yang amat diperlukan untuk kemajuan negara.

Selepas lebih 50 tahun pembentukan negara bangsa Malaysia, tidak dapat dinafikan

lagi wujudnya suasana muhibah antara kumpulan etnik utama Semenanjung dan bukan

Semenanjung Malaysia. Dalam konteks hubungan etnik, factor kaum didapati menjadi

elemen utama untuk sama ada menyatupadukan atau memecahbelahkan penduduk multietnik.

Hal ini tidak terkecuali di Malaysia. Cara Malaysia menanganinya adalah unik sekali, dengan

membenarkan wujudnya kemajmukan etnik dan kepelbagaian budaya.

Kemajmukan etnik dalam bentuk saling bergantungan antara kelompok etnik bukan

sahaja menjadi asas penting untuk masyarakat Malaysia bergerak ke hadapan, tetapi yang

lebih penting adalah ia memnandakan penerimaan hakikat bahawa Malaysia sebuah negara

majmuk.

Kebebasan inilah yang menjadi ciri demokratik unggul, selain sifat hidup

bermasyarakat istimewa dalam sebuah negara majmuk. Oleh yang demikian, kita sebagai

rakyat Malaysia haruslah sentiasa berterima kasih atas keunikan negara ini dan berusaha

untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat multietnik sebegini. Sesungguhnya,

‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

Page 6: Final

OBJEKTIF

Kajian perbandingan etnik ini dilaksanakan untuk tujuan berikut:

a) Untuk mengenali aspek hiburan dan kesenian kaum Cina, India, Iban dan Kadazandusun dengan lebih mendalam.

b) Untuk mengenali perbezaan kegiatan seni kaum Cina, India, Iban dan Kadazandusun.c) Menerapkan semangat jati diri dan toleransi dalam mengenali budaya kaum-kaum

utama di Malaysia.d) Menghargai keunikan budaya dan kesenian kaum Cina, India, Iban dan

Kadazandusun.e) Melahirkan semangat kerjasama, saling menghormati dan bersatu padu dalam diri.

Page 7: Final

HASIL KAJIAN

KAUM CINA

1. SENI TARI

Tarian Tradisional Cina atau secara singkat Tarian Cina adalah kumpulan tarian dari

negeri Cina yang awalnya adalah ritual pemujaan dan penghormatan Dewa Mitologi

Cina seperti tercatat pada Sejarah Musim Semi dan Gugur oleh Tuan Lu oleh Lu

Buwei . Tujuan keagamaan itu kemudian berkembang menjadi bentuk hiburan dalam

bentuk sekelompok wanita yang menghibur tamu pada acara jamuan kenegaraan dan

akhirnya menjadi bentuknya yang sekarang. Cina adalah negara dengan banyak

ragam budaya yang memiliki 56 suku. Setiap suku memiliki kebudayaan dan tarian

masing-masing. Tarian Tradisional Cina menggabungkan semua elemen dari tarian

masing-masing etnik, Opera Cina, Kungfu dan opera rakyat. Hasilnya adalah apa

yang kita sekarang kenal dengan Tarian Tradisional Cina yang sudah melewati

pengembangan dan peremajaan lebih dari ratusan tahun.

a) Tarian Naga

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya

Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim

perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang

identiti etnik.

Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.

Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib

Page 8: Final

buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa

mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut

seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku,

mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari

syurga.

Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu

imej naga Cina dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup,

membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang

dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap

dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai

gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-

gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-

peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara

utama sambutan Tahun Baru Cina.

Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti

Han Barat, menulis sebuah buku "Chun Chiu Fan lu". Di dalam buku itu terdapat

maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu

menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah

baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum

naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan

berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan

tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan

ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima

warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan

lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun,

pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.

Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China

bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah

menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab

kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps

hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi

kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru

Cina.

Page 9: Final

b) Tarian Singa

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan

masyarakat Cina. Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan

adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian

singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia

dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang

berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana

dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat

popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang

menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut

menggunakan warna merah, jingga, (hijau dan kuning bagi kostum singa betina).

Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan

bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang

berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat

ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai

upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna.

Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan

Page 10: Final

mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata singa itu

pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna

putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang. Gaya

tarian yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan

kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang

memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala

pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.

Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang

disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan

dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

2. SENI MUZIK

a) Opera Cina

Opera Cina adalah sejenis persembahan seni yang melibatkan pelbagai cara

penyampaian di atas pentas.Opera Cina ini meliputi menyanyi dan melafaz

sebagai unsur utama persembahannya.Oleh sebab itu,lebih banyak orang

menyebut mendengar opera daripada menonton opera.Selain dua unsur

tadi,terdapat dua unsur lain juga dititikberatkan dalam persembahan opera

Cina:"Zuo" iaitu membuat dan "Da" yang membawa maksud pukulan.

Namun,menyanyi adalah unsur yang paling istimewa sehingga membezakannya

daripada drama yang lain. Kedudukan tinggi opera Cina sekarang adalah hasil

daripada perkembangannya melalui jangka masa yang cukup lama.

Perkembangannya yang boleh disusur galurkan ke Dinasti Song (960-1279 Tahun

Masihi)itu sudah meresapi banyak unsur budaya tempatan di benua China dari

Page 11: Final

masa ke masa. Orang Cina masa dahulu tidak tahu sebab-musabab berlakunya

fenomena alam semula jadi, terutamanya malapetaka yang membawa kemusnahan

yang serius. Oleh sebab itu, mereka menganggap fenomena alam semula jadi dan

malapetaka itu sebagai tanda kemarahan Tuhan atau hukuman daripada Tuhan ke

atas rakyat jelata. Untuk mengelak kemalangan itu,mereka menyembah

Tuhan,bumi,hantu dan roh selain meminta mereka dilindungi agar nyawa dan

harta benda mereka selamat. Orang yang dipertanggungjawabkan untuk

mengadakan aktiviti sembahyang itu tidak lain daripada pawang, bomoh dan ahli

sihir.Mereka membaca mentera dan doa dengan diiringi nyanyian dan

tarian.Selain berkomunikasi dengan Tuhan, roh dan hantu, nyanyian dan tarian

ditambah untuk memberi hiburan. Apa yang disebut serba ringkas itu adalah

prototaip dan model opera yang terawal yang seterusnya melahirkan opera Cina

tradisional sampai hari ini. Tempat sembahyang itulah kononnya bentuk dan rupa

teater awal persembahan drama yang diketahui ini. Ada pula yang mengatakan

opera Cina bermula daripada Dinasti Qin (1644-1911 Tahun Masihi) yang

mengasuh opera. Ini melambangkan perkembangannya daripada yang bertujuan

memberi hiburan dengan nilai seninya meningkat dari masa ke masa. Ia

dipersembahkan untuk menghibur pemimpin negara selain daripada memberi

nasihat kepada pemimpin secara humor supaya dapat mengatakan keadaan

sebenar negara masa itu dan seterusnya meminta pemimpin negara agar beruasaha

untuk menyelesaikan masalah yang berkenaan.Sehingga kini, selain

menghiburkan, opera Cina mempunyai fungsi mendidik dari segi nilai agama

dengan dibungkusi nilai humor. Persembahan ini diberi dengan pelakon

menggunakan cara menyanyi dan menari untuk menerangkan plot ceritanya. Plot

dengan perkembangan cerita itulah menjadi asas opera Cina, sedangkan

penyampaian plot berupa persembahan luaran pelakonnya. Keunikan opera Cina

boleh dilihat dalam plot ceritanya, muziknya, cara persembahannya dan latar

belakang pentasnya. Pelakon mengenakan pakaian tradisional, solekan muka yang

berlainan untuk menonjolkan watak yang berlainan, selain cara persembahan yang

tersendiri yang diwarisi turun temurun, ditambah dengan ekspresi dan mimikan

muka yang sesuai, tentulah termasuk cara menyanyi yang menghiburkan bersama

latar muzik daripada orkestra Cina untuk meningkatkan mesej dan perasaan yang

ingin disampaikan.

Page 12: Final

b) Er-hu

Erh-hu, alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz,kecil, sedang dan besar.

Cara bermain ialah Erh-hu didirikan tegap pada riba pemain semasa dimain. Tali

digesek dengan sebleah tangan manakala jari-jair tangan lainnya memetik tali-tali

atau digesek. Alat musik kedua yang akan diperkanalkan ialah Pipa yang

mempunyai 4 tali logam dan badannya dibuat daripada kayu. Beberapa tali

dipasang pada papan jari, tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan

pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Cara bermain ialah pipa dipegang berdiri

di atas paha pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jair

sebelah tangan lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan

pelbagai bunyi ketika dipetik. Jika terlibat dengan muzik, persembahan yang tidak

boleh dilupai merupakan opera cina yang merangkumi muzik dan tarian.

c) Seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia

dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan

badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan

aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-

bunyian.  Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran

dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

Page 13: Final

d) Pipa

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu;

dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar.

Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-

tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras

disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra

untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

e) Yangqin

Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik

instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi

terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara

atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan

orkestra instrumen China.Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad

pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur

Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman

Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan

persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur,

alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada

masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di

kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di

China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu

menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.

f) Guzheng

Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di

China. Ia dicipta berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman

purba. Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi

empat tepat yang leper. Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali

yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat (tiang kayu kecil). Pada

Page 14: Final

asalnya, ia hanya mempunyai 5 utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinya

bertambah banyak. Guzheng yang standard yang dimainkan sejak tahun 1970

hingga sekarang ini, mempunyai 21 utas tali. Bunyi yang dihasilkan oleh guzheng

ini padat dan jelas, sangat merdu didengar. Ia sesuai dimainkan untuk

menggambarkan suasana yang tenang dan indah, atau untuk meluahkan perasaan

yang seni. Cara memainkannya adalah dengan mematik. Untuk memetik talinya,

alat bantu berupa kuku palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau

plastic perlu dipakai pada jari pemain. Ketika membuat persembahan, jari kanan

akan memetik tali untuk menghasilkan melodi, dan jari kiri menekan tali untuk

mengawal melodi.

g) Gendang

Gendang Cina dibahagikan menjadi pelbagai jenis termasuk gendang

pinggang, gendang besar dan lain-lain. Antaranya gendang pinggang dibahagikan

kepada 4 jenis berdasarkan saiz, dan sering dimainkan dalam persembahan tarian

Yangge dalam kalangan rakyat Cina. Semasa mengadakan persembahan, gendang

itu diikatkan kepada pinggang pemain dan pemain memukul gendang dengan dua

batang tongkat pemukul.

h) Gong

Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya

sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk

mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China.

Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu

naga, tarian singa dan lain-lain.

Gong dibuat dengan logam, badan gong ialah sebuah permukaan lengkung,

pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong

bergentar dan berbunyi. Kini terdapat lebih 30 jenis gong, yang sering dimainkan

ialah gong besar dan gong kecil.

Page 15: Final

Garis tengah gong besar dapat mencapai 1 meter, bunyinya sangat kuat, sering

dimainkan dalam orkes besar atau opera untuk meningkatan suasana. Gong kecil

dibahagikan menjadi 3 jenis yang dapat berbunyi tinggi, sederhana dan rendah.

Penggunaannya sangat meluas, sering dimainkan dalam pelbagai opera tempatan

tarian kalangan rakyat China termasuk opera Beijing.

i) Yueqin

Yueqin berkait rapat dengan pelbagai opera tempatan Cina. Alat muzik ini sering

digunakan untuk mengiringi opera etnik Bai, Qingyin danSichuan. Yueqin

merupakan salah satu daripada 3 jenis alat muzik yang paling penting dalam

orchestra Opera Beijing. Yueqin yang digunakan oleh para pemuzik China

sekarang sebenarnya telah beberapa kali diubah dan dimodenkan. Muzik yang

dimainkan oleh yueqin jenis tersebut lebih merdu berbanding yueqin tradisional

China.

3. PERMAINAN TRADISIONAL

Kebudayaan Cina ialah penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks

yang meliputi sejarah lebih 5,000 tahun. Negara China meliputi kawasan geografi besar yang

penuh adat dan tradisi yang banyak berbeza antara pekan, bandar dan  wilayah.Kebudayaan

Cina ialah istilah umum yang mengertikan asas kebudayaannya, juga di kalangan kawasan

berbahasa Cina di luar Tanah Besar China. Antara kesemua kebudayaan Cina, hiburan Cina

memainkan satu peranan yang penting kerana ini bukan sahaja sesuatu aktiviti untuk kita

meluangkan masa lapang. Hiburan Cina juga melambangkan kebijaksanaan kaum Cina

mencipta permainan, muzik dan tarian yang berbeza sejak masa dahulu. Jadi, aspek pertama

yang akan dibincangkan ialah permainan tradisional Cina.

a) Xiang qi

Catur Cina merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh

dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur.

Page 16: Final

Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina.

Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di

China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di

dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan

yang melarang panglima (seperti “raja” dalam catur) daripada bertemu dalam

garisan yang sama, serta “sungai” dan “istana” yang mengehadkan pergerakan

sesetengah buah catur. Permainan ini menggunakan bidak-bidak, mirip dengan

catur. Terdapat bidak raja, patih, gajah, kuda, benteng, dan prajurit. Bidak raja

dalam catur Cina hanya bisa dijalankan di empat kotak, konon sesuai dengan

fungsi raja yang tidak boleh keluar di lingkungan istana. Bidak gajah dijalankan di

kotak empat miring dan tidak menyeberang ke daerah lawan. Bidak kuda,

benteng, dan prajurit langkahnya hampir sama dengan catur biasa.Ada sedikit

keunikan dalam permainan ini adalah adanya bidak Meriam, yang memiliki gerak

mirip dengan bidak benteng, namun jika hendak menyerang bidak ini harus

melompati satu bidak lain, baik bidak musuh maupun bidak kawan.

b) Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk orang yang berasal

dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termauk

juga satu tahap nasib. Bergantung pada variasi yang dimainkan, nasib boleh

menjadi isu remeh atau factor utama kejayaan.

Di Asia, mahjong sangat popular sebagai perjudian dan permainan

computer. Objek permainan mah-jong adalah membina set lengkap atau gabungan

biasanya bertiga daripada 13 atau 16 orang. Orang pertama yang mendapatkannya

dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain

sama ada 14 atau 17 keping. Salah satu mitos asal usul mah-jong menyatakan

bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung, telah membangunkan permainan

ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang boleh diragui

kebenarannya.

Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri

bersesuaian dengan pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar

Page 17: Final

doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan

tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhong (harfiah tengah), Fa

(harfiah kemakmuran), Bai (harfiah putih) masing-masing mewakili kemurahan

hati, kejujuran dan ketaatan terhadap ibu bapa. Mitos ini juga mendakwa bahawa

Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama ‘mahjong’ yang

bermaksud burung pipit.

Walau bagaimanapun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era

Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pncipta. Teori

lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan

permainan kad Cina yang disebut sebagai Madiao, secara harfiah bererti Kuda

Tergantung atau Yezi, secara harfiah bererti daun di zaman awal Dinasti Ming.

Sehingga kini, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mah-jong sentiasa

popular, terutamanya dalam kalangan penutur Kantonis.

c) Yoyo

Selain itu, Yoyo Cina juga sejenis permainan yang berasal dari negara

China. Permainan ini dikenal pasti telah wujuk sejak zaman Dinasti Ming iaitu

sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Permainan ini mempunyai

dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo

Cina akan sentiasa berpusing pada tahi yang diikat pada dua batang kayu kecil.

Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan megimbangi y-yo daripada

jatuh. Yo-yo tradisional dibuat daripada buluh yang mudah patah dan tidak sesuai

untuk aksi-aksi lasak.

Sesetengah yo-yo Cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila

dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi

kelajuan yo-yo. Bagaimanapun, yo-yo cina sekarang diperbuat daripada plastik

untuk menambah daya tahan.Manakala tongkat masih menggunakan kayu keras

sebagai bahan utama, tongkat yang diperbuat daripada kayu lebih murah dan lebih

sesuai kepada pemula. Ada juga tongkat dibuat daripada aluminium,

karbon, logam dan Fibreglass. Tongkat logam menawarkan sifat ringan tanpa

mengurangkan kekuatan dan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin

Page 18: Final

melakukan "high stress whips" dan trik-trik yang lain. Sesetengah yo-yo

cina mempunyai alur dipasang di tepi cakera, alur ini menbolehkan yo-yo cina

membuat suara bersiul apabila berputar dengan kelajuan tinggi.

KAUM INDIA

1. SENI TARI

a. Tarian Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India.

Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan

tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun

kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari

dem mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara

lengkap dan penuh dengan kegemilangan.

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan

India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh

seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini

merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaran, Sabdam,

Varnam, Padam dan Thillana. Muzik iringan untuk tarian ini ialah muzik

Carnatic India Selatan. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic.

Menurut Abhinayadarpanam (dokumen berkuasa berkaitan tarian

India), sifat utama yang perlu ada pada setiap penari tarian ini adalah Javaha

(ketangkasan), Sthirathvam (kemantapan), rekha (bentuk badan yang cantik),

Bhramari (keseimbangan dalam pusingan), Drishti (pandangan mata),

Shramaha (kerajinan), Medha (kebijaksanaan), Sraddha (kesetiaan) Vacho

(pertuturan yang baik) dan Geetam (kemampuan bernyanyi).

Bharata Natyam ialah campuran abstrak dan emosi yang berasal

daripada dua unsur utama iatu Nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) &

Page 19: Final

Nritya (tarian yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada

perbezaan yang banyak antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta

merangkumi adavus, yang merupakan tarian asas. Setiap adavu mempunyai

tiga elemen penting iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari)

dan pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).

b. Tarian Bhangra

Tarian Bhangra merupakan salah satu tarian kebudayaan kaum Sikh. Ia

merupakan satu bentuk tarian untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam

tuaian yang baik. Tarian ini berasal daripada wilayah Punjab di India.

Setiap pergerakan dalam tarian ini membawa maksud yang tersendiri

dalam memaparkan suatu pergerakan yang artistik. Penari tarian ini yang

biasanya terdiri daripada daripada kalangan lelaki dan wanita akan

mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna cerah.

Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta

ketahanan seseorang penari. Salah satunya ialah gabungan antara ciri-ciri stunt

melangkaui kepupayaan artistic dan keupayaan fizikal. Lagu yang digunakan

untuk tarian ini adalah gabungan asli dengan instrumen tradisional seperti tholl

(drum), harmonica, tamborin dan klapper muzik.

Kepopulariti Bhangra di Malaysia biasanya ditarikan pada majlis-

majlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan yang lain.

c. Tarian Khatak

Tarian Kathak berasal daripada perkataan India Katha yang bermaksud

‘seni bercerita’. Dari sifat asalnya yang merupakan gambaran menghambakan

diri kepada dewa-dewa Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana

pemerintah.

Tarian yang berasal daripada India Utara ini boleh dijejak asalnya kepada

pencerita lisan nomad India Utara silam, dikenali sebagai Kathaks atau

Page 20: Final

pencerita. Pencerita ini membuat persembahan di lapangan kampong dan

laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral

dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimic

muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi

muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan cerita. Dalam bentuk kini

terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak

abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan Asia

Tenggara yang diimport oleh istana diraja era Mughal.

Teradapat tiga jurusan utama atau gharana bagi Kathak dari mana

pengamal masa kini menyusur susur galurnya: gharana dari Jaipur, Lucknow

dan Benares. Terdapat juga gharana Raigarh yang kurang menonjol dan lebih

muda dari mana teknik ketiga-tiga gharana sebelumnya digabung tetapi

menjadi terkenal kerana komposisinya yang berbeza.

Pada kurun ke 11 dan 12, pada waktu pemerintahan era Moghul di India,

persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Moghul.

Seni tarian Kathak ketika itu telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi.

Pada ketika inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan hasil pengaruh

Tarian Sufi dari Turki.

2. SENI MUZIK

Muzik tradisional India adalah sejenis kesenian muzik tradisional dari India.

Walaupun India memiliki wilayah yang sangat luas dan pelbagai kebudayaan,

namun warisan tradisi seni muzik adalah sama. Oleh kerana India adalah tempat

kelahiran Buddha, pengaruh muziknya mangalir ke banyak negara yang

mempunyai aliran agama yang sama. Sumber terawal adalah sebuah kitab kuno

Natya Shastra mengenai pentas drama yang diiringi tarian dan muzik.

Sistem muzik kuno India dijelaskan dengan 22 pembahagian oktaf yang

menghasilkan 2 buah tangga nada dengan 7 bunyi dasar. Setiap bunyi di kedua-

dua tangga nada berperanan sebagai bunyi pertama sehingga kesemuanya menjadi

Page 21: Final

14 bunyi. Kitab Natya Shastra juga menjelaskan mengenai karajter emosional dari

setiap bunyi. Bahagian utama dari konsep muzik India adalah mode yang

dinamakan ragas.

Ritma dalam muzik India dibangunkan dari blok bangunan yang lebih kecil

kepada yang lebih besar, sebuah konsep yang berpengaruh dalam muzik barat

mulai abad ke-20. Ritma ini dinamakan tala. Pada asalnya ritma muzik India

hanya terdiri daripada satu melodi yang mengalun melawan melodi yang lebih

rendah, dan pada melodi lainnya diikuti tabuhan gendang.

Walaupun muzik India dilengkapi dengan teori dan notasi yang kaya,

tradisinya diwariskan secara oral antara guru dengan murid. Alat-alat muzik India

yang penting adalah alat muzik senar, perkusi (percussion), sitar, table dan vina.

Alat muzik tiup memainkan sedikit peranan berbanding dengan muzik Barat.

a. Dholak

Dholak ialah gendang berkepala dua yang popular dalam kalangan

rakyat Asia Selatan. Ia mempunyai hiasan tali tradisional dan skru pengawal

tekanan. Dholak ialah instrumen zaman dahulu yang dikatakan mempunyai

sedikit persamaan dengan alat muzik India yang lain seperti tabla atau

pakhawaj. Gendang ini dibunyikan berdasarkan saiz antara dua kepalanya,

iaitu dhol (bahagian besar) dan dholki (bahagian kecil).

Alat muzik ini biasanya digunakan dalam qawwali, kirtan, Marathi

(lavaani) dan bhangra. Pada asalnya, ia dimainkan dalam tarian klasikal India,

di mana kanak-kanak akan menyanyi dan menari dalam upacara pra-

perkahwinan. Selain itu, dholak digunakan dalam Filmi Sangeet (muzik filem

India), muzik chutney, baithak gana, nyanyian tan dan music tempatan

wilayah Jamaica, Suriname, Guyana, Trinidad dan Tobago.

Bahagian kepala dholak yang mempunyai nada tinggi dimainkan

dengan tangan kanan manakala bahagian kepala bass yang memberikan nada

rendah dimainkan dengan tangan kiri. Bahagian yang lebih kecil ini

membolehkan bunyi ‘sliding’ yang dikenali antara mereka sebagai ‘giss’ atau

‘gissa’. Dalam sesetengah teknik bermain, cincin ibu jari besi digunakan utnuk

Page 22: Final

menghasilkan bunyi ‘chak’. Dalam teknik-teknik yang lain, kesemua jari

digunakan.

Mengikut kesesuaian rentak dan perayaan, gendang dholak ini boleh

dimainkan dalam keadaan berdiri, diletak atas peha pemain, digantung pada

bahu, atau dalam posisi duduk. Lapisan kulit gendang diperbuat daripada kayu

seperti kayu sheesham, kayu mango atau daripada batang kelapa.

Terdapat juga dholka yang sedikit berbeza daripada dholka yang biasa.

Dholki yang bermaksud paip atau tiub, kebiasaannya lebih kecil diameternya

dan menggunakan teknik table syahi masala. Alat ini turut dikenali sebagai

naal. Dholki seperti ini paling popular di kalangan rakyat Sri Lanka. Sejenis

lagi dholka iaitu dhaul, banyak dimainkan oleh rakyat Asia Barat.

b. Sitar

Sitar merupakan instrument bertali yang paling popular dalam

kalangan kaum India. Ia menggunakan beberapa tali untuk menghasilkan

bunyi tetapi kebiasaannya adalah 17 tali. Instrumen ini memunyai 3 tali utama

dan selebihnya adalah tali-tali yang menghasilkan melodi iringan. Tali-tali

tersebut dipetik menggunakan wayar plectrum yang dipanggil mizrab. Sitar

digunakan dalam pelbagai genre masyarakat India. Ia banyak dimainkan

sebagai muzik klasikal di India Utara. Dalam muzik filem dan sebagai

gabungan dalam mengiringi muzik moden Barat. Ia tidak jarang dijumpai

dalam persembahan-persembahan di India Selatan.

c. Veena

Veena, juga dikenali sebagai veenai, ialah instrument bertali yang

banyak dimainkan dalam muzik klasikal masyarakat India. Bunyi yang

dihasilkan berasal daripada reka bentuk alat muzik ini sendiri. Alat muzik ini

mempunyai reka bentuk seperti jambatan, leher yang panjang dan kurus, serta

ruang resonans.

Page 23: Final

Veena yang terawal adalah alat muzik seperti jenis harp yang popular

di Burma. Namun kini, alat muzik ini telah berkembang menjadi seperti alat

muzik jenis gitar.

Alat-alat yang digunakan dalam pembuatan veena ialah kayu tun untuk

leher, dan labu untuk ruang resonans. Bahagian lain diperbuat daripada tanduk

rusa, eboni atau jarang sekali tulang unta. Bahan-bahan sintetik turut

digunakan pada hari ini.

d. Tabla

Tabla ialah perkusi instrumen membranophone (sama bongos), yang

digunakan dalam muzik klasik Hindustan dan muzik popular dan kebaktian

benua kecil India. Instrumen ini terdiri daripada sepasang gendang tangan saiz

berbeza dan timbres. The tabla jangka berasal dari perkataan Arab, tabl, yang

hanya bermaksud "gendang." Tabla ini digunakan di dalam beberapa tradisi

muzik lain Asia di luar India, seperti dalam genre dangdut Indonesia.

Teknik bermain melibatkan banyak menggunakan jari dan tapak

tangan dalam pelbagai konfigurasi untuk mewujudkan pelbagai bunyi yang

berbeza, ditunjukkan di dalam suku kata mnemonik (bol). Tumit tangan

digunakan untuk memohon tekanan atau dalam gerakan gelongsor pada dram

lebih besar supaya padang ditukar semasa pereputan bunyi itu.

e. Tanpura

Tambura, tanpura, tamboura atau taanpura atau tanipurani adalah

seruling panjang berleher dipetik (alat bertali yang terdapat dalam pelbagai

bentuk dan di banyak tempat). Bentuk badan yang tambura agak menyerupai

sitar, tetapi ia tidak mempunyai frets - dan tali yang dimainkan terbuka. Satu

atau lebih tamburas boleh menemani pemuzik atau penyanyi lain. Ia

mempunyai empat atau lima (jarang enam) tali kawat, yang dipetik satu demi

satu dalam corak yang tetap untuk mewujudkan resonans harmonik pada nota

Page 24: Final

asas (Bourdon atau berdengung fungsi). Satu tanpura elektronik sering

digantikan dengan persembahan muzik klasik India kontemporari.

Tambura datang dalam saiz yang berbeza dan padang: lebih besar

"lelaki", yang lebih kecil "wanita" untuk penyanyi, dan versi yang lebih kecil

yang belum digunakan untuk mengiringi sitar atau sarod, yang dipanggil

tamburi atau tanpuri. Penyanyi lelaki padang nota tonik mereka (Sa), sering

kepada kira-kira C ♯; penyanyi wanita biasanya lebih tinggi kelima, walaupun

tonik yang berkenaan apa-apa nota, kerana tidak ada padang mutlak dalam

sistem muzik klasik India. Instrumen lelaki mempunyai rentetan panjang

terbuka kira-kira satu meter; perempuan adalah tiga perempat daripada lelaki.

Tanapura nama mungkin berasal dari Tana, merujuk kepada frasa

muzik, dan pura, yang bermaksud "penuh" atau "lengkap". Kedua-dua dalam

fungsi muzik dan bagaimana ia berfungsi, tambura adalah unik dalam banyak

cara. Ia tidak mengambil bahagian dalam bahagian melodi muzik, tetapi ia

menyokong dan mengekalkan melodi dengan menyediakan bidang resonans

harmonik berwarna-warni dan dinamik berdasarkan satu nada yang tepat, nota

asas atau nota utama. Selain itu, ia tidak bermain dalam irama dengan muzik.

Tempo adalah bebas daripada muzik ia menyokong, dan kelajuan bermain

mungkin berbeza-beza di seluruh persembahan atau kekal malar, mengikut

budi bicara pemain.

3. PERMAINAN TRADISIONAL

a) Aade-puli-atem

Permainan yang turut dikenali sebagai ‘permainan kambing dan

harimau’ ini ialah permainan strategik, dua pemain (atau 2 pasukan)

permainan papan yang dimainkan di selatan India. Seperti Pulijudam,

permainan ini adalah simetri dalam bahawa seorang pemain mengawal tiga

harimau dan pemain lain mengawal sehingga 15 ekor kambing. Harimau

'memburu' kambing manakala kambing cuba untuk menyekat gerakan

harimau.

Page 25: Final

Ini adalah permainan kuno yang dimainkan di bahagian selatan India

terutama di negeri yang dipanggil Tamil Nadu. Lembaga yang dilukis pada

dinding jambatan di dalam mahadwara daripada kuil Chamundeshwari atas

Chamundi Betta (bukit) di Mysore, Karnataka. Permainan ini membantu orang

ramai untuk membangunkan strategi dan konsep kerja berpasukan melalui

pengajaran bahawa walaupun lemah, jika bersatu, kita boleh mengalahkan

musuh yang lebih kuat sebagai satu pasukan.

Pada awal permainan kesemua 3 Pulis (harimau) diletakkan di atas

puncak, dan 2 tempat dalaman yang paling dekat dengan puncak. Semua aadus

(kambing) bermula lembaga. Keping mesti diletakkan di bersilang garis

lembaga dan bergerak mengikuti ayat-ayat ini.

Pemain mengawal pergerakan yang aadus 'pertama dengan meletakkan

Aadu ke persimpangan percuma di atas kapal. Maka ia adalah giliran puli ini.

Satu puli kemudian berpindah ke kedudukan bersebelahan sepanjang garis

yang menunjukkan bergerak yang sah. Bergerak ganti antara pemain. Puli

menangkap seorang Aadu dengan melompat ke atas ke kedudukan percuma

bersebelahan (seperti dalam dam). Aadus tidak boleh bergerak sehingga semua

15 telah diletakkan di atas kapal. Puli menang jika semua aadus ditangkap.

Aadu menang jika semua Pulis disekat daripada pergerakan.

b) Kho kho

Kho Kho adalah Bangladesh, India, Pakistan dan sukan Afrika Selatan

dimainkan oleh pasukan dua belas pemain yang cuba untuk mengelakkan

disentuh oleh ahli-ahli pasukan lawan, hanya 9 pemain pasukan memasuki

bidang ini. Ia adalah salah satu daripada dua yang paling popular permainan

tradisional rakyat Asia Selatan.

Taman permainan Kho-Kho (atau padang) adalah segi empat tepat. Ia

adalah 29 meter panjang dan 16 meter lebar. Terdapat dua segi empat tepat

pada akhir. Salah satu sisi segi empat tepat ialah 16 meter dan bahagian lain

ialah 2.75 meter. Di tengah-tengah kedua-dua segi empat tepat, terdapat dua

Page 26: Final

tiang kayu. Lorong pusat adalah 907,50 cm panjang dan 30 cm X 30 cm di

lorong. Terdapat lapan lorong bersilang yang terletak di seluruh dataran kecil

dan setiap ia adalah 500 cm panjang dan 70 cm lebar, pada sudut tepat ke

lorong tengah dan dibahagikan sama rata kepada dua bahagian 7.30 cm setiap

satu dengan lorong pusat. Pada akhir lorong pusat, dua jawatan adalah tetap.

Mereka adalah 120 cm di atas tanah dan lilitan mereka tidak kurang dari 30

cm dan tidak lebih daripada 40 cm. Jawatan itu dibuat daripada tiang kayu

yang lancar di seluruh. Jawatan adalah tetap teguh di zon tangen bebas pada

ketinggian antara 120-125 cm.

Permainan Kho-Kho secara meluas boleh diikuti dengan

menyelesaikan kemahiran dan teknik-teknik asas mengejar dan kemahiran dan

teknik melarikan diri dan mengelak Chasers dan tidak membenarkan mana-

mana satu lawan mengejar menyentuh orang anda atau pakaian yang dipakai

oleh pembela.

Mengejar memerlukan kelajuan asas dalam penubuhan pada ketika

Kho-Kho sama seperti mencetuskan blok dalam 100 mtrs. dijalankan pada

tembakan. Anda mesti mencapai pecutan maksimum dalam beberapa langkah-

langkah untuk menangkap pertahanan lari berkumpul dan merangkul dia

landasan sempit mungkin di mana beliau tidak mungkin dapat menggunakan

taktik mengelak dengan bergerak di sebelah sama ada untuk menarik pemburu

untuk mengubah arah dan beliau garis bahu. Chaser boleh berjaya membuat

kesimpulan dengan menyelam di pertahanan dan menyentuh tumit kaki

belakang semasa berjalan.

c) Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Chaturanga, yang

berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah

memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbezaan buah catur dengan

kekuataan yang berbeza, dan kemenangan bergantung pada buah terakhir, atau

dalam catur modern dengan menumbangkan sang raja. Dalam catur kuno,

papan catur memiliki 100 kotak atau lebih.

Page 27: Final

Permainan Chess atau Catur di zaman moden ini sebenarnya berasal

dari India dan mula tersebar ke Parsi.Apabila orang-orang Arab menakluki

Parsi, chess atau catur telah diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya

merebak ke Eropah Selatan. Di Eropah, chess berubah bentuk semasa dalam

abad ke-15. Perkataan "catur ataupun chess" itu sendiri berasal dari perkataan

"Chaturanga" dari bahasa Sanskrit yang bermaksud Empat Bahagian

Ketenteraan.

Pada awal abad 19, satu pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan

Duncan Forbes bahawa duhulu catur dimainkan oleh 4 orang sekaligus,

termasuk empat pemain dalam chaturanga. Dalam puisi kepahlawanan, ia

bermaksud tentera. Nama itu terjadi daripada pertempuran dalam

ketenteraan Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah

simulasi permainan perang yang memperlihatkan kekuatan strategi militer

India saat itu.

d) Kabadi

Kabaddi adalah sukan pasukan Asia Selatan. Nama ini berasal dari

perkataan Tamil "Kai" (tangan), "Durian" (menangkap), yang diterjemahkan

ke dalam "Holding Hands". Dua pasukan menduduki bahagian bertentangan

dengan kolam renang kecil atau bidang dan bergilir-gilir menghantar

"penceroboh" ke dalam separuh yang lain, untuk memenangi mata dengan

mengatasi anggota pasukan lawan, kemudian penceroboh cuba untuk kembali

ke setengah sendiri, menahan nafas dan melaungkan perkataan "Kabaddi"

semasa keseluruhan serbuan. Penceroboh tidak menyeberangi lobi melainkan

jika dia menyentuh mana-mana lawannya. Jika dia berbuat demikian, maka dia

akan diisytiharkan sebagai "keluar". Terdapat juga garis bonus yang

memastikan mata tambahan untuk penceroboh itu jika dia berjaya menyentuh

dan kembali kepada pasukannya di padang berjaya.

Dalam versi pasukan antarabangsa kabaddi, dua pasukan tujuh anggota

masing-masing menduduki bahagian bertentangan dengan satu bidang 10 m ×

13 m dalam kes lelaki dan 8 m × 12 m dalam kes wanita. Masing-masing

Page 28: Final

mempunyai tiga pemain tambahan diadakan dalam simpanan. Permainan ini

dimainkan dengan bahagian 20 minit dan berehat rehat lima minit di mana sisi

pertukaran pasukan.

Pasukan bergilir-gilir menghantar "penceroboh" separuh pasukan yang

bertentangan, di mana matlamatnya adalah untuk menandakan atau bertumbuk

("mengurung") ahli-ahli pasukan yang bertentangan sebelum kembali ke

separuh rumah. Tagged ahli adalah "keluar" dan dihantar sementara di luar

bidang.

Matlamat pertahanan adalah untuk menghentikan penceroboh kembali

ke pasukan tuan rumah sebelum mengambil nafas. Jika mana-mana tujuh

pemain menyeberangi lobi tanpa menyentuh penceroboh dia akan

diisytiharkan sebagai "keluar". Setiap kali apabila pemain adalah "keluar",

pasukan lawan mendapat mata. Skor pasukan bonus dua mata, yang dipanggil

"Lona", jika pasukan lawan seluruh diisytiharkan sebagai "keluar". Pada akhir

permainan, pasukan dengan mata yang paling menang. Perlawanan

dikategorikan mengikut umur dan berat badan. Enam pegawai menyelia

perlawanan: satu pengadil, dua pengadil, penjaring dan dua pembantu

penjaring.

Page 29: Final

KAUM IBAN

1. SENI TARI

Tarian ngajat adalah merupakan identiti utama masyarakat Iban yang

menjadi kebanggaan kebudayaan di Sarawak. Keunikan dalam setiap persembahan

tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri.

Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli

kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik

dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di

Sarawak.

Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda

kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun ini. Perayaan Gawai (Pesta

Menuai) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban yang merupakan 30%

daripada jumlah penduduk Sarawak dan ethnik yang terbesar di negeri tersebut yang

disambut pada awal bulan Jun setiap tahun.

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai

sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut

ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah

sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.

Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu Ngajat Lesong,

Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua

Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ).

Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut

kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga

meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman

padi.

Page 30: Final

a) Ngajat berbunuh

Di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini

merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka

sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh

ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.

b) Ngajat Induk

Merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang

memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat

pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang

tersirat serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.

c) Tarian Ngajat Lesong

Merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki

kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong.

Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini

hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

d) Ngajat Ngalu Temuai

Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang

datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan

sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang

ramai.

Page 31: Final

e) Ngajat Kuta

Merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari

lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian

sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya.

f) Ngajat Pua Kumbu

Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian

ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita.

Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari

sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.

g) Gagung ( Baju Burung)

Penari ngajat akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju

burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung

merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan

seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Penari-penari akan

memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut.

Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya

dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan

kanannya

Rentak tarian

Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke

bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan

adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan

Page 32: Final

memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti

berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Muzik/ Lagu Iringan

Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang,

tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Kesimpulan

Kini persembahan tarian ngajat yang merupakan tarian tradisional yang

dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah

diperkembangkan dan dikomersialkan untuk tujuan memperkukuhkan sektor

pelancongan dan memperkasakan budaya di Sarawak.

2. SENI MUZIK

a) Engkerurai

Secara am, masyarakat Iban lebih dikenali dengan tarian ngajat namun

tidak ramai yang mengenali corak atau jenis alat muzik komuniti ini. Engkerurai

merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika ini,

baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkandalam bahan cetak.

Kewujudannya seolah-olah tidak diketahui umum.

Buluh yang terpanjang dikenali sebagai indu. Ia berada dalam keadaan

bertentangan dengan leher labu. Indu berperanan mengeluarkan bunyi dengungan.

Buluh yang bertentangan dengan indu ialah pemanchor. Di sebelah kanan indu

ialah ngingit. Ngingit menghasilkan nada bunyi yang paling tinggi dan seperti

indu. Bunyi ngingit dihalusi oleh timbal ngingit terletak di sebelah kiri indu.

Batang yang menghasilkan bunyi perantaraan di antara indu dan ngingit ialah

ranggong. Buluh yang menghalusi nadanya ialah timbal ranggong.

Page 33: Final

Engkerurai mempunyai sebelas buah repertoir atau lagu iaitu Tebah

Lantang, Kenjan Keterubah, Kenjan Kadua, Saka Dua, Baling, Alun Panjai, Entak

Kepayang, Seri Dayong, Kenyah, Keliute dan Indu Gu.

Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan

membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil

pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang

dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan

menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

b) Sape/sapeh

Sape merupakan sejenis alat tali daripada keluarga lute yang berleher pendek

dan talinya dipetik. Badannya diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya

‘meranti’ yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai

ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering di sebut

sebagai the boat lute oleh para sarjana dari barat. Sape cukup terkenla bagi suku kaum

‘kayan’ dan ‘kenyah’. Ianya dimainkan untuk muzik hiburan serta mngiringi tarian

seperti Datun Julud dan Ngajat, sejenis tarian pahlawan yang sering dikaitkan dengan

gead hunting mengilut lagenda mereka dan kini tidak lagi diamalkan.

Alat sape ini telah dicipta dalam berbagai-bagai ukuran dan mempunyai

bulangan talu yang juga berbeza-beza iaitu sama ada dua, tiga atau pun empat tali.

Kini, tali sape telah diganti dengan tali dawai yang mana pada peringkat awal mereka

menggunakan tali sabut dari Sago. Dalam konteks persembahan talinya dilaras

mengikut system muzik barat. Salah satu dari system berkenaan adalah seperti

berikut:

Tali satu : dilaras bersama middle c pada alat piano.

Tali dua : dilaras bersama dengan nada ‘c’ satu oktaf rendah dari middle c

Tali tiga : dilaras bersama dengan nada A yang terletak pada minor third di

bawah middle c

Tali empat : dilaras bersama dengan nada ‘F’ iaitu perfect fourth atas middle c.

Page 34: Final

Tali-tali dipetik dengan menggunakan ibu jari pemain dan penghasilkan

melodi hanya berlaku pada tali satu sahaja. Tali selebihnya berfungsi sebagai drone

yang dimainkan dalam keadaan terbuka (in open string) pada derap terakhir bagi

setiap keratin frasa lagu. Tali bagi alat sape telah dipasang merintangi badanya

dengan sokongan oleh penugkat tali (brige) yang bersifat moveable untuk tujuan

penalaannya mengikut konteks lagu yang ingin dipersembahkan

c) Engkeromong

Engkeromong istilah tempatan bagi alatan daripada keluarga gangsa knobed-

gong atau gong berbusut. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada

tembaga . alat ini dikatakan alat asli bagi masayarakat di rantau Asia Tenggara .

Engkeromong begitu terkenal dikalangan suku kaum iban dan sering digunakan

dalam ensamble untuk mengiringi tarian ‘ngajat’. Dalam konteks persembahan ,

engkeromong ini diaturkan diatas para dalam satu barisan yang mnegandungi lapan

biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu

dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk

menghasilkan ,pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu

in step wise , menaik dan menurun.

Di bawah sistem idiofon terdapat juga dari keluarga knobed- gong yang

berukuran besar iaitu dikenali sebagai ‘badai’ . Alat ini menyerupai alat ‘tetawak’

yang terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan kuasa dan kekayaan

bagi masyarakat iban.

d) Gendang wanita/ bermukum

Merupakan sejenis gendang satu muka yang menyerupai renaba. Ianya

bebentuk seperti pasu dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan lazimnya

daripada batang kelapa ataupun sago.

Pada permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing

dan disirat dengan tali rotan . Gendang ini sering dimainkan oleh sekumpulan wanita

yang dikenali sebagai kumpulan gendang melayu untuk mengiringi sejenis

Page 35: Final

persembahan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai ‘bermukum’ di kalangan

masyarakat melayu disarawak . Kesenian ini hampir serupa dengan ‘dondang sayang’

dari segi gaya dan bentuk persembahannya. Dalam persembahan ‘bermukum’ ketua

kumpulan ‘gendang wanita’ akan bermainkan rebana juga ditakrifkan sebagai

gendang wanita dan yang lain memainkan dalam bentuk bertingkah . pemain gendang

ditempatkan dibelakng bersama sekumpulan anak dara yang di suntingan teruna

melalui jual pantun sambil berjoget.

Selain daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai

benduk dan dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk keupacaraan

orang islam.

Manakala di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka

dikenlai sebgaui tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter. Pada

permukaanya mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang kambing. Kaum

kenyah yang berada di Kalimantan timur Indonesia, dikalangan kaum bidayuh di

Sarawak terdapat gendang satu muka yang dikenali sebagai dombak dan diguna pakai

oleh masayarakat melayu.

3. PERMAINAN TRADISIONAL

Tibow

Tibow, sejenis permainan tradisi masyarakat Sarawak yang sangat popular.

Dikenali sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung

sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim

buah. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai-waktu inilah anak-anak muda

berkaul - ia sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.

Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung

kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak

mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan

pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat

sebarang kecederaan parah.

Page 36: Final

Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan

bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada

zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada

waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi

keselamatan, ia akan memudahkan permainan tersebut.

Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti

yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk

membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan

peralatannya pun harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan

menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang banyak.

Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki

diperlukan untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana

sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk

penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan

dan menambahkan gempar suasana.

Semasa mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang itu, pantun

dinyanyikan beramai-ramai: Kat kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada 'mekat' 

Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipo' tibow atau dewa yang menguasai

permainan tibow dan bertujuan meminta pertolongan untuk memudahkan tugas-tugas

mendirikan tiang itu.  

Page 37: Final

KAUM KADAZANDUSUN

Negeri Sabah yang dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu merupakan antara negeri di

Malaysia yang mempunyai banyak suku kaum yang unik dari segi tradisinya. Antara suku

kaum utama di Sabah adalah kaum KadazanDusun.

1. SENI TARI

Tarian Sumazau

Salah satu tarian tradisonal kaum Kadazandusun di Sabah adalah tarian Sumazau. Ia amat

terkenal di Sabah dan sering ditarikan semasa Pesta Kaamatan (menuai) dan majlis

perkahwinan.

Sumazau bermaksud Hari Penuaian. Tarian ini menyerupai burung helang yang

sedang terbang yang disaksikan petani-petani semasa musim menuai.

Tarian ini adalah sebagai tanda kesyukuran kepada semangat padi(bambazon) atas

hasil tuaian padi yang banyak. Bukan itu sahaja, tarian ini juga digunakan untuk menyemah

semangat, menghindar roh jahat dan mengubati penyakit.

Tarian ini ditarikan oleh lelaki dan perempuan dengan lengkap berpakaian pakaian

tradisional kaum Kadazandusun. Kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibarkan

seperti burung. Tarian ini ditarikan dengan perlahan dan lemah lembut. Kaki turut digerakkan

dengan langkah-langkah kecil, manakala tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut rentak

gong. Penari akan menari dalam gerakan turun naik seperti burung sedang terbang.

Tarian ini diiringi dengan paluan gong yang terdiri daripada 6 buah tagung (gong)

yang berbeza ukuran dan satu gandang (gendang) dengan rentak yang khusus. Turut

mengiringi rentak tarian ialah kulintangan, sejenis alat muzik yang terdiri daripada 9 buah

gong kecil yang dibuat daripada logam tembaga atau besi. Tempoh dan rentak paluan alat-

alat muzik ini berbeza mengikut daerah dan kampung.

Page 38: Final

Penari tarian Sumazau kebiasaannya akan memakai pakaian tradisional kaum

Kadazandusun. Pakaian ini diperbuat daripada kain baldu hitam dan dihiasi corak-corak

menarik menggunakan benang emas. Penari perempuan akan turut memakai selendang dan

tangkong, sejenis tali pinggang tradisional yang diperbuat daripada syiling perak. Penari

lelaki akan memakai tanjak dan menyendang daun silad kering.

2. SENI MUZIK

Dari segi alatan muzik tradisional pula, kaum ini mempunyai banyak jenis alat

muzik yang biasanya diperbuat daripada besi dan sumber asli seperti bambu. Antara

alat muzik ialaah gong(tagung), sompoton, kulintangan dan togunggu.

a. Gong (tagung)

Alat muzik utama yang sering dimainkan oleh kaum ini ialah gong

(tagung). Alat ini biasanya dimainkan untuk mengiringi tarian sumazau.

Kebiasaannya, alat ini diperbuat daripada besi. Bilangan gong yang digunakan

adalah berbeza mengikut keperluan sesuatu majlis keramaian. Bagi tarian

sumazau pula, biasanya, 6 buah gong yang berlainan saiz akan digunakan. Alat

ini boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia

juga digunakan sebagai hantaran perkahwinan dan dalam upacara kepercayaan

animinisme.

b. Sompoton

Selain gong, satu lagi alat muzik yang terkenal di negeri Sabah ialah

Sompoton. Alat ini dimainkan dengan cara meniup menggunakan mulut. Alat

ini terdiri daripada sebiji buah labu kering dengan lapan batang paip buluh

yang disusun dalam dua lapisan.

c. Kulintangan

Page 39: Final

Kulintangan juga adalah antara alat muzik yang sering dimainkan oleh

masyarakat KadazanDusun. Kulintangan dimainkan bersama-sama dengan

gong-gong tradisional dalam majlis-majlis dan perayaan. Ianya diperbuat

daripada lapan atau sembilan buah gong yang kecil dan disusun dalam satu

barisan di atas sebuah rangka kayu rendah. Kulintangan akan mengeluarkan

bunyi-bunyi yang berbeza apabila dipukul.

d. Togunggu

Selain itu, satu lagi alat muzik yang terkenal di kalangan kaum ini

adalah Tongunggu. Set alat muzik ini diperbuat daripada bamboo dan biasanya

terdiri daripada enam buah tongunggu. Muzik yang terhasil menyerupai satu

set gong.

3. PERMAINAN TRADISIONAL

Sepak Manggis

Terdapat satu permainan tradisional kaum KadazanDusun Tindal dan Bajau

yang sangat istimewa dan dimainkan semasa keraian seperti majlis perkahwinan.

Permainan ini dinamakan Sepak Manggis. Permainan ini bertujuan untuk memupuk

semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim.

Sebagai contoh, dalam majlis perkahwinan, permainan ini dimainkan di

sebuah kawasan lapang yang berhampiran dengan rumah pengantin. Sebatang tiang

buluh yang tinggi diperlukan dan satu kotak yang berwarna-warni akan digantung

pada titik tertinggi pada tiang tersebut. Kotak tersebut diiisi dengan hadiah tunai yang

lumayan yang disediakan oleh pihak lelaki. Kemudian, satu bola rotan akan ditendang

untuk mencapai kotak berwarna-warni tersebut. Kebiasaannya, permainan ini dimulai

dengan kanak-kanak, dikuti dengan remaja dan orang tua.

Peserta bebas menendang berkali-kali untuk mencapai sasaran tersebut. Dan

permainan ini boleh dimainkan sepanjang hari kerana tahap sasaran yang amat tinggi.

Permainan ini secara tidak langsungnya dapat mengeratkan hubungan antara keluarga.

Oleh sebab itu, permainan tradisional seperti ini wajar dikekalkan dan diturunkan

kepada generasi muda agar tidak luput ditelan zaman.

Page 40: Final

KESIMPULAN

Pada akhir kajian ini, kami telah dapat mengenali dengan lebih spesifik tentang empat

kumpulan etnik di Malaysia iaitu kaum Cina, India, Iban dan Kadazandusun. Sepanjang

proses kajian, kami telah mencari maklumat mengenai hiburan dan aspek kesenian keempat-

empat kaum tersebut. Setiap kaum mempunyai cara yang tersendiri untuk berhibur dan

bergiat seni. Setiap teknik yang mereka gunakan mempunyai makna yang spesifik dan tersirat

sebagai lambang sesuatu perkara. Bak kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Dengan

mengenali ciri-ciri setiap kumpulan etnik, secara tidak langsung lahir dalam diri kami

perasaan saling menghormati dan menerima perbezaan budaya.

Tekad untuk menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dalam Gagasan 1Malaysia perlu

diakui sebagai laur biasa, jika dibandingkan dengan sebelumnya. Ini antaranya dapat dilihat

pada penggunaan ‘penerimaan’ yang menggantikan ‘toleransi’ dalam usaha perpaduan

rakyat. Dengan menerima bahasa, budaya dan agama kaum lain dengan fikiran terbuka

sebagai keunikan negara Malaysia sebagai negara majmuk.

Hal inilah adalah antara destini yang perlu diterima. Justeru hubungan etnik di

Malaysia perlu dipupuk dengan penuh kesederhanaan, akomodasi, penerimaan dan

permuafakatan. Sehubungan itu, perpaduan kaum yang harmoni bukan sahaja satu mitos yang

perlu dibentuk, tetapi satu keperibadian nasional yang perlu dibentuk untuk mendukung jati

diri kebangsaan.

Page 41: Final

RUJUKAN

ammal90.blogspot.com/2010/08/permainan-tradisional-di-malaysia.html

chillgideon.blogspot.com/2010/08/tariankadazandusun_05.html

Faizuddinpro.blogspot.com/2012/11/alat-muzik-kulintangan.html

http://alonganaz.wordpress.com/2009/10/07/hiburan-kaum-cina-dan-india-malaysia/

http://chandrakantha.com/articles/indian_music/drone.html

http://chillgideon.blogspot.com/

http://cikgu-enn.blogspot.com/p/masyarakat-india_10.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Aadu_puli_attam

http://en.wikipedia.org/wiki/Chaturanga

http://en.wikipedia.org/wiki/Dholak

http://en.wikipedia.org/wiki/Kabaddi

http://en.wikipedia.org/wiki/Kho_kho

http://en.wikipedia.org/wiki/Tabla

http://en.wikipedia.org/wiki/Veena_(Instrument)

http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter18/chapter180101.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Kathak

http://mylivingwall.com/en/commentary-news-menu-70/7979-kaum-bangsa-dan-rakyat-malaysia

http://n9kini.com/rakyat-harmoni-walaupun-berbilang-kaum/

http://ngbeelang.blogspot.com/2012/12/alat-muzik-kaum-cina.html

http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/permainan-tradisional-kaum-kaum-di-malaysia-17/

http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/

http://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-video-4/muzik-tradisional/muzik-tradisional-cina/

Page 42: Final

http://www.geocities.ws/kebudayaan2001/tarian_india.htm

http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/masyarakat-berbilang-kaum-di-malaysia/

ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Sumazau

muziktradisisabahdansarawak.blogspot.com

TarianMalaysia29.blogspot.com

www.sabah.edu.my

Page 43: Final

LAMPIRAN

KAUM CINA

Tarian Naga

Tarian Singa

Opera Cina

Er-hu Seruling cina

Page 44: Final

Pipa Yangqin

Gendang cina

Guzheng

Gong Yueqin

Page 45: Final

Permainan tradisional orang Cina: xiangqi (catur), mah-jong, yoyo

KAUM INDIA

Tarian Bharata Natyam

Tarian Bhangra

Page 46: Final

Tarian Khatak

Dholak Sitar

Tabla

Page 47: Final

Veena Tanpura

Rajah dasar permainan Aade puli atem

Kho kho

Page 48: Final

Chaturanga Kabadi

KAUM IBAN

Tarian Ngajat

Page 49: Final

Tarian Gagung

Engkerurai Sape

Page 50: Final

Engkeromong Gendang wanita

Tibow, permainan tradisional utama kaum Iban di Sarawak

KAUM KADAZANDUSUN

Page 51: Final

Tarian Sumazau

Gong (tagung) Sompoton

Kulintangan Togunggu

Page 52: Final

Sepak manggis, permainan tradisional kaum Kadazandusun di Sabah