Upload
andik-emiliza
View
242
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
BM3108
Citation preview
ILMU FONETIK
• Ilmu Fonetik Am
Pengkajian terhadap pengajian bunyi-bunyi dan fungsi mekanisme ucapan. Apa yang dikaji ialah bagaimana bunyi dihasilkan dan organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa.
• Ilmu Fonetik Deskriptif
Pengkajian terhadap kelainan bagi sesuatu bahasa tertentu atau ringkasnya dialek
•Ilmu Fonetik Sejarah
Pengkajian terhadap perubahan fonetik bagi sesuatu bahasa berdasarkan sejarah bahasa tersebut
•Ilmu Fonetik Normatif Pengkajian terhadap set rumus yang menentukan pengucapan yang betul bagi sesuatu bahasa.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
PENDAHULUAN
Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu memfokuskan kepada teori fonetik dan fonologi
serta artikulasi dan artikulator. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu
bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi ini biasanya dibahagikan kepada
dua bidang iaitu fonetik dan fonemik
Fonetik ialah mengkaji bunyi bahasa dari segi pengeluaranya, daerah pengeluarannya
dan sifat fizikalnya.
Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu
bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan.
1. Teori Fonetik , Fonologi, Artikulasi dan Artikulator secara Grafik
FONETIK
•Fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Fonetik ialah pengkajian yang lebih
memberatkan pelahiran bahasa bukan kandungannya. Apa yang dipentingkan ialah bunyi-bunyi
bahasa yang dihasilkan dan bukannya makna yang cuba disampaikan
Bertil Malmberg (1968)
•Fonetik ialah ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan oleh manusia.
Bunyi-bunyi yang dapat di dengar ini kemudiannya diberi bentuk yang biasa tedapat dalam masyarakat itu sendri.
J. D. O’Connor 1973FONETIK •BIDANG YANG MENGKAJI : bunyi bahasa dihasilkan.
FONOLOGI
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
• BIDANG MENGKAJI : Sistem lambang bunyi bahasa. oFonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi sistem
bunyi atau fonologi itu.
oSejak manusia mula membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali konsep fonem. Apabila menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka
dibuatlah supaya huruf melambangkan fonem. Dalam usaha demikian, ada
fonem-fonem berlainan yang masih diberi satu lambang yang disebut sebagai
fon.
oBIDANG FONOLOGI: Analisis Fonem Segmental Analisis Fitur Distingtif
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi
tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang
lagi iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana
tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk
pengajaran.
Fonetik artikulasi mengkaji tentang penghasilan bunyi bahasa dan
bahagian yang terlibat ( artikulator ) yang terlibat dalam penghasilan bunyi.
Bidang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara
bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur ( artikulator ) seperti lidah, bibir, lelangit
lembut, anak tekak dan sebagainya.
BIDANG-BIDANG FONETIK
Fonetik ArtikulasiFonetik Akustik
Fonetik Auditori
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
PERBEZAAN
FONETIK FONOLOGI
Fenomena bunyi atau pertuturan manusia sepenuhnya.
Asas kepada kajian fonologi.
Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa pertuturan manusia
Mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.
Input kepada kajian linguistik tinggi , iaitu morfologi dan sintaksis.
Merumus, menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci bertujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Definisi Artikulasi dan Artikulator
Artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi –bunyi bahasa . Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu artikulator dan daerah artikulasi.
Artikulator adalah bahagian alat-alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir da gigi bawah yang terletak dibahagian rongga mulut.
Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Alat Artikulasi
(organ sebutan)
Lidah
Gigi
Bibir
Gusipita suara
Lelangit keras
Lelangit lembut
Rongga hidung
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
2. Huraian Tentang Huruf-huruf Fonetik dan Simbol Fonem Bahasa Melayu
dengan Huruf-huruf Fonetik dan Simbol Fonem Bahasa serta Peranan Fonem
Suprasegmental.
Fonem: Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata
bayang dan layang. Bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan [l]. Tentulah
bunyi-bunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem.
Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.
Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut merupakan fonem-fonem
yang berasingan.
tabah - tapah tekak - tegak
sabun - sabung baru - balu
wang - bang siang - tiang
Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-
dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan
pasangan minimal atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang
mempunyai perbezaan yang minimal tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang
berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon dari satu
fonem. Keadaan ini disebut variasi atau kelainan bebas. Contoh: /faham/ - /paham/
dan /bilik/ - /bili?/.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Simbol Vokal: Terdapat enam (6) fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, / /,
/e/, /u/, /o/.
* Fonem /e/ di atas terdiri daripada /e/ pepet dan /e/ taling. Kenal pasti yang mana
bentuk /e/ bagi perkataan “emas” dan yang mana “cerek”.
Bil Huruf Simbol Fonetik
1. a /a/
2. e (pepet) /e/*
3. e (taling) /e/*
4. i /i/
5. 0 /o/
6. /u/
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Simbol Konsonan: Terdapat 25 fonem konsonan dalam bahasa Melayu seperti yang
terdapat dalam jadual.
Bil.
Huruf Simbol Fonetik
1. b /b/
2. c /c/
3. d /d/
4. f /f/
5. g /g/
6. gh /x/
7. h /h/
8. j /j/
9. k /k/
10. kh /x/
12. l /l/
13. m /m/
14. n /n/
15. ng /n/
16. ny /n/
17. p /p/
18. q /q/
19. r /r/
20. s /s/
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Bil.
Huruf Simbol Fonetik
21. s /s/
22. t /t/
23. v /v/
24. w /w/
25. z /z/
Selain konsonon, Dalam Bahasa Melayu juga terdapat konsonan gandingan dan
rangkap, seperti dibawah.
Simbol Diftong : Diftong ialah huruf gabungan vocal yang hadir dalam perkataan
secara bergandingan. Sehubungan dengan itu, dalam Bahasa Melayu terdapat tiga
jenis diftong iaitu :
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang
bergerak. Udara keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan
mulut atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara
tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini.
Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paru-
paru? Ya, mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran yang anjal/
elastik yang terletak dalam peti suara. Membran itu adalah seperti “pita” yang melekat
pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara
kendur dan renggang, udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil
glotis.
Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita
suara kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 2.4). Keadaan ini terjadi pada waktu
bernafas dan penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak
bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 2.5). Udara tidak
dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/.
Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara
boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini
dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi
bersuara atau bunyi tidak bersuara.
Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga tekak
udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). Manakala
lelangit manusia terbahagi dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit keras dan di
bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut
dinamakan anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan.
Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang
tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga
oral. Oleh itu a ialah bunyi oral. Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup
dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.
Fonem Segmental: Organ-organ yang dinyatakan di atas ialah organ-organ penting
yang menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Yang berikut diperjelaskan
organ sebutan yang melibatkan penghasilan bunyi vokal.
Bunyi Vokal: Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal jua ialah bunyi
bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa
sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam
bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal
belakang. Rajah 3 memperlihatkan kedudukan bunyi vokal.
Vokal Hadapan: Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan
tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit
untuk udara keluar. Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ]
ialah lambang fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih
luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan
vokal [i].
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Selepas kita menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Kita akan
merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana depan
lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah 4).
Bagi vokal belakang, sebutlah bunyi akhir dalam kata batu. Vokal ini ialah vokal [u].
Untuk menghasilkan bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan
dekat dengan lelangit lembut. Cuba letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u],
kemudian sebut [o]. Pasti ada perbezaan kerana vokal [o] juga vokal belakang, tetapi
kedudukan belakang lidah lebih rendah dari menghasilkan bunyi [u].
Rajah 4: Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i].
Vokal tengah [¶] : Berdasarkan Rajah 4, terdapat vokal tengah dalam bahasa Melayu,
iaitu [¶]. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit.
Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam
bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [ dan ].
Vokal dinasalkan: Pada masa vokal-vokal hadapan dan belakang dikeluarkan melalui
rongga oral, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal. Vokal-vokal yang
dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan
(nasalisasi), iaitu ketika lelangit lembut diturunkan. Vokal ini ditandakan dengan [~] atas
lambang vokal. Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus
peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang
melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang
seterusnya, iaitu [na].
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Diftong: Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang
disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Dalam penghasilannya, terdapat ciri
geluncuran tetapi ada satu puncak. Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu
sebagaimana diperlihatkan pada Rajah 5:
Rajah 5: Pergerakan lidah untuk membunyikan diftong.
Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah mula-mulanya
berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk
vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai].
Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada
kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir
yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh, [pulau].
Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada
kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi
kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].
Konsonan: Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima
sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau
hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Rajah 6: Carta konsonan bahasa Melayu
Konsonan Letupan: Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan
dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil
letupan.
Konsonan [p] dan [b]:
Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua
bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p].
Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita
suara tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir
bersuara [b].
Konsonan [t] dan [d]:
Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi juga dengan
mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika
proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita
suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Konsonan [k] dan [g]:
Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut
bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit
lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak
dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk
menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara
dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.
Konsonan [c] dan [j]:
Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk
membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke
rongga hidung.
Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak
menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras
dilepaskan perlahan-lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama
dilakukan tetapi pita suara bergetar.
Hentian [?]:
Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding
rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan
dan arus udara yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara
udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Konsonan geseran
[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus
udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga
tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus
udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s],
bunyi geseran gusi tak bersuara.
[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut
berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan
bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.
Konsonan getaran
[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah
dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil
dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].
Konsonan getaran
[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan
dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].
Konsonan sengauan (nasal):
Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Apakah yang membezakan bunyi-bunyi
nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang berlaku pada
rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.
[m] - dua bibir dirapatkan untuk menhasilkan sengauan dua bibir bersuara [m].
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
[n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi untuk menghasilkan sengauan gusi bersuara [n].
[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan
lelangit keras bersuara [n].
[n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menghasilkan sengauan
lelangit lembut bersuara [n].
Separuh Vokal:
Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak
dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang
dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.
[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal
yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak
kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit
keras bersuara.
Konsonan Pinjaman: Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada
konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang
dipinjam. Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan
Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi
[g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi
asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi
itu ialah bunyi-bunyi geseran.
[f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga
apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak
bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi
geseran bibir gusi bersuara.
[z] – bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila
pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi
bersuara.
[s] – pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah
dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan
dinamakan geseran gusi lelangit keras.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Fonem Suprasegmental:
Unsur-unsur bahasa yang kita bicarakan sebelum ini ialah unsur-unsur segmental,
kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus
tuturan. Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagai-bagai tingkat tekanan dan
nada. Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-
kata itu diucapkan sama rata atau mendatar sahaja. Ada empat lagi unsur bahasa yang
perlu kita perhatikan, iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Unsur-unsur ini
dinamakan suprasegmental.
Tekanan: Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan
keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang
digunakan untuk tekanan ialah /’/. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang
menerima tekanan itu misalnya /buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak
membezakan makna.
Nada: Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi
sekali. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik
bila ada tekanan dan turun hingga 1
Contoh: Saya hendak balik.
Dalam bahasa Melayu juga nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak
mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.
Jeda: Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan
antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang
yang digunakan untuk jeda ialah # . Unsur ini boleh membezakan makna.
Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya
makan nasi # ema?].
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Panjang-pendek: Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu
bunyi itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang
[:] bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua
mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak
membezakan makna.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
3. Perbezaan Penggunaan Perkataan: di awal, tengah, dan akhir Bagi Setiap
Simbol Fonem
Fonem Vokal:
Terdapat enam (6) fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, / /, /e/, /u/, /o/. Lihat
jadual di bawah dengan memberikan contoh-contoh perkataan yang menunjukkan
penyebarannya dengan menggunakan transkripsi fonetik.
Bil
.
Fonem Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)
Awal Tengah Akhir
1. /a/ [abu] [sah] [uda]
2. /e/*
3. /e/*
4. /i/
5. /o/
6. /u/
* Fonem /e/ di atas terdiri daripada /e/ pepet dan /e/ taling. Kenal pasti yang mana
bentuk /e/ bagi perkataan “emas” dan yang mana “cerek”.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Fonem Konsonan:
Terdapat 25 fonem konsonan dalam bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam
jadual. Lihat jadual di bawah dengan memberikan contoh-contoh perkataan yang
menunjukkan penyebarannya dengan menggunakan transkripsi fonetik.
Bil.
Huruf Fonem Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)Awal Tengah Akhir
1. b /b/ [buku] [tebu] [adab]
2. c /c/
3. d /d/
4. f /f/
5. g /g/
6. gh /x/
7. h /h/
8. j /j/
9. k /k/
10. kh /x/
12. l /l/
13. m /m/
14. n /n/
15. ng /n/
16. ny /n/
17. p /p/
18. q /q/
19. r /r/
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Bil.
Huruf Fonem Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)Awal Tengah Akhir
20. s /s/
21. s /s/
22. t /t/
23. v /v/
24. w /w/
25. z /z/
4. Transkripsi Dalam Bahasa Melayu Standard dan Prosakan Dalam Dialek serta
Transkripsi Foneti.
Tajuk : Bercerita Pasal Cikgu ( Bahasa Melayu Standard )
Cikgu dahulu
Gaji tidak seberapa
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Tajuk : Bercerita Pasal Cikgu ( Bahasa Melayu Standard )
Cikgu dahulu
Gaji tidak seberapa
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Cikgu sekarang lain cerita
Marah sedikit, ibu bapa turut serta marah
Masuk cerita dalam surat khabar
Muka hadapan
Masuk mahkamah
Menyusahkan semua
Kasihan cikgu sekarang
Terpaksa mengikut kehendak orang
Tidak boleh tunjuk pandai
Orang sekarang semua bergaji besar
Macam mana cikgu-cikgu kita
Yang kecil kereta cikgu
Yang besar kereta murid cikgu
Tapi cikgu tetap cikgu
Mulia di sisi Tuhan.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Tajuk : Nok Kha’bo Pasa Chek’gu ( Dialek Terengganu )
Chek’gu dulu-dulu
Gaji do’k brape
2.3 ratoh je
Paka muto
Jarang-jarang je, hok ade ke’ta.
Tapi oghang homat gok
Tundhuk pa’le ju’pe chek’gu
Asal chek’gu kha’bo bende
Yee …blake
Chek’gu dulu-dulu
Kalu musim buoh
Balik koloh
Buoh blam’bok de’pang umoh
Dok ta’hu, sape wi
Cakno ‘nguh chek’gu
Nok mitok brekat Tuhang
Bio anok buleh koloh
Jadi ograng blake
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Chekgu le ni , lain crite
Maroh sket , mok ayoh pakat maroh
Masuk surak khabo
Muke depang skali
Masuk “court’
Susoh blake
Siang chekgu le ni
Kena ikut ograng
Dok leh manda-manda
Ograng le ni gaji beso blake
Guane chegu-chekgu kite
Kecik keta chekgu
Beso keta murek chekgu
Tapi chekgu…chekgu gok
Mulia sisi Tuhang.
Tajuk : Bercerita Pasal Cikgu (Transkripsi Fonetik )
Cikgu dahulu
Gaji tidak seberapa
2. - 3 ratus sahaja
Guna motosikal
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Tajuk : Bercerita Pasal Cikgu (Transkripsi Fonetik )
Cikgu dahulu
Gaji tidak seberapa
2. - 3 ratus sahaja
Guna motosikal
Cikgu sekarang lain cerita
Marah sedikit, ibu bapa turut serta marah
Masuk cerita dalam surat khabar
Muka hadapan
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
KESIMPULAN
Cikgu sekarang lain cerita
Marah sedikit, ibu bapa turut serta marah
Masuk cerita dalam surat khabar
Muka hadapan
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung.
Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia
dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam
menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan
sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam
menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama
dalam menghasilkan bunyi.
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara,
manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi
bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya
keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka
getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya,
maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak
bersuara.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
KESIMPULAN
REFLEKSI TUGASAN
ROSHIDAH BINTI MUSTAPHA
PPG BM 6 AMBILAN FEB 20121
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dapat juga saya menyiapkan kerja kursus
BMM 3108 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.. Jutaan ucapan terima kasih
didahulukan kepada pensyarah subjek ini iatu Encik Mohd. Sariffuddin b. Mat Salleh
yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan masalah
dan kerumitan yang timbul sepanjang melakukan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam memberikan idea-idea menarik untuk
penambahbaikan dalam melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang melakukan tugasan ini, saya dapat menimba ilmu tentang kajian fonetik dan
fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini
disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa.
Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi
manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi.
Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan
bunyi.
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat
artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala
bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan
tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita
suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan
berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika
pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran
pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
Perihal ini telah lama saya tidak pedulikan kerana rasa ketidakpentingannya.
Sebenarnya, kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk
guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah
dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah
kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-
bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca
perkataan itu.
Untuk menghasilkan bahan yang berkualiti, kita perlukan perancangan dan persiapan
rapi. Melalui tugasan ini, saya dapat belajar bagaimana kaedah ini menekankan
kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad
mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada
satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan
pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut:
a. Bunyi vokala aaa
e eee
i Iii
o ooo
u uuu
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
b. Bunyi konsonan
Oleh itu, tugasan ini telah banyak membantu
saya menerokai segala perkara atau topik
yang dipelajari dalam sepanjang
semester ini.. Malah, saya berpeluang untuk
mengingati kembali huruf-huruf dan simbol fonetik , fonem, fonem segmental, fomen
suprasegmental yang telah lama saya tinggalkan kerana berasakan perkara ini tidak
penting untuk murid. Hakikatnya saya silap, saya sepatutnya lebih mendalami ilmu
fonetik agar lebih mudah untuk saya menyampaikan ilmu kepada murid saya yang
semakin hari semakin “rakus” mencari ilmu.
Selain itu, nilai-nilai kerjasama dan saling bantu-membantu juga dipraktikkan semasa
menghasilkan tugasan ini, kami telah bekerjasama berbincang dan mencari maklumat
bagi topik yang berkaitan jika menghadapi masalah atau kekangan. Semasa menjalankan
kerja kursus ini, banyak masalah dan ilmu baru yang telah saya peroleh. Sewaktu mendapat soalan
tugasan, saya terbayang dan berfikir di manakah saya mahu merakam video yang panjangnya 5
hingga 10 minit.. Setelah puas berfikir, saya mengambil keputusan untuk mencari video-video di
B beh n en
C ceh p peh
D deh q qeh
F feh r rer
G geh s sss
H heh t teh
J jeh v vev
K keh w weh
L el y yeh
M em z zez
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
laman sesawang namun malangnya saya rasa tiada yang sesuai dan susah untuk saya kerana
saya sememangnya lemah penggunaan perisian komputer.
Akhirnya saya telah mengambil teks puisi yang saya deklamasikan semasa sambutan Hari Guru
yang lepas. Saya memilih dialek Terengganu sebagai bahan tugasan saya kerana saya mengajar di
Setiu dan dikelilingi oleh rakan –rakan anak jati Terengganu. Terima kasih kawan, atas pertolongan
kalian. Selain itu, saya masih ingat semasa saya cuba mencari contoh-contoh fonem, saya
mengambil masa yang agak lama berikutan proses memasukkan fonem-fonem ini agak
merumitkan. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menulis sahaja kerana kekangan masa
dan kemahiran.
Seterusnya, saya berharap agar hasil kerja kursus ini dapat memenuhi spesifikasi
yang telah ditetapkan disamping dapat memuaskan hati para pembaca dan pensyarah
serta dapat menjadi sumber rujukan untuk menambahkan pengetahuan kita bersama .
Akhir kata, semoga pengalaman dan ilmu yang saya dapat sepanjang tugasan ini
dilakukan dapat diaplikasikan kepada anak didik saya dengan lebih baik dan lebih
cemerlang.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Sekian.
BIBLIOGRAFI
1. Faridah binti Nazir dan Maridah binti Alias. (2013) . Fonetik & Fonologi Bahasa
Melayu , Selangor : Penerbitan Multi Media Sdn . Bhd.
2. Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3. Ab. Rahman Ab. Rashid et.al. (1997). Pengajian Melayu 1, Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
4. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi, Kuala
Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.
5. Faridah binti Nazir dan Maridah binti Alias. (2013) . Fonetik & Fonologi Bahasa
Melayu , Selangor : Penerbitan Multi Media Sdn . Bhd.
Internet
http://januri42.blogspot.com/2011/07/teori-fonetik-fonologi-dan-sebutan-
baku.html
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
http://abkar178.blogspot.com/
http://ppgusm.blogspot.com/2013/01/fonetik-dan-fonologi-bahasa-malaysia.html
http://tintatualangilmu.blogspot.com/2012/12/pengenalan-fonetik-dan-fonologi.html
http://norsimahjuli.blogspot.com/2012/11/modul-bmm3108-sem-4_13.html
HALAMAN PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya”.
Tandatangan :…………………………………..
Nama : ROSHIDAH BTE MUSTAPHA
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
No. Kad Pengenalan : 740424 11 5076
Program : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN ).
Ambilan : FEBRUARI 2012
Kertas : BM 3108 : FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA
MELAYU.
Tarikh Hantar : 7.9. 2013
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Halaman Pengakuan i
2 Penghargan ii
3. Soalan Tugasan iii
3 Senarai Kandungan
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Teori Fonetik, Fonologi, Artikulasi dan
Attikulator
2
1.2 Huruf-huruf Fonetik dan Fonem Bahasa
Melayu
7
2.0 Perbezaan Penggunaan Perkataan : di awal, 22
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
tengah dan akhir bagi setiap simbol fonem
3.0 Transkripsi 25
4. Refleksi 31
5 Bibliografi
6 Lampiran CD
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan
keizinanNYA, akhirnya dapat jua saya menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek
ini.
Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada Encik
Mohd. Sariffuddin bin Mat Salleh selaku pensyarah bagi subjek Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu ( BM 3108 ) yang sentiasa memberikan segala bimbingan,
tunjuk ajar, teguran dan nasihat di sepanjang tempoh penulisan tugasan ini.
ROSHIDAH MUSTAPHA PPG BM 6 SEM 4 (
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada semua rakan
sekelas yang telah banyak mengharungi segala kesulitan bersama saya dan sentiasa
memberikan motivasi yang membina di sepanjang pengajian saya. Tanpa kemurahan
hati anda semua, mungkin sukar bagi saya untuk mencapai ke tahap ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga tersayang, yang sentiasa memberi
semangat dan dorongan dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu saya menyempurnakan tugasan ini.
Sekian, terima kasih